Professional Documents
Culture Documents
vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq ZAINI BIN ABDULLAH wertyuiopasdfgZAINhjklzxcvbnmqwe MOHMAD NOOR BIN MOHMAD TAIB IKHSAN BIN OTHMAN NORILA BINTI MD SALLEH rtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop ABU BAKAR BIN YUSUF ABDUL TALIB BIN MOHAMED HASHIM asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvb nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwe rtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwe
PENGENALAN
Panduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan kandungan kursus. Pelajar dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas itu berusaha untuk mengikuti segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini dengan cemerlang. Kursus KPF 3012 merupakan kursus Pendidikan Profesional yang mengandungi tujuh elemen penting dalam perkembangan pendidikan iaitu pendidikan dan pembangunan, falsafah pendidikan, dasar-dasar pendidikan, perancangan pembangunan pendidikan, pelaksanaan pendidikan, etika dan peraturan pendidikan dan Akta Pendidikan 1996. Kandungan kursus ini sarat dengan maklumat penting untuk pengetahuan asas kepada setiap guru. Kursus ini bernilai 2 jam kredit.
KUMPULAN SASARAN
Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UPSI. Walau bagaimanapun, modul ini digubal khas untuk pelajar Program Jarak Jauh.
SINOPSIS KURSUS
Kursus ini membincangkan secara kritis tentang falsafah dan pendidikan dengan menganalisisnya dalam konteks perkembangan pendidikan di Malaysia. Kursus ini juga meninjau dan membincangkan perkembangan pendidikan negara sebagai satu kesinambungan dan keunggulan yang berterusan dengan berlandaskan interaksi dan pemikiran yang telah berlaku dalam proses pembangunan negara. Falsafah, dasar-dasar, kurikulum dan peraturan dalam pendidikan juga diberi penekanan bagi membolehkan para pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran serta pemupukan sikap dalam melaksanakan tanggungjawab secara berkesan dalam batasan profesion perguruan.
PENAKSIRAN
Bentuk Penaksiran Kerja Kursus Peperiksaan Akhir Jumlah % Wajaran 60 40 100
14 - 30
31- 53
54 74
75 81
6 7 8
9 10
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran unit ini anda akan dapat: 1. 2. 3. 4. menjelaskan senario perkembangan pendidikan di Malaysia dari era sebelum penjajahan Inggeris hingga era selepas kemerdekaan seterusnya ke era milenium. menyatakan tokoh-tokoh yang terdapat dalam pendidikan dari era sebelum penjajahan Inggeris hingga era selepas kemerdekaan seterusnya ke era milenium. menjelaskan bagaimana pendidikan yang berlangsung di negara ini dapat membangunkan insan. menjelaskan bagaimana pendidikan yang berlangsung di negara ini dapat membangunkan negara.
PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia kini berada dalam keadaan yang lebih mantap berbanding sebelumnya. Perkara ini disebabkan pendidikan di negara ini dari semasa ke semasa berkembang selaras dengan keperluan dan cabaran; atau dengan kata lain pendidikan mengalami proses kritalisasi, iaitu ke arah yang lebih mantap dan cemerlang. Perkembangan sektor pendidikan dilihat penting dan diberi keutamaan seperti juga sektor-sektor yang lain kerana pendidikan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan, baik kepada pembangunan insan mahupun kepada pembangunan negara. Unit ini akan membincangkan senario perkembangan pendidikan di Malaysia dari era sebelum penjajahan Inggeris sehingga era selepas kemerdekaan seterusnya ke era milenium. Perbincangan juga melibatkan bagaimana pendidikan yang berlangsung di negara ini dapat membangunkan rakyat dari sudut pembangunan insan dan juga pembangunan negara.
ketika sebelum dan selepas tertulisnya Falsafah Pendidikan Negara (FPN) pada tahun 1988; serta pendidikan dalam era milenium.
Bentuk pembelajaran yang berinstitusikan rumah, surau dan masjid secara tidak formal berjalan terus di kalangan orang Melayu sejak beratus-ratus tahun yang silam. . . . Abdullah Ishak 1995, hal. 135.
Bagi golongan bangsawan, pendidikan secara lebih formal berlaku di istana. Guru-guru yang khas diundang untuk mengajar anak-anak raja dan anak-anak para pembesar istana. Jadual belajar, mata pelajaran dan tempat belajar yang lebih khusus ditetapkan. Pelajaran membaca, menulis dan mengira diajarkan selain pelajaran Jawi, bahasa Arab, Fiqh, Tauhid, Al-Quran dan lain-lain. Dalam erti kata lain, kedatangan Islam ketika zaman Kerajaan Melayu Melaka (1403 1511) telah memainkan peranan penting dalam pengembangan ilmu pengetahuan, pendidikan dan dakwah Islamiah di Tanah Melayu dan rantau Nusantara.
pertengahan abad ke-19 iaitu apabila kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu berlaku secara beramai-ramai, kebanyakan sekolah Cina dibiayai oleh kaum Cina sendiri iaitu oleh pertubuhanpertubuhan, persatuan atau orang perseorangan. Penubuhan sekolah tersebut adalah dengan tujuan untuk memastikan pengekalan warisan budaya dan bahasa kaum Cina. Guru-guru dan bahan pembelajaran adalah daripada tanah besar Cina. Pihak Inggeris tidak masuk campur atau menghalang usaha yang dilakukan sehingga Enakmen Pendaftaran Sekolah diadakan pada tahun 1920 yang mana semua sekolah Cina perlu didaftarkan pembukaannya. Apabila Kod Buruh dikuatkuasakan pada tahun 1925, setiap ladang yang ada 10 orang anak-anak berumur persekolahan diwajibkan membuka sekolah. Justeru itu banyak sekolah vernakular Tamil dibuka. Ciri sekolah vernakular Tamil adalah seperti sekolah vernakular Cina, iaitu berorientasikan negara asal. Selain untuk menyelesaikan masalah buta huruf, kurikulum di sekolah Tamil adalah berkisar kepada unsur-unsur kerohanian dan kebudayaan Hindu serta bahasa pertuturan. Bahanbahan pengajaran adalah dibawa masuk dari India. Orang India di Tanah Melayu pada masa itu kebanyakannya masih menumpukan taat setia mereka kepada negara asal. Sebagai contoh, pergolakan politik yang berlaku di India pada ketika itu, juga dirasai kesannya di Tanah Melayu. Justeru elemen dalam kurikulum dan pengajaran banyak dipengaruhi oleh perkara tersebut. Sekolah Inggeris dibuka untuk anak-anak pegawai kerajaan Inggeris pada masa itu selain untuk anak-anak bangsawan dan golongan elit Melayu. R. Hutching telah membuka Penang Free School pada tahun 1816 iaitu sekolah Inggeris pertama. Sekolah Inggeris banyak menerapkan ideologi penjajah termasuk pengekalan ciri-ciri ketuanan Inggeris sebagai penjajah. Selain itu sekolah mubaligh Kristian seperti sekolah Methodist, Katholik dan Anglican juga beroperasi mengikut kehendak mazhab masing-masing. Sistem persekolahan vernakular yang diperkenal adalah sebenarnya tidak bertapak di atas asas yang konkrit apalagi ke arah perpaduan rakyat di nagara ini. Semasa Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu ditakluki oleh tentera Jepun. Kebanyakan sekolah ditutup untuk dijadikan markas tentera Jepun. Beberapa sekolah Nihongo dibuka oleh tentera Jepun. Pada masa itu anak-anak penduduk tempatan telah diminta menghadiri sekolah-sekolah tersebut. Sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh tentera Jepun ini menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar. Mata pelajaran meliputi pelajaran bahasa Jepun, nyanyian lagu-lagu klasik Jepun, kebudayaan Jepun dan kegiatan-kegiatan yang ada kaitannya dengan penerapan nilai ketaatan dan kesetiaan kepada kerajaan dan maharaja Jepun. Jepun pada masa itu menggunakan slogan Asia for Asian iaitu Asia adalah untuk orang Asia. Pendidikan rakyat terus berkembang tanpa mengambil kira soal keperluan kepada kemajuan dan pembangunan Tanah Melayu secara khususnya. Iaitu tiada pembentukan identiti kebangsaan, perpaduan rakyat, apalagi pembangunan unsur insaniah dalam kalangan rakyat. Sistem pendidikan lebih kepada usaha memecahbelahkan rakyat. Bagi peribumi pendidikan bertujuan untuk mengekalkan mereka dengan aktiviti ekonomi yang sedia ada seperti bertani, bersawah atau sebagai nelayan. Bagi etnik pendatang, Inggeris tidak berminat dan bersikap tidak mahu masuk campur berkaitan pendidikan mereka. Justeru pendidikan memberi laluan untuk mengekalkan tumpuan taat setia masing-masing kepada negara asal mereka. Dalam pada itu Inggeris terus mengekalkan kuasa serta pengaruh ketuanan mereka sebagai penjajah. Walau bagaimanapun, beberapa jawatankuasa juga pernah dibentuk bagi mengkaji pelaksanaan pendidikan di Tanah Melayu pada masa penjajahan Inggeris. Jawatankuasa tersebut telah mengeluarkan laporan seperti Laporan Cheeseman (1946), Laporan Holgate (1949), Laporan Barnes (1950) dan Laporan Fenn Wu (1951). Walaupun jawatankuasa tersebut dalam laporannya
telah mencadangkan beberapa cadangan bagi pelaksanaan pendidikan di Tanah Melayu, namun pelaksanaannya tidak dapat dilakukan atas beberapa alasan. Begitu juga dengan Ordinan Pelajaran 1952 yang pernah diwartakan, namun pelaksanaan dan penguatkuasaannya adalah tidak jelas.
Merujuk kepada rujukan yang relevan, apakah cadangan utama yang terkandung dalam: a. Laporan Cheeseman b. Laporan Barnes c. Laporan Fenn Wu
Senaraikan perkara utama yang terkandung dalam Penyata Razak berkaitan dengan pendidikan untuk negara ini.
Akta Pelajaran 1961 diguna pakai sehingga akta baru iaitu Akta Pendidikan 1996 diwarta dan dikuatkuasakan pada 1996. Dalam tempoh itu pelbagai pindaan ke arah yang lebih cemerlang telah dilakukan dari semasa ke semasa berdasarkan kesesuaian masa dan keadaan. Pada
September 1974, satu jawatankuasa dikenali sebagai Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan sistem pendidikan negara yang dilaksanakan sejak tahun 1961. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Mahathir Mohammed iaitu Menteri Pelajaran pada ketika itu. Tujuan Jawatankuasa ini ditubuhkan adalah seperti berikut: Mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang wujud, dengan tujuan untuk mempastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang dan lebih-lebih lagi untuk mempastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. (. . . Laporan Jawatankuasa Kabinet: Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran) Jawatankuasa telah mengeluarkan laporannya pada 7 November 1979 dikenali sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Ringkasnya dikenal sebagai Laporan Kabinet atau Laporan Mahathir. Berdasarkan kepada laporan ini beberapa pindaan telah dibuat ke atas dasar pendidikan negara bagi memberi lebih makna kepada pelaksanaan sistem pendidikan. Laporan jawatankuasa ini lebih banyak memberi penegasan kepada keperluan pendidikan asas 3M (membaca, menulis dan mengira), pendidikan kerohanian dan kurikulum ala Malaysia. Antara lain implikasi daripada laporan tersebut ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) oleh Musa Hitam iaitu Menteri Pelajaran pada tahun 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada 1988 bagi menggantikan kurikulum sedia ada. Selain daripada itu, Laporan Jawatankuasa Kabinet juga merupakan permulaan kepada pembentukan falsafah pendidikan negara yang lebih jelas dan tersurat.
Senaraikan lima perkara utama yang terkandung dalam Akta Pelajaran 1961.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FPK juga menjadi teras kepada sistem pendidikan kebangsaan. FPK ialah gambaran cita-cita serta hala tuju kepada semua usaha dan perjuangan rakyat Malaysia melalui proses pendidikan. Semua program dan aktiviti pendidikan ialah terbitan daripada prinsip dan nilai yang terdapat dalam FPK. FPK yang ideal diikuti dengan kurikulum yang mantap dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah rumusan ke arah kecemerlangan pendidikan, seterusnya mampu mengangkat taraf pendidikan negara ke persada antarabangsa.
Selain itu sebanyak RM1 bilion diperuntukkan bagi merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar. Dalam pada itu agenda perpaduan juga masih diteruskan. Konsep Sekolah Wawasan diperkenalkan bagi tujuan perpaduan. RMKe-9 ialah dari tahun 2006 hingga 2010. Dalam RMKe-9, pendidikan ialah bagi melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama dan bertaraf dunia. Abdullah Ahmad Badawi iaitu Perdana Menteri Malaysia pada masa itu inginkan agar pendidikan dapat melahirkan insan ulul albab. Bagi tujuan ini Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 atau ringkasnya PIPP 2006-2010 diperkenalkan dengan tema Merintis Pembaharuan: Satu Misi Nasional. Dalam PIPP 2006-2010 pembangunan pendidikan ialah berdasarkan enam teras strategik seperti berikut. Membina negara bangsa Membangunkan modal insan Memperkasa sekolah kebangsaan Merapatkan jurang pendidikan Memartabatkan profesion perguruan Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan RMKe-10 ialah dari tahun 2011 hingga 2015. Dalam RMKe-10 sebahagian agenda pendidikan adalah kelangsungan daripada yang telah dirancang dalam RMKe-8 dan RMKe-9. Perkara ini jelas apabila temanya ialah Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia yang merupakan sebahagian daripada yang terkandung dalam RMKe-9. Selain itu perkara-perkara seperti peningkatan akses, ekuiti dan kualiti dalam pendidikan; pendemokrasian untuk mendapatkan pendidikan; dan merapatkan jurang rakyat untuk perpaduan melalui pendidikan masih kekal untuk dilangsungkan. Secara umumnya senario pendidikan di negara ini daripada sebelum penjajahan Inggeris hinggalah ke era milenium kesemuanya adalah tidak terpisah daripada mengambil kira hal-hal berkaitan perpaduan dan kemajuan ke arah pembangunan dan kemakmuran negara.
Apakah yang guru-guru boleh lakukan di sekolah untuk meningkatkan lagi usaha membantu pelajar dari aspek pembangunan insan?
Malaysia pada hari ini lebih mengutamakan modal insan atau pekerja ilmu dalam bidang sains dan teknologi. Tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dalam sains dan teknologi perlu supaya setaraf dengan negara lain. Harapan diletakkan kepada para pelajar lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam mengaplikasikan pengetahuan serta pendidikan yang mereka pelajari apabila berada di alam pekerjaan nanti. Tenaga kerja ini dilatih terlebih dahulu supaya menguasai kemahiran megguna peralatan teknologi seperti teknologi ICT. Dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum. Pendidikan adalah sebagai medium untuk berlakunya mobiliti sosial untuk mencapai matlamat DEB Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai program pendidikan untuk siswazah yang menganggur. Ini salah satu program yang baik supaya tiada antara bekas siswazah yang tercicir dalam menyumbangkan idea, tenaga dan usaha untuk meningkatkan lagi mutu pembangunan negara.
Apakah hujah anda tentang kepentingan pendidikan untuk tujuan pembangunan insan dan negara?
RUMUSAN
Sebagai rumusannya, dapat dikatakan bahawa perkembangan pendidikan di negara ini berlangsung sejak dari zaman dahulu lagi dan berkesinambungan hingga sekarang. Walau bagaimanapun dengan cabaran yang berubah selaras dengan peredaran zaman, pendidikan terus mengalami perkembangan. Fungsi pendidikan juga terus berubah. Fungsi pendidikan kini dilihat sebagai asas untuk kelangsungan sesuatu pembangunan. Antara lain pendidikan yang berlangsung adalah untuk pembangunan insan dan pembangunan negara. Pembangunan insan perlu terlebih dahulu berlangsung sebelum pembangunan yang lain termasuk pembangunan negara dapat dilakukan.
KATA KUNCI
1. Dimensi intrinksik 2. Dimensi sosial 3. Falsafah Pendidikan 4. Minda kelas pertama 5. Mobiliti sosial 6. Modal insan 7. 8. 9. Pembangunan insan Pembangunan negara Pemikiran kreatif dan kritis
PENILAIAN KENDIRI
1. 2. 3. 4. 5. Bandingkan kesan pendidikan kepada pembangunan insan dan negara antara pendidikan dalam era sebelum merdeka dengan pendidikan dalam era selepas merdeka. Jelaskan hubungan antara Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib dengan Akta Pelajaran 1961. Huraikan fungsi pendidikan untuk pembangunan dimensi intrinsik dan pembangunan dimensi sosial pelajar. Jelaskan bagaimana pendidikan dikatakan mampu menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara? Pada pendapat anda apakah akan berlaku jika pembangunan sesebuah negara dilakukan tanpa terlebih dahulu melakukan pembangunan insan.
RUJUKAN
Abd. Fatah Hasan (2001). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdullah Ishak (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa. (1994). Falsafah dan konsep pendidikan (Edisi 2). Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Abu Zahari Abu Bakar (1980). Perkembangan pendidikan di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Akta Pelajaran 1961. Kuala Lumpur: International Law Book Service. (1984). Akta Pendidikan 1996. Kuala Lumpur: MDC Publishers Printers.(1996) Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010. (Edisi Pelancaran). Kuala Lumpur: KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia (1980). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Sufean Hussin (2004). Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran unit ini, anda akan dapat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Mendefinisikan falsafah dan falsafah pendidikan Menjelaskan asas falsafah Barat dan Islam dalam pembentukan FPK Menghubungkaitkan antara ciri-ciri FPK dengan falsafah pendidikan Barat dan Islam Mengenal pasti kandungan dokumen FPK dari aspek yang tersurat dan tersirat Menghuraikan unsur-unsur dan elemen-elemen dalam FPK Menganalisis pendidikan negara dari segi bentuk, proses dan kesan akhir
PENGENALAN
Falsafah pendidikan merupakan panduan dan hala tuju sistem pendidikan sesebuah negara. Setiap negara mempunyai falsafah pendidikan negaranya sendiri yang berbeza daripada falsafah pendidikan negara lain. Di Indonesia, falsafah pendidikannya adalah merupakan hala tuju sistem pendidikan negara itu yang dibina berdasarkan Pancasila yang mengandungi lima prinsip dan menjadoi pedoman hidup rakyat Indonesia. Hal ini tentunya berbeza dengan falsafah pendidikan di Malaysia yang merupakan halatuju sistem pendidikan berdasarkan matlamat negara, dasar-dasar, Prinsip-prinsip Rukun Negara dan sebagainya. Sebelum tahun 1988, falsafah pendidikan tidak dinyatakan secara tersurat. Namun begitu, hasrat dan matlamat pendidikan digambarkan melalui penyata, akta dan laporan-laporan yang ada seperti Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1962 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
Cabang Falsafah
Terdapat empat cabang falsafah iaitu metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Seterusnya akan dihuraikan tentang keempat-empat cabang falsafah berkenaan. Cabang falsafah yang pertama ialah metafisik. Metafizik bermaksud beyond the physical Metafizik ialah cabang falsafah yang membincangkan perkara-perkara yang berkaitan alam, jiwa, roh dan kehidupan. Metafizik cuba menjawab persoalan-persoalan yang tidak dapat diselesaikan secara saintifik seperti tentang hakikat realiiti, kehidupan dan kewujudan tuhan yang ada tetapi tidak dapat dilihat. Sebagai contoh kewujudan alam adalah satu hakikat walaupun tidak dapat dibuktikan.
Cabang falsafah yang kedua ialah epistemologi. Epistemologi merupakan cabang falsafah yang membincangkan tentang teori ilmu pengetahuan. Epistemologi membahaskan secara terperinci segenap proses untuk memperoleh pengetahuan iaitu asal usul pengetahuan, bagaimana seseorang boleh memperoleh pengetahuan berkenaan serta kesahihannya. Terdapat lima jenis ilmu iaitu ilmu wahyu, ilmu empirikal, ilmu intuitif, ilmu autoritatif dan ilmu rasional. Ilmu wahyu diperturunkan dari tuhan kepada manusia sebagai pedoman hidup. Ilmu wahyu adalah seperti yang terdapat dalam al-Quran dan hadis. Keperluan ilmu wahyu ini adalah kerana keterbatasan akal pemikiran manusia. Oleh itu terdapat perkara-perkara tertentu yang akal fikiran manusia tidak mampu untuk memikirkannya. Ilmu empirikal adalah ilmu yang diperoleh berdasarkan pengalaman deria manusia. Sebagai contoh ahli-ahli sains melakukan kajian di makmal atau kajian lapangan bagi membuktikan kebenaran sesuatu hipotesis. Dalam kajian yang dilakukan data-data empirikal mungkin diperoleh melalui deria penglihatan seperti memerhatikan pertukaran warna kertas litmus bagi menentukan keasidan sesuatu bahan atau membaca perubahan nilai pada sesuatu alat ukur yang digunakan. Berdasarkan data-data empirikal yang diperoleh ini barulah sesuatu hipotesis itu dapat dibuktikan kesahihannya. Ilmu intuitif pula merupakan ilmu yang diperoleh melalui celik akal atau ilham. Ilham sangat subjektif mengikut idea yang mampu diperoleh oleh seseorang. Dalam menyelesaikan masalah,yang sama, orang yang berbeza menyelesaikannya dengan kaedah yang berbeza kerana idea yang berbeza walaupun tujuannya sama iaitu untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Ilmu autoritatif adalah ilmu yang berdasarkan kepada kuasa atau autoriti yang dipunyai oleh seseorang. Contohnya, seseorang doktor ialah orang yang mempunyai autoriti dalam memberikan ubat yang sesuai untuk pesakitnya. Autoriti ini diperoleh berdasarkan ilmu yang dipunyai oleh doktor kerana mengkhusus dan mendalami bidang perubatan. Justeru, ubat yang diberikan oleh seseorang doktor diyakini oleh pesakit akan mampu membantu menyembuhkan penyakit yang dihidapi. Manakala ilmu rasional adalah berdasarkan pemikiran logik manusia. Manusia menggunakan kemampuan pemikiran logik akalnya dalam menentukan tindakannya. Begitu juga dalam menghujahkan sesuatu perkara, manusia menggunakan logik akal bagi memastikan sesuatu penghujahan diterima. Namun begitu, oleh kerana secara semula jadi akal pemikiran manusia terbatas, maka kadang kala apa yang difikirkan logik oleh manusia, hakikatnya ia tidak benar. Seterusnya ialah cabang falsafah yang ketiga iaitu aksiologi. Aksiologi juga dikenali sebagai teori nilai di mana cabang falsafah ini membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai. Nilai ini dikategorikan kepada dua iaitu nilai etika dan nilai estetika. Etika adalah berkaitan dengan peraturan, nilai moral, tingkah laku, adat dan sebagainya. Tujuannya adalah ke arah kebaikan iaitu memastikan seseorang itu bertanggung jawab sebagai individu, ahli keluarga, ahli masyarakat, rakyat sesebuah negara dan juga sebagai hamba kepada tuhannya. Estetika pula adalah nilai yang berkaitan dengan keindahan dan kesenian. Adakah nilai bersifat objektif atau subjektif? Dalam banyak hal, seringkali sesuatu nilai itu dikatakan bersifat subjektif. Sebagai contoh nilai yang ingin diberikan kepada sesuatu objek sama ada cantik atau tidak adalah bergantung kepada penilainya. Si A mungkin mengatakan objek A cantik tetapi si B pula mungkin tidak bersetuju. Nilai yang diberikan terhadap objek berkenaan dikaitkan dengan perasaan individu yang menilainya. Oleh kerana perasaan individu berbeza, maka nilai yang diberi juga berbeza. Namun begitu, sesuatu nilai boleh juga bersifat objektif. Sesuatu peraturan bertulis yang telah ditetapkan perlu dipatuhi oleh seseorang pekerja adalah bersifat objektif. Jika seseorang pekerja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan berkenaan, maka ia telah ingkar terhadap peraturan, walau siapapun pegawai yang menilai tingkahlakunya. Dalam hal ini nilai adalah objektif dan tidak bergantung kepada si penilai sebaliknya bergantung kepada peraturan bertulis yang telah ditetapkan.
Cabang falsafah logik pula merupakan bidang falsafah yang berkaitan dengan penaakulan manusia. Dalam penaakulan, manusia menggunakan rasional bagi sesuatu perkara, kejadian atau tindakan. Walaupun akal fikiran manusia terbatas, berdasarkan pertimbangan logik membolehkan seseorang itu bertindak dengan alasan yang boleh diterima dan tidaklah bertindak sesuka hati, Penaakulan yang dilakukan oleh manusia boleh jadi secara logik induktif atau logik deduktif. Logik induktif adalah apabila seseorang itu membuat kesimpulan atau generalisasi berdasarkan beberapa contoh atau kejadian khusus. Logik deduktif pula adalah apabila suatu kesimpulan atau generalisasi digunakan dalam perkara atau situasi khusus.
satunya.
Apakah perbezaan antara logik induktif dan logik deduktif? Berikan contoh bagi setiap
dan William James. Fokusnya ialah terhadap pengalaman. Mazhab pragmatisme berpendapat alam semesta tidak statik; sebaliknya bersifat dinamik iaitu sentiasa mengalami perubahan. Manusia adalah mahkluk yang mengalami pertumbuhan dan perkembangan serta berada dalam alam semesta. Setiap hari manusia memperoleh pengalaman melalui proses kehidupan yang dilaluinya. Justeru, mazhab ini berpendapat realiti bagi sesuatu yang hanya ada dalam pemikiran tanpa pengalaman adalah sukar untuk dipastikan. Sebagai contoh, kehidupan selepas mati merupakan suatu konsep yang berada dalam pemikiran kita sebagai manusia. Adakah sesiapa antara anda yang mempunyai pengalaman berkaitan kehidupan selepas mati? Jawapannya, tentulah tidak mungkin bagi manusia yang masih hidup mempunyai pengalaman berkaitan kehidupan selepas mati. Oleh itu, dapatkah anda rumuskan pandangan mazhab pragmatisme terhadap konsep metafizik? Dari sudut epistemologi, pengetahuan adalah hasil dari pengalaman yang diperoleh oleh manusia melalui perhubungannya dengan persekitaran. Oleh kerana pengetahuan manusia sentiasa berubah setiap hari lantaran pengalaman yang dilalui, maka kebenaran juga akan berubah. Dari sudut aksiologi pula, ia sangat bergantung kepada situasi iaitu dari aspek mana sesuatu nilai itu hendak dilihat dan diaplikasikan. Mazhab falsafah eksistensialisme yang juga dikenali sebagai falsafah orang Eropah, dipelopori oleh tokok-tokoh seperti Soren Kierkegaad, Friedrich Wilhelm Nietzsche dan Martin Buber. Seperti mazhab pragmatisme, mazhab eksistensialisme juga mengutamakan pengalaman. Fokusnya ialah terhadap kebebasan individu iaitu setiap individu bebas menentukan hala tuju bagi mencapai kesejahteraan diri. Dari sudut metafizik, realiti ialah suatu kewujudan yang bersifat individu. Perkembangan individu berlaku selepas kewujudannya di mana individu bebas menentukan persekitaran bagi menambah pengalamannya. Dari segi epistemologi, ilmu pengetahuan seseorang adalah berpunca dari pengalaman dengan persekitarannya. Oleh kerana individu bebas menentukan persekitarannya, maka semakin banyak interaksi seseorang itu dengan persekitarannya, maka semakin banyaklah pengalaman yang diperoleh. Dari sudut aksiologi pula, mazhab eksistensialisme berpendapat persoalan nilai adalah bersifat relatif kepada individu. Hal ini bermakna, seseorang itu bebas menentukan sesuatu nilai yang diterima atau sebaliknya; tidak bergantung kepada individu lain atau ahli masyarakatnya.
guru merupakan orang yang pakar dan ilmunya tidak boleh dipersoalkan. Murid hendaklah menerima ilmu yang disampaikan oleh guru. Peranan sekolah ialah menyediakan generasi muda agar mereka berupaya untuk hidup dalam masyarakat kelak. Bagaimana pula dengan mazhab falsafah pendidikan esensialisme? Antara tokoh mazhab ini ialah William Bagley, Thomas Briggs dan Frederick Breed. Pendidikan adalah bertujuan untuk menyampaikan warisan budaya dan sejarah yang terkumpul dan berkekalan buat sekian lama. Mazhab ini berpendapat, ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap adalah penting untuk disampaikan kepada generasi muda. Kurikulum adalah berpusatkan mata pelajaran. Di peringkat sekolah rendah, fokusnya adalah terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di peringkat sekolah menengah pula, fokus adalah terhadap mata pelajaran, matematik, sains, bahasa, kesusateraan dan ilmu kemanusiaan. Peranan guru adalah sangat penting. Guru adalah sebagai pakar yang menguasai bidangnya dan role model. Oleh itu guru perlu dihormati kerana kepakaran dan kewibawaannya. Sekolah adalah sebagai tempat di mana pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap bagi menyediakan mereka menjadi ahli masyarakat yang berguna. Oleh itu, sekolah hendaklah menyebarkan kepada pelajar warisan budaya dan sejarah mengikut disiplin-disiplin yang ada. Mazhab progresivisme dipelopori oleh ahli-ahli falsafah seperti Charles Pierce, William James dan John Dewey. Mazhab ini meletakkan persekitaran dan masyarakat sebagai faktor penting dalam pembentuk generasi masa hadapan. Individu yang dilahirkan di dunia ini diibaratkan sebagai sehelai kain putih. Oleh itu pendidikan berperanan mencorakkan manusia mengikut persekitaran dan masyarakatnya. Kurikulum adalah berfokuskan kepada mata pelajaran sains sosial dan merentas disiplin. Progresivisme meletakkan pelajar sebagai orang yang mampu mengenal pasti keperluan dan minat sendiri. Oleh itu peranan guru adalah sebagai fasilitator atau pembimbing yang akan membantu pelajar dalam aktiviti atau dalam mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Mazhab rekonstuksionisme merupakan mazhab moden falsafah pendidikan Barat yang dipelopori oleh George Counts dan Harold Rugg. Mazhab ini memberi perhatian terhadap pembentukan semula masyarakat iaitu untuk perubahan dan reformasi sosial. Tujuan pendidikan adalah untuk menyedarkan pelajar tentang masalah-masalah sosial, ekonomi dan politik yang berlaku. Oleh itu, proses pembelajaran merupakan proses yang aktif di mana pelajar diberi pendedahan terhadap masalah yang berlaku dalam masyarakat semasa. Seterusnya, pelajar dilatih untuk mengatasi masalah-masalah yang ada agar masalah yang berlaku tidak diteruskan oleh masyarakat akan datang. Kurikulum yang disediakan mengandungi masalah-masalah sosial, ekonomi dan politik yang berlaku dalam masyarakat. Peranan guru adalah sebagai pembimbing iaitu membimbing pelajar agar sedar dan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Seterusnya pelajar dibimbing serta dilatih untuk menyelesaikan masalah agar mereka memperoleh kemahiran dalam mengatasi masalah yang dihadapi kelak. Peranan sekolah adalah sebagai agensi utama dalam pembinaan semula masyarakat yang menggerakkan perubahan sosial, ekonomi mahupun politik sesuai dengan masyarakat akan datang.
Buat peta minda yang menggambarkan pandangan mazhab-mazhab falsafah pendidikan Barat iaitu perenialisme, esensialisme, progresivisme dan rekonstruksionisme.
Falsafah Islam
Falsafah dalam Islam adalah berteraskan kepada ketetapan Allah swt. Falsafah bermaksud penaakulan bijaksana untuk mencari kebenaran dan kebenaran itu perlulah diamalkan. Kebenaran hendaklah menjadi amalan dalam setiap aktiviti kehidupan manusia agar hidup bermakna dan mendapat kebaikan. Dari sudut metafizik, kewujudan alam dan makhluknya adalah berdasarkan ketentuan Allah swt. Setiap yang berlaku boleh dirujuk kepada al-Quran atau wahyu Allah swt. Epistemologi dalam falsafah Islam menjadikan ilmu wahyu sebagai sumber utamanya kerana keterbatasan kemampuan akal manusia. Walaupun seseorang itu bijak dan cemerlang, terdapat perkara-perkara tertentu yang di luar kemampuan akal dan mindanya untuk difikirkan. Namun begitu, penggabungan ilmu wahyu dan ilmu akal adalah bagi membolehkan manusia memahami setiap peraturan atau hukum yang telah ditentukan oleh Allah swt. Dari sudut aksiologi, nilai adalah bersifat mutlak. Suatu nilai yang baik adalah seperti yang telah ditentukan oleh Allah swt dan nilai ini kekal dan tetap tanpa mengira masa dan tempat. Nilai seperti ketentuan Allah swt adalah tidak bertentangan dengan penerimaan akal manusia. Dari segi logik, walaupun manusia boleh menggunakan akal fikiran untuk berfikir secara logik dan rasional, namun manusia tidak boleh menggunakan pemikiran logik semata-mata. Setiap tindakan hendaklah merujuk kepada konsep ketuhanan kerana pemikiran logik manusia adalah terbatas walau sebijak mana sekalipun seseorang itu.
utama yang menjadi asas dalam Akta Pelajaran 1961 iaitu Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960 dan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 menjadikan usaha untuk merealisasikan perpaduan antara kaum di Malaysia semakin mendesak. Ekoran peristiwa berkenaan, beberapa langkah telah dilakukan oleh kerajaan seperti melaksanakan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan dalam kalangan rakyat. Rukun Negara juga telah diperkenalkan pada tahun 1970 yang menggariskan lima prinsip seperti berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan Satu jawatankuasa telah ditubuhkan pada September 1974 bertujuan untuk mengkaji sistem pendidikan kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak lepas merdeka. Jawatankuasa ini yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan telah menyiapkan laporannya pada 1979 atau lebih dikenali sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Ekoran dari hasil laporan berkenaan, sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan di mana Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan. Walaupun sehingga peringkat ini falsafah pendidikan negara secara tersurat tidak dinyatakan dalam manamana dokumen, hasrat dan matlamat pendidikan negara dinyatakan dalam Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) secara bertulis telah digubal pada tahun 1987 dan diperkenalkan pada tahun 1988. Kandungan FPN adalah seperti berikut: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Tahukah anda bahawa FPN ini telah dimurnikan? FPN telah dimurnikan pada tahun 1996 dan dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Berikut adalah pernyataan FPK: "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
FPK menggambarkan hasrat negara untuk menghasilkan warganegara yang baik iaitu insan yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, sejahtera diri dan mampu menjaga keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Hasrat negara ini dijayakan melalui pendidikan yang merupakan proses yang berterusan. Selain daripada itu, FPK juga menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan yang dlaksanakan di negara ini.
Huraian Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1. Pendidikan ialah satu usaha berterusan
Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan Pendidikan ialah satu usaha berterusan? Pendidikan merupakan suatu proses yang berlaku dalam diri seseorang bermula sejak dalam kandungan sehingga ke akhir hayat. Sepanjang tempoh sejak lahir hingga ke akhir hayat, pendidikan yang berlaku merupakan proses pemerolehan dan pemindahan secara berterusan melibatkan: Pengetahuan Nilai murni Kemahiran Pendidikan berterusan melibatkan 3 peringkat iaitu Peringkat Awal, Peringkat Sekolah dan Peringkat Lepas Sekolah. Pada Peringkat Awal, pendidikan yang diperoleh adalah secara tidak formal yang memberi penekanan terhadap aspek-aspek berikut: Pertuturan Bimbingan agama Asuhan budi pekerti Penjagaan kesihatan Perhubungan fizikal Di rumah, seseorang kanak-kanak menerima pendidikan asas yang melibatkan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Sejak lahir, seseorang kanak-kanak dididik untuk makan, minum, bertutur, mengenali anggota badan, mengenali ahli keluarga, membersihkan diri, menguruskan diri dan sebagainya. Kanak-kanak juga dididik oleh ibu bapa dan ahli keluarganya dari segi adab sopan dan budi pekerti seperti adab makan, adab bertutur, tingkah laku yang boleh dan tidak boleh diamalkan dan sebagainya. Pada peringkat awal ini juga, kanak-kanak menerima pendidikan asas semasa di tadika sebagai kesinambungan pendidikan yang diterima di rumah. Sebagai contoh, seseorang kanak-kanak diajar oleh ibu bapa serta ahli keluarganya untuk bertutur agar memahami dan dapat berkomunikasi menggunakan bahasa. Sepanjang di tadika, kanak-kanak terus belajar untuk berkomunikasi melaui didikan pengasuh atau guru pendidikan awal kanak-kanak. Semasa di tadika juga kanak-kanak belajar berkomunikasi dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa belajar atau bermain serta pengasuh atau guru yang bukan dalam kalangan ahli keluarga mereka. Pada peringkat sekolah, murid-murid mendapat pendidikan formal yang melibatkan dua peringkat persekolahan iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah. Pada peringkat ini, penekanan adalah terhadap aspek-aspek berikut: Perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran Penghayatan agama dan nilai murni
Perkembangan bakat dan potensi Pembentukan jati diri Proses pendidikan berterusan sehingga ke Peringkat Lepas Sekolah. Selepas alam persekolahan, pendidikan terus berlaku semasa seseorang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi, di tempat kerja mahupun dalam komuniti. Selain daripada itu, pendidikan terus berlaku secara pembelajaran kendiri sama ada melalui media massa atau melalui internet. Pada Peringkat Lepas Sekolah, penekanan adalah terhadap: Peningkatan perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran Penghayatan agama dan nilai murni Penyesuaian hidup Perkembangan bakat dan potensi
Pendidikan berterusan melibatkan Peringkat Awal, Peringkat Sekolah dan Peringkat Lepas Sekolah. Huraikan bagaimana murid-murid memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran di Peringkat Sekolah?
2.
Apakah yang dimaksudkan dengan potensi? Potensi merupakan bakat, kebolehan atau keupayaan yang ada pada seseorang individu. Sejak lahir individu memiliki pelbagai keupayaan. Namun begitu, tidak semua bakat atau keupayaan dapat dilihat dengan jelas kerana sebahagiannya lagi adalah terpendam dalam diri individu. Sehubungan dengan itu, pendidikan berperanan memperkembangkan potensi murid optimum sehingga individu mencapai ke tahap cemerlang. Usaha ini memerlukan bakat yang ada pada setiap individu dicungkil dan dipertingkatkan secara berterusan dan hal ini bukanlah suatu usaha yang mudah sebaliknya perlu dirancang dan dilaksanakan secara teratur dan bersungguh-sungguh. Potensi individu dilihat dari empat aspek iaitu: Intelek Rohani Emosi Jasmani Berikut dihuraikan empat potensi berkenaan seperti yang ditegaskan dalam FPK. i. Intelek Potensi intelek merupakan keupayaan mental iaitu yang berkaitan dengan akal dan daya fikir yang dimiliki oleh seseorang. Tidak dapat dinafikan, intelek merupakan unsur penting dalam perkembangan sesuatu bidang ilmu. Perkembangan potensi intelek adalah bagi memastikan seseorang itu memperoleh yang berikut: Mempunyai kemahiran asas 3M (Menulis, membaca, mengira) Berfikir secara kreatif dan kritis Mendapatkan, meningkatkan dan menyebarkan ilmu Memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain Dalam hal ini, perkembangan potensi intelek adalah merujuk kepada bidang ilmu yang bermanfaat di samping membawa kepada kemakmuran dan kesejahteraan manusia dan alam sekitar serta tidak bertentangan dengan agama. Pemikiran kreatif adalah ke arah melahirkan rakyat yang inovatif tetapi kritis dalam menjangkakan kesan dan akibat sesuatu pembaharuan kepada manusia
sejagat dan alam agar sesuatu pembaharuan atau perubahan itu tidak membawa kepada kemudaratan dan kerosakan. ii. Rohani Potensi rohani adalah berkaitan dengan jiwa dan kalbu yang melibatkan hubungan seseorang dengan tuhan. Keteguhan rohani adalah penting bagi melahirkan individu yang murni akhlak dan insaf kepada Pencipta. Oleh itu, unsur rohani dikembangkan bagi membentuk individu seperti berikut: Menyedari dan menginsafi adanya Pencipta Menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta Menyedari dan menginsafi tanggung jawab Membentuk akhlak mulia Memupuk dan membina disiplin kendiri iii. Emosi Emosi adalah berkaitan dengan jiwa dan perasaan seseorang. Pembangunan emosi dititik beratkan kerana emso mempengaruhi seseorang dalan tingkahlaku dan tindakannya. Dalam FPK, perkembangan emosi adalah bagi memastikan yang berikut: Perasaan tenang dan tingkahlaku terkawal Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan Menghargai serta menilai keindahan dan kesenian iv. Jasmani Potensi jasmani merupakan keupayaan psikomotor yang dimiliki oleh seseorang. Ia berkaitan dengan kecergasan fizikal diri manusia. Perkembangan unsur jasmani adalah bagi memastikan seseorang individu berkeupayaan seperti yang berikut: Menjaga kesihatan badan Melakukan riadah Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulatif Memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari Menggunakan tenaga fizikal untuk berdikari Menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan rakyat Berusaha meningkatkan daya pengeluaran Sebagai sebuah negara yang merdeka, keperluan terhadap tenaga manusia untuk membangunkan negara tidak dapat dinafikan. Adalah penting bagi rakyat Malaysia sihat, berkemahiran dan cergas tubuh badan agar dapat menjadi insan yang mampu melaksanakan apa sahaja tugas dan bidang yang diceburi. Sekiranya rakyat sesebuah negara tidak cergas serta tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diperlukan oleh negara, tentulah sukar bagi negara berkenaan maju dan membangun. Malaysia sebagai sebuah negara yang bakal menjadi negara maju pada tahun 2020 tentulah memerlukan rakyat yang cergas, sihat, memiliki kemahiran dan kepakaran untuk terus membangunkan negara dan bersaing di peringkat global.
3.
Perkembangan keempat-empat potensi iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah bagi membolehkan penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai. Ilmu, kemahiran dan nilai diperlukan oleh manusia dalam memenuhi pelbagai keperluan kehidupannya, Oleh itu, perkembangan keempatempatnya hendaklah dilakukan secara menyeluruh kerana kesemuanya adalah sama penting.
Kesemua potensi juga hendaklah hubungkaitkan antara satu dengan yang lain dan dikembangkan secara bersepadu bukannya satu persatu. Perkembangan potensi-potensi ini adalah berpaksikan prinsip ketuhanan iaitu penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai tidak boleh bertentangan dengan prinsip ketuhanan.
4.
Keseimbangan adalah penting bagi memastikan tiada mana-mana aspek yang diberi perhatian lebih dan ada pula aspek tertentu yang terabai. Manusia yang sejahtera merupakan manusia yang pembangunan dirinya berlaku secara menyeluruh melibatkan semua potensi diri. Dalam hal ini, ia boleh jadi insan yang berjaya dalam kerjayanya, bersyukur dengan nikmat yang diterima tetapi pada masa yang sama sedia berhadapan dengan segala cabaran dan rintangan yang dihadapi, bertingkah laku baik, tidak mementingkan diri sendiri dan sedia membantu orang lain serta prihatin. Sebaliknya, seseorang yang bijaksana dan mampu menjawat jawatan yang memberikan pendapatan lumayan belum tentu kehidupannya harmonis jika pada masa yang sama tidak berbudi pekerti mulia, tidak menghormati orang lain dan tidak menunaikan tuntutan agama. FPK jelas menegaskan bahawa pembangunan insan hendaklah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi membolehkan manusia menjalani kehidupan dengan harmonis; seterusnya membentuk keluarga, masyarakat dan negara yang aman dan damai.
5.
Kepercayaan kepada Tuhan merupakan prinsip pertama Rukun Negara. Mempunyai kepercayaan beragama serta mematuhi dan mengamalkan segala perintah agama adalah penting dalam mengawal diri individu. Dalam FPK, pembangunan diri individu adalah berpaksikan ketuhanan iaitu: Mengakui wujudnya Pencipta Mengakui manusia dan alam dijadikan oleh Pencipta Mengetahui bahawa hukum dan fenomena alam adalah peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta Melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan Menyedari bahawa manusia dijadikan untuk memakmurkan alam Mengikuti dan mengamalkan ajaran agama Meningkatkan dan mengukuhkan kepercayaan beragama Menyedari bahawa manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatannya Setiap individu perlu yakin wujudnya Pencipta yang mencipta manusia dan alam. Hukum dan fenomena alam hendaklah difahami dan dipatuhi agar kesejahteraan dan kemakmuran terpelihara. Manusia yang dijadikan oleh Pencipta adalah dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan mentadbir alam. Sekiranya amanah ini diabaikan boleh membawa kepada bencana dan malapetaka yang boleh mengganggu kesejahteraan dan kemakmuran manusia dan alam.
6.
Ilmu adalah kuasa. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia hendaklah sentiasa berusaha bukan sahaja mendapatkan ilmu pengetahuan tetapi juga meningkat dan menyebarkan ilmu pengetahuan. Namun, haruslah diingat bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh hendaklah digunakan ke arah kebaikan bukan sahaja kepada diri individu itu sendiri bahkan kepada orang lain di sekelilingnya, masyarakat dan negara. Ilmu pengetahuan yang disalahguna pasti membawa kepada
kemudaratan dan kehancuran. Dalam FPK, usaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah bagi memastikan rakyat yang mempunyai ciri-ciri berikut: Mencintai ilmu pengetahuan Gemar membaca Sentiasa menambah ilmu pengetahuan Memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain Berfikiran luas dan terbuka Meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan Ilmu pengetahuan tidak bersifat statik. Perkembangan ilmu pengetahuan terus berlaku dengan pesat dari semasa ke semasa. Bagi membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, konsep pendidikan sepanjang hayat hendaklah menjadi amalan agar ilmu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang terus dikemaskini selari dengan perkembangan ilmu yang berlaku. Oleh itu, setiap individu tidak boleh berpuas hati denga ilmu yang ada padanya pada satu-satu ketika.
7.
Seseorang yang berakhlak mulia merupakan orang yang menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, bertingkah laku baik, berdisiplin serta bersopan santun. Dalam FPK, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia yang dimaksudkan merangkumi aspek-aspek berikut: Mengetahui nilai baik dan buruk Menyedari kesan daripada perbuatan baik dan buruk Menghayati nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan Mengamalkan perlakuan baik dan menghindari perlakuan buruk Yakin kepada nilai murni Rakyat Malaysia dituntut agar berakhlak mulia sesuai dengan amalan budaya ketimuran. Sifat ini jika dihayati dan diamalkan boleh menjadi perwatakan rakyat Malaysia yang diingini.
8.
Pendidikan berperanan melahirkan rakyat Malaysia yang amanah, produktif dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Dalam FPK, ditegaskan bahawa pendidikan hendaklah melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab seperti berikut: Menyedari tugas dan tanggungjawab adalah amanah Menyedari tugas dan tanggungjawab mesti dilaksanakan dengan sempurna Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah Sentiasa mempertingkatkan daya pengeluaran Mematuhi peraturan dan undang-undang negara Berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara
9.
Seseorang yang berketerampilan merupakan orang yang kompeten dan cekap dalam melaksanakan sesuatu kerja. Sehubungan dengan itu, pendidikan hendaklan dapat melahirkan rakyat yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan seperti yang ditekankan dalam FPK: Memiliki pengetahuan dan kelayakan yang sesuai dengan tugas
Melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna Mempunyai kemahiran dalam menjalankan tugas Dalam usaha menjadi negara maju menjelang tahun 2020, negara sangat memerlukan tenaga kerja yang berketerampilan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi terus membangunkan negara.
10.
Kesejahteraan diri adalah penting dalam kehidupan manusia. Terdapat manusia yang kaya raya, berkelulusan tinggi dan berpangkat besar tetapi kehidupannya tidak sejahtera. Sebagai contoh terdapat manusia yang kaya raya tetapi sentiasa risau akan kehilangan hartanya atau mungkin sentiasa diancam oleh pihak lain. Terdapat juga manusia yang berkelulusan tinggi tetapi kehidupannya tidak bahagia. Dalam hal ini, kekayaan, kelulusan tinggi serta pangkat tidak menjamin kesejahteraan hidup. Seharusnya seseorang itu bukan sahaja mampu memiliki harta, berpendidikan dan berkelulusan tinggi tetapi juga kehidupannya sejahtera, aman dan bahagia. Oleh itu, bagi mencapai kesejahteraan, seseorang itu haruslah: Fikiran yang waras, jiwa tenang dan badan yang sihat Mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup Mewujudkan perhubungan baik
Rakyat Malaysia yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara
Perpaduan adalah sangat penting bagi sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Dengan adanya perpaduan dalam kalangan rakyat, dapat hidup dalam keadaan aman damai, tenteram dan harmoni. Keharmonian dan kemakmuran sesebuah negara dihasilkan oleh masyarakat yang harmoni dan makmur. Masyarakat yang harmoni dan makmur pula adalah berasaskan kepada keluarga yang harmoni dan makmur. Keadaan negara yang harmoni dan makmur dapat menjamin perkembangan ekonomi serta pembangunan negara dalam semua bidang. Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia perlu terlatih dan mahir dalam pelbagai bidang agar menjadi modal insan yang produktif dan inovatif. Kemahiran dan kecekapan dalam menggunakan teknologi juga perlu bagi meningkatkan produktiviti dan seterunya memberi sumbangan terhadap pembangunan negara. Dalam FPK, hal ini ditegaskan seperti berikut: Memupuk keharmonian keluarga Memupuk perpaduan melalui semangat kerjasama, berbakti, toleransi, kekitaan, dan hormat-menghormati Memajukan ekonomi ke arah perkembangan bangsa dan negara dengan menggunakan sains dan teknologi Mengekalkan kestabilan negara Mematuhi, mengekal dan mempertahankan perlembagaan Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara Bersemangat patriotik dan cintakan negara Jelas bahawa pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu, tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap peringkat yang berkaitan dengan individu bermula dari keluarga dan seterusnya masyarakat serta negara. Justeru, rakyat Malaysia hendaklah berkebolehan dalam dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran serta sentiasa rajin berusaha untuk meningkatkan kemajuan ekonomi keluarga. Rakyat Malaysia juga hendaklah
mengamalkan sikap toleransi di antara satu sama lain, saling hormat menghormati dan berkerjasama bagi mencapai perpaduan, kesejahteraan dan kestabilan negara.
RUMUSAN
Berdasarkan pernyataan FPK, dapatlah dirumuskan bahawa proses pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Justeru itu, kesan akhir pendidikan adalah untuk pembangunan diri insan secara menyeluruh dan seimbang agar menjadi individu, ahli keluarga, ahli masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti ke arah keluarga, masyarakat dan negara yang aman damai dan bersatu padu.
KATA KUNCI
1. Falsafah 2. Metafizik 3. Epistemologi 4. Aksiologi 5. Logik 6. Etika 7. 8. 9. Mazhab falsafah Potensi individu Intelek
Haikal adalah seorang pelajar tingkatan 1 di salah sebuah sekolah menengah. Haikal berpendapat bahawa kebenaran segala maklumat berkaitan perkara yang dipelajari ditentukan oleh guru kerana guru merupakan orang yang pakar dalam bidangnya.
Cara dan gaya pembelajaran Faizal adalah selaras dengan aliran falsafah ____________ A. B. C. D. 3. perenialisme dan esensialisme. parenialisme dan progresivisme. esensialisme dan rekonstruksionisme. progresivisme dan rekonstruksionisme.
Manakah antara berikut yang memberi gambaran bahawa kurikulum di negara ini adalah juga berasaskan kepada falsafah Rekonstruksionime? A. B. C. D. Perlantikan guru pakar sebagai mengiktirak kepakaran guru dalam bidangnya. Pelajar disediakan dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk dunia pekerjaan mereka. Banyak mata pelajaran baru dan pendekatan pengajaran baru telah dapat diperkenalkan selaras dengan perkembangan teknologi. Masalah sosial masyarakat dapat dikurangkan dengan pengintegrasian unsurunsur nilai murni dan partriotisme dalam pelaksanaan kurikulum.
4.
Manakah antara berikut adalah benar tentang Falsafah Pendidikan Islam? I. II. III. IV. A. C. Pendidikan adalah usaha yang berterusan. Pendidikan bertujuan mencari kemewahan hidup. Pendidikan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi individu dalam masyarakat. Pendidikan adalah ke arah perkembangan seimbang diri individu dan masyarakat. I dan II sahaja. II dan III sahaja. B. D. I dan IV sahaja. III dan IV sahaj.a
5.
Pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan membawa konsep bahawa perkembangan potensi individu adalah secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu. Manakah antara berikut ialah implikasi kepada konsep tersebut? I. II. III. IV. A. C. Perkembangan bersepadu intelek, rohani, emosi dan jasmani. Konsep meritokrasi dalam mendapatkan pendidikan. Penerapan nilai murni dalam pengajaran semua mata pelajaran. Penubuhan lebih banyak institusi latihan kemahiran untuk melatih tenaga kerja. I dan IV sahaja. II dan IV sahaja. B. D. I dan III sahaja. II dan III sahaja.
Latihan Esei
1. Berdasarkan pemahaman anda, buat satu peta minda atau jadual bagi meringkaskan huraian kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. 3. 4. 5.
Bandingkan falsafah pendidikan barat dan falsafah pendidikan Islam dari aspek metafizik, epistemologi dan aksiologi. Berdasarkan contoh-contoh, jelaskan bagaimanakah falsafah pendidikan Islam mempengaruhi pendidikan di Malaysia? Jelaskan bagaimana FPK dapat melahirkan warganegara Malaysia yang cemerlang? Pada pendapat anda bagaimanakah potensi individu pelajar dapat dikembangkan menerusi pendidikan?
RUJUKAN
Abdul Rahman Haji Abdullah. (2005). Wacana falsafah imu: analisis konsep-konsep dan Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Rahman Arof & Zakaria Kasa (1994). Falsafah dan konsep pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan Yusof Boon. (2008). Falsafah pendidikan kontemporari. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Kneller, G.F. (1971). Introduction to the philosophy of education. (2nd Edition). New York: John Wiley & Sons. Inc. Ornstein, A.C. & Hunkins, F.P. (1998). Curriculum: foundation, principles, and issues. (4th Edition). Boston: Allyn and Bacon. Sharifah Alwiyah Alsagoff. (1985). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann. Sufean Hussin. (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
UNIT 3 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG): PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran unit ini, anda sepatutnya dapat:; 1. Menganalisis kandungan Falsafah Pendidikan Guru Malaysia. 2. Mensintesis pemikiran dan amalan dalam profesion keguruan. 3. Mewatakkan ciri-ciri guru yang unggul.
PENGENALAN
Seorang guru yang baik itu boleh dilahirkan melalui pendidikan. Guru yang baik ibarat lilin yang membakar diri, begitulah insan yang bergelar guru. Mengapakah guru diumpamakan sebagai lilin yang sedang menyala? Itulah yang dinamakan pengorbanan. Untuk apakah pengorbanan yang dilakukan oleh insan yang bergelar guru? Maka di sinilah pegangan dan kepercayaan guru terhadap profesionnya memainkan peranan penting. Seorang guru mendapat gelaran cikgu kerana pengiktirafan terhadap ilmunya. Gelaran cikgu terpahat kekal walaupun jasadnya sudah berada di liang lahad. Guru adalah segala-galanya seperti mana yang diungkapkan oleh Pullias & Young (1968). Tugas guru bagaikan pelukis yang menaburkan warna di atas kanvasnya untuk menghasilkan karya seni yang agung. seorang guru bagaikan arkitek yang merangka bangunan yang tersergam hebat meniti zaman. Seorang guru bagaikan jurutera yang menghasilkan binaan teguh merentas zaman. Insan guru juga bagaikan doktor pakar yang mengenalpasti punca masalah kesihatan dan merawat sehingga sembuh. Malah guru diminta oleh masyarakat untuk memberikan lebih dari itu. Dari manakah guru beroleh kesanggupan untuk menerima bebanan itu? Kesungguhan guru telah meletakkan kedudukannya yang tinggi kerana mengajarkan ilmu itu satu sedekah dan sedekah itu satu ibadah yang dijamin ganjarannya di akhirat kelak. Guru sebagai agen sosialisasi dan agen perubahan memainkan peranan penting untuk mentransformasikan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menerusi kurikulum untuk disasarkan kepada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah. Apa yang diamalkan oleh guru-guru adalah pancaran dari pemikiran mereka terhadap pendidikan. Untuk itu Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1982 telah mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) sebagai satu panduan ke arah pembentukan profesionalisme keguruan di Malaysia.
bukan?
Merujuk kepada Kamus Dewan IV (2005) guru membawa erti pendidik, pengajar, pengasuh. Dari kata dasar guru, maka terbitlah perkataan keguruan dan perguruan yang digunakan dalam memahami proses pendidikan. Dalam kamus yang sama perkataan perguruan diertikan Yang berkaitan dengan guru, institusi yang melatih guru ... Dalam hal memahami makna perkataan perguruan dan keguruan, Awang Had Salleh (1985) telah memberikan makna yang mudah dan jelas. Beliau menyatakan perguruan ialah proses menyediakan guru manakala keguruan bermaksud keadaan alam pekerjaan guru itu sendiri atau profesion guru. Bagi memahami istilah perguruan dan keguruan, cuba anda fahamkan cabaran-cabaran terhadap persoalan-persoalan yang berkaitan. Cabaran berkaitan perguruan ialah apakah proses penyediaan calon untuk memasuki profesion keguruan itu diasaskan kepada prasyarat yang selaras dengan nilai keguruan? Cabaran berkaitan keguruan ialah, adakah keguruan merupakan satu profesion?
Cabaran Perguruan
i. Adakah pemilihan calon didasarkan kepada kelayakan-kelayakan yang rasionalnya adalah rasional nilai-nilai dalam profesion keguruan? Ertinya selain daripada kelayakan akademik tahap tertentu, apakah diperhitungkan hal-hal seperti perwatakan, bakat keguruan, kualiti suara dan sebutan, minat terhadap kanak-kanak dan seumpamanya?
ii. Adakah pemilihan pensyarah-pensyarah yang terlibat institusi pendidikan guru didasarkan kepada criteria-kriteria yang selaras dengan nilai-nilai keguruan yang hendak dipupuk oleh mereka kepada calon-calon guru ini? iii. Apakah kurikulum perguruan di institusi pendidikan guru mewakili segala kehendak penyediaan professional? iv. Sejauhmanakah proses perguruan memperkukuhkan pendidikan sebagai nilai utama di dalam diri calon-calon guru semasa mereka disediakan untuk menjadi guru? v. Apakah sistem perguruan di Malaysia memberikan pendidikan perguruan atau latihan perguruan?
Cabaran Keguruan
Cabaran keguruan sebagai satu profesion pula boleh dirujuk terhadap ciri-ciri profesional itu sendiri iaitu: i. Wujudnya himpunan ilmu mengenai profesion itu sendiri. ii. Kawalan profesion terhadap anggotanya daripada penyelewengan amalan.
iii. Anggota profesion mestilah menguasai dan menghayati himpunan ilmu tersebut. iv. Mempunyai himpunan kemahiran dan kecekapan yang unik kepada profesion itu sahaja. v. Kepercayaan dan keyakinan terhadap matlamat profesion iaitu pendidikan dan bukannya pengajaran semata. Ciri utama sebuah profesion ialah wujudnya himpunan ilmu mengenai profesion itu sendiri. Himpunan ilmu itu memang ada tetapi yang harus dipastikan ialah bahawa anggota profesion itu sendiri mestilah menguasai dan menghayati himpunan ilmu itu yang terdiri daripada pengetahuan, kemahiran atau kecekapan yang unik terhadap profesion itu sahaja dan nilai-nilai yang dipegang dan diamalkan bersama. Dari segi kemahiran dan kecekapan yang unik merujuk kepada adakah anggota profesion keguruan menguasai kemahiran teknik pengajaran, pengujian, pengdiagnosan, pengendalian motivasi pelajar, pembinaan konsep diri murid, pemupukan minat, penyisipan nilai dan unsur pendidikan dalam pengajaran dan pengendalian disiplin. Ciri profesion yang seterusnya ialah pengawalan profesion itu terhadap anggota profesion supaya tidak menyeleweng amalan mereka dari segi nilai yang dianuti oleh profesion. Sehubungan itu, profesion keguruan mestilah mempunyai mekanisme memberkesankan pengawalan itu menerusi dendaan dan penguatkuasaan peraturan. Pengawalan yang ada kini dilihat datang dari majikan dan bukannya dari kumpulan profesion keguruan itu sendiri.
3.
Ilmu Keguruan
mendidik? Apakah yang sepatutnya seorang guru bertindak? Adakah guru mengajar, melatih atau
Istilah pengajaran dan guru yang baik sebenarnya telah diungkapkan dengan pelbagai cara. Contohnya mengajar dengan baik (Brown & McIntyre, 1993), pengajaran berkesan (Perrot, 1982), mengajar dengan kreatif (Woods & Jeffrey, 1996), guru profesional (Shulman, 1987), pengajaran berkualiti (Stones, 1992) dan guru yang cukup baik (Cullingford, 1995). Pengajaran berkesan bukanlah lahir dengan sendirinya, ia merupakan pengetahuan dan kemahiran kompleks yang dipelajari oleh seorang guru. Pada tahun 1960 1990 menunjukkan kaedah dan gaya pengajaran guru menjadi ilmu penting yang dilihat sebagai faktor utama mempengaruhi pengajaran berkesan. Sebagai contoh Shulman (1986), telah mengariskan beberapa jenis pengetahuan yang mesti dihayati dan dikuasai untuk menjadi guru profesional: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Pengetahuan tentang pedagogi umum Pengetahuan tentang kandungan subjek Pengetahuan tentang pedagogi kandungan subjek Pengetahuan tentang kurikulum Pengetahuan tentang pelajar Pengetahuan tentang konteks pendidikan Pengetahuan tentang matlamat, tujuan dan nilai pendidikan
Manakala pada tahun 1990 2000, pengajaran berkesan dihubungkaitkan dengan hasil iaitu senarai kualiti, ciri, sifat dan kelakuan guru berkesan. Sebagai contoh, Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (1994) telah menyatakan kualiti mengajar dilihat sebagai konsep yang menyeluruh yang terbentuk daripada kecekapan dalam lima dimensi utama: i. Pengetahuan tentang bidang kurikulum dan kandungan substantif; ii. Kemahiran pedagogi, termasuk pemerolehan dan keupayaan menggunakan pelbagai strategi mengajar; iii. Refleksi dan keupayaan muhasabah diri, iaitu cirri penting professional guru; iv. Empati dan menghargai maruah orang lain; v. Kecekapan mengurus, kerana guru menjalankan pelbagai tanggungjawab mengurus di dalam dan di luar bilik darjah. Kyriacau (1997) telah mengemukakan senarai pengajaran berkesan: i. Kejelasan jangkaan dan hala tuju guru. ii. Mewujudkan suasana bilik darjah yang berorientasikan tugas. iii. Menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran. iv. Menentukan dan mengekalkan momentum serta langkahj pembelajaran. v. Menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar. vi. Memantau kemajuan pelajar dan memenuhi kepentingan mereka. vii. Menyampaikan pelajaran yang disusun dengan baik. viii. Memberi pelajar maklum balas positif dan membantu. ix. Memastikan objektif pembelajaran dirangkumi. x. Menggunakan sebaik mungkin teknik menyoal. Laporan Hay McBer (DfEE, 2000) berkaitan Pelan Induk Untuk Guru Sempurna telah membahagikan ilmu guru kepada tiga kumpulan: i. Kemahiran mengajar ii. Ciri-ciri profesional iii. Iklim bilik darjah
Apakah berbezaan dari segi ciri-ciri perguruan dan keguruan? Ciri-Ciri Perguruan Keguruan
Berdasarkan pengalaman anda, apakah ilmu guru yang penting dalam membantu meningkatkan profesionalisme keguruan anda? Mengapa anda menyatakan demikian?
__________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________
Profesionalisme Keguruan.
Adakah guru merupakan kerjaya professional? Samakah pekerjaan sebagai seorang guru dengan seorang doktor/ jurutera? Apakah kualiti seorang guru sama dengan kualiti seorang doktor/ jurutera? Ciri-ciri kerjaya profesional: i. Wujudnya himpunan ilmu mengenai profesion itu sendiri.
Kawalan profesion terhadap anggotanya daripada penyelewengan amalan. Anggota profesion mestilah menguasai dan menghayati himpunan ilmu tersebut. Mempunyai himpunan kemahiran dan kecekapan yang unik kepada profesion itu sahaja. Kepercayaan dan keyakinan terhadap matlamat profesion iaitu pendidikan dan bukannya pengajaran semata.
Oleh itu, usaha menyediakan diri ke arah peningkatan profesionalisme perlukan latihan dan latihanlatihan semula secara berterusan. Hanya dengan sikap proaktif, semangat dan keinginan yang tinggi bagi memperlengkapkan diri sahaja seseorang guru itu mampu mengangkat martabat diri mereka ke tahap yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan bersedia menghadapi pelbagai cabaran, tuntutan dan tekanan tugas dan kerja yang sering berubah dalam proses peningkatan dan pembaharuan.
Adakah guru merupakan kerjaya profesional? Bandingkan kerjaya seorang guru dan seorang doktor? CIRI KERJAYA GURU DOKTOR
i.
Komponen Ikhtisas Membina kemahiran, sikap dan pengetahuan asas perguruan menerusi kursus-kursus asas pendidikan, latihan mengajar (praktikum), seminar dan kajian tindakan.
ii. Komponen Akademik Membina pengetahuan Kandungan mata pelajaran (subject matter). Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi latihan perguruan. Kurikulum merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. iii. Komponen Perkembangan Diri Membina kemahiran mengendalikan aktiviti sukan dan kokurikulum serta kemahiran bersosial .Aktiviti persatuan atau kelab, sukan dan olahraga, serta unit beruniform yang wajib diikuti oleh semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan.
i. Pengetahuan profesionalisme keguruan
Pra Perkhidmatan
Universiti/ Fakulti Pendidikan (IPTA & IPGM )
ii. Pembangunan sikap & sahsiah iii. Pembangunan Kemahiran Insaniah iv. Perkembangan sosial & kesukanan
Kuliah, kokurikulum, latihan pengajaran mikro dan latihan mengajar di sekolah & khidmat sosial
Pendidikan Berterusan
Rajah 1: Pembinaan dan perekembangan profesionalisme keguruan Manalaka kursus/ latihan dalam perkhidmatan adalah khusus untuk guru-guru terlatih. Perkara tersebut merujuk kepada perkembangan profesionalisme keguruan ke arah pemantapan, penambahan dan pembaharuan terhadap pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Kursus/ latihan dalam perkhidmatan (KPD) adalah program yang menyediakan latihan keguruan kepada guru-guru terlatih yang sedang berkhidmat di sekolah kelolaan KPM. Kursus-kursus yang ditawarkan bermatlamatkan peningkatan akademik dan pemantapan profesionalisme keguruan di kalangan guru.
Contoh-contoh kursus KDP yang ditawarkan oleh Kementerian pelajaran Malaysia adalah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 2. Jadual 2: Kursus Dalam Perkhidmatan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil 1 Peringkat Peningkatan Akademik 2 Program Program Khas Pensiswazahan Guru (PKG)- kerjasama dengan IPT dalam negara Program Pensiswazahan Guru Bahasa Antarabangsa Perancis, Jerman, Jepun Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Kokurikulum Teknologi Maklumat Pastoral Care Tempoh 3 tahun 13 tahun Jangka Panjang dan Jangka Pendek Sasaran Guru Terlatih Guru Terlatih
Peningkatan Profesionalisme
Guru Terlatih
Pendidikan Guru
Asas-Asas Pendidikan Guru (Zeichner & Liston, 1990) Tradisi akademik (atau ilmu) Tradisi perkembangan Tradisi kecekapan sosial Tradisi social reconstructionalist Pendidikan guru mestilah membolehkan mereka Memiliki pengetahuan teknikal tertentu (Lasley, 1990): Mengaplikasikan pengetahuan teknikal dalam situasi sebenar. Mencerminkan mereka sebagai insan berilmu. Pendekatan yang bakal pendidik ketahui (Howey, 1989): Orientasi kemahiran atau kecekapan Keupayaan penyelesaian masalah secara klinikal Sikap seseorang yang berorientasikan kemanusiaan.
Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan halatuju pendidikan guru di Malaysia iaitu: i. Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi memperkembangkan lagi potensi pelajar. ii. Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat. Sehubungan itu pada tahun 1982, Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Bahagian Pendidikan Guru telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru untuk menjadi rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru di Malaysia. Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang didokentasikan adalah dengan hasrat untuk mendidik:
GURU YANG BERPEKERTI MULIA, BERPANDANGAN PROGRESIF DAN SAINTIFIK, BERSEDIA MENJUNJUNG ASPIRASI NEGARA SERTA MENYANJUNG WARISAN KEBUDAYAAN NEGARA, MENJAMIN PERKEMBANGAN INDIVIDU DAN MEMELIHARA SUATU MASYARAKAT YANG BERSATU PADU, DEMOKRATIK, PROGRESIF DAN BERDISIPLIN. (Bahagian Pendidikan Guru, 1982)
2.
3. 4.
5.
6.
Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu Guru perlu mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk dengan menekankan unsur bersatu padu dalam aktiviti yang dijalankan dan memastikan murid-murid pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. Memelihara suatu masyarakat yang demokratik Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk membuat keputusan. Berlaku adil dalam membuat keputusan. Bertindak berasaskan pertimbangan wajar. Memelihara suatu masyarakat yang progresif Memberi penekanankepada aspek inovatif, kreatif, analitikal, kritikal, holistik, bersepadu dalam melaksanakan tugas bagi membentuk murid yang dapat berfikiran secara progresif dan saintifik. Guru perlu menekankan kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah dapatan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka cipta Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin Mempastikan keharmonian, keselamatan dan keamanan menerusi penerapan nilai etika dan peraturan yang mesti dipatuhi untuk oleh murid agar membentuk masyarakat yang cemerlang.
7.
8.
9.
ii. Kemasyarakatan Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin, agen perubahan dan agen sosialisasi. iii. Kendiri Penekanan terhadap pembinaan daya kefahaman dan patriotism, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah yang murni dan berpekerti mulia.
ii. Kemahiran Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru juga mesti mempunyai kemahiran-kemahiran berikut: Interpersonal Intrapersonal Komunikasi Teknologi Kemahiran Profesional o Pengurusan masa o Pengurusan kelas iii. Nilai Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif, motivatif, pro aktif dan patuh kepada Etika Profesionalisme Keguruan. Because public school teacher are government employees and because of their leadership roles with students, they are often expected by the public at large and their school system superiors to conform to certain codes of personal behavior that are not usually imposed upon other adults. (Myers & Myers, 1995)
Ketiga-tiga komponen ini disepadukaan dan dilaksanakan merentas semua kursus dan program pendidikan guru yang dirancangkan oleh setiap institusi pendidikan tinggi yang menawarkan program pendidikan. Model tersebut menekankan kepada matlamat untuk mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani. Model Konseptual Pendidikan Guru telah diperincikan semula apabila Standard Guru Malaysia digubal dan diimplimentasikan.
laluan kerjaya serta kebajikan guru.Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu: amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
Tujuan SGM
Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut: 1. mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran, 2. mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai. 3. Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.
3. Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan persetujuan bersama dengan pihak-pihak berkepentingan
Penggunaan SGM
Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia. Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang berikut: 1. Guru i. Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard ii. Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri. 2. Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan i. Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard ii. Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri. iii. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru praperkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam perkhidmatan). iv. Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap pencapaian standard. 3. Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan i. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus. ii. Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi. iii. Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan keperluan. 4. Guru Besar dan Pengetua Sekolah i. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru. ii. Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh guru. 5. Agensi Latihan Perguruan i. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di institusi latihan perguruan. ii. Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan perguruan. iii. Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh ditambahbaik.
Kerangka SGM
Standard Guru Malaysia mengandungi tiga komponen utama: i. Komponen Standard (S) : Pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru ii. Komponen Keperluan (K): Pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.
SGM dirangka berasaskan, Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran. Hubungkait di antara kesemua komponen yang terdapat di dalam SGM dapat dilihat menerusi Rajah 3.
STANDARD
S1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan S2: Pengetahuan dan Kefahaman S3: Kemahiran Pengajaran & Pembelajaran
Misi Nasional Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Tatasusila Profesion Keguruan Etika Kerja Kementerian Pelajaran K1: Kelayakan Masuk Program Latihan Guru. K2: Latihan Pentaksiran & Penilaian K3: Kolaborasi K4: Infrastruktur & infostruktur K5: Jaminan Kualiti Rajah 3: Komponen Standard Guru Malaysia
Guru Unggul
Modal Insan
KEPERLUAN
ii.
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." iii. Falsafah Pendidikan Guru (FPG) "Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin." Tatasusila Profesion Keguruan Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila Profesion Keguruan yang disediakan dalam bentuk ikrar seperti berikut: "Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya"; (i) tanggungjawab terhadap pelajar, (ii) tanggungjawab terhadap ibu bapa, (iii) tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, (iv) tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan. v. Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan enam prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.
iv.
SGM digubal berdasarkan rujukan dan penanda aras standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara maju. SGM mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu Standard (S) dan Keperluan (K).
S1.2
S1.3
Standard 2:
Pengetahuan dan Kefahaman Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru. Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut: S2.1: S2.2: S2.3: S2.4: Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan. Kandungan mata pelajaran yang diajarkan. Kandungan Ilmu Pendidikan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum. Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran. Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.
Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru. Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum. Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut: S3.1: Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid. Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai. Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid. Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.
S3.2:
S3.3: S3.4:
Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan untuk menghadiri temu duga Melaksanakan sesi temu duga calon guru Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran Menandatangani perjanjian latihan perguruan
Latihan, Pentaksiran dan Penilaian Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian. Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan perkara berikut: K2.1 Kurikulum latihan K2.2 Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi K2.3 Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan pengalaman di sekolah K2.4 Sumber pengajaran dan pembelajaran K2.5 Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian yang sedang berkuatkuasa Kolaborasi Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan. Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang berikut: K3.1 Sekolah K3.2 Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara K3.3 Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan permainan Infrastruktur dan Infostruktur Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan. Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini seperti yang berikut: K4.1 Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang berkuatkuasa. K4.2 Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran. Jaminan Kualiti Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.Perincian standard dan
Keperluan 3:
Keperluan 4:
Keperluan 5:
keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan. Pemantauan, penilaian, dan pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut bagi menjamin kualiti latihan perguruan: K5.1 Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard K5.2 Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan K5.3 Penandaarasan latihan perguruan K5.4 Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Sebagai rumusannya Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
1.
Apakah yang dimaksudkan dengan guru unggul dan berikan 3 ciri guru unggul? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ Apakah yang dimaksudkan dengan modal insan dan nyatakan 3 ciri modal insan cemerlang yang dapat dilahirkan oleh guru unggul? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________
2.
RUMUSAN
1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) adalah saling berkaitan. 2. FPK menentukan bentuk, proses dan matlamat pendidikan manakala FPG merupakan halatuju dalam pembinaan watak guru dari segi pemikiran dan amalan. 3. Watak guru berteraskan kepada unsur sahsiah, ilmu/pemikiran, tanggungjawab, nilai dan amalan. 4. Pendidikan guru merupakan suatu proses membentuk watak guru yang bermula dengan pemikiran guru diikuti dengan perbuatan selayaknya sebagai seorang guru. 5. FPG menjadi teras kepada pembinaan Standard Guru Malaysia (SGM). 6. SGM dibentuk untuk memartabatkan profesion keguruan pada tahap antarabangsa dengan memberi penekanan kepada standard keguruan dan keperluan untuk mencapai standard tersebut . 7. Komponen Standard Keguruan melibatkan Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan, Pengetahuan dan Kefahaman dan Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran. 8. FPG dan SGM memberikan implikasi terhadap: Etika professional Ilmu dan kemahiran Tanggungjawab dan penanggungjawaban (Responsibility and accountability) Kepenggunaan ilmu dan kemahiran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
KATA KUNCI
1. Pendidikan guru 2. Latihan guru 3. Perguruan 4. Keguruan 5. Profesion 6. Profesionalisme 7. 8. 9. Standard Keperluan Kompetensi
Keterangan tersebut merujuk kepada _________________ A. C. 2. standard guru Malaysia. tatasusila perkhidmatan guru. B. D. falsafah pendidikan guru. nilai profesionalisme keguruan.
Berdasarkan kepada senarai perkara di atas, apakah yang boleh anda kaitkan dengan kriteria yang perlu ada pada seorang guru yang berkesan? A. C. 3. Akhlak. Ketrampilan. B. D. Personaliti. Pengetahuan.
Manakah antara berikut merujuk kepada Standard (S) Pengetahuan dan kefahaman guru yang dimaktubkan di dalam Standard Guru Malaysia (SGM) I. II. III. IV. A. C. Mengurus bilik darjah. Kandungan mata pelajaran yang diajarkan. Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu. B. D. I, II dan III sahaja. I, II, III dan IV.
Latihan Esei
1. Apakah maksud perguruan dan keguruan? 2. Menggunakan contoh-contoh, bincangkan bagaimanakah profesion keguruan boleh diiktiraf sebagai kerjaya yang professional? 3. Bagaimanakah hasrat yang terdapat di dalam FPG boleh diterjemahkan secara berkesan? 4. Berikan penjelasan lanjut mengenai bersedia menjunjung aspirasi negara yang terkandung di dalam FPG. 5. Bagaimanakah SGM berupaya memartabatkan profesion keguruan di Malaysia?
RUJUKAN
Esah Sulaiman. (2003). Amalan profesionalisme keguruan. Skudai: UTM. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Standard Guru Malaysia (Sumber: http://www.moe.gov.my/sgm/) Kementerian Pendidikan Malaysia. (1990). Pukal Latihan KBSM. Kuala Lumpur: DBP. Komponen Standard Guru Malaysia (Sumber: http://www.ippm.edu.my/sgmdoc/kerangka_sgm.html) Robiah Sidin. (1993). Pendidikan di Malaysia: cabaran untuk masa depan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1994). Wawasan pendidikan: agenda pengisian. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai.
PENGENALAN
Pelaksanaan pendidikan di sesebuah negara sangat berkait dengan falsafah, dasar dan sistem yang diamalkan di negara berkenaan. Dari segi bahasanya, dasar dirujuk sebagai asas, tunjang, teras yang bertujuan untuk pengukuhan sesuatu perkara. Dalam konteks pendidikan dasar merupakan sesuatu ketetapan yang telah dikemukakan oleh penggubal dasar tersebut. (Kamus Dewan IV, 2005). Dalam bahasa Inggeris dasar samalah dengan policy. Dari segi etimologi, policy berasal dari perkataan Greek iaitu polis yang bermakna city-state. Dalam bahasa Latin kemudiannya menjadi politia yang merujuk kepada negara. Seterusnya perkataan policie digunakan dalam Midle English untuk merujuk pengendalian urusan awam atau pentadbiran kerajaan. Menurut Mohd. Taib Osman (2002), Istilah falsafah dasar dan sistem, walaupun bertindan tindih antara satu sama lain dan mempunyai urutan tindakan daripada satu tahap kepada tahap berikutnya tetap mempunyai pengertian masing-masing dalam konteks tertentu. Urutan bermula dengan falsafah kepada dasar dan diikuti dengan pembentukan sistem. Falsafah merupakan hasil pemikiran yang mempertimbangkan pelbagai soalan dan dari pelbagai segii serta melihat gambaran besar yang menyentuh persoalan itu, bukan semata-mata dalam bingkai gambar yang kecil bagi memenuhi tujuan sementara atau adhoc. Daripada falsafah baru dasar digubal; iaitu formulasi idea itu sebagai panduan untuk tindakan. Apabila suatu dasar sudah termaktub maka sistem didirikan bagi melaksanakan dasar dan falsafah tersebut.
ISI KANDUNGAAN
Apakah Tujuan Sesuatu Dasar Dibuat? Mengapa perlu ada dasar-dasar untuk mengendalikan perjalanan hidup rakyat di sesebuah negara? Dasar menjadikan perjalanan kehidupan rakyat/warganegara berlangsung dengan baik. Dasar dibentuk untuk manusia mengatur perjalanan hidupnya. Sufean Hussin (2002) telah
mengkategorikan dasar-dasar digubal kepada empat tujuan utama iaitu kawalan, solusi atau penyelesaian masalan, kebajikan atau perkhidmatan dan inovasi. 1. Dasar-Dasar Kawalan Dalam Pendidikan
Kawalan bererti mendisiplin. Mendisiplinkan merupakan penerapan dasar legislatif dalam bentuk akta yang mengenakan syarat dan hukuman. Tujuan utama dasar-dasar kawalan dibentuk adalah untuk pencegahan, pengajaran dan peringatan. Hukuman berat yang dikenakan kepada pelanggaran dasar ini adalah dalam bentuk penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Dalam perkhidmatan awam tindakan mendisiplin juga melibatkan amaran lisan, amaran bertulis, penahanan, pemindahan, pengekalan (statik) dan pemecatan. Ganjarannya pula ialah kesinambungan operasi, perkhidmatan kepada mereka yang akur. Contoh dasar-dasar pendidikan jenis ini ialah Rang Undang-Undang Pendidikan Akta Pendidikan (1961 & 1996) Peraturan & Tatatertib Dalam Pendidikan Undang-Undang Pendidikan Tatacara Disiplin 2. Dasar-Dasar Solusi Dalam Pendidikan
Solusi adalah peyelesaian masalah. Dasar yang berkaitan dengan penyelesaian masalah yang memberi tumpuan kepada aspek sosial dan ekonomi. Dasar ini berbentuk reaktif kerana bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul. Hal ini disebabkan trend atau perkembangan semasa yang berubah-ubah akibat tuntutan prioriti manusia dan ekonomi semasa. Pendidikan merupakan proses yang melibatkan interaksi di antara sesama manusia, manusia dengan persekitaran dan manusia dengan sistem. Interaksi yang berlaku tidak selalunya lancar, kerap kali interaksi yang berlaku mengalami gangguan dan halangan. Percanggahan idea bukanlah sesuatu yang salah tetapi keputusan yang diambil itulah yang boleh menjadi sesuatu yang salah. Apabila keputusan yang dibuat salah maka sistem juga menjadi salah dan hasilnya juga tersasar. Oleh itu dasar-dasar solusi dalam pendidikan mensejajarkan semula hala tuju, pelaksanaan dan perancangan yang dibuat dalam bidang pendidikan. Contoh dasar ini dalam pendidikan ialah: Dasar 60 pelajar sains dan 40 pelajar sastera Dasar 1 pelajar 1 sukan Dasar PPSMI Dasar MBMMBI Dasar Keciciran Sifar Dasar Integrasi Nasional. Dasar Sekolah Selamat Dasar Sekolah Khas 3. Dasar-Dasar Kebajikan Dalam Pendidikan
Pendidikan itu perkhidmatan. Berkhidmat itu merupakan suatu kebajikan. Pendidikan merupakan hak asasi kanak-kanak kerana pendidikan merupakan agen perubahan dan sosialisasi. Pendidikan adalah ke arah mengubah tahap keilmuan, kemahiran dan kemanusian kepada tahap yang lebih tinggi. Pendidikan dapat mengubah status individu dan struktur sosial, ekonomi dan politik. Menerusi pendidikan Dasar ini berkaitan dengan usaha memperbaiki kebajikan & perkhidmatan
dalam pendidikan. Bagi tujuan itu Malaysia meletakkan pelaburan yang tinggi untuk pendidikan. Pelaburan tersebut menerusi dasar yang melibatkan perbekalan prasarana dan kualiti kehidupan. Dasar jenis ini biasanya dalam bentuk akta dan edaran pekeliling (ikhtisas & kementerian). Bagi melaksanakan dasar ini, kerajaan menyediakan peruntukan kewangan yang besar untuk menaja projek-projek pembangunan prasarana dan perkhidmatan. Contoh dasar-dasar pendidikan jenis ini ialah: Yuran pendidikan percuma, Pemberian pinjaman buku teks secara menyeluruh, PTPN Biasiswa RMT Skim Insurance Pelajar KWAMP 4. Dasar-Dasar Inovasi Dalam pendidikan
Dasar-dasar berkaitan inovasi pula bertujuan membawa pembaharuan dalam masyarakat menerusi pendidikan. Dasar jenis ini bersifat futuristik-pragmatik kerana cuba membawa masyarakat kepada keadaan yang lebih baik dari yang sedia ada. Penyertaan secara holistik dan komprehensif dari semua pihak menjadi penentu kepada kejayaan dasar jenis ini. Contoh dasardasar jenis ini dalam pendidikan ialah: Jenis sekolah: Sekolah Bestari, Sekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi Tumpuan sekolah: Sekolah Sukan, Sekolah Seni Bahan pengajaran: Berasaskan IT dan multimedia Kurikulum: ICT dalam pendidikan Pentaksiran: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Profesionalisme: Latihan Dalam perkhidmatan & pembelajaran berterusan
Berikan pengertian dan contoh-contoh tentang dasar-dasar pendidikan di Malaysia. Dasar Kawalan Pengertian Contoh
Solusi
Kebajikan
Inovasi
Dasar-Dasar Dalam Perkembangan Pendidikan di Malaysia 1. Dasar Pengekalan Warisan Dalam Pendidikan Tradisional Melayu.
Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan sifat dan perwatakan yang mempunyai kesopanan dan kesantunan yang tinggi, berbahasa yang halus dan berkeperibadian yang yang mulia. Bagaimanakah masyarakat Melayu dapat mengekalkan nilai-nilai tersebut? Masyarakat Melayu tradisional sentiasa berpegang teguh kepada kepercayaan beragama Islam dan amalan adat. Ingatkah anda dengan pepatah Melayu: Agama dijunjung, adat dikelek Biar mati anak jangan mati adat. Kerana itulah Malaysia mahu maju dengan acuan sendiri. Acuan dengan ciri-ciri budaya timur yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Pendidikan secara informal betujuan untuk mengembangkan Warisan Melayu dalam bentuk yang halus dalam seni (seperti pantun, gurindam, seloka, syair dan mantera), tenunan & cetakan fabrik (menerusi batik), pertukangan dan ukiran (perahu, rumah dan senjata), pertahanan diri (persilatan), hiburan & permainan (tarian istana, wau, sepak raga, congkak dan gasing), tuturkata dan gerak tubuh, kepercayaan dan agama. Pendidikan jenis ini telah membentuk jati diri masyarakat Melayu yang terkenal dengan
2.
Sikap dan sifat yang ada pada masyarakat Melayu tradisional telah membawa padah ibarat ayam terlepas, tangan berbau tahi. Apabila Melaka jatuh kepada kuasa penjajah Portugis pada 1511, kuasa politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu semakin lenyap. Masyarakat Melayu hilang warisan kerajaan beraja di Melaka. Ekonomi masyarakat Melayu hilang apabila status Melaka bukan lagi menjadi pelabuhan antarabangsa yang hebat. Pendidikan Islam terpinggir kerana pemerintah Portugis lebih memberi tumpuan kepada perkembangan agama baru iaitu Kristian. Dasar peminggiran pendidikan tersebut berterusan semasa pemerintahan Belanda. Sikap tidak ambil peduli oleh penjajah menyebabkan pendidikan menjadi beku. Pihak penjajah lebih memberi tumpuan terhadap aspek ekonomi dan perkembangan agama Kristian.
3.
Apabila Inggeris mengambilalih pemerintahan ke atas Tanah Melayu, Inggeris telah memperkenalkan Dasar Pecah dan Perintah. Inggeris telah mengambil kesempatan di atas sifat dan sikap yang ada pada masyarakat Melayu. Inggeris telah menstrukturkan semula penduduk Tanah Melayu dan masyarakat Melayu. Inggeris telah membawa masuk orang-orang dari negara China, India dan Sri Lanka atas alasan membangunkan ekonomi Tanah Melayu. Masyarakat dan ekonomi disusun aturkan dengan masyarakat Melayu dibiarkan di kampung-kampung untuk mengerjakan ekonomi tradisonal seperti bertani, bertukang dan nelayan. Masyarakat Cina diletakkan dibandar dan kawasan perlombongan untuk mengerjakan ekonomi komersial sebagai peniaga dan pelombong. Manakala msyarakat India diletakkan di kawasan ladang getah dan kawasan keretapi sebagai buruh ladang dan buruh penyelenggara keretapi. Tujuan dasar tersebut ialah untuk membolehkan Inggeris terus menguasai pentadbiran dan ekonomi Tanah Melayu. Dasar itu telah memecahbelahkan penduduk Tanah Melayu mengikut kaum, ekonomi dan hirarki sosial. Pendidikan formal diperkenalkan untuk mengukuhkan dasar pecah dan perintah menerusi dasar polarisasi pendidikan. Melalui dasar pendidikan ini, sekolah vernakular diperkenalkan, murid-murid diasingkan mengikut kaum dengan falsafah, dasar dan sistem pendidikan yang berbeza. Dari segi struktur hirarki sosial, penjajah Inggeris sangat memberi perhatian kepada raja-raja dan pembesar Melayu dengan pembinaan sekolah khas untuk anakanak mereka tetapi mengasingkan golongan masyarakat Melayu marhain. Hal inilah yang dikatakan baling batu sembunyi tangan. Tujuannya supaya rakyat tidak bersatu dan penentangan dapat dihindarkan. Inggeris terus kekal menguasai politik dan ekonomi sehingga 1957. Walaupun Tanah Melayu pernah ditakluki oleh Jepun pada tahun 1941 1945, namun kuasa Jepun hanya memberi tumpuan dengan dasar indoktrinasinya menerusi pendidikan ke arah keagungan kerajaan Jepun.
4.
Ibarat carik-carik bulu ayam, akhirnya berkumpul juga. Pendidikan di Malaysia mengalami perubahan yang cemerlang pada era kemerdekaan. Penyata Razak (1956) menjadi batu asas kepada sistem pendidikan berbentuk kebangsaan. Dasar pendidikan adalah ke arah kebangsaan dan perpaduan. Pendidikan peninggalan penjajah beransur-ansur diubah ke arah kebangsaan. Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan kurikulum juga berbentuk kebangsaan untuk tujuan perpaduan. Reformasi pendidikan dikukuhkan lagi menerusi laporan Rahman Talib
(1961) dan pembentukan Akta Pelajaran 1961. Malaysia sudah ada garis panduan untuk mengembangkan pendidikan kebangsaannya. Pemurnian pendidikan di Malaysia dilakukan menerusi Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Hala tuju pendidikan, dasar-dasar dan sistem pendidikan negara lebih berorientasikan Malaysia. Apabila penyusunan dan penstrukturan semula pendidikan dilakukan, barulah disedari bahawa ramainya bangsa Malaysia yang hebat meskipun lahir dan membesar di kawasan kampung dan pedalaman yang terpencil.
5.
Belum berdiri, sudah berlari. Malaysia memacu hebat pendidikan dalam dekad 1980an sehinggalah dekad 1990an. Aplikasi perubahan-perubahan hebat yang berlaku dalam pendidikan meliputi, idea, kaedah dan bahan. Suatu anjakan paradigma berlaku dalam pendidikan apabila kurikulum kebangsaan yang sedia ada sejak merdeka diubah kepada kurikulum kebangsaan yang bersifat menyeluruh dan bersepadu yang beridentitikan Malaysia. Pada peringkat sekolah rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1983 dan 6 tahun berikutnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan. Falsafah Pendidikan Negara kemudiannya didokumentasikan pada tahun 1989 sebagai rujukan dan panduan dalam menentukan hala tuju pendidikan negara. Dengan satu visi, Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.
6.
Dekad ini menyaksikan pendidikan di Malaysia dicorakkan mengikut tuntutan semasa menerusi penyemakan semula Akta Pelajaran 1961 dan penggubalan Akta Pendidikan 1996. Dasar liberalisasi pendidikan sangat ketara apabila sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Cina dan Tamil dijamin kewujudannya dan dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis (Cina/Tamil). Begitu juga penubuhan institusi pendidikan swasta digalakkan perkembangannya sama ada secara persendirian ataupun usahasama di antara universiti/ kolej di luar negara dengan institusi tempatan. IPT (awam) tempatan juga mengalami perubahan menerusi dasar pengkoperatan. Pada peringkat sekolah, penubuhan sekolah bestari menjadi titik mula kepada ledakan ICT di sekolah-sekolah.
7.
Alaf baru menyaksikan dasar-dasar kerajaan terhadap pendidikan diperluaskan pada peringkat antarabangsa bertujuan melahirkan warganegara kelas pertama dan memacu kemajuan negara ke arah 2020. Malaysia berusaha untuk bersaing pada peringkat global untuk menjadi hab pendidikan sedunia. Sekolah-sekolah dijenamakan semula dalam bererapa kategori seperti sekolah bestari dan sekolah berprestasi tinggi. Begitu juga dengan IPT dikelaskan mengikut kepakaran dan kebolehsaingan pada peringkat dunia.
PENDIDIKAN
Pendidikan informal: agama Islam, adab & adat, ekonomi, sosial dan politik. Institusi: istana, masjid, surau, rumah. Dualisme pendidikan mengikut i. kelas sosial. (bangsawan vs rakyat) ii. gender (lelaki vs perempuan) 1. Masyarakat berstruktur: Penjajahan Portugis & Elit Belanda: pendidikan Bangsawan statik kerana dasar Rakyat pertengahan tidak ambil peduli. Rakyat bawahan Penjajahan Inggeris: 2. Masyarakat majmuk i. Pend. formal: 3. Budaya superior vernacular penjajah ii. Sekolah 4. Amalan pecah & diinstitusikani: perintah sekolah mubaligh, 5. Pembaratan & Melayu, Agama kristianisasi. Islam, Cina, Tamil 6. Kebangkitan iii. Pend. informal: patriotisme agama Islam, adab & adat, ekonomi, sosial iv. Dualisme pend. mengikut etnik, gender, ekonomi, agama, keturunan. Penjajahan Jepun: i. Pembekuan pendidikan. ii. Pendidikan alat kawalan ideologi 1. Masyarakat majmuk Pend. formal: vernacular 2. Perpaduan & Institusi: sekolah kesefahaman kaum mubaligh, Melayu, 3. Kompromi antara kaum: Agama Islam, Cina,
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 61 __________________________________________________________________________ Tamil. Pend. informal: agama Islam, adab & adat, ekonomi. Kurikulum kebangsaan Bahasa pengantar: Melayu & Inggeris Kurikulum akademik & vokasional. Dualisme pend. mengikut etnik, gender, ekonomi, agama, keturunan. PENDIDIKAN Berorientasi membasmi Kemudahan PENDIDIKAN buta huruf. pembelajaran. PASCA Membentuk perpaduan. Membuka sekolah KEMERDEKAAN Bahasa kebangsaan aneka jurusan Peningkatan taraf hidup. (akademik & Rancangan Peluang dan vokasional) Malaysia Pertama kebebasan. Sekolah kebangsaan. (19601970) Penyertaan demokrasi. Kurikulum kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai pengantar. Akta Pelajaran 1961 Rancangan Literasi. Perluasan sekolah Malaysia Kedua Perpaduan. rendah. (19711975) Patriotik. Sekolah menengah Sumber manusia bercorak akademik & Masyarakat maju. vokasional. Membangun negara. Sekolah kebangsaan. Pengukuhan bahasa kebangsaan. Rancangan Malaysia Ketiga (1976 1980) Perpaduan. Tenaga mahir. Pendemokrasian. Masyarakat maju & bermoral. Pendidikan kemahiran Perluasan sekolah rendah, menengah, IPT Kukuh sekolah kebangsaan. Pengukuhan bahasa kebangsaan. Kukuhkan kurikulum kebangsaan Perluasan sekolah rendah, menengah, IPT Kukuh sekolah kebangsaan. Pengukuhan bahasa kebangsaan. Kukuhkan kurikulum kebangsaan (KBSR & KBSM) Falsafah Pendidikan Negara Kewarganegaraan Kedudukan Raja Melayu Kedudukan agama Islam. Kedudukan Bahasa Melayu. pengantar. Keperluan sumber tenaga manusia. Penerapan ideologi negara. Pengekalan identiti budaya & warisan berdasarkan kaum (kesatuan dalam kepelbagaian)
Demokrasi pendidikan. Keseragaman dalam pendidikan. Pendidikan dan kawalan sosial. Pendidikan dan ideologi. Perpaduan. Pembangunan manusia Peruntukan sumber. Demokrasi pendidikan. Keseragaman dalam pendidikan. Pendidikan dan kawalan sosial. Pendidikan dan ideologi. Perpaduan. Pembangunan manusia Peruntukan sumber. Demokrasi pendidikan. Keseragaman dalam pendidikan. Pendidikan dan kawalan sosial. Pendidikan dan ideologi. Perpaduan. Pembangunan manusia Peruntukan sumber. Demokrasi pendidikan. Keseragaman dalam pendidikan. Pendidikan dan kawalan sosial. Pendidikan dan ideologi. Perpaduan. Pembangunan manusia Peruntukan sumber.
1983: Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 1988: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 1988: Falsafah Pendidikan Negara (FPN) didokumenkan Wawasan 2020 Wawasan Pendidikan digubal dengan 9
Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar 62 __________________________________________________________________________ cabaran yang perlu ditangani. Akta Pendidikan 1996. Pemurnian FPN Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sekolah khas/projek Pendidikan berterusan. Penswastaan pendidikan Globalisasi/ pengantarabangsaan Sains & Teknologi Industrialisasi Membina masyarakat Glokal (Global + Local). Pengantarabangsaan pendidikan bertaraf dunia. Globalisasi & persaingan sejagat. Minda kelas pertama. PIPP (2006 -2010) Dasar PPSMI Patriotisme + Kewargenagaan Sekolah kluster Sekolah berprestasi tinggi
Kawalan pendidikan Perluasan pra sekolah, sekolah rendah, menengah, IPT Kukuh sekolah kebangsaan. Pengukuhan bahasa kebangsaan. Kukuhkan kurikulum kebangsaan Pembestarian sekolah ICT dalam pendidikan Perluasan pendiidkan awal kanak-kanak, pra sekolah, sekolah rendah, menengah, IPT Kukuh sekolah kebangsaan. Pengukuhan bahasa kebangsaan & bahasa kedua Kukuhkan kurikulum kebangsaan (KSSR) Pendidikan kelas pertama. Hab pend. dunia.
Demokrasi pendidikan. Keseragaman dalam pendidikan. Pendidikan dan kawalan sosial. Pendidikan dan ideologi. Perpaduan. Pembangunan manusia Peruntukan sumber. Penswastaan & pensyarikatan pendidikan Globalisasi pendidikan Demokrasi pendidikan. Keseragaman dalam pendidikan. Pendidikan dan kawalan sosial. Pendidikan dan ideologi. Perpaduan. Bahasa Pembangunan modal insan Peruntukan sumber. Teknologi Pengantarabangsaan
Penentuan Agenda
Perancangan Dasar
Pelaksanaan Dasar
Penaksiran Dasar
TINDAKAN
Penerimaan
Operasi Program
Penilaian
Apakah masalahnya? Apakah yang akan terjadi jika tidak melakukan sesuatu?
Bagaimanakah masalah ditafsirkan? Apakah matlamatnya? Apakah pilihan yang ada yang boleh membawa kebaikan atau sedikit keburukan? PERAMALAN
Apakah ukuran yang boleh membantu dalam memastikan kejayaan pelaksanaan dasar?
Apakah kriteria di mana polisi boleh ditafsirkan dengan baik? Ditafsirkan dengan adil?
PENSTRUKTURAN MASALAH
PENGSYORAN
PENGAWASAN
PENILAIAN
CIRI-CIRI Sumber: Cochran & Malone (1995) Rajah 2: Elemen dan pentujuk terhadap pembuatan dasar
Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan. Pembahagian sekolah rendah kepada 2 jenis. i. Sekolah rendah standard. Sekolah rendah yang menggunakan bahasa pengantarnya ialah bahasa kebangsaan, manakala bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran dan bahasan Cina dan Tamil akan diberi jika 15 orang ibubapa kanak-kanak disekolah tersebut memintanya. ii. Sekolah rendah jenis standard. Sekolah rendah yang bahasa pengantarnya adalah Cina, Tamil atau Inggeris dan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris jika bukan bahasa pengantar adalah mata pelajaran yang wajib diajar. Pembentukan satu sistem pelajaran kebangsaan yang dapat diterima oleh rakyat keseluruhannya yang akan memuaskan keperluan mereka dan menambahkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik sesebuah negara, dengan tujuan hendak menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara manakala mengekal dan mempertahankan pertumbuhan bahasa-bahasa dan kebudayaan rakyat selain daripada orang-orang Melayu yang tinggal di negara ini. Bertujuan untuk menyemak semula perakuan-perakuan yang terkandung dalam Laporan Razak (1956): Memperkukuhkan saranan pada Laporan Razak. Penggunaan bahasa Melayu semakin diperluaskan di semua sekolah. Sekolah rendah Inggeris mula menggunakan bahasa Melayu. Reformasi struktur: (Persekolahan 9 tahun, Bahasa, Kurikulum kemahiran/ agama & moral) Akta 1961 menegaskan bahawa matlamat utama dasar pendidikan ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang boleh memenuhi keperluan negara dan menggalakkan pembangunan ekonomi, sosio-budaya serta politik. Prinsip umum Akta 1961, yang dibentukkan selaras dengan Ordinan Pelajaran 1957, digunakan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan yang cekap. Pada masa yang sarna, pertirnbangan juga diberikan kepada kehendak ibubapa semasa Akta diimplimentasikan. Peruntukan telah disediakan untuk memastikan bahawa dasar pendidikan yang telah ditetapkan dilaksanakan dengan berkesan khususnya dasar menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Ini
dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Ketika itu, di sekolah-sekola kerajaan dan bantuan kerajaan masih dijalankan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sistem pendidikan kebangsaan direka bentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik. Bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai baasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara sebagai bahasa antarabangsa bagi mempetingkatkan pembangunan negara. Bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah kerana kepentingannya. Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua. Penegasan kepada Kualiti & pengurusan pendidikan. Kurikulum corak Malaysia. Bahasa pengantar Persekolahan 11 thn. Sistem persolahan wajib Pendidikan peringkat ketiga Pendidikan teknikal & kemahiran Dasar Pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum : KBSR & KBSM . Pendidikan bertaraf dunia Falsafah Pendidikan Negara telah dijadikan landasan dalam penggubalan Akta Pendidikan 1996. Sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan. Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah selaras dengan kehendak negara. Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah disediakan untuk mengambil peperiksaan yang seragam. Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah. Pendidikan pra sekolah diperluaskan dengan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik untuk membudayakan pendidikan sains dan teknologi, Akta
Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusiinstitusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeri. Pendidikan guru diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar. Pendidikan swasta dikembangkan secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut. Status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta dikekalkan. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan. Memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelas-kelas agama seperti bible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996.
1.
Dimensi Menegak
i. Taraf pendidikan Merupakan dasar-dasar yang berkaitan dengan peningkatan dalam taraf pendidikan. Hal ini berkaitan dengan andaian semakin tinggi taraf pendidikan seseorang maka semakin meningkat modal insan dan semakin maju negara. Contoh dasar: Dasar pendidikan wajib Dasar pendidikan percuma
ii. Tahap persekolahan Merupakan dasar-dasar yang berkaitan dengan persekolahan murid-murid mengikut peringkat: Peringkat pertama : Tahap sekolah rendah Peringkat kedua : Tahap sekolah menengah Peringkat ketiga : Tahap lepasan menengah, kolej, IPT Contoh dasar: Dasar pendidikan terbuka Dasar persekolahan wajib
iii. Peluang pendidikan Merupakan dasar yang memberi peluang kepada semua warganegara memperoleh pendidikan tanpa diskriminasi oleh gender, etnik, agama, lokasi geografi, status social dan ekonomi, perbezaan fahaman politik. Peluang pendidikan juga mengambilkira pengalaman berbanding kelayakan akademik semata-mata. Contoh dasar: Dasar pendidikan untuk semua Dasar pendidikan berterusan.
2.
Dimensi Mendatar
i.
Merapat jurang pendidikan Dasar yang berkaitan kesamaan dan keadilan kepada semua pelajar untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Merapatkan jurang pendidikan melibatkan pencapaian, jantina, lokasi (bandar dan luar bandar) dan jurang IT. Contoh dasar: Dasar RMT Dasar pendidikan percuma
ii. Demokrasi pendidikan Dasar yang berkaitan dengan keadilan untuk semua pelajar memperoleh peruntukan, agihan prasarana & infrastruktur, keselesaan, keselamatan dan sumber tenaga kerja yang berkualiti. Contoh dasar: Dasar pendidikan untuk semua Dasar pembangunan pendidikan pedalaman iii. Perluasan pendidikan Dasar yang berkaitan dengan penyebarran dan perluasan pendidikan pada peringkat lokal kepada peringkat global. Contoh dasar: Dasar keciciran sifar. Dasar pengantarabangsaan pendidikan Hubungkait di antara dimensi dasar-dasar pendidika di Malaysia dapat dilihat menerusi Rajah 2. HOLISTIK Dimensi Menegak Taraf pendidikan Tahap persekolahan Peluang pendidikan Dimensi Horizontal Jurang pendidikan Demokrasi pendidikan Perluasan pendidikan
Ideologi
Ekonomi
Konten: agama, sekular & teknikal, integrasi Struktur sekolah: progresif & bersepadu Hubungan antara sekolah dengan peperiksaan Hubungan terhadap pasaran buruh; jaminan pekerjaan Kawalan: kerajaan atau swasta Sentralisasi atau disentralisasi
Politik
Ketepatan perubahan politik dan pendidikan Darjah peledakannya Rajah 3: Faktor-faktor yang mempengaruhi pendidikan dan orientasi kurikulum moden
Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Seksyen 21(2) Akta Pelajaran 1961 jelas mempunyai hasrat bahawa bahasa Melayu akan dijadikan bahasa pengantar yang tunggal dalam sistem persekolahan. Penggunaan satu bahasa juga adalah untuk tujuan perpaduan rakyat. Seksyen 21(2) Akta Pelajaran 1961. Where at any time the Minister is satisfied that a national type primary school may suitable be converted into national primary school, he may by order direct that the school become a national primary school. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. PPSMI diperkenalkan pada 2003 untuk Tahun 1 Sekolah Rendah, Ting. 1 dan Ting 6Rendah Sekolah Menengah. Dasar Pepaduan Nasional Fokus pendidikan selepas merdeka adalah untuk perpaduan. Perpaduan melibatkan 3 kaum utama Melayu, Cina dan India. Mengikut Akta Pelajaran 1961 (Pendidikan menggunakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama bagi tujuan perpaduan) Kami percaya juga yang tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupunperkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. (Penyata Razak, Para 12)) Selepas 1969 perpaduan masih melalui pendidikan dan juga melalui :- Dasar Sosial Negara - Dasar Ekonomi Baru - Rukun Negara
Dasar Teknologi Dunia berkembang pesat kerana perkembangan pesat dalam bidang teknologi. Politeknik, ITM, UTM ditubuhkan selaras dengan kehendak perkembangan teknologi. MP Sains diperkenalkan semula di Tahap 2 SR pada 1994 dan di Tahap 1 pada 2001 selaras dengan keperluan sains dan teknologi. MSC diperkenalkan sebagai salah satu aplikasi perdana berkaitan ICT. Salah satu mercu tanda MSC ialah Sekolah Bestari. Dirintis di 87 Sekolah Bestari 1999-2000. 7 flagship application on MSC: (a) Telemedicine (b) Smart Schools (c) R & D Cluster
Reighluth (1987) As we enter deeper into a highly technological, rapidly changing informationoriented society, the present structure of our education system will become more and more inadecuate!. With our entire nation still at risk, we are forced to reevaluate and restructure the entire way schools operate, the approaches we use in teaching and the way students learn. . Technology is greatly increasing students ability to understand and learn complex material; it is inspiring revolutionary changes in classroom, schools and entire school systems. Dasar Guna Tenaga Selepas merdeka wujud keperluan untuk membagunkan negara. Guna tenaga banyak diperlukan dalam pelbagai bidang (pendidikan, teknik/vokasional, perubatan, kejuruteran dll). Sehubungan itu institusi seperti maktab, politeknik, institut, universiti dsbnya ditubuhkan. Contoh ITM (1967), USM (1969), KTAR (1969), PUO (1969) UKM (1970), UPM (1971), UTM (1972). Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Akta Majlis Pendidikan Tiggi Negara 1996. Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996. Penubuhan institusi pengajian tinggi adalah untuk melahirkan tenaga kerja peringkat profesional (ijazah) dan semi-profesional (diploma). Dasar Pengatarabangsaan Selaras dalam sistem pendidikan adalah selaras dengan globalisasi. Dunia sudah menjadi tanpa sempadan. Globalisasi selaras dengan kehidupan pascamoden. Konsep glokal (global + local) juga diperkenalkan. Multiligual cuba diperkenalkan untuk disepadukan dalam kurikulum (contohnya dalam PPSMI) Dasar Pembangunan Insan Pendidikan bagi pembangunan insan ke arah mewujudkan masyarakat yang mapan. FPN tersurat pada 1988 (Menjadi FPK pada 1996). Hasrat FPK agar pembangunan insan berlaku: - secara seimbang dan bersepadu (JERI). - melibatkan dimensi intrinsik dan instrumental. - untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyaarakat dan negara. Rasional ke arah pembangunan insan a) Manusia ialah sebaik-baik kejadian b) Manusia ialah khalifah Allah di muka bumi
Isu-isu yang timbul: a) Kebinasaan diri (dadah, rempit, bohsia, bunuh diri dll.) b) Kerosakan orang lain (ragut, rompak, rogol, bunuh dll) c) Pencemaran alam (global warming, tanah runtuh, banjir kilat dll) d) Engkar perintah tuhan (free thinker dll.) Dalam PIPP 2006-1010 pembangunan insan disebut semula dengan istilah: a) Modal insan b) Negara bangsa c) Rakyat minda kelas pertama Dasar Pembentukan Negara Bangsa KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar. Dasar Pendidikan Holistik Sistem pendidikan tidak berasaskan peperiksaan semata-mata untuk menilai pencapaian murid. Menerusi sistem ini pengumpulan mata dilaksanakan. Markah murid dari tahun 1 tahun 6 dikumpul dan dikira bagi menentukan pencapaian. Markah keseluruhan akan digabungkan dengan markah dari empat penilaian lain iaitupsikometrik (kecenderungan & sikap), kokurikulum, peperiksaan sekolah dan peperiksaan kementerian. Murid akan menduduki peperiksaan seragam oleh LPM selain UPSR. Kepentingan UPSR hanya 30%. Projek percubaan dilaksanakan pada tahun 2008 di 50 buah sekolah di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Pahang. 2009 - sebanyak 500 sekolah dipilih untuk laksana projek perintis tranformasi 2010 pelaksanaan secara menyeluruh di semua sekolah rendah membabitkan murid pra sekolah & tahun 1 di semua jenis sekolah rendah. 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan menggantikan KBSR dengan memperkenalkan 4M (menulis, membaca, mengira dan menaakul).
RUMUSAN
Dasar digubal dan dilaksanakan untuk tujuan disiplin/ kawalan, inovasi, solusi dan kebajikan/ perkhidmatan. Bermatlamat keharmonian, keadilan, penambahbaikan dan pemantapan. Proses pembuatan dan pelaksanaan sesuatu dasar memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik demi mencapai matlamatnya. Pelaksanaan dasar melibatkan kos, risiko dan sumber manusia yang pakar dan bilangan yang ramai. Penggubalan dilakukan pada peringkat kabinet dan diterjemahkan pada peringkat Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolahsekolah (Top Down). Guru-guru adalah pelaksana, perlu akur dengan dasar yang telah dibuat.
KATA KUNCI
1. Dasar 2. Solusi 3. Inovasi 4. Demokrasi 5. Liberalisasi 6. Polarisasi 7. 8. 9. Globalisasi Dualisme Glokal
RUJUKAN
A. Aziz Deraman (2008). Wacana peradaban Malaysia. Kuala Lumpur: DBP Haris Md. Jadi (1990). Etnik, poltik dan pendidikan. Kuala Lumpur: DBP. Omar Mohd. Hashim (1999). Pengisian misi pendidikan. Kuala Lumpur: DBP Hussein Hj. Ahmad (2005.) Pendidikan dan masyarakat. Kuala Lumpur: DBP Awang Had Salleh (1980). Pendidikan ke arah perpaduan: sebuah perspektif sejarah . Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sufean Hussin (2008). Pendidikan di Malaysia: sejarah, system dan falsafah. Kuala Lumpur: DBP Sufean Hussin (2002). Dasar pendidikan progresif: Perspektif mikro dan makro. Kuala Lumpur: Utusan Publication. Sufean Hussin (2002). Dasar pembangunan pendidikan Malaysia: teori dan analisis. Kuala Lumpur: DBP.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran unit ini, anda akan dapat : 1. 2. 3. Menjelaskan rancangan pembangunan pendidikan menerusi Rancangan Malaysia (RM) Menyatakan teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Menghubungkaitkan rancangan pembangunan pendidikan dengan aspirasi negara.
PENGENALAN
Penyata Razak 1956 merupakan suatu yang amat signifikan apabila membicarakan perkembangan pendidikan di Malaysia. Ia menjadi titik tolak kepada usaha kerajaan untuk membangunkan sistem pendidikan sendiri dan pada masa yang sama memastikan kestabilan negara yang baru merdeka yang mana rakyatnya terdiri daripada pelbagai anutan kaum dan agama. Berdasarkan matlamat ini, pelbagai dasar dan rancangan telah digubal dan dilaksanakan bagi menjamin perkembangan dan kemantapan sistem pendidikan negara. Ini dapat diperhatikan melalui pelaksanaan setiap Rancangan Malaysia dan terkini Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
ISI KANDUNGAN
Kebanyakan penulisan menyatakan perkembangan pendidikan di Malaysia telah dan sedang melalui lima fasa yang utama iaitu: - Zaman Pramerdeka (sebelum 1957) - Zaman Pasca Merdeka (1957 1970) - Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971 1990) - Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991 2000) dan - Zaman Dasar Wawasan Negara (2001 2020) Zaman Pramerdeka memperlihatkan usaha pecah dan perintah Inggeris yang mewujudkan institusi pendidikan vernakular yang berasaskan kaum-kaum yang terdapat di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India. Hanya sekolah Inggeris sahaja yang mengumpulkan pelajar daripada pelbagai
kaum. Justeru, kurikulum, bahasa pengantar, dan buku-buku yang digunakan adalah berasaskan keperluan masing-masing. Kembalinya Inggeris semula ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua memperlihatkan sedikit usaha mereka untuk membaiki sistem persekolahan yang ada. Ini mengakibatkan penubuhan beberapa jawatankuasa untuk mengkaji sistem persekolahan yang sedia ada seperti berikut: 1. Laporan Barnes (1951) untuk menyemak kedudukan pendidikan orang Melayu. 2. Laporan Fenn-Wu (1951) untuk melayan tuntutan kaum Cina yang merasakan penggunaan bahasa ibunda mereka tergugat. 3. Ordinan Pelajaran (1952) yang mencadangkan penggunaan dua jenis bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 4. Laporan Razak (1956) yang menjadi asas kepada perkembangan sistem pendidikan kebangsaan bertujuan pembentukan perpaduan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar serta penggunaan kurikulum, sukatan dan peperiksaan yang sama bagi semua pelajar. Jawatankuasa Rahman Talib (1960) telah ditubuhkan bertujuan untuk merngkaji semula syor-syor yang dicadangkan dalam Laporan Razak. Antara syor-syor tersebut ialah: 1. Pelajaran percuma kepada semua kanak-kanak. 2. Penggunaan satu bahasa rasmi dalam peperiksaan. 3. Umur berhenti sekolah dinaikkan kepada 15 tahun. 4. Pelajaran agama Islam perlu diajar jika murid tidak kurang daripada 15 orang. Laporan Jawatankuasa ini telah menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961. Selepas penubuhan Malaysia, rancangan pembangunan negara lima tahun telah dikenali sebagai Rancangan Malaysia (RM) yang bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama (RM1) dari tahun 1966 1970. RMK1 antara lain telah mensasarkan perkara-perkara berikut: 1. Memantapkan sistem pendidikan sebagai agen perpaduan. 2. Memperbaiki taraf pendidikan. 3. Penyediaan kemudahan pendidikan. 4. Memperluaskan peluang pendidikan khususnya di luar bandar. 5. Mempelbagaikan latihan pendidikan. Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969, telah menyebabkan kerajaan mengubahsuai matlamat pendidikan negara bukan sekadar pembentukan perpaduan, tapi juga sebagai senjata untuk membasmi kemiskinan dengan usaha untuk merapatkan jurang pendapatan antara kaum di Malaysia. Kerajaan telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dengan meletakkan sasaran 20 tahun untuk mencapainya. Dalam RMK2 (1971 1975) sasaran dalam bidang pendidikan ialah: 1. Sistem pendidikan sebagai pemupuk perpaduan kebangsaan melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, merapatkan jurang peluang pendidikan antara kawasan dan kaum, serta menggabungkan sistem pelajaran di Semenanjung dan Malaysia Timur. 2. Menyediakan peluang pendidikan dan latihan ke arah penglahiran tenaga rakyat bagi keperluan negara. 3. Orientasi pendidikan ke arah masyarakat maju berasaskan sains dan teknologi.
Dalam RMK3 (1976 1980) peranan pendidikan ialah: 1. Pemupukan perpaduan dengan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama. 2. Usaha menanamkan nilai kebangsaan melalui sistem pendidikan. 3. Penekanan diberikan terhadap bidang sains dan teknologi. Pada tahun 1979, penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah ditubuhkan dan telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada dekad 1980an, pelbagai perkara yang telah dilakukan untuk menyediakan peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia, khususnya bagi golongan di luar bandar dan kurang berkemampuan seperti Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa, Sekolah Berasrama Penuh dan Rancangan Makanan Tambahan. RMK4 (1981 1985) masih lagi meletakkan pendidikan sebagai alat pemupukan perpaduan di samping menggalakkan penyertaan semua kaum dalam pembangunan negara. Dasar penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dalam pendidikan negara telah disasar dicapai pada tahun 1982 di Semenanjung Malaysia dan Sabah, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Dalam RMK5 (1986-1990), peranan pendidikan lebih kepada penerusan RMK4. Pendidikan adalah bertujuan pemupukan perpaduan dengan mengutamakan penglahiran individu yang berpengetahuan, terlatih dan mahir sebagai memenuhi keperluan tenaga manusia selaras dengan permintaan yang semakin bertambah di dalam negara. Dalam dekad 1990an, banyak perkembangan pesat yang berlaku dalam pelaksanaan dasar pendidikan. Antaranya ialah: 1. Pembentukan Akta Pendidikan 1996 2. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (1996) 3. Akta Universiti Dan Kolej Universiti (Pindaan 1996) 4. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan 2000) Antara perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan ialah: 1. Perkembangan ICT dalam pendidikan. Penubuhan Sekolah Bestari dalam tahun 1999. 2. Penubuhan kolej matrikulasi dan kolej komuniti. 3. Maktab Perguruan Sultan Idris dinaiktaraf kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris. 4. Menaiktaraf Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik. Pada tahun 1991, negara telah bergerak ke arah Dasar Pembangunan Negara dan kerajaan berusaha melalui RMK6 (1991 1996) untuk mencapai matlamatnya. Walau pun Dasar Ekonomi Baru telah tamat, namun usaha pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat masih lagi diteruskan khususnya terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Mutu pendidikan dan latihan ditingkatkan bagi membentuk tenaga kerja yang mempunyai kebolehan teknik bagi meningkatkan daya saing ekonomi negara. Pada masa yang sama usaha dilakukan untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dengan mempunyai moral dan nilai etika yang kukuh. Dalam RMK7 (1996 2000) kerajaan meletakkan sasaran untuk memperkukuh dan memperbaiki sistem pendidikan dan latihan. Usaha digembeleng untuk memperbaiki kualiti dan menambah kuantiti keluaran bagi memenuhi keperluan tenaga manusia terutama dalam bidang sains dan teknologi. Penekanan yang berterusan bagi meningkatkan peluang pendidikan di kawasan luar bandar dan terpencil. RMK8 (2001 2005) telah menggariskan beberapa peranan yang perlu dilakukan dalam sektor pendidikan. Antaranya ialah:
1. Berusaha untuk membangunkan sistem pendidikan dan latihan yang cekap dan responsif bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga buruh berpengetahuan dan berkemahiran tinggi yang dilengkapi dengan nilai dan sikap positif. 2. Pengajaran mengenai nilai-nilai etika dan moral diperkukuh dengan memasukkan nilai-nilai tersebut dalam kurikulum termasuk latihan guru. 3. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah peluang memperoleh pengetahuan, penekanan diberi untuk meningkatkan kefasihan dan kemahiran berbahasa Inggeris di peringkat sekolah dan tertiari. Dalam tempoh RMK9 (2006 2010), usaha dipergiat untuk membangunkan modal insan demi memacu transformasi negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Program dan projek dilaksana bagi mencapai keutamaan Misi Nasional, iaitu menambah baik sistem pendidikan, meningkatkan inovasi dan memastikan pembangunan modal insan yang menyeluruh. Dalam RMK 10 (2011 2015), arah perkembangan pendidikan negara adalah seperti berikut: 1. Mengambil langkah holistik bagi memperkukuh sistem pendidikan dan latihan, bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak sehingga peringkat pengajian tinggi. 2. Menyediakan infrastruktur pengajaran dan pembelajaran yang terbaik. 3. Mempastikan kualiti guru dan tenaga pengajar mencapai tahap yang sewajarnya. Langkah-langkah ini dilakukan bagi membekalkan modal insan yang mahir dan berpengetahuan dalam negara yang mampu bersaing di peringkat global kesan daripada dasar keterbukaan yang lebih komprehensif.
Terdapat enam teras strategik yang telah dikenal pasti oleh KPM untuk memperkukuh sistem pendidikan negara iaitu: 1. Membina negara bangsa. 2. Membangunkan modal insan. 3. Memperkasakan sekolah kebangsaan. 4. Merapatkan jurang pendidikan. 5. Memartabatkan profesion keguruan. 6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Teras pertama: Membina Negara Bangsa Memberi fokus kepada pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan. KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar. Teras kedua: Membangunkan Modal Insan KPM akan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Teras ini juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. KPM akan menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin pelajar serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Teras ketiga: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan KPM akan memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah piliha utama masyarakat. Sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan. Teras keempat: Merapatkan jurang Pendidikan Penekanan dalam merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar adalah untuk mengurangkan perbezaan daripada segi penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan pencapaian pelajar serta keciciran. KPM akan membangunkan kemudahan infrastruktur dan kemudahan pendidikan khususnya di luar bandar Sabah dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana mengikut standard minimum. Lebih banyak bantuan kepada pelajar miskin, bekeperluan khas dan kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital dan menempatkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen di kawasan luar bandar dan pedalaman. Teras kelima: Memartabatkan Profesion Keguruan Usaha ini perlu bagi memastikan profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. KPM menaiktaraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah. KPM juga akan menambah baik sistem pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dan kebajikan guru.
Teras keenam: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan Ini dilakukan dengan cara membentuk kluster kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan atau bidang-bidang khusus. Sekolah-sekolah terpilih dalam kluster ini akan dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar negara, menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa ada menjadi sekolah contoh. Sekolah-sekolah yang dikenal pasti daripada kluster ini akan dijadikan penanda aras dan showcase pada peringkat antarabangsa selaras dengan usaha membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.
RUMUSAN
Pendidikan di Malaysia merupakan suatu yang bersifat dinamis dan sentiasa berkembang. Pelbagai perkara telah dilakukan melalui rancangan pembangunan negara bagi memastikan pendidikan di Malaysia sentiasa mampu bersaing dan mendapat pengiktirafan di peringkat global.
2.
3. Yang manakah antara berikut bukan langkah untuk menyediakan Malaysia ke arah pencapaian Wawasan 2020? A. Skim Pinjaman Buku Teks B. Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 C. Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 D. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan) 2000
4. Sejarah menjadi mata pelajaran teras dalam KBSM. Pernyataan ini berkait dengan teras PIPP yang menyatakan ______________ A. B. C. D. Membina negara bangsa. Membangunkan modal insan. Memartabatkan profesion keguruan. Memperkasakan sekolah kebangsaan.
5. Teras keempat PIPP ialah merapatkan jurang pendidikan. Maksud jurang pendidikan di sini bermaksud perbezaan ___________________. l. jantina ll. antara lokasi lll. tahap sosioekonomi A. l dan ll B. l dan lll C. ll dan lll D. Semua di atas Jawapan: 1. C, 2. D, 3. A, 4. A, 5. D
Latihan Esei
1. 2. 3. 4. 5. Bandingkan setiap fasa perkembangan pendidikan di Malaysia. Pada pendapat anda rancangan Malaysia yang manakah member sumbangan terpenting dalam perkembangan pendidikan di Malaysia. Nyatakan justifikasi anda. Hasilkan satu peta minda berdasarkan semua teras dalam PIPP. Betdasarkan pengalaman anda sebagai guru, nyatakan penglibatan anda dalam rancangan pembangunan pendidikan Malaysia. Buat refleksi pembacaan anda tentang unit ini.
RUJUKAN
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2006) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia, (2001) Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran unit ini, pelajar dapat: 1. Menganalisis takrif kurikulum. 2. Membincangkan ciri-ciri kurikulum kebangsaan. 3. Mensintesis pelaksanaan kurikulum dalam menterjemah FPK.
PENGENALAN
Apakah rupa wajah insan yang bakal menjadi warganegara Malaysia pada depan? Bagaimanakah pendidikan dapat menghasilkan insan yang dihasratkan? Pepatah ada mengatakan Bagaimana acuan begitulah ku ehnya. Jika pembuatan kueh memerlukan acuan, apatah lagi pembinaan insan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan hanyalah pernyataan yang dituliskan dalam dua ayat dan mengandungi 69 patah perkataan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi satu slogan paparan untuk dirujuk sebagaimana Rukun Negara. Ia mati jika tidak ada siapa yang mahu menghidupkannya. Ia tidak hidup jika sekadar di muatkan di dalam Buku Rekod Mengajar, mural di dinding sekolah atau sekadar dibingkaikan cantik menghiasi pejabat-pejabat sekolah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan mesti hidup bersama jiwa pendidikan dan para pengamalnya. Daripada sekadar dokumen pernyataan, ia mesti diterjemahkan ke bentuk amalan. Ia mesti ada bersama urat nadi para pendidik ketika berdiri, berjalan, duduk, makan, baring dan tidur. Selain mengandungi makna yang tersurat, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga mengandungi makna yang tersirat yang perlu difahami. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bagaimanakah sistem pendidikan perlu dioperasikan dan martabat guru ditingkatkan menerusi ayat pertama Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan kea rah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Di dalam ayat kedua pula dinyatakan rupa wajah warganegara Malaysia pada masa depan, Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara . Masa depan negara bergantung kepada penterjemahan Falsafah Pendidikan kebangsaan menerusi pengisian tentang perkara apakah yang rakyat Malaysia perlu miliki untuk menjadi warganegara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dan segala perkara yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dibendung dan diterjemahkan menerusi kurikulum kebangsaan.
Dipelajari Belajar
KURIKULUM
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan kurikulum kebangsaan. Di sekolah pula Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (dipengerusikan oleh Pengetuan/Guru Besar dan dianggotai oleh Penolong Kanan Kurikulum, Ketua Jabatan dan Ketua Panitia) memainkan peranan penting dalam merancang dan melaksanakan pelan tindakan ke arah peningkatan pencapaian dalam bidang akademik para pelajar. Bagi guru mata pelajaran, kurikulum dimengertikan sebagai mata pelajaran yang diajar berpandukan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang didasarkan kepada Sukatan Pelajaran yang dibekalkan oleh KPM. Dokumen tersebut perlu ada dalam Buku Rekod Pengajaran guru-guru yang perlu dikemaskinikan setiap masa. Kepada murid-murid pula, kurikulum itu sentiasa dimengertikan sebagai apa sahaja ilmu yang diajarkan oleh guru-guru kepada mereka. Apa yang jelas berlaku ialah sukarnya untuk dimengertikan apakah sebenarnya kurikulum itu. Bukan sahaja pelajar dan guru sahaja yang berhadapan dengan masalah tersebut tetapi juga melibatkan masyarakat dan para sarjana yang diakui ketokohannya dalam ilmu masing-masing. Mereka tidak dapat memberikan satu takrif yang tepat tentang kurikulum. Masing-masing cuba memberikan pengertian dan tafsiran yang berbeza mengikut keilmuan masing-masing. Dalam hal ini Olivia(1992) menggelar kepelbagaian definisi kurikulum yang ada seumpama sekumpulan orang buta dengan gajah, masing-masing mempunyai interpretasi sendiri. Sebagai contoh, di sini dikemukakan beberapa definisi terpilih yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh dalam tempoh satu abad (1900 2000). i. ii. The curriculum is a storehouse of organized race experience, conserved (until) needed in constructive solution of new and untried problems (Bagley, 1907). Curriculum is "that series of things which children and youth must do and experience by way of developing abilities to do the things well that make up the affairs of adult life; and to be in all respects what adults should be. Bobbit, 1918). Curriculum is all of the experiences children have under the guidance of teachers. (Caswell & Campbell, 1935). the content of instruction without reference to instructional ways of mean. ( Morrison, 1940) learning takes place through experiences the learner has .. learning experience is not the same as the content with which a course deals (The curriculum consists of) .. all of the learning of students which is planned by a directed by the school to attain its educational goal. (Tyler, 1949) Curriculum consists of all the means of instruction used by the school to provide opportunities for student learning experiences leading to desired learning outcomes. (Krug, 1957) A curriculum is a plan for learning: therefore, what is known about the learning process and the development of the individual has bearing on the shaping of a curriculum. (Taba, 1962) A curriculum consists of all those learning intended for a student or group of students. (Goodlad, 1963) The planned experiences offered to the learner under the guidance of the school. (Wheeler, 1967) Curriculum is "a written document. (Beauchamp, 1973)
iii. iv. v.
vi.
xi.
Curriculum is "the educational program of the school" with attention to the following elements: (1) program of studies, (2) program of experiences, (3) program of services, and (4) the hidden curriculum. (Oliver, 1977) The curriculum of a school, or a course, or a classroom can be conceived of as a series of planned events that are intended to have educational consequences for one or more students. (Eisner, 1979) Curriculum is "a plan or program of all experiences which the learner encounters under the direction of the school". (Oliva, 1982) The curriculum is a goal or set of values, which are activated through a development process culminating in classroom experiences for students. The degree to which those experiences are a true representation of the envisioned goal or goals ia a direct function of the effectiveness of the curriculum development efforts. (Wiles & Bondi, 1987) All the planned opportunities offered to learners by the educational institution and the experiences learners encounter when the curriculum is implemented. This include those activities that educators have devised for learners which are invariably represented in the form of written document and the process whereby teachers make decisions to implement those activities given instruction with context variables such as learners, resources, teachers and learning environment. (Print, 1993) Curriculum means two things: (i) the range of courses from which students choose what subject matters to study, and (ii) a specific learning program. In the latter case, the curriculum collectively describes the teaching, learning, and assessment materials available for a given course of study. (Kelly, 2009) Beberapa definisi kurikulum yang dikemukakan oleh tokoh dan agensi di Malaysia: Razali Arof Abdullah Mohd Noor & Ahmad Jaffin Hassan Mohd Daud Hamzah Akta Pendidikan 1996 1991 1992 Semua kegiatan pembelajaran formal dan terancang yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah. Semua pengalaman pembelajaran yang diorganisasikan untuk pelajar-pelajar pada setiap peringkat dalam institusi pendidikan. Unsur budaya/ ilmu pengetahuan yang dikenalpasti dengan harapan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. Kurikulum kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
xii.
xiii. xiv.
xv.
xvi.
xvii.
1993 1996
Walaupun kurikulum mempunyai senarai definisi yang berbeza tetapi kita masih mampu untuk menyusunnya mengikut skop dan kategori. Terdapat ciri-ciri persamaan dan perbezaan bagi setiap satu definisi yang dikemukakan. 1. Tyler (1949) menjelaskan bahawa sesuatu kurikulum yang sempurna mestilah dapat menyelesaikan empat kategori berikut: Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai oleh negara/ sekolah? (Matlamat) Bagaimanakah pengalaman pembelajaran yang sesuai dapat dipilih bagi mencapai tuan pendidikan? (Kandungan) Bagaimanakah pengalaman pembelajaran boleh disusun untuk kegunaan pengajaran yang berkesan? (Kaedah) Bagaimanakah keberkesanan pengalaman pembelajaran boleh dinilai? (Penilaian) 2. Taba, H. (1962) menjelaskan bahawa semua kurikulum mestilah mengandungi empat kategori berikut: Pernyataan tujuan dan objektif yang spesifik. (Objektif) Pemilihan dan penyusunan isi kandungan. (Kandungan) Pola pengajaran dan pembelajaran. (Kaedah) Penilaian hasil pembelajaran. (Penilaian) 3. Beauchamp (1968), menyatakan kurikulum mestilah mengandungi empat kategori berikut: Pernyataan tujuan pendidikan berasaskan aspirasi masyarakat yang hendak dicapai menerusi sekolah. Objektif dan penyusunan isi kandungan untuk setiap mata pelajaran. Panduan penggunaan kurikulum untuk guru-guru. Skema penilaian untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian objekif dan matlamatnya. Oliva (1982 & 1997) telah mengkategorikan definisi kurikulum berasaskan pegangan falsafah kepada tiga belas seperti berikut: Kurikulum ialah apa yang diajar disekolah Kurikulum ialah satu set mata pelajaran Kurikulum ialah isi kandungan mata pelajaran Kurikulum ialah program-program pengajian Kurikulum ialah suatu set bahan Kurikulum ialah suatu urutan kursus-kursus Kurikulum ialah suatu set objektif-objektif pencapaian Kurikulum ialah suatu jurusan pengajian Kurikulum ialah setiap perkara yang berlaku dalam sekolah, termasuk aktiviti kelas tambahan, bimbingan dan hubungan interpersonal Kurikulum ialah apa yang diajar di dalam dan di luar sekolah di bawah arahan sekolah
4.
Kurikulum ialah setiap perkara yang dirancang oleh pengelola sekolah Kurikulum ialah satu siri pengalaman yang dilalui oleh pelajar di sekolah Kurikulum ialah apa yang dialami oleh setiap individu pelajar sebagai hasil persekolahan. 5. Mohd Daud Hamzah (1993) mengkategorikan kurikulum kepada tujuh iaitu: Kurikulum sebagai usaha Kurikulum sebagai objektif Kurikulum sebagai suatu rancangan Kurikulum sebagai suatu pengalaman Kurikulum sebagai Isi mata pelajaran Kurikulum sebagai pembinaan insan Kurikulum sebagai unsur kebudayaan 6. Razali Arof (1996) membahagikan kurikulum kepada tiga kategori & skop: i. Kurikulum sebagai suatu yang luas dan besar: segala jenis pembelajaran yang dipelajari oleh murid-murid di mana-mana sahaja di dalam kawasan sekolah sama ada pembelajaran ini dirancang oleh pihak sekolah atau tidak. ii. Kurikulum sebagai aktiviti terancang di sekolah: segala aktiviti pembelajaran yang telah dirancang oleh pihak sekolah untuk dipelajari oleh murid di dalam kawasan sekolah. iii. Kurikulum sebagai aktiviti terancang di bilik darjah: segala aktiviti pembelajaran yang telah dirancang oleh guru-guru untuk dipelajari oleh murid-murid di dalam bilik darjah. 7. Doll (1996) membahagikan kurikulum kepada empat kategori: Pendidikan formal dan tidak formal Apa yang dipelajari oleh murid (isi kandungan). Bagaimana mempelajari isi kandungan (proses). Bentuk outcome (pengetahuan, kefahaman, kemahiran, sikap, penghargaan dan nilai). 8. Yusup Hashim (2000) membahagikan definisi kurikulum kepada dua skop: i. Skop definisi yang luas/umum: Kurikulum sebagai sistem Kurikulum sebagai pengalaman Kurikulum sebagai bidang kajian Kurikulum sebagai mata pelajaran Skop definisi yang kecil/spesifik: Kurikulum sebagai tujuan Kurikulum sebagai hasilan Kurikulum sebagai strategi
ii.
Kurikulum sebagai konteks Kurikulum sebagai kandungan Kurikulum sebagai satu rancangan 9. Marsh & Willis (2003) telah mengkategorikan definisi kurikulum kepada lapan iaitu: Definition 1: Curriculum is such permanent subjects as grammar, reading, logic, rhetoric, mathematics, and the greatest books of the Western world that best embody essential knowledge. Definition 2: Curriculum is those subjects that are most useful for living in contemporary society. Definition 3: Curriculum is all planned learnings for which the school is responsible. Definition 4: Curriculum is all the experiences learners have under the guidance of the school. Definition 5: Curriculum is the totality of learning experiences provided to students so that they can attain general skills and knowledge at a variety of learning sites. Definition 6: Curriculum is what the student constructs from working with the computer and its various networks, such as the Internet. Definition 7: Curriculum is the questioning of authority and the searching for complex views of human situations. Definition 8: Curriculum is all the experiences that learners have in the course of living. Maka, definisi-definisi yang ada menunjukkan kategori dan skop yang berbeza dan berfokus kepada pihak yang berbeza. Berdasarkan kepada definisi kurikulum yang telah disenaraikan, kurikulum mengandungi elemen-elemen berikut: Rancangan pendidikan Mengandungi matlamat dan objektif. Menyenaraikan kandungan, topik atau pengalaman pembelajaran Menentukan kaedah dan aktiviti. Menetapkan kaedah dan instrument yang perlu untuk menilai pencapaian matlamat dan objektif. Dapatlah dirumuskan bahawa definisi kurikulum yang ada mencakupi kandungan mata pelajaran yang perlu diajarkan kepada murid, kaedah yang berkesan untuk menyampaikan akan yang menjadi kandungan mata pelajaran dan penilaian terhadap sejauhmanakah apa yang diajar kepada murid benar-benar telah dikuasai. Bagi mempastikan kurikulum berjaya dilaksanakan aspek perancangan merupakan intipati kejayaan. Kurikulum mestilah dirancang dan didokumenkan dalam bentuk maklumat dan prosedur pelaksanaan. Perancangan bermula dari peringkat mengadakan silibus hinggalah kepada peringkat implimentasinya di dalam bilik darjah meneruis Rancangan Pengajaran Harian. Tanpa perancangan sebenarnya guru sudah merancang untuk gagal. Perancangan perlu disokong dengan matlamat/ objektif yang jelas dan kebolehcapaiannya adalah tinggi. Jika perancangan yang dibuat begitu baik tetapi matlamatnya tidak jelas, maka guru yang melaksanakannya sudah pasti merasa kabur dan keliru terhadap hala tuju yang hendak dicapai. Kurikulum hanyalah dokumen jika tidak dilaksanakan menerusi pendekatan, kaedah, strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Isi kandungan mesti diketahui, difahami dan dihayati oleh murid-murid. Penyampaian ilmu, nilai dan budaya inilah dikenali sebagai proses penterjemahan terhadap perkara yang dirancang ke arah mencapai matlamat. Hasil dari apa yang dirancang dan proses yang dilaksanakan adalah kemenjadian insan mengikut apa yang
dihasratkan. Hubungan elemen dan komponen yang terdapat di dalam kurikulum tersebut dapat dilihat menerusi Rajah 2.
KANDUNGAN
KAEDAH
PENILAIAN
2.
Kurikulum Tidak Formal i. Melibatkan human variables yang tidak dapat dikawal/dirancang sebelumnya ii. Melibatkan interaksi sosial-psikologikal antara pelajar dan guru, yang melibatkan perasaan, sikap dan tingkah laku iii. Jenis-jenis kurikulum tidak formal: a) Ko-Kurikulum Aktiviti untuk menyokong kurikulum lazimnya dilakukan di luar kuliah. Aktiviti kokurikulum bertujuan membentuk personaliti dan sahsiah pelajar. Aktiviti ko-kurikulum adalah seperti pasukan beruniform, berbagai-bagai jenis sukan, persatuan dan sebagainya. Lazimnya aktiviti ko-kurikulum adalah diwajibkan kepada setiap pelajar. b) Kurikulum Tersembunyi Sesuatu yang dipelajari atau diperolehi oleh pelajar secara tersirat dan tidak dinyatakan secara bertulis. Kurikulum tersembunyi merupakan satu elemen yang perlu diberi perhatian semasa mereka bentuk kurikulum ialah kurikulum tersembunyi. Ia adalah himpunan pengalaman tambahan pelajar yang wujud dan dialami serentak dengan kurikulum yang sedang diajar. Contoh-contoh mudah ialah: Kehidupan di institusi Kaedah menetapkan peraturan dan norma institusi Proses-proses sosialisasi, integrasi & pembudayaan Agenda tersembunyi Pengetahuan atau kemahiran insidental Pengaruh kurikulum tersembunyi mudah difahami dengan melihat bagaimana personaliti kanak-kanak terbentuk. Perkara yang sama berlaku di institusi pendidikan sama ada di sekolah ataupun IPT. Minat dan kesungguhan pendidik, kualiti dan budaya akademik di jabatan, nilai dan pendirian terhadap ilmu turut mencorakkan kurikulum yang dibina/ dilaksanakan. Kurikulum tersembunyi amat berpengaruh. Ia boleh digunakan sebagai satu komponen tambahan sambil melaksanakan kurikulum biasa. Contohnya ialah dalam mengajar kemahiran generik. Kemahiran generik ialah kemahiran umum, kemahiran berkomunikasi, kebolehan, dan trait yang perlu dikuasai seseorang untuk berjaya di dalam kerjayanya. Kemahiran generik memerlukan tempoh yang lama untuk dikuasai sepenuhnya dan tidak mungkin diperolehi dengan mendalam melalui pengajaran secara kursus. Oleh itu, pengajaran kemahiran generik dibuat di dalam bentuk kurikulum tersembunyi iaitu melalui teknik infusi yang menabur atau meletakkan beberapa bahagian dari kemahiran-kemahiran ini di dalam semua kursus yang pelajar ikuti. Setelah mengikuti semua kursus ini pelajar tersebut akan turut mempelajari pelbagai kemahiran generik.
Sumber: Adaptasi dari Musa Daia (1993). Rajah 5: Kurikulum sebagai wahana menterjemah FPK
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Ke Arah Menterjemah Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Usaha mentranformasi kurikulum kebangsaan sudah bermula sejak 2007 apabila Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif bagi menyediakan rakyat dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan menerusi system pendidikan kebangsaan bagi mengupayakan pembangunan potensi individu secara menyeluruh, bersepadu dan berimbang. Dalam usaha melaksanakan tranformasi ini, beberapa faktor perlu diberi pertimbangan: resolusi konvensyen kurikulum 2007 penandaarasan dengan kurikulum Negara maju kajian literatur input daripada stake-holders kandungan kurikulum organisasi kurikulum persekolahan sedia ada pengajaran & pembelajaran penilaian prestasi murid Bermula tahun 2011, KSSR diperkenalkan dan mengisi proses tranformasi oleh KPM bagi memastikan system pelajaran Malaysia standing dengan piawaian antarabangsa. Kurikulum baru ini diharapkan berupaya mencorak dan membentuk generasi yang memenuhi tuntutan FPK bagi menjamin kejayaan Negara menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri pada tahun 2020. Generasi yang bukan sahaja maju dari segi kebendaan tetapi juga tinggi akal budinya dan kukuh jati dirinya. Serentak dengan tranformasi kurikulum kebangsaan yang berlaku, sistem pentaksiran juga mengalami tranformasi. Pentaaksiran baru ini tidak lagi bergantung kepada peperiksaan berpusat semata-mata tetapi merangkumi pencapaian murid-murid secara total dan holistik. Penilaian bukan sahaja melalui peperiksaan berpusat yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia tetapi juga menerusi cerapan yang dijalankan di peringkat sekolah oleh guru-guru dan beberapa pihak lain yang diiktiraf. Jelasnya, pentaksiran yang lebih komprehensif ini diharapkan dapat mengukur secara lebih tepat dalam usaha mengenalpasti pencapaian sebenar seseorang murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ketika dibangku sekolah. Kementerian Pelajaran sentiasa proaktif bagi memastikan KSSR berjalan sebagaimana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan. Beberapa siri pemantauan dan pemerhatian pelaksanaannya turut dijalankan. Menerusi pemantauan berterusan sepanjang 6 bulan pertama tahun 2011 dalam kalangan murid-murid Tahun Satu di seluruh negara, KPM mendapati perjalanan pelaksanaanya telah Berjaya memenuhi keperluan seperti yang dihasratkan. Pemantauan juga bertujuan mendapatkan maklumbalas dalam kalangan pentadbir, guru, murid dan ibubapa mengenai keberkesanannya. Dari segi pelaksanaan, majoriti guru besar dan guru-guru telah mamahami reka bentuk KSSR yang berasaskan enam tunjang utama dan penggunaan Dokumen Standard Kurikulum (Standard kandungan dan standard pembelajaran) sebagai bahan kurikulum menggantikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Mereka mampu menjelaskan fungsi KSSR yang member fokus terhadap 4 kemahiran iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M). Kemahiran menaakul perlu diajar selari keperluan untuk menyediakan murid dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Pentadbir dan guru-guru juga mendapat kefahaman yang jelas mengenai elemen-elemen yang terdapat di dalam KSSR yang dirujuk sebagai nilai tambah kepada Elemen Merentas Kurikulum: kreativiti dan inovasi keusahawanan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Sejajar untuk mempastikan kelancaran pelaksanaan KSSR, KPM telah menyediakan seramai 2,205 Jurulatih Utama (JU) yang bertanggungjawab melatih guru Tahun Satu di seluruh negara. Pihak pentadbir sekolah berkeyakinan bahawa pelaksanaan KSSR dapat diterima baik dalam kalangan guru serta mampu menterjemahkan standard kandungan dan pembelajaran dengan berkesan. Fleksibiliti yang diberi membolehkan guru-guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik mengikut kreativiti masing-masing. Pendekatan modular yang diterapkan dalam KSSR berupaya membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan murid dapat mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru-guru disaran menggunakan pendekatan didik-hibur yang berpusatkan kepada murid agar menjadikan suasana pembelajaran menjadi sangat menyeronokkan. KSSR akan menimbulkan minat kepada murid untuk belajar. Pendekatan didik-hibur yang digunakan dapat menjadi dorongan untuk murid terlibat aktif dalam setiap waktu pembelajaran selain menyerlahkan semangat kerjasama dan menghayati nilai-nilai murni ketika melakukan aktiviti kelas. Rumusannya KPM mengharapkan menerusi pelaksanaan KSSR mampu memperbaharui kurikulum sedia ada serta memastikan ia relevan dengan keperluan pendidikan semasa. KSSR juga dapat berfungsi sebagai agen perubahan bagi mencapai objektif untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi sebagaimana yang dimatlamatkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
RUMUSAN
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pendidikan yang berkesan mestilah mempunyai hala tuju yang jelas dan bagaimana pelaksanaan dapat dioperasikan. FPK memberikan panduan bagaimana pendidikan negara mesti beroperasi mengikut bentuk dan proses-proses yang ditentukan ke arah matlamat yang hendak dicapai. Matlamat yang dihasratkan hanya boleh dicapai apabila kurikulum yang dibangunkan bersifat sempurna dan kebolehcapaian yang tinggi. Kurikulum kebangsaan memberikan kelebihan dari segi perancangan, pelaksanaan, kawalan, agihan dan penilaian kerana bersifat senteralisasi. Kurikulum kebangsaan mencakupi pendidikan pada semua peringkat iaitu pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, lepas sekolah menengah dan pendidikan khas. Kurikulum bersifat dinamik dan fleksibel untuk disesusikan dengan keadaan semasa yang sentiasa berubah. KSSR merupakan kurikulum terkini bagi menggantikan KBSR yang diharapkan dapat meningkatkan standard pencapaian pelajar yang mencakupi 4M (menulis, membaca, mengira dan menaakul.
KATA KUNCI
1. Wahana 2. Menterjemah 3. Kurikulum 4. Kurikulum formal 5. Kurikulum tidak formal 6. Kurikulum tersembunyi 7. Kurikulum kebangsaan 8. 9. Kurikulum standard Kokurikulum
10. Menaakul
LATIHAN KENDIRI
1. 2. 3. 4. 5. Berdasarkan mana-mana definisi kurikulum, terangkan kesesuaiannya dalam konteks kurikulum di Negara Malaysia. Bincangkan skop kurikulum yang dikemukakan oleh Tyler (1949) dan perkaitannya dengan pelaksanaan kurikulum di Malaysia. Berdasarkan contoh-contoh spesifik, bincangkan bagaimanakah kurikulum tersembunyi mempengaruhi pembangunan modal insan. Bagaimanakah KSSR dapat menterjemahkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan? Huraikan bagaimanakah implimentasi model KBSM dapat melahirkan warganegara yang baik.
RUJUKAN
Adnan Kamis. (1993). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan maklum balas. Bangi: UKM. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1990). Pukal Latihan KBSM. Kuala Lumpur: DBP. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1990). Panduan Am (KBSR). Kuala Lumpur: DBP. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1994). KBSR secara menyeluruh. Kuala Lumpur: PPK Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan: matlamat dan misi. Kuala Lumpur: PPK. Stenhouse. (1975). An introduction to curriculum research and development. London: Heinemann. Henson, T.H. (2001). Curriculum planning. Boston: McGraw Hill.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran unit ini, pelajar dapat: i. Menjelaskan peranan pendidik dalam mengaplikasikan profesion pendidikan. ii. Menghujahkan konsep kurikulum dan kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran. iii. Mengaplikasikan prinsip reka bentuk kurikulum dalam membuat perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. iv. Membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mengikut tahap pendidikan.
PENGENALAN
Bagaimana rupa bangsa dan negara pada masa depan sebenarnya bergantung kepada pendidikan yang terdapat pada hari ini. Pendidikan yang unggul tidak berlaku dengan sendirinya tetapi bergantung kepada pengisian dan pelaksanaannya. Pengisian tersebut memerlukan suatu perancangan yang sistematik agar matlamat pendidikan yang disasarkan itu berjaya dicapai. Sebagai analogi, kek yang cantik dan sedap bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan. Jika bahan tidak berkualiti, meskipun cantik tetapi rasanya menyebabkan kek tersebut tidak menjadi pilihan. Begitu juga dengan kaedah membuatnya bermula dengan adunan, pemilihan acuan dan cara ia dimasak. Bahan dan kaedah akan menyerlahkan hasil yang diinginkan. Dalam pendidikan bahan merupakan pengisian yang berupa ilmu, kemahiran, nilai dan budaya yang hendak diwariskan kepada generasi seterusnya. Bahan ini perlu diadun secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang agar hasilnya menjadi harmoni. Bahan dan adunan perlu dirancang secara sistematik agar tepat dan berkesan (kos dan masa). Demikian juga halnya dengan kurikulum yang menjadi pengisian terhadap pendidikan. Bagaimana ia direkabentuk pada hari ini akan menentukan generasi masa depan negara.
mempelajari dan mendapat ilmu, kemahiran, nilai dan budaya yang sama sebagai warganegara Malaysia. Kurikulum yang telah dibentuk dan didokumentasikan kemudiannya disebarkan ke seluruh sekolahsekolah yang ada di Malaysia. Agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas penyebaran ini ialah Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Para pegawai di peringkat ini akan mempastikan sebarang maklumat berkaitan kurikulum yang dibentuk mesti sampai dalam keadaan sempurna tanpa sebarang masalah dan keraguan kepada guru-guru di sekolah-sekolah. Ketirisan maklumat ketika proses penyebaran ini akan menyebabkan gangguan untuk mencapai matlamat yang disasarkan. Pada peringkat sekolah, kurikulum yang telah dibentuk akan dilaksanakan. Hal ini bermakna sekolah merupakan institusi yang berperanan sebagai pelaksana atau agen penyampai kurikulum kebangsaan. Di sekolah, guru-guru merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mempastikan kurikulum yang telah dibentuk dicerna dan disampaikan mengikut kreativiti dan kesesuaian persekitaran sekolah dan murid-murid. Guru sebagai pendidik perlu memainkan peranan dalam perkembangan kurikulum dalam tiga perkara iaitu: i. Guru sebagai perancang ii. Guru sebagai pelaksana iii. Guru sebagai penilai
Kurikulum Rancangan bagi satu unit pelajaran Rancangan Pengajaran PROSES MERANCANG PENGAJARAN
Silibus
Dalam konteks kurikulum kebangsaan, pembentukan kurikulum adalah dirancang oleh pakar di Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan rancangan ini didokumenkan secara bertulis melalui silibus bagi setiap mata pelajaran yang ditawarkan bagi kumpulan pelajar tertentu iaitu pelajar sekolah rendah atau menengah yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum kebangsaan didokumenkan dan dikenali mengikut tahap dan jenis pendidikan: i. Kurikulum Standard Pra Sekolah (KSPS) ii. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah bertukar kepada Kurikulum Standard Sekolah Randah (KSSR) iii. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). iv. Kurikulum Pendidikan Khas (KPK)
Perkembangan Kurikulum
Perkembangan kurikulum melibatkan tiga proses utama iaitu Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian. Ini dapat dijelaskan seperti dalam Rajah 3 berikut. Rajah 3: Perkembangan Kurikulum.
Prinsip & Model Perkembangan Kurikulum Prinsip & Model Tyler (1949)
Model Tyler atau Model Objektif-Rasional telah diperkenalkan oleh Ralph Tyler dalam tahun 1949 dan dianggap sebagai model yang klasik dan banyak digunakan dalam bidang perkembangan kurikulum. Menurut Tyler, apabila mereka bentuk kurikulum, terdapat empat soalan asas yang perlu dijawab. Empat soalan tersebut yang lebih dikenali sebagai Tylers Rationale tersebut adalah: 1. 2. 3. 4. What educational purposes should the school seek to attain? What educational experiences can be provided that are likely to attain these purposes? How can these educational experiences be effectively organized? How can we determine whether these purposes are being attained?
Berdasarkan kepada Tylers Rationale atau soalan-soalan yang dikemukakan, perkembangan kurikulum berdasarkan Model Tyler melibatkan empat langkah seperti mana yang digambarkan pada Rajah 4. Empat langkah tersebut berada pada satu garisan lurus secara tersusun. Susunan secara berurutan dalam model Tyler melibatkan komponen matlamat, kandungan, kaedah dan penilaian.
OBJEKTIF
KANDUNGAN
2. Memilih pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran bagi mencapai matlamat dan objektif. 3. Pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran perlu disusun secara sistematik.
KAEDAH
PENILAIAN
1.
Berdasarkan Model Tyler, langkah pertama dalam perkembangan kurikulum ialah menentukan matlamat/ objektif yang ingin dicapai, hasil daripada proses pendidikan. Menurut Tyler, objektif yang perlu ditetapkan hendaklah selaras dengan: keperluan pelajar. keperluan semasa masyarakat. pandangan pakar dalam berbagai bidang berkenaan. Bagi menentukan objektif yang dibentuk bersesuaian, objektif tersebut hendaklah dibentuk berdasarkan kepada: falsafah dan matlamat pendidikan yang dibentuk atau telah sedia ada. psikologi pelajar dari segi teori pembelajaran, kematangan pelajar dan sebagainya. Objektif yang dibentuk perlu menerangkan dengan jelas: apakah yang hendak dicapai? (tujuannya adalah untuk memudahkan proses penilaian). apakah perubahan yang ingin diperolehi oleh pelajar? (Tujuannya adalah untuki menentukan pencapaian objektif).
Menentukan Matlamat/Objektif
2.
Menurut Tyler, pemilihan kandungan merupakan proses yang kreatif. Perancang kurikulum perlu memilih subjek, kandungan atau pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada pelajar bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Pemilihan Kandungan
3.
Kandungan kurikulum yang telah dipilih hendaklah disusun dengan teliti agar dapat menghasilkan pembelajaran yang menyeluruh dan berkesan. Untuk tujuan ini, Tyler mencadangkan tiga prinsip dalam penyusunan kandungan:
i.
Prinsip Kesinambungan Kandungan Prinsip Kesinambungan atau Principle of Continuity bermaksud pemeringkatan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid-murid sejajar dengan pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental seiring dengan peningkatan usia mereka. Suatu kurikulum yang sempurna mempunyai kesinambungan yang lancar dengan dimulai peringkat paling asas dan seterusnya membolehkan pelajar mengaplikasikannya untuk meneroka pada tahap yang lebih tinggi. Oleh itu objektif atau kandungan yang penting hendaklah sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan dengan berbagai-bagai kaedah dan cara bagi menentukan ia dipelajari dengan menyeluruh. Prinsip Ketertiban (turutan) Kandungan Prinsip Ketertiban atau Principle of Sequence bermaksud jumlah timbun-tambah ilmu, kemahiran dan nilai yang dibina menerusi pembelajaran yang dilaksanakan merentas waktu. Prinsip ini menyarankan pembelajaran hendaklah berterusan dan berturutan dengan berdasarkan pengalaman lalu, supaya pelajar berpeluang mempelajari sesuatu dengan lebih luas dan mendalam. Prinsip Kesepaduan Kandungan Prinsip Kesepaduan atau Principle of Integration menetapkan agar pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih bermakna dan menyeluruh.
ii.
iii.
Hanson (2000), Print (1995) dan Mohd Daud Hamzah (1993) telah menambah dua lagi prinsip iaitu prinsip litupan kandungan dan prinsip imbangan kandungan. iv. Prinsip Litupan (Skop) Kandungan Prinsip litupan kandunan berkaitan dengan keluasan dan kedalam kandungan yang perlu dimuatkan dalam seseuatu kurikulum dan pengajaran. Garapan keluasan dan kedalaman kandungan ini berkaitan dengan tahap pendidikan yang membolehkan setiap pelajar menguasai kandungan mengikut tahap-tahap pendidikan dan kognitif. Prinsip Imbangan Kandungan Prinsip Imbangan Kandungan merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan dan kesecocokan kandungan dengan masa pembelajaran yang diperuntukkan kepada pelajar-pelajar untuk menguasainya.
v.
Secara ringkas prinsip penyusunan kandungan kurikulum boleh dikategorikan kepada dua dimensi iaitu dimensi menegak (vertical) dan dimensi mendatar (horizontal). i. Dimensi Menegak Prinsip Kesinambungan Prinsip Ketertiban
ii. Dimensi Mendatar Prinsip Integrasi Prinsip Litupan Prinsip Imbangan Hubungkait di antara dimensi dan prinsip-prinsip penyusunan kandungan kurikulum dapat dilihat menerusi Rajah 6.
KESINAMBUNGAN
KETERTIBAN
Rajah 6: Dimensi dan perinsip penyusanan kurikulum Prinsip penyusunan kurikulum menjadi panduan dalam menentukan tujuan dan halatuju pendidikan, isi kandungan, proses pelaksanaan, aktiviti/ pengalaman pembelajaran dan penilaian. Rajah 7 menunjukkan contoh prinsip reka bentuk kurikulum di Malaysia. SISTEM PENDIDIKAN
Pengajian Tinggi Pendidikan Lepas Menengah Pendidikan Menengah Atas Pendidikan Menengah Rendah Pendidikan Sekolah Rendah Pendidikan Pra Sekolah
Pengkhususan Ilmu Pengkhususan Ilmu Perkembangan Potensi Perkembangan Potensi 4M & Perkembangan Sosial Asas Perkembangan Sosial KATEGORI ILMU/ KEMAHIRAN
4.
Peringkat seterusnya ialah menentukan kaedah penilaian yang boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif iaitu menentukan setakat mana objektif yang telah dibentuk tercapai. Penilaian boleh dilakukan dengan berbagai kaedah dan pada berbagai peringkat untuk mendapatkan bukti keberkesanan pembelajaran dan pencapaian objektif yang telah dinyatakan. Maklumat yang diperolehi daripada proses penilaian boleh digunakan untuk menambahbaik kurikulum berkenaan. Tujuan penilaian adalah untuk mempastikan kurikulum yang dibentuk dan dilaksanakan sentiasa kemaskini bagi memenuhi keperluan semasa dan akan dating. Penilaian boleh dilakukan secara: i. Penilaian Formatif (berterusan) ii. Penilaian Sumatif (peringkat akhir sahaja) Oleh kerana penilaian formatif dilakukan secara berterusan, perubahan-perubahan dan usaha penambahbaikan kepada kurikulum boleh dilakukan apabila perlu. Penilaian sumatif pula dilakukan pada peringkat akhir atau setelah selesai pelaksanaan sesuatu program untuk membolehkan keputusan dibuat untuk penambahbaikan seterusnya. Model Tyler merupakan model yang popular dan banyak digunakan dalam perkembangan kurikulum kerana sistematik dan mudah digunakan. Selain daripada itu model ini dianggap logikal kerana dimulakan dengan penentuan objektif. Model ini menggunakan pendekatan deduktif kerana fokusnya kepada perancangan dan objektif. Model ini memberi tumpuan kepada pengalaman pembelajaran yang melibatkan interaksi pelajar dengan keadaan persekitaran yang membolehkan pelajar membina kemahiran berfikir, membantu mencari maklumat, membina sikap dan minat mereka sendiri. Penyusunan pengalaman pembelajaran secara sistematik akan menghasilkan kesan pembelajaran yang berkumulatif dan efektif. Model Tyler juga menekankan pentingnya penilaian untuk melihat keberkesanan sesuatu kandungan dan kaedah mengikut objektif yang disasarkan.
Penilaian
b)
c)
Bagi mengatasi masalah tersebut, model ini diubahsuai dan dinamakan Model Interaksi. Dalam model ini, keempat-empat elemen diambilkira serentak dalam proses perkembangan kurikulum. Dengan cara ini, proses perkembangan kurikulum menjadi lebih interaktif, dinamik, fleksibel, cyclical (edaran) dan menyeluruh. OBJEKTIF
PENILAIAN
KANDUNGAN
Kurikulum berpusat isi kandungan (apa yang akan diajarkan). Pengajaran melibatkan proses mengingat & memahami. Diajarkan secara terpisah-pisah (mengikut bab/ topik). Tersusun: o Menegak : ikut tahap kesukaran, mudah sukar o Mendatar : antara disiplin ilmu ii. Kekuatan: Mudah untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Pendidik tidak perlu dilatih secara khusus Kelemahan: Peranan pelajar pasif. Pengajaran fokus pada pengetahuan Pengajarannya yang terpisah-pisah bertentangan dengan kenyataan bahawa pengetahuan berbentuk integrasi
iii.
2.
Berpusatkan pelajar
i. Ciri-Ciri: Fokus kepada individu potensi. Pengajaran mengikut minat pelajar. Organisasi kurikulum (minat, keperluan dan tujuan pelajar). Berorientasikan aktiviti & membina pengalaman. Humanistik pembinaan insan. Bersifat terbuka kepada pelajar untuk turut sama dalam mereka bentu kurikulum yang hendak mereka pelajari. Kekuatan: Motivasi belajar bersifat intrinsik. Pengajaran melihat kepada perbezaan individual. Aktiviti penyelesaian masalah untuk menghadapi kehidupan. Kelemahan: Lemah dalam kontinuiti dan sekuens bahan. Sukar diimplementasikan oleh guru biasa (perlu guru khas). Penekanan pada minat belum tentu sesuai untuk menghadapi reality. Dasar penyusunan struktur kurikulum tidak jelas karena kurikulum hanya menekankan minat pelajar.
ii.
iii.
3.
Berpusatkan masalah
i. Ciri-Ciri Berdasarkan kepada kesejahteraan masyarakat. Berasaskan pemikiran bahwa manusia sebagai mahluk sosial yang perlu hidup bersama & ada konflik. Isi kurikulum berupa masalah-masalah sosial/ persekitaran: o Mendatar : merentas pelbagai disiplin ilmu.
o Menegak : keupayaan selesaikan masalah. Kurikulum mengintegrasikan antara subjek dengan masalah kehidupan sosial & alam sekitar. Pengajaran menggunakan pendekatan penyelesaian masalah (PBL). Mengintegrasikan beberapa mata pelajaran. Lingkungan masalah dalam kehidupan & masyarakat. Masalah membentuk intipati kurikulum. Pelajar mempelajari kurikulum untuk mengenalpasti, memahami, menganalisis dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan. ii. Kekuatan Pelajar memahami masalah. Pencegahan dari dalaman diri pelajar. Keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. Kelemahan Pelajar ingin mencuba walaupun telah memahami masalah. Menimbulkan masalah yang lebih besar. Kos lepas yang terpaksa ditanggung oleh pelajar, keluarga, masyarakat dan negara.
iii.
K: Kurikulum
PENILAIAN KONTEKS
PENILAIAN INPUT
PENILAIAN PROSES
PENILAIAN PRODUK
PELAKSANAAN KURIKULUM
Rajah 9: Model penilaian kurikulum CIPP i. Peringkat Penilaian Konteks Melibatkan analisis masalah dan keperluan dalam pendidikan seperti persekitaran, iklim, budaya institusi dan sebagainya ii. Peringkat Penilaian Input Melibatkan penganalisaan bahan sumber dan strategi yang perlu untuk mencapai matlamat dan objektif seperti guru, kakitangan sokongan, kurikulum, kemudahan, pelajar dan lain-lain lagi. iii. Peringkat Penilaian Proses Melibatkan kajian mengenai proses pelaksanaan seperti aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kemudahan bilik kuliah, kemudahan sokongan dan sebagainya iv. Peringkat Penilaian Produk Menentukan setakat mana matlamat program telah dicapai seperti bilangan dan kualiti lulusan, pengiktirafan yang diperolehi dan sebagainya.
Jadual 1: Teori-Teori Pembelajaran Jenis Teori Behaviurisme Sibernetik Pengasas Teori Pembelajaran Pavlov, Thorndike, Skinner Landa Pengasas Teori/Model Pembelajaran Skinner Landa Fokus/Objektif Pengajaran & Pembelajaran Penguasan isi pelajaran melalui proses pelaziman dan penggunaan motivasi ekstrinsik Penguasaan kemahiran dan pengetahuan prosedur melalui penggabungan pelbagai sub-kemahiran dan sub-prosedur (kaedah snowball) Penguasan isi pelajaran melalui pencetusan proses-proses mentas seperti skema, strategi dan metakognisi
Kognitivisme
Perspektif objektivis mengutamakan pembentukan kemahiran, peraturan tahap tinggi atau pemindahan pembelajaran. Tugas pendidik ialah mendapatkan satu item yang mewakili sesuatu set dan memastikan pelajar menguasainya dengan sepenuhnya. Maka kurikulum yang dibentuk adalah berkisar di dalam penentuan item-item yang mewakili set-set ilmu tersebut. Kaedah pengajaran yang digunakan adalah berbentuk deduktif, iaitu bermula dengan definisi, diikuti oleh pembentukan konsep dan diakhiri dengan penerokaan, seperti yang digambarkan di bawah: Pengenalan Istilah Pembentukan Konsep Penerokaan
Di dalam perspektif objektivis, juga diandaikan ialah ilmu pengetahuan itu adalah bersifat kumulatif, iaitu boleh diajar dalam bentuk cebisan demi cebisan kerana kemudiannya ia akan bercantum atau bergabung menjadi set atau struktur pengetahuan yang lengkap. Cebisan-cebisan ini boleh disusun mengikut hierarki atau secara linear. Perspektif ini disokong oleh teori pemprosesan maklumat yang menjelaskan bagaimana pengetahuan dipelajari dan teori skema yang menjelaskan bagaimana sesuatu struktur pengetahuan dibentuk. Proses-proses mental yang menjadi tumpuan ialah proses-proses penambahan (accretion), penghalusan (tuning) dan pembinaan semula (reconstruction). Menurut teori kognitif, ilmu pengetahuan adalah terdiri dari pengetahuan deklaratif (jenis fakta, pengetahuan prosedur (jenis rumus) dan pengetahuan strategi. Setiap jenis ilmu pengetahuan ini boleh diajar secara berasingan melalui proses-proses penambahan, penghalusan dan pembinaan semula. Juga, pelbagai pengetahuan prosedur boleh diterbitkan dari pengetahuan deklaratif yang terkumpul, dan pelbagai pengetahuan strategi boleh diterbitkan dari pengetahuan prosedur yang terkumpul di dalam struktur pengetahuan. Di dalam perspektif objektivis, strategi pengajaran yang dilaksanakan adalah berbentuk ekspositori, seperti penggunaan kaedah kuliah, demonstrasi, penyelesaian beberapa masalah contoh, simulasi, mainan peranan dan latih tubi. Ilmu dilihat sebagai satu produk dan objektif pengajaran ialah penguasaan ilmu pengetahuan seperti yang diajarkan. Pemangkin kepada pembelajaran ialah penggunaan strategi-strategi pembelajaran.
(ii)
Perspektif Konstruktivis Perspektif konstruktivis pula adalah berasaskan perkara-perkara berikut: Melihat pelajar sebagai pembina ilmu Pengajaran adalah untuk mengubah cara dan tahap berfikir Isi pelajaran bukan matlamat pengajaran tetapi hanyalah batu loncatan untuk mendapatkan kepakaran yang lebih tinggi Isi pelajaran ini dibuang selepas kepakaran diperolehi
Jadual di bawah memberikan jenis-jenis teori yang tergolong di dalam perspektif konstruktivis, pengasas-pengasasnya, serta tumpuan-tumpuan tiap satu teori. Jadual 2: Teori pembelajaran konstruktivisme Jenis Teori Pengasas Teori Pembelajaran Piaget, Gardner Pengasas Teori/ Model Pembelajaran Lawson, Collins & Stevens, Bruner, Taba Rogers Spiro, Thelen Fokus/Objektif Pengajaran & Pembelajaran Kemahiran pentaakulan, pemikiran saintifik & pemikiran aras tinggi berdasarkan logik & pembangunan pelbagai kecerdasan (multiple intelligence) Pembelajaran yang bermakna dan ownership of knowledge Kemahiran pentaakulan, pemikiran saintifik & pemikiran aras tinggi berdasarkan perancahan (scaffolding), pembelajaran kooperatif / kolaboratif, dsb
Pembangunan Mental
Rogers Vygotsky
Di dalam perspektif konstruktivis, pengajaran adalah tertumpu kepada proses-proses pembinaan ilmu pengetahuan. Di dalam pandangan ini, strategi-strategi pengajaran yang dilaksanakan adalah berbentuk inkuiri, seperti penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBL), perantisan, lawatan sambil belajar. Guru pula berperanan menjadi penyemak kepada proses pemikiran yang digunakan dan kepada rumusan yang diperolehi Pandangan perspektif konstruktivis dijelaskan oleh Piaget: The goal of education is not to increase the amount of knowledge, but to create possibilities for a child to invent and discover Teaching means creating situations where structure can be discovered, it does not mean transmitting structure which may be assimilated at nothing other than a verbal level. Perspektif ini menekankan keupayaan berfikir pada dua tahap, iaitu empirical-induktif (EI) (pada umur 7-15 tahun) dan hipotetikal-deduktif (HD) (pemikiran dewasa). Di peringkat kolej dan universiti
Pemikiran (EI) melibatkan aplikasi rumus manakala pemikiran HD adalah terdiri daripada kategori berikut: Pemikiran kombinatorik Pengenalpastian dan kawalan pembolehubah Bagaimana burung, penyu, dan kucing dapat kembali ke tempat asal Pemikiran perkadaran Penggunaan nisbah dan rumus Pemikiran Kebarangkalian Pemikiran korelasi Kaedah pengajaran yang dilaksanakan ialah berbentuk: Penerokaan Pengenalan Istilah Pembentukan Konsep
Di dalam perspektif konstruktivis, pengetahuan itu adalah bersifat tentatif, iaitu dibina oleh pelajar secara induktif melalui pemerhatian suatu fenomena, penentuan corak atau perilaku fenomena tersebut, pembentukan dan pengujian hipotesis, pembentukan rumusan/teori tentatif dan kemudian diuji aplikasi atau kebenarannya melaui proses-proses deduktif. Kebenaran rumusan atau teori yang dibina adalah bersifat tentatif dan akan segera diubah jika terdapat permerhatian atau bukti yang lebih kuat. Oleh kerana ilmu pengetahuan adalah binaan sendiri pelajar menggunakan proses-proses induktif dan deduktif, kemahiran-kemahiran akhir yang diperolehi ialah proses membina ilmu, pengisian di dalam tiap tahap proses ini, dan rumusan akhir proses-proses ini. Di dalam perspektif ini, ilmu pengetahuan serta prosedur-prosedur melaksanakan sesuatu tugas mental boleh dimampatkan (zipping) dan dibuka semula (unzipping) mengikut keperluan. Di dalam perspektif konstruktivis, strategi pengajaran yang dilaksanakan adalah berbentuk inkuiri, seperti penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBL), perantisan, dan lawatan sambil belajar. Pengajar menjadi pembimbing dan membimbing menggunakan kaedah Socrates (penyoalan) yang melibatkan soalan-soalan di dalam kategori berikut: Memilih contoh-contoh positif dan negatif Memilih contoh yang berlawanan (Counterexamples) Menjana kes-kes Hipotetikal Mempertimbangkan ramalan-ramalan alternatif Mengesan sebab-akibat / implikasi suatu kontradiksi Mempertikai authoriti
Berpusatkan pensyarah dan berasaskan proses stimulus-respons; pemantauan dan pengukuhan (termasuk denda atau hukuman) oleh pensyarah; pengujian formal berasaskan kompetensi
3. Objektif Pensyarah menilai dan menambah di mana perlu untuk membantu membangunkan keupayaan mental dan kreativiti secara menyeluruh 4. Isi pelajaran Isi pelajaran diintegrasikan bersama proses-proses mental seperti logik, strategi, metakognisi, penyelesaian masalah dan kreativiti untuk menambah dan memperluaskan pengetahuan pelajar
Pensyarah membantu pelajar mengenalpasti keperluannya dan kemudian membimbing pelajar mencapainya
Isi pelajaran membina kompetensi dan penguasaan pelbagai kemahiran mengikut objektif yang telah ditetapkan
Isi pelajaran adalah berasaskan kegiatan dan pengalaman kontekstual dalam menyelesaikan masalah di dalam situasi yang dipilih
RUMUSAN
Hasil kurikulum yang digubal membentuk kualiti akhir pelajar, kualiti kurikulum, dan tanggapan masyarakat setempat dan masyarakan dunia terhadap program dan institusi. Tugas setiap pendidik ialah menentukan bahawa pengajaran dan matlamat yang hendak dicapai adalah selaras dengan falsafah, misi, visi, dan amalan yang telah dipilih dan memaksimumkan koherens serta kesankesan positif dari kurikulum tersembunyi. Faktor-faktor ini mencorakkan kurikulum yang direka dan menentukan hasil akhir yang diperolehi. Terdapat dua aliran yang kuat dan berbeza tentang pengajaran dan pembelaran. Aliran objektivis melihat ilmu sebagai satu produk dan guru adalah penyampainya. Aliran konstruktivis melihat ilmu sebagai satu proses pembinaan dan guru adalah pemudahcaranya. Aliran-aliran ini akan menghasilkan output atau keupayaan yang juga berbezabeza.
KATA KUNCI
1. 2. 3. 4. 5. 6. Reka bentuk kurikulum Imbangan Bersepadu Kesinambungan Turutan Litupan 7. 8. 9. Orientasi kurikulum Pengalaman pembelajaran Pembelajaran inkuri
LATIHAN KENDIRI
1. 2. 3. 4. Pengetahuan mengenai perkembangan kurikulum adalah penting kepada para pendidik. Jelaskan kenyataan ini. Para pendidik memainkan tiga peranan penting dalam perkembangan kurikulum iaitu sebagai perancang, pelaksana dan penilai. Huraikan kenyataan ini. Nyatakan perbezaan antara kurikulum, ko-kurikulum dan kurikulum tersembunyi. Nyatakan kepentingan setiap satu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Model Tyler dianggap sebagai model yang klasik dan banyak digunakan sebagai rujukan dalam perkembangan kurikulum. Bincangkan kekuatan dan kelemahan model Tyler dan nyatakan bagaimana anda boleh mengaplikasikan model ini dalam melaksanakan tugas anda. Berdasarkan contoh-contoh spesifik, bincangkan pola dan orientasi reka bentuk kurikulum di Malaysia.
5.
RUJUKAN
Henson, T.H. (2001). Curriculum planning. Boston: McGraw Hill. Orstein, A.C. & Hunkins, F.P. (2004). Curriculum: foundations, principles, and issues (4th ed.). Boston: Allyn and Bacon. Stenhouse. (1975). An introduction to curriculum research and development. London: Heinemann. Sufean Hussin. (2004) Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tyler, R.W. (1991). Principle of curriculum and instructions. (Terjemagan Kamaruddin Hussin & Hazil Abdul Hamid). Skudai: UTM
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran unit ini, pelajar dapat: i. Matlamat dan objektif kurikulum dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. ii. Tranformasi matlamat pendidikan negara ke dalam matlamat mata pelajaran khusus iii. Penulisan objektif bagi satu unit pengajaran.
PENGENALAN
Kota Rom tidak tegak dalam satu hari. Sejarah telah membuktikan bahawa pendidikan telah berjaya membina dan mengekalkan tamadun sesuatu bangsa dan menjamin keutuhan sesuatu empayar sebagaimana kegemilagan empayar Rom, keagungan kerajaan Islam Abbasyiah dan kemasyhuran Dinasti Meng yang dicapai menerusi penguasaan perlbagai disiplin ilmu yang menjangkau ilmu sains dan teknologi. Oleh itu sumbangan pendidikan sebagai wadah yang menentukan perkembangan, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara tidak boleh dinafikan. Sebagai pendidikan yang unggul dan cemerlang, seseorang guru itu mestilah berkeupayaan membuat penterjemahan dan pentaksiran terhadap kurikulum dan matlamat pendidikan. Guru dalam apa bidang disiplin akan mengendalikan kurikulum kebangsaan pada peringkat pra sekolah, sekolah rendah ataupun menengah. Kurikulum tersebut perlu diterjemahkan secara khusus untuk diolah kepada unit-unit yang lebih spesifik dengan objektif yang jelas, pemilihan kaedah yang berkesan dan aplikasi bahan yang efektif. Hal ini dilaksanakan menerusi perancangan yang sistematik dalam dua bentuk iaitu Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian berpandukan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran serta Buku Panduan Kurikulum Standard yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Akta Pendidikan 1996 telah memberikan pengertian kurikulum kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi
serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Kurikulum kebangsaan merupakan kurikulum yang diseragamkan dan ditadbirurus secara top down. Hal ini kerana bidang pendidikan formal di Malaysia terletak di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, maka segala urusan yang berkaitan dengannya turut berbentuk berpusat termasuklah kurikulum. Kurikulum secara berpusat dilaksanakan adalah disebabkan faktor-faktor berikut: Keadilan untuk semua murid Peruntukan kewangan yang mudak dikendalikan Pengurusan kurikulum yang sempurna Pemantauan yang komprehensif Perancangan yang menyeluruh Keseragaman untuk semua sekolah dan murid Kurikulum kebangsaan turut dikenali sebagai kurikulum ideal atau kurikulum rasmi. Kurikulum ideal merupakan kurikulum yang yang telah sempurna dibentuk oleh FPK yang mengandungi ciri-ciri ideal dari segi matlamat, pelaksanaan dan penilaian. Kurikulum tersebut kemudiannya diangkat sebagai kurikulum rasmi negara setelah diterima untuk dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah di Malaysia. Kurikulum kebangsaan terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu: i. Kurikulum formal ii. Kurikulum tidak formal Kurikulum formal yang juga dikenali sebagai kurikulum akademik yang mengandungi mata pelajaran dari empat komponen iaitu bahasa, kemanusiaan, sains dan vokasional. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membekalkan Pukal Kurikulum, Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Mata Pelajaran sebagai panduan kepada guru-guru mentafsir dan menterjemahkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi Kurikulum Standard Standard Sekolah Rendah (KSSR) guru dibekalkan dengan buku Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran sebagai bahan kurikulum menggantikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. KPM juga membekalkan buku teks sebagai rujukan utama kepada guru-guru dan murid-murid. Kurikulum tidak formal pula mengandungi kurikulum aktiviti ko kurikulum dan kurikulum tersembunyi. Aktiviti kurikulum merupakan salah satu komponen dalam kurikulum kebangsaan kerana KPM meletakkannya sebagai syarat wajib kepada setiap pelajar menganggotai mana-mana kelab, persatuan atau unit beruniform. KPM juga telah membuat dasar 1 murid 1 sukan untuk memberi peluang kepada setiap murid terlibat dalam satu jenis sukan yang diminati. KPM dan KPT juga telah meletakkan syarat bahawa penglibatan dalam aktiviti ko kurikulum akan memberi sumbangan 10 peratus kepada kemasukan ke sekolah berasrama penuh dan IPT.
2.
Kurikulum Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia (1988) telah mendefinisikan kurikulum sebagai segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum sekolah boleh dibahagikan kepada dua bahagian: i. Bahagian yang meliputi sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala kegiatan pengajaran dan pembelajaran.
ii. Bahagian yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah (kokurikulum) seperti kegiatan sukan, persatuan, pasukan pakaian seragam dan lain-lain. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kurikulum sekolah merujuk kepada penawaran mata pelajaran dan aktiviti kokurikulum yang dikendalikan oleh pihak sekolah untuk murid-murid di sekolah berkenaan. Bilangan mata pelajaran yang ada dikelompokkan kepada tiga yang utama iaitu mata pelajaran teras, mata pelajaran elektif dan mata pelajaran tambahan. Semua murid wajib mempelajari mata pelajaran dalam kumpulan teras tetapi mereka boleh memilih untuk mempelajari mana-mana mata pelajaran dari kumpulan elektif. Untuk kumpulan tambahan pula, ia membabitkan tambahan bagi mata pelajaran bahasa seperti bahasa Arab, bahasa Mandarin, bahasa Tamil dan bahasa Iban. Perbezaan penawaran mata pelajaran ini sangat ketara pada peringkat sekolah menengah. Perkara ini disebabkan faktor kemanusiaan dan faktor fizikal. Faktor kemanusiaan: Guru yang terlatih dalam opsyen tiada/tidak mencukupi. Bilangan murid yang tidak mencukupi. Faktor fizikal Prasarana tidak mencukupi/ tiada. Peralatan tidak mencukupi/ tiada. Bagi kurikulum sekolah, guru-guru mempunyai autonomi untuk merancang, melaksana dan menilai kurikulum yang dilaksanakan. Guru boleh mengolah kandungan kurikulum mengikut kesesuaian dan keselesaannya ke dalam bentuk Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian. Guru juga boleh memilih dan menggunakan apa-apa bentuk kaedah dan bahan yang dirasakan sesuai dan berkesan. Selain itu guru boleh menggunakan sebarang bentuk penilaian dan alat ujian untuk menilai keberkesanan pengajarannya. Selain dari kurikulum formal, kurikulum tidak formal juga merupakan komponen dalam kurikulum sekolah. Kurikulum tidak formal mencakupi penekanan terhadap ko kurikulum yang juga berbeza mengikut sekolah. Sekolah boleh menawarkan sebarang bentuk aktiviti ko kurikulum jika mempunyai kepakaran, tempat dan kemudahan. Keadaan ini selari dengan saranan KPM agar setiap sekolah adalah sekolah berwatak. Setiap sekolah dikenali kerana watak yang menjadi identity sekolah tertentu. Contohnya Sekolah Sultanan Asma (Kedah) dan Sekolah Tun Fatimah (Johor) dikenali pada pringkat dunia kerana pancaragam. Satu lagi komponen di dalam kurikulum tidak formal di sekolah ialah kurikulum tersembunyi. Kurikulum tersembunyi juga dikenali sebagai kurikulum tidak nyata. Kurikulum tersembunyi dikatakan lebih mempengaruhi matlamat pendidikan, khususnya terhadap aspek kemahiran, nilai dan budaya. Kurikulum tersembunyi tidak mempunyai ciri-ciri khusus tetapi ia berlaku melalui perancangan dan tanpa dirancang. Kurikulum tersembunyi dirancang kerana pelaksanaannya dilakukan secara sedar oleh pihak sekolah dan guru-guru. Contohnya perlantikan pengawas sekolah. Pengawas dilantik dari kalangan murid-murid yang terpilih kerana mempunyai bakat kepimpinan, sahsiah yang baik dan tahap akademik yang cemerlang. Setiap aktiviti dalam badan pengawas sekolah dirancang oleh pihak sekolah untuk membantu mengembangkan potensi murid tersebut dari segi kepimpinannya. Harapannya nanti akan lahir dari pengawas-pengawas ini seorang pemimpin negara yang berwibawa. Bagi kurikulum tersembunyi yang tidak dirancang, ia melibatkan nilai-nilai dalaman yang terdapat dalam diri murid-murid itu sendiri. Contohnya penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan
permainan. Melalui bersukan/ bermain semangat perpaduan, bertoleransi, bekerjasama, tolong menolong, hormat-menghormati akan muncul dengan sendirinya. Pemain bola sepak akan gembira dan berpelukan antara satu sama lain (walaupun dari kaum yang berbeza) apabila jaringan gol ke pihak lawan dapat dilakukan. Untuk menjaringkan gol tersebut setiap pemain memainkan peranan untuk bekerjasama antara satu sama lain. Setiap pemain dalam apa posisi akan saling menyokong untuk membantu penyerang menghasilkan gol kemenangan. Bolehkah nilai seperti itu terbentuk di tempat lain? Dalam konteks Malaysia kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah sebenarnya berada pada landasan yang sama tetapi pada peringkat yang berbeza. Pada peringkat pusat, kurikulum kebangsaan adalah menefestasi terhadap apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Manakala pada peringkat sekolah, kurikulum merupakan pelaksanaan terhadap apa yang telah dibentuk pada peringkat pusat. Segala apa yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan diterjemahkan melalui berbagai aktiviti yang dilakukan oleh guru-guru bersama murid-muridnya sama ada di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Hubungan di antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah dapat dilihat menerusi Rajah 1.
Teras Elektif Tambahan Sains Bahasa Vokasional Kemanusiaan Kurikulum Akademik Kurikulum Tersembunyi
Kurikulum Pra Sekolah Kurikulum Sekolah Rendah Kurikulum Sekolah Menengah Kurikulum Pendidikan Khas Kurikulum Lepas Menengah
KURIKULUM SEKOLAH
Kurikulum Sebenar
Ko Kurikulum
Akta Pendidikan 1996: Multiliterasi Multiculture Pendidikan sepanjang hayat Pengantarabangsaan Sains & teknologi Alam sekitar Kepenggunaan Akhlak & moral Patriotisme Keagamaan
(Pra Sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Lepas Sekolah Menengah, Pendidikan Khas)
ii. Penilaian
Penilaian berterusan Penilaian secara berpusat Penilaian berasaskan sekolah
MATLAMAT KURIKULUM
i. ii. iii. iv. v.
Kembangkan potensi pelajar Asas untuk pengetahuan lanjutan. Melahirkan insan yang sempurna (JERI) Membentuk warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Menjadikan pelajar yang boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah harian. Rajah 4: Matlamat dan objektif kurikulum
KURIKULUM
Tahap Definisi Contoh Kata Kerja Tahap Definisi Contoh Kata Kerja Tahap Definisi Contoh Kata Kerja Tahap Definisi Contoh Kata Kerja Tahap Definisi Contoh Kata Kerja
: Menerima (A1) : Menyedari adanya sesuatu perkara yang berlaku dipersekitarannya. : Murid-murid hadir dan mendengar syarahan/ pembentangan tentang isu-isu alam sekitar. : Terima, ambil tahu, sedar, dengar, perasan, beri perhatian dan sebagainya. : Bertindakbalas (A2) : Murid-murid menunjukkan tingkahlaku yang baru hasil dari pengalaman mereka. Mereka gembira dengan penyertaannya. : Murid-murid mencari maklumat lanjut melalui bertanya, buku rujukan, internet, program televisyen dan sumber-sumber lain. Setuju, bantu, bebas menjawab, ambil berat, patuh, suka rela, melibatkan diri, menyumbangkan, kerjasama dan sebagainya. : Menilai (A3) : Murid-murid menunjukkan kesediaan untuk terlibat dan memberikan komitmen, menilai apa perkara yang mereka terlibat. : Murid-murid cuba memujuk orang lain untuk mengambil tahu tentang isu-isu alam sekitar. : Amalkan, pilih, komitmen, keinginan, inisiatif, menyatakan dan sebagainya : Mengorganisasi (A4) : Murid-murid mensepadukan nilai baru yang diterima ke dalam set nilai-nilai, sikap atau kepercayaan dan membentuk ranking bagi keseluruhan set nilai-nilai yang dipegang. : Murid-murid mula memberikan komitmen jangka panjang dalam isu-isu alam sekitar seperti menganggotai kumpulan pencinta alam sekitar. : Sesuaikan, ubahsuai, aturkan, imbangkan, klasifikasikan, konsepsualisasikan, formulakan, group, rank dan sebagainya : Perwatakan (A5) : Bertindak secara konsisten terhadap nilai baru. Secara dalaman, murid-murid dapat menyusun nilai-nilai ke dalam sistem dan boleh mengaplikasikan nilai tersebut sebagai falsafah hidup mereka kepada peringkat yang lebih luas. : Murid-murid mengamalkan konsep hijau dalam hidup mereka melalui menghindar dari menggunakan beg plastik, menghindar dari membeli barang-barang yang tidak mesra alam dan sebagainya. : Ambil tindakan, pertahankan, pengaruhi, justifikasi perlakuan, kekalkan, berikan sokongan dan sebagainya.
Meliputi semua domain objektif (kognitif, afektif dan psikomotor) mengikut aras yang telah ditentukan bagi setiap satunya.
Skop, integrasi dan imbangan antara mata pelajaran Kurikulum sebagai hasil (ends) kenyataan objektif yang dihajatkan Pengalaman pembelajaran sebagai cara (means) mencapai objektif isi & kaedah
42
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) Langkah & Isi Pelajaran/ Masa Kandungan Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan (Nilai/ ABM/ KBKK)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kandungan Kandungan: Fakta Konsep Generalisasi: i. Prinsip ii. Teori iii. Hukum Kaedah Pembelajaran Masteri Pembelajaran inkuiri Pembelajaran deskoveri Pelbagai kecerdasan Pembelajaran koperatif Pembelajaran induktif Pembelajaran deduktif Pembelajaran kontekstual Dan sebagainya Penilaian Formatif Sumatif
Pengetahuan Deklaratif
Pengetahuan Prosedur
Dokumen perincian kepada Sukatan Pelajaran mengikut unit-unit kecil mata pelajaran yang perlu dimuatkan untuk proses pengajaran & pembelajaran mengikut tahap/ persekolahan
Mengandungi FPK, matlamat & objektif mata pelajaran mengikut tahap persekolahan, orgnisasi kandungan, kemahiran, nilai dan sebagainya.
Unit 1
Unit 2
Tajuk 1 P P P
Tajuk 2 P P
Tajuk 3 P P P P
Mentejemahkan Kurikulum Menerusi Sukatan Pelajaran Kepada Rancangan Pengajaran Tahunan & Harian
KURIKULUM (Pra Sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Pendidikan Khas) Mata Pelajaran Unit 1 Unit 2
Rancangan Pengajaran Tahunan Rancangan Pengajaran Harian
Sukatan Pelajaran
Huraian Sukatan Pelajaran
Tajuk 1 P P
Tajuk 2 P P P P
Tajuk 3 P P P
Hasil Pembelajaran: Senarai pernyataan pencapaian secara hirarki tentang pengetahuan, kemahiran, kebolehan, sikap yang perlu dikuasai oleh pelajar mengikut aturan pencapaian yang telah ditentukan selepas menerima pengajaran.
Analisis Kurikulum
Tentukan Keperluan Kurikulum Konteks Pengajaran Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Penilaian Semakan Semula
Memudahkan mengingat semula Sentiasa berfokus kepada objektif Membantu memahami isi kandungan Membantu penyediaan bahan yang sesuai Perancangan & persediaan yang teratur
Pengajaran &
Pembelajaran
Pengajaran secara terancang dapat memaksimumkan keupayaan murid untuk beroleh pengetahuan. Lebih dari 95 peratus maklumat atau pengetahuan yang disampaikan oleh guru dapat dikuasai atau difahami oleh murid
i. Ideal
Pengajaran
Pembelajaran
ii. Baik
Walaupun pengajaran guru telah dirancang, namunmanfaat sepenuhnya tidak dapat diserap oleh pelajar. Hanya 75 peratus ilmu yang disampaikan oleh guru dikuasai atau difahami oleh murid. Guru perlu meneliti semua rancangan pengajaran yang telah dibuat untuk proses penambahbaikan.
Pengajaran
Pembelajaran
Pengajaran guru kurang berkesan. Kurang dari 50 peratus daripada maklumat / pengetahuan yang disampaikan oleh guru dapat dikuasai atau difahami oleh murid. Guru perlu mengubahsuai kaedah, strategi dan teknik pengajaran agar keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan pada sesi berikutnya.
Pengajaran
Pembelajaran
Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam keadaan tidak bermatlamat. Proses pengajaran guru perlu diubah dari aspek kaedah, strategi dan tekniknya mengikut kesesuaian tahap pembelajaran murid. Proses pembelajaran murid perlu diberi perhatian dan dirancang dengan teliti.
RUMUSAN
Kurikulum sebagai satu jambatan menghubungkan pendidikan dengan matlamat. Kurikulum sebagai body of knowledge dikemukakan dalam bentuk dokumen rasmi SP & HSP. Kandungan kurikulum mengandungi pengetahuan deklaratif dab prosedural. Pengetahuan deklaratif merupakan intipati yang mengandungi fakta, konsep, prinsip, teori dan generalisasi serta ditegaskan menerusi Jadual Spesifikasi Kandungan. Pengetahuan prosedural berkait dengan proses, metodologi dan prosedur. Kandungan kurikulum yang terdapat di dalam SP & HSP dialihkan kepada Rancangan Pengajaran Tahunan & Rancangan Pengajaran Harian sebelum dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
LATIHAN KENDIRI
1. Apakah perbezaan di antara kandungan dan pengetahuan, dan bagaimanakah anda sebagai pengurus kurikulum bilik darjah melakukan pengubahsuaian terhadap kaitan kedua-duanya? 2. Jelaskan perbezaan di antara pengetahuan deklaratif dengan pengetahuan prosedural. 3. Huraikan fungsi Jadual Spesifikasi Kandungan dalam konteks pelaksanaan kurikulum bilik darjah? 4. Analisiskan kriteria pemilihan kandungan kurikulum. Manakah di antara kriteria pemilihan tersebut paling memberi kesan terhadap kandungan kurikulum yang dilaksankan di bilik darjah? 5. Bincangkan perkaitan di antara End dan Mean dalam pelaksanaan kurikulum bilik darjah.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran unit ini, anda berkebolehan untuk; i. Menghujahkan etika perguruan di Malaysia. ii. Membincangkan Kod Tatasusila Keguruan Malaysia iii. Menganalisis peraturan-peraturan pendidikan Malaysia
PENGENALAN
Mengapakah kerjaya guru begitu intimewa kepada negara dan masyarakat? Profesion keguruan mendominasi carta perkhidmatan awam dengan keanggotaan melebihi 400,000 orang. Sektor pendidikan menggungguli biaya pengurusan dan perbelanjaan dengan peruntukan yang paling besar dalam bujet kewangan Negara. Kerajaan meletakkan harapan agar guru bertindak sebagai arkitek dan jurutera social dalam mencorak dan membangunkan bangsa Malaysia pada masa depan. Tetapi kini martabat guru mula dipandang sepi oleh masyarakat, malahan guru kini dilabelkan dengan pelbagai kategori seperti guru unggul (memiliki criteria seperti berwawasan, halatuju yang jelas, pengajaran menarik, bersifat tegas dan adil), guru peperiksaan (lebih mementingkan berapa banyak A dan peratus lulus dalam peperiksaan), guru dis iplin (lebih mementingkan disiplin dan kawalan murid), guru sukan (mengutamakan pencapaian sukan sekolah), guru makan gaji (sentiasa mengira bilakan gaji akan keluar, naik, bonus, tuntutan elaun), guru zon selesa (asyik menentukan kerjayanya selamat, enggan ditukarkan, enggan kerja lebih beban), guru burnout (rasa tidak seronok jadi guru, tidak berminat, guru kerjaya pilihan akhir). Dengan ciri guru yang begitu rencam, maka perlu ada suatu dasar kerajaan yang dapat mengharmonikan perjalanan kerja guru melalui etika yang menjadi panduan menerusi peraturanperaturan yang dikuatkuasakan.
i.
Bersemangat tinggi dalam perkhidmatan: Guru yang sentiasa ghairah dan teruja untuk memberikan yang terbaik dalam perkhidmatannya. Contohnya guru ini akan hadir ke sekolah sebelum waktunya, masuk dan keluar kelas tepat waktunya, berfikiran terbuka, proaktif, inovatif dan motivatif.
ii. Bermatlamat yang jelas: Guru yang tahu apa yang dibuat tanpa disuruh atau diberi arahan. Meletakkan perkara yang terpenting dan segera untuk diberi keutamaan. Manakala perkara yang tidak penting dikemudiankan dan perkara yang tidak berkaitan diabaikan. Contohnya guru ini memikul amanah dan melaksanakan dengan terbaik untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh dirinya sendiri atau pihak lain. iii. Berkemahiran mengurus bilik darjah: Guru ini cekap dalam mengurus bilik darjah yang ia bertugas di dalamnya. Kecekapan itu dapat dilihat dalam bentuk kawalan disiplin murid, keceriaan murid dan kelas dan tindakan rutin di dalam bilik darjah yang berkesan (kebersihan kelas, kesihatan murid, rekod murid dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran). Contohnya guru ini sentiasa mempastikan ketepatan masa, suasana kelas yang ceria dan bersih dan murid sentiasa memberikan tumpuan terhadap pengajarannya. iv. Berkebolehan komunikasi yang baik: Guru yang dapat menyampaian pengajarannya dengan berkesan. Suara yang lantang, bahasa yang halus, sebutan yang jelas, intonasi yang betul, arahan yang tepat dan ayat-ayat yang gramatis yang diselangselikan dengan elemen humor. Contohnya guru ini sentiasa menghidupkan suasana pembelajaran di mana muridmurid merasa terhibur dan tidak bosan sepanjang kelas berlangsung. v. Jangkaan yang tinggi terhadap murid: Guru yang sentiasa beranggapan setiap muridnya adalah insan yang istimewa yang mempunyai potensi untuk berjaya jika diberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang betul dengan cara yang berkesan. Contohnya guru ini sentiasa memberi galakan kepada murid untuk mencuba menyelesaikan masalah dalam semua perkara (akademik, sukan, persatuan dan sebagainya). vi. Berupaya memberi yang terbaik: Guru yang meletakkan kepentingan perkhidmatannya melebihi kepentingan diri sendiri dengan kebolehan memberi yang terbaik kepada muridmuridnya demi masa depan mereka dan yang terbaik dalam tugas-tugas khasnya untuk kejayaan sekolah. Contohnya guru ini akan memberikan kelas pemulihan khas atau kelas tambahan kepada murid-muridnya yang masih belum menguasai isi kandungan topik-topik yang diajar tanpa sebarang bayaran. vii. Pengetahuan tentang kurikulum dan subjek yang diajar secara mendalam: Guru ini menguasai dengan mendalam dan meluas tentang kurikulum kebangsaan yang menjadi panduan dan rujukan kepadanya dari segi matlamat, objektif dan kandungannya. Guru ini juga dapat menguasai subjek yang diajar dan menjadi rujukan kepada murid, rakan sejawat dan pihak lain yang memerlukan khidmat ketokohannya. Contohnya guru ini sentiasa mengemaskini pengetahuannya tentang kurikulum kebangsaan yang berubah dan berupaya menyesuaikan pengetahuan tentang subjek dengan matlamat kurikulum kebangsaan yang ditetapkan. viii. Hubungan yang berkualiti dengan pelajar, ibubapa, masyarakat dan majikan: Guru ini dapat mewujudkan hubungan yang berkualiti dan mengekalkan keharmonian dalam perkhidmatannya. Contohnya guru ini sentiasa menganggap murid-murid seperti anaknya, bergaul mesra dengan ibubapa dan masyarakat dan sentiasa menjadi rakan sejawat yang baik
dan boleh dipercayaai. Lazimnya guru seperti ini akan diraikan jika beliau bertukar/bersara, ketiadaanya begitu dirasai oleh sekolah, rakan dan murid, keberadaannya memberi semangat yang berkobar-kobar. Semua kriteria guru unggul dan professional yang dinyatakan di atas telah dirumus dan dibentangkan oleh Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah (bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia) untuk hayati dan diamalkan oleh semua guru Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab perkhidmatannya. Beliau menjelaskan guru yang unggul dan profesional mestilah menunjukkan sikap profesional, mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori, kaya dengan ilmu, bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja, sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran, menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa dan berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpesonaliti sihat dan serba boleh. Ciri-ciri kulaiti guru yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tersebut merupakan adaptasi daripada sifat-sifat guru unggul yang di senaraikan oleh negara-negara Islam dalam Muktamar Pertama Pendidikan Islam di Mekah pada tahun 1977, semua negara-negara Islam sedunia telah menggariskan sifat-sifat guru unggul sebagai rujukan dan panduan untuk membangunkan rakyat di negara-negara terbabit. Terdapat lima ciri yang utama iaitu: i. Tawadhu ii. Berakhlak iii. Insan berilmu (alim) iv. Memiliki taraf akademik yang baik v. Mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat
Kesemua nilai tersebut merupakan aspek intrinsik yang mesti terdapat dalam diri seorang guru. Nilai tersebut akan membentuk sifat dan keperibadian individu yang cemerlang dan seterusnya memantapkan kualiti organisasi dan perkhidmatan keguruan.
ii.
iii.
iv.
v.
Memperkota apa yang dikatakan Guru telah diamanahkan untuk mendidik anak-anak bangsa. Segala apa yang diajar oleh seseorang guru tersebut haruslah logik dan selari dengan apa yang dikatakan olehnya. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi Seorang guru mestilah sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM telah lakukan untuk memperbaiki perkhidmatan kepada tahap yang lebih baik dengan memberikan prestasi perkhidmatan yang cemerlang kepada organisasi dan anak-anak didik.
vi.
xvi.
Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan
Berdasarkan 22 senarai etika keguruan, bolehkah anda kategorikannya kepada 4 kumpulan utama Kod Etika Keguruan Malaysia? Kategori Senarai Etika Keguruan
pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan dan prinsipprinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zamanberzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran untuk masa depan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.
Rajah 1: Tatasusila profesion keguruan Malaysia i. Tangungjawab Terhadap Murid Guru hendaklah mempunyai tingkah laku yang merupakan tanggungjawab terhadap murid. Tanggungjawab ini termasuk: lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal lain. bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama. menunjukkan satu cara pakaian, tertuturan dan tingkahlaku yang dapat member contoh yang baik kepada murid. membimbing dan mengajar seseorang murid dalam bilik darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. memelihara dan memperbaiki tahap kecekapan ikhtisas menerusi penyelidikan, lawatan, menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, seminar atau mesyuarat supaya pengajaran mencapai kualiti yang tinggi. Tanggungjawab Terhadap Ibubapa Guru mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa murid. Oleh itu guru hendaklah: menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga dan menganggap semua maklumat yang diberi oleh ibu bapa tentang keadaan rumah tangga atau tentang anak mereka adalah sulit, dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.
ii.
memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat itu secara teliti dan bijaksana. mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
iii.
Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara Guru hendaklah bertingkah laku dan menjalankan tanggungjawabnya dengan mengambil kira keperluan masyarakat dan negara. Maka dengan itu guru hendaklah: Elakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau bertentangan Rukun Negara. Memupuk dalam diri pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua, menghormati adanya perbezaan, kebudayaan, keturunan dan agama. Menghormati masyarakat setempat ditempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa mengambil bahagian dalam kegiatan kemasyarakatan. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan, kecendekiawanan masyarakat. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat, dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik. Tangungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan Guru juga mempunyai tanggungjawab terhadap rakan sejawatan dalam profesion yang sama. Oleh itu hendaklah: Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh maruah seseorang guru. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai seorang guru. Berusaha menunaikan tanggungjawabnya dengan rajin dan bersungguh-sungguh serta sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menceburi profesion keguruan. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan. Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
iv.
Kod Etika Profesion Keguruan (KEPK) menyediakan suatu garis panduan bagaimana untuk bertingkahlaku dan bertatasulia yang selayaknya dalam profesion keguruan. Dalam perkhidmatan pendidikan terdapat perkara yang jelas garis pemisahnya sama ada boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan oleh guru-guru. Terdapat juga perkara yang samarsamar atau kabur untuk tindakan dilakukan. Oleh itu satu garis panduan adalah perlu dirujuk. Oleh itu kod etika dapat menyatakan dengan tepat dan jelas tentang tingkah laku yang bagaimana sepatutnya menjadi amalan guru-guru ketika menjalankan perkhidmatannya. 2. Peranan dan Tanggungjawab KEPK menyatakan dengan jelas tentang peranan dan tanggungjawab guru terhadap stakeholders dalam bidang pendidikan. Dengan ini, guru lebih tahu dan sedar tentang peranan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Keunikan Kandungan KEPK di sesebuah negara adalah berbeza. Dengan membuat perbandingan, guru dapat melihat keunikan KEPK yang terdapat di Malaysia. Perkara ini dapat menimbulkan rasa hormat terhadap profesion dan seterusnya mempertingkatkan kualiti perkhidmatan masing-masing. Semakan KEPK yang didokumenkan membolehkan usaha menyemak semula dilakukan dari masa ke semasa. Satu petanda kecemerlangan sesuatu profesion ialah sejauhmanakah kod etikanya dapat dipertahankan dan dikuatkuasakan. Tingkatkan Imej Dengan adanya KEPK, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion keguruan secara rasmi. Masyarakat dapat melihat dan menghayati tanggungjawab guru yang sebenar (skop dan beban) di samping menyedari tanggungjawab sendiri dalam membantu guru mancapai matlamat pendidikan negara. Nilai Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, memelihara dan meningkatkan kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dalam mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi.
3.
4.
5.
6.
AKAUNTABILITI KEGURUAN.
Mengikut Kamus Dewan IV (2005) , akauntabiliti bermaksud bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Ahmad Sarji (2003) , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai disiplin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya. Terdapat lima kategori akauntabiliti guru:
i.
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajarpelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya. Akauntabiliti Guru Terhadap Sekolah Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugastugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah. Akauntabiliti Guru Terhadap Masyarakat dan Negara Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat . Akauntabiliti Guru Terhadap Profesion Keguruan Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata
ii.
iii.
iv.
pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat. v. Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.
Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan. 1. Nyatakan perbezaan di antara etika keguruan dan akauntabiliti keguruan. Etika Keguruan Akauntabiliti Keguruan
Rajah 2: Tunggak 12
PENGUATKUASAAN TATATERTIB
PERATURAN-PERATURAN
KELAKUAN
DAN
Peraturan-peraturan yang ada sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa bagi memastikan semua pegawai awam memahaminya. Ketua Jabatan turut diingatkan supaya memastikan semua pegawai dan anggota bawahannya sentiasa mematuhi peraturanperaturan tersebut. Peraturan yang berkuatkuasa: beserta amaran di mana sekiranya berlaku pelaanggaran tatatertib tidakan tegas boleh diambil. Semua kes pelanggaran tatatertub yang dirujuk kepada SPRM hendaklah diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kes dirujuk. Kesalahan-Kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh penjawat awam menurut PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993 (P.U.A.246). Antara perkara yang termasuk dalam peraturan tersebut adalah seperti yang berikut: i. PERATURAN 3A (Hukuman Tindakan Tatatertib). Penjawat awam wajib mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai yang ingkar.
ii.
PERATURAN 3B Seorang pegawai dikehendaki member aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (P.U.A.176) melibatkan perlantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan. PERATURAN 3C Menjadi tanggungjawab kepada mana-mana pegawai awam untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan segera terhadap mana-mana pegawai yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan tersebut. Pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peraturan-peraturan disifatkan sebagai cuai dan tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan tatatertib. PERATURAN 4(1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di Pertuan Agong, Negara dan kerajaan semasa yang memerintah. Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah Negara, hormat dan patuh kepada undang-undang serta berusaha untuk berbakti kepada Negara. Antara contoh pelanggaran peraturan 4(1): i. ii. iii. iv. v. Membocorkan rahsia kerajaan. Menjadi anggota Jemaah Islamiah. Bersubahat dengan musuh negara. Menyertai Kesatuan Militan Malaysia. Memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar dan tindakan kerajaan.
iii.
iv.
Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar
kerja dengan seberapa segera. Menggunakan wang tabung amanah untuk kegunaan sendiri. Membuat pembayaran tanpa menyemak kerja-kerja yang diarahkan. Tidak mengisytiharkan harta dan pelaburan yang dimiliki. Menghasut kakitangan supaya jangan tertalu berusaha dalam menjalankan tugas. Tidak boleh menjalankan tugas tanpa menghiraukan implikasi terhadap jabatan/ kerajaan. Tidak boleh mengambil cuti rehat disaat perkhidmatannya diperlukan. Keluar untuk urusan peribadi ketika waktu kerja. Menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan sama ada tuntutan itu tuntutan sendiri atau pegawai lain. Meminta orang kenamaan mempengaruhi lembaga kenaikan pangkat. Membawa keluar fail tanpa kebenaran bertulis Ketua jabatan. Tidak boleh keluar Negara tanpa kelulusan KSU. Cuai memastikan barang-barang yang dibeli dimasukkan ke dalam inventory. Menghilangkan harta kerajaan. Cuai menjaga keselamatan pelajar ketika di bawah penyeliaannya.
Pekerjaan luar
7 8
11
12
ii. Tidak menjejaskan kebergunaannya sebagai penjawat awam. iii. Tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam. Contoh: i. Memandu teksi selepas waktu pejabat tanpa kebenaran. ii. Berniaga pasar malam, pengawal keselamatan dan sebagainya tanpa kebenaran Pakaian Penjawat awam tidak boleh berpakaian yang tidak kemas, selekeh dan tidak memenuhi etika berpakaian pegawai awam. Contoh, memakai singlet, baju-T (tanpa kolar), memakai sarong, berseluar pendek, berselipar dan sebagainya. Menyalah-guna Menagih, menghisap, mengguna dan mengedar dadah (ganja, heroin, dadah morfin dan sebagainya). Pegawai ditamatkan perkhidmatan atas kepentingan awam (Peraturan 49). Hadiah Seorang penjawat awam dilarang memberi/menerima hadiah, jika: i. Ada kena mengena dengan pelaksanaan tugas. ii. Bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah Seorang penjawat awam perlu mendapatkan kebenaran Ketua Jabatan (KSU/KP) jika: i. Pegawai meragui tentang bentuk, amaun dan nilai hadiah. ii. Menerima hadiah sukar ditolak. Ketua jabatan boleh memberi kebenaran jika: i. Pegawai menerima surat pujian sempena persaraan/pertukaran. (Jangan yang mahal). ii. Pungutan spontan oleh pegawai bagi maksud hadiah sempena persaraan, pertukaran, perkahwinan dan seumpamanya. Menerima/ Seseorang penjawat awam tidak boleh menerima/memberi keraian memberi sekiranya keraian itu dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas keraian rasmi kerana bercanggah peraturan 4. Contoh: Kontraktor meraikan Ketua Jabatan yang menjadi ahli lembaga tender seperti (keraian = belanja makan, penginapan di hotel, tambang percutian dan lain-lain) Menyenggara Seseorang penjawat awam tidak boleh menyenggara taraf hidup melebihi taraf hidup emolument/pendapatan yang sah. Selain itu pegawai tidak boleh memiliki melebihi sumber kewangan/ harta yang tidak seimbang atau tidak munasabah emolumen dengan emolument/ pendapatan yang sah. rasmi Contoh: Pegawai memiliki kereta mewah dan rumah mewah yang diketahui bukan dari pusaka dan sumber lain. Meminjam Seorang penjawat awam tidak boleh meminjam wang/menjadi penjamin wang/ menjadi kepada mana-mana orang yang: penjamin i. Tertakluk kepada kuasa rasminya. ii. Ada urusan rasmi dengannya. iii. Tinggal/memiliki tanah/menjalankan perniagaan dalam kawasan kuasa rasmi. iv. Menjalankan perniagaan memberI pinjam wang boleh pinjam daripada: Bank (bercagar/overdraf) Syarikat insuran (cagaran polisi) Syarikat kerjasama (termasuk kerajaan)
13
15 16 17 18
19
20
21
22
Syarikat meminjam (Akta syarikat meminjam 1969 perjanjian sewa beli dengan syarat: Institusi itu tidak secara langsung di bawah kuasa rasminya. Jangan bawa skandal awam/ menggunakan kedudukan awam. Agregat hutang tidak menyebabkan keberhutangan kewangan yang serius. Keterhutangan Seseorang pegawai tidak boleh mempunyai tanggungan hutang yang kewangan yang menyebabkan kesulitan kewangan yang serius seperti: serius i. Aggregat hutang/tanggungan tak bercagar melebihi 10 kali emolument bulanannya kecuali pinjaman pendidikan. ii. Penghutang penghakiman (judgement debtor) dan tidak dijelaskan dalam tempoh 1 bulan. iii. Bankrap atau pemakan gaji insolvent. Contoh: Penjamin yang gagal membayar hutang peminjam dalam tempoh 1 bulan dari perintah mahkamah. Selain itu peminjam diisytihar bankrap oleh mahkamah dan gaji dipegang dan diurus oleh Amanah Raya. Gaji tidak mencukupi untuk melepaskan tanggungan. Meminjamkan Penjawat awam juga tidak boleh meminjamkan wang dengan wang dengan mengenakan faedah/ bunga. bunga Penglibatan Penjawat awam tidak boleh terlibat dalam pasaran niaga hadapan dalam pasaran sebagai pembeli atau penjual dalam pasaran tempatan atau luar negara. hadapan Contoh pasaran komoditi dan pasaran hadapan. Refel dan loteri Seorang penjawat awam tidak boleh mengadakan refel atau loteri harta persendiriannya. Contoh: Menggunakan harta persendirian untuk refel atau loteri. Menerbit buku Seorang penjawat awam tidak boleh menerbit atau menulis berdasarkan buku/makalah/ karya lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat. maklumat Contohnya menulis, menerbit buku dengan menggunakan maklumat terperingkat rasmi terperingkat (rahsia besar, rahsia dan sulit) Pernyataan Seorang penjawat awam tidak boleh membuat pernyataan awam kecuali Awam mendapat kebenaran menteri yang berkenaan. Contoh: Memberi ceramah yang memburukkan pentadbiran kerajaan semasa dan membuat ulasan/penjelasan mengenai sesuatu peristiwa tanpa kebenaran menteri. Penyuntingan Seorang penjawat awam tidak boleh menjadi penyunting akhbar akhbar/majalah/jurnal. /majalah/ jurnal Contoh: Penyunting bagi akhbar harian atau akhbar parti politik. Kekecualian diberi kepada penerbitan jabatan, professional, pertubuhan NGO dengan kelulusan bertulis dari Ketua jabatan. Kegiatan politik Seseorang penjawat awam dilarang mengambil bahagian dalam parti politik atau membuka lambang parti politik. i. Merayu undi. ii. Memegang apa-apa jawatan iii. Bertanding apa-apa jawatan. iv. Agen pilihanraya tempat mengundi. v. Menerbit, mengedar buku/artikel/risalah mengenai politik. vi. Membuat pernyataan menyebelahi mana-mana parti politik. Membawa Seorang penjawat awam yang mahu membawa seseuatu kes menurut
23
undang-undang atau mendapatkan bantuan guaman mesti mendapat kebenaran Ketua Jabatan. Contoh: Tanpa kebenaran Ketua Jabatan, seorang pegawai melantik peguam untuk perbicaraan mahkamah yang kesnya berkaitan dengan tugas rasmi. Tidak hadir Seorang penjawat awam tidak boleh tidak hadir bertugas tanpa cuti atau bertugas tanpa tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah bagi apa-apa juga kebenaran/bers tempoh masa pada masa dan di tempat pegawai itu dikehendaki ebab yang bertugas. munasabah Contoh: Pegawai hilang selepas mengketik kad perakam waktu pada waktu pagi kemudian muncul pada waktu petang untuk mengketik masa balik dan tidak patuh waktu berperingkat.
perbicaraan
Berdasarkan keterangan, jelaslah bahawa Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) perlu dipatuhi. Peraturan tersebut merupakan satu sistem kawalan disiplin dalam bentuk pembentulan, penghukuman dan langkah-langkah peningkatan disiplin. Keberhasilan peraturan tersebut bergantung kepada komitmen dan kesungguhan semua pihak yang berkenaan bagi melaksanakannya supaya tahap keberkesanan yang maksimum dapat dicapai. Kepatuhan dan penghayatan tatalaku ini diharapkan dapat: i. menghalang penyelewengan. ii. menghindar perbuatan rasuah. iii. mewujudkan perkhidmatan yang menepati slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) tersebut bukanlah bertujuan semata-mata untuk menghukum sahaja tetapi lebih kepada: i. Pencegahan. ii. Pengajaran iii. Peringatan.
PENCEGAHA N
PERINGATAN
PENGAJARA N Tindakan yang dikenakan untuk dijadikan iktibar dan panduan kepada pegawai yang terlibat dan pihakpihak lain agar perkaran yang sama tidak berulang.
Mengingatkan para pegawai agar sentiasa berwaspada dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
RUMUSAN
Rangka perundangan yang berkaitan dengan sistem pendidikan di negara Malaysia mengekalkan tradisi yang bercorak kawalan berpusat. Corak demikian juga telah diperhatlkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Datuk Dr. Abdul Shukor Abdullah 0999:23) dalam ucaputama beliau dalam The Third ASEAN/Asian Symposium on Educational Management and Leadership di mana beliau berpendapat bahawa the establishment of federalism and the central authority of governance created a highly bureaucratic governance. The centralized education system was effected by the Education Act 1961 which formally established a national school system .... school leaders in Malaysia today operate under centralized rules and regualtions, directly affecting their local initiatives.
Keadaan ini terdapat di Jabatan Pendidikan Negeri yang diberikan kuasa terhad untuk menjalankan tugas. Guru dan ibubapa juga memainkan peranan terhad dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Di samping itu, berbagai stakeholders mematuhi peraturan statutori, prosedur, arahan dan garis panduan yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan dengan peluang terhad untuk mengemukakan maklum balas konstruktif. Akta Pelajaran 1961 telah wujud selama tiga puluh lima tahun, Keberkesanannya untuk menghadapi perkembangan pesat dalam bidang pendidikan telah berkurangan dan akhirnya dimansuhkan. Akibatnya, ia telah digantikan oleh Akta Pendidikan 1996. Langkah demikian menunjukkan kepekaaan pihak berkuasa untuk pentingnya mewujuclkan satu sistem pendidikan yang lebih berkesan supaya dapat menghadapi cabaran yang baru pada alaf baru.
LATIHAN KENDIRI
1. 2. 3. 4. 5. Apakah yang dimaksudkan dengan etika? Mengpakah kod etika profesion keguruan penting dihayati dan diamalkan oleh semua guru? Bandingbezakan tanggungjawab dan akauntabiliti dalam profesionalisme keguruan. Bagaimanakah guru boleh meningkatkan profesionalisme keguruan mereka menerusi etika dan peraturan pendidikan? Berdasar contoh-contoh spesifik, bincangkan kes-kes pelanggaran etika dan peraturan pendidikan oleh guru-guru.
RUJUKAN
Esah Sulaiman (2003). Amalan profesionalisme perguruan. Skudai: UTM Harris, N. (1995). The law relating to schools. Surrey: Tolley Pub. Co. Ltd. Institut Tadbiran Awam Negara. (1990). Negara kita: sejarah, pentadbiran dan dasar-dasar pembangunan. Kuala Lumpur: INTAN Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (1994) Panduan tugas staf sekolah. Petaling Jaya: Mega Setia Emas. Mohd. Nasir Omar (1992) Falsafah etika: perbandingan pendekatan Islam dan Barat. Bangi: UKM Nice, D. (1986). Education and the law. Essex: Councils and Education Press Ltd. Ramsay, I.M., & Shorten, A.R. (1996). Education and the law. Adelaide:Butterworths.
LATIHAN KENDIRI
1. Manakah antara kenyataan berikut merupakan cabaran terhadap profesionalisme keguruan di Malaysia? A. Jumlah guru yang ramai. C. Pendidikan guru yang berbagai. berbagai. 2. B. D. Opsyen guru yang berbagai. Skim perkhidmatan guru yang
Salah satu kualiti profesionalisme keguruan ialah seorang guru itu mestilah tahu mengenai apa sebenarnya tugas seorang guru. Manakah antara berikut merujuk kepada pernyataan di atas? A. Jangkaan tinggi B. Bersemangat tinggi B. D. Bermatlamat jelas Kebolehan komunikasi
3.
Mengelakkan dari berlakunya amalan-amalan yang melanggar peraturan-peraturan perkhidmatan merupakan salah satu dari tujuan mengapa peraturan-peraturan perkhidmatan diadakan. Manakah antara berikut dirujuk kepada pernyataan di atas. A. Amaran C. Pengajaran B. D. Peringatan Pencegahan
4.
Tugas guru sebagai pemimpin kurikulum di sekolah menegaskan perkara-perkara berikut: I. Memainkan peranan sebagai role model yang patut diteladani. II. Mengembangkan potensi individu secara adil tanpa mengira perbezaan yang ada. III. Sedia memberi bimbingan dalam mata pelajaran kepakarannya dengan ikhlas pada bila-bila masa. IV. Sentiasa meningkatkan keilmuan dalam bidang kepakarannya supaya pengajarannya menjadi lebih berkualiti.
5.
Manakah tanggungjawab profesionalisme keguruan berikut yang menepati ciri-ciri di atas? A. B. C. D. Tanggungjawab terhadap pelajar. Tanggungjawab terhadap profesion. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat Tanggungjawab terhadap ibu bapa & masyarakat.
6.
Manakah antara berikut tidak boleh dilakukan oleh seorang guru ketika bertugas? I. Meninggikan suara. II. Meninggalkan kelas.
III. Menyentuh secara fizikal. IV. Menjalankan perniagaan. A. I dan II sahaja. C. I, II dan III sahaja. B. D. III dan IV sahaja. II, III dan IV sahaja.
LATIHAN ESEI
1. 2. 3. Dengan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan tanggungjawab guru terhadap muridmuridnya. Mengapakan Kod Etika Profesionalisme Keguruan penting kepada guru-guru dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik? (a) (b) Apakah yang dimaksudkan dengan peraturan-peraturan pendidikan? Jelaskan tujuan peraturan-peraturan pendidikan dilaksanakan?
Tujuan surat pekeliling ini untuk menetapkan peraturan pakaian sewaktu bertugas bagi guru-guru. Peraturan ini adalah disesuaikan denganperaturan pakaian masa bekerja dan semasa menghadiri upacara-upacara rasmi bagi pegawai-pegawai awam dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 tahun 1985 bertarikh 18hb Februari 1985, yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. 2. Sebagai golongan pendidik, guru-guru wajarlah menunjukkan pakaian yang sesuai apabila bertugas di dalam dan di luar sekolah. Oleh yang demikian, di samping pakaian yang kemas dan bersih, pakaian yang berpatutan dan bersesuaian bagi guru-guru adalah penting. Pakaian seperti ini adalah melambangkan disiplin dan imej profesyen perguruan. 3. Untuk tujuan ini, berikut adalah peraturan pakaian yang ditetapkan: 3.1 3.1.1 Sewaktu Bertugas di Bilik Darjah Guru-Guru Lelaki
Seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher, atau bush-jacket atau lounge suit. Jika baju berlengan panjang, tangan baju itu hendaklah jangan dilipatkan. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam. ii. Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. iii. Pakaian baju Melayu lengkap dengan samping, atau pakaian baju yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang. iv. Pakaian baju Melayu dengan kain sarong, jeans, track suit, seluar pendek, kemeja T/sukan, jersi, kasut sukan, baju Hawaii, baju batik, selipar; kasut getah dan lain-lain jenis pakaian yang menjolok mata, tidak boleh dipakai. i. 3.1.2 Guru-Guru Perempuan i. Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain jenis pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata. ii. Kasut kulit, selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai dengan pakaian yang ditetapkan. iii. Kasut sukan, jeans, slacks, track suit, kemeja T/sukan, jersi, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka serta lain-lain pakaian dan jenis kain jarang dan menjolok mata, tidak boleh dipakai. Sewaktu Bertugas Di Luar Bilik Darjah (Pendidikan Jasmani/ Sains Sukan) Guru-Guru Lelaki dan Perempuan. Track suit, seluar panjang yang sesuai, seluar pendek (bagi guru lelaki sahaja), kemeja sukan, jersi, kasut getah, kasut sukan dan lain-lain pakaian yang sesuai yang tidak menghalang kecergasan gerak geri dalam gerak kerja tersebut. Kasut tumit tinggi atau kasut kulit yang mengganggu kecergasan gerak geri, sarong ketat atau seluar ketat, cheongsam, kebaya, sari dan lain-lain pakaian dan jenis kain jarang dan menjolok mata, adalah tidak sesuai di pakai. Sewaktu Menjalankan Kerja-Kerja Praktik di Makmal dan Bengkel (Sains, Ekonomi Rumah Tangga dan Kemahiran Hidup). Pakaian khas, jika ada hendaklah dipakai. Seluar panjang dan berbaju kemeja. Sekiranya memakai baju berlengan panjang, lengan baju itu bolehlah dilipatkan, jika perlu. atau kemeja sukan; kasut sukan atau kasut getah. Bagi guru perempuan, jenis pakaian sewaktu bertugas di bilik darjah boleh dipakai dan hendaklah sesuai dengan jenis kerja-kerja praktik tersebut. Sewaktu Menjalankan Kerja-Kerja Praktik Sains Pertanian Pakaian khas, jika ada hendaklah dipakai. Seluar panjang dan berbaju kemeja. Sekiranya memakai baju berlengan panjang, lengan baju itu bolehlah dilipatkan, jika perlu. Bagi guru perempuan, jenis pakaian sewaktu bertugas di bilik darjah atau lain-lain pakaian yang sesuai dengan kerja-kerja praktik tersebut, dengan berkasut sukan atau kasut getah.
II.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1999 LARANGAN TERHADAP PENGLIBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DALAM KEGIATAN POLITIK ANTI KERAJAAN.
Kementerian Pelajaran telah memberi peringatan kepada Pegawai Pekhidmatan Pendidikan supaya tidak melibatkan diri dalam kegiatan politik anti kerajaan dengan menghadiri perhimpunan haram, tunjuk perasaan, memiliki dan memperdengarkan rakaman pita pidato antikerajaan, serta menampal dan mengedarkan poster dan risalah untuk pertubuhan dan pemimpin politik. 2. Sebagai kakitangan kerajaan, semua pegawai adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan-peraturan perkhidmatan yang telah ditetapkan. Kakitangan kerajaan adalah dituntut untuk sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang memerintah (the government of the day). 3. Apa jua bentuk kegiatan berunsur politik yang dijalankan di pejabat, di kawasan sekolah ataupun di dalam bilik darjah adalah dilarang sama sekali, termasuk perbuatan mencuba mempengaruhi pemikiran murid dengan fahaman politik antikerajaan. Sayugia dinyatakan bahawa pegawai yang didapati ingkar dengan larangan ini boleh dikenakan tindakan di bawah PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Mana-mana murid yang didapati terlibat dalam aktiviti tersebut juga boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut peraturan yang ada. 4. Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini, Ketua Jabatan, Pengetua dan Guru Besar adalah diminta supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai, taf atau murid yang didapati bersalah mengingkari larangan yang dinyatakan di atas. III. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/2001 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN
Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru-guru tertentu atau menyerahkan kepada Pengetua atau Guru Besar walaupun masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh. Perkara ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah. 2. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di sesebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah bertangggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar. i. Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil. 8/1968 mengenai Tatatertib di sekolah-sekolah pada para 5 menyatakan "........ tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalahmasalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada pengetua/ guru besar oleh kerana ia akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada pengetua/ guru besar. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 Mengenai Disiplin Di Sekolah. PeraturanPeraturan Sekolah untuk Murid-Murid pula menyatakan
i.
"adalah seperti tuan termaklum, satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab pengetua/ guru besar sahaja, bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada pengetua/ guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada pengetua/ guru besar untuk mendapat keputusan. 3. Oleh hal yang demikian, adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukkan dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan tahap disiplin yang tinggi. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkahlaku dan disiplin yang baik. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan (preventive), didikan (educative), pembetulan (corrective), dan hukuman (punitive) dan langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. Guru-guru hendaklah sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin, penyayang, simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Sementara itu kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu pengetua/ guru besar perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan hukuman tersebut.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran unit ini, anda akan dapat: 4. 5. 6. Menjelaskan asas pembentukan Akta Pendidikan 1996. Menyatakan kandungan Akta Pendidikan 1996. Menerangkan implikasi Akta Pendidikan 1996.
PENGENALAN
Bermula daripada Penyata Razak perkembangan pendidikan di Malaysia menjadi semakin pantas. Dasar dan rancangan pembangunan negara sentiasa meletakkan bidang pendidikan sebagai suatu yang penting dan harus diberi keutamaan. Justeru, tidak menghairankan jika perkembangan pendidikan di negara kita kadangkala dilihat mendahului sesetengah negara yang sama usia kemerdekaan mereka dengan negara kita.
Negara yang dilaksanakan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (1991 2000) mensasarkan pembangunan sistem pendidikan di Malaysia untuk mencapai taraf dunia. Pendidikan di era moden tidak ubah seperti satu komoditi perdagangan yang mampu memberikan pendapatan dan pulangan lumayan kepeda negara. Kemunculan alaf ke 21 memperlihatkan persaingan bukan sahaja berlaku di peringkat negara bahkan juga di peringkat antarabangsa. Ini didokong dengan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang buat pertama kali diwujudkan pada tahun 1989 dalam konteks pendidikan negara. FPK bukan sekadar untuk memantapkan sistem pendidikan negara dan melahirkan masyarakat yang berilmu. Lebih jauh lagi sistem pendidikan negara mengangkat nilai-nilai mulia, moral dan akhlak mendasari segala aspek pendidikan negara. Penetapan Wawasan 2020 sebagai matlamat negara untuk menjadi sebuah negara maju menuntut sistem pendidikan diperkemas dan dimantapkan lagi dengan penggubalan dan pindaan beberapa Akta Pendidikan dalam dekad 1990an. Antaranya ialah Akta Pendidikan 1996, Akta Pendidikan Institusi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara 1996.
ii. Ada tiga kategori institusi pendidikan iaitu institusi pendidikan kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta. iii. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu. iv. Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah. v. Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan. Di Bahagian IV, Bab 2 dijelaskan tentang Pendidikan Prasekolah. Antara lain perkara yang dinyatakan ialah: i. Larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996. ii. Kuasa menteri untuk menubuhkan tadika. iii. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika. iv. Jika bahasa pengantar utama digunakan di tadika tersebut adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib. Dalam Bab 3, Bahagian lV, adalah penjelasan mengenai Pendidikan Rendah. Antara lain perkara yang difokuskan ialah: i. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan rendah. ii. Tempoh pendidikan rendah ialah selama enam tahun (boleh juga tamat dalam tempoh lima hingga tujuh tahun). iii. Pendidikan rendah adalah wajib. Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anak mereka telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan perlu menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib. Ibu bapa yang gagal melaksanakan tanggungjawab ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Dalam Bahagian lV, Bab 4, pula diterangkan tentang Pendidikan Menengah yang antara lain menyebut tentang: i. Kewajipan Menteri untuk mengadakan pendidikan menengah akademik, teknik dan apa-apa perihal lain yang ditentukan dari semasa ke semasa. ii. Menteri boleh mengadakan kelas peralihan di mana-mana sekolah menengah kebangsaan akademik. Dalam Bahagian lV, Bab 5, pula diterangkan tentang Pendidikan Lepas Menengah yang mana Menteri boleh mengadakan pendidikan lepas menengah di sekolah menengah akademik, teknik, maktab dan mana-mana sekolah menengah kebangsaan atau institusi pendidikan lain yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini. Dalam Bahagian lV, Bab 8, pula diterangkan tentang Pendidikan Khas, yang antara lain menyatakan tentang: i. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan suaimanfaat. ii. Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas. Kurikulum yang hendak digunakan berhubungan dengan pendidikan khas.
IMPLIKASI
Akta Pendidikan 1996 telah memberikan beberapa implikasi penting. Antaranya ialah: i. Pendidikan Prasekolah Buat pertama kalinya pendidikan prasekolah telah mendapat pengiktirafan dalam sejarah pendidikan negara. Pada tahun 1992 hanya 1,131 buah sekolah KPM yang menawarkan pendidikan prasekolah. Angka ini telah bertambah menjadi 3,287 pada tahun 2005. Enrolmen telah bertambah daripada 26,000 (1992) kepada 93,376 (2005). Angka ini tidak termasuk dengan bilangan kelas yang disediakan oleh KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Agama Islam Negeri, ABIM dan pihak swasta. Yang pasti terdapat peningkatan yang mendadak dari aspek penawaran tempat dan enrolmen bagi pendidikan prasekolah. Pada tahun 2003, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah dan harus diikuti oleh semua prasekolah KPM dan swasta. Strategi yang digunapakai oleh KPM ialah memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan perkara ini berjalan dengan baik. Di samping itu pihak KPM sentiasa menyediakan kemudahan latihan untuk keperluan guru prasekolah. Bahkan pihak KPM telah memulakan langkah dengan memberikan kursus-kursus latihan kepada guru-guru prasekolah bukan kerajaan. ii. Pendidikan Rendah Akta Pendidikan 1996 telah juga memperuntukkan pendidikan wajib bagi pendidikan rendah kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur enam tahun. Pihak KPM telah memulakan dasar ini secara berperingkat-peringkat mulai Tahun 1 pada 1 Januari 2003. Pihak KPM telah melakukan berbagai-bagai perkara untuk memastikan kadar penyertaan murid pada peringkat sekolah rendah semakin baik. Antaranya ialah : - mempertingkatkan program orientasi alam persekolahan - mengatasi masalah keciciran pada peringkat pendidikan rendah - meningkatkan kadar penyertaan murid orang asli dan kumpulan etnik di pedalaman Sabah dan Sarawak; dan - melaksanakan pendidikan wajib dari Tahun 1 hingga Tahun 6 iii. Peruntukan Kuasa Menteri Pelajaran Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan kuasa yang cukup besar kepada Menteri Pelajaran. Boleh dikatakan kuasa Menteri telah dinyatakan dengan jelas dalam setiap aspek/bahagian dalam Akta Pendidikan 1996 yang merangkumi Pentadbiran (Bahagian ll), Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (Bahagian lll), Sistem Pendidikan Kebangsaan (Bahagian lV), Penilaian Dan Peperiksaan (Bahagian V), Pendidikan Tinggi (Bahagian Vl), Institusi Pendidikan Swasta (Bahagian Vll), Pendaftaran Institusi Pendidikan (Bahagian Vlll), Pendaftaran Guru (Bahagian lX), Jemaah Nazir Sekolah (Bahagian X), Kewangan (Bahagian Xl), Rayuan (Bahagian Xll), Peraturanperaturan (Bahagian Xlll), Pelbagai (Bahagian XV), dan Peralihan Dan Pemansuhan (Bahagian XVl). Dalam setiap bahagian tersebut, Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan kuasa yang cukup jelas kepada Menteri untuk melakukan sebarang tindakan yang difikirkan perlu dan patut untuk memastikan pelaksanaan dan perkembangan pendidikan yang sihat di Malaysia. Namun demikian, terdapat beberapa perkara yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 yang mungkin menimbulkan kekeliruan dan perlu diberi penelitian semula. Dalam Bahagian XlV iaitu Kesalahan Dan Penalti, Seksyen 136 (Kuasa untuk menyiasat), Seksyen 137 (Kuasa untuk masuk tanpa waran) dan Seksyen 138 (Memulakan dan menjalankan pendakwaan) menyatakan seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh melibatkan diri dalam ketigatiga perkara (Seksyen 136, 137 dan 138). Kebenaran yang diberikan kepada seorang pegawai
polis yang berpangkat tidak rendah daripada seorang Inspektor untuk melakukan penyiasatan dalam mana-mana institusi pendidikan seolah-olah merendah-rendahkan martabat sesebuah institusi pendidikan itu sendiri. Kehadiran seorang pegawai polis bertujuan untuk menggelidah sebarang premis pendidikan tanpa waran menunjukkan seolah-olah autoriti premis pendidikan tidak diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Tambahan pula tindakan ini semacam satu bentuk kekerasan. Usaha pemertabatkan bahasa Kebangsaan melalui sistem pendidikan sebagaimana yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 agak mengelirukan. Dalam Akta Pendidikan 1996, Bahagian l (Permulaan), Seksyen 2 menafsirkan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa Melayu sebagaimana yang ditentukan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 17 (1) menyatakan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Namun demikian terdapat pengecualian yang diberikan kepada sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Sekyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri. Begitu juga penggunaan bahasa pengantar selain daripada bahasa Kebangsaan diberikan kepada tadika (Seksyen 23). Penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar oleh kaum-kaum lain yang terdapat di Malaysia, selain daripada bahasa Kebangsaan dinyatakan dengan jelas penggunaannya dalam Akta Pendidikan 1996. Namun dalam penggunaan bahasa lain, dalam Seksyen 1, Akta Pendidikan 1996 hanya menyebut: bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis atau mana-mana bahasa asing lain boleh diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian Hal ini kelihatan agak janggal kerana sebarang institusi yang menawarkan pengajian Islam pasti akan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar kerana itu adalah bahasa Al Quran. Tambahan pula Islam adalah agama rasmi di negara ini.
RUMUSAN
Unit ini telah memberi fokus tentang Akta Pendidikan 1996 dari aspek asas pembentukan, kandungan dan implikasinya. Sesuatu yang tidak dapat dinafikan Akta Pendidikan 1996 telah memastikan perkembangan pendidikan di Malaysia yang sentiasa dinamik.
Latihan Esei
1. Bandingkan Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. 2. Apakah penggubalan Akta Pendidikan 1996 merupakan satu langkah ke hadapan. Nyatakan justifikasi anda. 3. Hasilkan satu peta minda berdasarkan kandungan Aktan Pendidikan 1996. 4. Buat satu refleksi tentang pembacaan unit ini. 5. Kaitkan kefahaman pembacaan anda bagi unit ini dengan pencapaian Wawasan 2020.
RUJUKAN
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2006) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia, (2001) Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Lembaga Penyelidikan Undang-undang, (2007) Akta Pendidikan 1996. Petaling Jaya : International Law Book Services.