You are on page 1of 44

PEMARKAHAN TUGASAN 1 (Bahagian A) (Bahagian B) (Bahagian C) FORUM JUMLAH

BMP 3032: MEDIA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

TUGASAN A/B/C
DISEDIAKAN OLEH NAMA NITO ANAK TONY NO. ID D20112055167 NO. TELEFON 014-5841002

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. ZULKIFLI BIN OSMAN

TARIKH SERAH: 28 APRIL 2014

Penghargaan Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.. Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr. Zulkifli bin Osman kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya untuk membuat tugasan ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

Kandungan Bilangan Perkara BAHAGIAN A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Pengenalan Media dalam pengajaran Bahasa Melayu Keperluan guru menggunakan media pengajaran Pemilihan media pengajaran Media yang dihasilkan oleh guru Peringkat usaha penghasilan media Prinsip reka bentuk media kos murah Kelebihan media pengajaran Fungsi media pengajaran Kriteria pemilihan media Proses penyediaan media pengajaran Media audio Keberkesanan media audio Kelebihan media audio Sebab penggunaan media audio Peralatan media audio Penutup Rujukan BAHAGIAN B 19 20 21 Rancangan Pelajaran Harian Kandungan Rakaman Pantun Dalam Media Audio Rujukan BAHAGIAN C 22 23 24 25 26 Pendahaluan Media pengajaran yang digunakan Analisis penggunaan media cetak Jenis media cetak Media sebagai alat bantu mengajar 34 35 35 35 36 27 29 33 1 2 5 6 8 9 9 10 10 10 11 11 12 12 12 12 25 26 Muka surat

27 28 29 30 31 32 33

Media sebagai bahan untuk latihan Media sebagai bahan maklumat Media sebagai bahan peningkatan ilmu Kebaikan media bercetak Kelemahan media cetak Penutup Rujukan

36 37 37 38 39 39 40

BAHAGIAN A Pengenalan Perkataan media pengajaran terdiri dari kata media dan pengajaran. Media atau medium berasal dari kata Latin Medius yang bererti Tengah. Dengan demikian dapat diketahui bahawa media adalah sesuatu yang menjadi perantara dengan yang lainnya. Dalam bahasa Arab media bererti perantara (Washaail) atau pengantar pesan dari pengirim kepada penerima pesan. Gerlach menyebutkan bahawa media jika difahami dalam garis besar adalah manusia, perkara atau kejadian yang membangun keadaan yang membuat pelajar mampu memperoleh pengetahuan, keterampilan atau sikap (Arsyad, 2002). Kemudian istilah media pendidikan sering diertikan bergantian dengan istilah alat bantu atau media komunikasi. Seperti yang dikemukakan oleh Gagne dan Briggs bahawa secara implisit media pengajaran meliputi alat yang berupa fisik yang digunakan untuk menyampaikan isi maklumat pengajaran yang terdiri dari antara lain buku, pita rakaman, kaset, video kamera, grafik, televisyen, filem, slaid, gambar, dan komputer (Arsyad, 2002). Dari beberapa pengertian dan batasan tentang media pedidikan dan pengajaran tersebut diatas dapat diketahui bahawa salah satu hal yang mempengaruhi keberkesanan proses belajar mengajar baik di dalam kelas mahupun di luar kelas adalah penggunaan media pengajaran baik visual atau audio visual. Media diertikan sebagai apa sahaja alat yang digunakan untuk menyalurkan sesuatu ilmu pengetahuan atau kemahiran dari satu sumber maklumat kepada penerima (Heinich, 1985). Media dalam bidang pendidikan telah dihubungkan terus dengan benda-benda, alat-alat, perkakas dan bahan-bahan pendidikan dan pengajaran. Menurut R.M.W Travers (1970), "istilah media biasanya digunakan untuk mewakili satu edaran komunikasi yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Oleh itu kita menyebut tentang media televisyen atau media filem bergerak. Mungkin media pendidikan mewakili sesuatu yang lebih sedikit dari golongan bahan-bahan mendidik." Menurut B.J Enright (1972) pula, "media ialah ikhtiar-ikhtiar untuk memperolehi, memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar atau gabungan maklumat pandang dan dengar dengan cara grafik, fotografik, elekronik ataupun cara mekanik". Fungsi Media dalam pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan media yang bersistematik dalam

mempelbagaikan teknik dan idea dapat menjana dan menghasilkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 1

Maksud pengajaran mengikut Robert Glaser (1962), proses pengajaran meliputi empat komponen yang penting iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada, kaedah mengajar dan penilaian. Mok Soon Sang & Lee Shok Mee, 1991 dari segi pendidikan, pengajaran merupakan suatu aktiviti atau proses yang bertujuan untuk mengubah tingkah laku, sikap atau kepercayaan pelajar. Proses pengajaran melibatkan aktiviti-aktiviti seperti penghuraian, demonstrasi, penggunaan alat bantu mengajar, bersoal jawab dan sebagainya. Wan Zah Wan Ali (2000) mengklasifikasikan kepada 4 kategori pengertian pengajaran iaitu menyampaikan maklumat, memindahkan maklumat, mendorong maklumat, membina manusia yang lebih baik. Pengajaran adalah proses yang berorentasikan maklumat yang dirancang terlebih dahulu. (Romiszowaski, 1988). Pengajaran merupakan penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk menghasilkan pembelajaran (Heinich, Molenda, Russell, 1981). Media bermaksud penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti filem, video, radio, gambar foto, risalah, poster dan sebagaimana. ( Heinich, Molenda, Russell,1981). Media pengajaran membawa maksud sebagai peralatan atau perkakasan dan bahan (perisian) media yang telah dikenalpasti (dipilih), dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran (Yusup,1992). Segala suatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima hingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat pelajar seterusnya terjadinya proses pembelajaran. Media dalam pengajaran Bahasa Melayu Media adalah segala sesuatu yang dapat menyalurkan informasi dari sumber informasi kepada penerima informasi. Sedangkan pembelajaran adalah usaha guru untuk menjadikan pelajar melakukan kegiatan belajar. Dengan demikian media pembelajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan informasi dari guru ke pelajar sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian dan minat pelajar dan pada akhirnya dapat menjadikan pelajar melakukan kegiatan belajar. Manfaat media pembelajaran tersebut adalah penyampaian maklumat pembelajaran dapat diseragamkan, proses pembelajaran menjadi lebih jelas dan menarik, proses pembelajaran menjadi lebih interaktif, efisiensi dalam waktu dan tenaga, meningkatkan kualiti hasil belajar pelajar, memungkinkan proses belajar dapat dilakukan di mana sahaja dan rutin sahaja, menumbuhkan sikap positif pelajar terhadap maklumat dan proses belajar serta mengubah 2

kaedah guru ke arah yang lebih positif dan produktif. Jika guru memanfaatkan berbagai media pembelajaran secara baik, guru dapat berbagai kaedah dengan media. Kaedah guru akan lebih mengarah sebagai mengurus pembelajaran dan bertanggungjawab menciptakan keadaan sedemikian rupa agar pelajar dapat belajar. Oleh itu guru lebih berfungsi sebagai penasihat, pembimbing, motivator dan fasilitator dalam kegiatan belajar mengajar. Tujuan penggunaan media adalah keberkesanan dan efisiensi dalam kegiatan belajar mengajar, meningkatkan motivasi belajar pelajar, variasi bahan pembelajaran, dan peningkatan aktivi pelajar dalam kegiatan belajar mengajar. Pengajaran guru perlu disampaikan dengan kaedah pengajaran yang pelbagai dan bersesuaian dengan keadaan diri pelajar. Hal ini kerana gaya seseorang pelajar belajar adalah berbeza dengan gaya seseorang pelajar yang lain. Oleh itu guru perlulah peka dalam memilih sesuatu bahan untuk disesuaikan dengan semua tahap kognitif pelajar. Oleh hal sedemikian, guru perlu bijak memilih alat bantu mengajar atau pun dipanggil media pengajaran. Tujuan penggunaan media pengajaran adalah untuk membantu para guru dalam menyampaikan isi pengajaran supaya apa yang hendak disampaikan dapat difahami oleh pelajar. Selain itu ia juga dapat meningkatkan motivasi pelajar kerana penggunaan media pengajaran yang pelbagai dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru. Terdapat beberapa jenis media dalam pengajaran atau alat bantu mengajar. Antara jenis-jenis tersebut ialah alat pandang, pandang-dengar, media bukan elektronik dan elekrronik. Pada hari ini, media pengajaran lebih berasaskan teknologi yang moden seperti projektor overhed, perakam kaset, televisyen dan video, komputer dan CD-ROM serta E-pembelajaran. Alatan ini lebih memberi kesan dalam pembelajaran berbanding alatan tradisional seperti papan tulis, kapur dan buku teks. Perakam kaset merupakan alat bantu mengajar yang kerap digunakan. Guru biasanya menggunakan alat ini sebagai sebahagian daripada kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran atau gabungjalin pengajaran topik-topik tertentu. Selain menyampaikan pengajaran kepada pelajar, ia juga berjaya menarik minat pelajar. Mata pelajaran yang sering menggunakan alat ini ialah Bahasa Melayu, Agama/Moral, Muzik, Sejarah, Geografi, Sains yang terdiri daripada Fizik, Kimia dan Biologi. Ia juga merupakan sebahagian sistem multi-media. Hal ini kerana media perakam kaset adalah suatu alat yang amat berkesan untuk mencapai matlamat 3

pengajaran jika kita memenuhi kehendak yang berkait ianya radio hanya sebagai media yang membolehkan pelajar mendengar, sebaliknya sesuatu yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri ( Muhamad Hasan Abdul Rahman, 2002 ). Teknik merekod melalui pita rakaman sesuai dalam mata pelajaran seperti kesusasteraan iaitu sajak, puisi, syair, gurindam, pantun dan lain-lain. Guru boleh mendeklamasikan dulu bahan tersebut dengan diiringi oleh muzik yang sesuai, selepas itu, bahan tersebut boleh diperdengarkan kepada pelajar-pelajar. Kemudian meminta pelajar ulang kembali apa yang didengarkannya serta meminta mereka mengeluarkan isi dari bahan tersebut. Melalui cara ini pelajar akan mudah faham kerana mereka melibatkan diri secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Latar suara rakaman dan muzik hendaklah jelas, terang dan bersifat semulajadi ( Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz & Abdul Rashid Mohamed, 2007 ). Ketiga-ketiga aspek ini perlu diambil kira bagi mengelakkan gangguan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jesteru, sebelum membuat rakaman guru perlu menyebut perkataan dengan jelas dan muzik latar tidak terlalu kuat sehingga menenggelami suara guru tersebut. Rakaman yang tidak jelas akan mengganggu tumpuan pelajar dalam memahami pengajaran yang hendak disampaikan kepada guru. Perakam kaset mudah dilakukan kerana rakaman boleh dibuat sendiri atau dirakam daripada daripada siaran radio. Selain itu, ia sesuai untuk kemahiran lisan seperti guru mengajar kemahiran bertutur, mendengar dan membaca. Di mana semasa proses pengajaran berlaku pelajar akan dapat terus mengetahui kesilapan yang dilakukan oleh mereka. Hal ini kerana perakam kaset dapat mengawal dan memberhentikan rakaman pada ketika yang sesuai. Dengan itu guru boleh mencelah untuk menegaskan sesuatu perkara sebelum menyiarkan semula rakaman tersebut. Perakam ini juga boleh digunakan sebagai satu kaedah dalam pengajaran. Melibatkan pelajar sendiri dalam mencari bahan yang berkaitan pengajaran yang akan datang adalah satu cara untuk melibatkan pelajar. Guru boleh meminta pelajar merakam rancanganrancangan yang sesuai dengan topik pelajaran yang akan diajar, kemudian memperdengarkan rakaman tersebut di hadapan kelas dan meminta komen, pendapat dan meminta pelajar mengaitkan dengan pelajaran yang akan diajar. Kaedah ini bukan sahaja pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam lagi tajuk pengajaran yang diajar sebaliknya mereka mendapat input dari luar juga. 4

Pada hari ini, guru jarang menggunakan media jenis ini, hanya guru yang mengajar ujian lisan seperti guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja yang menggunakannya. Sebenarnya media ini juga sangat menarik jika disesuaikan dengan mata pelajaran yang akan diajar. Sebagai contoh, guru dalam pendidikan Islam, boleh mengunakan perakam kaset untuk merakam nasyid atau ayat-ayat al-Quran, tidak kira digunakan sebagai induksi set atau semasa pengajaran boleh diperdengarkan. Keperluan guru menggunakan media pengajaran Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luar negara mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam pendidikan. Bahagian ini akan membincangkan peranan media pengajaran dan faedah kepada guru dan murid. Dengan penggunaan media pengajaran, guru akan dapat dilihat sebagai seorang yang sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir pengajaran yang mana akan dapat membantu murid memahami dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu. Menurut kajian, peratus penerimaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing. Deria dengan peratus penerimaan adalah mata (70%), hidung (5%), mulut (4%), telinga (15%) dan rasa atau sentuhan (6%). Kepentingan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah seperti berikut:

pengajaran lebih terancang melibatkan pelbagai deria memperkayakan pengalaman perluasan batasan komunikasi pembelajaran individu keseronokan belajar/motivasi sumber maklumat menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid menguat dan mengekalkan daya ingatan

menghubungkan yang abstrak kepada konkrit memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah menjimatkan masa membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran

Pemilihan media pengajaran Seseorang guru harus tahu dan bijak untuk memilih media pengajaran, faktor-faktor berikut perlu diberikan perhatian: 1. Kesesuaian; 2. Peringkat penerimaan/kefahaman; 3. Pemerolehan; 4. Harga; dan 5. Mutu. Kesesuaian: Sebelum memilih sesuatu media pengajaran, guru perlu menetapkan objektif yang hendak dicapai terlebih dahulu. Contohnya, kalau objektif guru adalah supaya murid mengetahui tentang bunyi sebutan perkataan yang betul di dalam pembelajaran bahasa kedua, dan di samping membetulkan bunyi sebutannya, maka murid perlu mendengarnya sendiri. Oleh itu media yang betul ialah alat perakam audio. Boleh juga alat perakam audio digabungkan dengan carta dan sebagainya jika difikirkan mustahak. Sesuatu media dianggap sesuai jika memenuhi syarat berikut:

memenuhi kehendak isi dan objektif murid memudahkan kefahaman murid memerlukan latihan yang minimum untuk menggunakannya menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang menyeronokkan mudah diubahsuai dari segi penggunaan serta juga senang dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain

selamat digunakan oleh murid Peringkat penerimaan/kefahaman: Mungkin isi kandungan media yang dipilih itu

sesuai, tetapi cara penyampaian atau peringkat penerimaan murid adalah tidak setara dengan keupayaan mereka. Dengan lain perkataan media tersebut tidak setanding dengan keupayaan murid untuk menerima dan memahami isi kandungan yang disampaikan oleh media tersebut. Ini berlaku kepada media yang telah siap tersedia oleh pihak-pihak tertentu seperti syarikat 6

pengeluar media tersebut. Untuk mengelakkan perkara ini, media perlulah dihasilkan sendiri oleh guru yang mengajar. Media yang dapat memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep yang hendak disampaikan hendaklah dipilih. Harga: Sesuatu media yang hendak digunakan hendaklah diperolehi dengan mudah dan harga yang murah. Media elektronik tidak dapat dinafikan mempunyai keupayaan yang lebih baik walaupun harganya mahal. Sekiranya harga tidak menjadi masalah, pilihlah media yang dapat memberikan kesan yang lebih baik. Kos adalah munasabah dan tidak terlalu membebankan. Pemerolehan: Seseorang guru yang merancang menggunakan media pengajaran, perlu mengenal pasti pemerolehan sesuatu media itu. Adakah media tersebut ada di pusat sumber atau sekolah masing-masing? Bolehkah media tersebut disediakan dengan mudah? Sekiranya mudah diperolehi, akan mendorongkan seseorang guru menggunakannya dengan lebih kerap. Mutu: Sekiranya faktor-faktor di atas sudah dipenuhi, apakah guru akan menolak penggunaan media tersebut kerana mutu yang rendah? Sesuatu objektif pembelajaran tidak akan tercapai sekiranya mutu media yang digunakan itu tidak elok seperti warna, suara, bunyi dan tulisan yang tidak jelas. Penghasilan Media: Kebanyakan media yang ada di pasaran adalah dipasarkan untuk mencari keuntungan tanpa memenuhi kehendak dan keperluan tertentu guru dan murid. Oleh itu untuk menyediakan media yang sesuai, guru perlulah membuat sendiri. Banyak sekali faedah yang diperolehi dari penghasilan media oleh guru seperti berikut:

isi kandungan yang sesuai dengan sukatan sekolah objektif pengajaran pembelajaran disusun dengan lebih tepat jika dilibatkan murid dalam penghasilan media, akan dapat mengukuhkan lagi daya ingatan dan meberikan pengalaman yang berguna kepada murid

menambahkan koleksi pusat sumber sekolah di samping menjimatkan kos Beberapa aspek yang perlu dititikberatkan dalam penghasilan media adalah seperti

berikut:

pengetahuan mengenai bahan yang hendak dihasilkan (isi kandungan) kemahiran untuk penghasilan mempunyai daya kreatif

tenaga untuk penghasilan alatan khas yang diperlukan masa kos

Media yang dihasilkan oleh guru Sebagai seorang guru, kita perlu memikirkan penghasilan media pengajaran dalam dua kategori; 1. Media pengajaran yang akan digunakan untuk persembahan dalam bilik darjah, perbincangan dengan murid, penilaian atau aktiviti yang diarahkan oleh guru. Contohnya, bahan tayangan yang mudah seperti transparensi, selaid, kaset audio, poster, grafik dan bahan pameran. 2. Media pengajaran yang digunakan terus oleh murid untuk tujuan pembelajaran. Contohnya, kit pelbagai media yang digunakan untuk pembelajaran individu, bahan 3D dan 'mock-up' yang digunakan oleh murid kejuruteraan Faedah sampingan yang diperolehi apabila guru menghasilkan media atau mengarahkan murid menghasilkan media adalah guru sendiri akan dapat memahami dan menjelaskan lagi objektif dan idea mengenai bagaimana menyusun program pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik lagi. Peringkat usaha penghasilan media Peringkat usaha penghasilan media terdiri daripada: a) Penghasilan media secara tiruan. Penghasilan media secara tiruan boleh diilustrasikan seperti memotong huruf berdasarkan bentuk, melukiskan peta dan gambar melalui surihan imej tayangan atau menghasilkan terarium atau boneka berdasarkan arahan buku atau gambar. b) Penghasilan media secara pengubahsuaian. Pengubahsuaian memerlukan penciptaan dalam bentuk baru atau cara baru dalam penggunaan media sedia ada. Prototaip atau gambar prototaip yang ada adalah sebagai panduan berguna, tetapi hasil akhir kelak akan memerlukan individu terlibat 8

dalam pelbagai masalah. Penghasilan media secara pengubahsuaian memerlukan pertimbangan individu, arah kendiri dan inisiatif. c) Rekaan kreatif. Melibatkan keupayaan mentafsir dan menyelesaikan masalah dengan cara yang asli, tanpa bergantung kepada pengalaman atau penulisan. Penghasilan filem slaid bersuara, fotograf, penggambaran video dan sebagainya untuk digunakan dalam pengajaran pembelajaran adalah antara contoh rekaan kreatif. Guru perlu menggalakkan murid membuat rekaan kreatif dan asli. d) Inovasi dari peniruan. Meniru secara kreatif mengandungi dua unsur yang seolah-olah bertentangan. Sesuatu yang kreatif tentulah bersifat asli. Sebaliknya sesuatu yang dihasilkan secara meniru tentulah tidak asli, oleh itu tidak kreatif. Walau bagaimana pun peniruan kreatif adalah penghasilan semula apa yang telah dicipta oleh orang lain dalam bentuk yang tersendiri dan mempunyai keunikan tersendiri dari segi fizikal dan fungsinya. Guru dan murid perlulah menggunakan kaedah ini untuk menghasilkan media yang boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Media Kos Murah. Definisi media kos murah adalah berdasarkan kepada ciri-ciri berikut:

media yang boleh disediakan oleh guru dan murid sendiri media yang dibekalkan dan boleh menambahkan keberkesanan pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah tanpa memerlukan kos tambahan

proses yang terlibat dalam penghasilan media tersebut adalah mudah dan murah penghasilan media tersebut tidak memakan masa yang panjang bahan mentah yang digunakan adalah percuma dan mudah diperolehi dari persekitaran murid dan guru

Prinsip reka bentuk media kos murah

Jelas. Idea mesti tepat, mudah dan terus terang. Ini mestilah sesuai dengan ukuran, warna, kontras dan reka letak.

Menarik. Mesej yang hendak disampaikan mestilah dapat menarik perhatian, membolehkan ia mencetuskan reaksi yang cepat dalam kalangan murid.

Senang digunakan. Termasuk dari segi mudah dibawa, dimanipulasikan dan difahami murid. 9

Berkaitan. Bahan yang dihasilkan itu mestilah menggambarkan hubungannya dengan isi kandungan murid dan matlamat yang hendak dicapai. Ia juga mestilah menggambarkan peringkat umur dan pengalaman murid yang menggunakannya.

Berpatutan dengan kos. Ia mestilah menunjukkan unsur-unsur penjimatan dari segi masa, tenaga dan kewangan. Perancangan yang teliti dan membiasakan diri dengan berbagai jenis dan tujuan media kos murah akan membantu ke arah penjimatan di dalam pengeluaran.

Kelebihan media pengajaran (1) Memperjelas penyampaian mesej; contoh:simbol dalam peta. (2) Mengatasi batasan ruang,waktu, pancaindera contoh; objek besar ganti gambar, sejarah tunjuk lalu video. (3) Penggunaan Media Pengajaran secara betul dan bervariasi atasi sikap pasif; contoh timbulkan minat, tingkat interaksi. (4) Pengalaman dan persepsi yang sama;contoh konsep dalam perisian tetap sama walaupun digunakan berulang kali bentuk persepsi sama dan tepat.

Fungsi media pengajaran (1) Pengajaran bersama pengajar ;media digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. (2) Pengajaran tanpa pengajar ; pengajaran kendiri, panduan mengguna, penilaian. (3) Folio bermedia-koleksi kerja pelajar menunjukkan perkembangan suatu peristiwa; dapat bina kebolehan memahami, merumus, dokumentasi idea. (4) Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) ;media cetak, elektronik. (5) Pendidikan Khas;meneroka tajuk, faham konsep. (6) Pengajaran tematik; lawatan.

Kriteria pemilihan media: Objektif; sikap -slaid,filem; maklumat lisan - carta, ohp; kem mental; kem motor Pelajar; visual - perlu lihat(guna grafik)peka warna,(guna kod warna) masalah arahan lisan (guna carta alir); auditori- perlu dengar(guna alat perakam),masalah arahan 10

bertulis(baca arahan) masalah baca isi (bincangkan topik); kinestetik ; suka aktiviti(eksperimen); belajar lebih baik jika ada penglibatan fizikal (drama);kebolehan mencantum bahagian tanpa panduan Kaedah; i) Kelas; tonton video; ii) Kumpulan; simulasi, projek ;iii) Kendiri ; PJJ, Berbantu komputer Praktikal; mudah diperolehi dan diguna, kos rendah, diluluskan

Proses penyediaan media pengajaran (1) Cetuskan idea (2) Nyatakan Objektif (3) Analisis pelajar (4) Kumpul/susun bahan (5) Tukar idea kepada audio visual (6) Rancang penglibatan pelajar (7) Semak perancangan (8) Penerbitan

Media audio Audio merupakan julat gelombang bunyi yang boleh didengar oleh manusia. Petikan berikut menyatakan:

(Heinich, et.al, 1996).

Howard Gardner's Theory of Multiple Intelligences. Mendengar adalah suatu proses komunikasi. Proses pendengaran terdiri daripada: mendengar (hearing) iaitu proses mendengar atau hearing hanyalah satu proses fisiologi. mendengar dengan memberi perhatian ( listening) iaitu mendengar dengan memberi perhatian adalah merupakan proses psikologi. Media audio adalah sistem menghantar dan menerima bunyi dari sesuatu sumber bunyi menggunakan alat perantara yang terdiri daripada 11

sumber bunyi, sistem penerima dan penghantar. Keberkesanan media audio Keberkesanan proses mendengar di kalangan murid-murid bergantung kepada: tahap perbendaharaan kata atau kemahiran bahasa yang dimiliki oleh mereka. sejauh mana murid-murid dapat mendengar dengan jelas sesuatu bahan audio. sejauh mana nada sesuatu bunyi itu berbentuk sekata atau monotonous. sejauh mana seseorang pendengar atau murid-murid itu secara fizikalnya berupaya untuk mendengar. Kelebihan media audio Kelebihan media audio adalah seperti berikut: O O O O O menghidupkan lagi persembahan membangkitkan mod, emosi dan imaginasi murid-murid mewujudkan senario merangsang imaginasi murid-murid kemahiran mendengar, bertutur dan berkomunikasi yang baik dalam kalangan murid

Sebab penggunaan media audio Berikut adalah sebab-sebab penggunaan media audio dalam pengajaran dan pembelajaran: O O O O O O membawa masuk elemen audio/bunyi ke dalam persekitaran bilik darjah menggantikan persembahan lisan temubual dari personaliti terkemuka memberi penerangan yang tidak wujud dalam bentuk bercetak mempergaruhi perasaan wujud tersendiri atau bersama dengan elemen video

Peralatan media audio Peralatan media audio dikategorikan kepada beberapa jenis berdasarkan fungsi alat termasuk: peralatan input untuk merakam bunyi peralatan output untuk mendengar hasil rakaman bunyi peralatan storan untuk menyimpan hasil rakaman bunyi 12

peralatan/perisian mengedit untuk mengedit hasil rakaman bunyi

Meliputi alatan seperti radio atau pita audio dan televisyen atau video. Kebaikan penggunaan radio atau pita audio adalah penggunaan sesuai untuk pelajar yang kurang cekap membaca; membolehkan penyuntingan/penyusunan semula bahan; mudah dan senang dibawa; keadaan bunyian asli dan boleh dimainkan berulang kali; proses mendua boleh dilakukan dengan senang; dan boleh dipadamkan dan digunakan semula. Kelemahannya pula adalah lebih kepada pengalaman pendengaran sahaja, mudah dipergaruhi oleh gangguan luar dan kadar penyampaian telah ditentukan. Peralatan input untuk merakam bunyi terbahagi kepada dua jenis iaitu analog dan digital. Jenis analog terdiri daripada perakam pita gulung dan perakam kaset. Manakala jenis digital terdiri daripada komputer, telefon mudah alih, pemain MP3 dan peralatan digital lain. Jenis mikrofon (Polar Pattern) terdiri daripada: 1.Omni-directional Microphone 2.Uni-directional Microphone 3.Bi-directional Microphone 4.'Rifle' or 'shotgun Microphone Jenis Mikrofon (Polar Pattern): 1.Omni-directional. Berupaya untuk mengesan bunyi dengan sensitiviti yang setara dari semua bahagian.

13

2.Uni-directional. Berupaya untuk mengesan bunyi dari bahagian hadapan sahaja.

14

3.Bi-directional. Berupaya untuk mengesan bunyi dari dua bahagian yang bertentangan.

15

4.'Rifle' atau shotgun Boleh mengesan bunyi dari kebanyakkan bahagian,namun dengan sensitiviti yang berbeza. Sesuai untuk mengesan bunyi jarak jauh (lebih dari 2 meter dari punca).

16

Jenis Mikrofon (mechanical):

Peralatan output terdiri daripada alat pembesar suara yang membolehkan pendengar mendengar bunyi yang dikeluarkan.

17

Format audio: Phonogram, Open reel, Cassette, Compact Disk (CD), Digital Versatile/Video Disc (DVD) Format audio digital : MP3 (MPEG), MP4, Windows Audio Video, Windows Wave (WAV), OGG, AAC ,APE, FLAC,M4A,MPC (MusePack), AC3, WavePack

18

Contoh format : Phonogram

Contoh format : Open Reel

Perancangan dan persediaan bahan audio melibatkan :

perisian percuma perisian Multi-tracks recordings keupayaan rakaman dan penyuntingan penyuntingan bahagian (section) 19

Rakaman dan penyuntingan audio digunakan untuk : Menentukan objektif dan analisis murid Mendapatkan maklumat/bahan Menyediakan skrip Mengenalpasti pembaca skrip ataupun pelakun Menyediakan peralatan dan menempah bilik Rakaman Penyuntingan Penggunaan Penilaian

Contoh menu audio pada skrin komputer adalah :

20

Terdapat beberapa format penerbitan bahan audio: Lakonan Temubual Simulasi Dokumentasi Demonstrasi Penerangan Diskusi Perancangan dan penyediaan rakaman melibatkan langkah : Tetapkan matlamat Mengumpul bahan Pemilihan bahan Menulis skrip Menyediakan peralatan Membuat rakaman Prebiu Penggunaan bahan audio 1. Menetapkan matlamat -Menentukan tujuan menerbitkan bahan audio tersebut. -Persoalan-persoalan yang perlu diberi perhatian sebelum membuat keputusan. - Siapakah sasaran atau tahap murid? - Bagaimana tentang kebolehan berbahasa, minat dan motivasi mereka? - Adakah bahan yang akan dihasilkan sejajar dengan sukatan pelajaran? - Adakah bahan audio yang akan dihasilkan sesuai dengan objektif pengajaran? 2. Mengumpul bahan - Kumpul bahan-bahan dan sumber-sumber yang diperlukan. - Fakta yang hendak dimasukkan hendaklah betul dan mencukupi dan kaya dengan maklumat yang diperlukan dalam sukatan pengajaran. - Mengumpul kesan-kesan bunyi, muzik serta lagu-lagu yang tertentu yang mungkin diperlukan. 3. Pemilihan Bahan 21

- Perlu memilih bahan yang bersesuaian dengan topik yang diajar. 4. Menulis Skrip - Tentukan perkara yang hendak disampaikan: _ senaraikan isi (maklumat) mengikut susunan _ pembukaan mestilah menarik dan menjadi teras kepada isi _ gambarkan seolah-olah menulis kepada seseorang pendengar secara individu _ sebutkan perkara yang hendak ditulis _ gunakan percakapan biasa dan ayat rangkai kata yang pendek 5. Menyediakan peralatan - Perlu menyediakan perlatan yang diperlukan dalam penerbitan bahan audio. - Diantara peralatan asas ialah alat perakam, mikrofon, pengadun suara, kaset atau pita audio dan kabel-kabel yang sesuai. Selain itu, perlu dipastikan alat-alatan dipasang dengan betul. 6. Membuat rakaman - Rakaman suara dibuat dengan memasukkan kesan-kesan bunyi serta muzik-muzik latar. 7. Prebiu - Setelah rakaman siap, perlu mendengar hasil rakaman tersebut dan kemudian membuat beberapa pembetulan sekiranya perlu. 8. Penggunaan Bahan Audio - Menggunakan bahan yang telah dihasilkan itu di dalam bilik darjah. Alatan media audio yang kedua ialah televisyen atau video iaitu sistem eletronik untuk memancarkan gambar-gambar bersama dengan bunyian melalui kawalan pancaran. Penyampaian boleh dalam bentuk secara langsung, rakaman video dan rakaman perlahan. Kebaikan penggunaan media audio melalui televisyen atau video adalah: mendekatkan pengalaman yang jauh penyuntingan mengikut kesesuaian simpanan untuk jangka masa yang lama ulangan serta-merta menarik minat pelajar Peralatan media audio yang bersama televisyen atau video seperti: Pita magnetik 22

Mikrofon Pemain Piring Hitam Alat Perakam Dan Pemain Pita Audio Alat Pengadun/Audio Mixer Skrip Penyampaian Contoh-contoh gambar peralatan media audio tersebut:

23

24

Penutup Pendidikan hari ini tidak lagi hanya mengunakan kapur tetapi lebih kepada teknologi multimedia yang mampu meningkatkan kreativiti dan inovasi guru. Pendidikan tidak lagi hanya berada di bilik darjah semata-mata tetapi guru dan murid boleh melangkah keluar bagi melihat pengajaran dan pembelajaran yang serba baharu. Berdasarkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bukunya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 menyatakan bahawa Misi Nasional dan Rancangan Malaysia ke Sembilan telah menetapkan Pembagunan Minda insan kelas pertama sebagai salah satu teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020. Sistem pendidikan dan kurikulum sekolah telah menerapkan teknologi dan maklumat ini dan berusaha maju serta memupuk minat di samping memupuk minat dan mengukuhkan lagi sikap positif dalam kalangan murid dan pelajar serta pendidik terhadap perkembangan teknologi maklumat ini. Teknologi dan perisian komputer ini bukan sahaja membantu dalam pengurusan dan pentadbiran, tetapi memberi nilai tambah yang sangat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara total. Akhirnya, dunia pendidikan pada hari ini sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai semua subjek dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.

25

Rujukan Buku: Hitchens, H. (1974). Selecting media for learning: reading from audio-visual instruction. Washington DC, AECT. Heinich, Molenda dan Russell (1993). Instructional media and the new technologies of

instruction. New York: MacMillan Publishing Company. Mat Nor Hussin dan Ab, Rahman Ab. Rashid (1988). Alat bantu mengajar dalam pengajaran bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Mat Nor Hussin dan Mohd. Amin Arshad (1993). Kepentingan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran. Dlm. Forum 2. (Susunan Dr. Naim Hj. Ahmad dan Abdul Aziz Md. Sultan). Kuala Lumpur: Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. Sharifah Alwiyah Alsagoff (1992). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Internet: http://azamjtp2u.blogspot.com/p/bahan-kuliah.html https://docs.google.com/file/d/0B7JyXsdYfe_GaEl4WlZfTkNvVDQ/edit?pli=1 https://docs.google.com/file/d/0B7JyXsdYfe_GbzBLUjNfQnJzaGs/edit?pli=1 https://docs.google.com/file/d/0B7JyXsdYfe_GN21lMFdzYnFEdnc/edit?pli=1

26

BAHAGIAN B Rancangan Pelajaran Harian Tarikh/Masa: 19 Mac 2014/Rabu. Kelas: 1 Gemilang. M/Pel.: Bahasa Melayu. Tajuk: A.Menulis pantun B.Membaca pantun C.Mengenalpasti makna pantun Objektif: a.Melafazkan pantun dengan sebutan yang betul. b.Menghasilkan pantun dengan bahasa yang menarik. Pengetahuan sedia ada: a.Pelajar pernah melihat pantun. b.Pelajar pernah belajar pantun di dalam komponen sastera. Konsep: a.Membaca pantun dua kerat dan empat kerat. b.Mentafsir maksud yang terdapat pada pantun. c.Menulis pantun mengikut ungkapan pantun. Bahan: a.Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. b.Buku Panduan Guru Bahasa Melayu Tingkatan 1. Nilai: Menghargai dan mensyukuri. Kemahiran: Bertutur, membaca dan menulis. Langkah/Masa Isi Pelajaran Set Induksi (5 minit) Pengenalan pantun Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan Masa: 0820 0940. Bil. Pelajar: 15 orang.

-Guru memainkan rakaman pantun 1 dan Rakaman menyoal pelajar tentang tajuk pagi ini. -Pelajar mendengar rakaman dan Pantun 1

menjawab soalan guru. Perkembangan Membaca pantun Langkah 1 (15 minit) -Guru memperdengar rakaman pantun 2 Rakaman dan mengarah pelajar menyebut semula. -Pelajar membaca pantun mengikut Pantun 2

rakaman pantun kedua. -Guru menyoal pelajar tentang ciri-ciri Rakaman 3 pantun 2 dan 4 kerat mengikut rakaman. 27

-Pelajar menyatakan ciri-ciri pantun jenis 2 dan 4 kerat berdasarkan rakaman. Mencari pantun makna -Guru mengarahkan pelajar mencari Rakaman makna pantun seperti pada rakaman. Pantun 4, 5 & mengikut

-Pelajar menyatakan makna bagi setiap 6 rangkap pantun yang didengari.

kumpulan.

Langkah 2 (15 minit)

Membina pantun

-Guru

memperdengarkan

rakaman Rakaman

pantun yang belum lengkap kepada Pantun 7, 8 & setiap kumpulan. 9(kumpulan).

-Pelajar berbincang di dalam kumpulan Perbincangan bagi melengkapkan rangkap pantun itu. Membaca pantun kumpulan.

-Guru memanggil wakil setiap kumpulan Pembentangan untuk membaca pantun mereka. -Wakil kumpulan membaca pantun

mereka di depan kelas. -Guru mengarahkan pelajar mencatat Lembaran pantun itu pada lembaran kerja. -Pelajar menulis maksud bagi Kerja

melengkapkan pembayang pantun pada lembaran kerja mereka. Penutup (5 minit) Rumusan -Guru menyuruh pelajar menyatakan Ulangi semula ciri-ciri dan maksud bagi pantun Rakaman yang diperdengarkan melalui rakaman. Pantun-pantun

-Pelajar menyebut ciri-ciri dan maksud tersebut. bagi setiap pantun yang didengari. Refleksi:1.Pelajar dapat membaca pantun dua kerat dan empat kerat dengan sebutan dan rima yang betul.

28

Kandungan Rakaman Pantun Dalam Media Audio. Rakaman Pantun 1: Selamat pagi kelas, Sila berdiri jangan malas.

Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa ke mati. Rakaman Pantun 2: Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut senang hati.

Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Kamu budak baru belajar, Kalau salah cikgu betulkan. Rakaman 3: 1. Bentuk pantun terdiri daripada empat jenis iaitu: a. pantun dua kerat. b. pantun empat kerat. c. pantun enam kerat. d. pantun berkait. 2. Dalam pantun dua kerat , baris pertama ialah pembayang maksud manakala baris kedua ialah maksud. Dalam pantun empat kerat pula, baris pertama dan kedua ialah pembayang maksud manakala baris ketiga dan keempat ialah maksud. 3. Ciri ciri semasa menulis pantun ialah dengan memilih kata yang puitis, rima yang sesuai dan tanda baca yang betul. 4. Terdapat unsur-unsur atau tujuan yang ingin disampaikan melalui pantun sama ada berunsur 29

nasihat, agama, berjimat-cermat(peringatan) dan teka-teki. a) b) Pantun nasihat bertujuan untuk memberi pengajaran kepada kalangan murid. Pantun agama menyentuh unsur-unsur kesedaran terhadap kewajipan kita ketika hidup di

dunia sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat. c) anda . d) Pantun teka-teki pula mengandungi soalan yang dikemukakan secara samar-samar yang Pantun bersifat jimat cermat yang merupakan nilai murni yang harus diterapkan kepada

jawapannya perlu diduga atau diteka. Tujuannya untuk menguji kebijaksanaan murid bagi meneka objek atau perkara yang disampaikan. Rakaman 4, 5 & 6: (untuk setiap kumpulan) Kumpulan 1. Terima kasih daun keladi, Kalau boleh hendak lagi. Maksud: Nasihat/Agama/Berjimat cermat/Teka-teki.

Kemumu di dalam semak, Jatuh melayang selaranya; Meski ilmu setinggi tegak, Tidak sembahyang apa gunanya. Maksud: Nasihat/Agama/Berjimat cermat/Teka-teki.

Kumpulan 2. Ikan siakap ikan senohong, Banyak cakap banyak bohong. Maksud: Nasihat/Agama/Berjimat cermat/Teka-teki. Pergi ke belukar memasang pikat, Pulangnya lewat di hujung petang; Jikalau sentiasa berjimat cermat, Rezeki secupak terasa segantang. Maksud: Nasihat/Agama/Berjimat cermat/Teka-teki. 30

Kumpulan 3. Pecah kaca pecah gelas, Sudah dibaca harap balas. Maksud: Nasihat/Agama/Berjimat cermat/Teka-teki.

Belayar perahu dari Berandan, Menuju arah Selat Melaka; Lebar kepala dari badan, Apakah itu cubalah teka? Maksud: Nasihat/Agama/Berjimat cermat/Teka-teki.

Rakaman Pantun 7, 8 & 9: (juga untuk Lembaran Kerja) Kumpulan 1.

Emas perak tembaga suasa, Malas bergerak tidak merasa. Maksud: _________________ .

Asam kandis asam gelugur, Ketiga asam riang-riang; Menangis di pintu kubur, Teringat badan tidak sembahyang.

Maksud: _________________ .

Kumpulan 2.

Pagi petang siang malam, Hati terang senang faham. Maksud: _______________________ . 31

Indah nian pemandangan dunia, Dari timur hingga selatan; Sikap berjimat amalan mulia, Orang boros sahabat syaitan. Maksud: _______________________ .

Kumpulan 3. Kumbang jarak kumbang jagung, Berani buat berani tanggung. Maksud: __________________ .

Burung nuri burung dara, Terbang ke sisi taman kayangan; Cubalah cari wahai saudara, Makin diisi makin ringan. Maksud: __________________ .

32

Rujukan Shamsul Yusli b. Mohd Yusop (2008). Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. Selangor Darul Ehsan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Shamsul Yusli Bin Mohd Yusop dan Asiah Binti Abdul Rahman(2006). Bahasa Melayu Tingkatan Satu, Buku Panduan Guru. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Pusat Perkembangan Kurikulum(1996). Huraian Sukatan Pelajaran,KBSM, Bahasa Melayu. Kementerian Pelajaran Malaysia.

33

BAHAGIAN C Pendahuluan Rakaman dan pencerapan satu sesi pengajaran guru Bahasa Melayu di sekolah saya ini dilaksanakan pada 13 Mei 2014 semasa pengajaran subjek Bahasa Melayu bagi tingkatan 1 Gemilang. Tajuk yang diajar pada waktu ini adalah berkaitan dengan pantun. Bahan bantu mengajar atau media pengajaran yang digunakan adalah kad bercetak, buku teks sebagai rujukan dan lembaran kerja yang disediakan untuk menguji kefahaman pelajar. Kelas ini dikategorikan sebagai kelas hujung iaitu terdiri daripada pelajar-pelajar yang sememangnya lemah dari segi akademik. Rakaman video pengajaran ini telah dirakamkan oleh Cikgu Cang selaku rakan setugas di sekolah saya. Hasil bantuan dan maklum balas daripada rakan sekerja, saya telah mendapat maklumat tentang jenis media pengajaran yang diaplikasikan, kekuatan dan kelemahan media pengajaran tersebut yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kali ini. Pencerapan pengajaran ini dibuat terhadap seorang warga pendidik lelaki yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu berdasarkan rakaman video di sekolah saya. Video pengajaran yang dibuat telah mengambil masa selama lebih kurang 40 minit. Kelas beliau berlangsung pada suatu sesi iaitu bermula dengan bacaan doa guru dan pelajar untuk penumpang MH370 serta tajuk pelajaran ialah Pantun seperti yang terdapat di dalam rakaman video tersebut. Bilangan pelajar di dalam kelas ini adalah dalam lingkungan 35 orang iaitu kesemuanya adalah pelajar lelaki dan perempuan yang berbangsa Iban, Cina dan Melayu. Pengalaman beliau mengajar di sekolah ini adalah selama 20 tahun dan telah mengajar mata pelajaran ini selama 11 tahun ke atas. Beliau mendapat kelulusan akademik tingkatan 6 di peringkat sekolah menengah dan kelulusan ikhtisas ijazah perguruan adalah dari maktab perguruan. Pada masa sekarang, beliau berada di gred DG41 dan telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatannya. Aspek media pengajaran yang terdapat dalam rakaman video tersebut ialah media cetak yang terdiri daripada kad bercetak, buku teks dan lembaran kerja. Guru ini telah menggunakan kad bercetak sebagai satu cara untuk memulakan pengajarannya di dalam bilik darjah. Beliau menyoal pelajar dengan tujuan supaya pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dan menarik perhatian mereka serta menimbulkan sifat ingin tahu. Apabila beliau menyoal pelajar dengan 34

soalan menarik perhatian, jelas dan ringkas maka respon yang diberikan oleh mereka begitu seronok sekali dengan menjawab soalan cikgu secara spontan. Beliau memulakan pengajarannya dengan membawa semua pelajar tersebut untuk mula berfikir dan menumpukan perhatian mereka terhadap pelajaran. Apabila sampai di situasi berikutnya, kelihatan para pelajar amat gembira dan bersemangat untuk belajar. Situasi ini timbul kerana soalan yang dikemukakan adalah salah satu perkara yang amat diminati oleh mereka. Soalan pertama yang dikemukakan oleh guru semasa set induksi ialah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada dan mengaitkan minat pelajar. Beberapa orang pelajar yang agak pandai dari kelas ini dengan serentak terus menjawab soalan daripada cikgu. Sementara itu, beberapa orang pelajar yang kurang pandai hanya memberi jawapan selepas beberapa saat. Manakala beberapa orang pelajar yang lain di kelas ini menunjukkan isyarat pergerakan secara badan dan tangan untuk cuba menjawab soalan dengan mengangkat tangan dan sebagainya. Tujuan penggunaan media ini adalah untuk memulakan inkuiri dan menumpukan perhatian pelajar kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Media pengajaran yang digunakan Media pengajaran yang telah digunakan oleh guru berkenaan di dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembalajaran pada waktu itu ialah media cetak. Semasa mengajar, beliau telah menggunakan buku teks untuk rujukan pelajar dan kad yang mengandungi cetakan rangkap pantun sebagai alat bantu mengajarnya. Manakala lembaran kerja yang bercetak dengan rangkap pantun yang belum lengkap untuk diisi dan dilengkapkan oleh para pelajar mengikut kumpulan sebagai aktiviti kumpulan serta penilaian kefahaman mereka tentang pantun. Analisis penggunaan media cetak Media cetak merupakan bahan-bahan maklumat yang dicetak di atas kertas. Ia berbentuk buku teks, buku kerja, buku rujukan, majalah, risalah, surat khabar, nota-nota, prosiding seminar, surat-surat berita, laporan tahunan dan sebagainya. Tujuan bahan-bahan ini dicetak adalah untuk: i. ii. iii. Memberikan panduan. Menyampaikan maklumat. Mempertingkatkan tumpuan atau fokus perhatian pada bidang yang dicetak.

Jenis media cetak Secara umumnya media cetak boleh diklasifikasikan kepada empat fungsi sebagaimana 35

yang dinyatakan seperti berikut: a. b. c. d. Alat bantu mengajar Bahan untuk latihan Bahan maklumat Bahan untuk peningkatan ilmu

Media sebagai alat bantu mengajar Bahan cetak yang berperanan sebagai alat bantu belajar merupakan bahan-bahan yang mempunyai instruksi atau panduan sumber belajar. Lazimnya instruksi yang terdapat dalam bahan bantu mengajar itu dibentuk tahap demi tahap atau langkah demi langkah untuk memudahkan murid menggunakan dan memahami pelajaran dengan mudah. Ia berbentuk guide sheet, jobs aids dan sebagai satu gambar bersiri. Maklumat dalam guide sheet akan menampilkan kata-kata atau arahan secara keseluruhan sedangkan jobs aids selain dari katakata atau arahan tadi terdapat juga beberapa ilustrasi atau gambar bersama-sama arahan tadi, manakala picture series merupakan maklumat yang disampaikan dalam gambar bersiri. Media sebagai bahan untuk latihan Bahan yang berperanan sebagai bahan untuk latihan lazimnya ia berbentuk intruksi. Di sini pembaca akan disugukkan dengan pelbagai maklumat atau petunjuk yang berkaitan dengan pelajaran yang diajar. Bahan untuk latihan ini adalah berbentuk manual , handout dan ada yang berbentuk Panduan Pembelajaran(study guides). Manual Manual adalah petunjuk yang praktikal bagi sesuatu kerja yang perlu dilaksanakan. Biasanya pelatih-pelatih akan menggunakan manual ini untuk melaksanakan sesuatu kerja atau projek mengikut langkah-langkah yang instruktornya telah rancang dan catatkan di manual yang diedarkan itu. Handout Nota atau catatan yang dibuat oleh guru atau tenaga pengajar yang diedarkan kepada murid. Lazimnya catatan itu berkaitan dengan isi pelajaran. Maklumat yang terdapat dalam bahan edaran itu antara lainnya adalah jadual pelajaran, sinopsis pelajaran dan objektif yang ingin dicapai, tugas-tugas yang perlu disempurnakan, sumber-sumber bahan untuk rujukan.

36

Panduan Pembelajaran (Study Guides) Secara kasarnya study guides ini mempunyai ciri seakan-akan serupa dengan handout dari aspek penggunaannya. Kedua-dua bahan ini bertujuan untuk murid dan peserta membuat latihan. Perbezaan yang nyata terhadap handout dengan study guides adalah dari aspek penjelasan isi bagi sesuatu topik pengajaran. Pada handout penjelasan yang dapat kita lihat adalah ringkas terhadap sesuatu topik manakala study guides ialah maklumat yang diterangkan itu didapati terperinci. Media sebagai bahan maklumat Media cetak berperanan sebagai bahan maklumat foreka dengan tujuan untuk memberi mahlumat dan motivasi. Ia dapat menarik perhatian seseorang dengan menampilkan sesuatu yang dimiliki oleh sesebuah organisasi. Lazimnya, ia berbentuk risalah (brochure), surat khabar, laporan tahunan dan sebagainya. Media sebagai bahan peningkatan ilmu Media cetak berbentuk buku boleh berperanan sebagai alat yang dapat meningkatkan ilmu seseorang dengan lebih mendalam. Jenis bahan berbentuk buku dan bukan buku ini boleh diklasifikasikan pada bahan rujukan, fiksyen dan bukan fiksyen yang Dewey klasifikasikan kepada 10 kod yang bermula dari kod 000 hingga ke kod 999 dan Library Congress menggunakan notasi bercampur seperti berikut: Sistem Perpuluhan Dewey (DDC) iaitu kod ringkasan pertama: 000 Karya Am 100 Falsafah 200 Agama 300 Sains Sosial 400 Bahasa 500 Sains Tulin 600 Teknologi/Sains Gunaan 700 Kesenian 800 Kesusasteraan 900 Geografi, Biografi dan Sejarah

37

Kod Library Congress pula menggunakan kod pengklasannya seperti berikut untuk mengkelaskan bahan pendidikan di pusat pendidikan terutama di institut pengajian tinggi di Malaysia. Simbol-simbol pada kod Library Congress adalah: A, AS, AG, Ae, AY untuk Karya Am B, BH, BJ BF untuk Falsafah Bl, BX, BP, BZ untuk Agama H, HA, HJ HM, HX untuk Sains Sosial L, LH, LA, LC, LD, LG, LJ,LB untuk Pendidikan P, PE, PN, PR, PZ untuk Bahasa Q, Qa, QB, QC, QD, QE,QH untuk Sains Tulin TA, TE, TG, TH, TK, TP,TT,TE, TX untuk Teknologi K untuk Undang-Undang G,C, F untuk Geografi Am dan Biografi Kebaikan media bercetak Media cetak sebagaimana yang tersenarai di atas jika dibandingkan dengan media lain, ia mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut: i. ii. Bentuk media cetak didapati mudah dibawa dan mudah juga digunakan di mana sahaja. Media cetak didapati lebih ekonomi, mudah disebar, mudah dipindah-pindahkan dari seorang pengguna kepada pengguna yang lain. iii. Pembaca boleh mengambil masa yang lama untuk mencerna isi maklumat yang terkandung di dalamnya dan boleh diulang-ulang mengikut keperluan pengguna. iv. Media cetak mampu menyimpan maklumat yang konsisten, tepat dan dapat menghasilkan kesamaan pengertian maklumat untuk hari ini dan juga untuk sedekad yang akan datang. v. Bahan cetak digunakan begitu meluas kerana terdapat beberapa ciri yang positif seperti berikut: a. Digunakan begitu meluas. b. Mudah disedia dan diterbitkan. c. Digunakan sebagai alat pengajaran utama. d. Tidak menggunakan alat lain semasa menggunakannya. 38

e. Mudah dikemas kini. f. Murid dapat mengawal masa, tempat dan tempoh pembelajaran mereka. g. Bahan bercetak mempunyai latihan di akhir modulnya, mempunyai pengajaran yang sudah dirancang dengan penerangannya dilengkapkan dengan gambar, carta, jadual dan gambar-gambar kartun. Kelemahan media cetak Media cetak apabila dibandingkan dengan media lain seperti audio dan video terdapat beberapa kelemahan seperti berikut: i. Media cetak tidak dapat menampilkan gambar bergerak dan bersuara yang dapat memberikan pengalaman murid bersifat konkrit. ii. Keberkesanan media cetak banyak bergantung pada kebolehan individu menguasai bacaan. Jika kebolehan membaca lemah maka pembaca akan menghadapi masalah untuk memahami isi maklumat. iii. Maklum balas tidak dapat disampaikan serta merta kecuali menggunakan kemudahan telefon atau internet. Penutup Media pengajaran yang baru boleh digunakan adalah terdiri daripada pelbagai bentuk. Ada yang berbentuk tayang dan ada yang berbentuk bukan tayang. Setiap bahan dan alat ini berperanan sebagai alat yang boleh membantu guru dan murid memahami sesuatu ilmu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Fungsi setiap alat dan bahan ini berbeza mengikut keperluan pengguna. Dengan ini, amat wajar bagi setiap guru perlu membuat pemilihan terlebih dahulu sebelum digunakannya di bilik darjah.

39

Rujukan Mohd Jizat Abdol, Abdul Razak Idris & Jessnor Elmy (2006). Teknologi pengajaran dan pembelajaran. Selangor.UTM. Ngui Kuan Sang (1989).Teknologi pendidikan: penggunaannya dalam pengajaran Geografi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia. Noriati A.Rashid, et. al. (2009).Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar. Prcival, H.T., Ellington, H.I. dan Race,P., (1993). Handbook of Educational Technology. Edisi ke-3. London: Kogan Page. Smaldino, S.E., Russell, J., Heinnich, R. & Molenda, M. (2005). Instructional technology and media for learning. Edisi ke 8. New Jersey: Prentice Hall. Wah Wan Ali et al. (2008). HBEM3103. Prinsip teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: OUM.

40

You might also like