You are on page 1of 17

TEORI TRANSFORMASI GENERATIF

Transformasi Generatif
Transformasi - makna transformasi ialah menukar iaitu sama
ayat aktif kepada ayat pasif seperti: Ali menendang bola itu ke padang (ayat aktif) contoh ayat di atas dapat juga diterbitkan dalam struktur berikut: Bola itu ditendang oleh Ali ke padang (ayat pasif) Proses yang berlaku kepada ayat Ali menendang bola itu ke padang ialah perkataan bola bertukar menjadi subjek, dan Ali menjadi predikat. Seterusnya perkataan menendang, menjadi ditendang. Pertukaran ayat daripada Ali menendang bola itu ke padang menjadi bola itu ditendang oleh Ali ke padang adalah proses transformasi. dengan latihan menukar

Generatif - makna istilah generatif ialah menerbitkan. - Ini bermaksud daripada unsur-unsur bahasa yang terhad dapat diterbitkan banyak unsur yang lebih besar melalui beberapa proses penerbitan dan transformasi.

Rumus Transformasi
Rumus dalam Teori Transformasi Generatif yang menentukan tatacara penukaran satu pola tatabahasa kepada tatabahasa yang lain Rumus ini dapat merubah satu jenis ayat menjadi jenis ayat yang lain dengan cara pengguguran atau penambahan unsur dalam untaian. Contoh: Mahasiswa itu menyanyi

Penyanyikah mahasiswa itu? (Ayat Penyata Ayat tanya)

Konsep Transformasi Generatif


Pemusatan terhadap kajian bahasa terletak pada pengetahuan penutur asli yang memungkinkannya membentuk serta memahami ayat-ayat. Pengetahuan ini dikenali sebagai kecekapan berbahasa yang ada pada setiap penutur asli sesuatu bahasa. Kecekapan ini mengandungi satu set rumus yang bersifat eksplisit yang dengannya penutur asli berkemampuan membentuk serta memahami berbagai-bagai ayat dalam bahasanya.

Dalam transformasi generatif, terdapat dua peringkat struktur ayat; i. Struktur dalaman wujud dalam minda@akal budi seseorang pengguna bahasa ii. Struktur luaran bentuk yang ditanggapi secara luaran

Proses Penerbitan Ayat


Dalam bahasa Melayu, penerbitan ayat dapat dilakukan melalui proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman. 1. Proses pengguguran : a) Pengguguran frasa nama (FN)sebagai subjek: i. pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah contoh: Kamu diam = diam! ii. Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk contoh: dia sangat pandai + dia rajin belajar = dia sangat pandai kerana dia rajin belajar = dia sangat pandai kerana rajin belajar

b) Pengguguran frasa predikat. i. pengguguran seluruh frasa predikat contoh (frasa kerja yang serupa):
= Adik Ali belajar di England. Sepupunya belajar di England = Adik Ali dan sepupunya belajar di England.

ii. Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat


oleh + FN dalam ayat pasif contoh: = Dia dipukul oleh bapanya. = Dia dipukul.

kata bantu yang serupa contoh: = Udara masih nyaman. Udara masih segar. = Udara masih nyaman dan segar. FN sebagai objek yang serupa contoh: = Dia memanggil kami. Dia melambai kami. = Dia memanggil dan melambai kami. FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa kata adjektif contoh: = Kejadian itu sungguh menakjubkan kami. = Kejadian itu sungguh menakjubkan.

c) Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif


- apabila dua ayat digabungkan, dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan. contoh: Orang tua itu bapa Aminah. Orang tua itu memakai serban. = Orang tua yang memakai serban itu bapa Aminah. = Yang memakai serban itu bapa Aminah.

2. Proses Penyusunan Semula - dalam bahasa Melayu terdapat 3 jenis proses penyusunan semula iaitu; a) penyusuan semula FN sebagai subjek contoh: Anjing menggigit orang tua itu. = Orang tua itu digigit oleh anjing

b) penyusunan semula FN sebagai objek contoh: Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku. = Ali menghadiahkan sebuah buku kepada Ahmad. c) penyusunan semula melalui ayat songsang - ayat-ayat yang mengandungi keterangan tempat, masa, syarat, musabab dan seumpamanya boleh disongsangkan apabila keterangan itu hendak di fokuskan. contoh: Orang tua itu pergi ke sungai. Ke sungai orang tua itu pergi.

3. Proses Peluasan - satu lagi proses penerbitan ayat ialah jenis yang menambahkan unsur-unsur dalam ayat yang baharu, dan proses ini ialah proses peluasan ayat - terdapat beberapa jenis peluasan antaranya: i. Peluasan FN sebagai subjek - FN sebagai subjek boleh diluaskan melalui proses relativisasi, iaitu proses pemancangan ayat ke dalam ayat lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan. Frasa relatif terbentuk dengan menggunakan kata relatif yang. contoh: Orang itu sudah pulih. Orang itu sakit. = Orang yang sakit itu sudah pulih.

ii. Peluasan Frasa Predikat


- dalam peluasan yang melibatkan subjek FN yang hendak direlativisasikan mestilah berfungsi sebagai subjek. Begitu juga keadaannya bagi peluasan yang melibatkan frasa predikat. FN yang akan mengalami relativisasi mestilah berfungsi sebagai subjek dalam ayat yang akan dipancangkan. contoh: Kami membeli rumah itu. Rumah itu besar. (relativisasi) = Kami membeli rumah yang besar itu.

iii. Peluasan dengan kata hubung - peluasan boleh juga berlaku melalui proses
penggabungan ayat yang melibatkan dua konstituen yang sama dengan menggunakan kata hubung seperti dan, tetapi, kerana, jika, walaupun, dan sebagainya. Tiap-tiap kata hubung ini boleh digunakan bagi menggabungkan dua ayat atau lebih untuk menghasilkan ayat terbitkan yang bersifat peluasan. contoh: Ali pergi ke sekolah. Osman pergi ke sekolah. = Ali dan Osman pergi ke sekolah.

iv. Peluasan melalui proses komplementasi


- peluasan juga terjadi melalui proses komplementasi, iaitu proses yang mengubah sesuatu ayat menjadi satu FN, dan memancangkannya pada suatu ayat yang lain sehingga menghasilkan peluasan kepada ayat tersebut. contoh: Dia melaporkan sesuatu. Ali sakit tenat. = Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat.

Tokoh
- Teori Tatabahasa Transformasi Generatif diperkenalkan oleh Noam Chomsky (1957) dalam tesisnya Syntatic Structures.

Kesimpulan
Dalam tatabahasa Transformasi Generatif proses peneritan ayat terbahagi kepada pengguguran, penyusunan semula dan peluasan. Setiap ayat terbitan yang ayatnya lebih luas dan kompleks itu berasal daripada struktur dalaman yang berbentuk ayat dasar.

You might also like