• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
RENUNGAN
Panduan Menenangkan Hati Yang Gelisah
 
Pejamkan matamu, tarik nafas perlahan-lahan dan hembus....lakukannya sebanyak tiga kali dan;1. Bayangkan anda berada di sebuah padang yang penuh dengan bunga-bungaan yang berwarna-warnidan harum.2. Imbas kembali kenangan-kenangan anda yang indah.3. Sekiranya anda berada dalam keadaan tertekan ketika menyiapkan tugasan....cuba bayangkan dirianda dapat menyelesaikan tugasan dengan cemerlang dan mendapat pujian daripada orang atasananda...ATAUHargailah kejayaan yang anda perolehi walaupun sekecil zarah dengan mengucapkan syukur kepadaAllah. Kerana orang yang bersyukur ketika dalam keadaan senang mahupun susah sentiasa mendapatRahmat dari-Nya.
 
KEKUATAN SEDEKAH
Ditulis oleh Admin Unit Kaunseling
Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan olehTurmudzi dan Ahmad, seperti berikut : Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi,maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yangtelah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairananakan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakahsesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?" Allah SWTmenjawab, "Ada, iaitu besi" (kita maklum bahawa gunung mahupun batu bolehmenjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh jentera yang dinamakan
buldozer 
atau sejenisnya yang diperbuat daripada besi).Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Muyang lebih kuat daripada besi?" Allah SWT menjawab, "Ada, iaitu api" (besi walausekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api), paramalaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yanglebih kuat daripada api ?" Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air" (apimembara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air), para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebihkuat daripada air ?" Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab,"Ada, iaitu angin" (air di samudera yang luas akan serta merta terangkat,bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiadalain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramatdahsyat. Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalampenciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?" Allah yang Maha Gagah danMaha Dahsyat kehebatannya menjawab, "Ada, iaitu amal anak Adam yangmengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidakmengetahuinya". Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat
 
sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasaidirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa adaunsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.Berkaitan dengan ikhlas ini, Rasulullah SAW mengingatkan dalam khutbahbaginda ketika sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahaisegenap manusia! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorangakan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya". Oleh keranaitu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanyakerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati iniyang menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia. Ganjaran bersedekah RasulullahSAW menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itudimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambahberkat.Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang bersedekah, ganjaranyang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman Allah SWT;"Ada pun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa danmembenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akanmenyiapkan baginya jalan yang mudah." {Qs. Al Lail (92) : 5-8}. Firman Allah SWTbermaksud; "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yangmenafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yangmenumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan(ganjaran) bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya)lagi maha mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261}Rasulullah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada duamalaikat menyeru kepada manusia di bumi. Malaikat yang pertama menyeru, "YaTuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepadaAllah". Malaikat yang kedua pula menyeru "musnahkanlah orang yang menahanhartanya " .
Tolak Bala dengan Sedekah
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untukmenolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabdaRasulullah SAW :
"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahuluisedekah" .
 "Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah ". 
 "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah ".
 
Banyak daripada kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuranbersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untukmelakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contohkadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta) menjadikanmeminta-minta sebagai pekerjaannya, malas dan sebagainya.Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikansyaitan laknatullahyang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah),sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yangdemikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kitaatas perintah Allah SWT dan Rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalubersedekah. Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa
 
sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukanlagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa.Pengemis/peminta/fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yangberkemampuan dapat kita bayangkan andai kata tidak ada lagi orang-orangtersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah). Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberiansedekah atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah(kepada pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan danpertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wangsebelum solat Jumaat dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersediadan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jumaat, misalnya Jumaatini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jumaatberikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih daripadayang sebelumnya. Apa yang penting harus diiringi dengan keikhlasan.Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla.Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanyaakan rugi di dunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Sebenarnyaorang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan(membelanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannyaadalah celaka.Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (
invest 
) dan menabung di sisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannyakepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akanrugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu. Sedekah yangpahalanya terus mengalir.Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda :"Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus , kecuali tiga hal :amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendoakannya" (HR.Bukhari, dalam Adabul Mufrad). Semoga dengan ini kita sebagai insan yang kerdilmendapat keredhaan dan keberkatan Allah SWT di dunia dan di akhirat kelakdengan memperbayakkan amal jariyah melalui bersedekah. 
ALLAH TAMBAH NIKMAT JIKA BERSYUKUR
Ditulis oleh Admin Unit Kaunseling
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...