You are on page 1of 2

ISL M2 Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan

Pertumbuhan perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu sifat perubahan yang dapat diukur sama ada mengikut peringkat dan ketentuan masa

Perkembangan Kanak-kanak

Perkembangan perubahan yang bersifat kualitatif iaitu perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang menunjukkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu

Perbezaan Antara Pertumbuhan dan Perkembangan Aspek Proses pertumbuhan (Perubahan kuantitatif) Tinggi, saiz, berat dan bilangan gigi bertambah Proses perkembangan (Perubahan kualitatif) Bertambah kemahiran menggunakan anggota spt mengangkat, berjalan, berlari dan melompat Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan. Menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan serta peranannya, kepentingan disiplin kumpulan serta penyesuaian dgn rakan sebaya. Berupaya menguasai perasaan dan mengawal perasaan ketika marah atau cemburu.

Jasmani

Mental

Berkembangnya keupayaan memikirkan tentang banyak perkara

Sosial

Mula berinteraksi dgn ahli-ahli bukan keluarga spt jiran, rakan sebaya dan guru.

Emosi

Tumbuhnya perasaan suka, duka, marah, sayang dan sebagainya.

ISL M2 Prinsip Asas Perkembangan Kanak-Kanak Prinsip asas perkembangan kanak-kanak dapat dibahagikan kepada 5 jenis: I. Berlaku Mengikut Aturan. Sebagai contohnya pada permulaannya seorang bayi pada mulanya boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak dan seterusnya diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan tanpa dipimpin. Perubahan Dalam Pertumbuhan Dan Perkembangan Beransur Daripada Keadaan Umum Kepada Yang Lebih Spesifik. Pertumbuhan secara lahiriahnya akan berlaku dari otot-otot yang besar dahulu sebelum berlakunya perkembangan ke otot-otot halus. Sebagai contohnya seorang bayi hanya mampu menggengam sesuatu objek dengan tangannya tanpa menggerakkan jari, namun setelah sekian lama dia mampu memegang sesuatu dengan jari-jemarinya seperti memegang sebutir kacang dengan jari telunjuk dan ibu jarinya. Berlaku Secara Berterusan. Ini bermakna perkembangan kanak-kanak adalah suatu proses yang berterusan selagi mereka hidup. Sebagai contoh sesuatu kemahiran asas pada waktu kecil akan menjadi suatu kemahiran yang lebih rumit dan kompleks di masa hadapan. Corak Dan Aturan Perkembangan Adalah Hampir Sama Tetapi Kadar Perkembangan Manusia Berbeza Untuk Setiap Individu. Ini kerana adanya perbezaan individu dalam setiap masyarakat walaupun mungkin mempunyai umur yang sama. Sebagai contohnya perkembangan kanak-kanak dari merangkak kepada berjalan. Mungkin ada sesetengah bayi dapat merangkak dalam 18 bulan, namun ada juga yang mengambil masa yang lebih lama. Ini semua bergantung kepada faktor baka dan persekitaran kanak-kanak tersebut. Hasil Interaksi Di Antara Kematangan Dan Pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudian berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha.

II.

III.

IV.

V.

You might also like