You are on page 1of 5

LAPORAN PROGRAM RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

Tarikh Masa Tempat Anjuran

: 13 April 2011 : 8.00 pagi hingga 5.00 petang : SK Taman Senangan : JPNIN dan warga SK Taman Senangan.

Penglibatan murid : 200 orang ( murid tahun 4 dan 5)

Pada program RIMUP ini, saya telah diminta untuk menjadi pemantau merangkap sebagai polis SPR semasa program ini berlangsung. Saya diminta untuk mengawal di saluran 4 iaitu saluran yang diwakili oleh Parti Pen. Keseluruhannya, terdapat empat saluran untuk mengundi dan terdapat juga empat parti yang bertanding pada pilihanraya YB Muda pada hari ini. Parti tersebut ialah parti Pengasah, Pembaris, Pemadam dan Pen. Bagi setiap parti pula, mereka telah mencalonkan dua orang murid untuk setiap kategori. Jadi jumlah kesemua calon bagi dua kategori yang dipertandingkan iaitu Ketua Murid dan Ketua Pusat Sumber ialah seramai 8 orang, 4 orang di ketua murid dan 4 orang di ketua pusat sumber. Segalanya berjalan dengan lancar dan mengikut tentatif yang telah dirancangkan dengan baik. Murid-murid pada awalnya dilihat masih tidak memahami apa yang ingin di hasilkan dari program ini,akan tetapi setelah penerangan demi penerangan dilakukan oleh pegawai JPNIN dan guru-guru, maka mereka telah faham dan tahu peranan penting mereka dalam program ini. Hasilnya, pilihanraya dijalankan dalam suasana yang meriah dan terkawal tanpa berlaku insiden yang tidak diingini. Murid-murid yang bertanding telah berkempen dengan kreatif dan berhemah. Pengetahuan tentang pilihanraya ini saya rasakan perlu kepada murid-murid ini supaya mereka tahu tentang cara pilihanraya dijalankan seterusnya dapat menjadi pengundi dan mungkin pemimpin

yang mempunyai ilmu yang cukup mengenai pilihanraya dan struktur demokrasi yang dijalankan di negara kita. Ini kerana, mereka lah yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Apa yang telah saya peroleh sepanjang program ini berlansung ialah, saya dapat melihat semangat kerjasama antara murid begitu kuat kerana saya dapat melihat sendiri bagaimana rakan-rakan membantu calon mereka untuk berkempen kepada rakan-rakan dari parti lain. Selain itu, saya berasa puas dan gembira dapat bersamasama membantu pihak JPNIN dan pihak sekolah untuk bagi melaksanakan program ini. Bagi saya, program ini begitu besar maknanya kepada saya selaku guru pelatih dalam mengutip pengalaman dan pengetahuan sebanyak mungkin semasa berada dalam waktu praktikum ini.

Disediakan oleh : ............................................ .(Mohd Zahiruddin Bin Abdul Halim) Guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun

Disahkan oleh: .............................................. (Puan Asiah Bt Othman) Guru Besar, SK Taman Senangan

You might also like