You are on page 1of 2

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN

Pelajar Islam diminta menadah tangan manakala pelajar bukan Islam


diminta bertafakur










,



Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi.
Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala
rahmat dan berkatMu.
Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan
taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta
kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami,
lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan
serta bimbingan para guru-guru kami yang kami kasihi.
Ya Allah Ya Rahman
Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah
kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba
dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan
kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.
Ya Allah Ya Rahim
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan,
Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus
beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan
masyarakat, bangsa dan agama.

You might also like