You are on page 1of 36

Jenis-Jenis Simpulan & Ikatan

BUKU SILA

( Square / Reef Knot )

Untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz Biasanya untuk menyambung tali khemah/bungkusan hadiah/ikatan anduh. Mudah dibuka Dikenali juga sebagai 'left over
right and right over left'.

SIMPULAN PENCURI

(Thief Knot)

Simpulan ini sangat sesuai untuk mengikat bungkusan dan bimbang ada orang lain akan membuka bungkusan tersebut. Apabila orang tersebut mengikat kembali ia lazimnya akan mengikatnya semula seperti ikatan buka sila/square knot

BUNGA GETI ( Sheet / Flag / Common Bend )

Kegunaannya adalah untuk menyambungkan hujung dua tali yang berlainan jenis/berlainan saiz

Bunga Geti Ganda

(double Sheet Bend)

Untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar. Untuk menyambung dua tali yang licin.

TINDIH KASIH (Bowline)

Untuk

membuat ikatan yang pantas dan tidak boleh menjerut benda/binatang dan sebagainya
Sesuai digunakan untuk menyelamat, mengikat leher binatang dan sebagainya

SIMPUL MANOK

(Clove Hitch)

Simpul manuk biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya. Ia mudah diikat/disimpulkan dan mudah ditanggalkan/dibuka.

SIMPUL MANOK

(Clove Hitch)

Lilit "Taut-Line

(Taut-Line Hitch)

Untuk mengikat tali khemah kepancang atau tali ke tiang supaya ia dapat di kendurkan atau di tegangkan.

SIMPUL BELIT LUCUT

Highwayman's hitch

1. Sesuai digunakan untuk mengikat bot atau binatang (contoh kuda) supaya boleh dibuka dengan pantas
2. Boleh juga digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali

SHEEP SHANK
Sheepshank digunakan untuk memendekkan tali tanpa perlu memotong tali tersebut Ia juga boleh digunakan untuk menegangkan tali (contoh tali khemah) tanpa perlu membuka ikatannya dibahagian hujung tali. Ia boleh disimpulkan di bahagian tengah tali retsebut

SIMPULAN PENGAIL/SIMPUL HIMPIT


(Fisherman's Knot)

Sesuai digunakan untuk menyambungkan dua tali yang halus /licin seperti tali tangsi

Lilit Pemati Biasa

(Common Whipping)

Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang.

LILIT 2 SIMPUL/SIMPUL BELIT


Round turn and two half-hitches

Satu simpulan mudah tetapi kemas untuk mengikat hujung tali pada mata kail, pancang, pokok dan sebagainya

LILIT BALAK

(The Timber Hitch)

Ikatan balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu dan sebagainya

SLIP (RUNNING) KNOT

Ikatan ini mudah diketatkan atau dilonggarkan Mudah menggerakkan ikatan ke bahagian lain pada kayu/pancang Semakin kuat hujung tali itu ditarik semakin ketat simpulan tersebut

IKATAN SILANG GUNTING

(Sheer Lashing)

Ikatan ini ialah bagi membuat jambatan, menara, gejet dan menyambung kayu

Mulakan dengan simpulan manok pada sebarang kayu, kemudian belitkan pada kedua-dua batang kayu itu dengan ketat. Akhir sekali belitkan tali di celah kayu itu beberapa kali supaya lebih ketat.

IKATAN SILANG GUNTING

(Sheer Lashing)

IKATAN SERAYA

(Square lashing)

Ikatan Seraya digunakan untuk mengikat dua batang kayu/dua batang buluh yang bersilang

IKATAN SERAYA

(Square lashing)

Tradisional Lashing

IKATAN SERONG

(Diagonal Lashing)

Ikatan ini digunakan untuk membuat jambatan, menara dan sebagainya. Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan dengan simpulan manok.

IKATAN SERONG

(Diagonal Lashing)

Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan dengan simpulan manok.

IKATAN SILANG TUNKU

(Tripod Lashing)

Digunakan untuk membuat gejet dan menyambung kayu, khas bagi mengikat tiga batang kayu / buluh yang sama besar dan panjangnya. Ikatan ini dimulakan dengan menggunakan Lilit Balak atau Simpul Manuk dan bagi mematikan Ikat Silang Tungku, Simpul Manuk digunakan.

IKATAN SILANG TUNKU

(Tripod Lashing)

IKATAN SILANG TUNKU

(Tripod Lashing)

Digunakan untuk membuat gejet dan menyambung kayu, khas bagi mengikat tiga batang kayu / buluh yang sama besar dan panjangnya. Ikatan ini dimulakan dengan menggunakan Lilit Balak atau Simpul Manuk dan bagi mematikan Ikat Silang Tungku, Simpul Manuk digunakan.

Simpul Abah-Abah
Lilit Pasdul (Marline-spite Hitch)

( Manharness Knob )

Digunakan untuk membuat tanjul di tengah-tengah tali. Tanjul itu dimasukkan keliling dada dengan tujuan untuk menarik sesuatu barang.

Simpul Abah-Abah ( Manharness Knob )


Lilit Pasdul (Marline-spite Hitch)

Ia boleh juga digunakan untuk membuat tali tangga.

Simpul Lilit Tindih Kejap

( Rolling Hitch )

Simpul lilit tindih kejap digunakan untuk menambat tali yang kecil kepada tali yang besar apabila tarikannya serong, dan sebagai penarik tali yang besar digunakan semasa kapal atau bot hendak berlabuh di pangkalan.

Simpul Ngah ( Middlemans's Knot )

Digunakan untuk membuat tanjul ( gelung ) di tengah tali sesuai untuk pendaki bukit. Saiz tanjul ini boleh diubah mengikut kesesuaian.

Tindih Kasih Air

( Water Bowline )

Digunakan untuk mengelakkan simpul daripada mengetat atau mudah lucut apabila ditarik dalam air.

Ikatan Pengail

( Fisherman's Hitch )

Ikatan ini kuat dan kukuh. Ia Sesuai digunakan untuk mendaki bukit atau untuk (abseiling/rappelling).

Lilitan Tong

( Barrel Hitch )

Simpulan ini digunakan bagi tujuan mengikat bendabenda berat seperti tong untuk ditarit di dalam kapal, supaya ia mudah diangkat.

Sambat Mata/Sepit Ketam

( Eye Splice )

Digunakan untuk membuat gelung atau tanjul yang kekal di hujung tali.

Lilit Kacang/Ular

( Floor/Snake Lashing )

Digunakan untuk mengikat batang-batang kayu/ buluh bagi membuat lantai untuk sesuatu gejek atau projek. Dimulakan dengan menggunakan Simpul Manuk dan diakhiri dengan Simpul Manuk juga.

Lilit Kacang/Ular

( Floor/Snake Lashing )

Sekian Terima Kasih

You might also like