You are on page 1of 4

LAPORAN MINIT MESYUARAT PERTANDINGAN BOLA BALING PKG LANGGAR 2012

TARIKH

: 19 FEBRUARI 2012 ( AHAD )

TEMPAT

: BILIK DISKUSI SK JALAN DATUK KUMBAR

MASA

: 2.30 PETANG

KEHADIRAN:
1. GURU BESAR SK JALAN DATUK KUMBAR
2. EN. ROSLAN MD DESA, PENGERUSI TEKNIK BOLA BALING DAERAH KOTA
SETAR
3. PK HEM SK CONVENT
4. PK KOKO SK JALAN DATUK KUMBAR
5. GURU SK CONVENT
6. GURU SK TAMAN UDA
7. GURU SK TUNKU RAUDZAH
8. GURU SK TAMAN AWANA
9. GURU SK TITI GAJAH
10. GURU SK HAJI IDRIS
11. GURU SK TAMAN RAKYAT
12. GURU SK SULTANAH ASMA
13. GURU SK HUTAN KAMPUNG

AGENDA 1: ALUAN PENGERUSI


1.1

Pengerusi majlis, Guru Besar SK Jalan Datuk Kumbar mengucapkan selamat datang
ke SK Jalan Datuk Kumbar dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi hadir
ke mesyuarat pertandingan bola baling pkg langgar 2012.

1.2

Pengerusi majlis juga mengingatkan bahawa wakil sekolah yang hadir pada hari ini
adalah pembuat keputusan di dalam mesyuarat bagi pihak sekolah masing-masing.

AGENDA 2 : UCAPAN PENGERUSI TEKNIK BOLA BALING


2.1

Pengerusi Teknik Bola Baling Daerah Kota Setar, En Roslan Md Desa mengucapkan
terima kasih di atas jemputan ke mesyuarat pertandingan bola baling PKG Langgar
ini.

2.2

En. Roslan Md Desa memaklumkan tarikh pertandingan bola baling bagi PKG lain di
dalam Daerah Kota Setar. Butirannya seperti berikut:
PKG
1. PKG ALOR JANGGUS
2. PKG TELUK KECHAI
3. PKG SIMPANG EMPAT

2.3

TARIKH
7-8 MAC 2012
20 -21 MAC 2012
18 19 MAC 2012

Pengerusi Teknik juga memaklumkan tarikh Pertandingan Bola Baling MSSD Kota
Setar akan diadakan pada 28 Mac 2012 bagi Sekolah Menengah bertempat di
Stadium Sultan Abdul Halim dan pengelolanya ialah SMK Alor Janggus. Bagi sekolah
rendah pula ialah pada 26 Mac 2012 di Padang SK Seberang Nyonya. Peringkat
Negeri Kedah pula akan diadakan pada bulan April.

AGENDA 3 : PENETAPAN TARIKH PERTANDINGAN


3.1

Mesyuarat telah memutuskan tarikh pertandingan bola baling PKG Langgar


adalah pada 18 dan 19 Mac 2012 ( Ahad dan Isnin ) dan masanya ialah jam
2.30 Petang 7.00 Petang.

AGENDA 4 : PERATURAN PERTANDINGAN

5.0

4.1

En Roslan Md Desa memaklumkan peraturan pertandingan bola baling adalah


mengikut peraturan bola baling peringkat MSSM.

4.2

Setiap pasukan perlu memakai pakaian seragam atau jersey yang mempunyai
nombor di belakangnya.

4.3

Setiap pasukan perlu mempunyai bola sendiri bersaiz 1 ( warna biru ) untuk
setiap perlawanan.

4.4

Setiap pasukan boleh mendaftarkan seramai 14 pemain iaitu 7 pemain utama


dan 7 pemain simpanan.

4.5

Mesyuarat juga memutuskan pasukan yang menang akan mewakili PKG


Langgar iaitu Johan dan Naib johan. Pasukan Johan boleh memilih sendiri
pemain dari sekolah lain.

4.6

Mesyurat juga sebulat suara menetapkan yuran penyertaan ialah RM 100


untuk setiap pasukan.

4.7

Hadiah dan sijil akan diberikan untuk Johan, Naib Johan dan 2 tempat ke tiga.
Hadiah berupa pingat. Sijil peringkat PKG Langgar akan dikeluarkan untuk
semua pasukan

UNDIAN PASUKAN
5.1

Penyertaan pasukan lelaki bawah 12 tahun adalah 8 buah sekolah dan akan
dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan B

6.0

5.2

Penyertaan pasukan perempuan adalah 8 buah sekolah dan akan dipecahkan


kepada 2 kumpulan iatu kumpulan C dan D

5.3

Rujuk lampiran untuk senarai kumpulan dan jadual perlawanan

PELANTIKAN JAWATANKUASA
6.1

7.0

Rujuk lampiran

HAL-HAL LAIN
7.1

Wakil guru SK Sultanah Asma memaklumkan bahawa setiap pasukan yang


ingin mengambil pemain dari sekolah lain untuk mewakili PKG Langgar perlu
memaklumkan terus kepada guru dan jangan berurusan terus dengan murid
bagi mengelak timbul salah faham di kemudian hari.

7.2

Guru SK Convent dan En Roslan mencadangkan perkara yang ditimbulkan


oleh guru SK Sultanah Asma boleh diselesaikan dengan perbincangan
bersama antara guru sekolah.

7.3

Jadual pertandingan dan surat jemputan pertandingan akan dikeluarkan


dengan seberapa segera bagi memudahkan sebarang urusan.

7.4

En. Roslan mencadangkan agar setiap sekolah yang bertanding dapat


menyediakan pengadil sendiri bagi tujuan pelapis dikalangan pengadil.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 Petang.

Disediakan oleh :

_____________________________
(NIRWAN ZAKI BIN RAMLI )
SETIAUSAHA SUKAN SKJDK

Disemak olah :

______________________________
( SAFIZAD BIN KAMARUDIN )

PK KOKURIKULUM SKJDK

You might also like