You are on page 1of 2

1

BABAK 1 Masa Tempat Muzik : Pagi : Di ruang bengkel Kemahiran Hidup SK Sungai Udang : Instrumental irama lembut & sedikit menyedihkan

( Pada suatu pagi yang cerah Cikgu Fahmi, Haikal, Siti dan Aminah sedang mengangkat kerusi dan meja yang rosak dari stor sekolah untuk dibaiki ) CIKGU FAHMI : Hati-hati, Haikal. Kita letak di sini. HAIKAL : Ya, cikgu. Terima kasih. SITI : Cikgu, macam mana dengan kerusi ini? CIKGU FAHMI : Letakkan sahaja di situ Siti, Aminah. SITI & AMINAH : Baik cikgu. ( tersengih ) ( Setelah itu, Cikgu Fahmi memberikan taklimat kepada Haikal, Siti dan Aminah berkenaan ciri keselamatan semasa bekerja dan cara menjalankan kerja-kerja pembaikan kerusi dan meja itu. Sementara itu, Kerusi dan Meja berbisik sesama mereka ) MEJA : ( muka penuh kerisauan ) Kerusi. Apa agaknya yang mereka akan buat pada kita? KERUSI : ( mengeluh ) erm.. Entahlah Meja. Aku pun tak tahu. Harap mereka tak musnahkan kita. CIKGU FAHMI : Baiklah anggota Skuad Prihatin semua. Kamu sudah bersedia? HAIKAL : ( menabik hormat penuh semangat ) Sudah sedia cikgu. Menukul dan memaku tugas saya! SITI & AMINAH : Kami berdua mengetatkan skru dan mengecat, cikgu! ( serentak ) CIKGU FAHMI : Bagus. Mari kita mulakan. Haikal, tolong betulkan kaki meja ini ya? HAIKAL : Baik cikgu. MEJA : ( nada ketakutan ) Eh eh. Hei manusia! Apa yang kau mahu lakukan? ( muka menahan sakit ) Aduh, sakitnya! KERUSI : Bersabarlah, wahai Meja. Aku juga sakit sekarang. Tiada siapa yang mampu mendengar jeritan kita.

( Meja dan Kerusi terus menjerit kesakitan tanpa disedari oleh Cikgu Fahmi, Haikal, Siti dan Aminah. Setelah selesai kerja-kerja mengecat, mereka membawa kerusi meja itu keluar untuk dikeringkan ) CIKGU FAHMI : Syabas cikgu ucapkan kepada kamu semua. Kita berjaya membaiki kerusi meja yang rosak ini. Dengan ini, kita boleh menjimatkan perbelanjaan sekolah untuk membeli kerusi meja baharu. HAIKAL : Betul tu cikgu. Kami anggota Skuad Prihatin sangat bangga dapat membantu sekolah yang kami sayang ni. Kan kawan-kawan? ( tersenyum ) SITI & AMINAH : Betul betul betul! ( ketawa dalam nada Upin dan Ipin ) CIKGU FAHMI : Baguslah begitu. Baik, kamu semua boleh balik ke kelas sekarang. HAIKAL, SITI & AMINAH : ( serentak ) Terima kasih cikgu! BABAK 2 Masa Tempat Muzik : Siang hari : Di Kelas 4 Kreatif : Instrumental sentimental

( Beberapa hari kemudian, Kelas 4 Kreatif menerima seorang murid baharu bernama Izzati. Dia seorang gadis yang comel dan sangat menghargai kerusi dan meja yang telah diberikan kepadanya ) MEJA : ( ceria ) Kerusi, aku rasa amat gembira sekarang. Kini, aku tidak lagi tempang. Tambahan pula, aku punya tuan yang sangat menghargai perabot sekolah seperti kita ini. Muka aku pun dia tak pernah conteng tahu? KERUSI : ( mengiyakan ) Betul kata awak, Meja. Tuan baru kita ini sangat baik orangnya. Comel pula tu. MEJA : ( nada berseloroh ) Tau takpe. Terbaik ~

***** PENCERITA : Begitulah ceritera Aku Perabot Sekolah. Walau nilainya tidak setinggi mana, namun ia masih mampu memberi manfaat kepada murid di sekolah. Kawankawan, selagi kita hidup marilah kita berbakti kepada sekolah kita. Hargailah pemberian orang lain kepada kita dengan sebaiknya dan jauhilah budaya vandalisme atau budaya merosakkan harta benda awam. Sekian.

You might also like