You are on page 1of 2

LATIHAN (7) 1. Maklumat berikut dipetik daripada Syarikat Bumi Berhad pada 1 Julai 2011.

Modal dibenarkan : 10 000 000 8% saham keutamaan RM2.00 sesaham 20 000 000 saham biasa RM1.00 sesaham Pada 10 Julai 2011, syarikat menerbitkan 8 000 000 8% saham keutamaan dan 12 000 000 saham biasa kepada orang ramai pada nilai tara. Semua saham itu telah dilanggan dan dibayar penuh. Semua wang dibankkan pada 31 Julai 2011. Dividen interim 3% untuk saham keutamaan dan 3 sen sesaham untuk saham biasa telah dibayar pada 31 Disember 2011. Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012, Lembaga Pengarah Syarikat Bumi Berhad mengisytiharkan dividen akhir 6 sen bagi setiap saham biasa. (a) Anda dikehendaki menyediakan : i) Akaun Permohonan Saham ii) Akaun Modal Saham iii) Akaun Bank (b) Anda dikehendaki menghitung : i) Jumlah dividen interim ii) Jumlah dividen akhir (c) Nyatakan perbezaan di antara Saham Biasa dan Saham Keutamaan 2. Syarikat Busana Bhd. ditubuhkan pada tahun 2010 dengan modal berdaftar 100 000 unit saham keutamaan 15% RM 2.00 setiap satu dan 300 000 unit saham biasa RM 1.00 setiap satu. Syarikat telah menerbitkan 100 000 unit saham biasa dan 50 000 unit saham keutamaan. Tahun kewangan syarikat berakhir pada 30 Jun 2011. Berikut ialah maklumat yang diberi oleh syarikat pada 30 Jun 2011. RM Kenderaan 30 000 33 000 Stok 1 Julai 2010 27 000 Stok 30 Jun 2011 60 000 Bank 14 000 Penghutang 23 000 Pemiutang 30 000 Untung Kasar Maklumat Tambahan: Lembaga pengarah memutuskan pembayaran didviden saham keutamaan dan pembayaran dividen saham biasa ialah 7%. Anda dikehendaki menghitung: (a) Dividen saham biasa (b) Dividen saham keutamaan (c) Jumlah modal diterbitkan

3. Pada 1 April 2011, Syarikat Selima Madu Berhad telah memulakan perniagaan dengan modal berdaftar sebanyak 900 000 saham biasa RM2.00 tiap-tiap satu. Pada tarikh yang sama, syarikat telah menerbitkan 750 000 saham biasa pada nilai tara kepada orang ramai. Semua saham yang diterbitkan telah dipohon beli dan dibayar penuh semasa permohonan. Lembaga pengarah syarikat telah memutuskan perkara berikut: (i) Membayar dividen interim 5% pada 1 Oktober 2011. (ii) Mengisytiharkan dividen akhir 10% pada 31 Mac 2012.

Latihan ini bukan untuk tujuan komersial. Hak milik SMKSB (GOOI)

Page 1

Anda dikehendaki: (a) menghitung (i) modal dibenarkan (iv) dividen interim (ii) modal diterbitkan (v) dividen akhir (iii) modal belum diterbitkan (b) menyediakan Akaun Permohonan, Akaun Modal Saham Biasa dan Akaun Bank. (c) Menerangkan secara ringkas dua perbezaan saham biasa dengan saham keutamaan. 4. Syarikat Seri Laksana Berhad mempunyai modal berdaftar sebanyak 100 000 saham biasa RM1.00 setiap satu dan 50 000 10% saham keutamaan RM2.00 setiap satu. Syarikat telah menerbitkan 60 000 saham biasa dan 20 000 10% saham keutamaan kepada orang ramai dengan nilai tara. Tahun kewangan syarikat berkahir pada 30 September 2012. Berikut ialah maklumat yang diberikan oleh syarikat pada 30 September 2012: (i) RM Premis Stok pada 1 Oktober 2011 Untung kasar Pemiutang Pinjaman bank Stok pada 30 September 2012 Tunai di bank Pendapatan tertahan 50 000 22 500 38 000 6 500 5 000 25 000 20 500 8 200

(ii) Tokokan ialah 32% (iii) Lembaga Pengarah syarikat telah memutuskan pembayaran dividen saham keutamaan dan pembayaran dividen 15% atas saham biasa. Anda dikehendaki: (a) Menerangkan maksud dividen (b) Menghitung (i) Dividen saham keutamaan (ii) Dividen saham biasa (iii) Stok purata

(iv) Kos jualan (v) Kadar Pusing Ganti Stok

5. Seri Pepatih Berhad mempunyai modal dibenarkan yang terdiri daripada 40 000 6% saham keutamaan RM1.00 sesaham dan terdiri daripada 100 000 saham biasa RM1.00 sesaham. Modal diterbitkan sebanyak RM80 000 terdiri daripada 30 000 6% saham keutamaan RM1.00 sesaham dan 50 000 saham biasa RM1.00 sesaham, telah dilanggan dan dibayar penuh. Syarikat telah memutuskan untuk memberikan dividen interim saham biasa sebanyak 6% dan bayaran dibuat sebelum tahun kewangan berakhir. Pada 30 September 2011, untung bersih perniagaan ialah sebanyak RM24 000. Lembaga pengarah syarikat mengumumkan perkara berikut: (i) Bayaran dividen akhir atas saham keutamaan (ii) Bayaran dividen akhir 9% kepada pemegang saham biasa Anda dikehendaki: (a) Mengira pada 30 September 2011 (i) Dividen akhir saham keutamaan (iii) Jumlah dividen bagi saham biasa (ii) Dividen akhir saham biasa (b) Menyediakan Kunci kira-kira pada 30 September 2011 dengan menunjukkan bahagian ekuiti pemilik.
Latihan ini bukan untuk tujuan komersial. Hak milik SMKSB (GOOI)

Page 2

You might also like