• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
680216-11-5248
RINGKASAN EKSEKUTIF
Para guru perlu bersedia menghadapi cabaran dalam dan luaran dalammelahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiahdemi untuk menjayakan misi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkaninsan yang berkualiti dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI)selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Seseorang guruterbukti dapat melakukan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas,apabila para pelajarnya berjaya dalam pelajaran serta mendapat keputusan yangcemerlang dan tidak terlibat sama sekali dengan gejala yang tidak sihat. Guru juga merupakan pelaksana kepada program yang telah dirancang oleh pihakkementerian dalam usaha mengawal pelajar untuk tidak terlibat dengan gejalasosial dan kelemahan disiplin yang merupakan salah satu punca yang bolehmenjatuhkan reputasi sekolah. Kelemahan disiplin pelajar merupakan puncayang utama menyebabkan para pelajar tidak cemerlang dalam pelajaran dan juga sahsiah. Oleh yang demikian, tugas guru menjadi semakin mencabar kerana para guru bukan hanya menggalas tugas untuk menyampaikan ilmupengetahuan tetapi juga bertanggungjawab membentuk sahsiah, menerapkannilai, kemahiran, keterampilan dan seumpamanya bagi menghasilkan insan yangsempurna, seimbang dan harmonis.Kertas kerja ini membincangkan tentang beberapa mekanisme kawalan yangtelah diambil untuk menjadikan pelajar terkawal sepanjang proses pengajarandan pembelajaran berlangsung kerana kelemahan disiplin pelajar bolehmenjatuhkan reputasi sekolah sekiranya tidak dibendung.
1
 
680216-11-5248
PENDAHULUAN
Dewasa ini, profesion keguruan merupakan satu profesion yang agakteruji berikutan dengan perkembangan dunia pendidikan yang kian mencabar.Tanggungjawab para guru bukanlah semata-mata mengajar dan menyampaikanisi pelajaran kepada pelajar, tetapi juga membimbing dan mendidik sertamerealisasikan misi Falsafah Pendidikan Negara (FPN) iaitu;“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arahlebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...”Keberkesan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan olehguru merupakan intipati dalam menjamin prestasi akademik yang cemerlang.Adalah menjadi tanggungjawab para guru memastikan para pelajar terkawalsepanjang proses pengaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini kerana parapelajar sekarang terdedah dengan pelbagai gejala yang tidak sihat sepertimerokok, melepak, merempit, meragut, ponteng, merokok, berjudi, minum arak,vandalisma, seks bebas dan banyak lagi. Terdapat banyak punca yang menjadipenyebab para pelajar terlibat dengan gejala yang tidak sihat ini iaitu perasaaningin mencuba yang tinggi, jiwa yang memberontak, kurang didikan agama,masalah keluarga, keadaan sekolah, pengaruh rakan dan juga media.Oleh yang demikian, menyedari bahawa tugas untuk menjadikan pelajar terkawal sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya
2
 
680216-11-5248
telah mewujudkan beberapa mekanisme kawalan sejajar dengan hasrat kerajaanuntuk menjayakan Misi Nasional bagi mencapai wawasan dan matlamat Negara.
KONSEP DAN INTERPRETASI FRASA1Guru
Kamus Dewan mentakrifkan guru sebagai orang yang mengajar, pendidik,pengasuh. Manakala Zainal Abidin bin Harun dari Jabatan Kajian Sosial (2003)mendefinasikan guru sebagai mereka yang kaya dengan sifat-sifat kemanusiaanuntuk membentuk orang-orang di hadapannya menjadi manusia. Beliau jugamentakrifkan guru ialah mereka yang bertindak mendidik jiwa dan akal manusialain supaya mengenal manusia sejagat.
1.1.2 Mekanisme kawalan
Merupakan langkah-langkah ataupun cara yang digunakan untuk menanganisesuatu permasalahan ataupun penyelesaian bagi konflik yang timbul.
1.1.3 Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Pengajaran bermaksud cara seseorang guru menyampaikan pelajaran atau ilmupengetahuan kepada pelajarnya. Manakala pembelajaran adalah perubahanpemikiran, kebolehan dan sikap hasil daripada proses pengajaran.
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...