You are on page 1of 22

BAB 9 (TING 4) hlm/ 1 BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat;

Mengiktisarkan perkembangan di Eropah Aras 1 Menyatakan keadaan masyarakat Eropah pada Zaman Gelap Menyatakan perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat Eropah selepas Zaman Gelap Menyatakan maksud Renaissance dan Reformation Menyatakan kesan-kesan Renaissance dan Reformation Aras 2 Menghuraikan perubahan-perubahan yang berlaku selepas zaman Menjelaskan kesan-kesan Renaissance dan Reformation Aras 3 Merumus sikap sanggup menerima perubahan ke arah kemajuan Menghubungkait unsur-unsur Renaissance dengan perkembangan ilmu masa kini Membandingkan sistem Feudal di Eropah dengan cara hidup masyarakat Melayu tradisional Pengenalan Selepas kejatuhan tamadun Rom, Eropah mengalami zaman mundur yang dikenali sebagai Zaman Gelap. Zaman Gelap merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan. Zaman Pertengahan dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu peringkat awal (476 -1050 M.), peringkat kemuncak (1050-1300 M.) dan peringkat akhir (1300 -1450 M.). Pada peringkat akhir Zaman Pertengahan muncul Zaman Renaissance (13501600 M.). Pada zaman ini berlaku kegiatan penjelajahan dan penerokaan serta perkembangan ilmu. Orang Eropah menyebarkan pengaruh mereka kepada dunia di luar Eropah. Pengaruh Barat ini diteruskan semasa zaman Revolusi Perindustrian dan Imperialisme. 1. a. Apakah yang dimaksudkan Zaman Gelap? (Rujuk Buku Teks m.s: 215-216) Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran, juga tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan. Sebaliknya, pada masa yang sama dunia Islam telah tegak dengan kegemilangannya. Dunia Islam (zaman Khulafa alRasyidin, Bani Umaiyah, dan Bani Abbasiyah) mempunyai pusat pentadbiran yang mantap dan sistem ilmu pengetahuan yang unggul.
SMK Abaka, Tawau

Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat

BAB 9 (TING 4) hlm/ 2 Eropah mencedok banyak ilmu daripada dunia Islam demi meningkatkan pencapaian masyarakat mereka. b. Jelaskan cirri-ciri Zaman Gelap. Apabila empayar Rom Barat runtuh, maka, kuasa pusat yang mentadbir wilayah-wilayah juga musnah. Keadaan ini membawa kepada kemunculan golongan baron (tuan tanah). Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah. Sebagai tukaran kepada perlindungan itu, para petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada pihak tuan tanah. Terdapat petani yang tidak berkemampuan untuk berbuat begitu, lantas mereka menyerahkan tanah mereka kepada golongan tuan tanah. Jadi, mereka terpaksa menjadi hamba. Sekiranya para petani mendapatkan perlindungan daripada golongan tuan tanah, tuan tanah pula mendapatkan perlindungan daripada golongan raja. Sebagai tukaran golongan tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja. Jalinan ikatan yang menghubungkan golongan rakyat dengan tuan tanah dan seterusnya raja merupakan asas kepada pembentukan sistem feudal di Eropah. Golongan raja merupakan golongan penaung utama dalam sesebuah negara. Golongan raja memiliki tanah secara mutlak. Raja juga mempunyai golongan pembesar yang mendapatkan naungan daripada pihak istana. Oleh itu, golongan pembesar juga memberikan khidmat kepada pihak raja. Rakyat biasa turut memberikan khidmat kepada golongan tuan tanah. Terdapat juga rakyat yang tergolong kepada golongan hamba. Pada Zaman Pertengahan di Eropah, Gereja Katolik merupakan institusi yang amat berkuasa dan memiliki hartanah yang banyak Walau bagaimanapun, institusi ini terlalu memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan pembelajaran ilmu keakhiratan sahaja. Hal ini menimbulkan tanggapan yang gereja telah mengongkong kehidupan masyarakat Eropah. Pada Zaman Pertengahan juga, kegiatan perdagangan tidak meluas. Perdagangan di perairan pantai Utara dan Barat sering diganggu oleh serangan orang gasar seperti Viking dan Magyar. Orang Eropah juga tidak dapat berdagang ke Timur Jauh kerana kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang Islam. Orang Eropah tidak berupaya menyaingi penguasaan ini. Oleh itu, mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi kepada sektor pertanian. Perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran barang kerana mata wang yang terdapat dalam pasaran amat terhad. Kesimpulannya, ciri-ciri zaman Gelap ialah pusat pemerintahan yang lemah, kegiatan ekonomi yang terhad, kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan,
Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

BAB 9 (TING 4) hlm/ 3 serta sifat Gereja yang mengongkong. Zaman Peralihan dari Zaman Gelap ke Zaman Renaissance dikenali sebagai Zaman Kemuncak Pertengahan. Gereja mula memainkan peranan sebagai institusi yang universal serta menjadi ejen penyatuan. Pada masa ini juga berlaku perubahan ekonomi yang ketara hasil pertambahan penduduk, peningkatan aktiviti pertanian dan kemunculan perdagangan. Ini membawa kepada kemunculan bandar-bandar seperti Venice, Milan dan Florence. Perkembangan bandar membawa kepada lahirnya kelas pertengahan yang terdiri daripada artisan, pedagang, dan ahli perbankan. Dengan wujudnya keadaan baru ini, status sosial seseorang itu tidak lagi berasaskan pemilikan tanah tetapi kekayaan. Perubahan politik berlaku apabila rakyat mula terlibat dalam kegiatan atau urusan politik. Penglibatan ini berlaku menerusi institusi seperti parlimen yang diwujudkan bagi memenuhi tuntutan rakyat. Hal ini telah memberikan hak politik kepada rakyat dan menjalinkan hubungan antara rakyat dengan pemerintah.

2.

a.

Apakah Zaman Renaissance? (Rujuk Buku Teks m.s: 217-220) Istilah Renaissance berasal daripada perkataan Itali, iaitu renisciment yang bermaksud "kelahiran semula" dan merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang dihasilkan oleh cendekiawan dan pejuang seni dalam tamadun Yunani dan Rom. Kegemilangan tamadun Yunani dan Rom yang tenggelam pada Zaman Gelap telah dimunculkan dan dikembangkan semula pada Zaman Renaissance. Asas Zaman Renaissance ialah penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahannya. Aliran pemikiran ini dikenali sebagai humanisme. Bapa Humanisme ialah Francesco Petrarch. Tokoh Renaissance lain ialah Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio (1313-1375).

b. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan Zaman Renaissance. 1. Semangat inkuiri atau semangat ingin tahu yang kuat. Kesungguhan manusia mencari penyelesaian kepada permasalahan hidup dan kesediaan mereka untuk meneroka bidang dan kawasan baru. Zaman Renaissance bermula di Itali pada abad ke14 dan kemudiannya berkembang ke Eropah Barat sehingga kira-kira abad ke-17. Di Itali, muncul bandar-bandar terkenal seperti Venice, Genoa, Florence, Rom, dan Milan yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa. 2. Dari segi geografi, kedudukan Itali adalah strategik kerana dikelilingi oleh Laut Mediterranean. Kedudukan ini menjadikan Itali sebagai persimpangan
Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

BAB 9 (TING 4) hlm/ 4 utama dan pusat perdagangan antarabangsa. Bandar pelabuhannya yang paling terkenal ialah Venice dan Genoa. Di sinilah pertembungan budaya, bahasa, dan agama berlaku yang terus menjadikan Itali pusat perkembangan idea baru. Aktiviti perdagangan di Itali telah membawa kepada kemunculan para pedagang kaya. Mereka menggunakan kekayaan mereka untuk mengindahkan bandar dan menjadikannya tumpuan para seniman dan cendekiawan. Golongan pedagang kaya ini kemudiannya menjadi patron atau penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis. Antara patron yang terkenal termasuklah keluarga Medici di Florence. Golongan patron berusaha menarik seniman dan cendekiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang ke bandar masing-masing. Lantas berlakulah persaingan antara bandar-bandar di Itali untuk mendapatkan tokoh cendekiawan Renaissance. Pada masa yang sama, bagi tujuan menyiapkan tugasan atau kerja masingmasing, para seniman dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar ke bandar. Jadi, kegiatan ini secara tidak langsung membantu menyebarkan idea Renaissance ke merata tempat di Itali. Selain golongan kaya, Paus di Rom juga menjadi penaung kepada para seniman dan cendekiawan. Golongan penguasa Gereja di Rom mula mencemburui pencapaian bandar seperti Florence serta kuasa yang dipegang oleh keluarga Medici. Oleh itu, mereka juga berhasrat untuk menjadikan Rom cantik dan menarik seperti Florence. Namun begitu, pihak berkuasa Gereja menghadapi masalah dalam hal ini. Mereka tidak bersedia menaungi ahli sains dan ahli matematik kerana khuatir kumpulan saintis tersebut akan mencabar pemikiran yang dibawa oleh Gereja Katolik. Para saintis menekankan kaedah pemerhatian atau empirikal serta penggunaan akal dan logik dalam menerangkan sesuatu fenomena alam. Sebaliknya, pihak Gereja terus menekankan penjelasan tradisional. Lantas konflik atau perselisihan pendapat berlaku seperti dalam kes Galileo Galilei. Oleh sebab pihak Gereja mencurigai para saintis, maka, mereka memberikan tumpuan kepada kegiatan seni lukis dan seni ukir sahaja. Contohnya, Paus Julius II telah mengupah pelukis dan pengukir terkenal pada masa itu seperti Leonardo da Vinci, Raphael, dan Michelangelo untuk mencantikkan dan menghiasi gereja dan katedral di Rom dengan ukiran dan lukisan. Pada masa inilah Katedral St. Peter yang terkenal itu dibina. Dengan usaha golongan Paus ini, pusat seni Renaissance telah berpindah dari Florence ke Rom. Pada Zaman Pertengahan, sumbangan individu daripada golongan pelukis dan pengukir tidak terserlah kerana mereka bekerja secara berkumpulan. Keadaan ini berubah apabila mereka mula bekerja secara bersendirian. Bakat masingmasing dapat dilihat secara jelas. Lagipun kemahiran mereka dihargai dari segi
SMK Abaka, Tawau

3.

4.

5.

6.

7.

Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat

BAB 9 (TING 4) hlm/ 5 nilai kesenian. Suasana sosial ini juga mempengaruhi para pelukis sendiri. Pelukis seperti Leonardo da Vinci, Raphael, dan Michelangelo ingin dikenali secara individu.. Semangat dan amalan sebegini dikenali sebagai individualisme. 8. Keupayaan individu telah membawa perubahan kepada konsep pendidikan. Sekiranya pada Zaman Gelap penekanan diberikan kepada pengkhususan terhadap kemahiran dan ilmu tertentu, pada Zaman Renaissance pula pembinaan kemahiran dalam semua aspek intelektual serta fizikal digalakkan di kalangan individu. Misalnya, Leonardo da Vinci dan Michelangelo, selain dikenali sebagai pelukis dan pengukir agung, juga disanjung kerana kemahiran mereka dalam bidang ilmu pengetahuan yang lain. 9. Biarpun Itali merupakan pusat Renaissance, namun, tokoh Renaissance juga muncul di beberapa buah negara Eropah lain. Di England, contohnya, muncul tokoh pemikir seperti Thomas More (1478-1535), Francis Bacon (1561-1626) dan William Shakespeare (1564-1616). d. Huraikan kesan-kesan Zaman Renaissance. Semangat inkuiri meninggalkan kesan dalam pelbagai bidang seperti seni lukis, seni ukir, persuratan, politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik, ialah kemunculan monarki baru. Kekuatan dan kekuasaan monarki baru ini diasaskan kepada kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan. Yang diperkukuh lagi dengan amalan pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat. Apabila kuasa raja bertambah kukuh, maka, dengan sendirinya kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan bertambah kurang. Monarki baru ini terdapat di Portugal, Castile dan Aragon (Sepanyol), England, Perancis dan Belanda. Kegiatan ekonomi sara diri kian pupus. Sebaliknya, sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas. Keadaan ini menimbulkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan yang berkembang seiring dengan kemajuan dalam bidang matematik, geografi, kartografi (teknik melukis peta) dan astronomi. Dalam hal ini, semangat Renaissance yang menekankan ciri-ciri inkuiri, keobjektifan, dan eksperimen jelas bertanggungjawab merintis jalan kepada pembangunan dan perkembangan pelbagai ilmu sains seperti biologi, fizik, kimia dan perubatan. Dari sudut sosial, menampakkan unsur-unsur perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia. Manusia pada Zaman Renaissance lebih bersedia menzahirkan emosi mereka. Penzahiran emosi atau perasaan ini dicerminkan dalam muzik, lukisan, dan ukiran yang dihasilkan. Dari segi psikologinya, unsur begini berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang menyuburkan
Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

BAB 9 (TING 4) hlm/ 6 keyakinan diri. Satu lagi kesan sosial ialah perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik. Pendidikan baru ini juga menekankan tanggungjawab sosial seseorang dalam masyarakat. Oleh itu, Zaman Renaissance telah melahirkan "manusia Renaissance" yang mempergunakan sepenuhnya keupayaan minda mereka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi memajukan kehidupan manusia.

3.

a.

Apakah Gerakan Reformation? (Rujuk Buku Teks m.s: 220-222) Reformation merupakan suatu gerakan yang berlaku di Eropah Barat pada abad ke-16. Reformation berasal daripada perkataan reform yang bermaksud melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau untuk membentuk sesuatu yang baru. Gerakan Reformation mempunyai kaitan dengan agama Kristian.

b. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan Gerakan Reformation. Kritikan terhadap Gereja Katolik. Kritikan atau penentangan timbul apabila pihak Gereja telah meningkatkan usaha pembangunan keduniaan untuk menjadikan Rom sebagai pusat kekuasaan yang terkuat di bahagian tengah Itali. Walaupun usaha pihak Gereja ini semakin menghasilkan kejayaan, namun, dalam proses tersebut banyak kepincangan, rasuah, dan penyelewengan berlaku. Lantas, ahli masyarakat mula mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja Katolik. Mereka berpendapat cara hidup yang menjadi amalan golongan penguasa Gereja Katolik tidak selari dengan apa yang dianjurkan dalam kitab Bible. Golongan penguasa Gereja dikatakan lebih cenderung mengamalkan gaya hidup para pemerintah dan bangsawan, bukannya gaya hidup yang mencerminkan kehidupan keagamaan. Terdapat unsur penyelewengan. Antara penyelewengan itu termasuklah penjualan sijil Indulgences, iaitu surat pengampunan bagi penganut Kristian yang melakukan dosa. Kegiatan penjualan sijil ini merebak ke seluruh Eropah. Reformation bermula di Jerman kerana gerakan Renaissance di sini bersifat keagamaan walhal gerakan di Itali bersifat keduniaan. Kejayaan gerakan Reformation di Jerman dibantu oleh mesin cetak ciptaan Johann Gutenberg. Dengan adanya mesin cetak, Bible dapat dihasilkan dalam masa yang singkat dan berharga murah. Pada tahun 1517, Martin Luther, profesor ilmu teologi di Jerman, mula
Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

BAB 9 (TING 4) hlm/ 7 mengambil langkah menentang amalan Indulgences. Luther percaya yang manusia itu seharusnya bergantung pada kekuatan rohaninya. Pendirian Luther ini mencabar kedudukan Gereja dan institusi paderi. Pendirian dan ajaran Luther dikenali sebagai mazhab Protestan yang berasal daripada perkataan protesting yang bermaksud "membantah". Tindakan Luther mempersoalkan kewibawaan Gereja Roman Katolik dan golongan paderi dan kewujudan mazhab Protestan menandakan bermulanya Zaman Reformation hingga ke pertengahan abad ke-16. Mazhab Protestan pimpinan Luther (juga dikenali mazhab Lutheran) telah berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan England. Di Switzerland gerakan ini dipimpin oleh Huldreich Zwingli (1484-1531). Tetapi setelah beliau meninggal dunia, gerakan itu dipimpin pula oleh John Calvin (15091564). Namun begitu, dalam arus perkembangan aliran Protestan, masih ada yang mahu mempertahankan kewibawaan Gereja Katolik. Golongan ini mengendalikan Counter Reformation sebagai jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan oleh gerakan Protestan. Counter Reformation di sini bermaksud "menahan atau bertindak menentang sesuatu yang baru".

c.

Huraikan kesan-kesan Gerakan Reformation. Zaman Reformation menimbulkan beberapa kesan terhadap Eropah. Dari segi agama, zaman ini menyebabkan negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing, contohnya, perang keagamaan di Perancis antara tahun 1562-1598 dan perang 30 tahun (1618-1648) yang melibatkan Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark dan Sweden. Perbalahan agama telah mengakibatkan kemusnahan dan peperangan. Masyarakat Eropah pada masa itu tidak lagi dikuasai oleh satu mazhab sahaja. Walau bagaimanapun, kesan jangka panjang peristiwa ini ialah timbul sikap toleransi antara penganut pelbagai mazhab Kristian, iaitu dari segi mempergiatkan pendidikan dan menyebarkan fahaman mereka. Kesan terhadap kuasa golongan Gereja. Kuasa Gereja dicabar secara terbuka. Kuasa Gereja terhadap kerajaan atau monarki berkurang disebabkan monarki ingin membebaskan dirinya daripada penguasaan Paus di Rom. Contohnya, semasa pemerintahan Raja Henry VIII, raja menjadi ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican. . Penjelajahan dan penerokaan merupakan kegiatan para pelaut Eropah mencari laluan baru di lautan luas bagi membolehkan mereka menuju ke Timur. Pada

Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat

SMK Abaka, Tawau

BAB 9 (TING 4) hlm/ 8 abad ke-16, mereka telah aktif menjelajah ke beberapa buah kawasan di luar Eropah. Kejayaan sains dan teknologi pada Zaman Renaissance turut membantu kegiatan penerokaan dan penjelajahan Eropah. Sebelum orang Eropah sendiri berjaya sampai ke Timur, barangan dari Timur hanya diperoleh dari Istanbul. Namun, penguasaan Istanbul oleh Turki pada tahun 1453 menyebabkan orang Eropah menghadapi masalah untuk mendapatkan barangan. Lantas, orang Eropah berikhtiar mencari laluan alternatif ke Timur. Ini mendorong mereka untuk meneroka Lautan Atlantik dan akhirnya mereka berjaya menjadikan Lautan Atlantik sebagai laluan mereka ke Timur.

Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat; Memahami perkembangan penjelajahan dan penerokaan Aras 1 Menyenaraikan kuasa-kuasa Barat yang terlibat dalam penjelajahan Melakarkan laluan penjelajahan kuasa-kuasa Barat Menyatakan sebab-sebab penjelajahan kuasa-kuasa Barat Menyatakan kesan-kesan penjelajahan kuasa-kuasa Barat ke atas masyarakat setempat Aras 2 Menjelaskan sebab-sebab penjelajahan kuasa-kuasa Barat Mengklasifikasi kesan-kesan penjelajahan kuasa-kuasa Barat ke atas masyarakat setempat dari segi politik, ekonomi dan sosial Aras 3 Menghubungkait semangat kental penjelajahan dan penerokaan kuasa barat dengan slogan Malaysia Boleh 4. a. Jelaskan faktor-faktor yang mendorong kegiatan penerokaan dan penjelajahan orang Eropah ke timur. (Rujuk Buku Teks m.s: 223-226) Desakan ekonomi dan semangat keagamaan. Orang Eropah pada masa itu ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera, dan rempah ratus dari Timur. Raja Sepanyol dan Raja Portugal merupakan pemerintah yang bertanggungjawab memberikan galakan kepada usaha ini. Sepanyol telah menumpukan penerokaannya ke Amerika Latin walaupun kuasa ini juga menjelajah ke Timur. Pelaut Portugal lebih awal sampai ke Timur daripada pelaut Sepanyol. Dalam pada itu, kuasa Portugal juga mempunyai kepentingan di Amerika Latin. Oleh itu, kedua-dua kuasa tersebut saling bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan tanah jajahan. Persaingan ini, akhirnya, menyebabkan pihak Paus di Rom menggesa kedua-dua kuasa tersebut menetapkan kawasan pengaruh
SMK Abaka, Tawau

Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat

BAB 9 (TING 4) hlm/ 9 masing-masing. Pada tahun 1494, Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani. Dengan perjanjian tersebut kawasan ke Timur dari kepulauan Tanjung Verde dan Hindia Barat di Lautan Atlantik dianggap sebagai kawasan Portugal dan kawasan ke baratnya dianggap sebagai kawasan Sepanyol. Antara pelaut unggul termasuklah Christopher Columbus. Beliau merupakan orang Eropah pertama sampai ke Amerika. Dalam pelayaran ke Timur pula, salah seorang pelayar terkenal ialah Ferdinand Magellan. Beliau telah terbunuh di salah sebuah pulau di Filipina dalam perjalanannya menuju ke Kepulauan Maluku. Pada masa ini, perdagangan rempah ratus dan sutera telah mendatangkan keuntungan yang besar kepada para pedagang Eropah dan raja mereka. Faktor keagamaan. Sepanyol dan Portugal merupakan dua buah negara Katolik yang mempunyai pengaruh Gereja yang kuat. Pihak penguasa Gereja amat menekankan usaha untuk menyebarkan ajaran Kristian ke seberang laut. Sepanyol yang pernah dikuasai oleh orang Islam pada satu masa dulu, begitu bersemangat untuk menyebarkan agama Kristian. Monarki baru di England, Perancis, dan Belanda turut menggalakkan penjelajahan dan penerokaan ke seberang laut. Semangat kebanggaan bangsa juga telah mendorong orang Eropah untuk menjelajah dunia di luar Eropah. Oleh sebab itulah penjelajahan orang Eropah sering dirumuskan dengan kata-kata, gold, glory and gospel.

b. Nyatakan kesan-kesan penjelajahan orang Eropah terhadap masyarakat setempat. Dari segi politik, banyak penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah. Perjanjian ini, secara langsung atau tidak telah mengiktiraf kekuatan kuasa Eropah. Wakil kuasa Eropah terdiri daripada syarikat berpiagam yang diwujudkan di Belanda, Great Britain, Perancis, dan Denmark. Antara syarikat-syarikat berpiagam tersebut ialah Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), Syarikat Hindia Barat Belanda (WIC), dan Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC). Syarikat-syarikat berpiagam ini berdagang dari Eropah hingga ke Carribean, Latin Amerika, Afrika, India, Asia Tenggara dan Asia Timur. Namun, peranan syarikat berpiagam Perancis dan Denmark tidak terserlah seperti peranan VOC dan EIC. Dari segi ekonomi, daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah. Pusat emporium dunia seperti Goa dan Melaka telah dikuasai oleh Portugal. Barangan yang dibawa dari Timur telah memperkaya ekonomi dan gaya hidup masyarakat di Eropah. Jalan pelayaran
Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

BAB 9 (TING 4) hlm/ 10 perdagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara yang dahulunya dikuasai oleh pedagang Islam Arab, kini, dikuasai oleh Portugal. Pedagang Eropah menguasai jalan perdagangan di Asia Tenggara dan Lautan Hindi serta Laut China Selatan, iaitu di China dan Jepun. Dari segi sosial, masyarakat tempatan mula terpengaruh dengan gaya hidup orang Eropah. Masyarakat peribumi telah menerima agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh Kristian. Penjelajahan Sepanyol juga banyak mengubah keadaan serta kehidupan di Dunia Baru dan Asia. Di Amerika Tengah dan Selatan, Sepanyol berperang dan menakluk Mexico dengan menundukkan tamadun Aztec, dan menakluk Peru dengan menghapuskan tamadun Inca. Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah mewujudkan sebuah masyarakat yang baru di wilayah tersebut. Kerajaan Sepanyol melihat daerah Amerika Latin (Dunia Baru) sebagai tempat untuk mendapatkan emas dan perak. Bagi golongan gereja pula, kawasan Dunia Baru dianggap sebagai tempat untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan masyarakat peribumi. Para pemodal Sepanyol juga telah mengeksploitasi buruh peribumi untuk bekerja di lombong dan di ladang mereka. Dalam bahasa Sepanyol penjelajahan dan penaklukan Sepanyol ini dikenali sebagai conquista dan para penakluknya sebagai conquistadores. Brazil dijajah dan dipengaruhi oleh kuasa Portugal. Di Timur, tidak terdapat petempatan orang Sepanyol atau orang Portugis secara besar-besaran. Namun, Filipina amat dipengaruhi oleh kuasa Sepanyol. Melaka dan Goa telah diduduki oleh kuasa Portugal. Perkembangan di Eropah dari Zaman Renaissance hingga ke Zaman Penjelajahan dan Penerokaan telah menunjukkan betapa pentingnya penerokaan ilmu pengetahuan, semangat inkuiri, kegigihan usaha dan keberanian meneroka lautan serta daratan. Semua ini dikendalikan tanpa mengira risiko yang bakal dihadapi. Sifat dan semangat inilah yang menyebabkan masyarakat Eropah terutamanya Sepanyol dan Portugal, telah dapat mengembangkan pengaruh mereka ke Amerika Latin dan Asia.

Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat; Memahami perkembangan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian dan Kesannya ke atas Asia Aras 1 Menyenaraikan faktor yang mencetuskan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian Menyatakan kesan-kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian
Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

BAB 9 (TING 4) hlm/ 11 Aras 2 Menghuraikan faktor yang mencetuskan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian Mengklasifikasikan kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian Aras 3 Membahaskan perkembangan ciptaan baru membawa kepada Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian 5. Nyatakan perubahan-perubahan yang berlaku semasa Revolusi Pertanian dalam aspek-aspek berikut: (Rujuk Buku Teks m.s: 226-229) Revolusi merupakan suatu perubahan besar yang berlaku secara mendadak dan menyeluruh. Hal ini berlaku dalam bidang politik, sosial atau ekonomi. Sering kali revolusi dalam sesuatu bidang akan turut memberikan kesan kepada bidang lain atau kehidupan manusia secara keseluruhannya. Revolusi yang berlaku boleh juga memakan masa yang agak lama dan secara berterusan misalnya, dalam kes Revolusi Perindustrian. Revolusi ini tidak berlaku secara mendadak dalam sehari dua atau sebulan. Negara pertama di dunia yang mengalami Revolusi Perindustrian ini ialah Britain. Sebelum Revolusi Perindustrian berlaku telah terdapat Revolusi Pertanian. Revolusi Pertanian bolehlah dianggap sebagai satu revolusi yang menyediakan asas bagi Revolusi Perindustrian. Sebelum Revolusi Pertanian, pengeluaran makanan dikendalikan secara kecilkecilan. Pengeluaran makanan secara besar-besaran semasa Revolusi Pertanian berlaku kerana; Yang pertama, perubahan dalam sistem penggunaan dan pemilikan tanah. Yang kedua, penggunaan kaedah atau teknik saintifik yang merangkumi penanaman yang efisien, penggunaan peralatan baru, dan penggunaan baja. Yang ketiga, kaedah pemasaran produk pertanian secara meluas dan berkesan. a. Pemilikan tanah persendirian. Sebelum Revolusi Pertanian terdapat dua sistem pemilikan tanah iaitu sistem pemilikan tanah persendirian, dan sistem pemilikan tanah awam. Tanah milik persendirian dipunyai oleh golongan kaya. Tanah awam pula sebenarnya, adalah juga tanah yang dimiliki oleh orang perseorangan. Namun, rakyat biasa di Britain, diizinkan mengikut adat kebiasaan menggunakan tanah awam ini. Tanah tersebut mungkin digunakan untuk bercucuk tanam secara kecil-kecilan, memelihara ternakan, serta memburu binatang atau memancing di tempat terdapatnya sungai ataupun tasik. Dalam masyarakat lama, penggunaan tanah awam secara beramai-ramai tidaklah merupakan satu masalah. Malah amalan tersebut juga mempunyai fungsi sosial kerana amalan ini memberi peluang
SMK Abaka, Tawau

Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat

BAB 9 (TING 4) hlm/ 12 kepada orang biasa untuk menampung kehidupan harian mereka. Walau bagaimanapun, dalam keadaan negara Britain menghadapi pertambahan penduduk, hasil pertanian perlulah dipertingkatkan. Oleh sebab itu, tuan-tuan tanah yang dahulunya membiarkan sahaja tanah mereka digunakan oleh rakyat, kini, mahu memanfaatkan tanah awam tersebut bagi tujuan pengeluaran pertanian secara besar-besaran. Lagipun, pada masa ini, iaitu pada abad ke-18, harga gandum kian meningkat. Ekoran itu, terdapat usaha daripada pihak tuan tanah untuk memagari tanah awam tersebut. Tuan-tuan tanah telah mendapatkan kelulusan daripada Parlimen bagi menguatkuasakan proses tersebut. Antara tahun 1761 hingga 1792 hampir 500,000 ekar tanah telah dipagari melalui Akta Pemagaran Tanah. Terdapat beberapa implikasi penting daripada peristiwa ini. Pertama, kini tersedia kawasan yang lebih luas untuk digunakan bagi penanaman secara besar-besaran. Kawasan pertanian ini dinamakan ladang. Kedua, rakyat biasa yang dahulunya bergantung pada tanah awam untuk menampung kehidupan mereka, telah kehilangan punca rezeki. Ini menunjukkan yang sesuatu perubahan itu tentu ada kos sosialnya. Walau bagaimanapun, permasalahan yang timbul juga ada penyelesaiannya iaitu, golongan petani kecil-kecilan ini menjadi sebahagian daripada buruh ladang. Kemudian, apabila Revolusi Perindustrian di Britain, mereka berhijrah ke kawasan bandar dan menjadi buruh kilang. Revolusi Pertanian di Britain tersebut dapat memberikan beberapa pengajaran kepada masyarakat hari ini. Pertama, kegiatan pertanian sepatutnya dikendalikan secara besar-besaran bagi memaksimumkan keuntungan. Kedua, sesuatu kemajuan itu pasti akan mengakibatkan perubahan sosial. Perubahan sosial tersebut haruslah diterima dan ditangani dengan saksama serta dicari penyelesaiannya.

b. Kaedah dan ciptaan baru dalam pertanian. Kaedah dan ciptaan baru pertanian juga membolehkan Revolusi Pertanian berlaku. Kaedah dan ciptaan peralatan baru membolehkan penanaman dilakukan secara lebih efisien dan produk dihasilkan dengan lebih lumayan. Satu kaedah baru yang digunakan ialah penanaman secara bergilir. Mengikut kaedah ini, sesuatu bidang tanah digunakan secara berterusan sepanjang tahun dengan menanam jenis tanaman yang berbeza mengikut musim. Oleh sebab tanaman yang berbeza itu, menggunakan nutrien tanah yang berbeza juga, maka, semua tanaman dapat tumbuh dengan subur. Dengan ini, tidak ada tanah yang perlu ditinggalkan kosong seperti sebelumnya. Selain itu, tanaman baru turut diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang.
Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

BAB 9 (TING 4) hlm/ 13 Dari segi peralatan, terdapat alat yang dicipta oleh Jethro Tull untuk kegunaan menggali dan menugal. Alat ini telah membolehkan banyak lubang digali secara serentak. Hal ini membolehkan penugalan dan penanaman biji benih dilakukan dengan lebih pantas.

c.

Pertanian komersial. Baja asli juga mula digunakan secara meluas dan ini menjadikan tanaman lebih subur dan hasil pertanian bertambah. Peningkatan kuantiti dan kualiti hasil pertanian telah membawa kepada lebihan produk. Maksudnya, setelah para peladang menggunakan produk yang dihasilkan itu untuk keperluan harian mereka, masih terdapat bakinya. Oleh itu, baki atau lebihan tersebut telah diperdagangkan. Nyatakan perubahan-perubahan yang berlaku semasa Revolusi Perindustrian dalam aspek-aspek berikut: (Rujuk Buku Teks m.s:230-233) Salah satu sumbangan Revolusi Pertanian terhadap pertumbuhan dan perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain adalah dari segi penyediaan modal. Para peladang yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan modal mereka dalam bidang perindustrian. Kesediaan mereka untuk melabur ini menggambarkan perubahan sikap iaitu, sanggup mengambil risiko untuk melaburkan modal dalam bidang baru yang belum pasti menjanjikan pulangan. Revolusi Pertanian juga menyediakan bahan makanan untuk menampung permintaan dan keperluan para pekerja kilang yang kian meningkat. Dengan bekalan makanan ini Britain tidak perlu terlalu bergantung pada pengimportan bahan tersebut. Dana yang diselamatkan itu dapat dilaburkan bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan industri di dalam negara. Inilah sebabnya mengapa Revolusi Pertanian dikatakan telah menyediakan asas bagi pencetusan Revolusi Perindustrian di Britain. Namun begitu, terdapat juga faktor-faktor lain yang memainkan peranan masing-masing dalam percetusan dan perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain. Antara faktor tersebut ialah rekaan dalam bidang sains dan teknologi serta semangat dan kegiatan keusahawanan. Gabungan antara kedua-dua faktor ini, dapat dikesan daripada kegiatan James Watt dan Boulton.

6.

a.

Peralihan daripada industri desa kepada perkilangan. Kegiatan pertanian banyak berubah setelah terdapatnya kaedah dan ciptaan baru. Hal yang sedemikian juga berlaku dalam bidang perindustrian. Sebelum Revolusi Perindustrian, produk atau barangan telah dihasilkan secara
SMK Abaka, Tawau

Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat

BAB 9 (TING 4) hlm/ 14 kecil-kecilan dengan menggunakan tenaga manusia. Apabila terdapat kaedah dan ciptaan baru atau mesin, maka, pengeluaran barangan telah dihasilkan secara besar-besaran melebihi paras keperluan pengusaha itu sendiri. Lebihan produk yang dihasilkan dengan perantaraan penggunaan mesin telah diperdagangkan atau dikomersialkan. Revolusi Perindustrian merangkumi perubahan dalam teknik pengeluaran, skala pengeluaran yang bertambah besar dan aktiviti mengkomersialkan barangan yang dihasilkan.

b. Pengkhususan pengeluaran. Pembelian mesin memerlukan pelaburan modal yang tinggi. Oleh itu, untuk mengawal kos, para pemodal tidak dapat melibatkan kegiatan industri mereka dalam banyak bidang. Ini mendorong mereka untuk menjurus atau mengkhusus dalam satu bidang sahaja, misalnya, bidang tekstil. Pengkhususan kerja ini juga mendatangkan faedah yang tersendiri kerana para majikan dan pekerja menjadi kian mahir dan dapat menimba pengalaman untuk membaiki prestasi masing-masing dalam bidang yang dipilih. Impaknya, kuantiti dan kualiti barang dapat dipertingkatkan. Apabila kuantiti produk industri dipertingkatkan, maka, produk tersebut dapat dipasarkan secara meluas bukan hanya di dalam negeri tetapi juga di luar negara. c. Penggunaan teknologi. Sebelum teknologi baru diperkenalkan, peralatan bagi aktiviti pengeluaran dikendalikan dengan menggunakan tenaga manusia, binatang atau air. Misalnya, sebelum enjin berkuasa wap digunakan untuk memacu bot, tenaga manusia digunakan untuk mendayungnya. Di darat, tenaga kuda digunakan untuk menarik gerabak. Manusia dan binatang mengalami kepenatan yang mengakibatkan kerja atau tugasnya tidak boleh dikendalikan secara berterusan. Apabila mesin berkuasa wap digunakan untuk memacu kenderaan sama ada di perairan atau di daratan, masalah keletihan dapat diatasi. Ini bermakna apabila para pengusaha menggunakan mesin, barangan dapat dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak. Dengan itu, kos pengeluaran setiap barangan menjadi murah. Apabila harga barangan menjadi murah, barangan tersebut mudah dipasarkan kepada masyarakat umum termasuklah golongan masyarakat yang tidak mempunyai kuasa beli yang tinggi. Selain itu, ia juga boleh dikomersialkan pada peringkat antarabangsa. Apabila sesuatu barangan dapat menembusi pasaran antarabangsa, para usahawan boleh mendapatkan keuntungan yang lumayan. Dengan keuntungan tersebut, para usahawan bukan sahaja dapat menampung segala kos pelaburannya, tetapi juga boleh menggunakan sebahagian daripada keuntungan
Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

BAB 9 (TING 4) hlm/ 15 itu untuk mempertingkatkan lagi aktiviti pengeluaran dan perdagangan mereka. Pelbagai mesin yang direka pada zaman Revolusi Perindustrian untuk mempertingkatkan pengeluaran dihasilkan melalui kajian dan kreativiti para ahli teknologi dan saintis. Salah satu sumber tenaga awal ialah tenaga wap. Penghasilan tenaga wap ini telah dipermudahkan dengan proses pembakaran arang batu. Dalam aspek ini, Britain beruntung kerana mempunyai sumber atau bekalan arang batu yang banyak. Kepentingan arang batu pada peringkat permulaan Revolusi Perindustrian bolehlah dibandingkan dengan kepentingan minyak pada zaman sekarang. Namun begitu, arang batu hanya dapat dilombong atau digali dengan mudah dan efisien apabila terdapat rekaan peralatan yang lebih moden dan sesuai. Mesin tersebut direka oleh John Newcomen yang juga memanfaatkan tenaga wap hasil pembakaran arang batu. Maksudnya satu perubahan boleh mendatangkan atau mengakibatkan beberapa perubahan lain. Penggunaan kuasa wap amat membantu perkembangan sistem pengangkutan. Sistem pengangkutan yang penting dan berkesan semasa permulaan industri ialah kereta api dan kapal laut. Jentera atau enjin yang mengendalikan kereta api dan kapal laut menggunakan tenaga wap yang dihasilkan daripada pembakaran arang batu. Hari ini, jentera yang mengendalikan kereta api dan kapal laut menggunakan tenaga yang dihasilkan daripada pembakaran petrol.

7.

Jelaskan kesan-kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian dalam aspek-aspek berikut: (Rujuk Buku Teks m.s: 234-236) Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian telah membawa perubahan yang besar kepada masyarakat Eropah terutamanya di Britain. Kemajuan yang pesat dalam bidang pertanian membolehkan bidang ini menjadi punca ekonomi negara. Kemajuan dalam bidang perindustrian pula memperlihatkan peningkatan perdagangan antarabangsa, kemajuan, dan perubahan besar dalam bidang pengangkutan, di samping memperlihatkan kemunculan golongan buruh dan majikan serta perkembangan Eropah menjadi kuasa yang kuat dan kaya. a. Pertanian sebagai punca ekonomi. Kegiatan pertanian telah dikomersialkan dengan menumpu kepada penanaman bijirin seperti gandum, rye, jagung, dan sebagainya. Lebihan produk pertanian telah dieksport dan ini membolehkan para peladang besar menjadi pedagang antarabangsa. Revolusi Pertanian juga menyediakan makanan yang cukup dan tenaga buruh
SMK Abaka, Tawau

Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat

BAB 9 (TING 4) hlm/ 16 yang banyak untuk perkembangan perindustrian. Jelaslah, pertanian merupakan punca ekonomi bagi masyarakat Britain pada masa itu. Apabila Revolusi Perindustrian tercetus, beberapa kesan atau perubahan lain berlaku dalam bidang sosial dan ekonomi. Kegiatan pembuatan dan pengilangan mula menggantikan kegiatan pertanian sebagai bidang utama ekonomi negara. Semakin ramai rakyat Britain terlibat sebagai pekerja atau buruh industri berbanding buruh pertanian. Jadi, perindustrian menjadi punca ekonomi baru dan penting kepada pelbagai lapisan rakyat Britain. Seiring dengan perubahan ekonomi ini, terdapat juga perubahan sosial. Misalnya, kedudukan tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat telah diganti oleh para pengusaha dan pemilik kilang.

b. Peningkatan perdagangan antarabangsa. Lebihan produk hasil daripada Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian tidak dapat dipasarkan semuanya di dalam negara. Oleh itu, produk tersebut terpaksalah diperdagangkan pada peringkat antarabangsa dan keuntungan dapat dimaksimumkan. Britain dapat mengendalikan aktiviti perdagangan antarabangsa ini dengan agak mudah kerana ia merupakan negara penjajah yang utama serta kuasa maritim yang ulung pada abad ke-18 dan ke-19. Perdagangan antarabangsa mempunyai dua komponen yang penting dan saling melengkapi, iaitu eksport dan import. Dalam pada itu, bagi membolehkan industri Britain berkembang maju, negara ini memerlukan bahan mentah yang banyak dan berterusan. Bagi menampung keperluan perdagangan import-eksport ini, sistem pengangkutan dalam negara dan antarabangsa perlulah dipertingkatkan dan diperkembangkan. Selain itu, Britain juga mengeksport modal ke seberang laut untuk kegiatan ekonomi. Pada masa yang sama sumbangan sektor pertanian berkurangan. c. Kemajuan bidang pengangkutan. Pada peringkat awal, pengangkutan domestik di Britain bergantung pada kereta kuda dan baj. Bagi memudahkan perjalanan darat, sistem pembikinan jalan raya telah dibaiki dari masa ke masa. Oleh sebab baj digunakan, maka, kilangkilang awal di Britain berhampiran dengan sungai dan sistem perairan atau terusan. Walau bagaimanapun, perubahan besar dalam sistem pengangkutan domestik berlaku dengan rekaan dan penggunaan kereta api. Dengan rekaan enjin berkuasa wap, gerabak boleh dipacu dengan lebih laju dan enjin juga boleh
SMK Abaka, Tawau

Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat

BAB 9 (TING 4) hlm/ 17 menarik lebih banyak gerabak bagi mengangkut barangan dan pekerja kilang. Pada mulanya, rel kereta api diperbuat daripada kayu, kemudian daripada besi dan selepas itu daripada keluli. Para pemodal yang berwawasan telah melabur dalam sektor ini dan akhirnya mendapat keuntungan yang besar. Kejayaan sektor ini mencerminkan kepada kita peri perlunya kombinasi antara ketangkasan rekaan dalam bidang teknologi dengan kecekalan dalam bidang pelaburan modal. Sekiranya sistem pengangkutan darat direvolusikan oleh kemunculan kereta api, sistem pengangkutan laut pula direvolusikan oleh kemunculan dan penggunaan kapal laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap. Revolusi pengangkutan yang dicerminkan oleh kereta api dan kapal berkuasa wap ini membuktikan betapa luas dan dinamiknya kesan rekaan enjin berkuasa wap.

d. Kemunculan golongan buruh dan majikan. Setelah munculnya sistem ekonomi skala besar atau komersial dalam bidang pertanian dan perindustrian, golongan rakyat yang bekerja sendiri kian berkurangan. Sebaliknya, muncul golongan rakyat yang bekerja sebagai buruh ladang untuk tuan tanah dan buruh kilang untuk mengendalikan mesin-mesin. Penggunaan mesin memerlukan pembinaan kilang. Jadi, Revolusi Perindustrian telah memperkenalkan sistem perkilangan. Pada peringkat awal, kilang yang paling banyak ialah kilang tekstil. Pada peringkat awal Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian, golongan buruh tidak mendapat layanan atau pembelaan yang sewajarnya. Di samping itu, golongan pekerja atau golongan bawahan ini tidak dapat menyesuaikan diri mereka secara mudah dengan perubahan sosial dan ekonomi yang berlaku. Misalnya, selepas mesin membuat stoking, renda dan bahan pakaian lain tercipta, kemahiran para penenun dan tukang jahit tradisional tidak lagi diperlukan. Apabila berdepan dengan keadaan yang mencabar sebegitu, sebahagian daripada para pekerja mahir ini telah memprotes dan memusnahkan mesin-mesin pemidang yang digunakan dalam pembuatan stoking dan renda. Salah satu kegiatan memprotes begini pada awal abad ke-19 dikenali sebagai Pergerakan Luddite. Namun, lama-kelamaan semua pihak mula sedar bahawa penggunaan mesin dalam industri pembuatan tidak lagi dapat disekat. Seterusnya, dari masa ke masa mesin yg lebih besar dan kompleks kian bertambah hinggalah ke hari ini. Pada permulaan zaman Revolusi Perindustrian terdapat Akta Antipenggabungan (Anti-Combination Act) yang melarang para pekerja daripada bergabung dan bermuafakat atau menjalankan sebarang tindakan bagi mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik daripada majikan mereka.
Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

BAB 9 (TING 4) hlm/ 18 Sekiranya pekerja didapati melanggar peraturan tersebut, mereka boleh dikenakan hukuman berat oleh pemerintah. Larangan ini menyulitkan para pekerja kerana tidak semua majikan bersikap timbang rasa kepada para pekerja mereka. Pada masa ini kanak-kanak di bawah umur 10 tahun sering dieksploit di kilang tekstil dan di lombong arang batu. Masa bekerja sering melebihi 10 jam sehari. Pada zaman itu, majikan yang terpengaruh dengan falsafah dan sistem ekonomi bebas, berkeras agar campur tangan kerajaan dihindarkan daripada kegiatan ekonomi. Bagi mereka paras gaji serta amalan perburuhan harus ditentukan oleh faktor permintaan dan penawaran semata-mata. W.b.p, keadaan perburuhan kian bertambah baik apabila terdapatnya peningkatan kesedaran tentang hal ini di kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Pada tahun 1824, Akta Anti-penggabungan dimansuhkan dan penubuhan Kesatuan Sekerja telah diizinkan. Kemudian, pada dekad-dekad yang berikutnya, pelbagai akta telah diluluskan oleh parlimen demi memastikan kesejahteraan pekerja turut terbela. Dengan itu, para majikan tidak boleh lagi bertindak sewenang-wenangnya demi memburu keuntungan semata-mata.

Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat; Memahami perkembangan imperialisme Barat di Asia Aras 1 Menyatakan maksud imperialisme Menyatakan faktor-faktor imperialisme Barat ke Asia Menyenaraikan kesan-kesan imperialisme Barat ke Asia Tenggara Aras 2 Menjelaskan dengan contoh faktor imperialisme Barat ke Asia Mengklasifikasikan kesan-kesan imperialisme Barat ke atas Asia Tenggara Aras 3 Merasionalkan keistimewaan Asia yang menjadi tarikan imperialis Barat Menjustifikasi pendapat Barat yang menyatakan bahawa imperialisme sebagai beban orang putih dan tugas menyebarkan tamadun
Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

BAB 9 (TING 4) hlm/ 19

. Secara ringkas imperialisme boleh diertikan sebagai penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara lain yang lebih lemah. Penguasaan ini bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik dan ekonomi. Fenomena sebegini berlaku dari zaman awal Eropah, semenjak zaman Rom. Pada abad ke-15 dan ke-16, kuasa seperti Sepanyol dan Portugal telah menakluk daerah di Asia dan Amerika Latin. Kegiatan ini berlaku dengan lebih rancak lagi selepas Revolusi Perindustrian di Eropah. Pengeksploitan ini w.b.p turut membawa suatu unsur yang baru. Sebelum zaman Revolusi Perindustrian, ekonomi negara di luar Eropah yang dijajah tidak distrukturkan untuk memenuhi kehendak ekonomi negara penjajah. Umumnya, kuasa-kuasa Barat berminat untuk mendapatkan bahan seperti rempah ratus, emas dan perak sahaja. Sebaliknya, pada zaman Revolusi Perindustrian negara seperti Britain, kemudian Belanda dan negara Eropah lain mempunyai matlamat atau dasar untuk mengubah ekonomi negara yang dijajah supaya secocok dengan keperluan perindustrian mereka. Sebenarnya negara penjajah mahu mendapatkan bahan mentah yang sesuai dan dalam kuantiti yang banyak serta secara berterusan daripada tanah jajahan. Oleh itu, struktur ekonomi di daerah yang dijajah diubah bagi menghasilkan bahan mentah secara komersial. Oleh itu, penjajahan pada Zaman Revolusi Perindustrian juga diistilahkan sebagai Imperialisme Baru.

8.

a.

Huraikan faktor-faktor yang mendorong kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Asia. (Rujuk Buku Teks m.s: 237-239) Selain matlamat untuk mendapatkan bahan mentah negara perindustrian Barat menjelajah Afrika dan Asia untuk mendapatkan pasaran bagi hasil pengeluaran industri masing-masing. Oleh sebab Britain merupakan negara perindustrian dan kuasa maritim yang terulung pada masa itu, Britain telah mendahului negara-negara Eropah yang lain. W.b.p, setelah Revolusi Perindustrian merebak ke benua Eropah, negara spt Jerman, Belanda, Perancis, dan Itali juga telah menjadi kuasa imperialis. Revolusi pengangkutan yg berlaku dengan kewujudan sistem jalan kereta api dan ciptaan kapal wap telah memudahkan perhubungan dan mempercepat perjalanan. Hasil drp revolusi ini, negara Eropah yg mempunyai teknologi yg
SMK Abaka, Tawau

Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat

BAB 9 (TING 4) hlm/ 20 jauh melebihi negara di Asia dan Afrika, telah saling berlumba antara satu sama lain utk mendapatkan daerah masing-masing di Asia dan Afrika. Lagi pun dlm kes Britain, misalnya, menjelang tahun 1830 saingan drp negara Eropah dan Amerika Syarikat kian kritikal kerana negara-negara tersebut melindungi industri mereka dgn peraturan tarif masing-masing. Jadi, Britain terpaksa mencari pasaran di Asia dan Afrika memandangkan barangan Britain tidak lagi dapat dieksport ke Amerika dan Eropah secara mudah spt dahulu. Selain faktor ekonomi terdapat juga beberapa faktor lain antaranya; terdapat di kalangan ahli masyarakat Barat yang berhasrat untuk menyebarkan pengaruh tamadun dan agama mereka ke seberang laut. Di samping itu, wujud semangat perlumbaan di kalangan negara Barat untuk saling mengatasi antara satu sama lain dalam kegiatan menakluk kawasan atau daerah di luar Eropah. Malah, menurut sesetengah pandangan, kuasa Barat seolah-olah menganggap pemilikan tanah jajahan sebagai satu status atau simbol yang menandakan bahawa mereka sudah menjadi sebuah kuasa yang kuat. Orang-orang Eropah juga menganggap usaha mengembangkan tamadun mereka di luar Eropah sebagai tanggungjawab mereka. Inilah yang disebut oleh orang Inggeris sebagai the white man's burden, oleh orang Perancis sebagai mission civilisatrice, oleh orang Jerman sebagai tugas menyebarkan budaya dan oleh orang Amerika sebagai the blessings of the Anglo-Saxon protection.

b. Jelaskan kesan-kesan imperialisme terhadap Asia Tenggara. Kesan kedatangan Barat ke Asia Tenggara boleh dikategorikan kepada kesan politik, ekonomi, sosial dan tamadun. Dari segi politik, sistem pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara mengalami perubahan yang drastik. Dalam banyak kes, para pemerintah tempatan terpaksa menerima para penasihat dan pentadbir dari Barat. Sistem politik termasuk perundangan peribumi telah diubahsuai atau ditukar agar menyerupai sistem Barat. Persaingan kuasa-kuasa Barat berlaku di Asia. Oleh itu, kuasa Inggeris telah campur tangan di Tanah Melayu, Burma, India dan China. Kepulauan Melayu telah dipecah perintah akibat kedatangan kuasa Barat, iaitu Inggeris di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia. Selain itu, Perancis yang menjadi saingan Britain telah menjajah Indo China (Laos, Vietnam dan Kemboja) dan Amerika pula menduduki Filipina. Kegiatan ekonomi peribumi telah distrukturkan agar dpt memberi manfaat kpd ekonomi negara metropolitan. Misalnya, di Tanah Melayu, kegiatan
Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat SMK Abaka, Tawau

BAB 9 (TING 4) hlm/ 21 penanaman getah dan pelombongan bijih tlh dikomersialkan bagi memastikan bahan tersebut dpt dibekalkan utk memenuhi keperluan industri di Britain. Dengan pertapakan Barat terhadap Tanah Melayu, sistem pendidikan Inggeris telah diperkenalkan. Walau bagaimanapun, sistem pendidikan tersebut tidaklah disebarkan secara meluas dan berkesan. Sistem tersebut hanya terhad di kawasan bandar dan dikhususkan untuk memberikan pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir rendahan bagi keperluan pentadbiran British. Kepincangan dan ketidaksempurnaan sistem pendidikan ini kemudiannya terpaksa dibaiki oleh kerajaan peribumi yang berkuasa selepas merdeka. Kuasa Barat juga bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja bagi keperluan kegiatan ekonomi komersial mereka. Dasar ini telah membawa perubahan kepada demografi dan komposisi etnik di banyak negara yang dijajah oleh kuasa Barat. Walau bagaimanapun, kuasa penjajah tidak mengendalikan sesuatu dasar yang ketara atau terancang bagi mengharmonikan hubungan antara kaum semasa pemerintahan mereka. Sekali lagi tugas untuk merangsang dan menjalin hubungan baik di kalangan pelbagai kaum telah terpaksa dipikul oleh pemerintah peribumi selepas merdeka. Kesan dan permasalahan yang telah ditinggalkan oleh kuasa penjajah inilah yang perlu disedari sepenuhnya oleh generasi kini dan akan datang. Kesedaran ini tentunya akan mendorong seseorang itu untuk memahami situasi negara selepas penjajahan secara lebih menyeluruh. Kita dengan sendirinya akan dapat menyanjung tinggi pelbagai tindakan dalam pelbagai bidang yang terpaksa dilakukan oleh pemerintah peribumi selepas merdeka. Dengan itu, agenda kerajaan untuk membaiki keadaan rakyat dan masyarakat akan dapat difahami dan dihayati dengan lebih baik lagi. Sekiranya ini dilakukan, tentulah mudah bagi generasi kini dan akan datang untuk turut memberikan sumbangan positif demi kebaikan dan kemajuan bangsa dan negara. Sumbangan sedemikian seharusnya dilakukan secara bertungkus-lumus dan berterusan dalam apa-apa jua lapangan kehidupan. Apakah nilai yang dapat kita pelajari daripada semangat penjelajahan kuasa Barat? (Rujuk Buku Teks m.s: 240) Bab ini dengan jelas menunjukkan bagaimana orang dan kuasa Barat dengan semangat inkuiri, sifat kepercayaan diri, keghairahan menjelajah, idea yang imaginatif, kegiatan yang inovatif, kegigihan dalam keusahawanan, serta komitmen yang tinggi telah berjaya membawa Eropah keluar daripada Zaman Gelap. Pihak berkuasa negara dan rakyat secara bersama dan berterusan melanjutkan agenda mereka demi mencapai objektif masyarakat dan negara. Golongan
SMK Abaka, Tawau

9.

Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat

BAB 9 (TING 4) hlm/ 22 rakyat termasuklah para pelaut, pengembara, intelektual, seniman, saintis, pereka, pemodal, usahawan, petani dan pekerja. Setelah bersama-sama mengatasi Zaman Gelap, merentasi dekad Renaissance, melalui era penjelajahan, mencapai kemajuan ilmu, mengendalikan perkembangan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian, mereka telah melonjakkan negara-negara Eropah menjadi kuasa imperialis. Berabad lamanya dunia Barat mendominasi sebahagian besar dunia moden. Dengan itu, mereka bukan hanya telah membawa perubahan besar kepada masyarakat mereka sendiri, tetapi juga mengeksport perubahan tersebut ke kawasan di seberang laut. Pada suatu masa dahulu Lautan Atlantik yang luas dan tidak diteroka merupakan halangan kepada kegiatan pelayaran dan pengembaraan orang Eropah. Namun, setelah diterokai, lautan tersebut telah bertukar menjadi laluan atau jambatan bagi jalan pelayaran mereka ke dunia luar. Pada satu masa dahulu mereka meminjam ilmu daripada dunia Islam dan tertinggal dalam beraneka lapangan, tetapi setelah menguasai pelbagai ilmu, mereka pula meninggalkan golongan lain.

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, hawa nafsu yang tidak merasa kenyang dan daripada doa yang tidak dimakbulkan.

Hayadi bin Guliling dan Junaidah Ahmat

SMK Abaka, Tawau

You might also like