You are on page 1of 4

Resepi Pancake Mudah

Bahan-bahan Tepung gandum 1 cawan Baking powder 1 sudu kecik Telur 1 biji Gula 2 sudu Susu segar 1 cawan

Cara-cara 1. mula-mula asingkan kuning telur dan putih telur. 2. Pukul putih telur sampai kembang dan putih 3. Dalam bekas lain campurkan tepung gandum dengan baking...gaul kan mereka biar sebati... 4. Masukkan telur kuning, gula dan susu....kacau sebati...pastu masukkan tepung tadi...kacau...saya tapis adunan ini sebab takut ade ketul-ketul nanti... 5. Masukkan telur putih yang telah dipukul tadi...guna cara kaup balikKorang sendukkan lah tepung tadi tuang atas kuali non stik 6. Bila nampak gelembung-gelembung buih cam kat atas tue boleh la terbalikkan pancake itu..

Ayam Masak Butter Bahan bahan: 2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil 2 sb butter 1 sb cili merah - cincang 2 chili padi - cincang 1 pelepah daun kari Beberapa keping cheese 230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai Secubit serbuk perasa ayam Knorr - opsyenal Garam Serbuk lada hitam Bahan perap: 1 sk garam 1/2 sb sugar 2 sk serbuk kari 1 sb tepung gandum 1 telur

Cara cara: 1. Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan. 2. Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese. 3. Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa. 4. Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.

Ayam Sweet Sour Ayam - lumur garam & serbuk kunyit 2 biji cili merah 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Sos tomato Sos cili Sos tiram Gula Garam 1 labu bawang besar - hiris 1 biji tomato buah - belah 6

Cara-cara 1. Goreng ayam yang telah dilumur garam dan serbuk kunyit. Angkat dan ketepikan. Buang sedikit minyak, jika terlalu banyak. 2. Kisar cili merah, bawang merah dan bawang putih. Tumis bahan kisar menggunakan minyak menggoreng ayam tadi sehingga garing. 3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan sedikit air. Kacau rata. 4. Masukkan garam dan gula. Masukkan bawang besar dan tomato. 5. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata dan sesuaikan rasa. 6. Boleh diangkat dan dihidangkan panas panas.

Crustless Pizza (resepi asal Nigella Lawson)

Bahan-bahan : 1 biji telur 2/3 cawan tepung gandum garam & lada hitam secukupnya 1 cawan susu segar 1 cawan keju cheddar yg sudah diparut ( saya guna keju campir-campur ) hotdog, chicken slices, daging cincang yg telar disangar (apa saja yg kita suka)

Cara-cara : 1. Bancuh telur dan tepung sehingga tidak bergentel. 2. Masuk kan secubit garam & lada hitam secukup nya. 3. Masuk kan susu sedikit demi sedikit dan kacau supaya tidak bergentel. 4. Masuk kan setengah dari keju yg sudah diparut. kacau rata. 5. Masuk kan kedalam bekas pembakar yang terlebih dahulu sudah disapukan dengan minyak sayuran atau butter. 6. Bakar selama 25 - 30 minit pada suhu 180 darjah celcius. 7. Bila dah siap, keluarkan daripada ketuhar, susun daging atau apa sahaja bahan topping yg kita ada. kalau guna hotdog, sebaiknya celur dahulu. 8. Taburkan semua keju yg kita ketepikan tadi. 9. Masuk kan semula kedalam ketuhar dan bakar selama lebih kurang 3 - 5 minit atau hingga keju cair. Sangat mudah & selamat mencuba ** saya ada pasta sauce Prego, jadi sebelum saya susun hotdog, saya sapukan sedikit sauce tu dulu kemudian baru susun hotdog.

You might also like