You are on page 1of 1

Pada satu hari, di sebuah pekan kecil yang diberi nama Bidor, tinggal seorang budak yang kurang

upaya yang mengalami kecacatan di bahagian tangan. Beliau sering diganggu dan diejek oleh masyarakat sekitarnya kerana kecacatannya itu. Masyarakat di sini mengelarnya Si Kudung kerana mengalami kecacatan di bahagian kedua belah tangannya. Walaubagaimanapun, Si Kudung tetap menjalankan rutin hariannya iaitu melukis menggunakkan kaki di kaki lima untuk mendapatkan sesuap nasi kerana beliau tidak bersekolah disebabkan kecacatannya itu. Sehinggalah suatu hari Abu : Hey Ali! Lihat budak cacat itu. Tak habis-habis mencemarkan nama kawasan kita ini. Dahlah kudung, asyik melepak di kaki lima pula, entah apa yang dilukisnya itu. Geram pula aku melihatnya. Ali : aku rasa orang macam ini kita perlu ajar supaya dia berambus dari tempat kita ini. Menyemak betul la. Abu : Hoi budak cacat! Berambus engkau dari tempat kami ini, kami tidak mahu lagi lihat engkau melukis di sini. Kalau engkau tidak mahu pergi, biar kami berdua tunjukkan jalan untuk engkau pergi. Si Kudung : Apa salah saya, saya tidak membuat apa-apa salah kepada awak berdua. Saya di sini hanya melukis untuk mencari sedikit wang. Kasihanilah saya. Sedang Ali dan Abu bertindak memarahi Si Kudung, lalu pula Puan Ramlah dan suaminya Encik Hakim di kaki lima tersebut. Maka mereka pun bertindak untuk meleraikan pertengkaran tersebut. Puan Ramlah : Kenapa kamu suka menganggu dia wahai Abu dan Ali?apakah dosanya dia pada kamu? Abu : Kami tidak suka melihat Si Kudung ini di sini. Menyakitkan mata dan hati kami sahaja. Encik Hakim : Sudahlah sayang, marilah kita hantar Si Kudong ini pulang. Jika dibiarkan, takut cedera pula dikerjakan oleh Si Abu dan Si Ali itu. Maka Puan Ramlah dan Encik Hakim pun berlalu bersama-sama Si Kudong

You might also like