You are on page 1of 14

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 1

UNIT PELAJARAN 1 PENGANTAR ULUM HADITH


HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat : 1. Menerangkan definisi al-hadith, al-sunnah, al-athar dalam konteks perbincangan Ulum Hadith. 2. Membincangkan kategori kajian ulum Hadith. 3. Mengenalpasti dalil-dalil aqli dan naqli mengenai kedudukan dan peranan al-sunnah di dalam syariat Islam selepas al-Quran. 4. Menganalisa kepentingan al-sunnah dalam konteks kehidupan muslim.

PENDAHULUAN

engajian Ulum hadith merupakan suatu pengajian yang sangat penting untuk membolehkan seseorang muslim merasa yakin dengan sesebuah hadith yang dipegang. Muhaddithin telah menggariskan methodologi yang sistematik untuk membolehkan setiap generasi menangani persoalan hadih semasa. Mari kita mulakan perbincangan dengan memahami terminologi Ulum Hadith ( ) atau Mustalah al-Hadith ( ) terlebih dahulu sebelum mendalami methodologi kajian-kajian berkaitan hadith secara lebih mendalam. Dari segi etimologinya, Perkataan "ulum" ialah ilmu dalam kata jamak bahasa Arab. Manakala "hadith" dari istilah ilmu boleh dirumuskan sebagai perkara yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W. samada perkataan, perbuatan, ketetapan (akuan), sifat dan tingkahlaku.

ingkasnya, perbahasan Ulum hadith akan meneliti gagasan ilmu yang mengandungi prinsip-prinsip dan metodologi berkaitan sanad (rangkaian perawi) dan matan (teks hadith) tersebut (al-Suyuti 1996). Melalui methodologi ini seseorang dapat mengetahui martabat sesebuah hadith dengan mengkaji sifat-sifat perawi dan jumlah mereka serta kesahihan matan hadith yang diriwayatkan menjurus kepada kedudukan sesebuah riwayat sebagai dalil atau hujah dalam aqidah atau Ulum hadith adalah disiplin ilmu yang syariat. Melalui methodologi ini juga mengandungi metodologi berkaitan sanad muhaddithin dapat mengumpulkan hadith(rangkaian perawi) dan matan (teks hadith) hadith yang berselerak dan bercampur aduk untuk membolehkan muhaddithin kategorinya pada umat Islam dan membentuk mengumpulkan hadith pada umat Islam dan khazanah yang berharga untuk panduan dan membentuk khazanah sumber rujukan Islam sumber rujukan kedua di dalam Islam seperti (al-Suyuti 1996) karya Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sahih Ibn Hibban, Musnad Ahmad bin Hambal, Sunan al-Tarmizi, Sunan Abu Daud, al-Muwatta dan beberapa kitab hadith yang muktabar yang dikenali sebagai sunan sittah, atau sunan tisah.

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 2

ISI KANDUNGAN
1. Definisi al-Sunnah, al-Hadith al-Athar dalam Ulum Hadith. 2. Pembahagian dalam kajian Ulum Hadith 3. Al-Sunnah sebagai sumber kedua syariat Islam. 4. Kepentingan al-Sunnah dalam konteks kehidupan muslim.
5. Kaedah Berinteraksi Dengan Hadith Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi.

Definisi Al-Sunnah, Al-Hadith, Al-Athar dalam Ulum Hadith.


Perkataan al-Sunnah, al-Hadith dan al-Athar bukanlah sesuatu yang asing di dalam masyarakat Islam. Namun setiap ungkapan tersebut memiliki pelbagai makna yang tersendiri dari segi bahasa dan istilah berdasarkan kesesuaian tempat dan konteks penggunaannya. Perkataan al-Sunnah pula berasal dari kalimah bahasa Arab yang membawa maksud perjalanan atau cara hidup sama ada baik atau buruk (Muhammad, Ajjaj al-Khatib 1989M/1409H). Menurut Rohi Balabakiy (2000) pula bererti rubric (petunjuk), peraturan (al-Isra:77), practice (kebiasaan) atau mode of life (cara hidup) (al-Anfal:38).

M
H

anakala dari segi istilah syara, al-Sunnah ialah setiap apa yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W dan yang dilarang oleh baginda atau yang digalakkannya sama ada melalui perkataan, perbuatan atau perakuan baginda SAW (Muhammad, Ajjaj alKhatib,1989M/1409H). Imam al-Syatibi menyatakan seseorang itu dikatakan mengikuti sunnah sekiranya dia melakukan amalan yang bertepatan dengan amalan Rasulullah S.A.W., sahabat dan salafusolah.

adith pula secara harfiah bererti perkataan atau percakapan. Dalam terminologi Islam perkataan tersebut adalah dari Rasulullah S.A.W seperti Ibn Hajar berpendapat Hadith ialah apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W Namun sering kali ungkapan tersebut diperluaskan makna sehingga disinonimkan dengan sunnah yang bererti segala perkataan (sabda), perbuatan, ketetapan mahupun persetujuan dari Rasulullah S.A.W yang dijadikan ketetapan ataupun hukum dalam agama. Sebagai contoh, Ayub bin Musa al-Husaini berpendapat, Hadith ialah suatu istilah bercerita yang disandarkan penceritaan tersebut kepada Rasulullah S.A.W dari segi perkataan, perbuatan dan juga ikrar (Asmawi 2003).

Hendaklah kamu berpegang teguh pada sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Peganglah bersungguhsungguh (kacip gigi geraham) Riwayat Abu Dawud. (Ahmad Fauzan, 2007).

Apakah wujud perbezaan di antara perkataan al-Sunnah, al-Hadith dan al-Athar dalam konteks bahasa, istilah dan kesesuaian penggunaan?

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 3

l-athar jika ditinjau dari sudut bahasa membawa makna kesan atau bekas. Dari sudut istilah pula ia membawa maksud yang hampir sama dengan al-sunnah atau al- hadith. Namun muhaddithin berbeza pendapat berkaitan penggunaan istilah ini sebagai contoh; Imam al-Nawawi menyatakan athar ialah perkataan sahabat dan sesuatu yang diriwayatkan dari sahabat manakala al-Zarkashyi pula berpendapat ia adalah digunakan untuk hadith marfu (perkataan dari Rasulullah S.A.W) dan hadith mawquf (perkataan dari Sahabat). Walaupun istilah ini berbeza, namun dapat didefinisikan dengan satu makna yang hampir sama iaitu sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W sama ada melalui perkataan, perbuatan atau penetapan baginda S.A.W. Sebagai rumusan, walaupun pada zahirnya terdapat perbezaan pendapat dalam pengertian dan penggunaan istilah al-Sunnah, al-Hadith dan al-Athar, namun hakikatnya semuanya disandarkan kepada Rasulullah S.A.W. yang tidak menjelaskan kedudukan al-sunnah, al-hadith dan al-athar ini sebagai sumber hukum Islam yang kedua selepas al-Qur'an.

Apakah perbezaan penggunaan istilah al-Sunnah, al-Hadith dan al-Athar menurut pendapat Imam al-Nawawi ?

Adakah terdapat perbezaan diantara definisi al-hadith dan al-sunnah ini menurut al-Muhaddithin, ulama usul fiqh dan al-Fuqaha. Mari kita teruskan penelitian terhadap perbezaan tersebut. Istilah alSunnah ditakrifkan dengan makna yang berbeza menerusi pandangan al-Muhaddithin, ulama usul fiqh dan al-Fuqaha. Al-Muhaddithin mendefinisikan al-Sunnah sebagai setiap apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW sama ada perkataan, atau perbuatan, atau penetapan, atau sifat baginda, atau perjalanan hidup baginda sama ada sebelum dibangkitkan menjadi nabi atau selepasnya (Muhammad, Ajjaj al-Khatib, 1989M/1409H). Manakala menurut pandangan ulama usul fiqh, al-Sunnah ialah setiap sesuatu yang keluar daripada nabi SAW selain daripada al-Quran, terdiri daripada perkataan, perbuatan atau penetapan baginda dengan syarat bahawa ia boleh dijadikan dalil dan bukti syarie (Muhammad, Ajjaj al-Khatib, 1989M/1409H). Seterusnya al-Fuqaha mendefinisikan al-Sunnah dengan setiap yang diperintahkan oleh nabi SAW dengan ia merupakan ibadat yang tidak difardhukan atau diwajibkan (Mustafa Abdul Rahman, 2000).

Nyatakan secara jelas perbezaan di antara definisi al-hadith dan al-sunnah menurut al-Muhaddithin, ulama usul fiqh dan al-Fuqaha?

Kategori Kajian Ulum Hadith

engajian ulum hadis ialah suatu disiplin ilmu yang sistematik yang amat penting untuk memahami dan menilai sesuatu hadith sama ada diterima atau ditolak. Kebanyakkan muhaddithin membahagikan perbincangan ulum hadith kepada dua kategori perbahasan yang utama iaitu;

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 4

a. Ilmu Hadith Riwayah Perkataan riwayah menurut bahasa membawa maksud cerita, khabar, kisah, kenyataan dan makluman. Perbincangan hadith riwayah merangkumi ilmu berkaitan cara periwayatan, penulisan perkataan, perbuatan, sifat, ketetapan dan hal ehwal Rasulullah SAW para Sahabat dan Tabiin. Perbahasan ilmu ini merangkumi memperkenalkan rangkaian perawi, menjaga lafaz serta segala yang berkaitan dengan pemindahan dan pengambilan hadith yang sahih dan terjaga. Methodologi kajian ilmu ini membolehkan muhaddithin membahaskan makna sesebuah matan (teks) hadith dan menentukan darjat sanad-sanad hadith samada sahih, hasan ataupun dhaif. Perbincangan Ilmu Hadith Riwayah ini dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu; I. Riwayah dengan Lafaz Pemindahan sesuatu hadith dengan menitikberatkan lafaz perawinya tanpa melakukan sebarang pindaan atau gentian terhadap huruf dan perkataan asal Rasulullah SAW II. Riwayah dengan Makna Perawi mengemukakan hadith tanpa terikat dengan ungkapan perkataan yang didengari dan mengubahsuai lafaz dan perkataan tersebut kepada perkataan lain yang menunjukkan maksud yang sama dengan perkataan asal tanpa mengubah maksud asal sabda Rasulullah SAW. Bincangkan secara terperinci skop penyelidikan dan methodologi kajian Ilmu Hadith Riwayah dan Ilmu Hadith Dirayah. Sebagai lanjutan perbincangan ini, terdapat ulama muhaddithin yang menetapkan syarat untuk membolehkan seseorang perawi meriwayatkan sesuatu hadith dengan makna tersebut iaitu; I. Perawi mesti mahir dengan lafaz-lafaz hadith secara mendalam dan mengetahui perbezaan antara perkataan tersebut dari aspek tata bahasa dan gaya bahasa Arab. II. Riwayat tersebut mestilah jelas maknanya (tidak samar-samar dan tidak mengandungi maksud-maksud yang tersirat). III. Lafaz yang diganti mestilah tepat tanpa sebarang penambahbaikan dari segi maksud yang tersurat dan tersirat. b. Ilmu Hadith Dirayah. Menurut Ibn Akfani, Ilmu hadith dirayah adalah ilmu yang membincangkan kebenaran riwayat, syarat-syarat, jenis-jenis, implikasi hukum, kedudukan perawi, kategori riwayat dan perkara yang berkaitan. Dengan perkataan lain, ilmu ini juga memperkenalkan segala methodologi yang

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 5

berkaitan keadaan perawi, matan (teks), method penyampaian dan penerimaan hadith dan sifat rijal hadith. Dalam konteks lain, sebahagian muhaddithin mengkategorikan perbincangan ilmu hadith dirayah ini sebagai perbahasan ulum al-hadith, mustalah al-hadith dan Usul al-hadith. Skop perbincangan ilmu tersebut adalah untuk menilai darjat hadith dan membincangkan bagaimana sebab-sebab yang menjadi latarbelakang sesuatu hadith itu disampaikan oleh Rasulullah SAW atau asbab wurud al-hadith. Skop Perbincangan hadith dirayah secara umumnya adalah berkaitan dengan pengajian matan dan sanad. Antara topik yang dibahaskan didalam pengajian ilmu hadith dirayah ialah; (i) Pengajian Matan (lafaz teks hadith) a. Perbincangan tertumpu kepada sifat perawi iaitu; Sahih, Hasan dan Daif. b. Jenis-jenis hadith dhaif yang disebabkan kecacatan Matan (lafaz teks hadith) seperti; syaz, mubham, muallaq, mudtarib dan sebagainya. c. Hadith palsu (maudu) dan pembahagiannya (ii) Pengajian Sanad (rangkaian perawi hadith) a. Riwayat hidup perawi b. Ilmu menilai perawi (al-Jarh wa tadil) c. Metod penerimaan riwayat hadith. d. Kesinambungan sanad

ingkasnya walaupun definisi kedua-dua disiplin ilmu ini hampir sama namun perbezaan yang yang ketara adalah dari akpek umum dan khusus. Ilmu hadith dirayah membicarakan methodologi hadith secara umum manakala limu hadith riwayah pula membahaskan pelaksanaan kaedah-kaedah umum tersebut kepada sesebuah hadith secara khusus. Di sini dilihat ilmu hadith riwayah dilihat secara lebih khusus kerana merujuk kepada spesifik hadith yang tertentu. Ia boleh diperumpakan seperti perbezaan ilmu fiqh dengan ilmu usul fiqh atau antara ilmu Irab dengan ilmu al-Nahw. Secara keseluhannya, isu dan disiplin yang dibincangkan dalam pengajian ulum hadith ini adalah berkisar dengan sanad dan matan Hadith.

Nyatakan secara jelas perbezaan di antara Ilmu Hadith Riwayah dan Ilmu Hadith Dirayah dalam konteks methodologi dan skop perbincangan ulum hadith.

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 6

Al-Sunnah Sebagai Sumber Kedua Syariat Islam.

Adakah anda memahami maksud al-Sunnah sebagai sumber perundangan Islam kedua selepas al-Quran? Al-Quran adalah sumber utama dalam perundangan Islam (alIsra:17, Luqman: 2-3). Namun kandungan dan ajaran-ajaran yang terdapat di dalam al-Quran ini tidak dapat difahami dan diamalkan dengan sempurna melainkan melalui penjelasan, huraian dan contoh dari Rasulullah SAW yang termasuk di dalam pengertian al-Sunnah. Oleh itu, alSunnah berperanan menyokong dan menguatkan hukum yang terdapat dalam al-Quran, mentafsir dan menjelaskan maksud al-Quran yang mujmal, umum dan samar serta membawa hukum baru atau menerangkan hukum yang tidak disebutkan secara zahir ayat di dalam alQuran. Dari segi etimologinya, kita telah memahami perkataan "al-Sunnah" bermakna perjalanan. Manakala dari segi istilah ulama hadith "al-Sunnah" ialah perjalanan hidup Rasulullah SAW yang merangkumi sifat akhlak, sifat kejadian, berita, perkataan, perbuatan, pengakuan yang disandarkan sebagai sumber syariat Islam. Sedarkah anda bahawa peranan serta kedudukan al-Sunnah di dalam Islam secara keseluruhannya tidak lagi dinafikan, namun timbul banyak kekeliruan apabila membicarakan tentang al-Sunnah.

W K

ujud beberapa golongan yang cuba mengingkari al-Sunnah berdasarkan hujah tersendiri, selain ada yang menyatakan bahawa al-Sunnah tidak layak jika dibandingkan dengan kitab al-Quran dalam mempersoalkan prinsip-prinsip utama dalam agama Islam dan seumpamanya. Terdapat juga golongan yang membincangkan methodologi dalam berinteraksi atau beramal dengan al-Sunnah yang dilihat seolah-olah tidak sesuai dan bertentangan dengan realiti semasa kehidupan manusia. Menyedari hakikat ini, kefahaman umat Islam terhadap disiplin ilmu hadith secara sistematik dan mendalam diperlukan untuk menyelesaikan kekeliruan berkaitan sumber hadith ini dan kaedah berinteraksi dengan al-Sunnah di dalam realiti kehidupan masyarakat. edudukan al-Sunnah dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat banyak penegasan di dalam al-Quran tentang al-Sunnah dan al-Hadith. Tambahan pula terdapat dalam banyak tempat al-Sunnah ini disebutkan selari dengan al-Kitab ataupun al-Quran itu sendiri. Sebagai contoh, di dalam al Quran juga disebutkan dengan ketaatan terhadap Rasulullah SAW yang disebutkan bersama dengan ketaataan kepada Allah SWT. Al-Quran adalah sumber utama dan terpenting bapi pelaksanaan syariat Islam, mananakala al-Sunnah adalah sumber kedua yang berperanan menerang, menghurai, memperkuat dan memperkukuh sesuatu hokum yang di sebut di dalam al-Quran. Persoalannya, apakah anda memahami asas-asas hujjah aqli dan naqli dalam menjelaskan kedudukan al-Sunnah sebagai sumber perundangan Islam kedua selepas al-Quran? Berikut adalah dalil-dalil kepada kehujahan al-Sunnah di dalam pelaksanaan syariat Islam;

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 7

1. Dalil kehujahan al-Sunnah daripada al-Quran a) Maksudnya ; Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang -orang yang beriman (surah al Anfl : 1) b) Maksudnya ; Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain bagi urusan mereka (surah al Ahzb : 36) c) Maksudnya ; Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah (surah al Hasyr :7) d) ) Maksudnya : wahai orang orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan para pemimpin dari kalangan kamu, sekiranya kamu berselisih tentang sesuatu (agama) maka kembalilah merujuk kepada Allah ( al-Quran) dan rasul (sunnahnya) iaitu bagi mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Allah SWT berfirman (Surah al-Nisa :59 e) Maksudnya: Barangsiapa yang mentaati Rasul, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah SWT. Firman Allah SWT (Surah al-Nisa :80) f) Maksudnya: dan apa apa yang didatangkan oleh Rasulullah SAW itu maka kamu ambillah, dan apa apa yang dilarangnya kepada kamu maka kamu jauhilah ia. Allah juga telah berfirman ( Surah al-Hasyr : 7) Kedudukan al-Sunnah dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat banyak penegasan di dalam al-Quran tentang al-Sunnah. Bincangkan peranan dan fungsi al-Sunnah sebagai sumber epistomologi Islam.
2. Dalil Kehujahan al-Sunnah daripada al-Hadith al-Nabawiyyah . Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, selama mana kamu berpegang kepada keduanya, kamu tidak akan sesat buat selama lamanya iaitu Kitab Allah ( al-Quran ) dan Sunnah RasulNya ( hadith ditakhrijkan oleh Imam Malik, dalam al-Muwatta, Juz.2 hadith ke-3, hlm 899) 3. Dalil Kehujahan al-Sunnah daripada al-Ijma . Tidak Terdapat seorang pun dari kalangan sahabat yang hanya beramal dengan al-Quran semata- mata. Mungkin kita pernah mendengar riwayat yang menyatakan bahawa ada sebahagian daripada sahabat yang menolak hadith yang diriwayatkan kepada mereka, tetapi ini tidaklah membawa maksud mereka menolak hadith tersebut. Hal yang tersebut adalah disebabkan ketidakyakinan mereka dengan kesahihan hadith atau terdapat hadith lain yang lebih kuat kedudukannya (Qurrotul Aien 2006).

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 8

enegasan al-Quran di atas, jelaslah bahawa al-Sunnah tidak dapat dipisahkan penggunaannya di dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam selari dengan al-Quran. Ringkasnya, terdapat 5 fungsi utama al-Sunnah atau al-Hadith yang di sepakati oleh al-Fuqaha dalam pelaksanaan syariat Islam iaitu;

a) Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al Quran. Contohnya, perkara pengsyariatan sembahyang, puasa dan haji. b) Penghurai dan pentafsir (mubayyin) bagi ayat-ayat al Quran yang umum. Contohnya, memperjelaskan mengenai cara perlaksanaan sembahyang, kaedah jual beli, cara menunaikan zakat dan haji dan sebagainya yang mana perkara-perkara tersebut hanya disebutkan secara umum oleh al Quran. Fungsi penghurai dan pentafsir (mubayyin) ini boleh diteliti dalam tiga aspek: i. Memperincikan nas-nas al-Quran yang bersifat mujmal (umum) seperti kaifiah pelaksanaan solat. ii. Mengkhususkan nas-nas yang bersifat umum seperti mengkhususkan hukum umum berkaitan harta pusaka. iii. Membataskan nas-nas al-Quran yang mutlaq (taqyid al-mutlaq) seperti menghadkan hukuman kepada pencuri (al-Maidah:38) potong tangan hingga kepada pergelangan tangan sahaja. c) Menjadi keterangan tasyri iaitu menentukan sesuatu hukum yang tiada di dalam al Quran . Contohnya, memakan haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih seperti anjing yang mana buruan tersebut terdapat kesan dimakan oleh haiwan pemburu terlatih tadi dan kesan tersebut menunjukkan haiwan pemburu tadi menangkap buruan untuk dirinya sendiri. di dalam al Quran hanya dibenarkan memakan buruan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih. Maka dalam hal ini, hadith menerangkan bahawa buruan yang mempunyai kesan dimakan oleh haiwan pemburu adalah haram dimakan. d) Menasakhkan hukum yang terdapat di dalam al-Quran. Sesetengah ahl al Ray berpandangan bahawa hadith yang dapat menasakhkan hukum al Quran itu mestilah sekurang-kurangnya bertaraf Mutawatir atau Masyhur. e) Menerangkan mengenai ayat yang telah dinasakh dan ayat mana yang telah dimansukhkan. Dalam menentukan fungsi-fungsi bagi hadith ini, Imam Ahmad bin Hambal menyatakan bahawa mencari hukum di dalam al-Quran hendaklah melalui hadith. Mencari agama juga sedemikian. Satu- satunya jalan yang dibentangkan untuk mempelajari fiqh islam dan syariatnya ialah hadith. Mereka yang mencukupi dengan alQuran sahaja sehingga tidak memerlukan hadith dalam memahami ayat al-Quran dan mengetahui syariatnya, sesat perjalanannya dan tidak akan sampai kepada maksud yang dikehendakinya (Mustafa Abdul Rahman, 2000).

ingkasnya, keadaan ini dapat membuktikan bahawa para sahabat amat menitiberatkan kesahihan sesuatu hadith sehingga perpindahan hadith-hadith Rasulullah SAW kepada umat Islam hari ini tidak boleh diragui lagi kerana ia didatangkan mengikut taraf hadith yang diklasifikasikan oleh ulama muhaddithin sama ada bertaraf sahih, hasan atau dhaif.

Al-Sunnah adalah selari dengan al-Quran dalam Islam. Bincangkan 5 fungsi utama al-Sunnah atau al-Hadith yang di sepakati oleh al-Fuqaha dalam pelaksanaan syariat Islam.

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 9

Kepentingan Hadith Dalam Konteks Kehidupan Muslim.

Setelah dikaji tentang kehujahan beramal dengan al-Sunnah dan menjadikannya sebagai sumber kedua di dalam Islam, perlu kita teliti pula bagaimana peranan dan fungsi hadith dalam konteks realiti kehidupan muslim. apakah implikasi hadith dalam kontes realiti kehidupan?. Untuk mengukuhkan kefahaman terhadap peranan hadith dalam konteks kehidupan, mari kita menilai terlebih dahulu di dalam aspek ibadah. Hadith secara jelas memainkan peranannya dalam menghuraikan maksud ayat-ayat al Quran mengenai pengsyariatan sesuatu bentuk ibadah dengan lebih jelas. Tambahan pula, hadith juga memperincikan lagi masalah-masalah yang berhubung dengan pelaksanaan sesuatu ibadat sama ada wajib, sunat, harus, makruh atau haram.

B I

idang hukum atau undang-undang, hadith memperincikan hukuman-hukuman dan undang-undang yang terdapat di dalam al-Quran seperti hukuman terhadap penzina. Hadith juga berbicara meliputi soal-soal yang berhubung dengan keadilan sosial, ekonomi dan politik. Hadith juga menerangkan mengenai halhal mengenai masalah-masalah perseorangan dan kekeluargaan seperti soal nikah, cerai dan talak. Begitu juga kita tidak menemui secara khusus tentang larangan al Quran terhadap amalan rasuah dan menyorok barang dagangan dan perkara-perkara ini diterangkan di dalam hadith. lmu pengetahuan pula, hadith telah memperjelaskan sejarah penciptaan alam (al-kaun), bangsa, ilmu nasab, ilmu sosiologi, bahasa, sastera, budaya dan sebagainya. Tambahan pula, hadith juga turut menggalakkan manusia agar berusaha menuntut ilmu dan memperbaiki diri. Manakala dalam soal pembentukan akhlak, Rasulullah SAW telah mengemukakan model, contoh dan teladan kepada manusia dalam proses pembinaan akhlak melalui periwayatan hadith. Ringkasnya. Walaupun sumber asasi hukum Islam ialah al-Quran dan alSunnah, namun al-Quran tetap menjadi dasar utama dan al-Sunnah mendampinginya sebagai dasar kedua (Mustafa Abdul Rahman, 2000). Apabila meneliti tentang matan sesuatu hadith, terdapat juga di antara hadithhadith sahih itu kandungannya adalah dilihat seolah-olah bertentangan dengan aspek realiti semasa. Dengan kewujudan hadith-hadith tersebut telah menimbulkan suatu pemikiran yang menyatakan bahawa tidak perlu beramal dan berinteraksi dengan hadith tersebut walaupun tarafnya sahih. Namun, sudah pasti pemikiran tersebut dapat diselesaikan dengan kaedah dan prinsip-prinsip tertentu.

Sebenarnya, kita perlu teliti bagaimanakah cara yang terbaik untuk beramal dengan al-sunnah atau al-hadith. apakah dengan hanya ikut membuta tuli atau apakah terdapat prinsip-prinsip tertentu untuk berinteraksi dengan al-Sunnah?. Apabila penelitian dibuat tentang hadith berkaitan, ternyata kebanyakan hadith yang dibicarakan ini adalah hadith yang termasuk dalam soal perubatan (al-tibb). Hadithhadith tersebut bertaraf sahih akan tetapi ia tidak menjadi suatu amalan yang dilakukan oleh umat Islam kerana ia dianggap tidak munasabah dan tidak sesuai lagi dengan realiti semasa. Sebagai contoh interaksi al-sunnah (hadith) dengan aspek realiti semasa.

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 10

Antara hadith tersebut ialah ( Yusuf al-Qardhawi, Dr., 1998): i. Hadith riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya : sekiranya telah jatuh seekor lalat ke dalam bekas minuman kamu, maka hendaklah kamu tenggelamkan (benamkan), sesungguhnya pada salah satu sayapnya itu terdapat penyakit dan pada yang satu lagi terdapat penawarnya (ubat). Huraian dan penjelasan hadith : Hadith pertama adalah tentang al-Zubab (lalat), iaitu menyentuh soal perubatan. Hadith ini adalah merupakan hadith sahih yang diriwayatkan oleh alBukhari dalam Jami al-Sahih. Akan tetapi ia tidak menyatakan bahawa hadith tersebut terdiri daripada hadith muttafaq alaih menurut istilah ulama hadith. Hadith muttafaq alaih adalah hadith yang diriwayatkan oleh al-Syaykhan (al-Bukhari dan Muslim) dalam sahih mereka. Sebaliknya hadith ini merupakan hadith yang diriwayatkan secara berasingan oleh al-Bukhari dan tidak ditakhrijkan oleh Muslim. Telah kita sedia maklum bahawa ulama seluruhnya menerima hadith riwayat al-Bukhari begitu juga ulama salaf tidak sekali-kali cuba untuk mengkritik hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari. Hal yang demikian disebabkan ketelitian Imam Bukhari dalam meriwayatkan sesebuah hadith dimana beliau akan hanya menerima hadith sekiranya sanad yang dibawa itu adalah sahih. Jestru, berdasarkan turuq hadith ini nyata jalan kesahihannya, tetapi ia tidak mudah diterima dan diamalkan oleh umat Islam memandangkan ketidakyakinan dalam matan yang dibawa. Selain faktor kejahilan manusia itu sendiri dan ketidakfahaman tentang matan hadith mendorong umat Islam menolak hadith tersebut. ii. Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saad bin Abi Waqqas bahawa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya : barangsiapa yang bersarapan dengan tujuh biji tamar daripada tamar yang segar maka pada sepanjang hari itu dia akan selamat daripada terkena racun ( penyakit dan terkena sihir). Huraian dan penjelasan hadith : Hadith yang kedua pula berkaitan al-Tamr (buah kurma/tamar) yang merupakan hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim serta Ahmad bin Hanbal yang diriwayatkan daripada Saad bin Abi Waqqas. Hadith ini adalah hadith yang khusus sebenarnya ditujukan kepada ahli Madinah dan sekelilingnya. Dr. Al-Sibai (Yusuf al-Qaradhawi, Dr., 1998) menjelaskan bahawa: a) Setengah ulama berpendapat bahawa, tamar yang dikehendaki di dalam hadith ini ialah tamar Madinah. Hujahnya adalah berpandukan hadith yang diriwayatkan oleh Muslim iaitu siapa yang makan tujuh biji tamar yang terdapat di antara dua kawasan di Madinah.. juga terdapat di dalam riwayat lain disebutkan sesungguhnya terdapat ubat pada tamar al-Aaliyah. AlAaliyah yang disebutkan di dalam hadith ialah satu kawasan di Madinah. Adalah tidak

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 11

mustahil jika Allah SWT memberikan sesuatu keistimewaan kepada sebuah negeri iaitu Madinah yang tidak wujud keistimewaan tersebut di negeri yang lain. Tamar Madinah di samping ada hubungan dengan tanah, udara dan lainnya, ia juga dengan berkat tangan Rasulullah SAW kerana tamar itu adalah dari tumbuhan yang ditanam oleh baginda SAW. b) Setengah ulama lain pula berpendapat bahawa tamar yang dimaksudkan oleh hadith ini adalah umum iaitu sama ada tamar Madinah atau lainnya, kerana racun boleh membinasakan seseorang disebabkan oleh kesejukan yang terdapat dalam racun tersebut. Tetapi apabila seseorang melazimkan diri dengan makan tamar pada waktu pagi, kepanasan yang disebabkan oleh tamar akan sebati dengan kepanasan yang terdapat di dalam badan. Keduadua kepanasan itu dapat melawan kesejukan racun dan akhirnya racun itu tidak menimbulkan sebarang kesan pada badan seseorang manusia.

R K

ingkasnya, Menurut Ibn al-Qayyim, kebanyakan hadith yang berkaitan dengan perubatan ini atau seumpamanya tidak boleh digunapakai dalam bentuk umum sematamata. Ini kerana kebanyakannaya hanya dikhususkan untuk tempat yang tertentu, atau zaman tertentu, atau keadaan atau suasana tertentu. Oleh yang demikian, peggunaannya dilihat tidak begitu sesuai untuk zaman, tempat atau keadaan suasana yang lain darinya ( Yusuf al-Qaradawi, Dr., 1998). Prinsip ini ditumpukan kepada apa yang diasaskan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi. Dalam hal ini, Dr. Yusuf al-Qaradawi (1994M / 1404H) telah menggariskan beberapa prinsip dan kaedah utama untuk berkomunikasi, berinteraksi dan beramal dengan al-Sunnah secara umum. Kaedah Berinteraksi Dengan Hadith Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi. ajian dan huraian terhadap dua hadith tersebut menimbulkan persoalan tentang apakah perlu beramal dengan hadith tersebut ? atau bolehkah ia ditolak kerana ia dianggap tidak sesuai dengan realiti semasa?. Berhubung soal ini, Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi telah menggariskan beberapa kaedah untuk berdepan dengan hadith seumpama ini dan bagaimana cara untuk berinteraksi dengan hadith iaitu; a) Mempastikan Kedudukan Hadith Tersebut Dengan Terperinci Untuk berinteraksi dengan hadith seumpama hadith pertama yang berkaitan dengan al-Zubab (lalat) dan alTamr (tamar), kita perlu mempastikan kedudukan dan martabat hadith tersebut sama ada bertaraf sahih, hasan atau dhaif. Bagi hadith yang dibincangkan tadi, keduaduanya adalah hadith sahih. Hadith yang pertama tentang al-Zubab diriwayatkan oleh al-Bukhari, manakala hadith yang kedua pula tentang al-Tamr diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Oleh yang demikian, kedua- dua hadith tadi jelas memegang taraf yang sahih yang mana menurut kefahaman kita. apabila hadith bertaraf sahih maka kita tidak boleh mengingkarinya dan tidak dapat tidak perlu diterima pakai. Namun, menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, dalam kategori hadith sahih itu sendiri mempunyai tingkatan yang berbeza. Jadi usaha untuk mentakhrijkannya iaitu menunjukkan tempat hadith pada sumbernya yang asli (Mahmud al-Tohhan, Dr., 1996M/1416H) perlu dilakukan bagi memastikan bahawa hadith tersebut benarbenar sahih dan mencapai taraf hadith mutawatir. Dalam bab takhrij ini, Ibn. Hazm berpendapat sekiranya telah menemui tiga orang sahabat yang meriwayatkan hadith ini adalah cukup untuk menyatakan

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 12

bahawa hadith ini mencapai taraf mutawatir. Hadith mutawatir dapat diertikan sebagai hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang ramai pada setiap peringkat sahabat, tabiin, tabi al-tabiin di mana adalah mustahil mereka sepakat untuk berdusta mencipta atau mengubah hadith tersebut ( Mahmud al-Tohhan, Dr., 1996) b) Cenderung Melihat Tahap Hadith (Usul (Prinsip) Atau Juzie atau Furu). Selain kaedah yang pertama, Dr. Yusuf al-Qaradawi juga dalam menjelaskan tentang prinsip berinteraksi dengan hadith sedemikian, beliau lebih cenderung untuk melihat tahap hadith tersebut. Maksud tahap hadith di sini adalah melihat sama ada hadith tersebut perbahasannya berada pada tahap usul ( prinsip utama dalam Islam) atau Juzie atau Furu (perkara cabang/ khilaf ). Melihat kepada hadith tersebut, ternyata hadith ini tidak termasuk dalam tahap hadith yang menerangkan prinsip prinsip utama dalam agama. Ia juga tidak termasuk dalam perkara yang menjelaskan bab eskatologi iaitu ketuhanan atau kerasulan atau perkara perkara samiyyat. Tidak juga menjelaskan tentang ibadat fardhu yang zahir dan batin, ibadat secara individu atau jemaah serta tidak membicarakan soal yang berkaitan dengan halal dan haram dalam kehidupan manusia. Selain itu, hadith tersebut juga bukan menjelaskan tentang peraturan Islam yang tetap dalam kehidupan berkeluarga, masyarakat , negara mahu pun hubungan antarabangsa serta tidak melibatkan soal-soal akhlak dalam Islam. Oleh yang demikian, pada pandangan beliau sekiranya seseorang muslim sepanjang hidupnya tidak mendengar hadith ini atau tidak beramal dengannya, tidaklah menjadi satu kekurangan dalam agamanya, di samping tidak akan meninggalkan kesan terhadap akidah atau ibadatnya serta akhlak peribadinya. Dan sekiranya hadith ini dihazafkan atau ditiadakan dalam Sahih al-Bukhari sekalipun,tidaklah mendatangkan mudarat dalam agama. Secara ringkasnya, hadith yang berbentuk bukan usul ini sekiranya ditolak, ia tidak akan menjejaskan keislaman seseorang manusia. c) Mempastikan Bentuk Ilmu Yang Diperolehi Daripada Sesebuah Hadith (Ilmu Yakini atau Zanni). Al-Hadith atau ilmu terbahagi kepada dua jenis iaitu ilmu yakini dan ilmu zanni. Hadith mutawatir mengandungi ilmu yakini sebaliknya hadith Ahad mengandungi ilmu zanni. Ilmu Zanni pula dapat diklasifikasikan kepada tiga iaitu sahih , hasan dan dhaif. Bagi hadith yang dibincangkan di atas, pendapat oleh sebahagian ulama alummah menyatakan bahawa sekiranya hadith itu bertaraf sahih , ia merupakan hadith berbentuk Ahad dan bukanlah daripada hadith mutawatir yang mendatangkan ilmu yakini. Hadith Ahad jika diriwayatkan oleh alSyaykhan ( al-Bukhari dan Muslim ) atau salah seorang daripada mereka, maka para ulama telah berselisih pendapat iaitu pertama, apakah hadith tersebut mengandungi ilmu yakini atau mengandungi zann yang kuat? Dan kedua, apakah ia mempunyai sebahagian ilmu yang berdasarkan syarat yang khusus?. Kekhilafan di kalangan ulama menunjukkan bahawa barangsiapa yang menolak atau ingkar dengan hadith Ahad maka ia tidak terkeluar daripada agamanya. Hal yang sedemikian disebutkan kerana perkara yang boleh mengeluarkan seseorang daripada agamanya adalah mereka yang mengingkari perkara yang telah yakin dan tidak ada pertentangan dengannya. Tetapi mereka boleh diisytiharkan terkeluar daripada agama secara jelas ialah mereka yang mengambil debu sekitar hadith hadith seumpama al-Zubab dan menggunakannya sebagai jalan untuk mempermainkan agama. Hal berikut menunjukkan telah berlaku kafir yang jelas.

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 13

ecara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa sememangnya hadith-hadith yang dianggap bertentangan dengan aspek realiti semasa mempunyai kedudukan dan bertaraf sahih, tetapi ia tidak termasuk dalam perkara perkara yang membicarakan soal pokok atau prinsip utama tentang agama Islam. Bagi individu Islam yang berpegang dengannya, ia harus dilihat menerusi beberapa kaedah yang telah dijelaskan sebelum ini. Manakala bagi golongan yang tidak menjadikan kandungan hadith tadi sebagai suatu kelaziman dalam kehidupan atau tidak beramal dengannya disebabkan tidak sesuai dengan realiti atau suasana semasa, bukanlah menjadi suatu yang mudarat sehingga boleh meninggalkan kesan terhadap pegangan akidahnya. Lebih jelas lagi dapat diperhatikan bahawa kebanyakan hadith yang membahaskan tentang persoalan perubatan ini lebih cenderung kepada munasabah dan kesesuaiannya kepada sesuatu tempat, zaman dan suasana tertentu. Namun adalah tidak dinafikan bahawa sebenarnya panduan dan petunjuk daripada hadithhadith Rasulullah SAW ini sesuai untuk diterima pakai pada setiap zaman, suasana dan keadaan. Apakah terdapat prinsip tertentu untuk berinteraksi dengan al-Sunnah? Bagaimanakah cara yang terbaik untuk beramal dengan al-hadith? Sila rujuk buku Bagaimana berinteraksi dengan al-Sunnah karangan al-Sheikh Yusuf al-Qardawi berkaitan cara yang terbaik untuk beramal dengan al-Sunnah.

RUMUSAN
Beberapa rumusan penting dapat disimpulkan daripada perbincangan, antaranya : i) ii) iii) iv) v)

vi)

Ulum hadith merupakan suatu pengajian yang sangat penting untuk membolehkan seseorang muslim merasa yakin dengan sesebuah hadith yang dipegang. Muhaddithin telah menggariskan methodologi yang sistematik untuk membolehkan setiap generasi menangani persoalan hadih semasa. Al-Sunnah dan al-hadith mempunyai taraf tersendiri bergantung kepada kualiti sanad dan matan sesuatu hadith tersebut. Terdapat banyak dalil daripada al-Quran, al-Sunnah dan ijma sahabat yang menjelaskan tentang kehujahan al-Sunnah sebagai sumber kedua dalam epistemologi Islam. Pembahagian kategori hadith dapat dilihat dari sudut tahap perbincangan hadith sama ada pokok perbincangannya adalah soal prinsip utama dalam agama (usul), juzie atau furu (perkara cabang/ khilaf ). Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, tiga prinsip atau kaedah telah digariskan untuk berinteraksi dengan hadith yang dijelaskan iaitu pertama, mempastikan kedudukan hadith tersebut secara terperinci. Kedua, cenderung melihat tahap hadith sama ada usul (prinsip) atau juzie atau furu dan ketiga, mempastikan bentuk ilmu yang diperolehi daripada sesebuah hadith sama ada ilmu yakini atau zanni.

usteru, jelaslah bahawa pengajian Ulum hadith adalah merupakan bidang asas terpenting dalam menentukan kesahihan al-sunnah atau al-hadith sebagai sumber epistmologi Islam. Selain itu, umat Islam perlu memiliki keyakinan yang tinggi terhadap mothodologi dan disiplin yang ketat yang telah digariskan oleh muhaddithin dalam memastikan kesahihan sesuatu hadith sehingga perpindahan hadith-

Ilmu-Ilmu Hadith (Sciences of Hadith) | 14

hadith Rasulullah SAW kepada umat Islam hari ini tidak boleh diragui berdasarkan taraf hadith yang diklasifikasikan oleh ulama muhaddithin sebagai bertaraf sahih, hasan atau dhaif.

KATA KUNCI
1. Definisi Ulum Hadith 2. Kategori Ulum Hadith 3. Dalil Kehujahan Hadith 4. Hadith Dalam Epistmologi Islam 5. Berinteraksi dengan Sunnah dalam Realiti Kehidupan

RUJUKAN Ahmad Fauzan Abu Muadz alfauzani bin Yahaya, 2007. Mari mengenal Ilmu Hadith. Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru. Al-Khatib, Muhammad al-Ajjaj (1963). a l-Sunnah Qabl al-Tadwin . Mesir: Maktabah Wahbah. Al-Khatib, Muhammad al-Ajjaj (1971). Usul al-Hadith: Ulumuhu wa Mustalahuhu , Beirut: Dar al-Fikr. Al-Salih, Subhi (1977). Ulum al-Hadith wa Mustalahuhu , Beirut: Dar al-Ilm li al-Malayin. Ariffin Omar dan Zaini Nasohah, 2005. Hadith daif ciri-ciri dan hukum. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Asmawi haji Ehsan, 2003. Ilmu Hadith, hadith sebagai sumber hukum Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka. Huda Mohsin (1995), Ulum al Hadith , Kuala Lumpur, DBP. Yusuf al Qaradawi, (1994). Bagaimana Berinteraksi Dengan al Sunnah , terj. Huda Mohsin, Jawiah Dakir, Petaling Jaya, ABIM.

You might also like