Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
46Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Apa Itu 5r Complete)

Apa Itu 5r Complete)

Ratings: (0)|Views: 2,950 |Likes:
Published by Mohd Zulkarnain
apa itu 5r?
apa itu 5r?

More info:

Published by: Mohd Zulkarnain on Oct 31, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/01/2013

pdf

text

original

 
Apa itu 5r Ramai yang tidak mengetahui apa itu 5r. Adakah rakyat di Malaysia tahu betapa pentingnya 5r itu untuk menyelamatkan alam sekitar. 5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula),‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan).Tahap kesedaran rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan bagi membolehkan rakyat Malaysiamembantu dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah sejajar dengan pertumbuhan penduduk di negara ini. Oleh itu rakyat Malaysia disarankan agar dapatmengamalkan sikap 5R ini bagi membantu mengurangkan penggunaan sumber asli secaralebih berkesan. Penerapan konsep 5R dalam mempromosikan amalan gaya hidup lestarimemberi cabaran yang amat besar sekiranya semua golongan dari pelbagai peringkat tidakdigembling. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan KerajaanTempatan(KPKT) pada tahun 2007, lebih 15,000 tan sampah dihasilkan di Malaysia pada setiaphari dan ianya meningkat dari tahun ke tahun. Bagaimana fenomena ini boleh terjadi.Jawapannya mudah, iaitu masyarakat Malaysia tidak mengamalkan konsep 5R dalamkehidupan seharian. Justeru itu diharap dengan mempromosikan amalan gaya hidup lestariyang menekankan konsep 5R dikalangan masyarakat dapat memupuk generasi baru mahupunakan datang tentang peri pentingnya menjaga alam sekitar demi kelangsungan hidup generasiyang berikutnya.Hidup dikelilingi sampah memang memualkan dan tidak menyenangkan. Tetapi kita perlumenerima hakikat bahawa hidup ini ‘diwarnai’ oleh beraneka jenis sampah. Pernahkah kitaterfikir, dengan jumlah sampah yang dihasilkan pada setiap hari ianya mampu untukmemenuhkan rumah kita. Oleh itu ingatlah konsep yang pertama iaitu ‘rethink’ ataupun fikir semula sebelum buang. Adalah penting bagi setiap individu untuk mengenal pasti bahan-bahanyang bakal dibuang itu mampu untuk dimanfaatkan untuk tujuan lain ataupun tidak. Sama adaianya dapat dikitar semula, diperbaiki atau digunakan semula. Kebanyakan rakyat Malaysiakurang berfikir apabila membuang sesuatu, adalah lebih baik membuang sahaja sampah kedalam tong sampah dan biarkan pihak yang memungut sampah itu meguruskan segala-galanya. Mentaliti seperti ini harus diubah bagi menggalakkan rakyat Malaysia khususnya lebihbertanggung jawab dalam memastikan alaman gaya hidup lestari dapat diamalkan secara lebihberkesan dan menyeluruh. Dengan adanya seidkit kesedaran iaitu fikir dulu sebelum buangianya sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengurangkan sampah yang bakal dibawa kepusat pelupusan sampah. Munculnya bertimbun-timbun sampah dalam kehidupan adalahdisebabkan oleh tindakan dan aktiviti manusia itu sendiri.
 
Selain itu ‘rethinkatau fikir semula bukan hanya terhad kepada fikir dulu sebelum buangsahaja, malah kita sebagai pengguna hendaklah bertindak untuk mengetahui dan mengambilkira bungkusan produk yang kita beli itu sama ada boleh dikitar semula, digunakan semula,dibaik pulih jika mengalami kerosakan. Oleh itu kita haruslah bijak dalam meneliti dan harussedar bahawa memilih bahan pembungkusan yang baik juga dapat membantu kita dalammengurangkan penghasilan sisa pepajal. Kefahaman dan kesedaran mengenai ini bolehdidapati melalui pembacaan seharian daripada majalah-majalah ataupun sumber lain sama adamedia cetak atau elektronik.Konsep ‘R’ kedua adalah ‘repair’ ataupun baik pulih di mana ia boleh diertikan sebagaimemeriksa dengan teliti untuk tujuan membaiki atau untuk memulihkan keadaan sesuatualat yang telah rosak. Bagi memastikan mengurangkan penggunaan sumber asli, adalahdisarankan pengguna membaik pulih alatan yang rosak dan hanya membuangnya di pusat-pusat kitar semula setelah kerosakan tidak dapat dibaiki sepenuhnya. Oleh itu kita sebagaipengguna bukan sahaja berperanan untuk memastikan barangan dapat dilupuskan secaraberkesan, malah penggunaan barangan atau alatan secara cermat dan efektif juga dapatmembantu mengurangkan pembuangan sisa pepejal ke persekitaran sekaligus dapatmengurangkan penggunaan sumber asli yang kian berkurang disebabkan oleh aktiviti manusiayang tidak terancang. Perabot rumah atau pejabat yang diperbuat daripada sumber asli iaitukayu adalah salah satu contoh alatan yang perlu digunakan dengan cermat dan sebaik mungkinkerana sumber ini semakain berkurang sepanjang tahun ekoran daripada permintaan yangtinggi dalam sektor pertukangan. Oleh itu kita adalah digalakkan untuk membaik pulih perabotyang rosak yang difikirkan masih boleh diperbaiki dan digunakan semula. Menurut
Food and  Agriculture Organization
of the United Nations (FAO), hutan-hutan di seluruh dunia berkurangansebanyak 12 juta hektar setiap tahun. Laporan FAO yang diterbitkan pada 2005 itu menyatakanbahawa purata kadar kehilangan hutan di Malaysia setiap tahun pada 1990an dianggarkansebanyak 237,000 hektar atau hanya 1.2% sahaja. Kadar kehilangan ini adalah berdasarkanperubahan pada perancangan guna-tanah, seiring dengan polisi polisi pembangunan Negara.Oleh itu dengan adanya penerapan konsep baik pulih ini di harap dapat mempromosikan lagiamalan gaya hidup lestari secara lebih berkesan dan mantap.Konsep ‘Ryang seterusnya adalah ‘reduce’ atau dalam bahasa Melayunya adalahmengurangkan. Kurang di sini membawa maksud mengurangkan penggunaan pelbagai sumber terutamanya sumber asli seperti kayu, petroleum serta kapas. Penggunaan sumber asli secaraberlebihan dalam aktiviti seharian memaksa sektor industri berkaitan mempertingkatkan
 
pengeluarannya bagi memenuhi permintaan pengguna di sesuatu tempat. Pernahkah andaterdengar tentang berkongsi kenderaan ke tempat kerja? Semestinya pernah bukan. KerajaanMalaysia telah lama menyarankan pengguna-pengguna kenderaan di Malaysia berkongsikenderaan ke tempat kerja atau ke mana sahaja di dalam destinasi yang sama. Cara ini bukansahaja dapat mengurangkan pelepasan gas beracun ke atmosfera yang dikeluarkan olehkenderaan bermotor malah ianya dapat membantu mengurangkan jumlah penggunaan petroldengan berkesan. Ianya bukan sahaja menjimatkan malah dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di Bandar-bandar besar terutamya Kuala Lumpur. Selain mengurangkan jumlahpenggunaan petroleum, satu lagi bahan yang kita perlu kurangkan penggunaannya adalahkertas. Sebagaimana yang diketahui umum, kertas diperbuat daripada sumber asli iaitu kayu.Terdapat beberapa langkah yang boleh dipraktikkan sejajar dengan perkembangan sains danteknologi kini, antaranya dengan menggunakan emel atau membuat salinan dalam komputer peribadi. Berdasarkan kepada statistik yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasidan Multimedia Malaysia, sehingga Jun 2007 sahaja rakyat Malaysia yang menggunakaninternet adalah sebanyak 14,904,000 orang yang mewakili 59.0% populasi penduduk Malaysia.Oleh itu kita percaya bahawa penggunaan emel menggantikan surat yang menggunakan kertasdalam tugas seharian sepatutnya tidak menjadi masalah kerana rata-rata penduduk Malaysiatahu bagaimana untuk mengendalikan dan menggunakan internet., Amalan gaya hidup lestaridapat dilaksanakan seandainya setiap lapisan masyarakat di Malaysia sedar betapa pentingnyamenjaga alam sekitar itu.‘Reuse’ atau guna semula adalah salah satu daripada konsep yang terkandung dalam 5R dimana ianya bererti menggunakan semula barangan atau alatan yang terbuang untukdimanfaatkan menjadi barangan lain seperti menjadikan tayar kenderaan yang telah lusuh ataurosak menjadi pasu bunga ataupun menjadikan botol plastik terbuang menjadi bekas meletakalat tulis. Kita sebagai pengguna haruslah meningkatkan daya kreativiti dalam menjadikansesuatu bahan itu lebih menarik untuk digunakan. Bagi penggemar muzik pula, terdapatbarangan yang boleh dijadikan sebagai alat muzik. Baldi lama, tong sampah yang pecah, botolkaca, kuali buruk, bekas hiasan plastik yang kemik dan botol air mineral biasanya dilonggokkandi luar kediaman atau kedai untuk dikutip oleh pengumpul bahan terbuang atau kitar semula.Tetapi percayakah anda bahawa bahan terbuang yang diibaratkan sebagai sampah dan tidakberguna ini mampu mengeluarkan alunan muzik yang indah didengari halwa telinga. Akhbar KOSMO! terbitan bulan Mac 2009 mendedahkan terdapat sebuah kumpulan yang digelar EcoDrum Circle (EDC) yang bernaung di bawah Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) sebuahkumpulan pemain drum yang menggunakan bahan-bahan kitar semula sebagai peralatan

Activity (46)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
RaMizah HaNun liked this
Danisha Anees liked this
Dxsuarr Ningsiih liked this
mala9981 liked this
Intan Zaharah liked this
deanzbandung8941 liked this
Ieka Tieqa liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->