Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
58Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Stesen Jana Kuasa Hidro

Stesen Jana Kuasa Hidro

Ratings: (0)|Views: 10,128 |Likes:
Published by ain_tach

More info:

Published by: ain_tach on Nov 02, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/04/2013

pdf

text

original

 
Empangan Kenyir
atau
Stesen Kuasa Sultan Mahmud
adalah sebuahempangan hidroelektrik   utama diTerengganu. Ia terletak merentasiSungai Terengganulebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenaliTasik Kenyir . Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 100 MWsebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan olehTenaga Nasional Berhad. Keupayaanterjamin adalah 165 MW dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GWh.Pembinaan dimulakan pada tahun1978dan disiapkan pada tahun1986.Empangan ini memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan pada 1988 oleh sultan Terengganu,almarhumSultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Spesifikasi Empangan Kenyir
Bahagian kekal empangan adalah seperti berikut:
EmpanganutamaTinggi 150m dari tapak ke puncak. Panjang 800 m dari hujung ke hujung. Isipadu15.20 juta meter padu.Aras puncak ialah 155 m atas aras laut. Aras air maksima ialah 153 m. Aras operasiadalah 145 m maksima dan 120 m minima.Takungan: luas permukaan pada 145m ialah 370 km persegi, dan kawasan tadahan ialah2,600 km persegi. Isipadu takungan ialah 13,600 juta meter padu.
Tandop – 4 petak.
Alur limpah – luahan 7,000 meter padu sesaat.
Terowong jana – 4 terowong dengan x.x m bukaan rentang, dan panjang xxx m setiapsatu.
Rumah janakuasa
o
Di atas tanah, 4 tingkat berukuran.
o
4 set janakuasa merangkumi 4turbinjenis Francis dengan bersaiz 100 MWsebuah, 4 janakuasa  bersaiz 120 MVA sebuah dan 4 pembolehubahbersaiz 120 MVA sebuah.
Hidroelektrik 
merupakanelektrik yang dijana oleh 
. Kini kuasa hidroelektrimembekal kira-kira 715,000MWeatau 19% daripada kuasa elektrik sedunia (16% pada tahun2003), lebih daripada 63% jumlah kuasa elektrik yang diperolehi daripada sumber yang bolehdiperbaharui pada tahun2005.
 
Walaupun penjana hidroelektrik yang besar menjana kebanyakan kuasa hidroelektrik di dunia,skemahidro keciljuga popular terutamanya di China, yang mempunyai lebih daripada 50%daripada kapasiti hidro kecil di dunia.
Tidak dapat dinafikan lagi air merupakan keperluan asas dalam kehidupan. Dengan pertambahan jumlah penduduk dari semasa ke semasa, penggunaan air juga turut meningkat. Oleh yangdemikian, bagi menampung keperluan air, kerajaan telah membina empangan. Empanganmerupakan suatu pembinaan yang melibatkan pewujudan jasad air dalaman yang besar. Padatahun 1949, lebih kurang 5000 buah empangan telah dibina di seluruh dunia. Pada akhir abad ke20 pula, terdapat lebih daripada 45,000 buah empangan di seluruh dunia telah dibina bertujuanuntuk membantu komuniti dan ekonomi dalam aspek kawalan banjir, makanan, peluang pekerjaan, pembangunan bandar serta pembangunan industri dan domestik. (World Commissionon Dams, 2000).Di kawasan Penampang dan Kota Kinabalu, Sabah, empangan Babagon terbukti dapat menolong penduduk pada waktu mereka mengalami masalah kemarau panjang seperti yang berlaku padaawal tahun 1997. dengan adanya empangan itu, penduduk di kawasan tersebut tidak kehabisanair walaupun bekalan terpaksa dicatu. Pembinaan empangan bukan sahaja berfungsi untuk mengawal banjir, membentuk dan membekalkan air, malahan turut memainkan peranan dalam penghasilan sumber hidroelektrik (Ismail Sahid, 1985). Di Mesir, Empangan Aswan telah dibina bagi membolehkan petani menanam tanaman dua atau tiga kali setahun dan pada masa yangsama ia membekalkan kuasa hidroelektrik untuk masyarakat Mesir (Mader, 1995). Selaindaripada itu, pembinaan empangan juga secara tidak langsung mewujudkan pelbagai aktivitirekreasi seperti memancing, ski air dan bersiar-siar dengan bot contohnya di Tasik Kenyir,Terengganu dan Tasik Pedu, Kedah.Di sebalik faedah-faedah yang diperolehi hasil daripada pembinaan empangan, ianya turutmemberikan kesan buruk kepada ekosistem termasuk hidupan liar, kepelbagaian tumbuhan,manusia dan ekonomi setempat. Pembinaan empangan secara umumnya akan menyebabkankawasan tadahan menjadi semakin berkurangan, hidupan liar di daratan dan organisma air musnah sama sekali, aliran air mengalami perubahan secara mendadak, sifat kimia dan fizikalserta kualiti air berubah, habitat sungai berubah menjadi habitat tasik, ikan air tawar danorganisma akuatik yang lain berpindah tempat, juga habitat dan ekologi sistem yang baru wujud.Laporan Suruhanjaya Empangan Sedunia (World Commission on Dams) yang diterbitkan pada November 2000 telah menyatakan dengan jelas bahawa habitat di hilir sesebuah empangan ituseringkali mengalami perubahan-perubahan tertentu yang akan mencipta persekitaran yangmenggalakkan pembiakkan spesies-spesies luar dan ini seterusnya dapat menjejaskan populasispesies-spesies asal sesebuah sungai tersebut.Menurut laporan tersebut lagi, ekosistem yang telah berubah boleh menjadi tidak stabil,menjejaskan sumber-sumber ikan yang menjadi rezeki para nelayan dan membiakkan agen-agen penyakit yang berbahaya kepada manusia dan spesies lain. Seterusnya, sungai tersebut tidak akandapat menyokong masyarakat serta aktiviti budaya dan ekonomi yang wujud di hilir yang telahmenjadi sebahagian sejarahnya. Perubahan habitat ini boleh menyebabkan akibat-akibat yangsangat buruk kepada penduduk yang bergantung kepada sungai yang telah diempang untuk 
 
kehidupan seharian mereka. Aktiviti penebangan dan pembersihan hutan untuk tujuan pembinaan empangan telah menyebabkan isipadu air di kawasan tadahan air menjadi semakin berkurangan. Antara lain, aktiviti penyahutanan turut menyebabkan berlakunya hakisan tanahdan kawasan tersebut lebih terdedah kepada sinaran matahari. Kesannya suhu sekitaran, suhutanah dan suhu permukaan air bertambah. Contoh, Sungai Orange-Vaal di Afrika Selatan, impak  pembinaan 24 empangan di sepanjang sungai (2300km) tersebut telah meningkatkan suhusebanyak 63% (World Commission on Dams, 2000). Perubahan suhu sekitaran sebenarnyameyumbang kepada faktor yang menyebabkan perubahan ekosistem kawasan tersebutDalam kerja-kerja pembinaan empangan, pembukaan jalan baru diperlukan bagi mengangkut bahan-bahan mentah, komponen mesin dan pekerja ke tapak projek. Hakisan tanah, pencemaranudara dan pencemaran air turut berlaku akibat aktiviti keluar masuk kenderaan dan pembangunanyang dijalankan di sekitar kawasan pembinaan empangan. Walaupun negara ini memiliki Taman Negara dan kawasan hutan rimba yang masih luas tetapi dengan dicerobohinya tempat tinggalhidupan liar bagi pembangunan empangan, maka tak hairan sekiranya terdapat hidupan liar merayau-rayau ke kawasan pertanian untuk mencari makan. Kemusnahan hutan inimenyebabkan tempat tinggal hidupan liar menjadi semakin sempit dan kekurangan bahan-bahanmakanan juga menyebabkan banyak hidupan liar mati kebuluran.Kebisingan dan kesan pencemaran semasa pembinaan empangan, jalan raya dan penebanganhutan telah mengganggu hidupan sekitaran. Ini mengakibatkan penghijrahan hidupan sekitaranke kawasan-kawasan lain. Sebahagian besar habitat bagi haiwan liar seperti gajah, seladang danlain-lain lagi turut hilang sebagaimana yang telah diperhatikan berlaku semasa pembinaanEmpangan Tasik Kenyir . Empangan Kenyir juga telah menenggelam sebahagian kecil Taman Negara. Jelas disini bahawa bukan sahaja haiwan yang menerima akibat, malahan juga tumbuhanyang hidup di kawasan-kawasan Taman Negara dan kawasan sekitarnya. Dalam kita cubamemelihara keaslian Taman Negara daripada sebarang gangguan, kejadian ini merupakan satutitik permulaan kemusnahan Taman Negara pada masa hadapan.
Empangan Kenyir
atau
Stesen Kuasa Sultan Mahmud
adalah sebuahempangan hidroelektrik   utama diTerengganu. Ia terletak merentasiSungai Terengganulebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenaliTasik Kenyir . Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 100 MWsebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan olehTenaga Nasional Berhad. Keupayaanterjamin adalah 165 MW dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GWh.Pembinaan dimulakan pada tahun1978dan disiapkan pada tahun1986.Empangan ini memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan pada 1988 oleh sultan Terengganu,almarhumSultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Activity (58)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Athirah Saidi added this note
tak ada gambar ke. tak menarik langsung
Redzuan Zakaria liked this
Redzuan Zakaria liked this
Asma Shahirah liked this
Arifin Affandi liked this
Sarina Juma liked this
Mior Khairul liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->