You are on page 1of 2

Pendidikan Moral

Nama :.

Kelas :

Nyatakan nilai yang paling sesuai dengan situasi di bawah.


1. Kita harus memandu mengikut had laju yang ditetapkan ketika berada di lebuh raya.
.
2. Ibu bapa bertanggungjawab membentuk anak-anak berdasarkan acuan sendiri agar
menjadi individu yang berguna kelak.

3. Rakyat Malaysia sentiasa mendoakan keselamatan para penumpang MH 370.

4. Pihak kerajaan dan swasta memainkan peranan mengekalkan amalan keluarga di


peringkat nasional dengan menyebarkan maklumat tentang budaya negara.

5. Ibu bapa memahami minat, perasaan dan pendapat anak-anak.


..
6. Setiap manusia dikurniakan akal supaya berusaha dan berikhtiar untuk mencari
penyelesaian masalah sendiri tanpa mengharapkan orang lain membantu.

7. Elakkan meninggikan suara ketika bercakap dengan orang lain.

8. Anak-anak tidak harus menganggap orang tua sebagai beban.


..
9. Bukti yang konkrit amat perlu sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman.

10. Individu yang berjaya mempunyai sikap tidak mudah mengaku kalah dan berputus asa.

11. Setiap keputusan yang diambil harus mengambilkira pelbagai faktor.


..
12. Perbuatan yang baik akan mendapat balasan yang baik.
.
13. Pertelagahan tidak akan membantu menyelesaikan sebarang masalah.
..
14. Setiap ibu bapa sentiasa peka terhadap keperluan ahli keluarganya.

15. Penduduk kampung Sungai Apong bergotong-royong mengutip sampah di dalam sungai
yang tercemar.
.

16. Pengusaha kilang harus peka terhadap alam sekitar dengan tidak melepaskan sisa
toksik dan asap sesuka hati.
.
17. Bencana alam yang berlaku hari banyak berpunca daripada tindakan manusia yang
tidak bertanggungjawab.
.
18. Remaja hari ini tidak seharusnya berasa malu memakai pakaian tradisional masingmasing.

19. Pada zaman dahulu orang tua menggunakan pantang larang untuk memberikan nasihat.
..
20. Pelajar harus menerima setiap teguran daripada ibu bapa dan guru dengan hati yang
terbuka.
.

You might also like