You are on page 1of 1

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1 Kali pertama saya memasuki kelas 5 Dedikasi, murid-murid begitu teruja untuk menerima

kedatangan guru praktikum untuk mengajar kelas mereka. Disebabkan pertama kali saya mengajar kelas mereka, maka saya tidak sempat untuk menyiapkan aktiviti yang banyak untuk mereka. Namun masih lagi ada sedikit ujikaji dan juga lembaran kerja yang sempat dilakukan dalam kelas. Sebilangan murid tidak menumpukan perhatian didalam kelas sewaktu pengajaran berlangsung. Untuk mengatasi masalah ini, saya terpaksa meninggikan suara, menyuruh murid untuk mengemaskan meja supaya tiada peralatan lain kecuali buku sains sahaja kerana terdapat segelintir murid yang bermain dengan alatan lain seperti kereta mainan. Untuk mengatasi masalah ini, saya memendekkan masa pengajaran dengan melakukan eksperimen seperti mana yang teah dirancangkan. Dengan melakukan eksperimen ini sedikit sebanyak dapat menolong saya mengawal kelas dimana murid kelihatan teruja dan gembira kerana dapat melakukan sedikit aktiviti di dalam kelas. Untuk membuatkan murid lebih rasa teruja dengan pengajaran saya, sedikit penambahbaikan yang perlu saya lakukan ialah mungkin menggunakan kaedah lain seperti didik hibur ataupun demonstrasi supaya murid lebih berminat kepada pengajaran saya pada masa akan dating.

You might also like