You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Tajuk Jurnal

: Kesembilan : Kesembilan : 31 Mac 2014 4 April 2014 : Minggu kesembilan di Sekolah Kebangsaan Desa Putra

1. Kronologi Minggu Kesembilan Pada minggu kesembilan (31 Mac 2014 4 April 2014), rutin mingguan berjalan seperti biasa. Namun terdapat juga aktiviti yang luar daripada rutin minggu biasa. Pada hari Selasa, saya diselia kali kedua oleh pensyarah pembimbing elektif iaitu Puan Mutia Sabihah Mohd Asri. Penyeliaan ini adalah yang terakhir sebelum diselia bersama oleh kedua-dua guru dan pensyarah pembimbing.

2. Mengaplikasikan Ilmu Pengakap di Sekolah Pada minggu ini, saya diberikan peluang untuk mengendalikan sepenuhnya aktiviti kokurikulum secara seorang diri. Saya telah mengajar murid-murid lagu Undangundang Pengakap dan Sahibul Hikayat. Setelah itu, saya membawa murid ke padang untuk aktiviti Laung Agung. Walaupun tidak sempat menjalankan aktiviti tersebut dengan sempurna, namun setidak-tidaknya murid-murid telah mendapat sedikit pendedahan. Pada minggu hadapan, sekolah kami akan mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform yang akan mensasarkan penglibatan murid seramai 150 orang.

3. Pelaksanaan Projek Guru Pelatih di Sekolah Projek memulihara kolam sekolah telah mula dijalankan dan pada masa yang sama juga kami mencari dana bagi projek kami yang kedua iaitu menyediakan dua buah papan kenyataan yang akan diletakkan di lorong berhampiran surau sekolah. Keduadua projek kami ini menelan perbelanjaaan sebanyak RM2235.00.

Disemak oleh guru pembimbing, Tandatangan : Nama Tarikh : :

Disahkan oleh pensyarah pembimbing, Tandatangan : Nama : Tarikh :

You might also like