You are on page 1of 18

1.

PENGENALAN

Guru haruslah memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajarnya sebagai menyahut hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Sewajarnya guru mestilah memainkan peranan yang penting bagi merealisasikannya dengan menjalankan tanggungjawab mereka dengan mendidik pelajar-pelajar dengan sebaiknya agar menjamin pelajarnya menguasai apa yang diajar. Antaranya, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka terutamanya kepada muridmurid pendidikan khas. Hal ini kerana kelas pendidikan khas berpotensi luas untuk menyerapkan unsur sains teknologi, kemahiran asas berdikari dalam

pembelajarannnya. Penggunaan BBM dapat membantu guru-guru pendidikan khas menyampaikan sesuatu perkara dan konsep pembelajaran dengan lebih tepat berbanding penerangan secara lisan. Setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Oleh itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut

tahap murid) dan disokong (dengan alat bantu mengajar) bagi meransang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Lantaran itu guru-guru pendidikan khas haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan BBM adalah penting

memperbanyakkan penggunaan BBM dalam pengajaran.

dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat meransang minat yang tinggi kepada murid untuk belajar. Oleh itu, guru pendidikan khas hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa tentang teknik mengajar dan kesannya ke atas proses pembelajaran murid. Guru pendidikan khas juga perlu sentiasa berusaha ke arah pengajaran yang dapat memberikan kesan positif kepada muridnya. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malahan dapat melahirkan pelajar yang dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan negara.

2.0 DEFINISI BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid (1981:2), bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale (1964) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM juga sebahagian daripada kaedah dan ideaidea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. Walau kaedah apa digunakan sekalipun BBM pasti turut sama, supaya komunikasi guru murid berjalan dengan baik.

David Berlo dalam proses komunikasi itu terdapat empat ciri penting iaitu sumber, pesanan, saluran dan penerima.Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, BBM dan tulisan. Empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dewasa ini pengetahuan saintifik, psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi, beberapa BBM yang baru dan lama perlu digunakan untuk mempercepatkan proses pembelajaran, tetapi tidak berupaya mengambil tempat seorang guru.

BBM ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan

semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

Atan Long (1981: 179-203) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid (1981) membahagikan BBM kepada dua iaitu media

elektronik dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin (1979: 51-52) dan Khairiah Ahmad (1980:13) mengkelaskannya kepada dua iaitu software dan hardware. Ngui Kuen Sang (1981: 35) mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.

Atan Long (1982: 174) BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.

Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G (1963) hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh dibahagikan kepada tiga kategori: i. Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur, slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam, CD, komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya.

ii. Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik seperti suara, gambar, carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan sebagainya. iii. Bahan bercorak pengalaman - seperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan maujud (realia) dan sebagainya.

3.0 KEPENTINGAN BAHAN BANTU MENGAJAR Pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi peluang kepada semua murid untuk mengalami pembelajaran yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar. Menurut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964:65) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut: BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri dalam kalangan pelajar Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak. Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar. Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. Manakala Kamarudin Hj. Husin (1988: 242) merumuskan kepentingan BBM seperti memberi rangsangan dan minat murid-muird. Ini bagi memastikan minat pelajar dapat terus dikekalkan. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan. Seterusnya dapat membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah dirancang. Minat boleh dianggap sebagai daya penggerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu benda atau kegiatan
4

atau merupakan pengalaman yang berpengaruh dan telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri. Selain itu BBM juga penting dalam menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid. BBM juga berkeupayaan membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. BBM juga berkeupayaan menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam. BBM dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan

perbendaharaan kata. Contohnya ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid. Sebagai rumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat: i. ii. iii. Menjimatkan masa Dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid Menyeronokkan murid-murid.

4.0 CIRI-CIRI BAHAN BANTU MENGAJAR Seseorang guru haruslah sedar bahawa pelajar-pelajar mempelajari sesuatu dengan cara berlainan dan kadar kecekapan yang berbeza-beza (Habibah Alias dan Rahil Mahyuddin, 1990, m.s. 292). Oleh itu guru haruslah peka ketika memilih jenis Bahan Bantu Mengajar dengan memastikan ia memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya. Menururt Abu Safian Amir, (2004) meghuraikan Bahan Bantu Mengajar yang baik dan sesuai sepatutnya memenuhi ciri-ciri berikut: i. Berkait dengan isi kandungan pelajaran yang diajar dan hasil yang diharapkan. ii. iii. Menggunakan seberapa banyak deria yang mungkin. Tahan lama, pengukuhan itu haruslah seimbang dengan kos yang diperlukan dalam penggunaannya.
5

iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii.

Dibuat dengan perincian yang tepat. Berkualiti tinggi supaya bahagiannya tidak mudah pecah ataupun hilang. Rupa bentuk dan warna yang menarik Mudah dijaga dan kos jagaannya munasabah Sesuai dengan kemudahan yang sedia ada di sekolah. Mudah diubah alih dan dipasang semula. Fleksible dan pelbagai guna. Operasinya mudah Cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya dengan jelas apabila digunakan semasa demonstrasi dalam kelas.

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan. Seterusnya dapat membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah dirancang. Minat boleh dianggap sebagai daya penggerak yang mendorong memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu benda atau kegiatan atau ianya boleh merupakan pengalaman yang berpengaruh dan telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri (Crow dan Crow, 1983: 90).

5.0

HASIL KERJA

5.1 Kad Nombor

5.2 Kad Bergambar

5.3 Kad Titik

5.4 Kad Ayat Matematik

5.5 Kad Garis Nombor

5.6 Pembilang dari bahan terbuang/ terpakai

5.6.1 Pengikat rambut

5.6.2 Batang Ais Krim

5.6.3 Penutup Botol

5.6.4 Pengikat bungkusan roti

10

6.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Kelas : Bilangan Murid: Masa : Mata Pelajaran: Tajuk : 1 Mawaddah 6 orang (2 lembam, 2 autism, 1 hiperaktif, 1cerebral palsy) 30 minit Matematik 1.0 Pranombor

Kemahiran/Kandungan : 1.1 Mengklasifikasikan objek mengikut warna Objektif Penerapan nilai : 1.1.1 Mengasingkan objek mengikut warna asas : Tekun, berani dan bekerjasama

Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat : i. Mengenal 3 warna asas iaitu merah, biru dan kuning. ii. Mengklasifikasikan 3 objek mengikut warna asas merah, biru dan kuning. iii. Mengecam warna asas dengan menggunakan gambar Bahan bantu mengajar : kad warna (merah, biru dan kuning), laptop (video lagu pelangi ), kad padanan, Lembaran kerja Penggunaan motor halus (murid menggunakan pensil warna untuk mewarna) Keberanian, kerjasama dan mematuhi arahan guru mengklasifikasikan, menjana idea dan mengingat kembali

Terapi :

Nilai murni : Kemahiran berfikir :

Langkah/masa

Isi pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Induksi ( 3 minit )

Guru menanyang kan beberapa soalan.

1. Murid melihat tiga biji bola yang berbeza warna dan mempunyai saiz yang sama dari kotak. 2. Murid disoaljawab oleh guru: a. Apa ada di tangan saya? b. Apakah warna bola ini?

BBM : -Bola -Kotak

11

Langkah 1 (20 minit )

Mengenal 3 warna asas iaitu merah, biru dan kuning

1. Murid melihat sebuah bakul yang diisi dengan pelbagai

BBM :

- Bongkah bentuk bongkah warna asas dan (merah, biru dan tiga buah bakul kosong kuning) berwarna kuning, merah dan - Bakul warna asas biru. - Bola (merah, biru 2. Murid dipilih secara rawak untuk dan kuning) mengambil bongkah berwarna yang sama dengan bola yang ditunjukkan oleh guru dan memasukkannya ke dalam bakul yang telah disediakan mengikut warna. Nilai-nilai murni -Bertolak ansur
Mengingat kembali

Kemahiran Berfikir

3. Murid mengulangi aktiviti yang sama bagi warna asas yang lain.

Langkah 2 ( 15 minit )

Mengklasifik asikan 3 objek mengikut warna asas merah, biru dan kuning.

1. Secara berpasangan, murid diberi sebuah bakul berwarna kuning, merah dan biru. 2. Setiap pasangan dikehendaki mencari benda yang terdapat di dalam bilik darjah berdasarkan warna bakul masing-masing dalam masa 10 minit. 3. Setelah masa tamat, murid bersama guru menyemak benda yang telah dikumpulkan oleh pasangan

BBM :
- Bola - Bakul - Alatan maujud - yang terdapat di dalam kelas

Kemahiran berfikir : -Memadankan Nilai-nilai murni :

12

mengikut warna yang telah ditetapkan. 4. Kumpulan yang paling banyak mengumpul bendabenda mengikut warna bakul masing-masing dikira sebagai pemenang.

-Berkerjasama -Mematuhi arahan guru

Langkah 3 ( 15 minit )

Murid diberi lembaran kerja mengikut tahap kebolehan mereka.

1. Murid membuat lembaran kerja mengikut tahap kebolehan mereka. a. Lembaran Kerja 1 (aras rendah) murid dikehendaki memadankan gambar yang mempunyai warna yang sama. b. Lembaran kerja 2 (aras sederhana) murid dikehendaki mewarnakan gambar berpandukan warna yang telah ditetapkan. c. Lembaran kerja 3 (aras tinggi) murid dikehendaki mewarnakan gambar Jalur Gemilang mengikut warna yang betul.

BBM :
Lembaran kerja Pensil warna

Kemahiran berfikir :
menjana idea mengingati kembali

Terapi :
penggunaan motor halus (mewarna)

Murid dikehendaki menyiapkan lembaran kerja mengikut tahap kebolehan 13

mereka kemudian baru boleh berubah ke lembaran.

Penutup ( 3 minit )

1. Guru menyediakan belon mengikut

Kesimpulan

warna asas. 2. Murid memilih belon mengikut warna yang disukai dan meniup belon serta berada di dalam kumpulan belon yang sama warna. 3. Kumpulan yang menang diberi tepukan.

BBM: -Belon warna asas

14

7.0 KESIMPULAN

Menurut teori Konstruktivisme pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Teori pembelajaran konstruktivisme berasas kepada

penglibatan aktif pelajar dalam menyelesaikan masalah dan pemikiran kritikal tentang aktiviti pembelajaran di mana ianya relevan dan menarik. Pelajar membina pengetahuan sendiri dengan menjana idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman. Menurut Bruner pembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar membina idea baru berdasarkan pengetahuan semasa atau lepas. Pelajar memilih dan mengubah maklumat, membina hipotesis, membuat keputusan bergantung kepada struktur kognitif untuk berbuat demikian. Berdasarkan perbincangan ringkas di atas jelas membuktikan bahawa penggunaan Bahan Bantu mengajar (BBM) adalah penting kerana dengan penggunaannya bukan sahaja pembelajaran pelajar menjadi menarik, malah pemahaman konsep matematik pelajar dapat di diperkembangkan lagi, ia juga dapat menjimatkan masa guru mengajar serta dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Secara keseluruhannya terdapat beberapa perkara yang mempengaruhi

penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. bagi Kemudahan fizikal yang mencakupi dan memuaskan diperlukan tahap penggunaan BBM dalam pengajaran dan

mempertingkatkan

pembelajaran. Selain daripada faktor kemudahan fizikal, faktor sikap guru juga turut mempengaruhi amalan penggunaan BBM. Ini dibuktikan dengan beberapa dapatan kajian yang mengatakan bahawa ramai guru mempunyai sikap dingin terhadap penggunaan BBM walaupun kemudahan ini mencukupi.

15

Faktorfaktor yang mempengaruhi amalan penggunaan BBM seperti faktor pengurusan dan pentadbiran BBM, kemahiran guru menggunakannya serta kepentingan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pentadbiran. Namun, terdapat beberapa cadangan yanag boleh dipertimbangkan antaranya pihak kurikulum perlu menganjurkan kursus-kursus pendek untuk mengendalikan bengkel penggunaan alat bantu mengajar serta teknik penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya kepada jenis bahan yang jarang digunakan di sekolah seperti rod cuisenaire dari masa ke semasa. Selain itu pusat sumber di sekolah harus dilengkapi dengan bahan-bahan bantu mengajar yang mencukupi yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran konsep matematik tertentu. Guru juga harus memupuk sikap ingin cuba khususnya penggunaan kaedah serta bahan-bahan bantu mengajar yang pelbagai dan dapat mengambil kira pelbagai kecerdasan pelajar dan gaya pembelajaran yang berbeza. Selain itu juga pihak pentadbir sekolah harus memberi sokongan sepenuhnya dalam pelaksanaan pelbagai kaedah yang memusatkan murid serta bantu mengatasi masalah pengurusan bilik darjah seperti mengadakan bilik khas untuk Matematik.

16

REFLEKSI

Alhamdulillah dengan izin Tuhan, saya berjaya menyiapkan tugasan PKB 3108 ini. Segala persediaan dan persiapan yang telah dilakukan dengan bertungkus lumus untuk memenuhi kriteria yang dipinta. Sekalung penghargaan khas buat pensyarah mata pelajaran iaitu Pn. Sahrina Bt. Shahabudin kerana bertungkus lumus memeras keringat

mengumbang idea untuk membantu dalam proses pembikinan dari mula hingga akhirnya. Proses pengumpulan bahan rujukan merupakan langkah mula untuk mengetahui dengan lebih dekat tajuk matematik dalam pendidikan khas. Saya menghadapi sedikit masalah apabila kekurang sumber rujukan. Kebanyakkan bahan rujukan dalam bahasa Inggeris yang selalu menambah kerunsingan kepala untuk mentafsir dan memahaminya. Saya juga turut meminta bantuan dan tunjuk ajar daripada rakan kelas lain dan senior agar dapat memahami setiap apa yang dipelajari. Selain itu saya juga turut membuat kolaborasi bersama pensyarah membimbing serta memastikan agar tidak menjawab lari dari kehendak soalan. Pada mulanya mata pelajaran ini amat janggal bagi saya apatah lagi apabila diberi tugasan. Tetapi setelah mempelajarinya dengan tekun, saya telah memperoleh sesuatu ilmu baru dan ditambah pula dengan tugasan ini yang membuka minat saya untuk terus mempelajari mata pelajaran matematik dalam pendidikan khas ini. Tugasan ini meminta untuk menyediakan satu esei mengenai kepentingan dan ciri-ciri bahan bantu mengajar. Ternyatalah tugasan ini amat mencabar. Saya yakin tugasan ini memberi kesan yang mendalam kepada saya dan rakan sekumpulan yang merupakan bakal guru pada masa hadapan. Saya berharap agar pihak penilai berpuas hati atas sajian saya ini. Sekian, terima kasih.

MUHAMAD HAIKAL B. MANSOR 900517-08-6753

17

RUJUKAN

Abdul Rahim Abdul Rashid,( 1996 ), Panduan Latihan Mengajar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin Hj. Husin, ( 1994 ) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi Baru), Siri Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd. Mok Soon Sang, Lee Shok Mee, ( 1986 ) Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Tahap I, Siri Maktab Perguruan, Kuala Lumpur, Heinemann Malaysia Snd. Bhd. ______________, ( 1995 ), Pendidikan di Malaysia, Siri Pendidikan Perguruan, (Edisi Kelima ), Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd. Mokhtar Affandi Amran, Poh Swee Hiang, ( 1996 ), Sumber Teknologi, Pengurusan Sumber Pengajaran Pembelajaran 2, Siri Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd. Sharifah Alawiah Alsagoff, (1987), Sosiologi Pendidikan, Siri Maktab Perguruan, Kuala Lumpur: Heinemann Malaysia Snd. Bhd. http://www.docstoc.com/docs/14940522/PEMBANGUNAN-PERISIAN-ALAT-BANTUMENGAJAR-(ABM)-BERASASKAN-KOMPUTER (dimuat turun pada 31.08.2011: 23:00) http://www.cikguwardah.com/2010/02/abm-untuk-matematik.html 31.08.2011:23:05) (dimuat turun pada

18

You might also like