You are on page 1of 42

PERBEZAAN INDIVIDU DAN PEMBELAJARAN

NELLY BINTI YAWASANG ONG JOE ANN

DEFINISI PERBEZAAN INDIVIDU


Ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial di kalangan individu. Selain itu, dapat diperhatikan ciri-ciri tertentu seperti: 1. Temperamen 2. Tahap tenaga 3. Pola persahabatan 4. Hubungan ibu bapa dgn anak-anak.

TEMPERAMEN Tret personaliti, emosionaliti dan pola tingkah laku yang sebahagiannya diwarisi daripada ibu bapa. TAHAP TENAGA Keadaan fizikal seseorang dari segi bertenaga dan berstamina semasa terlibat dalam sesuatu aktiviti. POLA PERSAHABATAN Merujuk kepad aktiviti persahabatan dalam kumpulan rakannya. Cth: Hubungan perapatan(vertikal) ikatan kasih sayang dengan ibu bapa dan amat istimewa dalam hidupnya. Hubungan mendatar (horizontal) Hubungan dengan kawan-kawan

JANTINA
FIZIKAL

KOGNITIF/MENTAL

PERSONALITI

ASPEK ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU


EMOSI
TINGKAH LAKU

SOSIAL
BAHASA DAN BANGSA

FAKTOR MEMPENGARUHI PERBEZAAN INDIVIDU


PENGARUH GENETIK Fizikal Mental Emosi PENGARUH PERSEKITARAN Keluarga Rakan sebaya Kebudayaan dan kepercayaan Sumber teknologi Guru dan sekolah

KONSEP KECERDASAAN SECARA AM


Kecerdasaan bermaksud kebolehan belajar mengenai,belajar daripada, memahami dan berinteraksi dengan persekitaran sebagai contoh: 1. Penyesuaian terhadap persekitaran/perubahan 2. Kapasiti dan kebolehan untuk menimba ilmu 3. Kapasiti untuk memperoleh penaakulan dan pemikiran abstrak 4. Kebolehan untuk memahami hubungan antara individu 5. Kebolehan menilai 6. Kapasiti untuk pemikiran asli dan produaktif.

DEFINISI KECERDASAN BERDASARKAN TEORI:


Binet (1905), memberikan erti kecerdasan sebagai kesanggupan yang membolehkan seseorang itu menyesuaikan diri dan kebolehan dalam memberikan pertimbangan yang kritikal terhadap diri sendiri. Galton (1869), Cartell (1890) dan Hall (18441924)- Bersetuju bahawa kecerdasan adalah diwarisi. Perkembangan darjah kecerdasan (IQ) menusia pada dasarnya ditentukan dan tidak boleh berubah. Orang yang bijak datangnya dari keluarga dan keturunan yang bijak juga.

PANDANGAN MODEN
1. Teori kecerdasaan (Triarchic Sternberg) 2. Teori kecerdasaan pelbagai (Gardner) 3. Teori kecerdasaan emosi (Goleman)

TEORI KECERDASAAN (Triarchic Sternberg)


Robert J. Sternberg dilahirkan pada 8 Disember 1949 di Pennsylvania dan berkerakyatan Amerika. Bidang yang diceburi adalah sebagai psychometrician dan merupakan Dekan bagi Fakulti Seni dan Sains di Universiti Tufts. Beliau adalah bekas professor dalam psikologi dan pendidikan di Universiti Yale. Menurut beliau, tingkah laku yang cerdas muncul hasil daripada imbangan tiga kebolehan iaitu kebolehan analitikal, kebolehan kreatif dan kebolehan praktikal.

1. Kebolehan analitikal -merupakan kebolehan menilai, menganalisis& membandingbeza maklumat yang diterima 2. Kebolehan kreatif -merupakan kebolehan merekacipta, membuat penerokaan dan sebagainya.

3. Kebolehan praktikal -satu tindakan yang membenarkan individu mengaplikasi sesuatu yang telah dipelajari.

TEORI KECERDASAAN PELBAGAI (Gardner)


Teori ini diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Beliau mencipta 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa.

LAPAN JENIS KECERDASAAN


1. PERKATAAN (linguistic intelligence)
2. NOMBOR ATAU LOGIK (logical-mathematical intelligence) 3. GAMBAR (spatial intelligence) 4. MUZIK (musical intelligence)

5. REFLEKSI KENDIRI (intrapersonal intelligence) 6. PENGALAMAN FIZIKAL (bodily-kinesthetic intelligence) 7. PENGALAMAN SOSIAL (interpersonal

intelligence), and/or
8. PENGALAMAN DENGAN ALAM SEMULAJADI

(naturalist intelligence)

1. KECERDASAN VERBAL - LINGUISTIK


Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk keboleban memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna. Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita.

KERJAYA: Sasterawan: Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang sastera.

2. KECERDASAN LOGIK - MATEMATIK


Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik).

Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik,


induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis. Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.

KERJAYA: Ahli matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan

3. KECERDASAN FIZIKAL - KINESTATIK


Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan.

Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti


jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanandiri.

KERJAYA: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis.

4. KECERDASAN VISUAL - SPATIAL


Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, rentuk dan ruang. Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis

rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi


aktif,peta minda, menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.

KERJAYA: Pelukis, pengukir, arkitek.

5. KECERDASAN MUZIKAL-RITMA
Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecendenmgan ini termasukkepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik.

Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi


instrumental, nyanyian dan drama lagu

KERJAYA: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik.

6. KECERDASAN INTRAPERSONAL
Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, prnktis mind fullness, taakulan tahap

tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan.

KERJAYA: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi

7. KECERDASAN INTERPERSONAL
Kemampuan interaksi sosial

Contoh aktiviti: kornunikasi antara individu,


latilhan empati, latihan kolaboratif, rnernberi

maklurn balas, strategi pernbelajaran kooperatif


dan sedia bekerja sama

KERJAYA: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan

8. KECERDASAN NATURALIS
Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai pola,bentuk flora dan fauna KERJAYA: Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar, Geologist

APAKAH KECERDASAN EMOSI???


satu perasaan jiwa yang kuat. -kamus Advance Learners English-Mallay dictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap. Contohnya kasih sayang, gembira, takut dan sebagainya.\ Menurut Danial Goleman dalam bukunya, Emotional Intellegence (1997), emosi merujuk kepada suatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.

3 KOMPONEN EMOSI
1. Komponen kognitif pengalaman yang subjektif di bawah keadaan sedar, termasuk aspek penilaian. 2. Komponen psikologikal merangsang dan membangkitkan badan fizikal. 3. Komponen behavorial ciri ekspresi ditunjukkan secara terbuka. Oleh itu, emosi digambarkan dengan bahasa badan fizikal iaitu bukan lisan.

JENIS-JENIS EMOSI
Menurut Goleman 1997, 1. Marah (anger) 2. Sedih (sadness) 3. Takut (fear) 4. Gembira (happy) 5. Sayang (love) 6. Hairan (surprise) 7. Benci (disgust) 8. Malu (shame)

J.D. Mayer dan P.Salovey (1993),


kecerdasan emosi sebagai kognitif masyarakat merangkumi 3 katogeri utama:i. Kebolehan membezakan emosi diri dan orang lain. ii. Kebolehan mengawal emosi diri dan menyelaraskan dengan emosi orang lain. iii. Kebolehan menggunakan maklumat emosi untuk membimbing pemikiran.

D. Goleman (1995),
Kecerdasan emosi dibahagi 5 iaitu:i. ii. iii. iv. v. Kebolehan memerhati diri. Kebolehan mengurus emosi. Kebolehan menggalak diri. Kebolehan mengawal perasaan yang teruja. Menguasai teknik menjalin hubungan interpersonal.

Salovey,
Beliau menggunakan kecerdasan peribadi yang dihuraikan oleh Gardner untuk merangka difinisi kecerdasan emosi dengan mengembangkan kebolehan mereka kepada 5 bidang seperti berikut:i. Kebolehan memahami emosi diri sendiri. ii. Kebolehan mengurus emosi. iii. Kebolehan memotivasi diri. iv. Kebolehan membaca emosi orang lain (empati) v. Kebolehan mengurus hubungan.

KONSEP PEMBELAJARAN
Pembelajaran adalah usaha berterusan yang dilakukan oleh setiap insan untuk menguasai ilmu, nilai dan kemahiran. Pembelajaran itu sendiri adalah satu fungsi berkombinasi 'multi-faceted experience'. Proses pembelajaran berlaku apabila individu mula berfikir dan mengalami apa juga jenis perubahan hasil daripada pemikiran tersebut.

KONSEP BERFIKIR
Edward de Bono ( 1976 ) - Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.

Dewey ( 1910 ) menegaskan : - Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.

BERFIKIR MENURUT ISLAM,


berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur. kesimpulannya Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.

PROSES BERFIKIR
Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu: I. Operasi Kognitif - Kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain. II. Operasi Meta kognitif - Merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir.

JENIS-JENIS PEMIKIRAN
1. Pemikiran Konvergen
Guilfort 1976,
Satu jenis daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim.

Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada.

Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu yang dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu (pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis)
Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza. Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sedia ada,jawapan Tunggal dan masalah tertutup.

2. Pemikiran Divergen.
Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai.

Idea yang terhasil adalah asli dan bernilai.


Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Pemikiran divergen juga dikenali sebagai pemikiran mendatar atau lateral dan mempunyai unsur instuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.

3. Pemikiran Reflektif
Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalamanpengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.

Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain.

4. Pemikiran Kritis dan Kreatif


Pemikiran ini merupakan renungan kembali refleksi Pemikiran Meta kognitif.Iaitu perkaitan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.

You might also like