You are on page 1of 11

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KELAMBU 42700 BANTING SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL: 03-31228721, FAKS: 03-31229690

HARI : RABU TARIKH : 19 SEPTEMBER 2012 MASA: 7.15 PAGI 6.30 PETANG TEMPAT: PADANG SK SUNGI KELAMBU

LAPORAN PERKHEMAHAN KEM JATI DIRI SK SUNGAI KELAMBU 2012

Kelab Rukun Negara SK Sungai Kelambu telah menganjurkan Kem Jati Dir yang itelah diadakan pada hari Rabu, bertarikh 19 September 2012, bermula 7.15 pagi sehingga 6.30 petang dan bertempat di padang SK Sungai Kelambu. Kem ini telah disertai oleh 45 orang murid tahun 5 beserta 5 orang guru.

Antara objektif perkhemahan ini adalah : 1. Meningkatkan kecekapan diri dan meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental. 2. Memupuk semangat keberanian, kekitaan, meningkatkan tahap disiplin dan kreativiti murid. 3. Menghayati ketaqwaan kepada Allah dan mengeratkan ukhwah antara guru dan rakan sebaya dan komuniti sekolah.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Kem Wawasan Pertiwi berlangsung:

Pendaftaran peserta, sarapan dan taklimat (7.15 pagi): Pendaftaran peserta diadakan di balai serbaguna SK Sungai Kelambu. Para peserta dibekalkan dengan fail dan tanda nama yang perlu dipakai sepanjang kem berlangsung. Seterusnya peserta bersarapan pagi. Selepas itu, para peserta dibahagikan kepada enam kumpulan beserta guru pembimbing masing-masing dan mendengar taklimat ringkas yang telah disampaikan oleh Puan Roziah Binti Samsi berkaitan peraturan-peraturan kem.

Malaysia Cergas (7.30 pagi): Aktiviti 1: Senamrobik Aktiviti senamrobik dikelolakan oleh Puan Norazah Binti A.Markel dan dibantu oleh semua guru pembimbing. Aktiviti senamrobik dengan iringan muzik berjalan baik dan para peserta kelihatan gembira menjalani aktiviti ini.

Mendirikan khemah (8.30 pagi): Penerangan tatacara dan demonstrasi tentang mendirikan khemah telah disampaikan oleh En Asri bin Sulaiman. Seterusnya para peserta mengikut kumpulan masing-masing mula mendirikan khemah di kawasan yang telah ditetapkan. Aktiviti mendirikan khemah berjalan lancar dengan bantuan daripada semua guru pembimbing.

Rehat/ Kudapan (10.30 pagi): Semua peserta berhenti rehat sambil menikmati hidangan kudapan pagi yang telah disediakan AJK makanan. Para peserta agak berselera, mungkin kerana banyak menggunakan tenaga untuk aktiviti Malaysia Cergas dan mendirikan khemah sebelum ini.

Latihan Dalam Kumpulan (10.45 pagi): Aktiviti LDK dikendalikan oleh En Asri bin Sulaiman. Para peserta duduk dalam bulatan besar dan aktiviti yang dijalni mereka adalah seperti tepuk sep uluh, mengingat nama rakan sebelah, meningati nama bapa rakan keempat, membentuk kumpulan mengikut bunyi-bunyian, pergerakan dan bulan kelahiran. Tujuan aktiviti dijalalankan untuk memberi peluang kepada semua peserta bergaul dan mengenali antara satu sama lain disamping menggalakkkan mereka berfikir secara rasional dan matang dan memupuk semangat kerjasama di dalam kumpulan. Setiap aktiviti yang dijalankan dinilai dan diberikan markah mengikut kumpulan.

Makan tengah hari/ rehat/ urus diri ( 12.45 tengah hari): Peserta kem berehat sambil makan tengah hari yang telah disediakan AJK Makanan. Setiap peserta dikehendaki menjaga pinggan dan gelas sendiri dan hendaklah mencucinya setelah digunakan. Selepas makan, para peserta

menyiapkan diri untuk bersolat.

Tazkirah dan kerohanian 1 (1.15 petang): Semua peserta bersolat Zohor berjemaah yang telah diimamkan oleh En Hasnurol bin Hashim. Kemudian murid mendengar tazkirah yang telah disampaikan oleh beliau.

Kembara/ Orienteering (1.45 petang): Taklimat untuk aktiviti kembara dan orienteering disampaikan oleh En Ahmad Faiz bin Ahmad Fadu. Murid didedahkan tentang cara menggunakan kompas dan kepentingan kompas jika tersesat di dalam hutan. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk mencari bearing kedudukan 5 checkpoint. Aktiviti ini diberi markah berdasarkan bacaan bearing yang paling hampir dengan jawapan.

Latihan persembahan (3.45 petang): Sesi ini dikendalikan oleh Pn.Roziah bt Samsi. Setiap kumpulan bebas untuk mempersembahkan yang mereka sukai. Para peserta diberi masa berbincang

merancang dan berlatih cara untuk menyampaikan persembahan mereka nanti mengikut kreativiti masing-masing.

Tazkirah dan kerohanian 1 (4.45 petang): Semua peserta bersolat Asar berjemaah yang telah diimamkan oleh En.Hasnurol bin Hashim. Kemudian murid mendengar tazkirah yang telah disampaikan oleh beliau.

Persembahan murid (5.15 petang): Acara persembahan dikelolakkan oleh Pn. Roziah bt Samsil. Setiap kumpulan diberi masa 7 minit untuk membuat persembahan mereka. Persembahan dinilai dari segi vokal, persembahan, pakaian dan kreativiti yang ditampilkan. Ucapan perasmian penutup (6.15 petang): Majlis perasmian penutup Kem Jati Diri diacarakan oleh Pn.Khaidah bt Supeno ini telah dirasmikan oleh Pn Sabariah bt Ahmad iaitu Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Sungai Kelambu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Program Kem Jati Diri. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan guru-guru yang terlibat. Beliau juga menyampaikan hadiah-hadiah keseluruhan kumpulan bagi setiap aktiviti yang telah dijalankan.

Program Kem Jati Diri telah dijalankan dengan jayanya. Rata-rata peserta memberi komen yang positif setelah program berakhir. Nyatanya mereka telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan setiap aktiviti. Semoga program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang. Diharap segala ilmu yang diperolehi sepanjang program ini dapat digunakan sebaik mungkin agar menjadi insan yang berguna untuk agama, nusa dan bangsa.

Sekian.

Disediakan oleh:

. ( Puan Roziah bt Samsi, SK Sungai Kelambu. )

REFLEKSI BIG

Alhamdulillah

,bersyukur

saya

kehadrat

ilahi

kerana

saya

telah

berjaya

melaksanakan Ceramah yang bertajuk kualiti peribadi dan profesionalisme seorang guru dan aktiviti gotong royong yang diadakan di SK Sungai Kelambu.Ceramah yang dijalankan telah memberi banyak input yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan. Keduanya terima kasih kepada pihak BPG yang telah memilih saya menyertai Program Pengsiswazahan Guru ini. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang sama membantu menjayakan ceramah kualiti peribadi dan profesionalisme seorang guru dan gotong royong. Pihak Sekolah Kebangsaan

Sungai Kelambu selangit ucapan terima kasih saya kerana sudi membenarkan kami menjalankan program BIG di sekolah. Semoga Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu terus gemilang namanya di persada pendidikan di negara kita. Akhirnya jutaan terima kasih kepada para peserta gotong royong iaitu murid-murid Tahun 1-6 kerana Berjaya menjayakan aktiviti dengan jayanya. Banyak pengalaman yang berguna pada saya kerana berjaya mengadakan program BIG terutama kita terpaksa berhadapan dengan pentadbir untuk menjelaskan perkara sebenar.Alhamdulilah pihak pentadbir dengan mudah memberi keizinan kerana ia berkaitan dengan urusan pensiswazahan.Masalah yang kedua kami hadapi iaitu berkaitan dengan peruntukan.Allhamdulilah GPK Kokorikulum bersetuju untuk mengeluarkan sedikit peruntukan. Pengalaman baru yang saya lalui ketika mendengar ceramah iaitu ciri cirii dan kualiti guru iaitu menanamkan sifat ingin tahu.Kebolehan intelek akan kekal di dalam diri sekiranya setiap guru menanamkan sikap ingin tahu.Sifat ingin tahu akan mendorong guru mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah ubah,baik dari segi sukatan kurikulum,mahupun kaedah mengajar. Slot seterusnya membincangkan berkaitan tentang konsep profesion iaitu pekerjaan guru merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.Pekerja

menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan.Pekerja mendapat latihan dalam sesuatu bidang kemahiran dan ahli profesion adalah pakar dalam bidang dan mempunyai kuasa autonomi. Dengan ini jelas membuktikan bahawa profesiaon perguruan adalah salah satu pekerjaan yang

professional.Maka wajarlah bagi seorang guru menunjukkan sikap yang berkualiti dari segi jasmani iaitu mempunyai penampilan dan imej diri yang baik,iaitu cara berpakaian,tingkah laku dan tutur kata.Selain itu guru perlu memiliki kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan.Ia juga mempunyai kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana mana unit berunifrm bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar. Slot seterusnya iatu Bagaimana menjadi seorang guru yang berkesan?Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia,DatoDr.Abdul Shukor

Abdullah menyenaraikan cirri cirri guru berkesan sebagaimana berikut Bersikap professional Mempamerkan cirri cirri kekuatan teori Kaya ilmu Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja Bermoral teguh Sila rujuk lampiran

Dengan adanya ceramah ini dapat mengingatkan kembali tugas tugas guru sebenarnya.Banyak ilmu yang diperolehi semasa dalam latihan telah luntur alhamdulilah tugasan yang diberi membuka kembali minda yang alpa kerana dek terlalu banyak urusan.Ilmu yang diberi ini saya tidak akan sia siakan dan sedikit demi sedikit saya akan memperbaiki diri yang banyak kelemahan ini. Slot seterusnya iaitu ciri ciri guru iaitu berpengetahuan,penguasaan B Inggeris,emosi stabil,jasmani berkualiti,minat membaca,mahir ICT,aktif dan

cekap.Penceramah banyak memberi contoh contoh yang mesti ada pada diri seorang guru yang profesionalisme. Untuk menjadi seorang guru yang berkesan bukannya mudah banyak ilmu dan pengalaman yang mesti dilalui.Cabaran cabaran yang berlaku

disekelilingnya mesti dihadapi dengan sabar dan berani bertindak dipihak yang benar. Sepanjang pelaksanaan program BIG ini, saya berasa sangat seronok dan bersyukur kerana berpeluang untuk membuat aktiviti khidmat masyarakat bersama dengan murid dan guru guru SK Sungai Kelambu. Aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat yang telah dilakukan oleh saya dan murid murid sekolah adalah seperti

membuat aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah iaitu surau sekolah,bilik darjah,bilik j-Qaf,pusat Sumber dan semua yang terdapat di sekolah. Bukan itu sahaja, bagi pandangan saya, aktiviti BIG yang dijalankan kali ini telah membuka peluang saya dalam merealisasikan keinginan saya untuk membuat aktiviti khidmat masyarakat yang dapat membina hubungan jalinan mesra dengan sesuatu masyarakat terhadap sesuatu masyarakat di suatu tempat atau di suatu organisasi. Tambahan lagi, program khidmat masyarakat yang dijalankan ini telah melatih diri saya bukan sahaja sebagai pelajar, tetapi juga telah melatih diri saya sebagai seorang guru dan tanggungjawab sebagai seorang masyarakat di dalam negara. Profession keguruan bukan sahaja merupakan satu profession yang memerlukan kemahiran sosial yang tinggi, malah ia juga merupakan suatu profesion yang memerlukan individu guru mempunyai dan memupuk rasa tanggungjawab sosial. Tanggungjawab sosial yang saya maksudkan ini adalah satu rasa bertanggungjawab dalam membentuk nilai-nilai positif dan melakukan suatu kebajikan atau khidmat dalam suatu masyarakat seperti bekerjasama dan membantu guru lain untuk membersihkan sesuatu kawasan. Oleh itu, sekiranya kita berjaya memupuk rasa tanggungjawab sosial dengan sesuatu kelompok masyarakat, maka kita juga dapat memupuk rasa tanggungjawab sosial terhadap murid-murid di sekolah di mana kita akan berasa bertanggungjawab penuh ke atas murid-murid untuk mendidik dan menyayangi mereka untuk membentuk mereka menjadi insan yang berjaya. Program BIG yang telah dijalankan ini juga telah berjaya membina hubungan baik antara saya bersama-sama dengan guru lain. Hal ini kerana, aktiviti yang dijalankan yang berorientasikan kepada nilai kerjasama ini telah mewujudkan satu interaksi daripada satu individu kepada satu individu lain. Interaksi yang telah terhasil daripada hubungan kerjasama ini menjadikan saya semakin rapat dengan guru guru. Kami telah bergembira bersama, makan bersama dan melakukan pelbagai aktiviti secara bersama. Perkara yang dilakukan secara bersama ini secara tidak langung telah membina satu perasaan yang sama, iaitu satu perasaan yang memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu, aktiviti-aktiviti dan interaksi positif ini sedikit sebanyak telah mengurangkan jurang antara saya dan guru-guru, sekaligus menjadikan saya lebih positif terhadap mereka dan hubungan semakin rapat.

Program Bina Insan Guru kali ini juga telah melatih kami sebagai seorang guru dalam membina hubungan dan jalinan mesra dengan guru SK Sungai Kelambu. Jika ingin diulas dalam konteks uruyang umum, perkara yang ingin saya fokuskan di sini program ini dapat melatih diri bukan sahaja dari konteks bersosial seperti berkomunikasi, tetapi termasuklah membina dan merapatkan hubungan dengan guru gurut. Ianya telah tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk membina dan merapatkan hubungan mesra dan positif dengan saudara seagama. Apabila saya bersama-sama dapat membina dan menjalinkan hubungan mesra ini, banyak perkara dapat dilakukan dilaksanakan dengan mudah kerana masingmasing mudah untuk memberikan kerjasama. Perasaan kecintaan kepada alam sekitar juga berjaya dibina semasa saya bersama-sama dengan rakan-rakan melaksanakan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekolah, saya mendapati, banyak sampah seperti kertas kertas, meja kerusi yang tidak diguna bertaburan dalam stor dan pasu pasu bunga yang dikuatiri ada nyamuk aedes dan longkang longkang yang tersumbat. Keadaan tersebut telah memberi kesedaran kepada saya untuk membersihkan kawasan tersebut. Secara keseluruhannya, aktiviti khidmat masyarakat yang telah dijalankan telah memberi kesedaran kami tentang realiti sebenar kehidupan, iaitu tentang perkara yangt berlaku pada alam sekitar, dan kepentingan dari aspek pembinaan hubungan yang sihat kerana remaja masa kini tidak lagi mengambil berat dalam pembinaan atau menjalinkan hubungan positif dengan melakukan kerja-kerja yang berfaedah dengan masyarakat. Selain daripada, kerja-kerja yang telah dilakukan ini juga telah membentuk jati diri sebagai seorang guru, iaitu membentuk sikap yang bertanggungjawab, prihatin, baik hati, dan sebagainya. Kesemua nilai-nilai ini penting untuk disemai dalam diri setiap guru. Saya dan murid dapat merasai keseronokkan dan kepuasan daripada aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh BIG itu. Oleh itu, melalui aktivitiaktiviti yang dijalankan juga telah membentuk kerjasama antara saya dan rakan-rakan. Program BIG ini telah berjaya membentuk kempimpinan dalam kalangan guru pelatih di samping memberikan kesedaran kepada saya mengenai kepentingan guru dalam mempengaruhi kehidupan seseorang. Sekiranya mahu mendidik seseorang, diri sendirilah yang perlu didik

terlebih dahulu. Sekiranya guru itu sendiri positif, maka positiflah generasi akan datang. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh: ................................ (ROZIAH BT SAMSI) GURU SK SUNGAI KELAMBU

You might also like