You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal: 1 Minggu Praktikum: Pertama Tarikh: 31/3/2014 - 4/4/2014 Tajuk Jurnal: Minggu Pertama di Sk LB Johnson Pada 31 Mac

2014, saya telah melapor diri di Sekolah Kebangsaan LB Johnson 8 orang lagi guru pelatih. Saya sangat berdebar untuk menjalani praktikum semester ini kerana ini merupakan praktikum fasa 1 dan merupakan pengalaman pertama saya. Saya melapor diri pada pukul 7.20 pagi. Setibanya di sekolah, saya terus ke pejabat untuk berjumpa dengan guru besar. Namun begitu, saya dapat berjumpa dengan guru besar selepas habis perhimpunan. Selepas perhimpunan, saya berjumpa dengan guru besar. Guru besar, Puan Rohana bt. Mohd Zin telah menerangkan serba sedikit tentang maklumat sekolah. Selepas guru besar memberikan taklimat, GPK 1 telah memberikan jadual persendirian kepada saya. Saya mendapat Bahasa Inggeris untuk tahun 1 dan Pendidikan Moral untuk tahun 3. Pada hari kedua, saya tidak mempunyai kelas dan saya duduk di bilik guru untuk menyiapkan rancangan pengajaran harian pada hari-hari seterusnya. Pada hari rabu, saya masuk kelas untuk kali pertama bagi tahun 1. Kelas itu mempunyai 20 orang murid. Saya mempunyai kesukaran untuk mengawal mereka. Segelintir murid asyik bermain ketika saya mengajar. Pada hari khamis, saya mengajar dua subjek iaitu Bahasa Inggeris dan Pendidikan Moral. Untuk Bahasa Inggeris, saya berjaya mengawal kelas untuk 40 minit pertama dengan memberi mereka lembaran kerja. Pada hari jumaat, saya hanya mengajar Pendidikan Moral. Pada minggu pertama, saya mengalami masalah untuk mengawal kelas. Saya berharap agar saya menemui cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Disemak oleh guru pembimbing: Tandatangan: Nama: Tarikh: Disemak oleh pensyarah pembimbing: Tandatangan: Nama: Tarikh:

Bilangan Jurnal: 2 Minggu Praktikum: Kedua Tarikh: 7/4/2014 11/4/2014 Tajuk Jurnal: Masalah Mengawal Murid Tahun 1 1. Masalah/Peristiwa Saya menghadapi masalah untuk mengawal murid tahun 1 kerana mereka hanya menumpukan pelajaran dengan jangka masa yang sekejap.

2. Analisis Hal ini mungkin kerana terdapat murid yang dapat menyiapkan kerja dengan lebih awal. Jadi, mereka bermain di dalam kelas selepas mereka menyiapkan kerja.

3. Cadangan Tindakan Susulan Saya akan memberikan kerja tambahan kepada murid yang menyiapkan kerja dengan lebih awal.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu supaya saya dapat mengawal kelas dengan baik.

Disemak oleh guru pembimbing: Tandatangan: Nama: Tarikh:

Disemak oleh pensyarah pembimbing: Tandatangan: Nama: Tarikh:

You might also like