You are on page 1of 30

PERKONGSIAN DALAM PENDIDIKAN EDU 5077

Penglibatan Keluarga dalam Program &


DURASNITA BINTI ABDULLAH (GS39111) MASTER SAINS SOSIOLOGI PENDIDIKAN

HEAD START PROGRAM


Program ini mula ditubuhkan pada tahun 1965 dibawah Jabatan Kesihatan dan Perkhimatan Amerika Syarikat oleh President Lyndon B. Johnson selepas kemenangannya dalam pilihanraya. Dicipta dan diarahkan oleh Jule Sugerman pada 5 tahun pertama pembinaannya. Ia merupakan satu program membasmi kemiskinan untuk kanakkanak miskin berumur 3 hingga 5 tahun serta keluarga mereka. J., Ludwig, J., Miller, L., Malme, R., & Morse, J. (2014). Program ini menyediakan perkhidmatan yang komprehensif merangkumi pendidikan pra sekolah, perubatan, pergigian, penjagaan kesihatan mental, perkhidmatan pemakanan dan berusaha untuk membantu ibu bapa memupuk pembangunan anak mereka.
Head Start Impact Study Report. (2010)

Program ini pada asalnya hanya menawarkan sesi pada musim panas selama 6 minggu untuk kanak-kanak berusia 4 tahun daripada keluarga di bawah paras kemiskinan sebagai persediaan untuk ke sekolah, namun kini telah berubah ke 9 bulan sehingga setahun bagi kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun. Membantu prasekolah belajar membaca dan kemahiran matematik, meningkatkan sosial-emosi dan perkembangan kognitif kanak-kanak melalui peruntukan yang merangkumi pendidikan, kesihatan, nutrisi, sosial dan perkhidmatan lain untuk memastikan kanak-kanak dan keluarga menyertai program ini. Melibatkan ibu bapa dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak , mengenal huruf sehingga matlamat pekerjaan.
Head Start Impact Study Report. (2010)

Ia dikendalikan oleh penerima peruntukan dengan syarat mematuhi garis panduan program Head Start dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan berkesan kepada kanakkanak dan keluarga Pada peringkat awal, pentaksiran dilakukan kepada kanakkanak dan keluarga sebagai panduan untuk perkhidmatan yang diperlukan. Ujian berterusan pula diberikan kepada kanak-kanak untuk melihat perkembangan dan peningkatan bagi kualiti perkhidmatan secara individu kepada kanak-kanak terbabit didalam kelas
Head Start Impact Study Report. (2010)

Program ini menyediakan pelbagai perkhidmatan mengikut standard prestasi seperti yang dimandatkan dalam Head Start Program Performance Standards, iaitu:
Pembangunan kanak-kanak, pendidikan keibubapaan, pengurusan kes, penjagaan kesihatan dan rujukan juga sokongan keluarga. Program perkongsian dengan komuniti membekalkan perkhidmatan yang mengikut standard seperti nisbah kanak-kanak: dewasa di pusat jagaan atau latarbelakang akademik staf. Setiap program memerlukan pentaksiran berdasarkan keperluan yang bersesuaian dengan keluarga dalam komuniti. Jadual pembelajaran juga berubah mengikut kesesuaian masa sama ada separuh hari atau sepanjang hari. Terkini Head Start juga mula berkhidmat kepada kelompok etnik dan bangsa yang lebih minoriti berbanding sebelumnya kerana pertambahan bangsa dari Asia, Timur Tengah dan Kepulauan Caribbean. Head Start Impact Study Report. (2010)

4 pilihan perkhidmatan disediakan mengikut keperluan keluarga iaitu;


Berpengkalan di pusat- keluarga menghantar kanak-kanak ke pusat penjagaan dan terlibat dengan aktiviti-aktiviti lain di pusat jagaan . Ibu bapa mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam 2 lawatan ke rumah setiap tahun Berpengkalan di rumah- keluarga dan kanak-kanak menerima lawatan pekerja ke rumah setiap minggu dan terlibat sekurangkurangnya dua kali sebulan bagi aktiviti kumpulan sosial Pilihan keluarga dalam penjagaan kanak-kanak- perkhidmatan kepada kanak-kanak dan keluarga disediakan dalam suasana penjagaan kanak-kanak itu sendiri ( tempat kanak-kanak itu diasuh) Pilihan kombinasi program- pelbagai pilihan kombinasi pegkalan pusat dan juga lawatan ke rumah melalui program berpengkalan di rumah.

Penerima peruntukan yang mengendalikan pusat Head Start boleh juga menyediakan opsyen lain yang bersesuaian dan dipersetujui oleh Jabatan pengendali.
Head Start Impact Study Report. (2010)

Program Head Start ini juga termasuk


Menggalakkan hasil prenatal yang sihat, keluarga dan bayi yang sihat serta pembangunan kanak-kanak kecil bermula seawal kelahiran. membantu mewujudkan perkembangan yang sihat pada kanak-kanak yang berpendapatan rendah peringkat umur tiga hingga lima. Keluarga dan Perkongsian Komuniti menawarkan peluang dan sokongan kepada ibu bapa supaya mereka dapat mengenal pasti dan memenuhi matlamat mereka sendiri, memupuk kanak-kanak dan sebagai penganjur bagi masyarakat yang menyokong kanak-kanak dan keluarga. Perkhidmatan Asing dan Bermusim untuk anak-anak pekerja ladang. Perkhidmatan mensasarkan kanak-kanak dari enam bulan hingga lima tahun. Waktu perkhidmatan adalah lebih panjang dan program ditambah beberapa bulan berbanding program biasa Head Start Juga berkhidmat untuk rakyat Amerika asli. Program mesti mengenal pasti dan menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak tiada tempat tinggal daripada semua peringkat umur dalam tempoh yang munasabah http://en.wikipedia.org/

Penglibatan Keluarga dalamHEAD START PROGRAM


Kerangka Konseptual bagi Program Berkhidmat Bayi dan Kanak-kanak

Findings from the Survey of Early Head Start Programs: Communities, Programs, and Families (December 2006)

Penglibatan keluarga dalam Head Start merujuk kepada penglibatan ibu bapa dalam membuat keputusan bagi program yang dirancang serta pelaksanaan, mengambil bahagian dalam kelas dan aktiviti pembelajaran sama ada sebagai pekerja berbayar, sukarelawan atau pemerhati. Aktiviti untuk ibu bapa (keibubapaan) dan bekerja dengan anak-anak mereka melalui kerjasama bersama pekerja Head Start Ibu bapa telah dilatih oleh guru untuk membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti di rumah. Kebanyakan pusat Head Start membangunkan pelbagai sumber dan bahan untuk membantu ibubapa terutama berkaitan kanak-kanak cacat dan kekurangan aspek kesihatan dan pemakanan.
The impact of Head Start on Children , Families and Communities : Head Start Synthesis Project: Final Report Jun 1985

Ibu bapa sebagai sukarelawan


Sukarelawan di dalam bilik darjah atau kapasiti keperluan program lain Selain itu terlibat dalam acara pengumpulan dana, membantu menyiapkan tugasan kanak-kanak di rumah, lawatan kelas dan kerjakerja pengkeranian. Ibu bapa sentiasa mengunjungi pusat Head Start, bekerjasama dengan guru dan terlibat sebagai ahli majlis penasihat. Ibu bapa juga membantu menyediakan makanan, selain menghadiri mesyuarat yang dijalankan di pusat jagaan dan menerima kunjungan staf pusat ke rumah.

Ibu bapa sebagai pekerja


Program Head Start mnggalakkan ibu bapa kanak-kanak bekerja di pusat jagaan
The impact of Head Start on Children , Families and Communities : Head Start Synthesis Project: Final Report Jun 1985

Pendidikan dan latihan keibubapaan


Standard prestasi program Head Start menyediakan kaedah, juga peluang kepada ibu bapa untuk meningkatkan kemahiran keibubapaan. Peluang ini melibatkan ibu bapa dengan lawatan staf ke rumah, mesyuarat dan berbengkel bersama ibu bapa lain juga mengenalpasti bantuan sumber komuniti berdekatan. Antara aktiviti yang dilakukan melalui perbengkelan ialah kemahiran keibubapaan selain pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak termasuk juga bengkel kerjaya

Umumnya ibu bapa dianggap sebagai pendidik, pelajar dan penyokong program. Kelebihan penglibatan ibu bapa , ia dapat mengubah masyarakat yang berikutnya menjadi lebih baik
The impact of Head Start on Children , Families and Communities : Head Start Synthesis Project: Final Report Jun 1985

Tujuan penglibatan ibu bapa dalam membuat keputusan dan sokongan bagi sekolah adalah supaya ia dapat menyumbang dengan kukuh bagi reformasi sekolah supaya kanak-kanak mencapai kajayaan akademik dengan standard yang tinggi. Penglibatan ibu bapa dalam aturcara pentadbiran sekolah pula akan menyediakan ahli komuniti yang dapat membina satu forum untuk memperoleh dan mengamalkan demokrasi. Amalan ini dapat membentuk masyarakat yang lebih bertamadun dan berdemokrasi. Beberapa pilihan penglibatan ibu bapa dalam membuat keputusan: terlibat dalam majlis penasihat, hadir mesyuarat lembaga sekolah, membuat keputusan untuk program di sekolah, mempengaruhi sekolah membuat penambahbaikan, kolaborasi dengan guru, menyelesaikan masalah budaya sekolah dan mampu mengubah budaya sekolah
Promising Practices for Family Involvement in Schools

FAST PROGRAM
Family and School Together : Keluarga bersama dengan Sekolah. Organisasi FAST dibentuk sebagai organisasi tidak berasaskan keuntungan yang berdedikasi membantu komuniti membina perlindungan di persekitaran kanak-kanak. FAST adalah program yang direka bentuk dengan menyebarkan bahawa pengukuhan keluarga dan penglibatan ibu bapa penting untuk membantu anak-anak berjaya di sekolah dan dalam kehidupan. Program FAST yang memenangi anugerah telah membantu keluarga di seluruh dunia meningkatkan kemahiran keibubapaan dan menghubungkan keluarga dan sekolah anak-anak mereka. http://www.familiesandschools.org/

Walaupun FAST ditubuhkan di Amerika Syarikat, ia membawa bersama sumber-sumber sokongan tempatan untuk membina faktor-faktor pelindung kepada kanak-kanak sekitar dan FAST berjalan dengan jayanya di 46 negeri dan tiga belas negara iaitu Australia, Austria, Kanada, England , Jerman , Kazakhstan, Rusia , Belanda , Ireland Utara , Scotland , Tajikistan , Amerika Syarikat , Wales. Organisasi FAST berdedikasi untuk membantu ibu bapa melindungi keluarga dan menyediakan anak-anak dengan kejayaan mereka. Untuk kanak-kanak daripada semua peringkat umur dan bangsa, dari semua negara yang berbeza , budaya, dan lapisan pelbagai kehidupan, program FAST menawarkan penyesuaian untuk berkhidmat kepada semua masyarakat. FAST membantu menjaga kanak-kanak supaya selamat, bijak dan bersedia untuk cabaran hidup.
http://www.familiesandschools.org/

Program ini telah dibangunkan oleh Dr Lynn McDonald pada tahun 1988 FAST adalah berasaskan Sains dengan pelbagai komponen bukan kurikulum, pelbagai faktor pengukuhan keluarga dan program penglibatan ibu bapa yang diperkenalkan di sekolahsekolah dan masyarakat menggunakan interaksi kumpulan pelbagai keluarga untuk: 1. membina hubungan antara ibu bapa dan sekolah, dan meningkatkan hubungan ibu bapa dan anak 2. memberikan nilai-nilai dan norma-norma termasuk tanggungjawab peribadi dan pengurusan hubungan keluarga, 3. memberikan ibu bapa kuasa agen pelindung utama bagi anak-anak mereka. http://www.wcer.wisc.edu/projects/

Peserta FAST mengalami penurunan dalam tingkah laku kompulsif seperti penyalahgunaan dadah dan keganasan, peningkatan dalam tingkah laku akademik positif sambil membina daya tahan terhadap faktor risiko dan tekanan yang menyumbang kepada keganasan dan kenakalan.
http://www.wcer.wisc.edu/projects/

Bagaimana FAST berfungsi?


Langkah 1: Ibu bapa kanak-kanak di dalam kelas sekolah rendah atau menengah dijemput menghadiri FAST dengan keluarga mereka. Langkah 2: Sehingga 40 keluarga menghadiri lapan sesi mingguan di mana kanak-kanak dan ibu bapa mengambil bahagian dalam aktiviti berstruktur bersama-sama. Langkah 3: sesi mingguan diikuti dengan mesyuarat bulanan dikendalikan oleh keluarga FAST yang telah lulus.
http://www.savethechildren.org.uk/

FAST menyokong keluarga dengan;


membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran dalam membaca, menulis dan matematik - dan menggalakkan kelakuan yang baik dan sikap yang positif kanak-kanak dalam pembelajaran di sekolah membantu ibu bapa lebih banyak terlibat dalam pendidikan anak mereka, supaya mereka boleh menyokong perkembangan pembelajaran di rumah menggalakkan ikatan lebih kukuh antara ibu bapa dan anak-anak mereka, sekolah anak mereka, ibu bapa lain dan masyarakat yang lebih luas.

FAST adalah program intervensi yang membawa ibu bapa, kanak-kanak, guru dan masyarakat luar bersama-sama, memastikan kanak-kanak mendapat sokongan yang mereka perlukan untuk memenuhi potensi mereka di sekolah dan dalam kehidupan.
http://www.savethechildren.org.uk/

FAST merangkumi tiga komponen: penglibatan ibu bapa lapan mingguan sesi kumpulan pelbagai keluarga pertemuan berterusan kumpulan bulanan sehingga 24 bulan. Menyokong ibu bapa sebagai agen pencegahan utama bagi masalah anak-anak mereka. Pasukan kerjasama ibu bapa / penjaga - pakar (contohnya, penyalahgunaan dadah pakar kesihatan mental) dan kakitangan sekolah memudahkan kumpulan sasaran hadir ke program FAST
http://www.nrepp.samhsa.gov/

Program standard FAST ; Baby-FAST, Pre-K FAST, Kids FAST, Middle School FAST, Teen FAST Nilai-nilai teras yang disenaraikan di bawah mendasari setiap kumpulan FAST.
1. Ibu bapa mampu menjadi guru dan pembimbing utama kepada anak-anak mereka sendiri. 2. Keluarga adalah pusat kepada prestasi pendidikan kanak-kanak dan sangat penting. 3. Tekanan dan pengasingan sosial mengurangkan keberkesanan ibu bapa; sokongan sosial meningkatkan keberkesanan ibu bapa. 4. Hubungan saling mempercayai menyokong kemampuan keluarga untuk mengakses sumber bantuan http://www.familiesandschools.org/

5. Dasar dan amalan organisasi hendaklah sentiasa menyokong dan melibatkan ibu bapa untuk meningkatkan hubungan ibu bapa kanak-kanak, bukannya mengasingkan ibu bapa daripada anak-anak mereka 6. Sekolah perlu mengalu-alukan kedatangan semua keluarga 7. Alkohol dan kesan penyalahgunaan dadah memberi kesan kepada kejayaan keluarga ; pencegahan , campur tangan awal dan rawatan masalah penyalahgunaan dadah dapat meningkatkan keupayaan setiap keluarga untuk berjaya 8. Kerjasama seluruh sistem (pendidikan , kesihatan, kebajikan kanakkanak, dadah dan jenayah ) untuk menangani keperluan semua kanak-kanak adalah satu proses yang sangat perlu dan sangat penting. 9. Kemiskinan , perkauman, dan kebebasan seks menjejaskan kanakkanak dalam perkembangan mereka 10.Semua ibu bapa suka anak-anak mereka dan mahu kehidupan yang lebih baik untuk mereka. http://www.familiesandschools.org/

Penglibatan Keluarga dalam FAST PROGRAM


Program Baby FAST Untuk bayi 0-3 tahun Berkongsi penyelesaian masalah dengan ibu bapa penyayang lain Belajar teknik penting penjagaan bayi Mewujudkan peranan dan peraturan pengurusan keluarga Mendapatkan bantuan untuk keperluan khusus ibu bapa Berhubung dengan ibu bapa lain, sekolah, gereja, dan khidmat masyarakat

Program Pre K-FAST Untuk kanak-kanak 3-6 tahun Berkongsi idea keibubapaan dan kesediaan kanak-kanak ke sekolah dengan ibu bapa penyayang lain Belajar cara-cara untuk melindungi kanak-kanak dari bahaya yang akan mereka hadapi Mewujudkan peranan dan peraturan pengurusan keluarga sementara kanak-kanak di usia muda Mendapatkan bantuan untuk keperluan khusus ibu bapa dan keperluan tertentu keluarga Berhubung dengan ibu bapa, sekolah, organisasi iman, dan khidmat masyarakat Mendapatkan bantuan profesional dan sulit untuk kanakkanak

Program Kid FAST Untuk kanak-kanak berada di gred 3 (7-8 tahun), gred 4 (9-10 tahun) dan gred 5 (10-11 tahun) Berkongsi idea keibubapaan dan pencapaian kanak-kanak di sekolah dengan ibu bapa penyayang lain Belajar cara-cara untuk melindungi kanak-kanak daripada tingkah laku berbahaya Mewujudkan peranan dan peraturan pengurusan keluarga Mendapatkan bantuan untuk keperluan khusus ibu bapa Berhubung dengan ibu bapa lain, sekolah, organisasi agama, dan khidmat masyarakat Mendapatkan bantuan profesional dan sulit untuk kanakkanak

Program Middle School FAST Untuk kanak-kanak berada di gred 6-8 ( 12- 14 tahun) Berkongsi bahagian penyelesaian masalah dengan ibu bapa penyayang lain Mengubah remaja dan sikap mereka terhadap sekolah Membantu menjaga anak-anak remaja selamat, bebas dadah dan sihat Mewujudkan satu pelan pengurusan keluarga yang kuat Berhubung dengan ibu bapa lain , sekolah, gereja, dan khidmat masyarakat

Program Teen FAST Untuk remaja berusia 14- 18 tahun Berkongsi bahagian penyelesaian masalah dengan ibu bapa penyayang lain Mengambil bahagian dengan anak-anak dalam keluarga dan pengurusan sekolah Membantu menjaga anak-anak remaja selamat, bebas dadah dan sihat Membantu anak-anak anda merancang untuk masa depan mereka Berhubung dengan ibu bapa lain , sekolah, gereja, dan khidmat masyarakat

KESIMPULAN
HEAD START dan FAST "Head Start promotes school preparation by enhancing the social and cognitive development of children through the provision of educational, health, nutritional, social and other services."[5] It has recently been changed to, Helping people. Changing lives. Building communities. Families and Schools Together (FAST) was set up to help to build multiple layers of protective factors around at-risk children - including intensive parental involvement - and also promotes students' resilience in adversity and reduction of long-term negative outcomes. Its research-based activities bring families into the school for weekly meetings.
http://en.wikipedia.org/

RUJUKAN
Bierman, K. L., Torres, M. M., Domitrovich, C. E., Welsh, J. a., & Gest, S. D. (2009). Behavioral and Cognitive Readiness for School: Cross-domain Associations for Children Attending Head Start. Social Development, 18(2), 305323. doi:10.1111/j.1467-9507.2008.00490.x Bruckman, M., & Blanton, P. W. (2003). Welfare-to-Work Single Mothers Perspectives on Parent Involvement in Head Start : Implications for Parent Teacher Collaboration. Early Childhood Educational Journal, 30(3), 145150. Bryant, M., Lau, L. B., & Spading, J. J. (1994). Family and Classroom Correlafes of Head Start Children s Developmental Outcomes, 309, 289309. Burton, C. B. (1992). Defining Family-centered Early Education: Beliefs of Public School, Child Care, and Head Start Teachers. Early Education & Development. doi:10.1207/s15566935eed0301_3 Castro, D. C., Bryant, D. M., Peisner-Feinberg, E. S., & Skinner, M. L. (2004). Parent involvement in Head Start programs: the role of parent, teacher and classroom characteristics. Early Childhood Research Quarterly, 19(3), 413430. doi:10.1016/j.ecresq.2004.07.005 Crozier, M., Rokutani, L., Russett, J. L., Godwin, E., & Banks, G. E. (2010). A Multisite Program Evaluation of Families and Schools Together (FAST): Continued Evidence of a Successful Multifamily Community-Based Prevention Program. School Community Journal, 20(1), 187207. DB Hiatt-Michael- 2001 Promising Practices For Family Involvement In School

RUJUKAN
Economics, J., Ludwig, J., Miller, L., Malme, R., & Morse, J. (2014). Does Head Start Improve Children s Life Chances ? Evidence from a Regression Discontinuity Design Author ( s ): Jens Ludwig and Douglas L . Miller Stable , 122(1), 159208. Fagan, J., & Iglesias, A. (1999). Father involvement program effects on fathers, father figures, and their head start children: A quasi-experimental study. Early Childhood Research Quarterly, 14, 243269. doi:10.1016/S0885-2006(99)00008-3 Guerra, N. G., & Knox, L. (2008). How culture impacts the dissemination and implementation of innovation: a case study of the Families and Schools Together program (FAST) for preventing violence with immigrant Latino youth. American Journal of Community Psychology, 41(3-4), 30413. doi:10.1007/s10464-008-9161-4 Hampton, F. M., Mumford, D. a., & Bond, L. (1998). Parent Involvement in Inner-City Schools: The Project FAST Extended Family Approach to Success. Urban Education, 33(3), 410427. doi:10.1177/0042085998033003006 Head, E., Programs, S., Final, F., & December, R. (n.d.). EAR EA D S Findings from the Survey of Early Head Start Programs : Communities , Programs ,, (December 2006).

Head, E., Programs, S., Final, F., & December, R. (n.d.). EAR EA D S Findings from the Survey of Early Head Start Programs : Communities , Programs ,, (December 2006). Hindman, A. H., & Morrison, F. J. (2011a). Family involvement and educator outreach in Head Start. The Elementary School Journal, 111(3), 359386. doi:http://dx.doi.org/10.1086/657651

RUJUKAN

Hindman, A. H., & Morrison, F. J. (2011b). Family Involvement and Educator Outreach in Head Start: Nature, Extent, and Contributions to Early Literacy Skills. The Elementary School Journal. doi:10.1086/657651 Hitchcock, C. J. (2008). Family experiences in Head Start. Dissertation Abstracts International. A, The Humanities and Social Sciences, 69. Lim, S.-Y., & Hanhan, S. (1995). Parent involvement in Head Start: Parent and professional perspectives on parents roles. ProQuest Dissertations and Theses. The University of North Dakota. Mcallister, C. L., Green, B. L., Terry, M. A., Herman, V., & Mulvey, L. (2003). Parents , Practitioners , and Researchers : With Early Head Start, 93(10), 16721679. McAllister, C. L., Wilson, P. C., Green, B. L., & Baldwin, J. L. (2005). Come and take a walk: listening to Early Head Start parents on school-readiness as a matter of child, family, and community health. American Journal of Public Health, 95, 617625. doi:10.2105/AJPH.2004.041616 Multifamily Community-Based Prevention Program. School Community Journal, 20(1), 187207. Puma, M., Bell, S., Cook, R., Heid, C., Shapiro, G., Broene, P., Spier, E. (2010). Head Start Impact Study. Administration for Children & Families. The impact of Head Start on Children , Families and Communities : Head Start Synthesis Project. (n.d.).(1985) Report, F. (n.d.). Head Start Impact Study (January 2010) Office of Planning, Research and Evaluation Administration for Children and Families U.S. Department of Health and Human Services Washington, D.C.

RUJUKAN
http://www.familiesandschools.org/ http://www.wcer.wisc.edu/index.php http://www.savethechildren.org.uk/about-us/where-we-work/united-kingdom/fast

http://www.njea.org/parents-and-community/families-and-schools-together
http://www.nrepp.samhsa.gov/ViewIntervention.aspx?id=30 http://www.strengtheningfamilies.org/html/programs_1999/19_FAST.html

http://parenthood.library.wisc.edu/McDonald/McDonald.html
http://www.family-service.org/fast.htm http://en.wikipedia.org/wiki/Head_Start_Program http://en.wikipedia.org/wiki/Marilyn_R._(Lynn)_McDonald#Families_and_Schools_To gether_.28FAST.29

You might also like