You are on page 1of 58

CERAMAH KESIHATAN

GAYA HIDUP SIHAT KECERGASAN DAN KESIHATAN

DR NOORMAZITA HASSAN

DEFINISI
FIZIKAL
Menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan alam sekitar

MENTAL
Mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspek ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran.

Definisi:Gaya Hidup Sihat


Ditakrifkan sebagai satu proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hidup yang memuaskan. Meliputi pelbagai aspek termasuk penjagaan pemakanan yang seimbang, bersenam,mengawal tekanan atau stress. Menghindar diri daripada aktivitiaktiviti yang negatif dan berisiko.

Matlamat : Gaya Hidup Sihat


Membentuk individu yang sihat dari aspek jasmani,mental,rohani. Melahirkan sebuah sebuah masyarakat yang cergas dan aktif tidak kira peringkat umur dan taraf hidup sama ada tua atau muda,kaya atau miskin.

Matlamat: Gaya Hidup Sihat


Bebas dari sebarang penyakit.

LANGKAH-LANGKAH KE ARAH GAYA HIDUP SIHAT

Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat


Salah satu keperluan asas bagi kehidupan dan kesihatan ialah pemakanan yang mencukupi dan seimbang Kita juga memerlukan makanan untuk hidup, membesar, mendapatkan tenaga dan menjaga kesihatan.

KARBOHIDRAT
Menjadi sumber tenaga Badan akan menjadi lemah dan tidak bermaya jika kekurangan karbohidrat. Obesiti akan berlaku jika berlebihan karbohirat.

VITAMIN
Vitamin adalah bahan organik yang sangat diperlukan untuk badan dengan jumlah yang kecil. Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Vitamin membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat dan lemak pada badan kita.

MINERAL
Mineral adalah bahan bukan organik yang diperlukan untuk badan kita dalam kuantiti yang kecil. Mineral diperlukan untuk mengekalkan kesihatan badan kita

PROTEIN
Protein berfungsi kepada tumbesaran serta pembaikan tisu yang rosak. Penyakit marasmus dan kwashiorkor akan dihidapi oleh mereka yang kekurangan protein. Protein akan ditukarkan kepada karbohidrat atau lemak jika berlebihan.

PENYAKIT KWASHIORKOR

PENYAKIT MARASMUS

LEMAK
Lemak merupakan sumber tenaga untuk memanaskan badan kita. Jika kekurangan sumber ini, badan kita akan menjadi kurus. Penyakit koroni dan obesiti juga akan berlaku jika sumber ini diambil secara berlebihan.

MENJALINKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN KELUARGA, JIRAN DAN RAKANRAKAN

SIKAP HORMAT MENGHORMATI, TOLONG MENOLONG DAN BERTOLAK ANSUR SESAMA KITA JUGA PERLU DIAMALKAN TANPA MENGIRA UMUR, PANGKAT DAN AGAMA SUPAYA WUJUDNYA TIGA HUBUNGAN INI.

REHAT YANG CUKUP

Rehat beerti tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal, mental, atau melakukan aktiviti yang ringan. Contoh rehat adalah pada waktu rehat di sekolah atau waktu rehat bagi orang yang bekerja di pejabat. Waktu rehat boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan, menghilangkan rasa lapar dan dahaga.

CARA-CARA REHAT
Untuk merehatkan badan yang telah penat bekerja. Kita boleh melakukan aktiviti ringan seperti membaca, bermain karom, atau permainan dalaman yang lain. Untuk merehatkan otak yang telah penat berfikir. Kita boleh mendengar muzik, membaca majalah dll.

FAEDAH REHAT
Memberi peluang kepada badan dan otak pulih daripada keletihan. Dapat menenangkan fikiran. Menghilangkan kepenatan.

MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL


> Tanpa melakukan sebarang aktiviti fizikal, kita tidak akan dapat mencapai matlamat ke arah gaya hidup yang sihat.

CONTOH AKTIVITI FIZIKAL

ASPEK-ASPEK KESELAMATAN MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL

Melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti dan diakhiri dengan menyejukkan badan. Memakai pakaian sukan. Menggunakan kasut yang bertapak getah dan lembut. Mematuhi panduan pelaksanaan aktiviti daripada guru sebelum memulakan aktiviti Memastikan persekitaran tempat melakukan aktiviti selamat dan tidak mendatangkan risiko kecederaan. Mengelakkan minum air selepas melakukan aktiviti untuk mengelakkan dehidrasi.

MENJAGA KEBERSIHAN

Layar dikibar tanda bersedia, membelah lautan bersama bahtera, menjaga kebersihan amalan mulia, menjamin gaya hidup sihat dan sejahtera. Mari membilang dua dan tiga, sambil bernyanyi sebuah lagu, jika kebersihan sering dijaga, penyakit tidak datang mengganggu. Jabatkan tangan berterima kasih, semoga dapat bersua muka, kalau diri sentiasa bersih, ramai kawan orang pun suka.

Menaiki bas hendaklah beratur, untuk menjaga keselamatan diri, badan berbau pakaian pun kotor, orang membenci kawan pun lari. Cantik sungguh berbaju kemeja, dipakai pula semasa berkhemah, kekalkan kebersihan di mana sahaja, baik dirumah atau disekolah.

KESAN-KESAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

FIZIKAL
Terhindar daripada sebarang penyakit yang merbahaya. Mempunyai tubuh badan yang sihat. Dapat memanfaatkan aktiviti fizikal untuk berdikari. Dapat menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan masyarakat dan negara.

ROHANI
Melahirkan insan yang berkualiti. Mempunyai akhlak yang mulia. Menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta. Memiliki jiwa yang tenang.

EMOSI
Terhindar daripada mengalami stress Dapat mengawal emosi terutamanya ketika sedih atau marah. Berkebolehan memahami emosi diri yang timbul akibat perbuatan atau percakapan. Mempunyai perasaan cinta dan kasih sayang.

MENTAL
Mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana. Bebas dari gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan seseorang individu. Dapat berfikir matang dan logik. Mempunyai daya fikiran yang tinggi.

Komponen Komponen Gaya Hidup Sihat


Kecergasan fizikal berasaskan kesihatan aspek berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi.

Daya Tahan Kardiovaskular


Sistem kardiorespiratori (jantung ).

Daya Tahan Kardiovaskular


Sistem peredaran darah dan paruparu untuk berfungsi lebih cekap. Berkemampuan untuk mengedarkan darah dan oksigen ke seluruh badan semasa sesuatu aktiviti senaman dilakukan.

Daya ketahanan otot .


Keupayaan otot atau sekumpulan otot tulang melakukan pergerakan atau pengecutan untuk beberapa waktu yang lama atau ulangan yang tinggi.

Kekuatan Otot
Merujuk kepada kuasa atau tenaga maksima yang dapat dijanakan oleh sesuatu atau sekumpulan otot rangka.

Kecergasan Berlandaskan Pelakuan Motor


Penting untuk individu. Atlit yang mempunyai daya tahan dan berprestasi seperti pelari pecut.

6 Komponen
Koordinasi Berkait rapat dengan keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang individu.

Imbangan
Kebolehan seseorang mengekalkan kesimbangan apabila pusat graviti seseorang dan dasar menyokongnya diubah. Ia dapat mengekalkan kedudukan ini semasa melakukannya ketika bergerak atau diam.

Kuasa
Gabungan kekuatan otot dan kelajuan.Merupakan keupayaan seseorang melakukan pergerakan pantas yang mengejut dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi. Kuasa dihasilkan daripada penguncupan otot yang kuat dalam masa yang singkat.

Ketangkasan
Merupakan kebolehan seseorang mengubah arah pergerakan secara pantas dan cekap.Ia juga menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah

Masa Tindak Balas


Satu jangka masa yang diambil untuk bergerak dan bertindak selepas menerima rangsangan untuk berbuat demikian.Ia selalu dikaitkan dengan faktor deria penglihatan dan pendengaran.

Kelajuan
Keupayaan seseorang individu melakukan pergerakan berturutturut dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut sesuatu arah .Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindak balas.

Regangan/ Kelenturan
Elemen ini akan mengizinkan pergerakan anggota sendi dengan bebas pada: daya tahan otot fleksibiliti komposisi badan

Perlakuan motor
Fungsi dan kemampuan individu bertanding dalam aktiviti. Sukan dengan lebih bertenaga,berdaya kuasa,kuat,berdaya Tahan dan berkemahiran.

Komponen-komponen dalam perlakuan motor


kepantasan imbangan ketangkasan kuasa masa reaksi koordinasi

Kesan positif
Kecergasan fizikal merupakan aspek yang penting dalam anggota badan. Senaman yang dilakukan secara tetap,mengikut cara yang betul,tetap dan berterusan akan mempertingkatkan sistem fisiologi tubuh badan anda.

Kesan Positif
Kadar denyutan jantung akan meningkat pada kadar kerja yang ditetapkan. Perubahan ini mempertingkatkan kekuatan otot jantung untuk mengepam darah pada volum yang banyak melalui kadar denyutan yang paling minima.

Kesan Positif
Perubahan akan berlaku pada tahap ketahanan jantung,mampu untuk melakukan kerja mengepam darah dalam satu jangka masa yang lama tanpa kepenatan.

Kesan positif
Ini akan meningkatkan daya tahan aerobik anda. Kadar system keupayaan respiratori anda juga akan meningkat ke kadar yang lebih tinggi

Kesan Positif
Membuat anda berupaya bernafas dengan lebih baik dan kuat. Kadar pengambilan oksigen meningkatkan bekalan oksigen kepada sel-sel dalam tubuh badan anda.Membuat sel-sel badan dapat bekerja dengan lebih efisien.

Kesan Positif
Kadar tahap kekuatan otot,kuasa,kecergasan,ketangkasan dan koordinasi anda juga akan bertambah. Menjadi seorang individu yang lebih bertenaga.

Kesan Positif
Berupaya melakukan sebarang aktiviti fizikal dengan lebih lama tanpa mudah mengalami kepenatan

Kesimpulan
Kecergasan dan Kesihatan adalah dua perkara yang berkait rapat dan saling berhubungan. Tanpa kecergasan dan kesihatan yang baik kita tidak akan mampu melakukan tugasan harian dengan cepat.

Kesimpulan
Berlaku kekurangan tenaga dalam badan untuk bertindak balas dengan perkara yang tidak diduga dan menyebabkan penyakit-penyakit seperti diabetes,jantung koronari,angin ahmar,tekanan darah tinggi memberi ancaman pada kita.

Kesimpulan
Bersenam penting untuk mengekalkan tahap kecergasan. Amalan ini penting untuk kesihatan tubuh badan dan otak kita semua.

Ceramah Kesihatan
Semoga anda semua mendapat menafaat dan ilmu pengetahuan untuk dijadikan amalan.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

You might also like