You are on page 1of 22

Pendahuluan

Pengajaran Sastera Melayu telah diperkenalkan tahun 1957 dan merupakan


mata pelajaran pada peringkat sekolah menengah sahaja. Kurikulum
kesusasteraan Melayu bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi
intelek,rohani,emosi dan jasmani. Selain itu, kurikulum Kesusasteraan Melayu
disemak semula selaras dengan Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu.
Penggunaan sastera dalam Bahasa Melayu telah memperluaskan lagi
pengetahuan pelajar dalam penggunaan bahasa. Melalui bahan sastera
pelajar didedahkan bahan yang berupa karya agung berbentuk sastera
kerana bahan seperti ini karya penggunaan bahasa mengikut situasi dan
konteks tertentu.

Bahan yang digunakan dalam Pengajaran Bahasa Melayu perlu


dipelbagaikan untuk memperkembangkan pengetahuan pelajar. Selain dari
mata pelajaran Kajian Tempatan, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Sivik,
Pengajaran sastera juga harus diberi perhatian. Sesungguhnya, bahan
sastera mengandungi banyak unsur dan nilai yang sejagat yang sangat
membantu dalam proses penerapan ilmu di kalangan pelajar.

Pemilihan dan proses mencari bahan-bahan yang dihasilkan untuk


pengajaran. Pemilihan bahan haruslah releven dengan objektif pengajaran
bertujuan meningkatkan tahap pencapaian kemahiran pelajar. Penggunaan
sumber dalam pengajaran Bahasa Melayu amat meluas kerana setiap bahan
mengandungi unsur-unsur pengajaran. Walau pun begitu, pemilihan bahan
haruslah bersesuaian dengan kemahiran pengajaran yang disampaikan.

1
Soalan 1
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia untuk
menjana minda, rohani dan emosi, mengukuhkan jati diri, menyuburkan
budaya bangsa dan memupuk sikap berdaya saing kearah pembinaan insan
bestari maka wajar penggunaan bahan sastera dalam bahasa Melayu perlu
diaplikasikan. Menurut Hasim Awang(1985), “sastera merupakan seni
disampaikan melalui bahasa dan satera juga mampu membina tamadun
sesuatu bangsa.”

Sehubungan itu, Kesusasteraan Melayu dalam konteks pembelajaran


merupakan karya asal yang ditulis dalam Bahasa Melayu yang mengandungi
keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk cerpen, pantun, puisi, novel
drama dan sajak.

1. Nilai
Nilai kemanusian yang dikenali sebagai nilai murni atau nilai moral yang
bermaksud sesuatu perbuatan atau tingkalaku positif yang diamalkan dalam
kehidupan harian. Penyerapan nilai kemanusian dalam pendidikan
Kesusateraan Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki
akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai kemanusian
bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan
berkeperibadian mulia.

Penghayatan nilai-nilai murni dan pengajaran bahan sastera dapat


disampaikan dalam pelbagai bentuk seperti berlakon, deklamasi sajak, teater
dan syair. Sebagai contoh Buku Sastera “Hikyat Hang Tuah” telah dilakonkan
semula oleh allahyaraham Tan Sri P.Ramlee telah memberi gambaran
sebenar peristiwa isi buku sastera tersebut.

2
2. Bahasa Kiasan
Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa Melayu adalah untuk
membantu penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar. Bahan sastera
yang digunakan perlu diambil kira dari segi penggunaan bahasa, penerapan
nilai dan struktur yang digunakan. Sebagai contoh bahasa kiasan adalah
bentuk bahasa yang menerangkan sesuatu kiasan kepada perkara lain sama
ada menyebutkan atau membuat perbandingan.

Contoh.
Bahasa kiasan menyebut perbandingan
i. Tinggi seperti gala
ii. Badanya besar seperti gajah
iii. Cantik seperti bidadari

3. Ragam Bahasa
Ragam bahasa ialah ciri bahasa tertentu digunakan agar pendengar dapat
menghayati secara berkesan isi cerita tersebut. Berikut adalah contoh-contoh
ragam bahasa.

Bahasa sindiran
Perkataan yang ditujukan maksudnya kepada seseorang dengan tidak di
sebut secara langsung kepada orang yang dituju.

Contoh:
Aku seorang saja yang bekerja bagai nak mampus di sini.
(Menyindir orang lain yang malas bekerja)

3
Bahasa mengait
Bahasa yang mengusik dan kadang bergurau.

Contoh:
Ada hati juga orang tuan ni!

Bahasa mengejek
Bahasa yang mengatakan seseorang dengan gaya yang mengajukan
keburukan serta mempermain-mainkan.

Contoh:
Hai, inikah yang dikatakan kawan baik!

Bahasa Terbalik
Perkataan-perkataan yang menpunyai maksud yang berlawan daripada apa
yang dikatakan tetapi masih boleh difahami.

Contoh:
Hai, lain kali buatlah bising lagi.

4. Struktur
Penggunaan bahan sastera mempunyai struktur seperti tema, persoalan,
watak dan perwatak, plot gaya bahasa, latar nilai. Setiap bahagian ini perlu
dipelajari oleh murid untuk membolehkan murid menerokai bidang yang luas
dalam penggunaan bahasa. Penerangan mengenai setiap struktur bahan
sastera yang digunakan dijelaskan di bawah :

Tema
Tema ialah persoalan peratama dalam sesebuah karya sastera dan
terungkap secara langsung dan tidak langsung.

4
Persoalan
Permasalahan yang diketengahkan dalam sesbuah karya dan ada hubung
kait dengan tema.

Watak
Orang yang memegang watak utama dalam sesebuah karya.

Plot
Susunan peristiwa yang menggerakkan cerita berdasarkan sebab dan akibat.

Latar
Latar ialah latar belakang sesebuah karya sastera. Latar mengandungi
pelukisan masa, tempat, dan keadaan masyarakat yang melingkungi cerita.

5
Soalan 2
Teknik pengajaran kesusasteraan Melayu sangat penting untuk
menghidupkan suasana pembelajaran yang menyeronokan dan berkesan.
Antara teknik dan aktiviti yang sesuai dengan pengajaran pembelajaran
kesusasteraan Melayu adalah seperti berikut :

Lakonan
Lakonan ialah satu proes pembelajaran yang mampu mengembangkan aspek
sossial, fizikal, intelek dan bahasa pelajar. Teknik lakonan juga memberi
peluang kepada pelajar mencuba bakat melalui gabungan aksi dan gerak
berdasarkan dialog.
Berikut ialah contoh pengajaran lakonan dalam penggunaan bahan sastera :

Rujukan : Modul Buku Sastera Sekolah Kebangsaan Tahun 5


Tajuk Buku : Mentari Kembali Bersinar
Bab : Dugaan dan Cabaran
Penulis : Suziana Che Wil

Aktiviti Guru Aktiviti Murid


1. Guru meminta murid-murid 1. Membaca petikan dengan
membaca petikan bab 2 dalam senyap.
masa 10 minit.
2. Bersoal jawab tentang isi petikan. 2. Murid memberi respon.
3. - Guru melantik dua orang murid 3. Murid lain mendengar dengan
melakonkan dialog. teliti.
- Memberi peluang kepada murid
untuk mencuba melakonkan
dialog.
4. Guru membuat kesimpulan isi 4. Murid mendengar.
pelajaran.

6
Amin : Ayah ke mana tadi?

Ayah :

Ayah pergi ke rumah Tok Ayub mencari pekerjaan.


Amin :

Ada kerjakah?
Ayah :

Ada. Menyirat jala dan tampal perahu.


Amin :

Amin tolong ayah nanti.


Ayah :

Mak engkau mana?


Amin :

Ada di dapur sedang menjerang air.

Soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru

1. Mengapakah ayah Amin Ke rumah Tok Ayub?

2. Apakah pekerjaan yang ditawarkan oleh Tok Ayub?

3 Mengapakah Amin ingin membantu ayahnya?

4. Apakah yang menyebabkan ayah Amin mencari pekerjaan pada musim


tengkujuh?

7
Teater Bercerita

Tajuk : Mentari Kembali Bersinar


(SUZIANA CHE WIL)

Bab : Bab 1 Musim Tengkujuh

Teknik ini membolehkan pelajar mengaplikasikan bahan cerita yang dibaca


dalam bentuk lakonan secara spontan.

Bahan Rujukan : Modul Buku Sastera Sekolah Kebangsaan Tahun 5 (PPK)

1. Pelajar membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan gambaran


umum kandungan bab 1.
2. Guru mengedarkan teks bacaan kepada pelajar yang terlibat sebagai
pencerita.
3. Guru menyebut nama pelajar melakonkan aksi yang telah dibaca. Setelah
selesai. Pelajar lain akan menyambung lakonan seterusnya.
4. Pelajar lain membuat catatan nama watak. tempat kejadian, nilai murni, isi
penting untuk tujuan perbincangan.

Soalan-soalan lisan

1. Namakan watak-watak yang terlibat dalam cerita bab 1 dalam buku


“Mentari Kembali Bersinar”?
2. Di manakah peristiwa ini berlaku?
3. Apakah pekerjaan bapa Amin?
4. Mengapakah Amin hendak membantu ayahnya?
5. Apakah sikap baik yang dimiliki oleh Amin?

8
Kerusi Panas
Teknik ini adalah berupa penghayatan terhadap perwatakan yang dilakonkan.
Pelakon yang melakonkan sesuatu watak akan disoal oleh ahli dalam
kumpulan untuk mendapatkan penjelasan dengan teliti .

1. Guru mengedarkan teks bacaan kepada setiap kumpulan.


2. Ahli kumpulan membaca teks bacaan secara bergilir-gilir.
3. Ketua kumpulan membahagikan watak kepada ahli-ahli kumpulan.
4. Wakil kumpulan yang memegang watak tampil ke hadapan membuat
persembahan.
5. Ahli kumpulan mengemukakan soalan untuk mendapatkan maklumat.

Petikan.

Anak Kancil Kehilangan Ibu

Di dalam sebuah hutan,ada seekor Sang Kecil.Setiap hari Sang Kecil akan
mencari makanan di sekitar hutan.Sang Kecil itu mempunyai seekor anak
yang amat nakal.Anak Sang Kecil ini bukan sahaja malas mencari makanan
tetapi juga suka tidur.
Pada suatu hari,anak Sang Kecil mencari-cari ibunya.Setelah puas berusaha
mencari ibunya,Anak Sang Kecil keletihan danmerasa terlalu lapar.Anak sang
Kancil pun menangis sambil memegang perutnya yang sakit.Tiba-tiba dia
terjumpa dengan seekor monyet lalu monyet itu bertanya mengapa anak
Sang Kecil itu menangis.Anak Kancil memberitahu bahawa dia sedang
mencari ibunya dan tersesat.
Monyet mengajak anak kancil itu mengikutnya untuk mencari ibu anak kancil
itu.Tidak lama kemudian mereka menemui ibu kancil yang kerisauan mencari
anaknya. Ibu Sang kancil amat gembira menemui semula anaknya dan
mengucapkan terima kasih kepada monyet itu.

9
Soalan-soalan yang dijangka ditanya oleh murid

1. Di manakah anak kancil itu tinggal?


2. Ke manakah ibu kancil itu pergi?
3. Bagaimanakah sikap anak kancil itu?
4. Siapakah yang menolong anak kancil itu?
5. Bagaimanakah keadaan ibu kancil ketika mencari anaknya?

10
Soalan 3
Teater Bercerita
Rancangan Pengajaran ini diubahsuai daripada rancangan pengajaran harian
yang telah disediakan oleh Cikgu Khabrin S. Idris yang mengajar di Sekolah
Kebangsaan Ladang Sapong, Tenom.

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas : Tahun 5
Tarikh : 14 Februari 2008
Hari : Khamis
Masa : 9.30 – 10.30 pagi
Kemahiran : 11.3 Aras 1 (ii)
Mengenal pasti watak dan perwatakan yang terdapat
dalam teks.
11.3 Aras 1 (iii)
Memberi pandangan tentang watak dan perwatakan
yang terdapat dalam teks.
Objektif : Diakhir pelajaran ini murid-murid dapat
Menyampaikan cerita dengan sebutan, intonasi dan
penghayatan yang terdapat dalam teks.

Sistem bahasa : Kata Banyak Makna


Pengisian Kurikulum : Ilmu : Sastera
Pendidikan Moral
Nilai Murni : Baik hati
Berdikari
Hemah tinggi

11
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

1. Guru mengarahkan murid-murid duduk dalam separuh bulatan.


2. Guru mengagihkan teks bacaan kepada murid.
3. Murid bercerita dengan menggunakan intonasi, sebutan dan penghayatan
yang betul.
4. Murid menceritakan teks bacaan mengikut giliran yang disebut oleh guru.
5. Murid bersoal jawab tentang cerita yang dilakonkan.
6. Murid menyatakan tema cerita.
7. Murid meramal kesudahan cerita.
8. Murid merumus isi pelajaran dan nilai murni.

Refleksi Pengajaran

12
L AM P I R A N

TEKS CERITA

TAJUK:SAYANG SERINDIT

BAB: 4
TERJATUH DARI POKOK

13
Terjatuh Dari Pokok

Seperti biasa Marzuki bangun tidur lalu pergi mandi dan


bersembahyang.Selepas bersebahyang dia bersandar pada belakang
katilnya.Sambil itu dia terkenang kembali mimpinya malam itu.Ia terasa seakan-
akan benar berlaku di hadapan matanya.Cuma dia berasa hairan kenapa
burung itu mesti datang dengan anaknya yang banyak kemudian,pergi
membawa anak-anaknya sekali?

Keadaan di luar telah semakin cerah dan hingar-bingar dengan kokokkan ayam
dan kicauan burung. Paling ketara ialah kicauan burung murai dari atas pokok
nangka di hujung biliknya.Kemudian,dia terdengar suara burung kelicap yang
terbang ke pokok pisang abu di belakang rumahnya.Burung itu menyedut madu
bunga pisang dengan paruhnya yang tirus panjang dan melengkung itu.

Dia cuba mendengar-dengar kalau ada suara burung serindit,tetapi tidak


kedengaran.Hari masih terlalu awal lagi.Hanya suara burung merbah yang
banyak kedengaran di hujung kampung dekat hutan pokok tahi ayam.Burung
merbah suka makan buah pokok tahi ayam yang berwarna hitam,tetapi manis
dan berpalut itu.Marzuki tidak tahu bahawa burung serindit tidak keluar pada
waktu pagi.Namun dia tetap berharap.

14
“Cip, cip,cip”Marzuki meniru memanggil anak burung itu.

Tiada jawapan.hanya kicauan burung murai,kelicap dan merbah yang


kedengaran.Sambil itu di kejauhan kedengaran suara burung bubut
menyahut memanggil hujan.Kemudian,jauh di puncak bukit di belakang
kampong kedengaran pula suara burung terbang rumah mak
mertua.Suaranya dimulai satu…satu bunyi seperti orang menebang tiang
rumah.Kang ! kan! Bunyi itu semakin lama semakin kerap kemudian diikuti
bunyi derumannya.Kemudian burung itu tertawa seperti orang dewasa
tertawa. “Kah ! kah ! kah!”

Lama juga burung tukang itu senyap kemudian menebangnya


semula.Demikian bunyi itu berulang-ulang.Bunyi itu hanya diam apabila hari
telah meninggi panas dan mulai terasa panas. Bunyi burung itu sudah lali di
telinga Marzuki.Bunyinya sama seperti bunyi yang telah biasa di
telinganya,iaitu bunyi sang ungka di tengah gunung.

Marzuki masih belum puas hati.Dia turun ke halaman rumah sambil


memerhati sekelilingnya.Dia menghirup udara segar di kampung.Dia masih
tercari-cari anak burung serinditnya itu.

“Cip, cip, cip”dia meniru bunyinya memanggil anak burung itu.

15
Dia pun tidak mendengar jawapannya.Dia mendapakan tangannya lagi
Sambil menyedut udara segar disekelilingnya. Sambil matanya tetap
meliar.Hari telah semakin meninggi dan dia masih berharap.

“Marzuki,emak dengan ayah kamu nak pergi ke pekan.Kamu tunggu rumah


ya. kalau nak bersarapan, mak dah siapkan di bawah tudung saji tu,”
kedengaran suara Mak Cik Suriani datang menjengah di tingkap.

Marzuki masih duduk di luar. Dia duduk di atas pangkin di bawah


“Baiklah, emak,” sahut Marzuki.
Pokok ceri. Sambil itu matanya terus meliar memerhati keadaan
sekeliling.Sesekali dia memandang ayahnya dan ibunya yang sedang
“Ada apa-apa yang kamu nak pesan,boleh ayah belikan?” Pak Cik Harun
menunggu bas di muka jalan masuk rumahnya.Dia masih mengharap anak
bertanya.
burung serindit itu muncul dan kalu boleh hinggap di atas tangannya lagi.
Kalau boleh biarlah anak burung itu selalu mengunjunginya.
“Tak ada apa,ayah.Cuma kalau ayah singgah di kedai buku,bolehlah ayah
belikan buku cerita untuk Marzuki,” kata Marzuki.
Setelah beberapa lama duduk di pangkin itu, Marzuki ke rumahnya
semula.Dia bersarapan. Ada kuih apam dan air kopi yang telah hampir sejuk
“Baiklah.Nanti ayah belikan,”kata Pak Cik Harun sambil memeriksa basikalnya
di bawah tudung saji di atas meja makan. Kemudian, Marzuki memasang
di bawah rumah.Dia memastikan basikalnya berkunci sebelum ditinggalkan.
televisyen. Namun, siarannya tidak dapat menarik perhatiannya
langsung.Ingatannya masih pada anak burung serindit itu juga.
Pak Cik Harun dan Mak Cik Suraini pergi ke pekan dengan menaiki bas.Dia
bercadang hendak menemui pariah buah-buahan yang telah biasa
Hari sudah lewat tengah hari. Emak dan ayah Marzuki masih belum pulang
dengannya.Dia ingin menjual buah rambutan yang telah menguning dan buah-
lagi.Selepas sembahyang zohor,Marzuki bercadang untuk pergi ke kebun
buahan mempelam yang telah tua dan mulai masak di kebunnya.Dengan
ayahnya. Dia teringatkan tempat anak burung itu ditemui.Dia ingin pergi ke
mendapatkan peraih lebih awal,Pak Cik Harun berharap akan mendapat harga
sana untuk melihatnya.dia percaya anak burung itu ada di sana.Dia pergi
yang lebih baik.
menutup tingkap dan mengunci pintu rumahnya.Dia turun ke bawah lalu
mencapai basikalnya.Dia mengelilingi rumah itu sebelum meneruskan
perjalanannya menuju ke kebun buah-buahan ayahnya.

Sampai sahaja di kebun,Marzuki terus meletakkan basikalnya di tepi


pondok.Dia sandarkan basikalnya pada tiang pondok itu.Dia menuju ke
16
pangkal pokok tempat ditemui anak burung seminggu yang lalu.
14

Dia berharp akan dapat menemui sesuatu di sana.Dia menjengah ke


sana -sini, tetapi anak burung itu tetap tidak kelihatan.Marzuki duduk dan
bersandar pada sebatang pokok mempelam.Dia memandang ke arah buah
mempelam yang lebat itu.

Entah bagaimana tiba-tiba sebiji buah mempelam gugur di hadapannya.Buah


sudah masak dengan warna kuning keemasan.Dia mencapai buah itu lalu
digigitnya.Sedap dan manis sekali rasanya.Marzuki makan dengan
lahapnya.Namun sebiji mempelam memang tidak cukup.Ada banyak lagi buah
yang menguning di atas pokok.Marzuki ingin mendapatkannya lagi.Dia mencari
galah yang selalu ayahnya gunakan.Tiada galah di tempat yang biasa
diletakkan.

Puas di carinya ke serata ceruk tetapi tidak bertemu.Marzuki percaya tentu


ayahnya telah menyorokkan galah itu daripada budak-budak nakal yang
mungkin akan mencuri buah-buahan tersebut.Dia melangut ke atas.Geramnya
bukan kepalang melihat banyak buah yang telah masak.Seperti selalu,Marzuki
ingin memanjat sahaja pokok tersebut.Batangnya pun tidak lah sebesar sangat
dan pokoknya tidak pula terlalu tinggi.

Marzuki menanggalkan seliparnya lalu memanjat pokok mempelam epal itu.dari


satu dahan ke satu dahan dicapainya lalu samapai ke atas.Terasa juga gayatnya
apabila berada di atas pokok.Semasa berada di atas pokok,dilihatnya 17
ada
banyak lagi buah yang telah masak ranum.Geramnya tidak terkira.Dia mencapai
menyelerakan.Itulah buah mempelam epal yang pokoknya berusia lebih dua
puluh tahun.

16

18
Dia memasukkan buah itu ke dalam poket. Baik aku ambil lagi untuk
dibawa pulang,fikiran Marzuki apabila melihat buah yang telah banyak masak
itu. Apabila hendak mencapai buah yang agak besar di hadapannya,tiba-tiba…

“Praap,bbum!” Marzuki terpijak dahan yang telah mati dan reput. Bedebub! Dia
terjatuh ke tanah.

“Aduh,aduh!” Marzuki seorang diri. Dia mengaduh kesakitan. Dia memegang


kakinya dan cuba banun tetapi kakinya terasa sengal dan jatuh terjelepok
semula.kakinya terasa amat perit dan buntutnya pula sakit sekali. Dia jatuh
dengan kakinya terlibat ke bawah buntut. Dia mengalami kecederaan.

Marzuki cuba menyentuh kakinya yang terasa perit itu. Dia nampak ada kesan
merahnya di sana. Dia mengaduh lagi apabila sakitnya cukup terasa. Dia cuba
bangun menuju ke pondok tetapi kakinya terlalu sakit. Dia sudah tidak boleh
bangun lagi. Kakinya mencengkam dan berdenyut-denyut tetapi apabila
diperhatikan tidak pula kelihatan lukanya.

“Tolong!” Marzuki menjerit meminta tolong.Suaranya lemah kerana menahan


kesakitan.Mukanya berkerut.Kemudian,dia mengerang kesakitan yang teramat
sangat.Dia terus sudah tidak mampu untuk menjerit lagi.

Marzuki tersandar di pangkal pokok itu.Dia sudah tidak boleh bergerak.Tidak


pula ada sesiapa pun di situ yang diharap dapat menolongnya.Jeritannya pula
tidak didengari orang.

19
“Aduh,sakitnya”, keluh Marzuki membelek kakinya.Air matanya mula
meleleh kerana tidak tertahan sakitnya.

“Cip, cip, cip,” anak burung itu berbunyi lagi.

“Cip, cip,cip,”Marzuki mengajuknya. ”Wahai serindit yang baik hati,marilah


turun ke sini! Aku sedang sakit nie,”seru Marzuki.

Tiba-tiba seekor burung serindit mengepak – ngepak sambil melayang turun


hinggap di atas bahunya. Marzuki kehairanan apabila melihat rupa burung itu
sudah berlainan.Bulunya sudah penuh dan saiznya sama dengan burung-
burung dewasa yang lain. Oh,anak burung itu telah pun dewasa! Fikirnya..

Penutup

20
Penggunaan bahan sastera dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dapat memberi peluang kepada pelajar menerokai kepelbagaian bentuk
bahasa digunakan dalam pembelajaran. Keadaan ini dapat menimbulkan
keseronokan semasa pembelajaran. Penggunaan bahan hendaklah disokong
kuat minat dan bakat guru dalam mengerakkan hala tuju pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu agar objektif Pengajaran Bahasa Melayu dapat
dicapai.

18

21
Rujukan
HBML 1103 Pengenalan pendidikan Bahasa Melayu
Nov 2007 oleh Dr.Ali Mahmood OUM

Buku Modul Pengajaran Sastera Sekolah Kebangsaan Tahun 5


Tajuk Buku:Mentari Kembali Bersinar
Pusat Perkembangan Kurikulum 2007

Bukun Modul Pengajaran Sastera Sekolah Kebangsaan Tahun 5


Tajuk Buku: Sayang Serindit
Pusat Perkembangan Kurikulum 2007

Buku cerita Sastera;


Sayang Serindit
Rabitul Adwiyah Shafie
Cetakan 2005

Buku cerita Sastera


Tajuk: Mentari Kembali Bersinar
Suziana Che Wil
Cetakan 2005

Huraian Sukatan Mata Pelajaran,


Kesusateraan Melayu,
Tingkatan 5

Kamarudin HJ.Husin & Siti Hajar Hj.Abdul Aziz(1997)


Keterampilan Bahasa.Kuala Lumur.

22

You might also like