• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
MANUSIA BERAGAMA TAPI TIDAK BERBUAH
Alhamdulillah kita masih diizinkan Allah untuk berkongsi ilmu dimana ilmu itu amat pentingsebagai panduan hidup dunia dan akhirat.Selawat dan salam untuk junjungan Nabi Besar,Muhammad SAW, manusia yang paling berjasa kepada dunia. Dengan sebab Rasulullah kita beragama, mengenal Tuhan, pandai hidup, faham tentang akhirat dan tahu bagaimana menuju kesana.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
" Tidak ada agama bagi orang yang tidak berakal" 
Maksud hadis ini ialah, kalau kita beragama tanpa menggunakan akal, tanpa ilmu, tanpa logik,tanpa faham, ia tak indah, tak logik, tak lazat dan tak sedap. Kita tak boleh bertahan lama dengan benda yang tak sedap. Tapi kalau kita ada benda yang indah, kita akan hendak lagi dan hendak lagi.Kita beragama perlu ada ilmu, mesti ada hujah, mesti berdasarkan akal dan berdasarkankefahaman. Dari situ datang penghayatan. Ia akan membangunkan jiwa dan roh kita, jadi darahdaging kita, itulah jati diri kita. Itulah keindahannya. Di situlah kita boleh tahan berhadapandengan berbagai-bagai ujian dan cabaran-canbaran hidup. Kita ada kekuatan dari penghayatanitu.Kita hendak berbincang tentang agama Islam yang kita anuti ini. Ilmunya, logiknya, rasionalnyadan faham supaya kita hayati. Bila dihayati akan lahir akhlak mulia seprti pemurah, berkasihsayang, tawaduk, rasa bersama, bekerjasama. Ini manusia yang peri kemanusiaannya tinggi.Mengutamakan orang lain dari diri sendiri. Rasa susah dengan susah orang lain dan senangdengan kesenangan orang lain.Kalau Islam ini diambil tanpa ilmunya, logiknya, tanpa kefahaman maka ia tak boleh dihayatisehingga lahir buahnya.Disinilah kita bincangkan mengapa Islam di seluruh dunia tidak berbuah.Kalau ada pun hanya golongan yang sedikit. Tidak cukup untuk memberi berkat kepada seluruhdunia dan seluruh umat.Selama ini kita sudah mengaji Tauhid, atau tentang aqidah atau sifat 20 mengikut cara-caratersendiri. Kebanyakannya mengikut kaedah Abu Hassan Ashaari, mujadid kurun ketiga. Itulah pegangan ahli sunnah waljamaah.Kalau kita rasa ada kaedah lain yang sesuai untuk diamalkan
 
 pada zaman dan kurun ini, tidak pula jadi masalah untuk digunakan.Setelah kita belajar tentang sifat 20, tentang aqidah dan tauhid, kita faham Tuhan itu MahaSempurna.Setelah dibahaskan kita dapati Tuhan sempurna. Ertinya tidak lagi bertambah dan berkurang. Kalau berkurang ertinya tidak sempurna. Kalau bertambah ertinya sebelum itu tidak sempurna. Itulah logiknya. Itulah fahaman falsafah. Yang sempurna tidak akan berkurang dantidak akan bertambah lagi. Kalau bertambah ertinya pernah tidak sempurna. Maha Suci Tuhan.Tuhan itu dari azali, hingga sampai bila-bila masa, Dia stabil. Apa maksudnya? KebesaranTuhan sudah sempurna, kuasa Tuhan juga sempurna. Tidak berkurang dan tidak bertambah.Begitu juga ilmu Tuhan, kehendakNya, keadilan dan kehebatan Tuhan, semuanya sudahsempurna.Kalau itu yang kita faham, itulah yang akan kita pakai, begitulah yang akal faham, begitulahyang kita yakin bahawa Tuhan itu sudah sempurna;
Mengapa Tuhan minta kita sembah Dia?Mengapa Tuhan minta kita agungkan Dia?Mengapa Tuhan minta kita sucikan Dia dan berbagai-bagai lagi permintaan Tuhan? Kalau sudah sempurna, mengapa berhajat? Padahal kita sudah belajar aqidah, Maha SuciTuhan dari berhajat.Mengapa Tuhan minta itu dan ini daripada kita seperti minta kita sembahyang, puasa, zakat,naik haji, suruh buat baik, minta kita tinggalkan kejahatan, berjuang, berkorban sedangkan Dia sudah Sempurna?
Contoh: Kalau seorang raja besar di sebuah negara, kalau dia tidak ditaati oleh rakyatnya, diarasa dirinya besar tak? Tidak. Kalau rakyat taat padanya barulah dia rasa besar. Sebab itu rakyat perlu taat padanya supaya dia rasa besar. Ertinya dia tidak sempurna kerana dia berhajat. Lebih-lebih lagi kalau rakyat berdemonstrasi hendak jatuhkan raja itu. Bukan saja dia tidak rasa dirinya besar bahkan dia tercabar. Macam kalau kita seorang ayah dirumah. Kita kaya dan pandai tetapianak isteri tak taat, maka sakit jiwa kita. Rasa tercabar. Tak sempurnalah. Kerana anak isteri tak taat, kita sudah menderita. Itu satu kelemahan.Jadi tajuk perbincangan kita kali ini, kalau dikatakan Tuhan itu sempurna, mengapa Dia mintakita sembah Dia, besarkan Dia, Agungkan Dia? Tadi kita bincangkan seseorang yang mintadirinya dibesarkan ertinya dia tak sempurna. Bila tak dibesarkan, dia terasa kurang. Tetapi Tuhantidak begitu. Yang sebenarnya perintah Tuhan kepada kita terhadap ZatNya bukan untuk kepentingan Tuhan. Ini ada rahsia dan ada hikmah untuk kepentingan makhlukNya.Bila seseorang itu benar-benar kenal Tuhan atas dasar ilmu dan faham sehingga dapat dihayatiakan datang takut dan cinta. Ia akan beri kesan yang baik. Bukan untuk Tuhan tetapi terhadapsesama manusia. Inilah dikatakan rahmat Tuhan yang tersirat, yang mata dan akal tidak nampak.Hanya dapat dirasai oleh roh yang faham, yang ada ilmu dan boleh menghayati. Inilah rahmatTuhan yang tersembunyi kepada makhluknya.Kalaulah semua makhluk ini boikot Tuhan. Buat kempen besar-besaran untuk pulaukan Tuhandan tidak sembah lagi Tuhan. Adakah Tuhan akan tergugat? Maha Suci Tuhan. KurangkahTuhan? Tidak. Perintah Tuhan itu kepada kita terhadap Zat Nya adalah untuk kesan sampinganyang baik kepada makhlukNya. Makhluk macam kita ini tak sempurna. Kita perlu memerlukan.
 
Kalau Tuhan tidak setkan satu cara, kita akan terkorban. Manusia akan jadi susah dan payah.Bila kita dapat Tuhan, dapat hayati, datang takut dan cinta. Apa side effectnya? Bila kita takutdengan Tuhan, kita takut hendak buat salah dengan manusia. Siapa yang untung? Manusia atauTuhan? Kita takut hendak pukul manusia, siapa yang untung? Kalau kerana takut dengan Tuhanmaka kita takut hendak mencuri, takut hendak bergaduh, siapa yang untung? Sudah tentu jawabnya manusia! Siapa yang dapat manfaat? Manusia lagi bukan Tuhan. Faedahnya bukankepada Tuhan tetapi kepada kita.Jadi kalau kita ada ilmu, faham, hayati kehendak Tuhan, kita akan takut dan cinta Tuhan. Bilakita cinta Tuhan otomatik kita cinta manusia. Bila cinta sesama manusia, manusia yang untung.Tuhan buat satu kaedah, bukan untuk menguntungkan Dia tetapi untuk menguntungkan manusia.Kalau kita cinta Tuhan, kita kasih sesama manusia, kita mudah bantu, mudah berkasih sayangdengan orang, boleh beri maaf orang, boleh minta maaf dengan orang, boleh bersatu padu, siapayang untung? Kita.Ini rahsianya mengapa kita disuruh besarkan Tuhan. Rupanya kalau kita beragama cara faham,cara ilmu, cara akal, side effectnya untuk manusia.Kalau kita ikut fakta sejarah Melaka, sudah 500 tahun orang Melayu peluk Islam. Kalau ikutfakta Trengganu, sudah 700 tahun orang Melayu peluk Islam. Ertinya tidak kurang 500 tahunorang Melayu sudah memeluk Islam. Ada tak side effectnya kepada kita hasil kita memeluk Islam?Tadi kita dah bahaskan tadi, side effectnya untuk manusia. Hasil kita beragama, ada tak sideeffectnya yang baik? Tidak ada. Tidak kita rasa. Yang kita rasa hidup nafsi-nafsi. Yang kayasemakin kaya, yang susah semakin susah. Yang dapat bala tanggung sendiri manakala yangdapat kesenangan, dia punya sendiri. Tidak dapat rasa bersama.Padahal kalau ikut ajaran Islam sepatutnya side effectnya yang baik untuk kita. NampaknyaIslam kita tak berbuah. Kalau berbuah tentu Amerika tidak akan buat kacau. Bush tidak akansombong. Dunia sudah campur tangan. Kalaulah side effectnya daripada ibadah itu ada, makasecara global sudah dikuasai umat Islam.Tapi nampaknya kita tidak mendapat keuntungan dariagama yang kita amalkan. Disinilah datangnya syariat.
Mengapa bersyariat tetapi tidak melahirkan akhlak mulia?
Bukan sahaja tidak boleh berkasih sayang dengan jiran bahkan dengan anak isteri pun payah.Paling baik pun sekadar tidak bergaduh. Sekalipun tidak bergaduh tetapi tidak ada kasih sayang,tidak ada cinta. Kalau dengan anak beranak payah hendak berkasih sayang, dengan jiran, denganmasyarakat dan dengan negara lagi payah. Hendak berkasih sayang seluruh dunia lagi payah. Itunasib umat Islam. Terumbang ambing. Akhirnya Yahudi dan Amerika mencatur kita.Sekarang kita bahas tentang syariat.Syariat yang kita bangunkan tidak berbuah sepertimana yangsepatutnya. Kita tidak lahirkan buah yang baik. Manusia tidak dapat faedah bersama. Umat Islamyang mengamalkan Islam ini ada 4 kategori. Disini barulah kita nampak, patutlah Islam kita,syariat kita dan ibadah kita tidak berbuah. Patutlah sembahyang kita tak berbuah.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...