You are on page 1of 18

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 115

STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU PELAJAR


PELBAGAI ETNIK BUKAN MELAYU

Zamri Mahamod
Mohamed Amin Embi
Universiti Kebangsaan Malaysia

This study examined language learning strategies (LLS) used by students


from various ethnic groups in Malaysia for learning the Malay language
out of the classroom (OC) based on their performance, demographic
factors and the four language skills. The instrument was a self-report
questionnaire distributed to 658 Form 4 students who were selected
based on a random stratified sampling technique. The sample comprised
200 students from Selangor, 220 from Sarawak and 238 from Sabah. The
subjects selected were those who scored grade A or B in their Penilaian
Menengah Rendah (PMR) 2004 Malay Language paper. The respondents
were required to reveal LLS they used to learn the Malay language out
of the classroom for improving their listening, speaking, reading and
writing skills. The questionnaire data were analyzed using descriptive
and inferential statistics. Results of the study indicate that subjects from
various ethnic groups used a wide range of LLS for learning the Malay
language out of the classroom. The Malay students in Selangor, Sarawak
and Sabah reported using a wider range of LLS in comparison to other
ethic groups. Female students from various ethnic groups in Selangor and
Sarawak used a wider range of LLS than female students from various
ethnic groups in Sabah. Students from various ethic groups who scored
grade A in the PMR Malay Language paper reported a wider range of
LLS than those who scored grade B.

Pada masa kini, ramai guru bahasa menyedari akan kepentingan meningkatkan pencapaian
akademik para pelajar. Para guru menggunakan pelbagai cara seperti memberi tunjuk
ajar strategi belajar yang betul, mengadakan kelas tambahan, membincangkan soalan-
soalan peperiksaan lepas, memperbanyakkan latih tubi dan sebagainya. Semuanya
bertujuan untuk meningkatkan prestasi bahasa pelajar.
Para guru seharusnya menyedari bahawa pemilihan strategi belajar yang
berkesan terletak di tangan pelajar sendiri. Guru-guru yang mempelbagaikan strategi
pengajaran dapat membantu pelajarnya menguasai pelbagai ilmu bahasa dengan cepat
dan berkesan (Oxford & Crookall, 1989). Pendapat ini diakui oleh Lessard-Clouston
(1997) di mana hasil kajiannya tentang strategi belajar bahasa Perancis mendapati guru-
guru yang menggunakan strategi pengajaran yang sesuai boleh membantu para pelajarnya
116 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

memahami bahasa kedua (bahasa Perancis) dengan baik. Oleh itu, para guru seharusnya
melatih pelajar menggunakan pelbagai strategi pembelajaran bahasa (SPB) yang sesuai
dengan tahap keupayaan dan kecekapan bahasa pelajar mereka itu.
Kajian tentang bagaimana pelajar bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu
(BM) sebagai bahasa kedua atau bahasa asing bttkatriah sesuatu yang baru di Malaysia.
Walaupun fokus kajian bukan kepada SPB yang digunakan pelajar bukan Melayu,
tetapi kebanyakan hasil kajian melaporkan bahawa pelajar bukan Melayu mempunyai
sikap negatif dan kurang berminat untuk mempelajari BM, terutamanya ketika belajar
di dalam dan luar kelas (Zamri & Zarina, 2001). Kebanyakan pelajar bukan Melayu
lebih memberi tumpuan kepada bagaimana hendak mencapai keputusan yang cemerlang
ketika peperiksaan. Justeru, pelajar bukan Melayu mengikuti kelas tuisyen di luar waktu
persekolahan semata-mata untuk lulus dengan baik atau cemerlang sahaja. Lantaran itu,
mereka bersungguh-sungguh belajar BM di waktu peperiksaan dengan mengikuti kelas
tuisyen, dan bukan kerana mencintai dan menyanjungi peranan dan kedudukan BM itu.
Kajian yang dijalankan oleh Jajri, Isa, Othman dan Othman (1992), Muhammad,
Noriah, dan Abdul Razak (2000), Zamri (2005), Zamri dan Mohamed Amin (2005)
melaporkan bahawa pelajar bukan Melayu didapati menggunakan pelbagai strategi
belajar agar memperoleh keputusan yang cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran.
Sebagai contoh, Muhammad et al. (2000) dalam kajian yang dilakukan di Muar mendapati
pelajar bukan Melayu banyak menggunakan strategi belajar ketika belajar di luar kelas
berbanding pelajar Melayu dalam kebanyakan mata pelajaran. Zamri (2005) dalam
kajiannya mendapati bahawa pelajar India banyak menggunakan SPB ketika belajar BM
di luar kelas berbanding pelajar Melayu atau Cina. Sebaliknya, pelajar Melayu banyak
menggunakan SPB ketika belajar BM di dalam kelas ataupun semasa menghadapi
peperiksaan.

Strategi Belajar dan Strategi Pembelajaran Bahasa

Strategi belajar ialah cara atau kaedah atau teknik yang digunakan oleh pelajar dalam
mempelajari dan menguasai sesuatu pelajaran. Schmeck (1988) menyatakan bahawa
istilah strategi berasal daripada istilah tentera yang merujuk kepada prosedur-prosedur
untuk melaksanakan rancangan dalam operasi ketenteraan. Beliau menjelaskan bahawa
terdapat perbezaan antara strategi dan taktik. Strategi ialah aktiviti-aktiviti pelajar yang
spesifik atau cara-cara tertentu dalam pelaksanaan rancangan dalam suatu set prosedur
untuk mencapai sesuatu hajat.
Dalam konteks kajian ini, strategi belajar bermaksud langkah-langkah yang
diambil oleh pelajar untuk mempercepatkan proses pemerolehan, penyimpanan,
mengingat kembali dan penggunaan sumber maklumat (Abu Talib, 1998). Menurut
Oxford (1990, 1993), tindakan tersebut diambil bagi membantu pelajar menguasai
proses pembelajaran dengan mudah, cepat, lebih menyeronokkan, lebih ke arah kendiri,
lebih cekap dan mudah dipindahkan ke situasi baru. Chamot, Beard El-Dinary dan
Robbins (1999) mendefinisikan strategi belajar sebagai cara-cara atau teknik yang
boleh digunakan oleh pelajar untuk membantu tugasan pembelajaran.
Dalam konteks pembelajaran bahasa, makna SPB sememangnya telah ditulis dan
diberi pengertian oleh pengkaji bahasa di Barat dan Malaysia. Ellis (1985) menganggap
Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 117

SPB sebagai strategi komunikasi dan pembelajaran dianggap sebagai suatu proses.
Menurut Oxford (1990), SPB merupakan langkah-langkah atau tindakan khusus yang
diambil oleh pelajar bagi mempermudahkan proses pembelajaran, menyeronokkan, ke
arah kendiri, cekap dan berupaya berpindah ke suasana baru.
Ellis (1994) mengasingkan strategi pembelajaran kepada dua jenis, iaitu
strategi pembelajaran berasaskan kemahiran dan SPB itu sendiri. Mohamed Amin
(1996) mentakrifkan SPB sebagai satu perancangan tindakan seseorang pelajar untuk
mempertingkatkan proses pembelajaran mereka. Zamri (2004) mendefinisikan SPB
sebagai satu proses peningkatan pencapaian pembelajaran bahasa secara berterusan
melalui pelbagai strategi belajar yang efektif. Melalui SPB ini, pelajar-pelajar memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran BM. Para pelajar bukan sahaja belajar
bahasa dengan efektif, tetapi juga memperoleh segala asas kemahiran bahasa dan
berbahasa dengan mudah. Strategi tersebut dapat membantu mereka berinteraksi dan
berkomunikasi secara lisan dan tulisan tanpa sebarang kesalahan bahasa.
Tegasnya, SPB ialah strategi yang digunakan oleh pelajar pelbagai etnik ketika
belajar BM di luar kelas. Kepelbagaian SPB yang digunakan dapat membantu pelajar
pelbagai etnik meningkatkan pencapaian BM. Selain itu, SPB yang pelbagai ini boleh
diubah suai oleh pelajar ketika belajar BM di dalam kelas mahupun ketika menghadapi
peperiksaan.

PERNYATAAN MASALAH

Kebanyakan kajian SPB dalam BM dijalankan terhadap pelajar Melayu. Kajian SPB
pelajar pelbagai kaum ada dalam mata pelajaran lain. Sebagai contoh, Mohamed Amin
(1996) menjalankan kajian SPB antara pelajar Melayu, Cina dan India ketika mempelajari
BI sebagai bahasa kedua. Wan Noorazah (2004) pula telah mengkaji bagaimana pelajar
Melayu dan bukan Melayu mempelajari Biologi.
Kajian SPB yang melibatkan pelbagai kaum di Semenanjung, Sarawak dan Sabah
di Malaysia sama ada dalam BM ataupun BI belum pernah dijalankan. Kebanyakan kajian
SPB lebih berfokus kepada pelajar-pelajar di Semenanjung Malaysia sahaja. Bagaimana
pelajar pelbagai etnik di Sarawak dan Sabah belajar BM tidak pernah dikaji. Apakah SPB
yang mereka gunakan ketika belajar BM? Adakah terdapat persamaan ataupun perbezaan
SPB yang digunakan oleh pelajar-pelajar pelbagai etnik di Sarawak dan Sabah itu dengan
SPB kegunaan pelajar-pelajar di Semenanjung Malaysia?
Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Mohamed Amin (1996), Muhammad et al.
(2000) serta Wan Noorazah (2004) mendapati bahawa kebanyakan pelajar bukan Melayu
menggunakan strategi belajar yang kurang sesuai dan tepat. Sebagai contoh, Mohamad
Amin mendapati pelajar bukan Melayu menggunakan strategi belajar bahasa Inggeris
yang tidak berkesan di dalam kelas, di luar kelas dan ketika peperiksaan. Ini menyebabkan
pencapaian bahasa Inggeris mereka kurang memuaskan.
Selain daripada itu, kebanyakan kajian SPB di Malaysia dijalankan dalam BI.
Ini mungkin kerana kajian SPB lebih sesuai untuk membantu pelajar mempelajari bahasa
kedua atau bahasa asing. Lantaran itu, beberapa kajian SPB dilakukan dalam BI. Oleh
kerana kajian SPB lebih bersifat bagaimana hendak mempelajari sesuatu bahasa
118 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

dengan baik, maka beberapa pengkaji/penyelidik BM mula melakukan kajian-kajian SPB


dalam pelbagai bidang dalam BM seperti kajian yang dijalankan ini. Selain itu, antara
punca pelajar gagal mencapai keputusan cemerlang dalam mata pelajaran BM ini adalah
tidak menggunakan strategi belajar serta SPB yang digunakan tidak sesuai dengan apa
yang diperajari. Ini disokong oleh kajian Zamri (2004) yang mendapati pelajar Ieiriah
menggunakan SPB yang kurang berkesan berbanding pelajar yang cemerlang pencapaian
BM mereka.
Dalam konteks kajian ini, pengkaji ingin mengenal pasti apakah SPB yang
digunakan oleh pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas. Adakah SPB yang
digunakan itu banyak membantu mereka memahami dan menguasai kemahiran BM
dengan baik?
Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana pelajar bukan Melayu,
khususnya di Sabah dan Sarawak belajar BM di luar kelas. Secara khusus, kajian ini
bertujuan untuk:
1. Mengenal pasti perbezaan SPB yang digunakan oleh pelajar bukan Melayu
ketika belajar BM di luar kelas berdasarkan kumpulan etnik.
2. Mengenal pasti hubungan satu kemahiran bahasa dengan kemahiran bahasa
yang lain bagi pelajar bukan Melayu yang mengguna SPB ketika belajar BM
di luar kelas.
3. Mengenal pasti perbezaan SPB yang digunakan oleh pelajar bukan Melayu
ketika belajar BM di luar kelas berdasarkan jantina.
4. Mengenal pasti perbezaan SPB yang digunakan oleh pelajar bukan Melayu
ketika belajar BM di luar kelas berdasarkan tahap pencapaian pelajar.

SO ALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan mengkaji bagaimana pelajar bukan Melayu belajar BM di luar kelas.
Secara khusus, kajian ini dijalankan untuk menjawab empat soalan berikut:
1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB yang digunakan oleh
pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas berdasarkan kumpulan
etnik?
2. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara satu kemahiran bahasa dengan
kemahiran bahasa yang lain bagi pelajar bukan Melayu yang menggunakan
SPB ketika belajar BM di luar kelas?
3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB yang digunakan oleh
pelajar lelaki dan perempuan bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas?
4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB yang digunakan oleh
pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas berdasarkan tahap
pencapaian pelajar?
Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 119

METODOLOGI

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen soal selidik
digunakan bagi pengumpulan data. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini
diubah suai daripada kajian Zamri (2004). Sebanyak 144 item soal selidik dalam empat
kemahiran bahasa telah dibuat kajian rintis, iaitu 21 item kemahiran mendengar (KD), 39
item kemahiran bertutur (KT), 37 item kemahiran membaca (KB) dan 47 item kemahiran
menulis (KTs). Bagi memastikan item soal selidik kajian rintis tersebut mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, seramai 60 orang pelajar Tingkatan 4 di
sebuah sekolah menengah kebangsaan di Hulu Langat dijadikan responden kajian rintis.
Hasilnya, nilai kebolehpercayaan bagi setiap item adalah tinggi bagi setiap kemahiran
bahasa tersebut, iaitu KD = .70, KT = .83, KB = .93 dan KTs = .96. Menurut Siti Rahayah
dan Abdul Rashid (2002), indeks kebolehpercayaan yang melebihi .60 boleh dianggap
mempunyai nilai kebolehpercayaan item yang baik. Item soal selidik telah disemak
kesahan konstruknya oleh seorang pakar SPB di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Soal selidik terbahagi kepada dua bahagian, iaitu tentang latar belakang dan
SPB berdasarkan kemahiran bahasa yang digunakan oleh pelajar. Sampel kajian terdiri
daripada pelajar-pelajar Tingkatan 4 di beberapa buah sekolah menengah di Selangor,
Sarawak dan Sabah. Semua responden memperoleh gred A atau B bagi mata pelajaran
BM dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2004. Responden dipilih
berdasarkan random stratified sampling (Tabachnick & Fidel, 2001) di mana 200 orang
pelajar berada di Selangor, 220 orang pelajar di Sarawak dan 238 orang pelajar di Sabah.
Jumlah responden bagi setiap etnik pelajar adalah seimbang dari segi jantina, kecuali Iain-
lain etnik yang tidak sama bilangannya dari segi etnik dan jantina.
Soal selidik dianalisis menggunakan SPSS versi 12.0. Data dianalisis dalam dua
cara, iaitu secara deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk mencari
kekerapan, peratusan dan min. Statistik inferensi digunakan untuk menguji hipotesis.
Untuk itu, analisis ANOVA satu hala, korelasi dan ujian-f digunakan bagi menjawab
beberapa hipotesis kajian.

DAPATAN KAJIAN
Latar Belakang Pelajar Pelbagai Etnik

Jadual 1 mempamerkan latar belakang responden kajian berdasarkan negeri, jantina,


etnik dan tahap pencapaian BM pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas.
Berdasarkan Jadual 1, pelajar pelbagai etnik dari negeri Sabah paling ramai dijadikan
responden kajian, iaitu seramai 238 orang pelajar (36.2%). Ini diikuti pelajar pelbagai
etnik bukan Melayu di Sarawak seramai 220 orang (33.4%) dan di Selangor seramai 200
orang pelajar (30.4%) bukan Melayu. Dari segi jantina, pelajar perempuan pelbagai etnik
lebih ramai dijadikan responden kajian, iaitu seramai 339 orang (51.5%) berbanding 319
orang pelajar lelaki (48.5%) pelbagai etnik bukan Melayu.
Dari segi etnik pula, pelajar etnik Cina dan India dari Selangor paling ramai
dijadikan responden kajian, iaitu masing-masing etnik diwakili 100 orang pelajar yang
seimbang bilangannya dari segi jantina. Di Sarawak pula, setiap etnik diwakili 50 orang
120 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

pelajar (25 lelaki dan 25 perempuan) kecuali Iain-lain etnik (20 orang sahaja). Begitu juga
di Sabah di mana pelajar yang dijadikan responden adalah sama dari segi etnik dan jantina
(25 lelaki dan 25 perempuan) kecuali Iain-lain etnik (38 orang sahaja).
Dari segi bahasa pertuturan utama di luar kelas, didapati BM merupakan bahasa
pertuturan utama yang digunakan oleh pelajar pelbagai etnik di Selangor, Sarawak dan
Sabah. Seramai 247 orang pelajar bukan Melayu (37.5%) menggunakan BM sebagai
bahasa pertuturan untuk tujuan berkomunikasi, berbincang dan berbual di luar kelas.
Ini menunjukkan bahawa pelajar bukan Melayu bertutur dalam BM sebagai satu cara
atau strategi untuk mempelajari dan menguasai BM dengan baik. Bahasa Inggeris (BI)
merupakan bahasa kedua paling ramai dituturkan di luar kelas, iaitu seramai 140 orang
pelajar bukan Melayu (21.3%) bertutur dalam BI. Ini diikuti Bahasa Cina seramai 127
orang pelajar bukan Melayu (19.3%), manakala bahasa Iain-lain etnik kurang dituturkan
di luar kelas sebagai bahasa berkomunikasi antara kaum ataupun antara pelbagai kaum.
Ini bermakna BM masih menjadi bahasa pengantara pelajar pelbagai etnik, terutamanya
ketika berkomunikasi dengan rakan-rakan di luar waktu pembelajaran BM. Semuanya
diperincikan dalam Jadual 1 tersebut.
Dari segi tahap pencapaian BM dalam peperiksaan 2004, kebanyakan responden
ini memperoleh gred B bagi mata pelajaran BM, iaitu seramai 363 orang pelajar bukan
Melayu (55.2%). Pelajar yang mendapat gred A hanya seramai 295 orang pelajar bukan
Melayu (44.8%) sahaja. Kesimpulannya, responden ialah pelajar-pelajar yang mempunyai
keputusan peperiksaan BM yang baik.

Jadual 1
Latar Belakang Responden Berdasarkan Negeri, Jantina, Etnik dan Tahap Pencapaian
BM dalam PMR
Bil. Kategori AT=658 Peratusan

1
Negeri: Selangor Sarawak 200 30.4
Sabah 220 33.4
238 36.2

2
Jantina: Lelaki Perempuan 319 48.5
339 51.5

Etnik: Cina Semenanjung 100 15.2


India 100 15.2
Cina Sarawak 50 7.6
Iban Bidayuh 50 7.6
Melanau 50 7.6
Lain-lain etnik Sarawak 50 7.6
Cina Sabah Kadazan 20 3.0
Dusun Bajau Lain-lain 50 7.6
etnik Sabah 50 7.6
50 7.6
50 7.6
38 5.8
Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 121

Bahasa pertuturan utama di luar kelas:


Bahasa Melayu Bahasa 247 37.5
Inggeris Bahasa Cina 140 21.3
Bahasa Tamil Bahasa Iban 127 19.3
Bahasa Bidayuh Bahasa 42 6.4
Melanau Bahasa lain etnik 15 2.3
Sarawak Bahasa Kadazan 12 1.8
Bahasa Dusun Bahasa 17 2.6
Bajau Bahasa lain etnik 12 1.8
Sabah 15 2.3
10 1.5
12 1.8
9 1.4

Pencapaian PMR 2004:


GredA 295 44.8
GredB 363 55.2

Analisis Inferensi
Analisis inferensi digunakan bagi menjawab hipotesis nol yang dibina. Ujian-f dan korelasi
Pearson masing-masing digunakan bagi melihat perbezaan dan hubungan pemboleh ubah
yang dikaji.

Jadual 2
Perbezaan SPB Berdasarkan Empat Kemahiran Bahasa Ketika Belajar BMdi Luar Kelas
antara Pelajar Pelbagai Kumpulan Etnik

Kemahiran Sisihan Paras


Etnik iV = 658 Min
Bahasa Piawai Signifikan

Kemahiran - Cina Semenanjung 100 2.91 .659 9.744 .000


mendengar -India 100 3.38 .666
- Cina Sarawak 50 2.62 .573
- Iban 50 3.03 .462
- Bidayuh 50 3.20 .704
- Melanau 50 3.33 .529
- Lain-lain etnik Sarawak 20 2.50 .898
- Cina Sabah 50 3.15 .461
- Kadazan 50 3.67 .661
- Dusun 50 3.82 .326
- Bajau 50 3.72 .654
- Lain-lain etnik di Sabah 38 3.30 .705
122 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Kemahiran - Cina Semenanjung 100 2.59 .707 4.823 .000


bertutur - India 100 3.13 .709
- Cina Sarawak 50 2.34 .542
-Iban 50 2.44 .575
- Bidayuh 50 2.69 .644
- Melanau -50 2m
- Lain-lain etnik Sarawak 20 2.11 .675
- Cina Sabah 50 3.15 .461
- Kadazan 50 2.96 .429
- Dusun 50 3.06 .236
- Bajau 50 3.12 .437
- Lain-lain etnik Sabah 38 2.96 .450

Kemahiran - Cina Semenanjung 100 2.72 .802


4.722 .000
membaca -India 100 3.26 .646
- Cina Sarawak 50 2.39 .624
-Iban 50 2.86 .571
- Bidayuh 50 2.92 .606
- Melanau 50 3.05 .284
- Lain-lain etnik Sarawak 20 2.44 .956
- Cina Sabah 50 3.30 .581
-Kadazan 50 3.10 .560
- Dusun 50 3.13 .241
- Bajau 50 3.18 .516
- Lain-lain etnik Sabah 38 3.12 .533

Kemahiran - Cina Semenanjung 100 2.85 .743


3.016 .000
menulis - India 100 3.30 .679
- Cina Sarawak 50 2.57 .612
-Iban 50 2.81 .540
- Bidayuh 50 2.92 .582
- Melanau 50 3.17 .406
- Lain-lain etnik Sarawak 20 2.38 .710
- Cina Sabah 50 3.16 .658
- Kadazan 50 3.11 .658
- Dusun 50 3.17 .330
- Bajau 50 3.19 .525
- Lain-lain etnik Sabah 38 3.02 .430

Hipotesis Nol 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB yang digunakan
oleh pelajar bukan Melayu berdasarkan etnik

Berdasarkan Jadual 2, terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB dalam empat
kemahiran bahasa antara pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas. Nilai
signifikan yang diperoleh oleh pelajar bukan Melayu bagi kemahiran mendengar (KD),
bertutur (KT), membaca (KB) dan menulis (KTs) adalah kurang daripada paras .05, dengan
p=.000. Pelajar bukan Melayu di Selangor, Sarawak dan Sabah menggunakan SPB yang
berkaitan dengan KD, KT, KB dan KTs ketika belajar BM di luar kelas. Hipotesis ini
ditolak kerana terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB dalam setiap kemahiran
bahasa dengan pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas.
Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 123

Hipotesis Nol 2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara SPB yang digunakan
oleh pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas berdasarkan kemahiran
bahasa.

Dari segi korelasi, terdapat hubungan yang signifikan antara satu kemahiran bahasa dengan
kemahiran bahasa yang lain. Sebagai contoh, KD mempunyai hubungan yang signifikan
dengan KT, KB dan KTs. Begifu juga, KT mempunyai hubungan yang signifikan dengan
KD, KB dan KTs. KB mempunyai hubungan yang signifikan dengan KD, KT dan KTs,
manakala KTs mempunyai hubungan yang signifikan dengan KD, KT dan KB. Dengan
kata lain, hipotesis nol ini ditolak kerana terdapat hubungan yang signifikan antara SPB
dengan kemahiran bahasa yang digunakan oleh pelajar bukan Melayu ketika belajar BM
di luar kelas. Semua dapatan kajian ini ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3
Hubungan antara SPB dengan Setiap Kemahiran Bahasa yang Digunakan oleh Pelajar
Bukan Melayu Ketika Belajar BMdi Luar Kelas

Kemahiran Kemahiran Kemahiran Kemahiran Kemahiran Min Sisihan


Bahasa Korelasi Mendengar Bertutur Membaca Menulis Piawai

Mendengar Korelasi 1 .724** .696** .622** 3.20 .705


Pearson
Signifikan - .000 .000 .000
Bertutur Korelasi .724** 1 .860** .805** 2.82 .687
Pearson
Signifikan .000 - .000 .000
Membaca Korelasi .696** .860** 1 .880** 3.00 .718
Pearson
Signifikan .000 .000 - .000
Menulis Korelasi .622** .805** .880** 1 3.03 .687
Pearson
Signifikan .000 .000 .000 - 3.20 .705

*signifikan pada paras p<.05

Hipotesis Nol 3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB pelajar bukan
Melayu ketika belajar BMdi luar kelas berdasarkan jantina

Berdasarkan Jadual 4, hipotesis nol 3 diterima kerana tidak terdapat perbezaan yang
signifikan bagi SPB pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas berdasarkan
jantina dalam keempat-empat kemahiran bahasa tersebut. Nilai signifikan bagi KD =
.41, KT = .31, KB = .14 dan KTs = .51. Kesemua nilai signifikan ini melebihi paras
kesignifikanan .05. Dengan kata lain, pelajar lelaki dan perempuan bukan Melayu
menggunakan SPB yang sama sahaja ketika belajar BM di luar kelas. Demikian juga
dari segi nilai min. Nilai min bagi pelajar lelaki dan perempuan bukan Melayu dalam
kesemua kemahiran tersebut tidak jauh bezanya. Sebagai contoh, nilai min KD pelajar
124 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

lelaki bukan Melayu ialah 3.16, manakala nilai min KD pelajar perempuan ialah 3.25.
Bagi KT, nilai min pelajar lelaki bukan Melayu ialah 2.78, manakala nilai min KT pelajar
perempuan bukan Melayu ialah 2.86. Bagi KB, nilai min pelajar lelaki bukan Melayu
ialah 2.96, manakala nilai min pelajar perempuan bukan Melayu ialah 3.04. Bagi KTs,
nilai min pelajar lelaki bukan Melayu ialah 3.01, manakala nilai min pelajar perempuan
bukan Melayu ialah 3.05. Berdasarkan skor min antara pelajar lelaki dan perempuan
bukan Melayu yang tidak ada perbezaan yang ketara, maka dapat dirumuskan bahawa
pelajar bukan Melayu sama ada lelaki mahupun perempuan menggunakan SPB yang
sama sahaja ketika belajar BM di luar kelas dalam KD, KT, KB dan KTs.

Jadual 4
Perbezaan SPB antara Pelajar Lelaki dan Perempuan Bukan Melayu dalam KD, KT, KB
dan KTs Ketika Belajar BM di Luar Kelas

Kemahiran Gred Sisihan


N=658 Min F Signifikan
Bahasa Pencapaian Piawai
Kemahiran Lelaki 319 3.16 .727
.690 .406
mendengar Perempuan 339 3.25 .681
Kemahiran Lelaki 319 2.78 .704
1.017 .314
bertutur Perempuan 339 2.86 .669
Kemahiran Lelaki 319 2.96 .760
2.199 .139
membaca Perempuan 339 3.04 .675
Kemahiran Lelaki 319 3.01 .709
.440 .507
menulis Perempuan 339 3.05 .667

* signifikan pada paras p<.05


Hipotesis Nol 4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB pelajar bukan
Melayu ketika belajar BM di luar kelas berdasarkan pencapaian BM dalam peperiksaan
PMR

Hipotesis nol ini diterima kerana tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB
yang digunakan oleh pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas berdasarkan
gred pencapaian BM dalam peperiksaan PMR 2004. Paras signifikan yang diperoleh
adalah melebihi .05 bagi setiap kemahiran bahasa. Sebagai contoh bagi KD, tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara pelajar bukan Melayu yang mendapat gred A dengan B
dalam peperiksaan PMR di mana nilai signifikan yang diperoleh ialah p > .580. Demikian
juga dengan KT = p >.85, KB = p >.43 dan KTs = p >.32. Ini menunjukkan bahawa
pelajar bukan Melayu yang mendapat gred A atau B bagi mata pelajaran BM dalam
peperiksaan PMR tidak menunjukkan perbezaannya dari segi SPB yang digunakan bagi
setiap kemahiran bahasa ketika belajar BM di luar kelas. Semua dapatan ini ditunjukkan
dalam Jadual 5.
Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 125

Jadual 5
Perbandingan SPB Pelajar Bukan Melayu Berdasarkan Pencapaian BM dalam PMR

Sisihan
Kemahiran F Signifikan
Gred N=658 Min
Piawai
Bahasa
A 296 3.16 .710 .307 .580
Mendengar B 362 3.23 .700
A 296 2.77 .686 .036 .851
Bertutur B 362 2.86 .685
A 296 2.97 .693 .618 .432
Membaca B 362 3.02 .738
A 296 3.00 .666 1.011 .315
Menulis B 362 3.06 .704

* signifikan pada paras p<.05


PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini dibincangkan dalam lima bahagian, iaitu berkaitan dengan negeri,
jantina, etnik, kemahiran bahasa dan pencapaian BM.

Penggunaan SPB Mengikut Negeri


Secara umum, terdapat beberapa kajian SPB sama ada dalam BM ataupun bahasa
Inggeris dijalankan di Malaysia. Sebagai contoh, Abu Talib (1998) membuat kajian
SPB di kalangan pelajar Tingkatan 4 ketika belajar BM di daerah Johor Bahru. Mohd.
Nazali (1999) menjalankan kajian SPB di kalangan pelajar Tingkatan 4 di daerah Sepang,
Selangor ketika belajar BM di dalam kelas, luar kelas dan juga menghadapi peperiksaan.
Demikian juga dengan kajian Yong Zaharah (1999) di Perak, Supian (2003) di Kajang dan
beberapa kajian SPB lain yang telah dilaporkan.
Selain dalam BM, Mohamed Amin (1996) menjalankan satu kajian SPB di Selangor
bagi mengetahui apakah SPB yang digunakan oleh pelajar Melayu dan bukan Melayu
ketika mempelajari bahasa Inggeris di dalam kelas, luar kelas dan ketika menghadapi
peperiksaan. Punithavalli (2003) menjalankan kajian SPB di kalangan pelajar sekolah
menengah rendah di daerah Sepang, Selangor. Ismail (2004) membuat kajian SPB di
kalangan pelajar Tingkatan 4 ketika belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Hilir
Perak.
Beberapa pengkaji di luar negara juga didapati menjalankan kajian SPB dalam
bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau bahasa asing di negara berkenaan. Sebagai
contoh, Niederhauser (1997) menjalankan kajian tentang masalah yang dihadapi oleh
pelajar-pelajar Korea ketika mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa asing di
universiti. Abdallah Hussein (2002) telah menjalankan satu kajian SPB di kalangan pelajar
Jordan yang mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa asing. Begitu juga kajian yang
dijalankan oleh Drozdzial-Szelest (1997) di Poland, Park Gi-Pyo (1997) di Korea dan
Iain-lain. Kesemua kajian ini melaporkan bahawa pelajar cemerlang dan perempuan lebih
banyak menggunakan SPB ketika mempelajari bahasa Inggeris berbanding pelajar tahap
sederhana dan lemah atau pelajar lelaki.
126 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Berdasarkan beberapa kajian dalam dan luar negara tentang SPB dapat dikatakan
bahawa ia bukan sesuatu yang baru. Walau bagaimanapun dalam konteks kajian ini,
kajian SPB di Sarawak dan Sabah merupakan julung kali dijalankan oleh penyelidik dan
pendidik BM khususnya dan Iain-lain pengkaji bahasa. Selain itu, dapatan kajian juga
membefi "kesah yang positif di mana pelajar-pelajar pelbagai etnik yang bersekolah di
Sarawak dan Sabah didapati menggunakan SPB dalam mempelajari BM dengan baik,
terutamanya strategi belajar berkaitan KT, KB dan KTs.
Dapatan kajian ini menyumbang kepada kajian lanjutan untuk mengkaji dengan
lebih mendalam dan terperinci bagaimana pelajar belajar BM dengan baik. Kajian
perbandingan seperti ini membantu penyelidik bahasa untuk membuat kajian SPB di
kalangan pelajar yang pelbagai etnik, jantina, tahap pencapaian, status sosioekonomi
yang berbeza dan sebagainya.

Etnik
Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian Zamri dan Mohamed Amin (2005) yang
melaporkan bahawa pelajar bukan Melayu menggunakan pelbagai SPB ketika belajar di
luar kelas. Dalam kajian tersebut, mereka mendapati bahawa pelajar India lebih banyak
menggunakan SPB ketika belajar BM di luar kelas berbanding pelajar etnik Melayu dan
Cina. Dapatan kajian ini juga menyamai dapatan kajian Mohamed Amin (1996) di mana
beliau mendapati pelajar India menggunakan pelbagai SPB ketika belajar bahasa Inggeris
di luar kelas berbanding pelajar etnik Melayu dan Cina. Ini menunjukkan bahawa terdapat
perkaitan yang signifikan antara strategi pembelajaran bahasa Inggeris dengan latar
belakang etnik pelajar.
Selain itu, dapatan kajian ini juga menyamai kajian yang dilaporkan oleh Muhammad
et al. (2000) di mana pelajar bukan Melayu dilaporkan menggunakan pelbagai strategi
belajar berbanding pelajar Melayu dalam kebanyakan mata pelajaran yang dikaji. Dapatan
kajian yang melibatkan kesemua mata pelajaran peringkat SPM itu menunjukkan bahawa
pelajar etnik Cina lebih banyak menggunakan strategi belajar berbanding pelajar etnik
Melayu dan India. Dapatan kajian ini juga menyamai dapatan kajian oleh Teo Seah Ping
(2004) yang menunjukkan pelajar etnik Cina lebih banyak menggunakan strategi belajar
Fizik berbanding pelajar etnik Melayu.
Namun demikian, kajian yang dilakukan oleh Abu Talib (1998), Mohd Nazali
(1999), Mohamed Amin, Juriah, dan Mohd Isa (1999), Supian (2003) serta Mohamed
Amin, Zamri dan Mohd Isa (2004) menunjukkan dapatan yang berbeza. Kesemua kajian
ini mendapati pelajar etnik Melayu menggunakan pelbagai strategi belajar berbanding
pelajar etnik bukan Melayu seperti Cina dan India. Ini menunjukkan bahawa faktor etnik
bukan merupakan faktor utama dalam menentukan kejayaan pelajar dalam sesuatu mata
pelajaran bahasa ketika belajar di luar kelas.

Jantina
Hasil analisis data menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara
penggunaan strategi pembelajaran BM dengan jantina di mana pelajar perempuan
lebih banyak menggunakan SPB dalam semua kemahiran bahasa berbanding pelajar
lelaki. Keputusan ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Oxford (1990) dan
Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 127

Mohamed Amin (1996) yang mendapati SPB dipengaruhi oleh faktor jantina. Hasil kajian
ini juga bersamaan dengan kajian Oxford (1990) di mana secara keseluruhannya pelajar
perempuan lebih banyak menggunakan SPB daripada pelajar lelaki.
Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian SPB dalam BM seperti yang
dijalankan oleh Abu Talib (1998), Mohd Nazali (1999), Mohd Nazali, Mohamed
Amin dan Zamri (1999), Mohamed Amin, Zamri dan Mohd Nazali (2001) serta
Zamri, Mohamed Amin, Noriah dan Juriah (2002). Kesemua kajian yang dilaporkan
ini mendapati pelajar perempuan lebih banyak menggunakan SPB berbanding pelajar
lelaki ketika belajar BM di luar kelas. Dapatan kajian ini juga selari dengan dapatan
beberapa kajian SPB dalam mata pelajaran BI di Malaysia seperti kajian oleh Mohamed
Amin (1996), Azlin Mazniwati (2000) dan Faizahani (2002). Ketiga-tiga pengkaji SPB
dalam BI ini melaporkan bahawa pelajar perempuan lebih banyak menggunakan SPB
berbanding pelajar lelaki.
Selain itu, dapatan kajian ini juga bersamaan dengan beberapa kajian di Barat seperti
kajian yang dijalankan oleh LoCastro (1994), Chamot et al. (1999), Abdallah Hussein
(2002), Pickard (1996) serta beberapa kajian lain. Kebanyakan mereka melaporkan
bahawa pelajar perempuan lebih banyak menggunakan SPB ketika belajar BI berbanding
pelajar lelaki.
Bagaimanapun, dapatan kajian ini bercanggah dengan kajian Zamri dan Mohamed
Amin (2003a) dan Zamri (2004) yang mendapati pelajar lelaki lebih banyak menggunakan
strategi belajar bahasa sama ada di dalam kelas, luar kelas mahupun ketika menghadapi
peperiksaan. Ini mungkin berpunca daripada sikap dan minat pelajar lelaki ketika belajar
bahasa terutamanya yang melibatkan aktiviti bertutur.
Dengan kata lain, faktor jantina boleh mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar.
Ini dapat dilihat daripada jumlah pelajar yang belajar di universiti semakin dimonopoli
oleh pelajar perempuan. Faktor strategi belajar dikenal pasti antara faktor yang membantu
pelajar perempuan belajar dan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
termasuk dalam mata pelajaran BM.

Kemahiran Bahasa
Dari segi kemahiran bahasa, secara keseluruhan terdapat hubungan yang signifikan antara
SPB dengan kemahiran bahasa yang digunakan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
pelajar perempuan bukan Melayu banyak menggunakan SPB ketika belajar BM di luar
kelas. Ini dapat dilihat berdasarkan nilai signifikan yang diperoleh ialah p < .005. Pelajar
bukan Melayu terutamanya di Sarawak dan Sabah banyak menggunakan strategi bertutur,
membaca dan menulis ketika belajar BM di luar kelas.
Dapatan kajian ini menyamai dapatan kajian yang dilakukan oleh Zamri dan
Mohamed Amin (2003a, 2003b). Zamri dan Mohamed Amin (2003a) mendapati pelajar
lelaki dan perempuan Melayu banyak menggunakan SPB bagi meningkatkan KT, KB dan
KTs. Walau bagaimanapun, strategi KD kurang digunakan ketika belajar di luar kelas.
Dengan kata lain, pelajar lelaki dan perempuan Melayu menggunakan strategi bertutur,
membaca dan menulis ketika belajar BM di luar kelas.
Kajian oleh Zamri (2004) serta Hamidah, Melor dan Norzaini (2002) tidak meliputi
SPB ketika menghadapi peperiksaan, tetapi dapatan kajian mereka melaporkan bahawa
128 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

pelajar universiti yang menguasai bahasa Inggeris (BI) dengan baik banyak menggunakan
kaedah mendengar ketika belajar BI. Begitu juga dapatan kajian Yang (1995) dan Kang
(1997) yang melaporkan bahawa pelajar cemerlang BI banyak menggunakan KD, KT,
KB dan KTs ketika belajar BI sebagai bahasa kedua di kalangan pelajar Korea.
Dalam konteks pendidikan BM, kajian SPB befdasarkan pelajar bukan Melayu
ini merupakan sesuatu yang baru. Ini kerana dapatan kajian mendapati pelajar bukan
Melayu seperti Kadazan dan Bajau di Sabah serta Iban dan Bidayuh di Sarawak banyak
menggunakan SPB ketika belajar BM di luar kelas dalam keempat-empat kemahiran
bahasa tersebut. Oleh itu, dapatan kajian ini menyumbang sesuatu yang baru dalam kajian
berkaitan SPB yang mengkaji bagaimana pelajar yang berbeza bahasa pertama mereka
belajar BM di luar kelas.

Pencapaian
Dapatan kajian juga mendapati pelajar bukan Melayu yang mendapat gred A atau B dalam
peperiksaan PMR 2004 lalu banyak menggunakan SPB ketika belajar BM di luar kelas.
Dapatan kajian ini ada persamaan dengan kajian Zamri (2004). Dalam kajiannya itu,
didapati pelajar lelaki dan perempuan yang cemerlang dalam BM menggunakan pelbagai
SPB ketika belajar di dalam kelas, luar kelas dan juga ketika peperiksaan.
Selain itu, dapatan kajian ini ada persamaan dengan dapatan kajian Mohamed Amin,
Zamri, dan Mohd Isa (2004) yang mendapati pelajar cemerlang banyak menggunakan
strategi belajar ketika belajar BM, BI dan BA di dalam kelas, luar kelas dan ketika
menghadapi peperiksaan. Ini membuktikan bahawa pelajar cemerlang menggunakan
pelbagai strategi belajar ketika mempelajari sesuatu bahasa itu.
Dengan kata lain, faktor pencapaian BM memberi impak yang besar kepada
pencapaian dan penguasaan BM di kalangan pelajar bukan Melayu. Ini terbukti melalui
kajian ini di mana pelajar-pelajar bukan Melayu, sama ada lelaki mahupun perempuan
di Selangor, Sarawak dan Sabah menggunakan pelbagai strategi mendengar, bertutur,
membaca dan menulis sebagai satu cara atau strategi mempelajari BM dengan baik di luar
kelas.

IMPLIKASI KAJIAN
Kajian SPB antara pelajar bukan Melayu yang melibatkan etnik di Selangor, Sarawak
dan Sabah ketika belajar BM merupakan suatu yang baru. Seperti yang dilaporkan
dalam tinjauan literatur, belum terdapat satu kajian tentang bagaimana pelajar pelbagai
etnik yang belajar BM sebagai bahasa kedua atau asing ini belajar. Justeru, kajian yang
dilaporkan ini memberi beberapa implikasi kurikulum dan pedagogi seperti berikut:

1. Guru BM perlu memastikan kaedah pengajarannya sesuai dengan kepelbagaian


pelajar di dalam kelas. Ini kerana pelajar yang pelbagai tahap kecerdasan ini
mempunyai strategi belajar yang berbeza ketika belajar. Oleh itu, pengajaran guru
boleh mempengaruhi tahap pemahaman pelajar bukan Melayu ketika belajar BM
di dalam kelas, ataupun di luar kelas mahupun ketika menghadapi peperiksaan.
2. Guru BM perlu memastikan pelajar, terutamanya pelajar bukan Melayu,
menggunakan strategi belajar yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar
Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 129

berkenaan. Oleh kerana BM merupakan bahasa kedua pelajar bukan Melayu, sudah
tentu pelajar-pelajar bukan Melayu ini menggunakan strategi belajar yang berbeza
dengan pelajar Melayu. Justeru, guru BM perlu membantu pelajar-pelajar bukan
Melayu belajar menggunakan strategi yang sesuai dengan keupayaan mereka sama
ada di dalam kelas, luar kelas mahupun semasa menghadapi peperiksaan. 3. Guru
BM dicadangkan membina satu modul bagaimana pelajar bukan Melayu belajar
BM di luar kelas yang praktikal. Dengan cara ini, pelajar bukan Melayu boleh
mengaplikasi strategi-strategi belajar BM yang dicadangkan ketika belajar BM. Ini
secara langsung dapat membantu pelajar mempelajari, memahami dan menguasai
BM dengan baik dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik mereka dalam
mata pelajaran BM.

KESIMPULAN

Kajian tentang bagaimana pelajar bukan Melayu belajar dalam sesuatu mata pelajaran
itu telah dijalankan di Malaysia, terutamanya di Semenanjung, tetapi kurang dilakukan
di Sarawak ataupun di Sabah. Justeru, kajian ini dibuat untuk mengetahui dan mengenal
pasti bagaimana pelajar bukan Melayu, terutamanya di Malaysia Timur, belajar BM di
luar kelas. Dengan kajian ini, kita dapat mengetahui sedikit sebanyak bagaimana pelajar
bukan Melayu belajar BM sebagai bahasa kedua atau bahasa asing di luar kelas.
Kesimpulannya, dapatan kajian ini boleh menyumbang kepada kajian lanjutan
yang boleh dijalankan oleh penyelidik dan pendidik bahasa, terutamanya dalam membuat
sesuatu kajian yang melibatkan pelajar pelbagai etnik di Malaysia. Kajian ini juga
merupakan suatu yang baru dalam konteks kajian SPB di Malaysia. Oleh itu, banyak
kajian perlu dilakukan dengan melibatkan pelbagai kaedah kajian seperti temubual,
pemerhatian, diari belajar, kumpulan fokus dan sebagainya tentang bagaimana pelajar-
pelajar bukan Melayu belajar BM. Tumpuan kajian tidak semestinya di luar kelas, tetapi
juga boleh dibuat di dalam kelas ataupun ketika pelajar menghadapi peperiksaan.

RUJUKAN

Abdallah Hussein El-Saleh El-Omari. (2002). Language learning strategies employed by


Jordanian secondary school students learning English as a foreign language. Tesis
Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Abu Talib Abdullah.
(1998). Gaya dan strategi pembelajaran bahasa Melayu di kalangan
pelajar Tingkatan 4 di daerah Johor Bahru. Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Azlin Mazniwati Mohamed
Azhari. (2000). English language learning strategy used by
Form 4 students of Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Selangor.
Penulisan Latihan Ilmiah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi. Chamot, A. U., Beard El-Dinary, P., & Robbins, J. (1999). The
learning strategies
handbook. White Plains, NY: Addison-Wesley.
130 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Drozdzial-Szelest, K. (1997). Language learning strategies in the process of acquiring a


foreign language. Poznan, Poland: Motivex.
Ellis, R. (1985). Communications strategies and the evaluation of communicative
performance. ELT Journal, 38(1), 39-44.
Ellis, R. (1994). The study of second languageacquisition .London: Oxford UP:
Faizahani Ab. Rahman. (2002). Strategies employed by good and weak English learners
and factors affecting the choice of strategies. Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Hamidah Yamat, Melor
Md. Yunus, & Norzaini Azman. (2002). English language
proficiency for quality in education: Are our students ready? Dim. Proceedings of
the International Conference on Education for All (ms. 225-233).
Ismail Ahmad. (2004). Language learning strategy use among students of selected town
and rural secondary schools. Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Jajri, I., Isa, M. M., Othman, M. N., &
Othman, P. (1992). Students perception towards
economics. Dim. A. M. Salleh & I. Jajri (Pnyt.), Proceedings of the National
Seminar on Teaching Economics (ms. 112-125).
Kang, Dang-Ho. (1997). Assessing Korean middle schools students language learning
strategies in input-poor environments. (EDRS: FL 024889)
Lessard-Clouston, R. (1997). Language learning strategies: An overview for L2 teachers.
The Internet TESL Journal, 3.
LoCastro, V. (1994). Learning strategies and learning environments. TESOL Quarterly,
28,409-414.
Mohamed Amin Embi. (1996). Language learning strategies employed by secondary
school students learning English as a foreign language in Malaysia. Tesis Doktor
Falsafah, School of Education, University of Leeds.
Mohamed Amin Embi, Juriah Long & Mohd Isa Hamzah. (1999). Language learning
strategies used by secondary school students in Malaysia: A preliminary study.
[Laporan Akhir Penyelidikan Gl/97] Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi. Mohamed Amin Embi, Zamri Mahamod, & Mohd Isa Hamzah.
(2004). Development of a
self-access online learning-to-learn model for Malaysian Secondary Schools. [Final
Research Report IRPA 07-02-02-0054] Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Mohamed Amin Embi, Zamri Mahamod, & Mohd Nazali Abu Bakar. (2001). Pola
penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu. Journal of Language Teaching
Linguistics and Literature, 7,95-109.
Mohd Nazali Abu Bakar. (1999). Strategi pembelajaran bahasa Melayu di kalangan
pelajar Tingkatan 4: Satu tinjauan. Penulisan Ilmiah, Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Mohd Nazali Abu Bakar, Mohamed Amin Embi, & Zamri Mahamod. (1999). Hubungan
antara penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dengan pemboleh ubah
jantina, etnik, pencapaian bahasa dan status sosioekonomi pelajar. Jurnal Teknologi,
31(E), 43-62.
Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 131

Muhammad Hussin, Noriah Ishak, & Abd. Razak Ahmad. (2000). Strategi pembelajaran
pelajar Melayu. Dim. Proceedings of the International Conference on Teaching
and Learning (ms. 364-370).
Niederhauser, J. S. (1997, January-March). Motivating learners. Forum, 35(1).
Oxford, R. (1990). Language learning strategies: What every teacher should know. New
York: Newbury.
Oxford, R. (1993). Language learning strategies. Boston: Heinle.
Oxford, R., & Crookall, D. (1989). Research on six situational language learning strategies:
Methods, findings and instructional issues. Modern Language Journal, 73(4), 404-
419.
Park, Gi-Pyo. (1997). Languages learning strategies and English proficiency in Korean
university students. Foreign Language Annals, 30,211-221.
Pickard, N. (1996). Out of class language learning strategies. English Language Teaching
Journal, 2,150-159.
Punithavalli a/p K. Muniandy. (2003). Language learning strategies used by lower
secondary students in learning English as a second language. Tesis Sarjana
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Schmeck, R. R. (1988). Strategies and styles of learning: An integration of varied
perspectives. Dim. R. R. Schmeck (Pnyt.), Learning strategies and learning style
(ms. 155-170). New York: Plenum.
Siti Rahaya Ariffin, & Abd. Rashid Johar. (2002). Isu pengukuran dan penilaian
pendidikan. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Supian Md. Noor. (2003). Strategi pemerolehan tatabahasa ay at satu dasar. Tesis Doktor
Falsafah, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia,
Serdang.
Tabachnick, B. G., & Fidel, L. S. (2001). Using multivariate statistics (4th ed.). Boston:
Allyn & Bacon.
Teo, S. P. (2004). Strategi pembelajaran Fizik di kalangan pelajar Tingkatan 4: Satu
tinjauan. Latihan Ilmiah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.
Wan Noorazah Wan Md. Nawi. (2004). Strategi pembelajaran Biologi pelajar Melayu
dan bukan Melayu di UKM: Satu tinjauan. Latihan Ilmiah, Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Yang, Nae-Dong. (1995). Effective awareness raising in language learning strategy
learning. Paper presented at the Annual Meeting on the Teachers of English to
Speakers of the Language, 26 April 1995. (ED 392278)
Yong Zaharah Mohd Taridi. (1999). Strategi pembelajaran bahasa Melayu di tiga buah
sekolah menengah di kawasan Taiping, Perak: Satu tinjauan awal. Latihan Ilmiah.
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Zamri Mahamod. (2004). Strategi pembelajaran bahasa Melayu di kalangan pelajar
Melayu sekolah menengah. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Zamri Mahamod. (2005). Strategi pembelajaran bahasa di dalam kelas kepelbagaian
pelajar: Kemakmuran bersama dari segi pendidikan. Prosiding Simposium
Indonesia-Malaysia Ke-9 (SKIM), Sesi VII. 9.4,1-16.
132 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Zamri Mahamod, & Mohamed Amin Embi. (2003a). Strategi pembelajaran bahasa pelajar
sekolah menengah. Jurnal Bahasa, 3(2), 263-319.
Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2003b). Penggunaan strategi pembelajaran
bahasa untuk menguasai kemahiran mendengar dan bertutur. Jurnal VirTEC, 3(2),
55-76.
Zamri Mahamod, & Mohamed Amin Embi. (2005). Penggunaan strategi pembelajaran
bahasa Melayu: Sam kajian perbandingan antara pelajar Melayu dan bukan Melayu
berdasarkan faktor demografi. Proceedings of the Comparative Education Society of
Asia Biennial Conferences (CESA), Vol. 1,502-523.
Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Noriah Mohd Ishak, & Juriah Long. (2002).
Strategi pembelajaran bahasa dari segi jantina pelajar cemerlang: Satu kajian
perbandingan. Proceedings International Conference on Education for All (ICEFA
2002) Vol.7,63-77.
Zamri Mahamod, & Zarina Othman. (2001). Sikap pelajar Cina terhadap pembelajaran
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Dewan Bahasa, 1(12), 40-43.

You might also like