• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
PENDORONG IBADAH
Usaha-usaha membaiki diri ini memang susah kerana tiga faktor iaitu:1. Memerlukan mujahadatun nafsi yang serius.2. Latihan mengawal nafsu ini satu kerja yang sangat menjemukan dan meletihkan. Risikonya, payah hendak istiqamah.3. Banyak halangan dan rintangan yang menyekat iaitu dunia dan tarikannya serta keluarga dansahabat-handai yang melalaikan kita.Kalau begitu halnya, apa yang patut kita buat untuk mengatasi keadaan ini? Apa pula pendoronguntuk kita terus berjuang membaiki diri? Jawapannya ialah ilmu rohaniah inilah pendorongnya.Yang patut kita buat ialah:1. Suluh kelemahan diri kita.2. Bangkitkan kesedaran jiwa.Kedua-dua ini hendaklah dibuat melalui tafakur. Antara perkara-perkara yang boleh kitatafakurkan ialah:A.
Lemahnya diri kita
Mari kita sama-sama tafakur, merenung sekejap ke dalam diri kita. Rasakan di hati kita bahawakita ini hamba Allah yang maha dhaif, lemah dan hina.Buktinya:1. Bolehkah kita elak diri kita dari sakit? Kalau terkena atau tercucuk duri yang halus dapatkahkita menahan bisanya? Itupun sudah terlalu sakit, sudah tidak tertahan lagi rasanya. Itulah tandalemahnya kita. Bolehkah kita melihat kalau jarum tercucuk di mata kita? Bolehkah kita bernafaskalau air tersumbat di hidung kita? Tentu tidak boleh. Itulah tanda lemahnya kita ini. Apatah lagikalau Allah tarik satu sahaja urat saraf kita, meranalah kita seumur hidup.2. Bolehkah kita elak dari orang caci maki dan kata kita?3. Bolehkah kita menolak dari bencana alam yang melanda mengejut pada kita? Tentu tidak  boleh walaupun berkumpul seluruh tenaga makhluk yang berada di langit dan di bumi. Bencanaalam tetap terjadi juga. Kita tidak mampu menahannya. Banjir yang melanda, datangnya tidak mampu diempang. Angin taufan, ribut yang mengangkat dan menghumban, tidak mampu kitamembendungnya. Gempa bumi yang dahsyat yang membunuh segala hidupan, tidak kuasamanusia menahannya. Lemahnya manusia ini.4. Dapatkah kita menahan kematian orang yang kita cintai? Akhirnya kita juga akan mati.Dapatkah kita menolaknya? Tentu tidak mampu. Betapa lemah dan hinanya kita. Sudah mati jadi bangkai. Tidak seorang pun yang mahukan jasad kita itu. Isteri tidak mahu. Suami tidak mahu.Anak-anak pun tidak mahu. Ibu ayah tidak mahu. Kekasih pun tidak mahu. Sebab itulah oranghantar cepat-cepat ke kubur kerana kalau dibiarkan, busuk!Bila dinilai bukti-bukti tadi menggambarkan betapa hinanya kita. Cuba kita rasakan kehinaandan kelemahan itu setiap ketika dan kita bawa perasaan itu di mana-mana.B.
Nikmat yang kita dapat
Hitung-hitungkan pula nikmat-nikmat yang ada pada kita. Mata, hidung, mulut, telinga, kaki,tangan, akal dan lain-lain lagi yang sangat penting untuk kehidupan kita itu.
 
Fikirkanlah tentang akal yang dikurniakan pada kita. Alangkah berharganya. Dengan akal itulahkita jadi cerdik, pandai dan bijaksana. Dengan akal itu juga kita membelah bumi, menerobosangkasa, menguasai lautan dan daratan. Kita bebas buat apa saja semahu-mahunya. Hatta jadikaya-raya dan berkuasa. Menungkanlah, apakah layak akal yang begitu mahal kita gunakanhanya semata-mata untuk meruntuhkan tamadun manusia dengan berperang dan membunuh?Rasakan di hati takut pada Tuhan kerana sebelumnya kita tidak gunakan akal itu untuk memikirkan kebesaran-Nya dan nikmat-nikmat pemberian-Nya yang ada pada kita.C.
Nikmat di luar diri kita
Fikirkan dan hitungkan pula nikmat-nikmat Allah yang berada di luar diri kita. Hitung berapa banyak harta, duit, rumah, kereta, perabot, pinggan mangkuk, periuk belanga, kain baju, kasut, barang kemas, makanan yang kita simpan, berapa jenis lauk yang dimakan untuk satu hari, berapa banyak kenderaan kita, kebun, anak-anak, isteri-isteri, kawan-kawan, pengikutpengikut, pembantu-pembantu, udara yang dihirup, bumi yang dipijak, cahaya matahari yang kita dapatmanfaat darinya. Rasakan di hati bahawa alangkah banyaknya kurniaan Allah pada kita selamaini.Kemudian pandang ke langit. Lihatlah besarnya ciptaan Tuhan itu. Tergantung tanpa tiang.Walhal rumah kita yang kecil pun ada tiangnya. Bumi yang terhampar tempat kita berpijak,sangat berguna pada kita. Saksikanlah matahari yang turun naik, yang cahayanya sangatmemberi manfaat, yang menjadikan silih bergantinya siang dan malam, memberi peluang untuk kita bekerja dan rehat. Menjadikan waktu yang bermusim juga sangat berfaedah pada manusia.Air yang disedut naik, hujan yang turun, ini memberi bekalan air untuk seluruh hidupan.Memeriahkan alam dengan cahaya. Tenaga solar serta tenaga elektriknya. Rasakan ke dalam hatikita betapa pentingnya ini semua. Rasakan betapa perlunya nikmat-nikmat ini dalam kehidupankita.Fikirkanlah! Bolehkah manusia mencipta tanah, api dan air itu? Dapatkah kita tumbuhkan pokok? Yang kayunya kita gunakan untuk membuat rumah itu? Dapatkah kita buat segalakeperluan-keperluan asas yang jadi peralatan hidup kita itu? Bolehkah hidup tanpa kita gunakan barang-barang ciptaan Allah itu? Tentu tidak. Oleh itu datangkan rasa insaf pada diri kita bahawakita tidak mampu mengadakan itu semua.Bila kita sedar begitu barulah kita terasa perlunya Allah itu pada kita. Barulah kita terasa patutkita menyembah-Nya. Barulah terasa patut kita taat perintah-Nya. Kalau begitu bukankah patutkita patuh kepada-Nya. Bukankah patut kita jadikan Allah itu Tuhan kita. Tidaklah kita hendak  bertuhankan diri kita lagi. Inilah pendorong untuk kita beribadah.Bila kita bawa berfikir tadi barulah kita terasa Tuhan itu terlalu berjasa dan pemberi. Barulahterasa patutnya kita bersyukur pada Allah kerana segala-galanya adalah ciptaan-Nya dan pemberian- Nya. Bukan kita buat sendiri. Inilah pendorong.D.
Kehidupan selepas mati
Lihatlah kepada kehebatan dunia ini. Semua yang kita miliki itu nanti akan terlucut dari kitakerana dunia ini negara yang fana. Allah jadikan kita bukan untuk tinggal terus di sini buatselama-lamanya. Tetapi akan mati dan pulang ke negara asal, negara Akhirat yang kekal lagiabadi. Yakni Syurganya kekal, Nerakanya juga kekal. Nikmatnya kekal, azab siksanya pun
 
kekal.Cuba kita rasakan nikmat Syurga yang kekal itu. Tiada bandingan dan tandingannya. Masya-Allah terlalu hebat! Patah lidah untuk mengungkapnya. Tiada bahasa yang dapatmenggambarkannya. Tiada mampu mata pena untuk menulisnya. Mahligainya saja sudah seluaslangit dan bumi, dibuat daripada emas, permata, dinding yang berkilau-kilau cahayanya, atapnyaintan berlian yang tidak terkata indahnya dan nikmat berada di dalamnya. Seorang yang bertaqwa saja memiliki berpuluh-puluh buah bandar. Kalau rumahnya saja seluas langit dan bumi, agaknya berapa pula luas sebuah bandar? Apatah lagi kalau berpuluh-puluh buah bandar.Tentulah tidak dapat hendak dibayangkan betapa luasnya bandar-bandar kepunyaan seseorangitu. Tidak dapat pena menulisnya. Tidak ada kiraan di dunia ini. Peralatan mewah dalammahligai itu pula tidak pernah rosak-rosak. Bahkan makin dipandang, makin cantik. Semakinterasa nikmat. Sekali pandang lain cantiknya. Dua kali pandang, lain pula cantiknya. Tidak  pernah jemu-jemu menikmatinya.Kenderaan di Akhirat pula ialah apa saja yang kita inginkan. Teringat saja, sekelip mata datang.Teringat hendak naik kapal terbang, niat saja terus berada dalam kapal terbang yangdiidamidamkan. Terbanglah selaju mana yang kita mahu dan ke mana saja yang kita ingin tuju,tidak pernah rasa bimbang dan cemas. Kalau naik kapal terbang dunia, hati selalu diragut takuttetapi di Akhirat, kalau ingin jatuh, ia jatuh tapi tidak sakit. Sebaliknya tetap lazat.Rasakan pula nikmat di Akhirat itu tidak pernah lapar-lapar. Atau tidak pernah haus-haus.Sentiasa kenyang. Makanan yang kita makan tidak pernah menjemukan. Sebab rasanya berlainan. Suapan pertama dengan yang kedua, berlainan rasanya. Begitulah seterusnya. Untuk satu jenis buah, kita akan dapat berpuluhpuluh jenis rasa. Jadi tidak pernah jemu memakannya.Makin di- makan makin hendak dan semakin lazat. Demikian juga dengan jenis-jenis makananyang lain. Makanlah sebanyak mana pun tidak akan memudaratkan. Tidak menyakitkan perut.Tidak juga susah payah untuk ke jamban. Tidak payah buang najis yang busuk itu. Tidak adaistilah tahi lagi seperti tahi mata, tahi telinga dan tahi gigi. Semuanya sedap-sedap, baik-baik,lazat dan indah-indah sahaja. Hatta peluh kita pun berbau wangi.Rasakan pula setiap orang bertaqwa itu hadiahnya ialah bidadari-bidadari yang cantik jelita.Bukan seorang tetapi berpuluh-puluh dan beratus-ratus orang, yang nikmat dan kepuasannyatiada tolok bandingannya dengan dunia ini. Seperti firman Allah dalam Al Quran:
Maksudnya:“Mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kahwinkan mereka denganbidadari-bidadari yang cantik bermata jeli. Dan Kami beri mereka tambahan dengan buah-buahan dan daging dari segala jenis yang mereka inginkan. Di dalam Syurga mereka saling memperebutkan piala (gelas) yang isinya tidak (menimbulkan) kata-kata yang tidak berfaedahdan tidak pula perbuatan dosa. Dan sekeliling di sekitar mereka anak-anak muda untuk melayani mereka, seakan mereka itu mutiara yang tersimpan.”
(At Thur: 20 - 24)Kemudian kita rasakan ke lubuk hati kita betapa azabnya Neraka yang kekal itu. Penderitaannyaamat dahsyat dan mengerikan. Tidak dapat hendak ditulis dengan mata pena kedah257 syatannyaitu. Api yang dahsyat itu 70 kali ganda panasnya dari panas api dunia. Api di dunia pun kita tidak  boleh pegang, apatah lagi api Neraka. Kita berada dalam rumah api, dinding api, bumbung api,lantainya api, makanannya api, minumannya api, pakaiannya api, bantalnya api dan segala-galanya dalam api. Apabila hancur daging-daging tubuh kita maka digantikan dengan daging
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...