You are on page 1of 3

Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan oleh KPM. SGM disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. SGM akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan yang berterusan. Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sebagai peneraju utama latihan perguruan bersama -sama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), bertanggungjawab menyediakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan di seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan adalah berkualiti dari segi profesionalisme, kompetensi dan keberkesanan mengajar, tiga aspek utama, iaitu nilai dan amalan profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran amat penting diberi penekanan utama. Keupayaan memperoleh ketiga-tiga aspek ini pula sewajarnya diukur berdasarkan pada satu standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Standard Guru Malaysia. Justeru, SGM merupakan langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan pihak-pihak berkepentingan khasnya berkaitan dengan kualiti guru dan latihan perguruan di Malaysia. Diharapkan SGM ini akan diguna pakai sebagai rujukan untuk membuat refleksi kendiri, memantau dan menambah baik dasar serta memantapkan perancangan dan pelaksanaan latihan perguruan. [Petikan ucapan bekas Menteri Pelajaran Malaysia Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein] Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahir dan melestarikan guru-guru berkualiti. Antaranya ialah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecermerlangan institusi latihan perguruan, menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru. Pemastian tahap kualiti yang tinggi di peringkat persekolahan rendah dan menengah adalah merupakan penentu kesinambungan tahap kualiti di peringkat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini. Institusi yang menawarkan latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan yang mantap bagi menjamin guru yang berkualiti. Satu standard penandaarasan latihan perguruan adalah wajar diwujudkan. Bahagian Pendidikan Guru sebagai teraju utama latihan perguruan di KPM, telah memulakan usaha menyediakan Standard Guru Malaysia (SGM) untuk mengenal pasti tahap kompetensi guru ini. Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran mengajar yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi secara berkesan sebagai pendidik di dalam mahupun di luar bilik darjah. Penilaian berpandukan SGM dapat membantu guru melakukan penilaian kendiri untuk mengumpul maklumat tentang prestasi bagi penambahbaikan dan peningkatan profesionalisme. SGM juga, boleh dijadikan sebagai satu pendokumentasian kualiti seseorang bagi rujukan pihak lain. Saya yakin bahawa SGM akan menjadi dokumen yang signifikan dan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang antara lain adalah untuk memartabatkan profesion keguruan. Mudah-mudahan, usaha ini akan berjaya dan mencapai matlamatnya.

[Petikan ucapan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin Haji Awang] Guru adalah nadi kepada pembangunan dan kemajuan sekolah. Sikap profesionalisme guru pula adalah kunci kepada kualiti perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggannya. Kualiti yang dimaksudkan bukan sahaja sekadar kualiti proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan tetapi yang lebih utama ialah impak pelaksanaan tugas dan tanggungjawab tersebut. Saya percaya perkara ini tidak mungkin tercapai jika tahap profesionalisme berada di peringkat rendah atau sederhana sahaja. Malah tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010 menuntut tahap profesionalisme yang tinggi dari kalangan semua guru untuk menjayakan keenam-enam teras strategiknya. Perubahan dalam bidang pendidikan telah membawa pembaharuan yang mendesak guru untuk melakukan adaptasi untuk kekal relevan dan efektif. Untuk menangani perubahan tersebut, guru perlu melakukan perubahan paradigma, sikap dan perlakuan. Perkara ini penting kerana dengan setiap pembaharuan yang berlaku tugas dan tanggungjawab tutur berubah. Sebagai contoh, dengan perkembangan dalam bidang ICT dan penyerapan penggunaannya dalam sistem pendidikan maka guru perlu mengadaptasikan dan menyesuaikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran seiring dengan perkembangan tersebut. SGM telah dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Guru dengan tujuan menggariskan cadangan amalan terbaik untuk guru dan institusi latihan perguruan. Gagasan SGM ini menjadi titik tolak bagi melakukan perubahan. Panduan yang diberikan dalam buku tersebut menjadi pendorong kepada guru untuk mengukur tahap keupayaan diri dan berusaha ke arah penguasaan ilmu dan kemahiran dalam bidang masing-masing. Saya berharap SGM akan mencapai matlamatnya dalam melahirkan guru-guru yang berkualiti yang akan membangunkan dan memperkembangkan potensi murid agar menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. [Petikan ucapan bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom] Dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) yang dihasilkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan salah satu langkah yang positif ke arah melahirkan guru yang berkualiti. Usaha murni dan bermanfaat ini menjadi pemangkin kecemerlangan profesion keguruan di Malaysia. SGM ialah perincian pernyataan prestasi yang patut dicapai oleh seseorang guru (standard) dan perincian aspek yang patut disedia serta dilaksanakan oleh agensi serta institusi yang mengendalikan latihan perguruan (keperluan). Sehubungan itu, prestasi ini merujuk kepada tahap pencapaian guru berdasarkan tiga standard iaitu Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan yang merangkumi aspek domain diri, profesion dan sosial; Pengetahuan dan Kefahaman yang memperincikan ilmu pengetahuan

dan kefahaman tentang pendidikan yang patut ada pada seorang guru; dan seterusnya, Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran yang patut dikuasai. Bagi mencapai ketiga-tiga standard ini, agensi dan institusi latihan perguruan menyedia dan melaksanakan keperluan yang menekankan aspek kelayakan akademik dan sahsiah sebagai syarat pemilihan bagi seorang calon guru. Guru yang dinamis merupakan guru berpandangan jauh, berfikiran positif, dan reflektif serta sentiasa berusaha untuk melonjakkan diri mereka ke tahap yang lebih cemerlang. Dengan ini, guru menjadi lebih kompeten, terarah, dan sistematik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Standard yang digariskan dalam SGM ini akan membantu guru meningkatkan keterampilan diri daripada segi sahsiah dan intelektual. BPG yakin bahawa SGM akan dapat memanfaatkan semua pihak yang terlibat dengan dunia pendidikan dan profesion keguruan, khususnya guru yang boleh menjadikan SGM ini sebagai rujukan serta panduan dalam usaha mereka memperkasakan kualiti dan kompetensi kendiri. [Petikan ucapan bekas Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Datin Asariah Binti Mior Shaharuddin]

You might also like