You are on page 1of 11

Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya

(Pengurusan Persekitaran Sosio-emosi)

Pengurusan Persekitaran Sosio-emosi

Sosio Emosi

Text

Perkembangan Sosioemosi Kanak-kanak

Minat dan Pencapaian Pelajaran

Motivasi, Budaya dan Pembelajaran

Teori pembelajaran sosial menekankan aspek pemerhatian sebagai proses pembelajaran yang berkesan. Pada waktu proses pembelajaran berlaku, setiap perkara dan tindakan positif mendatangkan keinginan kepada setiap individu melakukan tindakan yang betul yang diterima oleh orang sekeliling, perlakuan dan tindakan tersebut dimodali, ditiru dan diterima sebagai perlakuan dan amalan. Bandura (1977) menegaskan, pembelajaran sosial berlaku menerusi kombinasi antara persekitaran sosial dengan faktor psikologi yang mempengaruhi tingkah laku.

1. Guru sebagai model utama yang sentiasa diperhatikan oleh murid


Guru menjadi modal perlakuan yang baik, penyayang terhadap murid, mengurus emosi dengan berkesan dan mempunyai kemahiran sosial yang tinggi. Guru memaparkan amalan yang santun dalam percakapan, rajin dan komited terhadap tugas dan tanggungjawab, bijak dan cerdik, bersih dan kemas, penyayang dan berperikemanusiaan. Perlakuan murid yang menepati kehendak sosial perlu diberikan ganjaran.

2. Persekitaran dan pengalaman


Pengalaman melalui peraturan-peraturan yang ditetapkan dan guru perlu membuat pengukuhan terhadap perlakuan murid sama ada perlakuan yang betul diberi ganjaran atau perlakuan yang salah diberi teguran atau dendaan. Pengalaman bekerja dalam satu pasukan yang memberi pengalaman kepada murid untuk memahami orang lain dan cuba untuk bertingkah laku agar disenagi dan diterima oleh kumpulannya. Pengalaman berkomunikasi dengan cemerlang dalam kalangan rakan sebaya dan dengan pihak yang lebih dewasa yang mana persekitaran ini akan mendedahkan pengalaman awal yang dilalui dalam memastikan murid mampu membezakan bentuk komunikasi yang disenangi orang lain terhadap dirinya.

3. Komuniti Pembelajaran
Komuniti pembelajaran dapat diwujudkan melalui pembinaan persekitaran yang prihatin dan penyayang di mana murid mempunyai rasa tanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang sempurna dan berkesan. Hubungan interpersonal penting dan guru perlu membina kemahiran tersebut dalam kalangan murid dalam memastikan murid memiliki sikap penyayang dan prihatin. Piaget cognitive conflict/konflik pemikiran Juga disebut oleh D. Johnson & R. Johnson (1999) sebagai konflik akademik yang mendorong kepada pemikiran kritikal dan penukaran konsep.

4. Peranan bermain dalam perkembangan

sosio-emosi kanak-kanak

Sekiranya kanak-kanak berasa gembira dengan tindakan mereka dan tindakan tersebut diterima sebagai kejayaan, kanak-kanak akan bersemangat untuk mencuba lagi bagi meningkatkan proses belajar. Guru perlu menyediakan lebih banyak aktiviti bermain kerana bermain mendorong pemupukan budaya kolaboratif dan koperatif dalam pdp. Melalui bermain perkara berikut akan dipelajari : Kemahiran intrapersonal dan interpersonal Kemahiran komunikasi Penyelesaian masalah melalui bermain

Kajian Walter Vispoel dan James Austin (1995) mendapati minat murid terhadap pembelajarannya mempengaruhi kejayaan dan kecemerlangannya. Pengalaman memainkan peranan penting dalam membina rasa minat terhadap pembelajaran mereka. Ini jelas apabila walaupun murid mungkin tidak cemerlang terhadap sesuatu pelajaran, namun, sekiranya terdapat tarikan di dalam bilik darjahnya, murid ini pasti akan bersemangat untuk berada di dalam bilik darjah. Contohnya, guru memberi bintang semasa memeriksa buku murid. Contohnya, aktiviti menyanyikan lagu pelbagai kaum dan bahasa. Murid akan berasa teruja.

Banyak pengkaji telah bersetuju bahawa murid dari pelbagai budaya mempuyai cara yang berbeza dalam memotivasikan diri dalam mencapai kejayaan. Antara langkah memotivasikan pelajar : Memberi galakan dengan menjelaskan nilai dan keperluan sesuatu tugasan kepada murid. Menunjukkan bagaimana sesuatu tugasan mempunyai perkaitan serta kesinambungan daripada pelajaran lepas. Penerangan tentang kepentingan kemahiran baharu yang perlu murid kuasai. Menggunakan persekitaran sosial bagi menggalakkan pembelajaran.

You might also like