You are on page 1of 14

1

1. Pengenalan

Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy. Dalam sistem federalisme di Malaysia, ketua negara adalah Yang di-Pertuan Agong. Baginda adalah seorang Raja Berperlembagaan. Di sini, Raja Berperlembagaan adalah raja yang memerintah secara terikat mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan. Baginda memerintah berdasarkan kuasa yang telah diberikan kepada baginda. Ini bermakna, baginda tidak boleh memerintah secara mutlak mengikut kehendak hatinya sendiri. Baginda memerintah mengikut nasihat jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Baginda mempunyai keutaman yang lebih daripada orang lain dan tidak boleh didakwa di dalam perbicaraan mana-mana mahkamah sekalipun. Sebelum ini, iaitu sebelum tahun 1957 di mana Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, terdapat sembilan orang raja-raja Melayu yang berkuasa ke atas negeri masing-masing. Setelah kemerdekaan dicapai, institusi Yang di-Pertuan Agong telah

dibentuk dan dengan itu, seorang daripada mereka dipilih bagi setiap lima tahun untuk memegang jawatan tersebut. Namun demikian, takhta Yang di-Pertuan Agong tidak diturunkan kepada warisnya. Takhta Yang di-Pertuan Agong diperolehi secara lantikan mengikut Jadual (iii) Perlembagaan Malaysia. Baginda dipilih mengikut kekananan dalam negara. Pemilihan dilakukan oleh Majis Raja-raja daripada sembilan orang Raja-raja Melayu yang ada di Malaysia. Para Raja Melayu akan bersidang setiap lima tahun untuk memilih salah seorang daripada mereka sebagai Yang di-Pertuan Agong. Satu senarai akan dibuat dan seorang raja yang menduduki tempat terkanan sekali akan ditawarkan jawatan itu. Jika baginda menolak, raja kedua yang berada pada tempat terkanan sekali akan dipilih. Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari

Kedah. Baginda adalah satu-satunya raja yang memegang jawatan yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali iaitu Yang di-Pertuan Agong yang kelima dan keempat belas.

2.

Sejarah ringkas pembentukan Raja Berpelembagaan di Malaysia Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang

merangka Perlembagaan Persekutuan. Cadangan jawatan Yang di-Pertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu. Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama. Jika menurut tempoh lama memerintah, Major-Jeneral Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (Sultan Johor), yang dilantik pada tahun 1895, merupakan sultan yang paling lama memerintah, tetapi baginda menolak perlantikan tersebut disebabkan telah lanjut usia (ketika itu baginda berusia 84 tahun). Yang kedua dalam turutan, Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-

Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang), yang memerintah pada tahun 1932, tidak mendapat mandat secukupnya untuk dilantik. Yang lama memerintah seterusnya, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang menaiki takhta pada tahun 1933.

3.

Pemilihan dan Pemecatan Malaysia bukanlah kerajaan beraja, tetapi Malaysia mempunyai Raja atau Yang di-

Pertuan Agong. Apa yang menarik dan uniknya ialah, Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-raja menurut kaedah dan cara yang telah ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan dan Peratusan-peraturan Majlis Raja-raja. Kelayakan pemilihan Yang di-Pertuan Agong adalah berdasarkan ciri-ciri seperti hanya Raja-raja sahaja yang boleh memilih dan mengundi. Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi

pemerintahan hendaklah dipilih. Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir

selepas Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX. Selepas itu satu senarai baru yang disusun semula dan digunapakai hingga sekarang iaitu berpandukan kepada kekananan negeri yang Rajanya telah

dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ( Yang di-Pertuan Agong pertama hingga ke Sembilan ). Selain itu, perlembagaan juga memperuntukkan bahawa seseorang Raja tidak layak dipilih apabila Raja itu masih belum dewasa, tidak berhasrat untuk menjadi raja dan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Seterusnya

seseorang raja itu juga tidak layak dipilih apabila Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain. Ketetapan ini memerlukan undian sekurang-kurangnya lima ahli Majlis.

3.1

Langkah-langkah awal pemilihan Sebelum seseorang Raja menjadi Yang di-Pertuan Agong, mereka mestilah memohon

diadakan tarikh Mesyuarat Pemilihan. Sekiranya ada kekosongan pada jawatan Yang diPertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan jawatan itu. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menulis surat kepada setiap Raja bertanyakan sama ada baginda berhasrat dicalonkan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang diPertuan Agong. Bagi Raja-raja yang tidak berhasrat dipilih hendaklah memaklumkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, dan giliran negerinya akan diletakkan di tempat akhir dalam senarai pencalonan.

3.2

Prosiding pemilihan Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan

melalui beberapa prosiding iaitu apabila Majlis Raja-Raja bersidang, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri tidak hadir walaupun mereka ahli Majlis, pemilihan dibuat secara undi sulit, keratan undi dimusnahkan di hadapan Raja-Raja sebaik sahaja keputusan undian diumumkan, kertas undi yang digunakan tidak bernombor dan ditandakan dengan pen dan dakwat yang sama dimasukkan dalam peti undi, raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama-sama dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, hanya Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Penolong

Setiausaha Majlis Raja-Raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan serta seorang Raja boleh memilih seorang Raja lain sebagai proksi iaitu mengundi bagi pihak baginda sekiranya Raja itu tidak menghadiri Mesyuarat Pemilihan.

3.3

Proses pemilihan Semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memberikan kertas undi

kepada setiap Raja, dan setiap Raja diminta menandakan pendapatnya sama ada Raja yang paling kanan (satu nama sahaja) adalah sesuai/tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Calon mestilah mendapat majoriti 5 undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada baginda. Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran ataupun Raja itu gagal memperolehi undi majoriti, maka proses pengundian semula akan dijalankan, iaitu dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan untuk diundi. Proses hanya akan selesai selepas baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong. Selepas itu, Majlis akan mengisytiharkan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun.

3.4

Selepas tamat urusan pemilihan Selepas tamat kedua-dua urusan pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan

menghantar surat mengenai mengesahkan keputusan pemilihan itu secara bertulis kepada Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai keputusan pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong hanya boleh menjalankan tugas-tugas rasmi selepas baginda menandatangani sumpah jawatan dalam satu istiadat di hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan dengan ditandatangani saksi oleh dua orang Raja yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai saksi-saksi.

3.5

Pemecatan Dalam menjalankan kuasa-kuasa dan tugas, Baginda dikehendaki menurut nasihat

Jemaah Menteri. Namun Baginda tidak boleh dipecat dari jawatan oleh Jemaah Menteri mahupun Parlimen.Kuasa ini adalah terletak kepada Majlis Raja-Raja yang sebagaimana telah ditunjukkan berkuasa memilih Baginda menyandang jawatan tertinggi ini. Perlembagaan telah memperuntukan bahawa sesuatu ketetapan bagi majlis ini memecat Yang di -Pertuan Agong dari jawatan tidak boleh diluluskan melainkan apabila sekurangkurangnya lima orang ahli Majlis Raja-Raja mengundi mengundi menyokongnya.

4.

Kedudukan dan bidang kuasa Kedudukan ialah Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kedudukan

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong seperti berikut:

"32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya

Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15.

Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan lima tahun tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Majlis Raja-Raja, atau dipecat dari jawatannya oleh Majlis Raja-Raja dan hendaklah terhenti daripada memegang jawatan apabila terhenti daripada menjadi seorang Raja.

Bidang kuasa pula ialah baginda adalah Raja Berperlembagaan sebagaimana yang dapat dilihat dari kandungan isi sumpah baginda yang dilakukan pada masa perlantikan

dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja di hadapan Ketua Hakim Negara. Dalam sumpah ini, baginda berikrar akan taat setia dalam menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut undang-undang dan Perlembagaan yang telah disahkan dan dimasyhurkan pada masa hadapan. Baginda juga berikrar akan memelihara pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negeri. Kuasa pemerintahan adalah diletakkan kepada baginda dan dijalankan oleh baginda atau Jemaah Menteri atau seseorang Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, menurut peruntukan-peruntukan Perlembagaan dan undang-undang. Tetapi Parlimen boleh, dengan undang-undang menurunkan tugas pentadbiran kepada sesiapapun. Dalam pada itu menurut Perlembagaan, baginda menjalankan kebanyakan tugas-tugas baginda hendaklah atas nasihat Jemaah Menteri atau Menteri yang telah diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Baginda berhak mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Negara yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri. Pada menjalankan kewajiban, baginda mempunyai seseorang penasihat pakar undang-undang iaitu Peguam Negara. Perlembagaan menetapkan bahawa tanggungjawab Peguam Negara ialah memberi nasihat undang-undang kepada baginda, Jemaah Menteri atau sebarang Menteri. Selain daripada itu, baginda juga memainkan peranan yang penting dalam aspek agama, kuasa perundangan, melantik perdana menteri, membubar dan menangguh parlimen, pentadbiran dan perlantikan, kedudukan bumiputera dan rakyat lain, pengampunan, ketenteraan dan pengistiharan darurat. Agama Islam adalah Agama Persekutuan. Baginda merupakan ketua Agama Islam di negeri baginda sendiri, dan Wilayah Persekutuan dan juga Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Ketua-ketua Agama Islam di negeri-negeri lain ialah Sultan di negeri masing-masing. Tetapi apabila sesuatu perbuatan, amalan atau upacara telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja supaya dilanjutkan ke seluruh Persekutuan, maka Raja-raja lain sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing hendaklah membenarkan baginda mewakili mereka. Seterusnya, Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga telah menggariskan bahawa kedudukan Yang di-Pertuan Agong menduduki tangga teratas hierarki kuasa Pemerintahan Persekutuan Malaysia. Sesuai dengan kedudukan tersebut maknanya, Yang di-Pertuan Agong memiliki keistimewaan untuk memperkenan atau sebaliknya, sesuatu Rang Undangundang, setelah melalui proses pembentangan di kedua-dua dewan (Dewan Rakyat dan

Dewan Negera). Sehubungan dengan itu, Fasal 8, Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 1994 menjelaskan kedudukan baginda untuk digunapakai adalah seperti (4A) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas Rang Undang-undang dikemukakan kepada baginda memperkenan Rang Undang-undang itu dengan menyebabkan Rang Undang-undang itu dicapkan dengan Mohor Besar. Jika sesuatu Rang Undang-undang tidak diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal (4), Rang Undang-undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah baginda telah memperkenankannya. Baginda hendaklah dari masa ke semasa memanggil Parlimen bersidang tetapi hendaklah jangan membiarkan jarak Sidang Parlimen yang lalu dengan yang berikut lebih daripada enam bulan. Baginda juga berkuasa memberhenti dan membubarkan Parlimen. Melainkan jika telah dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan selepas itu adalah terbubar. Apabila Parlimen dibubarkan, satu pilihanraya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari di Negerinegeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak dari tarikh pembubaran. Parlimen hendaklah dipanggil tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran. Dalam pada itu baginda boleh menjalankan tugas-tugas dengan budi bicara sendiri. Di antara tugas-tugas ini yang terkandung dalam Perlembagaan ialah Melantik Perdana Menteri, menangguh persetujuan atas permintaan membubarkan Parlimen; dan memanggil Mesyuarat Majlis Raja-raja yang bersabit semata-mata dengan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Rajaraja. Berikutnya, baginda juga Melantik Perdana Menteri juga terleak di bawah bidang kuasa baginda. Menurut Perlembagaan, baginda pada melantik Jemaah Menteri hendaklah terlebih dahulu melantik terlebih dahulu melantik seorang Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah itu. Ahli Dewan Rakyat yang dilantik menjadi Perdana Menteri ialah yang pada pendapat baginda akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan itu. Menurut amalan, ini bererti orang yang dilantik itu ialah pemimpin atau ketua sesuatu parti politik atau persekutuan parti-parti politik yang mendapat kelebihan kerusi dalam Dewan Rakyat.

Jika kebetulan tidak ada satu parti politik pun yang mempunyai kelebihan besar jumlah kerusi dalam Dewan Rakyat, kemungkinan yang terbuka ialah pembentukan kerajaan campuran dan terletaklah kepada kebijaksanaan baginda memilih Perdana Menteri yang boleh mengendalikan Jemaah Menteri campuran. Dalam hal ini baginda sebagai Ketua Negara biasanya akan berunding dengan pemimpin-pemimpin parti untuk mendapatkan keterangan-keterangan lebih lanjut dan memerhati sikap mereka untuk membolehkan baginda memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang dapat membentuk kerajaan campuran dianggar mendapat sokongan besar dari Dewan Rakyat. Selain itu, bidang kuasa bginda juaga adalah untuk membubar atau menangguh pembubaran Parlimen. Perkara lain yang memerlukan pertimbangan baginda ialah

membubar atau menangguhkan pembubaran Parlimen atas permohonan. Permohonan ini berlaku apabila timbul dua keadaan. Pertama, apabila parti yang berkuasa memikirkan boleh diadakan pilihanraya umum. Kedua, apabila Perdana Menteri tidak lagi tidak lagi menguasai Parlimen. Jika berlaku salah satu keadaan ini, baginda akan mempertimbangkan sama ada perlu atau tidak memberi persutujuan supaya Parlimen dibubarkan. Bidang kuasa baginda yang seterusnya dalam rajaberpelembagaan ialah Pentadbiran dan Perlantikan. Perlembagaan memperuntukan bahawa kuasa pentadbiran negara adalah terletak kepada baginda, tetapi kuasa ini adalah tertakluk pada Undang-Undang Persekutuan dan Jadual Kedua Perlembagaan dan boleh dijalankan oleh baginda atau Jemaah Menteri atau salah seorang Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Parlimen boleh memberi kuasa pentadbiran kepada orang-orang lain.Baginda hendaklah dengan nasihat Perdana Menteri melantik Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri daripada Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara dan kedua-dua lantikan ini boleh dibatalkan oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri. Sebelum Menteri-menteri atau Timbalan Menteri menjalankan tugas, mereka hendaklah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan baginda. Baginda juga melantik Peguam Negara dan Panglima Angkatan Tentera. Perlantikan bagi jawatan-jawatan ini dilakukan atas nasihat yang ditentukan oleh Perlembagaan. Jawatan-jawatan lain yang dilantik oleh baginda atas nasihat termasuklah ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya, Ahli-ahli Suruhanjaya Polis dan sejumlah ahli dalam Majlis Angkatan Bersenjata dan lain-lain. Baginda boleh juga mentapkan beberapa jawatan sebagai jawatan-jawatan khas termasuklah Ketua-ketua Jabatan dan Timbalan Ketua-ketua Jabatan.

Tetapi baginda melantik seseorang ke jawatan-jawatan ini atas sokongan Suruhanjaya yang berkenaan. Satu lagi kewajipan baginda ialah melindungi kedudukan orang-orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak di samping menjaga kepentingan-kepentingan yang sah bagi kaum-kaum lain. Baginda berkuasa untuk menentukan dengan mengeluarkan perintah kepada Suruhanjaya yang berkenaan atau pihak berkuasa tertentu, supaya diadakan hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak, mengikut kadar yang pada pendapat baginda sesuai dalam perkhidmatanawam dan pemberi biasiswa atau keistimewaan pelajaran dan latihan yang seumpama itu, atau kemudahan-kemudahan khas yang diberi atau ditetapkan oleh kerajaan. Seterusnya, kuasa pengampunan. Dalam hal-hal jenayah di Wilayang Persekutuan, apabila saluran dan cara keadilan telah habis diiktiarkan, sesorang yang sudah dihukum masih boleh lagi memohon ampun daripada baginda sebagai langkah terakhir. Pada

menjalankan kewajipan mengampun ini, baginda bertindak atas nasihat suatu Lembaga Pengampunan yang terdiri dari tiga ahli yang dilantik oleh baginda sendiri, Peguam Negara atau wakilnya dan Menteri yang bertanggungjawab atas Wilayah Persekutuan. Baginda juga berkuasa mengampun, menangguh dan meringankan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera di mana-mana pun dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.Pada amnya kuasa mengampun kesalahan-kesalahan atau hukuman-hukuman jenayah di negeri-negeri ialah pada Sultan-sultan dan Yang di-Pertua Negeri di negeri masing-masing. Akhirnya, aspek Ketenteraan dan Pengistiharan darurat. Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi seluruh Angkatan Tentera Malaysia. Namun demikian satu Majlis Angkatan Tentera ditubuhkan, yang bertanggungjawab di bawah kuasa am baginda bagi pemerintahan, tata-tertib dan pentadbiran Angkatan Tentera serta lain-lain mengenainya melainkan perkara bersangkutan dengan gerakan tentera. Selain iu, Baginda boleh membuat Perisytiharaan Darurat atas nasihat Perdana Menteri jika baginda berpuas hati ada darurat yang mengancam keselamatan dan ekonomi negara. Jika Parlimen tidak bersidang bila Pengisytiharaan diperbuat, baginda hendaklah memanggil Parlimen supaya bersidang secepat mungkin. Sementara menunggu kedua Dewan bersidang, baginda boleh menyiarkan Ordinan yang berkuasa undang-undang jika baginda berpuas hati tindakan segera dikehendaki.

10

Sekatan Sungguhpun kuasa baginda itu luas, tetapi sebagai seorang Raja yang

berpelembagaan, terdapat beberapa sekatan kepada baginda. Di antara sekatan-sekatan itu ialah menjalankan tugas Raja di negerinya, kecuali tugas sebagai Ketua Agama Islam, memegang jawatan yang ada bayaran sara baginya, mengambil bahagian dalam apa-apa perniagaan, menerima apa jenis bayaran yang boleh dibayar atau yang berhak kepadanya sebagai raja di negerinya, dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja, meninggalkan Persekutuan lebih daripada lima belas hari, kecuali atas urusan negara ke suatu negeri lain. Walau bagaimanapun baginda tidak terhalang daripada menggunakan kuasa sebagai Raja negeri baginda, sama ada perseorangan atau dengan pihak kuasa lain, untuk meminda perlembagaan negeri baginda atau untuk melantik Pemangku Raja atau Ahli Jemaah Pemangku Raja atau membuat apa lain yang telah ditentukan berkaitan dengan ini. Ketetapan dan peraturan bagi kedudukan baginda ini adalah terkena kepada Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong lebih daripada 15 hari.

Kesimpulan Raja Berperlembagaan di Malaysia tentunya mampu selaras dan seiring dengan

pentadbiran di setiap negeri. Kerajaan negeri harus menjaga adat istiadat, kesopanan istana pada setiap masa serta mempertahankannya daripada dicemari. Ia adalah bagi menjalinkan hubungan yang baik antara raja dan kerajaan. Menteri Besar hendaklah dapat menjadi jambatan penghubung yang berkesan, menghubungkan rakyat dengan rakyat dan rakyat dengan raja. Keharmonian hubungan raja dengan kerajaan adalah salah satu prasyarat untuk menjamin kestabilan sesebuah kerajaan dan kemakmuran sesebuah negeri. Dalam pada itu, raja dan istana adalah pelindung kepada adat dan kebesaran kerajaan yang sejarahnya di bumi ini bertunjangkan kerajaan Melayu. Institusi raja yang merupakan sebahagian daripada sejarah dan sistem berkerajaan di bumi Melayu kekal relevan dan memenuhi peranan secara berkesan sepanjang masa dari zaman kolonial Inggeris membawa kepada era pascamerdeka yang memilih sistem kerajaan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Dalam setiap fasa waktu, institusi raja terus kekal, berupaya melakukan pengubahsuaian dari segi peranan dan pendekatan, berfungsi sebagai payung negeri tempat rakyat dapat bernaung, merupakan sumber keadilan, mengurniakan keampunan, menawarkan

11

keistimewaan, tonggak keutuhan, gerbang kebebasan dan payung kehormatan. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusya bersyukur dengan kemakmuran dan kemanan yang dinikmati melalui konsep Raja Berpelembagaan dan berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan kedaulatan negara kita dari sebarang anasir yang boleh meruntuhkannya.

12

BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Bari.(1999). Institusi Ketua Negara, Ketua Negeri dan Majlis Raja-Raja, dalam Ahmad Ibrahim et al, Perkembangan Undang-Undang Perlembagaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Aziz Bari.(2001). Perlembagaan Malaysia: Asas dan Masalah, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Aziz Bari. (2002). Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan.(1997). Universiti Putra Malaysia

Kenegaraan Malaysia. Serdang:

Mohd Aris Hj.Osman.(1983).Perkembangan Perlembagaan Malaysia.Selangor:Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Tengku Anuar Tengku.(1997). Asas-asas Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: al-Azim Sdn Bhd.

13

8. Lampiran

Mesyuarat Durbar yang pertama (Sumber: http://www.majlisraja-raja.gov.my)

14

Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama (Sumber: http://www.majlisraja-raja.gov.my)

You might also like