You are on page 1of 5

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING DAN KERJAYA

PERINGKAT KEBANGSAAN

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER KERJAYA


( SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH )

1. Pendahuluan

Pertandingan Melukis Poster Karnival Kaunseling Kerjaya ini bertujuan untuk


membina kefahaman dan pengetahuan murid mengenai Kerjaya dalam Sains &
Teknologi melalui seni lukis.

2. Objektif

2.1 Mempertingkatkan kefahaman dan pengetahuan murid sekolah menengah dan


rendah mengenai Kerjaya Sains & Teknologi.
2.2 Memberi kemahiran untuk menyatukan pemikiran dan pemahaman tentang
kerjaya melalui seni lukis.
2.3 Menggalakkan murid untuk mencari maklumat Kerjaya melalui pelbagai media.

3. Kumpulan Sasaran

Semua pelajar sekolah rendah dan menengah.

4. Peringkat Pertandingan dan Tarikh Pengelolaan

Pertandingan Poster Kerjaya dilaksanakan dalam empat peringkat iaitu:

Bil Peringkat Tarikh

1 Sekolah Jun

2 Daerah/ Bahagian/ Zon Jun

3 Negeri Julai

4 Kebangsaan Ogos
5. Syarat-syarat Pertandingan

Poster Kerjaya hendaklah dilukis mengikut tema “Sains dan Teknologi Peneraju
Wawasan Negara”.

5.1 Media (Kertas Lukisan)

5.1.1 Kategori Rendah kertas lukisan berukuran 37.4sm x 27sm (drawing block)
5.1.2 Kategori Menengah menggunakan saiz kertas berukuran Separuh Imperial.
5.1.3 Kedua-du kategori menggunakan kertas lukisan berwarna putih sahaja yang
disediakan oleh penganjur.

5.2 Warna dan Peralatan

5.2.1 Semua jenis warna dibenarkan kecuali cat minyak ( oil paint )
5.2.2 Semua peralatan disediakan oleh peserta.
5.2.3 Penggunaan clear spray tidak dibenarkan.

5.3 Poster hendaklah menggambarkan sekurang-kurangnya 5 jenis kerjaya dalam Sains &
Teknologi atau suasana atau keadaan alam kerjaya ( pakaian, alatan khas, tugas-tugas)
dalam kontek pembangunan identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

5.4 Hak Milik

Lukisan Poster Kerjaya dalam pertandingan akan menjadi hak milik Kementerian
Pelajaran Malaysia.

5.5 Pengadilan

5.5.1 Keputusan penal hakim adalah muktamad.


5.5.2 Satu Panel Hakim peringkat Daerah / Bahagian / Zon dan Negeri akan
dilantik oleh Pejabat Pelajaran Daerah / Bahagian / Zon dan Jabatan
Pelajaran Negeri.
5.5.3 Panel Hakim untuk Pertandingan Peringkat Kebangsaan akan dilantik oleh
Kementerian Pelajaran Melaysia.

5.6 Penyertaan

Penyertaan Pertandingan Poster Kerjaya adalah secara individu:

5.6.1 Penyertaan Peringkat Sekolah

Setiap murid hanya dibenarkan membawa peralatan melukis sahaja. Kertas


lukisan akan diserah oleh guru semasa pertandingan diadakan. Johan
peringkat sekolah sahaja akan dihantar ke peringkat Daerah / Bahagian /
Zon.

5.6.2 Pertandingan di Peringkat Daerah / Bahagian / Zon


Semua Johan Pertandingan Poster Kerjaya dari sekolah Menengah dan
Rendah akan dipertandingkan semula mengikut kategori menengah dan
rendah. Johan sahaja yang layak mengikuti pertandingan di peringkat negeri.

5.6.3 Pertandingan di Peringkat negeri

Semua Johan Pertandingan Poster Kerjya dari semua Daerah / Bahagian /


Zon akan dipertandingan secara langsung (life) mengikut kategori rendah
dan menengah. Johan layak untuk dipertandingkan di peringkat kebangsaan.

5.6.4 Pertandingan di peringkat Kebangsaan

Semua Johan di peringkat negeri akan dipertandingkan mengikut kategori


rendah dan menengah di peringkat Kebangsaan.

5.5.5 Setiap peserta hendaklah mengisikan maklumat diri dengan lengkap dan jelas
di atas stiker yang disediakan oleh pihak penganjur dan ditampal pada
sebelah kanan belakang kertas poster.

Nama ( Huruf Besar ) :

No Kad Pengenalan / Sijil Lahir :

Nama & Alamat Sekolah :

Kategori :

Jantina :

Tingkatan / Tahun :

Disahkan Oleh (Pengerusi :


Pertandingan)

5.7 Teknik

5.7.1 Teknik Kolaj / Tampalan dan Air-brush tidak dibenarkan.


5.7.2 Penggunaan alat-alat geometri digalakkan.
5.7.3 Dilarang menggunakan acuan / templet dan huruf blok yang sedia ada (ready
made).
5.7.4 Peserta dibenarkan membuat acuan / templet dan huruf blok semasa
pertandingan dijalankan.

5.8 Masa

Masa pertandingan ialah 3 jam bagi sekolah menengah dan 2½ jam bagi sekolah
rendah.

5.9 Keaslian

5.8.1 Lukisan poster hendaklah asli dan hasil ciptaan sendiri.


5.8.2 Hasil Lukisan Poster hendaklah tidak pernah diterbitkan / disiarkan dalam
mana-mana pertandingan sebelum ini.

6. Sijil dan Hadiah

6.1 Peringkat Kebangsaan – rujuk lampiran


6.2 Peringkat negeri dan daerah mengikut negeri masing-masing.
BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER
(SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH)

SEKOLAH / DAERAH / NEGERI :

Bil Aspek Keterangan Markah Markah


Penilaian Penuh Diperolehi
1 Tema Tema wajib dimasukkan dalam poster.
Muka taip (tipografi) hendaklah jelas dan 10
mudah dibaca.
2 Interpretasi Poster harus menggambarkan sekurang-
kurangnya 5 jenis kerjaya dalam Sains &
Teknologi, suasana dan keadaan alam
kerjaya ( pakaian dan tugas-tugas) dalam
kontek pembangunan identiti Malaysia
sebagai sebuah negara yang maju. 30
Kerjaya (20)
Identiti pembangunan Sains & Teknologi
(10)
3 Olahan warna Pemilihan warna yang menarik dan
sesuai. 10
4 Keaslian Lukisan hasil ciptaan sendiri. Hasil
lukisan tidak pernah disiar mana-mana 10
pertandingan sebelum ini.
5 Kekemasan Kemas, bersih, dan halus. Penggunaan
unsur-unsur seni (garisan, bentuk, ruang, 10
warna dan jalinan).
6 Rekaletak Kemahiran menggunakan ruang yang 15
seimbang.
7 Illustrasi Keupayaan melakar dan melukis dengan 15
tepat dan menarik.

JUMLAH 100

T/tangan hakim Disahkan oleh Ketua Hakim

____________________________
______________________________
( ) ( )

Tarikh :

You might also like