You are on page 1of 1

RPH PENDIDIKAN JASMANI KSSR P.

KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)


Mata Pelajaran: Pendidikan Jasmani Tajuk : 1. Asas Pergerakan Masa : 30 Minit Standard Pembelajaran : 1.3.1 Melambung menyambut pundi kacang Objektif : Pada akhir pelajaran,murid dapat melambung dan menangkap pundi kacang dengan keupayaan sendiri. Aktiviti : 1. Murid melakukan aktiviti memanaskan badan dengan bimbingan guru diiringi Tarian "Chicken Dance" dari You tube. (Lambung dan tangkap pundi kacang dalam keadaan setempat) 2. Guru tunjuk cara melambung dan menangkap pundi kacang. 3. Murid melambung dan menangkap pundi kacang dengan menggunakan dua tangan. 4. Murid melambung dan menangkap pundi kacang menggunakan sebelah tangan. (Lambung dan berjalan) 5. Lambung pundi kacang,berjalan ke hadapan dan sambut semula. (Permainan kecil-Pundi kacang) 6. Murid dibahagi kepada 2 kumpulan kecil. 7. Pasukan yang pantas melambung pundi kacang dalam keadaan berlari sebelah dan dua belah tangan akan dikira sebagai pemenang. 8. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan dengan iringan lagu instrumental "Kenny G" dari You tube bersama dengan guru.

Elemen Merentas Kurikulum:Nilai-nilai murni, bahasa dan kreatibiliti dan inovasi. Bahan,bantu belajar: Pundi kacang,skitel,broadband,komputer riba,speker. Penilaian P&P:Murid diuji dengan menggunakan borang senarai semak dan pemerhatian guru. Refleksi: Pada keseluruhan P&P berjalan dengan baik,walaupun terdapat sedikit kelemahan.Kekuatan P&P ini terletak pada penglibatan murid amat menyeronokkan.Murid dapat melakukan aktiviti yang diarahkan.Peranan muzik lagu menjadikan P&P ini nampak ceria dan tidak membosankan pelajar.kelemahannya kawalan kelas agak kurang memuaskan kerana terdapat selintir pelajar yang berkelakuan agak aktif dan diluar jangkaan.Tetapi objektif P&P tercapai akhirnya.Setelah dinilai, terdapat 2 orang murid daripada 8 orang murid belum boleh menyambut pundi kacang dengan baik.2 orang pelajar yang belum menguasai standard pembelajaran akan diberi aktiviti pemulihan yang berterusan,sehingga mereka boleh menguasai standard pembelajaran tersebut. Contoh Senarai Semak Tajuk: Asas Pergerakan Standard Kandungan: Melakukan Manipulasi Pergerakan Standard Pembelajaran: Melambung Menyambut Pundi Kacang

You might also like