• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 4
    CommentGo Back
Download
 
2.3Cara-cara dan Aktiviti-aktiviti Yang Menggalakkan Kemahiran Pratulisandan Prabacaan di Kalangan Kanak-kanak
Menurut Golden (1984; 4) kanak-kanak pada seawal umur tiga tahun bolehmengenalpasti perbezaan antara contengan untuk tulisan dan contengan untuk lakaran.Pandangan beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak telah terdedah denganpengalaman tulisan (
 print 
) dan bacaan pada awal peringkat perkembangannya.Peranan orang dewasa untuk memupuk minat ke atas tulisan dan bacaan bolehbermula ketika kanak-kanak berumur tiga tahun.Di pusat prasekolah kanak-kanak diberi penekankan dengan kemahiran menulissecara mekanis dengan tujuan kanak-kanak dapat menghasilkan tulisan yang kemas.Pada peringkat awal pembelajaran menulis dalam kalangan kanak-kanak prasekolahadalah suatu aktiviti yang menyeronokkan Aktiviti-aktiviti seperti membuat corak,menekap dan membentuk huruf adalah penting. Aktiviti-aktiviti tersebut adalahbertujuan untuk memberi latihan dan pengalaman asas. Melalui aktiviti tersebut ia dapatmembantu kanak-kanak prasekolah menguasai kemahiran menulis yang selanjutnyaseperti menulis huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.Menurut Ann Miles Gordon et.al (1995), kebolehan kanak-kanak untuk menulisdan membaca bukanlah ditentukan oleh faktor tahap umur. Kesediaan kanak-kanakuntuk menulis dan membaca (
graphic language
) mestilah disuburkan oleh orangdewasa. Kecekapan bahasa kanak-kanak merupakan penentu ulung kesediaan
 
membaca di kalangan kanak-kanak. Peranan guru adalah untuk mengenal pasti faktor kesediaan tersebut melalui sejauhmana kanak-kanak memahami struktur ayat danpenggunaan perbendaharaan kata dalam interaksi seharian mereka.Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak menguasai kemahiranbahasa apabila wujudnya jalinan antara bahasa yang diungkap (baca) denganperkataan yang ditulis. Ini adalah sejajar dengan pandangan sarjana
”..... that sounds are how language is put together” 
(Nurss, 1980)Berdasarkan saranan tersebut guru boleh merancang aktiviti bahasa yang mengaitkanperkara yang disebut (baca) dengan perkara yang ditulis (Gordon, 1995; 317)
.
Terdapat beberapa cara atau aktiviti yang dikenal pasti oleh ahli linguistik untukmemupuk minat kemahiran menulis dan membaca di kalangan kanak-kanak prasekolah(Beaty, J.J., 1998).Antara cara-cara tersebut adalah :-
2.3.1Menyediakan Sudut Tulisan
 
Apabila matlamat guru prasekolah untuk menggalakkan kanak-kanakmeneroka sendiri kemahiran menulis, kita seharusnya menyediakan satusuasana untuk memungkinkan perkara tersebut berlaku. Bagi kanak-kanak sudutbacaan mempunya kesan menarik sama dengan sudut main blok. Alat-alattulisan seperti meja, kertas, sampul suarat, kad, pelekat, pita, pembaris, getahpemadam, pad stamp, klip kertas dan sebagainya disediakan di sudut inimemang mempunyai daya tarikan pada diri kanak-kanak. Selain dari itu papantulis kecil atau
stand-up chalk board 
dibekalkan untuk menggalakkan aktivitimenconteng dan menulis menggunakan kapur. Minat dan keinginan merekauntuk meniru tingkah laku menulis oleh orang dewasa dapat di penuhi denganmelakukan cakaran, contengan dan lakaran tertentu di sudut ini.
2.3.2Melengkapi Bilik Prasekolah Dengan Persekitaran Tulisan
Guru prasekolah bolehlah melengkapkan bilik prasekolahnya denganbahan-bahan yang menggambarkan persekitaran tulisan. Bahan-bahan yangperlu disediakan dalam bilik prasekolah adalah seperti buku-buku, majalah-majalah, katalog, poster, tanda nama jalan, isyarat-isyarat jalanraya, iklan-iklan,logo-logo restoran seperti KFC dan sebagainya. Penyediaan persekitaran yangdilengkapi dengan bahan-bahan tulisan (
 print 
) meningkatkan lagi kesedaran(
awareness
) mereka tentang tulisan dan bacaan.
2.3.3Menyediakan Sudut Bacaan
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

sangat membantu, terima kasih.

terima kasih kerana dengan adanya maklumat ini dapat membantu saya menyiapkan tugasan Literasi Bahasa.

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...