You are on page 1of 9

FAKTOR YANG DAPAT MEMBINA PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DAN STRATEGI-STRATEGI UNTUK MEMBINA PERSEKITARAN BILIK

DARJAH MESRA BUDAYA Persekitaran bilik darjah bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat dilihat dengan pancaindera semata-mata. Bilik darjah adalah satu tempat di mana murid-murid dan guru berinteraksi secara formal dan berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dalam interaksi tersebut. Proses pengajaran dan pembelajaran tersebut dilaksanakan dengan berbantukan peralatan dan persekitaran fizikal tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Mesra pula boleh didefinisikan sebagai satu perasaan yang

menggambarkan kegembiraan, keceriaan dan keselesaan yang wujud dalam interaksi sesama individu dalam sesebuah masyarakat. Budaya pula boleh didefinisikan sebagai satu amalan yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat. Jadi, persekitaran bilik darjah yang mesra budaya boleh difahamkan sebagai suatu persekitaran bilik darjah yang selesa, gembira dan ceria yang telah diwujudkan oleh guru melalui amalan dan perlakuan yang telah diterapkan dalam pengajaran guru tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya menjadi faktor keberkesanan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu seseorang guru haruslah bijak dalam mewujudkan sebuah persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Salah satu faktor yang dapat membina persekitaran bilik darjah mesra budaya ialah pengurusan persekitaran fizikal. Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik dan budaya. Konsep pengurusan fizikal harus ditekankan bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal malah hasil dari pengurusan persekitaran fizikal itu akan dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang

kondusif dan berkesan dengan mengambil kira aspek latar belakang budaya dan etnik masing-masing. Konsep pengurusan fizikal bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. Pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas daripada hanya kawalan bilik darjah dan peraturan. Hal ini termasuklah semua perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang guru untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran yang produktif. Menurut Woolfolk (200:437) menyatakan pengurusan bilik darjah adalah perlu untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif dan produktif. Pengurusan fizikal memaparkan sejauh mana guru memiliki sikap prihatin dan professional terhadap tugasnya sebagai pengurus bilik darjah. Guru perlu jelas bahawa bilik darjah adalah satu ekologi yang mempunyai sistemnya yang tersendiri yang mempunyai perkaitan dan pertatutan antara persekitaran fizikalnya dengan benda-benda bernyawa, iaitu guru dan murid. Manakala menurut kamus Dewan edisi keempat, persekitaran fizikal merujuk kepada persekitaran yang menjurus kepada perkara yang bukan kebendaan dan boleh dilihat secara terus. Suasana fizikal bilik darjah menjadi rangka yang akan menentukan keadaan pembelajaran, iaitu sama ada menggalakkan atau mengganggu pembelajaran. Oleh sebab itu. guru haruslah bijak mengawal dan mengendalikan kelas mereka. Perancangan dan

penyusunan fizikal bilik darjah melibatkan proses mengorganisasi, merancang dan menggunakan perkara-perkara yang berkaitan dengan penyusunan kerusi meja, tempat duduk murid, alat bantu mengajar, alat-alat pandang dengar, sudutsudut aktiviti dan pemeran, papan tulis dan pelbagai perabot lain dengan sempurna. Guru perlu mengambil inisiatif untuk menguruskan kelas mereka supaya ia dapat menggalakkan suasana yang kondusif dan mesra budaya.

Secara asasnya sesebuah bilik darjah itu perlulah mempunyai pelan lantai untuk bilik darjah, kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan adalah di tahap yang sesuai. Selain itu keselamatan murid juga mestilah terjamin semasa berada di dalam bilik darjah. Manakala ruang-ruang tambahan di dalam bilik darjah seperti ruang bacaan, ruang multimedia dan ruang-ruang hiasan adalah sebagai tambahan supaya sesebuah bilik darjah itu menjadi lebih selesa dan ceria. Membuat pelan lantai Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh guru adalah membuat satu pelan lantai. Tujuannya adalah untuk memudahkan guru untuk membuat susun atur perabot dan peralatan dalam bilik darjah. Melalui pelan lantai tersebut, guru akan mendapat gambaran awal tentang apa yang perlu ada di dalam bilik darjah dan bagaimana untuk membuat susun atur yang sesuai. Sebagai contoh, guru perlu membina satu bilik darjah yang mempunyai susun atur yang sesuai dengan keperluan semua murid dan mata pelajaran. Walaupun sesebuah bilik darjah tidak memiliki keluasan seperti sebuah rumah, tetapi adalah lebih baik seseorang guru menyediakan pelan pantai untuk bilik darjahnya. Seseorang guru boleh menyediakan pelan lantai dan

memaksimumkan ruang bilik darjah sebaik mungkin. Antaranya adalah dengan mengambil kira keluasan bilik darjah , susun atur perabot dan peralatan lain yang perlu disesuaikan dengan tahap kelas sama ada Tahap Satu atau Tahap Dua serta gaya pembelajaran. Guru perlu merancang susun atur ruang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan. Contohnya, bagi Tahap Satu, guru perlu merancang ruang pembelajaran yang berbeza-beza, iaitu ruang bacaan, ruang aktiviti melukis dan kraf tangan, ruang bercerita dan lakonan serta ruang bekerja dalam kumpulan. Guru boleh memilih ruang untuk aktiviti melukis dan kerja kraf tangan berdekatan dengan sink dan bakul sampah, manakala ruang untuk aktiviti berkumpulan perlu berjauhan dengan kumpulan murid yang sedang menjalani aktiviti pembelajaran kendiri. Pelan lantai bagi Tahap Dua adalah sedikt berbeza dengan Tahap Satu. Bagi murid-murid Tahap Dua, mereka lebih mampu mengawal diri dan sudah

mampu berdikari. Selain itu, ruang yang disediakan perlu juga mengambil kira unsur-unsur hubungan sosial murid dan pemupukan nilai-nilai perpaduan dan persefahaman antara pelbagai kaum. Menurut Woolfolk (2001), persekitaran bilik darjah yang melibatkan ruang, susun atur bilik darjah dan dimensi sosial mempengaruhi pembinaan budaya sesebuah bilik darjah. Semua faktor tersebut perlu diambil kira oleh guru semasa menyediakan pelan lantai bilik darjah. Aspek kebersihan, pengudaraan dan pencahayaan perlu dititikberatkan Aspek kebersihan juga perlu dititikberatkan dalam bilik darjah. Jika sesebuah bilik darjah itu bersih, ia akan dapat memberikan ketenangan kepada murid yang berada di dalam kelas. Kebersihan menjadi faktor utama kepada murid untuk berasa seronok dan selesa ketika mengikuti sesi pembelajaran. Guru boleh mendidik supaya murid-murid di dalam kelasnya menjaga kebersihan dengan membuat jadual giliran bertugas harian. Dengan itu, budaya menjaga kebersihan dapat diterapkan dalam diri murid-muridnya. Di kebanyakan sekolah, pertandingan bilik darjah bersih merupakan satu usaha yang baik untuk menggalakkan murid menjaga kebersihan bilik darjah masing-masing. Selain kebersihan bilik darjah, aspek pencahayaan dan pengudaraan juga memainkan peranan penting dalam bilik darjah. Guru-guru perlu memastikan sistem pencahayaan yang sesuai untuk menyediakan suasana yang selesa kepada murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan yang terlalu terang atau terlalu suram akan menimbulkan ketidakselesaan dan melemahkan minat murid untuk belajar. Begitu juga dengan sekiranya sistem pengudaraan tidak diberi perhatian oleh guru. Persekitaran bilik darjah perlu mendapat bekalan udara yang bersih dan segar. Tingkap-tingkap di bilik darjah yang tidak mempunyai pendingin hawa hendaklah dibuka bagi memastikan udara dari luar dapat memasuki ke bilik darjah. Keadaan ini akan mengelakkan sebarang jangkitan penyakit dan menjadikan murid berada dalam keadaan sihat dan selesa untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran.

Menyusun atur tempat duduk Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya. Sebagai contoh, guru menyusun tempat duduk antara murid melayu dengan murid

yang berbangsa cina. Oleh itu, murid melayu dapat belajar adat dan budaya masyarakat cina dan begitu juga sebaliknya. Sebagai cadangan guru boleh menyusun atur kedudukan tempat duduk murid seperti yang telah dicadangkan dalam pelan bilik darjah KBSR yang mana murid diletakkan dalam satu kumpulan. Oleh itu, guru boleh mempelbagaikan kelompok kumpulan tersebut dengan murid yang pelbagai. Pada masa yang sama, semasa menyusun tempat duduk murid, guru juga perlu mengambil kira keperluan murid. Guru perlu memastikan semua murid di bawah perhatiannya. Hal ini supaya mudah untuk guru bertindak sekiranya murid memerlukan bantuan daripadanya. Penyusunan kerusi juga perlu sesuai dengan jenis aktiviti yang akan dijalankan dan fleksibel. Dalam bilik darjah yang bercampur murid lelaki dan perempuan, penyusunan kerusi meja perlu mengelakkan daripada berlakunya kenakalan. Oleh itu, dicadangkan supaya kedudukan murid lelaki dan perempuan dicampur adukkan supaya masalah disiplin dapat dikurangkan. Walau bagaimanapun kedudukan murid-murid hendaklah menggalakkan mereka dapat berinteraksi bersama dalam sesuatu aktiviti kumpulan, bekerjasama pembelajaran berlaku. Menyusun perabot dan peralatan serta dapat bertolernsi semasa proses

Susunan perabot dan peralatan pengajaran pembelajaran juga perlu disesuaikan dengan suasana dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu memastikan perabot yang terdapat di dalam bilik darjah tidak

menyempitkanruang. Di samping itu, ruang penyimpanan barang yang disediakan memudahkan muriduntuk menyimpan barang-barang peribadi mereka. Sudut-sudut bacaan sebaik-baiknya diletakkan berdekatan dengan rak atau almari yang menyimpan buku. Kemudahan peralatan TMK (ICT) yang disediakan di dalam bilik darjah perlu diletak di sudut yang sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ruang dan sudut multimedia perlu disediakan Ruang dan sudut pembelajaran multimedia sesuai dengan perkembangan semasa yang mengutamakan pemikiran kreatif dan kritis. Kepelbagaian bahan yang terdiri daripada bahan teks, audio, imej, animasi, video dan media elektronik menjadikan proses belajar dalam kalangan murid lebih menarik dan menyeronokkan. Selain itu, alat-alat ICT serta alat pandang dengar disediakan di dalam bilik darjah. Sudut pembelajaran elektronik adalah penting di mana murid dari pelbagai latar belakang etnik dapat menggunakan perisian (software) yang disediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong-menolong serta toleransi. Guru perlu menggalakkan murid-murid berkongsi

menggunakannya serta menggalakkan murid meneroka dengan sendiri. Ia menggalakkan murid untuk menjadi lebih kretif dan berinovasi. Menghias bilik darjah Guru boleh memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan murid terhadap keadaan dan suasana bilik darjah mereka. Murid perlu diberikan kebebasan untuk menghias kelas mengikut kreativiti mereka sendiri. Dengan memberikan kebebasan kepada murid untuk memilih dan menentukan hiasan di bilik darjah

dapat memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan murid manakala kebebasan tersebut akan menyebabkan murid berasa mereka dipercayai dan dihargai. Murid akan bekerjasama untuk memberikan yang terbaik. Mereka akan berkongsi idea untuk menghias dan bekerjasama sesama mereka. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah aktiviti mengecat

dinding dengan melukis lukisan mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Ini adalah sesuai sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Dengan itu murid-murid didedahkan dengan kebudayaan masyarakat lain secara tidak langsung. Selain itu, hiasan-hiasan dinding dan ruangan bilik darjah untuk meningkatkan keceriaan bilik darjah boleh mencorakkan daya kreatif, inovatif dan menjadikan bilik darjah tempat belajar yang menarik minat murid. Meja pelajar yang kelihatan usang umpamanya boleh dihiasi untuk menjadikan ia lebih menarik dan tidak lagi kelihatan usang dan buruk. Murid juga akan berasa lebih selesa untuk menjalani proses belajar seharian di sekolah. Antara kebebasan yang boleh diberikan kepada murid untuk menghias kelas adalah seperti menyediakan sendiri jadual bertugas, menggantung langsir, menghias dinding dan papan kenyataan dengan info-info yang menarik dan lain-lain. Selain itu, guru juga boleh menyediakan ruangan hasil kerja murid agar murid rasa dihargai dan menjadi pemangkin untuk mereka berusaha lebih baik pada masa yang akan datang. Menyediakan sudut dan ruang bacaan Ruang-ruang di dalam kelas boleh dimanfaatkan dengan sebaiknya sekiranya guru tahu memanipulasikan ruangan tersebut dengan pengisian yang bermakna. Sebagai contoh mengadakan satu ruang bagi sudut bacaan. Bilik darjah juga sepatutnya menjadi tempat di mana berlakunya galakan budaya membaca dalam kalangan murid. Hal ini pernah disebut oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan bahawa guru perlu menyediakan pusat

literasi di dalam bilik darjah bagi membolehkan murid mencari maklumat dan menambah pengetahuan melalui aktiviti membaca. Guru boleh menyediakan beberapa bahan bacaan yang mempunyai ciriciri kebudayaan tempatan yang merangkumi semua kaum. Selain itu, guru boleh memberi kebebasan kepada murid untuk membawa bahan bacaan yang ilmiah untuk diletak di bahagian sudut bacaan. Selain itu juga, banyak lagi sudut-sudut pembelajaran yang boleh dibuat seperti sudut sejarah dan geografi. Melalui sudut-sudut ini, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat cintakan tanah air, dan menghargai keamanan negara. Guru boleh memberi kesedaran kepada murid bahawa pentingnya untuk bersatu padu antara satu sama lain untuk membentuk negara yang aman dan sejahtera. Selain aspek-aspek yang telah dinyatakan di atas, terdapat banyak lagi cara yang boleh digunakan oleh guru untuk memanipulasikan persekitaran fizikal bilik darjah agar dapat membentuk budaya yang positif. Bagi memupuk iklim bilk darjah yang progresif dan dinamis, nilai bilik darjah seperti kerajinan, ketekunan, daya usaha, menghargai masa, kecekapan belajar, kebersihan, tanggungjawab, kerjasama perlu dipupuk dan diamalkan di dalam bilik darjah. Di sampingan itu, tindakan yang boleh mendorong budaya membaca dalam kalangan murid ialah guru boleh menampal nota dan tugasan-tugasan yang dapat membantu murid menghafal dan mengingat fakta-fakta yang berkaitan dengan mata pelajaran seperti formula matematik, peta, gambar rajah dan rumus-rumus tatabahasa. Guru turut boleh menggantung kad-kad bacaan yang tertera perkataan atau nota-nota ringkas untuk menarik minat murid membaca atau menghafal. Kad-kad yang pelbagai warna dan bentuk dan digantung sesuai bagi kelas-kelas prasekolah dan Tahap Satu.

Kesimpulannya, sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah. Usaha dari segi perubahan pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan teknologi, infrastruktur dan perkakasan di sekolah seterusnya peranan dan tingkahlaku guru yang menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran, mengenalpasti perbezaan antara pelajar serta mempertingkatkan persekitaran fizikal bilik darjah harus dilaksanakan dengan berkesan supaya tidak ada lagi pelajar-pelajar yang akan tercicir dari arus pendidikan yang yang akan memberi impak kepada pembangunan negara. Peluang pendidikan yang sama rata perlu diambil kira.

You might also like