You are on page 1of 15

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

KEMAHIRAN MELAYAN DAN MENDENGAR


OLEH: AINUN MARDHIAH BT IBRAHIM JESSICA ADRIANNIE VINCENT MOHD ZAHRIN BIN SALIDIN

KEMAHIRAN MELAYAN DAN MENDENGAR


Menurut Maznah dan Zainal(2003), menjelaskan komunikasi bukan lisan adalah mesej yang disampaikan bukan melalui tutur kata tetapi melalui ekspresi muka,kontak mata dan gerak geri. Komunikasi bukan lisan harus selaras dengan verbalnya.

Antara kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam komunikasi bukan lisan; Senyuman dapat meredakan emosi klien Kontak mata Sapora(2002) ; membolehkan kaunselor memberi tumpuan,menunjukkan minat,tanda hormat,menimbulkan rasa penerimaan,percayamempercayai dan sebagainya.

Posisi badan Menurut Mehrabian(1967),posisi yang sesuai adalah dengan kaki di lantai,badan agak ke hadapan sedikit,dan tangan yang terbuka menunjukkan kesediaan kaunselor. Kedudukan dan jarak Ibrahim (2002) menyediakan jarak ruang untuk berkomunikasi yang sesuai dan selesa iaitu bergantung kepada agama,jantina,umur,budaya,dan latar belakang kaum serta tajuk perbincangan. Contoh skrip : Kaunselor : adakah Lisa selesa dengan kedudukan kita sekarang ? Klien : ya,saya agak selesa.

Ekspresi muka Ibrahim (2002) kaunselor perlu memperlihatkan ekspresi wajah yang ceria dan meyakinkan klien.Ekspresi wajah yang tidak sama dengan kata-kata akan menimbulkan rasa kurang senang klien. Tahap tenaga merujuk kepadamooddan keadaan kaunselor mengendalikan sesi kaunseling. Tahap tenaga adalah pancaran rasa kesedian kaunselor dalam melayan atau menerima klien.

Sentuhan Untuk menunjukkan kasih sayang seseorang kepada orang lain. Namun dalam situasi kaunseling,sentuhan hanya bagi menunjukkan kemesraan kepada klien bagi mempersilakan masuk ke bilik kaunseling. Sentuhan merangkumi tindakan minima seperti berjabat tangan,menepuk,mengurut,memegang dan memeluk. (tidak boleh menyentuh tangan atau memegang bahu klien yang berlainan jantina)

KEMAHIRAN MELAYAN
Berlaku pada awal sesi iaitu ketika klien memasuki ke bilik kaunseling. Menjemput klien masuk ke dalam bilik dengan cara yang mesra seperti memegang tangan klien bagi menjemputnya masuk.(mengikut jantina bagi mengelakkan perasaan curiga klien) Ivey(1999)- Kemahiran melayan digunakan bagi membantu klien meluahkan cerita atau permasalahan mereka dan dapat membantu individu yang kurang aktif dalam komunikasi.

Komponen yang diberikan perhatian adalah seperti berikut : Gestur badan Kontak mata Ekspresi muka Mengikuti dan cuba memahami klien Galakan dalam perbincangan Elakkan melabel dan menilai.

KEMAHIRAN MENDENGAR
Menurut Muhd Mansur dan Siti Nordinar (1993),kaunselor yang baik akan meluangkan lebih banyak masa mendengar daripada menyampuk ataupun berkata.Beliau menumpukan sepenuh perhatiannya kepada klien.

Menurut Mohd Salleh(1993) dan Yee(1997),mendengar terbahagi kepada tiga ; Mendengar dengan perasaan Mendengar dengan psikologi - Menyediakan suasana komunikasi serta menumpukan perhatian pada mesej atau isi yang disampaikan oleh klien. Mendengar dengan fizikal - Menumpukan pendengaran dan penglihatannya kepada klien. -Dapat menunjukkan tanda hormat dan semangat kaunselor serta menjalin kemesraan antara kaunselor dan klien.

Menurut Sapora dan Wan Anor (2002)


Kemahiran mendengar adalah kemahiran asas dalam proses membantu. Kaunselor memerlukan daya pendengaran dan perhatian yang kuat bagi mendengar maklumat yang disampaikan oleh klien. Cara-cara menunjukkan ketersediaan kaunselor bersama klien adalah : 1.Menyatakan semula 2.Menggambarkan semula 3.Memberikan respons

Dalam kemahiran mendengar juga,kaunselor perlu :

mendengar dengan aktif mendengar dengan berkesan bersedia untuk mendengar mengenal pasti mesej memberi maklum balas MENDENGAR ISI - Pokok persoalan yang dibincangkan MENDENGAR PERASAAN - Emosi diri MENDENGAR MAKNA / PENGALAMAN

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya,apabila seorang kaunselor dapat melayan dan mendengar dengan aktif terhadap masalah yang dihadapi oleh klien,ia dapat membantu klien tersebut meluahkan apa yang dirasakan seterusnya dapat membantu mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam masalah yang dihadapi oleh klien tersebut.

You might also like