12009KAJIAN KES (SK PINJI)
ABSTRAK
Menurut Syed Abu Bakar (1997), pendidikan pemulihan adalah untuk kanak-kanakyang tidak kelihatan cacat tetapi mengalami kesulitan memperoleh kemahiran asasmembaca, menulis dan mengira. Di Malaysia pada tahun 70-an, beberapakebimbangan telah disuarakan oleh beberapa pihak berkenaan dengan permasalahanyang melibatkan kelemahan dalam menguasai kemahiran 3M ini. Beberapapenyelidikan telah dilakukan sehingga Kementerian Pendidikan menggubal danmenyusun semula kurikulum sekolah. Ini semua bagi tujuan untuk mengatasipermasalahan dalam menguasai kemahiran 3M. Kebanyakan murid yang mengalamimasalah ini banyak ketinggalan dari segi akademik disebabkan gagal mengikutipelajaran yang diajar di dalam kelas arus perdana. Pada kebiasaannya murid-muridpemulihan ini tidak jauh berbeza dengan murid-murid lain. Tetapi bila dari aspekpendidikan seperti pencapaian mereka bila membaca, menulis serta mengiraperbezaannya amat ketara sekali. Dan ada beberapa pendapat yang mengatakanmurid-murid ini boleh diketegorikan sebagai mundur atau murid lembam. Beberapafaktor boleh dikaitkan terjadi murid-murid lembam ini seperti intelektual, persekitaranserta pun disebabkan beberapa penyakit seperti autisme, disleksia dan sindrom down.Ciri-ciri yang boleh kita lihat dalam diri budak pemulihan atau lembam ialah pada tahapmereka sekarang iaitu pada umur 8 tahun mereka masih gagal dalam menguasai huruf-huruf dan menyebut suku kata. Walhal pada kajian yang pernah dibuat pada usia muridmenjangkau 8 tahun, murid sudah boleh membaca ayat-ayat mudah. Penampilanmurid-murid pemulihan ini juga boleh dibezakan seperti keadaan baju sekolah yangcomot dan tidak kemas. Manakala hasil tulisan murid-murid sukar untuk difahami danada juga yang mengalami masalah untuk mengenal huruf seperti huruf “b”, “d”, “p” dan“q”. Murid-murid ini sering terkeliru dalam membezakan huruf-huruf ini. Dari sebutanpula mereka tidak dapat menyebut huruf “r” dengan tepat. Ini dapat di buktikan melaluiujian diagnostik yang dijalankan kepada murid-murid ini. Pelbagai inisiatif yang bolehdiambil oleh orang di sekeliling bagi mengatasi serta membantu mereka untukmenguasai kemahiran 3M. Oleh itu masyarakat tidak harus mempertikaikan merekayang tergolong diantara murid pemulihan atau lembam ini. Kemahiran anak-anak padakebiasaannya adalah berbeza-beza mengikut kanak-kanak itu sendiri. Jika merekatidak cenderung dalam bidang pendidikan, mungkin terdapat kemahiran lain yang bolehdicungkil dalam diri murid ini.
MEMPERTINGKATKANKEMAHIRAN MURID YANGMUNDUR DAN LEMBAM