You are on page 1of 2

ISL 11 EDU 3103

Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik simpan dalam portfolio.

Strategi , kaedah & Teknik


Pendekatan Deduktif

Pendekatan pengajaran ini mengutamakan penguasaan undangundang ataupun peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa . Guru guru yang menggunakan pendekatan ini biasanya memulakan pengajaran bahasa mereka dengan huraian undang-undang bahasa yang hendak diajar sebelum memberi contoh-contoh penggunaannya.

Pendekatan Induktif

Pendekatan ini pula mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada undangundang atau peraturan bahasa.Pengajaran dimulakan dengan memberi contoh penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar sebelum guru menghuraikan undangundang bagi unsur tersebut.

Contohnya ,dalam pengajaran tentang ayat tunggal , guru akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat

tunggal.Kemudian berpandukan contoh-contoh yang dibuat , guru akan memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.

ISL 11 EDU 3103

Pendekatan ini mengutamakan kecekaapan berkomunikasi .Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan system tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi,kecekapan yang pertama membolehkan seseorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya . Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya. Pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktrur bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru . Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini.Kemudian murid-murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih.Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid daripada guru.

Pendekatan Komunikatif

http://ppgbm0211.blogspot.com/2011/10/strategi-pendekatan-kaedah-danteknik.html

You might also like