You are on page 1of 33

1.

Pendahuluan 1.1 Pengenalan Bahasa Melayu sudah sekian lama menjadi bahasa perhubungan, bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama dalam system pendidikan di Malaysia. Dari aspek pendidikan sekolah rendah khasnya, mata pelajaran bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras. Antara kemahiran yang diterapkan dalam mata pelajaran ialah kemahiran lisan, kemahiran bacaan dan kemahiran menulis.

Oleh itu, sudah sewajarnyalah bahasa Melayu sudah tidak menjadi masalah kepada masyarakat Malaysia umumnya dan kepada pelajar khasnya. Namun begitu, daripada beberapa kajian yang telah dilakukan didapati bahawa bahasa Melayu masih menjadi masalah. Kelemahan murid-murid menguasai bahasa Melayu dengan betul kerisauan serta rungutan dalam kalangan ibu-bapa, guruguru dan para cendekiawan. Menurut laporan Lembaga Peperiksaan, penguasaan murid-murid terhadap bahasa Melayu dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) khususnya dalam aspek penulisan karangan masih membimbangkan (Mahyuddin, 1999). Selain daripada lemah menyusun fakta-fakta penting, murid-murid juga lemah dalam aspek penulisan karangan seperti aspek ejaan.

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 1

Menurut Mahyuddin (1999), jika ditinjau dari sudut bahasa Melayu itu sendiri, aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang sebelum ini tidak diberi tumpuan. Penguasaan terhadap kemahirankemahiran asas dapat menyumbang kepada kemahiran-kemahiran seperti kemahiran berfikir dan kemahiran belajar (PPK,1994). Berdasarkan Sukatan Pelajaran (1993), Kurikulum Sekolah Rendah bertujuan untuk membolehkan murid-murid : i. Menguasai bahasa Melayu dengan memuaskan sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. ii. Menguasai kemahiran asas bahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah rendah. Menurut Awang Sariyan (1983) dan Rahimah Hj Sarban (1988) aspek ejaan dalam penulisan merupakan aspek tatabahasa yang perlu dikuasai oleh muridmurid sekolah. Kesalahan yang dilakukan oleh murid_murid pada peringkat awal akan berlanjutan hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam bidang penulisan pula, kelemahan menguasai ejaan akan menjejaskan komunikasi bidang itu sendiri. Kesalahan ejaan akan terbawa-bawa dalam situsi penulisan Negara. Oleh hal yang demikian, kajian ini penting untuk mengkaji teknik yang terbaik untuk mengatasi masalah yang telah diutarakan ini. Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanakkanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperolehi melalui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah dalam ejaan. Kamus Inggeris-Melayu Dewan (2002)
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 2

mentakrifkan ejaan sebagai susunan huruf yang diterima untuk sesuatu perkataan. Misalnya, dalam perkataan ikan terdapat empat huruf. Susunan huruf yang diterima untuk perkataan ikan ialah i di tempat yang pertama, k di tempat yang kedua, a di tempat yang ketiga, dan n di tempat yang keempat. Susunan lain seperti kain, naik, kian dan kina (kuinin) tidak diterima untuk ejaan perkataan ikan. Namun susunan itu diterima sebagai ejaan perkataan yang berkenaan. Susunan seperti aink dan knai tidak diterima sama sekali untuk ejaan perkataan ikan walaupun empat hurufnya tetap sama. Jika satu atau lebih huruf ditinggalkan seperti ika, kan, dan ik; susunan huruf ini juga tidak diterima sebagai ejaan perkataan ikan.

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 3

1.2

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran. Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lalu, pengkaji telah mendapati bahawa murid-murid tahun 2 Ixora ini menghadapi masalah lemah kemahiran ejaan. Pengakaji telah diamanahkan untuk mengajar tahun 2 Ixora. Namun ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, pengkaji mendapati bahawa murid-murid tahun 2 Ixora ini lemah dalam kemahiran ejaan. Pada praktikum pertama, pengkaji telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan St. Mark. dan mengajar tahun 5 Nilam. Manakala pada praktikum kedua,pengakaji telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Penaga dan mengajar tahun 2 Yakin. Praktikum ketiga pula pengkaji ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Alma Jaya dan diamanahkan mengajar tahun 2 Ixora. Setelah dibuat pemerhatian antara praktikum pertama,kedua dan ketiga, pengkaji menemui masalah yang sama iaitu murid lemah dalam kemahiran ejaan. Menerusi pemerhatian yang dilakukan, pengkaji juga mendapati bahawa sebahagian murid tahun 2 Ixora mengalami masalah ejaan. Hal ini dapat dibuktikan semasa pengkaji menjalankan aktiviti ejaan. Pengkaji menyebut perkataan dan murid mengeja dan menulis perkataan tersebut dan hasilnya ramai diantara murid tahun 2 Ixora melakukan kesalahan ejaan. Hasil temubual yang telah dijalankan terhadap guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan murid-murid kelas 2 Ixora, didapati bahawa meskipun muridmurid ini telah diajar kemahiran ejaan,namum masih lagi gagal menguasainya. Pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran ini hanya banyak

menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan buku teks dan buku latihan. Pengkaji juga melakukan pemerhatian pada buku latihan murid. Didapati banyak
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 4

kesalah ejaan yang dilakukan dalam buku latihan. Murid-murid juga kurang didedahkan dengan aktiviti kemahiran mengeja. Jika kurangnya aktiviti muridmurid sukar untuk menguasai kemahiran ini kerana setiap murid mempunyai kecerdasan pelbagai. Perkara ini merupakan satu kerugian yang besar kepada murid-murid kerana mereka kurang berpeluang dan kurang didedahkan secara langsung mengenai kemahiran ini. Guru terus menerus mengajar menggunakan buku aktiviti yang sedia ada dan hanya memberi tumpuan kepada murid-murid yang cerdas sahaja manakala murid-murid yang tercicir ini terus ketinggalan dalam subjek Bahasa Melayu kerana gagal menguasai kemahiran ejaan. Selain itu, kemahiran ejaan dilihat sangat penting kerana mampu membantu murid-murid bukan sahaja dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi juga dalam mata pelajaran lain. Keadaan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam bidang penulisan tanpa kesalahan ejaan. 1.3 Refleksi Nilai Pendidikan Menurut Za'ba, mengeja ialah "pekerjaan menghubungkan huruf benar dan huruf saksi atau sebaliknya ini serta disebut nama tiap-tiap huruf itu". Kita juga boleh mengatakan bahawa mengeja ialah perbuatan membunyikan atau menulis huruf secara beturut-turut dalam sesuatu pekerjaan. Bedasarkan takrif ini, ada dua cara untuk mengeja. Cara pertama ialah dengan menyebut huruf secara berturut-turut yang tedapat pada sesuatu suku kata atau perkataan dan membunyikan suku kata atau perkataan itu. Cara yang kedua ialah menulis huruf dengan mematuhi syarat untuk membentuk suku kata atau perkataan.
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 5

Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh pengkaji, kaedah yang dipilih ialah kaedah suku kata. Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebgai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan. Dalam bahasa melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan huruf vokal dipanggil suku kata terbuka. Manakala suku kata yang diakhiri dengan huruf konsonan dipanggil suku kata tertutup. Melalui kaedah ini, pengkaji akan mengajar murid-murid dengan mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil. Daripada satu perkataan, murid-murid akan membatangkan perkataan tersebut mengikut suku kata tertentu seterusnya diperkenalkan satu persatu huruf yang terdapat dalam setiap suku kata. Kaedah ini bertujuan agar murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku kata, perkataan dan ayat dengan baik. Kebaikan menggunakan kaedah ini ialah muridmurid mahir mengeja kerana mereka dilatih mengeja tiap-tiap perkataan yang dibacanya.

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 6

2.0

Fokus Kajian / Isu Keperihatinan 2.1 Isu kajian Kajian ini akan tertumpu kepada masalah penguasaan kemahiran ejaan bagi murid-murid tahun 2 Ixora. Didapati murid-murid lemah dalam mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup. Penguasaan dalam kemahiran ejaan dapat membantu murid meningkatkan pencapaian dalam subjek Bahasa Melayu. Ejaan merupakan aspek penting dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh Mat Zaidi Bin Dahlan (2010) yang membuat kajian tentang penguasaan kemahiran ejaan murid tahap 1. Dalam kajiannya murid-murid tidak menunjukan kesungguhan dalam kemahiran mengeja yang diberikan. Murid tidak dapat membatangkan sukukata dan mengecam sukukata dengan betul. Oleh yang demikian murid-murid selalu melengkapkan suku kata atau perkataaan yang salah apabila guru meminta mereka melengkapkan semula sukukata yang disebutkan. Kajian oleh Roziah Binti Abdul Hamid (2000) mengenai meningkatkan penguasaan murid-murid melalui kaedah suku kata. Beliau telah mengenal pasti murid yang bermasalah dalam kemahiran ejaan dan membatang suku kata. Beliau telah menjalankan ujian suku kata terhadap individu dan ujian suku kata kumpulan.... Terlalu kurang kajian yang dilakukan secara holistik, terperinci dan mendalam bagi meneroka penguasaan kamahiran ejaan dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh itu, kajian ini mempunyai kepentingan tersendiri terutama apabila pengkaji mendapati terdapat permasalahan yang perlu diatasi didalam kelas supaya murid-murid yang lemah ini tidak tercicir dalam pendidikan arus perdana.
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 7

Kajian ini penting untuk memastikan murid-murid mempunyai kebolehan yang sama rata bagi menentukan keseimbangan pencapaian di dalam kelas. Disamping itu, diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat semestinya kepada guru mata pelajar Bahasa Melayu yang rata-rata mempunyai murid yang lemah dalam penguasaan ejaan. Dilihat dengan adanya kajian seperti ini mampu untuk membantu pihak sekolah memperoleh pencapaian yang terbaik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 2.1.1 Tinjauan awal Masalah ini dikenalpasti berdasarkan kegagalan murid-murid mengeja suku kata yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup. Untuk meninjau dengan lebih terperinci agar dapat membantu peyelidik menentukan aktiviti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan tepat, masalah ini dilihat dari aspek-aspek berikut : a) Ketidakbolehan pelajar membatangkan suku kata KV KVK / KVK KV yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup. b) Ketidakbolehan pelajar mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup. c) Ketidakbolehan pelajar dalam membunyi atau mengeja perkataan yang melibatkan suku kata terbuka dan tertutup.

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 8

2.1.2

Analisis Tinjauan Awal Semasa tinjauan masalah dilakukan oleh pengkaji, pelajar didapati sukar untuk mengeja perkataan KV KVK / KVK KV melibatkan suku kata terbuka dan tertutup dan tidak memahami perkataan. Hal ini mungkin kerana murid tidak dapat menguasai suku kata KV KVK pada awalnya. Selain daripada itu murid-murid juga tidak menguasai dengan mendalam konsep suku kata KV KVK. Hal ini mungkin akibat kurang latihan dan pendedahan tentang perkataan yang melibatkan suku kata terbuka dan tertutup itu sendiri dan murid juga mempunyai masalah dalam membatangkan suku kata perkataan. Konsep mecerakinkan perkataan juga mungkin minimal dalam kefahaman mereka. Suku kata terbuka dan tertutup juga hanya melibatkan perkataan yang sinonim dengan kehidupan mereka seperti pantai. Ternyata masalah utamanya murid terbiasa membaca secara mengeja perkataan, lambat menyudahkan bacaan, perkataan yang

dikuasai pula terbatas pada perkataan KV KV dan V KV. Hal ini menjadikan mereka lebih sukar untuk memahami perkataan KV KVK / KVK KV. Murid juga didapati tidak tahu mengeja perkataan yang melibat suku kata KV KVK / KVK KV. Mereka juga hanya mengimaginasi apabila mengeja perkataan kerana mereka tidak boleh membaca perkataan yang hendak dibaca. Antara contoh kesalahan yang sering dilakukan muridmurid semasa aktiviti kemahiran ejaan ialah dalam perkataan: 1. ankat = angkat 2. baran = barang
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 9

3. tingal = tinggal 4. butan = butang 5. funsi 2.1.3 = fungsi

Kriteria Pemilihan Fokus Kajian Kriteria Elemen Penulisan Penyelidik berpendapat bahawa fokus kajian iaitu masalah kemahiran ejaan dapat diatasi dengan menggunakan kaedah suku kata. Pelaksanaan

Kebolehtadbiran

intervensi ini adalah mudah untuk diuruskan. menyusun Pengkaji cuma perlu mahu

bagaimana

melaksanakan kaedah suku kata ini. Bahan-bahan juga mudah untuk

disediakan. Kajian ini dapat dijalankan kerana pengkaji percaya kemahiran mengeja murid dapat ditingkatkan

dengan intervensi tersebut. Kepentingan Penguasaan kemahiran ejaan adalah penting dalam membantu murid-murid memahami terkandung dengan semua dalam ejaan bahan dan yang bacaan baik.

lebih

mudah

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 10

Penguasaan ejaan yang baik dapat membantu murid-murid menimba pelbagai ilmu dalam pelbagai bidang. Justeru penting Penyelidik itu, kemahiran ini adalah

untuk

dipertingkatkan. untuk

bercadang

menggunakan pengintegrasian kaedah pengajaran iaitu kaedah suku kata untuk meningkatkan penguasaan murimurid dalam kemahiran ejaan. Kebolehgunaan Kaedah suku kata digunakan sebagai pengajaran utama bagi memudahkan subjek kajian lebih dan memahami meningkatkan

pengajaran

kemahiran mengejanya. Kaedah suku kata dalam kajian yang dijalankan juga wajar dan dapat memberikan manfaat kepada pelbagai pihak. Bahan-bahan seperti abm yang digunakan semasa menjalankan kaedah suku kata dapat dikongsi dengan guru atau rakan

sejawat yang lain pada masa akan datang dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Selain itu,

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 11

kaedah suku kata boleh digunakan pada kajian masa hadapan dalam aspek ejaan pada kumpulan sasaran yang lain. Kawalan Kajian ini dilakukan dalam skop yang kecil iaitu meningkatkan kemahiran ejaan. Kaedah suku kata amat mudah untuk digunakan dan mempunyai terutama

pelbagai

kelebihannya

kepada guru. amat

Bahan yang dipili juga digunakan tahap dan dan

mudah

bersesuaian

dengan

kebolehan murid. Penyelidik juga tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakan suku kata ini. Kolaboratif Pelbagai dijalankan usaha kolaboratif telah dengan bahan untuk kaedah

bersama-sama

warga sekolah. Contohnya pada awal pertemuan dengan pentadbir sekolah, penyelidik telah meminta kebenaran untuk menjalankan kajian ini keatas murid-murid terpilih. di dalam kelas yang

Penyelidik

juga

sentiasa

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 12

berbincang dengan guru kelas, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, guru mata pelajaran dan guru-guru sekolah yang lain bagi mendapatkan maklumat tentang subjek kajian. Semasa

intervensi menggunakan keadah suku kata di dalam bilik darjah, penyelidik berkolaboratif dengan guru penyelia, guru kelas serta guru pelatih untuk subjek memerhatikan dan membuat

tingkahlaku

catatan pada boring pemerhatian yang disediakan. Mereka juga memberi

cadangan penambahbaikan terhadap kaedah suku kata yang dijalankan oleh penyelidik. penyelidik Selain juga daripada itu,

meminta

bantuan

daripada guru Bahasa Melayu sebagai rujukan untuk membuat penilaian

terhadap subjek kajian. Kerelevanan kepada sekolah Penyelidik merasakan bahawa

penggunaan kaedah suku kata dalam pengajaran adalah amat relevan

kepada sekolah. Kaedah ini boleh

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 13

diguna pakai oleh semua guru bahasa pada masa akan datang. Kaedah yang digunakan akan dapat membantu

pencapaian murid-murid dan sekolah khasnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

2.2

Istilah Kajian Menurut kamus dewan edisi keempat, penambahbaikan bermaksud perihal kepada proses, perbuatan, tindakan dan sebagainya. Dalam konteks ini merujuk kepada proses yang dilakukan oleh pengkaji untuk membuat kajian. Amalan pula bermaksud perbuatan yang baik atau perbuatan yang biasa dilakukan iaitu kebiasaan. Dalam hal ini, pengkaji melakukan amalan iaitu mengajar. Sebagai seorang guru, tugas seharian adalah mengajar murid-murid. Perihal pengajaran pula ialah memerihalkan tentang mengajar atau segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara mengajar atau sistem mengajar. Daripada istilah yang digunakan oleh pengkaji dapatlah dirumus bahawa pengkaji sedang cuba menambahbaik amalannya dalam pengajaran iaitu pengajaran kemahiran ejaan bagi murid-murid tahun 2 Ixora dengan menggunakan kaedah suku kata.

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 14

3.0

Objektif Kajian / Soalan Kajian Selepas kajian ini selesai dilaksanakan, murid-murid yang terlibat diharap dapat mencapai objektif-objektif berikut: 3.1 Objektif Umum i. Menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran kemahiran ejaan Bahasa Melayu 3.2 Objektif Khusus i. Guru dapat menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran kemahiran ejaan suku kata terbuka Bahasa Melayu dengan

menggunakan kaedah suku kata. ii. Guru dapat menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran kemahiran ejaan suku kata tertutup Bahasa Melayu dengan

menggunakan kaedah suku kata, 3.3 Soalan Kajian i. Adakah guru dapat menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran kemahiran ejaan suku kata terbuka Bahasa Melayu dengan

menggunakan kaedah suku kata. ii. Adakah guru dapat menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran kemahiran ejaan suku kata tertutup Bahasa Melayu dengan

menggunakan kaedah suku kata.

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 15

4.0

Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran utama kajian melibatkan pengkaji sendiri iaitu seorang guru praktikum di Sekolah Kebangsaan Alma Jaya. Pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar kelas Tahun 2 Ixora. Praktikum ini berlangsung selama tiga bulan. Kumpulan sasaran kajian juga melibatkan murid-murid di sebuah sekolah kebangsaan iaitu Sekolah Kebangsaan Alma Jaya. Murid-murid tersebut berada ditahap 1 iaitu tahun 2 Ixora. Seramai 6 orang murid telah dikenal pasti selepas analisis tinjauan awal. Mereka ini mempunyai pencapaian yang sederhana dalam subjek Bahasa Melayu. Kelas 2 Ixora ini juga merupakan kelas pertengahan di antara 5 buah kelas tahun 2. Hampir kesemua murid di kelas ini tidak mengikuti kelas tambahan di luar waktu sekolah. Tinjauan awal menunjukan bahawa murid-murid ini mempunyai masalah dalam kemahiran ejaan suku kata terbuka dan tertutup.

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 16

5.0

Tindakan yang Dicadangkan 5.1 Perancangan Tindakan Kitaran Kajian 1 Pengkaji telah merancang untuk menjalankan prosedur tindakan dalam kajian ini berdasarkan Model Kemmis dan McTaggart. Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak.

MEREFLEK

MEMERHATI

MERANCANG

MELAKSANA

Rajah 1: Model Kemmis dan McTaggart

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 17

5.1.1

Perancangan tindakan

Kajian ini akan memberi perhatian kepada pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran terancang menggunakan kaedah suku kata yang disediakan oleh pengkaji, khusus untuk melaksanakan kajian ini. (a) mereflek Pengkaji berusaha memperoleh maklumat bagi tujuan memperoleh maklumat yang tepat mengenai tahap kemahiran mengeja dalam kalangan murid-murid dengan cara sama ada menganalis dokumen (Rekod Kemajuan Murid, Buku Rekod Guru, Rekod Kehadiran, Buku Latihan, Lembaran Kerja, Kertas Ujian dll) atau melaksanakan beberapa siri ujian ejaan, padanan huruf dengan gambar, huruf dengan huruf, melengkapkan huruf pada perkataan dan sebagainya. Selain itu, pemerhatian dan temu bual terarah diyakini membantu pengkaji memahami tahap sebenar kemahiran mengeja Bahasa Melayu dalam kalangan murid-muridnya (b) merancang Berdasarkan tahap kemahiran mengeja Bahasa Melayu, penyelidik merancang secara berperingkat proses pengajaran dan pembelajaran mengeja sebagaimana berikut; (i) mengenal suku kata terbuka dan tertutup. Pada aktiviti ini, prngkaji akan memaparkan sejumlah perkataan kepada murid-murid. Krmudia murid-murid akan mengenal pasti sama ada perkataan itu adalah suku kata terbuka atau tertutup.
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 18

(ii)

mencerakinkan perkataan mencerakinkan daripada perkataan kepada suku kata sama ada suku kata terbuka atau tertutup. Pada aktiviti ini, guru member set perkataan kepada murid. Muridmurid akan mencerakinkan perkataan tersebut mengikut suku kata Bahasa Melayu.

(iii)

mencerakinkan

beserta

warna

mencerakinkan

daripada

perkataan kepada suku kata dan warna suku kata mengikut jenis iaitu merah untuk suku kata terbuka dan hitam untuk suku kata tertutup. Pada aktiviti ini, guru akan memaparkan set perkataan. Muridmurid perlu mencerakinkan perkataan mengikut suku kata terbuka dan tertutup. Suku kata terbuka perlu diwarnakan dengan warna hitam dan suku kata tertutup berwarna merah. (c) melaksana Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mengeja secara berperingkat mengikut tahap kemahiran mengeja. (d) memerhati Pengkaji memerhati meneliti, melaksanakan ujian atau latihan tertentu tujuan mengesan pencapaian murid. Ujian yang akan diadakan ialah ujian 1, ujian 2, ujian 3. Kesemua ujian dilakukan selepas intervensi dijalankan.

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 19

5.2

Perancangan cara mengumpul data Mengumpul dan menganalisis data memerlukan penjelasan secara terperinci tentang kaedah pengumpulan data yang dipilih, instrument yang diguna dan cara-cara data dianalisis. Prosedur pengumpulan dan penganalisisan data harus berkait dengan pembelajaran dan pengajaran serta dapat menjawab objektif dan persoalan kajian (Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud,2011) Dalam hal ini, pengkaji berusaha memperoleh data dengan cara: 5.2.1 Pemerhatian Data yang diperoleh daripada set soal selidik dan dokumen hanya menyediakan data mentah yang menerangkan prestasi semasa subjek kajian. Manakala perihal sebenar prestasi subjek akan lebih jelas melalui maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian pengkaji terhadap proses pembelajaran kemahiran ejaan dalam kalangan subjek kajian. Dengan hal yang demikian, pengkaji merangka senarai semak yang boleh membantu pengkaji melaksanakan siri pemerhatian berkala terhadap subjek kajian. Hal ini penting kerana maklumat yang diperoleh kelak akan memberi jawapan sebenar kepada masalah dan tahap kemahiran ejaan subjek kajian. Bagi tujuan memperoleh maklumat yang lebih realistik, pengkaji berusaha mengguna pakai kaedah pemerhatian berstruktur. Ini bermakna pengkaji terlibat secara langsung bersama-sama subjek kajian dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran ejaan dalam bilik darjah. Hal ini penting bagi tujuan mengelak kesan luar jangka yang boleh

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 20

mengherotkan data dan ini akan menjejaskan kredibiliti dapatan yang diperoleh. 5.2.2 Temu bual Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi face-to-face antara penyelidik dengan informan atau orang yang ditemu bual. Temu bual ialah kaedah terbaik untuk meneroka (probe) dan mendapatkan maklumat daripada informan secara mendalam. Informan bagi temu bual terdiri daripada murid, ahli panitia, rakan sejawatan, pihak pentadbir dan ibu bapa. Mereka perlu ditemu bual untuk mengetahui persepsi, pendapat dan sikap mereka terhadap kajian yang dijalankan. 5.2.1 Analisis dokumen Analisis dokumen dilaksanakan bagi tujuan mengesan tahap kenal huruf, kemahiran mengeja dan menulis. Bagi tujuan memperoleh maklumat berkenaan, pengkaji menggunakan kaedah manual iaitu dengan cara mencari peratus peningkatan kemahiran ejaan murid-murid. Peratus peningkatan dapat diperoleh daripada markah ujian pra dan pasca dan disediakan oleh pengkaji. Selain itu, pengkaji memperoleh maklumat daripada Buku Rekod Kehadiran, Buku Rekod Kemajuan Murid, Buku Rekod Guru, Lembaran Kerja Harian dan Buku Kerja. Dokumen-dokumen yang dinyatakan itu sangat penting kepada pengkaji kerana mengandungi tahap pencapaian sebenar subjek kajian yang boleh dijadikan rujukan bagi tujuan mengesan prestasi sebenar subjek kajian.

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 21

5.3

Perancangan Mengumpul Data Maklumat yang diperoleh akan dipersembah dalam bentuk statistik deskriptif menggunakan peratus dan kekerapan. 5.3.1 Pemerhatian Pengkaji akan menggunakan pemerhatian berstruktur. Pengkaji

menyediakan set senarai semak pemerhatian. Dalam pemerhatian berstruktur aspek yang hendak diperhatikan akan dikenal pasti terlebih dahulu. Penyelidik memerhati, mendengar dan merekod maklumat berdasarkan set aktiviti yang telah dikenal pasti. Pemerhatian berstruktur dilakukan dengan menggunakan senarai semak yang disediakan.

Jadual 2, menunjukan contoh borang senarai semak yang akan digunakan oleh pengkaji.

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 22

5.3.2

Temu bual Temu bual yang akan dijalankan adalah temu bual berstruktur. Pengkaji akan menyediakan soalan temu bual terlebih dahulu dan dijalankan dalam situasi formal. Temu bual akan dijalan keatas kumpulan sasaran iaitu murid-murid dan seterusnya keatas guru kelas, guru mata pelajaran dan juga pihak pentadbir. Penkaji juga akan menetukan keadaan,masa yang sesuai dan merakamkan temu bual tersebut. Hasil temu bual akan ditaip semula sepenuhnya dan akan diproses dalam bentuk diskriptif.

5.3.3

Analisis dokumen (senarai semak/peratus/min dan sisihan piawai/naratif) Pengkaji akan menganalisis markah daripada ujian 1 dan ujian 2. Cadangan pengkaji ialah setiap satu kesalahan ejaan yang dilakukan oleh murid akan ditolah sebanyak 10%. Begitu juga cara menganalisis data bagi ujian pasca. Kemudian pengkaji membandingkan keputusan peratus diantara ujian pra dan pasca. Seterusnya peratus peningkatan yang diperoleh akan diwakilkan dalam bentuk naratif serta graf.

Jadual 3, menunjukan contoh jadual perbandingan yang akan digunakan oleh pengkaji.

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 23

Rajah 2, menunjukan contoh graf yang akan digunakan oleh pengkaji.

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 24

5.4

Perancangan pelaksanaan tindakan 5.4.1 Bil 1. 2. 3. 4. 5. Jadual pelaksanaan Tugasan Penerangan Mengumpul maklumat Pelaksanaan Pendokumentasian Pelaporan Tempoh 1 hari 1 minggu 12 minggu 4 minggu 1 minggu Tarikh 21. 2. 2014 22 28.2.2014 1.3 27.4.2014 30.5 30.6.2014 18.7.2014

Jadual 4, menunjukkan jadual perancangan pelaksanaan tindakan

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 25

5.4.2 Kos kajian Bil 1. 2. 3. 4. 5. Tugasan Kertas Dakwat Kertas Manila Pen Marker (warna) Kertas Majong Kuantiti 2 1 20 12 50 Harga/unit $ 5.00 Jumlah $ $ $ $ $ Jumlah Jadual 4, menunjukkan jadual kos kajian 30.00 250.00 14.00 30.00 25.00

$ 250.00 $ $ $

$ 349.00

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 26

Senarai Rujukan Buku Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. 1983. Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Penerbitan Sarjana (M) sdn. bhd . Kuala Lumpur. Chow Fook Meng Phd & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan :Konsep & Amalan dalam Pengajaran. Selangor :Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Jurnal Kajian Tindakan , Sekolah - sekolah Negeri Johor Jilid 2/2009 Othman Puteh,Talib Abdullah, L. Shirley, Kamus bergambar generasi baharu KBSR, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria, Australia: Deakin University Press Nik Safiah Haji Karim et al. (2010). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahimah Haji Ahmad.1988. Kerjasama dan persaingan di dalam situasi pembelajaran: Implikasinya kepada polisi pendidikan. dlm Rahimah Haji Ahmad, Robiah Sidin &
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 27

Khadijah Rohani Mohd Yunus (pnyt). Pendidikan dan polisi sosial: Kumpulan kertas kerja Konvensyen Nasional Keempat Mengenai Pendidikan. 96-106. Kuala Lumpur: Persatuan Pendidikan Malaysia Raminah Hj Sabran, Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk pelatih maktab perguruan. Kuala Lumpur: Kursus Bahasa Fajar Bakti Internet OOI CAD LI Diperoleh MAC 12, 2014 dari http://cadliooi.blogspot.com/2011/12/4.html Diperoleh MAC 14, 2014 dari http://cikguhijau.blogspot.com/2012/02/mengeja-apakah-

maksudnya.html Noorfarila Diperoleh Mac 14, 2014 dari http://pelautsenja.blogspot.com/2013/11/kajian-tindakankpd-3026.html

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 28

Refleksi Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya, saya telah berjaya menyiapkan kertas cadangan kajian tindakan bagi semester 7 ini dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan dan menyempurnakan kertas cadangan ini, terutamanya pensyarah saya, rakan- rakan dan kepada sesiapa yang juga turut membantu. Terima kasih kepada pensyarah dan juga kawan-kawan yang telah banyak membantu mencari dan berkongsi maklumat untuk melengkapkan lagi kerja kursus ini. Untuk kajian tindakan saya, saya telah merancang untuk mengkaji tentang masalah kemahiran ejaan yang dihadapi oleh murid-murid tahun 2 Ixora. Melalui pemerhatian awal yang saya lakukan di minggu awal praktikum, saya mendapati bahawa mereka mempunyai masalah ejaan yang ketara dimana mereka gagal mengeja perkataaan suku kata terbuka dan tertutup. Oleh itu, saya mula mengkaji masalah yang berlaku pada mereka dan telah merancang untuk cuba mengatasi masalah yang berlaku dengan menggunakan kaedah suku kata semasa pengajaran dan pembelajaran. Saya telah merancang beberapa intervensi yang dapat membantu mereka

meningkatkan kemahiran ejaan. Intervensi yang saya rancang adalah mengajar murid mengenal pasti suku kata terbuka dan tertutup. Kemudian mengajar murid mencerakinkan perkatan menjadi suku kata. Dengan penyediaan kertas cadangan ini juga saya banyak mendapat ilmu tentang apakah itu kajian tindakan, bagaimana untuk menjalankan kajian tindakan, selain itu saya dapat mendalami kaedah-kaedah pengajaran kemahiran ejaan, apakah langkah-langkah intervensi
Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 29

yang sesuai dengan tahap umur murid-murid saya dan sebagainya. Saya sangat berharap supaya kertas cadangan ini diterima dengan baik keran saya sudah meletakkan banyak usaha, masa dan harapan di dalam menyiapkan kertas cadangan ini.

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 30

Lampiran Lampiran 1. Boring ujian tinjauan awal Nama : Kelas :

Ejaan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 16. 17. 18. 19. 20.

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 31

12. 13. 14.

Lampiran 2. Contoh keputusan murid.

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 32

Lampiran 3. Contoh boring senarai semak yang akan digunakan.

Kertas Cadangan Kajian Tindakan BMM3113 | 33

You might also like