You are on page 1of 33

Lehenge gandingan blaus sontok dan gaun kembang serta selendang panjang.

Sari, busana tradisional India yang paling disukai.

Lelaki memakai Kurta Pyjama, pakaian yang terkenal di India, manakala wanita memakai sari sutera bersempadan benang perak

Pasangan dari utara India, lelaki memakai Kurta Pyjama dan turban mundas. Wanita memakai salwarkameez bertekat benang emas dan taburan labuci.

Lelaki memakai pakaian penari Bhangra Punjabi dan wanita memakai pakaian gadis kampung Punjabi.

Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-CeyloneseTamil juga keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata. Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan bajulabuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.

Gadis India menggayakan Baju Pavadai Choli yang menggandingkan baju pendek dipadankan kain kembang dari sutera bertenun benang emas.

Lehenge atau Ihenga, baju pendek dari baldu ditekat benang emas atau perak berhias permata. Dipadankan dengan skirt labuh satin.

Satu lagi himpunan Lehenge yang menggandingkan blaus lengan panjang dan gaun kembang biru sedondon dipadankan dengan selendang panjang.

Pakaian lelaki golongan biasa dari Gujerat, seluarnya dari kain satin dan baju dari sutera. Wanita golongan bangsawan Monghul memakai choli dan skirt bersulam benang emas dan labuci. Pakaian lelaki Bangsawan dari utara India dari fabrik broked, berbengkung dan memakai 'turban' Pakaian lelaki kebanyakan dari Gujerat. http://kebudayaan.kpkk.gov.my Kaum India

Pakaian tradisional suku kaum Lotud. Lelaki memakai baju baldu atau kapas berwarna hitam dan dihiasi sulaman dan labuci. Kepala memakai sundi dari kain destar. Wanita memakai baju dan sarung dari kain kapas yang dihiasi sulaman tinobogi dan linangkit dari benang berwarnaberwarna-warni

Lelaki dan wanita suku k a u m I r r a n u n menggayakan pakaian tradisional yang diperbuat dari kain tenun atau kain Mogah. Lelaki suku kaum Suluk daerah Sampoerna memakai pakaian adat y a n g t e l a h dipermodenkan. Baju dan seluar dari satin dihiasi sulaman benang emas.

Pa ka ian p et an i wanita dari suku kaum Brunei. Bajunya Kebaya Pendek yang dipakai dengan kain pelekat yang diikat paras betis. Pakain kepala seharusnya dari kain batik sarung melindungi dari bahang matahari.

Pakaian tradisional untuk tarian Mengiluk bagi suku kaum Suluk.


Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai.

Gelaran Negeri di Bawah "Bayu" membayangkan kedudukan negeri Sabah bukan sahaja dari sudut geografi tetapi juga keindahan yang tersirat di sebalik negeri yang kaya dengan adat tradisi, budaya, sejarah dan rupa buminya yang kehijauan serta luas mata memandang. Keluasan negeri Sabah seluas 73620 km persegi ini menghimpunkan lebih 23 suku etnik dan setiap etnik kaya dengan adat dan budaya tradisional masingmasing. Busana tradisional mereka menggambarkan kekayaan hasil tangan seperti tenunan bersulam linangkit dan kreativiti manik dan labuci serta pelbagai hiasan seperti hiasan kepala sarempak, hiasan leher mandapun, penutup kuku keku, tali pinggang berserta pending ingkot pangkat juga selendang. Kemahiran menghias pakaian dan cara berpakaian yang kemas dan cantik menjadikan koleksi pakaian negeri Sabah hebat, unik dan amat menarik perhatian.
INFO dari : http://kebudayaan.kpkk.gov.my

Lelaki kaum Dusun Lotud Tuaran menggayakan baju dan seluar baldu bersulam, berikat bengkung s e r ta d e s ta r . Wanita Murut pula menggayakan baju tanpa lengan dan kain bersulam manik halus berwarna-warni.

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.

Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar. Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.

P a k a i a n tradisional suku kaum Kokos. Gandingan blaus organza beropol dipadankan sengan kain batik atau songket dan perhiasan kepala.

Pakaian istiadat suku kaum Rungus. Pakaian lelaki terdiri dari baju badu, seluar soval, bengkung hokos dan pakaian kepala sigal dari kain pis. Wanita memakai baju sempit banat dan kain paras lulut tapi serta hiasan kepala disebut sisingal dan rampai. Perhiasan diri dari jalinan manik-manik berw arna-w arni disebut pinakol dan togkol,

Pakaian nelayan lelaki Melayu. Bajunya potongan Baju Melayu ringkas yang dipakai dengan seluar dari kain pelikat ikat kepala dari kain batik berserta seraung dari anyaman buluh.

Baju tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju fabrik baldu hitam berhias renda kuning keemasan. Lelaki memakai pakaian kepala sigal dari kain destar dan wanita memakai siung dari anyaman buluh halus bermotifkan geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri gelang tangan dan tali pinggang syiling perak.

http://kebudayaan.kpkk.gov.my Sabah

Baju Kurung Kedah kain kasa w ar n a warni dipadankan kain tenun dan selendang Baju Cekak Musang biru dipadankan samping songket dan Baju Sikap fabrik broked

Baju Kurung Kedah bercorak bunga kecil dipadankan kain batik sarung

Kebaya Labuh kain sifon corak flora dipadankan sarung pelikat selisih

Baju Melayu polos berpotongan jaket, bersamping pelikat dan bersongkok. Wanita berbaju Kurung Kedah kain baldu dipadankan kain tenun dan selendang

Kedah juga dikenali dengan nama "Kadaram" dan "Kataha". Pengasas kerajaan Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa yang juga memerintah Patani, Perak dan Siam. Pengaruh Siam dapat dilihat pada busana tradisional masyarakat Kedah. Antaranya ialah Baju Kurung Kedah yang hampir menyerupai blaus pendek Siam, agak singkat dari baju kurung biasa, namun manis dipadan dengan kain sarung lipat. Baju Kurung Cekak Musang beserta samping atau digaya bersama Baju Sikap digemari oleh golongan lelaki. Baju Sikap Kedah ini dipakai seawal tahun 1786, mempunyai butang ke paras pinggang dengan seluar potongan Cina dan samping.

Baju Melayu polos digandingkan seluar berbeza warna. Lengkap berbaju Sikap corak berjalur dan samping kain tenun

Baju Kurung Kedah corak tapak catur dipadankan kain songket sarung

Baju Cekak Musang polos, bersamping songket dan berbaju Sikap baldu bersulam serta te n gk ol ok .Pa sa nga n b er ba ju Kurung Kedah fabrik songket bunga tabur

Baju Melayu Cekak Musang dipadankan samping kain tenun dan Baju Sikap

Keba ya Lab uh broked Cina dipadankan kain pelikat dan selendang sifon

Baju Kurung Kedah daripada sutera Cina dipadankan kain tenun. Berselendang sifon bersulam benang keemasan

Kebaya Labuh corak bunga renik rona hitam dipadankan kain batik lepas dan selendang http://kebudayaan.kpkk.gov.my Kedah

Baju Sikap potongan "waist coat" Inggeris. Dipadankan dengan seluar satin dan kain sarung songket motif tapak catur bunga tabur. Pakaian bangsawan Kedah dan Perlis pada masa dahulu. Wanita memakai Baju Kebaya Labuh potongan moden dipadankan dengan kain satin berbelah depan. Pakaian seperti ini menjadi pakaian rasmi wanita Perlis selain dari Baju Kurung Teluk Belanga

Baju Kebaya Labuh songket bunga penuh tenunan Pakistan motif zig-zag bunga Melayu

Lelaki menggayakan Baju Sikap dan bersamping dan seluar songket. Wanita menggayakan Baju Kebaya Labuh songket bunga tabur, berhias dokoh berantai dan selendang sifon

Baju Kebaya Pendek dari kain sari. Potongan moden lengan lebar yang yang dipakai dengan kain batik sarung

Baju Kedah juga d i p a k a i di Perlis. Wanita ini menggayakan Baju Kedah yang dipakai dengan kain songket

erlis sebuah negeri yang kecik dari segi keluasan tetapi kaya dari segi adat dan budaya. Busana tradisional seperti Kebaya Labuh dipadan dengan kain songket diikat kuncup dengan kepala kain diletak di depan dipadankan juga kain sutera mahupun batik. Tambah anggun dengan dokoh bertingkat dan cucuk sanggul. Golongan lelaki segak bergaya dengan Baju Sikap dan Baju Melayu Cekak Musang potongan tradisional - berkolar tinggi, berbutang lima, berpesak dan berkekek. Tiga kocek tampak tampan - satu di bahagian dada, dua di bawah sisi kanan dan kiri.

Sepasang Baju Melayu Cekak Musang dan Kebaya Labuh songket merah pulasan sedondon. Sesuai digayakan untuk acara rasmi di istana Baju Kebaya Labuh potongan moden. Bewarna merah cili penuh dengan bunga-bunga keemasan. Hiasan dirinya dokoh berantai dan keronsang

Potongan Baju Sikap besar dari tenun corak tapak catur bunga tabur dipadankan dengan samping

Pakaian petani baju ringkas tapak catur dan seluar besar. Dipakai dengan kain batik sarung dan bengkung kain semutar

Baju Kebaya Labuh merah lembayung potongan moden yang dikembangkan dari p i n g g a n g . Kebaya Labuh tenunan songDipakai dengan kain ket sutera corak jalur berdiri halus. Potongan klasik lipat tindih kasih
dipadankan dengan kain sarung sedondon di mana kepala dan kaki kain ditenun motif penuh. Memakai dokoh berantai dan selendang organza bersulam

B a j u K e b a y a Labuh kuning bersulam bunga dipadankan dengan kain songket selisih

http://kebudayaan.kpkk.gov.my Perlis

P a k a i a n Panglima - Baju Sikap ungu dipadankan dengan Baju M e l a yu dan bersamping s o n g k e t , bengkung dan tengkolok
Baju Sikap Perak yang juga telah diubahsuai sebagai pakaian kebiasaan tetapi mengekalkan ciri-ciri asal Baju Sikap

Baju Kebaya Labuh kain les yang dipadankan dengan kain songket sarung

Pakaian Puteri Perak yang diubahsuai menjadi pakaian kebiasaan tetapi masih mengekalkan ciri-ciri sut 5, baju, seluar, samping, selendang dan bengkung

Pakaian diraja ini dibuat dari songket bunga tabur sedondon. Lelaki memakai Baju Melayu Cekak Musang, tengkolok, bengkung dan ikatan samping Perak. Wanita memakai pakaian Puteri Perak berseluar panjang songket jong sarat

Seluar Acheh sutera bertenun benang emas, berkain samping diikat di pinggang dengan tali pinggang dan pending, berbaju leher cekak musang diserikan dengan selendang panjang dilampaikan di bahu kanan dan hujung selendang yang sebelah lagi disangkutkan di lengan kiri merupakan persalinan terkenal Puteri Perak. Bermula dari penghijrahan Sultan Muzaffar Shah, putera sulung Sultan Mahmud maka terbentuk sebuah kerajaan di tepian Sungai Perak. Maka wujud sistem pengganti dalam institusi kesultanan, bermula dengan Raja Di Hilir, Raja Bendahara, Raja Muda dan Paduka Seri Sultan. Institusi kesultanan ini melahirkan pakaian istiadat gemilang warna warni mengikut kedudukan dan martabat golongan istana.

B a j u S i k a p d i g a y a k a n selengkapnya - baju dalam, kain samping diikat lepas, bertali p i n g g a n g , tengkolok dan dokoh

Baju Kebaya Pendek dari kain les dipadankan dengan kain tenun sutera Terengganu. Pakaian seperti ini dipakai di Perak di dalam tahuntahun 1930-an

Pakaian Zarith Gangga direka sebagai salah satu pakaian perkahwinan puteri diraja Perak. Pakaian kemban dari songket dipadankan dengan Kebaya les dan selendang dari pinggang yang dilepaskan di belakang bahu

P a k a i a n Putera Perak Baju Sikap baldu bertekat dipadankan dengan Baju Melayu Cekak M u s a n g , samping dan b e r t a l i pinggang

Lelaki berbaju Melayu Cekak Musang, kain samping ikatan Perak, berbengkung dan kepala berhias Justar Sering hiasan kepala yang dipakai di hari perkahwinan. Wanita memakai pakaian Puteri Perak berseluar Acheh dan berselendang songket penuh

Pakaian Puteri Perak dari baldu hitam dan seluar Aceh songket. Selendang dan samping juga dari songket tenun Terengganu

Segak berbaju Melayu Cekak Musang fabrik sari coklat bersulam benang emas, berkain samping dan tengkolok songket sedondon

Kebaya Labuh broked merah cili dipadankan dengan kain merah polos, berselendang renda keemasan, tali pinggang dan dokoh berantai

http://kebudayaan.kpkk.gov.my Perak

Kebaya Labuh organza bersulam labuci, dipadankan kain renda merah berlisu fabrik keemasan

Baju Sikap pakaian istiadat yang dilengkapi dengan bengkung dan tengkolok

Lelaki memakai Baju Sikap Pendek dari baldu berhiaskan renda emas. Pakaian ini dilengkapi dengan samping, seluar dan tengkolok bermotifkan bunga penuh. Manakala wanita pula memakai Baju Bodo kain organza, pakaian yang berasal dari daerah Bugis. Baju Bodo bewarna hijau dipakai oleh gadis di dalam lingkungan istana dan dipakai dengan kain sarung sutera atau songket

Baju Sikap Selangor berkolar tinggi berbelah hadapan. Dipadankan dengan samping lepas dan tengkolok ikatan Makasar

Lelaki menggayakan Baju Melayu Cekak Musang, samping sutera tenun dan bengkung. Wanita memakai Baju Kebaya Labuh, pakaian bangsawan wanita dari su tera. K eba ya Kebaya Labuh dipadankan dengan kain sifon kuning lem- songket dan selendang but, dipadankan renda kain songket bunga tabur dan selendang sifon

USANA bangsawan Bugis banyak mempengaruhi busana tradisional rakyat Selangor. Kain sarung Bugis terkenal sebagai busana kaum wanita yang dipakai dengan Baju Kebaya Labuh. Manakala kaum lelaki pula bergaya dengan Baju Sikap sut padanan lima dilengkapi tengkolok, baju, seluar, bengkung dan kain samping tenunan Bugis bergarus atau bertelepuk perada emas warisan keluarga bangsawan Bugis. Kedudukan negeri Selangor yang berkembang pesat dalam perniagaan menyaksikan kehadiran pelbagai kaum seperti dari Rawa, Mendeling, Batu Bara, Jawa, Banjar dan Minangkabau juga orang Cina dan India yang membawa bersama mereka busana tradisional budaya masing-masing.

P a k a i a n masyarakat Banjar mengandungi Baju Sikap, samping, seluar dan tengkolok

Pakaian Adat lelaki dari masyarakat Banjar terdiri dari Baju Adat, s e l u a r , samping dan tengkolok

Pakaian asal seorang puteri Mandan dari Sulawesi yang diubahsuai dibuat dari kain tenunan nipis dan kainnya baldu bertekat labucci

Lelaki berbaju Sikap dari kain tenun corak tapak catur. Wanita memakai Baju Kurung dan kain sarung songket

Baju Bodo dari daerah Bugis dibuat dari kain organza dan dipadankan dengan kain tenun corak t a pa k ca tu r benang emas

Baju Sikap berkolar tinggi dipadankan dengan Baju Melayu songket d an t en gk o lo k sedondon

Lelaki menggayakan pakaian adat masyarakat Banjar yang dilengkapi dengan samping songket dan tengkolok. Wanita menggayakan pakaian adat masyarakat Bugis iaitu Baju Bodo dengan kain sarung tenunan Bugis

Kebaya Labuh songket bunga tabur, bertali pinggang dan pending, diperindah selendang sutera

http://kebudayaan.kpkk.gov.my Selangor

Lelaki memakai baju moden corak tapak catur dipadankan dengan samping lepas dan tengkolok. Wanita berbaju Kebaya Labuh potongan moden berhias tampalan bunga labuci Pakaian tradisional lelaki Cina yang diubahsuai menggunakan fabrik satin dan broked Cina

Baju Kebaya Pendek renda merah cili, potongan moden yang diserikan selendang sifon hitam bersulam benang emas. Kainnya dari satin berbelah depan

Baju Kebaya Labuh merah cili potongan moden, dipadankan dengan kain bercorak tapak catur

Lelaki memakai Baju Melayu longgar dari kain sutera bertabur. Wanita berbaju potongan Teluk Kuantan yang dipermodenkan, dipadankan dengan kain ketat satin

esuai dengan status dan terdiri dari bandaraya Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Wilayah Persekutuan menyaksikan kepelbagaian pakaian masyarakat Malaysia. Meskipun dimeriahi dengan masyarakat majmuk yang dikelilingi arus pembangunan pesat dan menjadi kebanggaan Malaysia, namun pakaian tradisional masih kekal segar diwarisi masyarakatnya sehingga ke hari ini. Bagi kaum Melayu, busana Melayu tradisional seperti Baju Kurung Teluk Belanga, Baju Kurung Cekak Musang dan Baju Kebaya tetap anggun dan megah dipakai. Pakaian masyarakat Cina pula diilhamkan dari baju Samfoo dan Cheongsam, masyarakat India dengan Sari dan Kurta.

Lelaki India menggemari Kurta Pyjama dan ves bersulam

Baju Punjabi menampilkan baju labuh dipadankan dengan seluar longgar dan selendang panjang sifon

Baju Kebaya Pendek dari kain satin bersulam benang sutera Cina. Potongan moden yang dipadankan dengan kain ketat bercorak tapak catur

Baju potongan Teluk Kuantan yang dipermodenkan, dipadankan dengan kain ketat satin

Baju Melayu Cekak Musang bercorak bunga tabur dipadankan dengan kain samping sutera tenun

Baju Cheongsam moden pendek beserta kain ketat dari sutera Cina bewarna oren sedondon

Pakaian lelaki Cina, Samfoo dan seluar dari sutera dan satin

Baju Kebaya Labuh bers u l a m m o t i f bunga dipadankan dengan Baju Kebaya Pendek dikain batik padankan dengan kain corak sarung jalur berdiri dan diserikan dengan selempang

Pakaian Samfoo satin merah yang t e l a h d i ub ah sua i berlengan pendek dipadankan dengan seluar hitam

http://kebudayaan.kpkk.gov.my W. Persekutuan

Pengantin lelaki memakai Jubah Labuh dari kain broked, sibai bertekat dan hiasan kepala t a r b u s berhias tajuk mahkota. Pengantin perempuan b e r b a j u k u r u n g broked dan kain songket, siba layang dari baldu b e r t e k a d benang emas, manik dan labuci. Hiasan kepala

Baju Kebaya Labuh potongan moden dipadankan dengan kain berbelah depan Lelaki memakai Baju Kurung potongan moden dengan samping dan ikat kepala. Wanita pula memakai Baju Kurung Teluk Belanga sutera yang dipadankan dengan kain sarung tapak catur

Baju Panjang Nyonya dari kain les dan memakai Baju Kecik kolar tinggi. B a j u panjang dipadankan dengan kain batik gerus dan sapu tangan batik Jawa Lelaki Chettiar memakai jaket putih polos berkain pelikat dan berselempang serta bersongkok Jawa yang diubahsuai

Baju Panjang N y o n y a dipakai dengan Baju Kecik dan kain batik sarung

ika setiap kaum mempunyai identiti pakaian yang tersendiri, maka negeri Melaka tempat terhimpunnya budaya pelbagai kaum. Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan kosmopolitan di abad ke-15 menerima bukan sahaja barangan emas, tetapi bahan tekstil seperti sutera dan broked juga mendapat perhatian. Busana tradisional masyarakat Melaka amat unik dan menarik kerana pengaruh dari Portugis, China, India juga dari Kepulauan Melayu. Pakaian Baba dan Nyonya menyerlahkan pertembungan budaya Melayu dan China bermula semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan lagenda Puteri Hang Li Po.

Baju Kebaya Panjang dari kain les dan Baju Kecik juga dipadankan dengan kain batik lazim n ya dari Perkalongan

W a n i ta C h e t ti a r menggayakan Baju Kebaya sulam kasa dan kain batik wiron serta berselendang

Baju Kebaya L a b u h K u n i n g polos berkerongsang tiga dipadankan d e nga n kain batik dan selendang renda putih bers u l a m b e n a n g emas

Baju Melayu Teluk Belanga yang s u d a h dipermodenkan, digandingkan dengan samping corak geometrik dan bengkung

Baju Kebaya Labuh biru dipadankan dengan selendang panja ng renda hitam keemasan

Baju Melayu Cekak Musang dipadankan dengan kain samping ikat pancung, bengkung dan tengkolok ikatan kreatif

Lelaki memakai Baju Sikap sebagai pakaian pembesar dilengkapi samping dan tengkolok broked. Wanita pula berbaju Kurung Teluk Belanga broked yang dipadankan dengan kain sarung satin. Dada dihiasi sibar layang dari baldu bertekad manik dan labuci. Kepala memakai sanggul lintang http://kebudayaan.kpkk.gov.my Melaka

Baju Kurung Cekak musang broked corak berbunga dipadankan dengan kain s o n g k e t o m b a k mengalun.

Baju Melayu Teluk Belanga fabrik broked dipadankan dengan samping bercorak tapak catur, bersongkok dan bercapal.

Baju Kurung Cekak Musang fabrik sari satin hijau pucuk pisang dipadankan dengan kain ikatan ombak mengalun dan selendang renda.

Baju Melayu Cekak Musang corak tapak catur, dipadankan dengan samping dan bengkung songket.

Lelaki berbaju Melayu Teluk Belanga broked ungu terung, dipadankan dengan songket sutera tenun. Wanita berbaju Kurung Cekak Musang baldu, berkain songket ombak mengalun dan berselendang renda.

EDUDUKAN Johor sebagai pusat perdagangan menyaksikan percikan pengaruh luar seperti dari Bugis, Minangkabau, Aceh dan Jawa bergabung menjadi teras budaya berpakaian Kerajaan Melayu Johor-Riau. Reka bentuk Baju Melayu Teluk Belanga dan cara memakai samping dagang luar dan dagang dalam menonjolkan ciri-ciri khas gaya berbusana Melayu Johor. Kepelbagaian fabrik termasuk sutera dan kain benang emas dari Cina, kain bugis dan tenunan Bugis, kain Samarinda dari Kalimantan Timur, belacu, baldu, kain cindai, serasah dan kain dewangga yang datang dari Parsi, India dan Arab. Ciri-ciri Islam pula terserlah dalam hampir semua unsur budaya, baik dari penggunaan istilah, bahan-bahan, jenis atau pola pakaian.

Baju Melayu Teluk Belanga songket bunga dipakai kain penuh dengan

berdagang

dalam. Lelaki menggayakan Baju Melayu Teluk belanga fabrik geriamut hijau lumut, bersamping kain sutera tenun dan bercapal. Wanita berbaju Kurung Teluk Belanga songket bunga tabur dan kain berdagang luar, berhias sibai baldu dan dokoh.

B a ju Kurung k a in organza dipakai lengkap dengan sarung dan kain berdagang luar dari songket. Di bahu berhias sibai dari songket juga.

Baju Kurung Teluk Belanga hijau

kenari digayakan dengan kain

sarung songket bercorak bunga penuh.

Baju Kurung Teluk Belanga coklat bercorak bunga tabur, digayakan dengan kain sarung songket ikatan ombak mengalun dan selempang penuh diserikan dengan dokoh.

Baju Melayu Cekak Musang songket corak berjalur berdiri benang perak. Dipakai dengan samping songket dan bengkung.

http://kebudayaan.kpkk.gov.my Johor

Kebaya Labuh sutera tenun jalur rebung, dipadankan dengan fabrik sutera tenun tapak catur dan kepala jalur berdiri. Baju Melayu Cekak Musang tenunan Terangganu, corak jalur berdiri benang emas. Potongan klasik pakaian diraja pada masa dahulu.

B a ju Kurung Teluk belanga digayakan dengan kain corak tapak catur ombak mengalun dan selendang organza.

Lelaki menggayakan Baju Sikap dan Baju Melayu Cekak Musang. Wanita berbaju Riau Pahang, berkain sutera tenun jalur dan selendang renda.

Baju Riau Pahang juga digelar Baju Turki. Dibuat dari kain tenun corak jalur berdiri dan kain sarung melintang. Bahagian depan dipasangkan 7 butir butang melambangkan pakaian bangsawan.

Baju Kebaya Pendek potongan klasik dibuat dari kain tenun corak pucuk rebung berdiri. Kain sarung tenunan tapak catur.

IAU dan Pahang dua buah negeri yang berjauhan namun Bajau Riau Pahang menyingkap pertalian sejarah antara kedua negeri tersebut. Perhubungan politik dan sosio budaya yang terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan terciptanya potongan pakaian Baju Riau Pahang yang dikenali juga sebagai Baju belah atau Baju Kebaya Turki. Potongan baju ini begitu unik dan istimewa. Berbeza dengan pesak Baju Kurung, kedua-dua bahagian tepi baju berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Baju berkolar tinggi ini amat menarik sekali dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang. selain Baju Riau Pahang, Baju Pendek Teluk Kuantan dan Baju Kebaya Pendek juga digemari kaum wanita. Kaum lelaki pula segak berbaju Melayu Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang.Ada juga gemar menggayakan jaket pendek dipanggil Baju Cina atau Baju Pesak Sebelah. Kain Sutera tenun corak jalur sering digunakan dalam busana tradisional Pahang ini.

Wanita menggayakan Baju Kurung Teluk Belanga, kain s a r u n g o m b a k mengalun dan kain kelubung dari tenunan corak tapak catur.

Baju Teluk K u a n t a n r e k a a n m o d e n . Leher cekak musang dan b a d a n potongan k e b a y a m o d e n . Dipadankan dengan kain batik sarung. Baju Teluk Kuantan, rekaan moden. Lengan lebar dan leher potongan Cekak Musang. dipadankan dengan kain batik sarung atau kain moden berbelah depan. Lelaki berbaju Melayu Cekak Musang, bersamping songket sutera tenun. Wanita berbaju Kurung Cekak Musang ungu terung dan kain ombak mengalun, berhias selendang. Dipakai dengan kain sarung sutera Thai corak jalur lintang dan kaki bunga penuh.

Baju Riau Pahang songket penuh ungu b e r k a i n songket selisih diperindah dengan dokoh dan selendang.

Baju Kebaya Labuh corak penuh. klasik bunga Potongan dipadankan kain Baju Melayu Teluk Belanga corak jalur berdiri, corak yang lazimnya dipakai oleh keluarga diraja negeri Pahang.

dengan

sarung songket.

http://kebudayaan.kpkk.gov.my Pahang

Pakaian Pak Yong di dalam Dramatari Melayu Mak Yong ditarikan sejak 400 tahun dahulu sebagai hiburan di istana. Pada masa dahulu pakaiannya terdiri dari baju sempit dan seluar dibuat dari kain satin, yang dipadankan dengan kain samping labuh dan dikemaskan dengan tali pinggang. Bahagian dada dihiasi sibar layang atau la dari manik-manik halus berwarna-warni seperti kolar baju layang. Perhiasan kepala dibuat dari baldu membentuk mahkota berhiaskan batu-batu permata dan memakai sunting malai di telinga.

Pakaian asal Cik Siti Wan Kembang yang diubahsuai. Kain kemban dari broked dan kain sarung lipat didepan serta memakai selendang yang lebih kecil. Lehernya dihiasi dokoh papan memakai hiasan kepala pemeleh dan sunting malai. Lelaki memakai pakaian petani Baju Melayu Cekak Musang, samping kain batik dan kepala dililit kain semutar. wanita memakai Kebaya Kota Bharu dan kain batik lipat wiron.
Lelaki menggayakan Baju Sikap Kelantan fabrik sari sutera, bersamping sutera tenun dan seluar satin kuning kemerahmerahan. Tengkolok ikatan kreatif. Wanita menggayakan Baju Kebaya Labuh renda dan sarung songket serta selendang organza.

Lelaki memakai Baju sikap atau Baju Putera Raja dari kain baldu bersulam benang emas. Kain samping diikat lepas dan memakai tengkolok ikatan garam sebuku. Wanitanya memakai pakaian kebesaran Cik Siti Wan Kembang berkemban jantan, kain sarung ropol di depan dan memakai selendang songket jong sarat sebagai penutup bahu dan dada. hiasan diri ialah gendik, dokoh, tali pinggang dan pending.

EGENDA Cik Siti Wan Kembang, seorang Raja Perempuan yang memerintah negeri Kelantan di dalam kurun ke-17 menyaksikan keindahan pakaian yang tetap anggun dan manis dipakai oleh kaum wanita Kelantan. Menggunakan tiga helai kain, sehelai kain sarung songket dipakai di pinggang, sehelai kain sutera panjang dibelit di dada sebagai kemban, sehelai selendang songket panjang dilampaikan di bahu dan diperindah pula dengan perhiasan gerek seperti cucuk sanggul, dokoh, pending, tali pinggang dan gelang tangan. Budaya busana tradisional tetap terpelihara dan diperhalusi agar sejajar dengan tuntutan agama lalu selendang dipakai menutup kepala. Lelaki pula tampan bergaya dengan Baju Mengan atau Baju Putera Raja dipakai tidak sedondon. Diganding juga dengan seluar Aceh bersama samping Limar berbunga dan bengkungnya Lima Tapak Catur.

Baju Sikap lepas dan pembesar dahulu. Lelaki berbaju Sikap pilihan putera raja daripada fabrik sutera tenun motif tapak catur, dipadankan dengan Baju Melayu Teluk Belanga dan seluar panjang, samping lepas, bengkung serta destar.

dipakai dengan kain bengkung. Pakaian Kelantan di masa

Busana klasik Cik Siti Wan K e m ba n g berkemban jantandan kain limar juga motif teluk berantai. Memakai selendang songket lepas ditenun sarat benang emas motif pucuk rebung dan bunga tanjung. Leher dihiasi dokoh dan memakai tali pinggang, pending serta sanggul berjurai.

Sepasang baju petani rakyat Kelantan. Lelaki memakai Baju Melayu Teluk Belanga corak tapak catur, bersamping kain batik ikat serong dan semutar. Wanita berbaju Kota Bharu, berkain batik selisih dan penutup kepala dari kain semutar

Lelaki memakai Baju Sikap Kelantan butang sebutir sut lengkap dipakai bersama samping ikat lepas dan tengkolok corak tapak catur. Wanita memakai busana Cik Siti Wan Kembang yang direka dari songket sulaman aplikasi. Selendang panjang dari tenunan songket jong sarat. Perhiasan diri ialah mahkota, dokoh dan pending gadang.

Pakaian persembahan Mak Yong yang dimodenkan. Baju kemb a n b r o k e d keemasan dan kain ketat, diperindah dengan siba layang d a n d e n d e k menghiasi dahi. http://kebudayaan.kpkk.gov.my- Kelantan

P a k a i a n l e l a k i Melanau dari s a t i n berwarna g e l a p dipadankan dengan kain s o n g k e t bunga tabur dan pakaian k e p a l a sengkulon dari Jawa.

Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang.

Pakaian pengantin zaman silam Serebaeng atau Bajo Baban ini digayakan wanita Melanau berketurunan Sembilan Pikul. Bajunya dari kain satin atau baldu dan selendang yang dihiasi kepingan perak dan emas. Kain sarung songket jong sarat dan memakai tali pinggang serta pending.

Wanita orang Ulu banyak menggunakan manik dan labuci sebagai penyeri pakaian. Pakaian ini dibuat dari baldu berhias labuci motif aso dan naga. Subang telinga iseng dari tembaga bagi melanjutkan telinga yang menjadi kebanggaan bagi wanitanya.

Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik. Kepala memakai set apok t unjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi.

Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragamhias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragamhias pasa pakaian membentuk motif-motif etnik samada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya. Baju Melayu Cekak Musang merupakan pakaian tradisional bagi lelaki Melayu. baju ini dipadankan dengan samping songket tenunan Sarawak. Wanita Melayu pula memakai Baju Kurung dan kain sarung songket serta tudung kerengkam. Lelaki Melanau pula memakai baju satin hitam yang digandingkan dengan samping broked dan hiasan kepala kopiah Jawa. Wanitanya memakai Bajau Baban lengan lebar berwarna hitam dan kain songket Sarawak serta hiasan diri dari emas dan perak juga.

Lelaki Iban memakai Baju Burung iaitu jaket tenunan motif Iban dan sirat atau cawat dari kain tenun kasar dan puncanya dihiasi tenunan bercorak. Memakai ikat kepala dari kain tenun dan tali pinggang perak. Wanita memakai skirt atau bidang tenun Pua. Bahagian atas memakai baju kecil atau kemban dan dilindungi dengan marek empang dari manik. Hiasan diri sarat barangan perak seperti tali pinggang, rawai dan sudu tinggi.
Lelaki Iban memakai jaket bulu kambing atau harimau bintang dipadankan dengan sirat kain tenun, pakaian kepala ketapu berhias perak dan bulu kenyalang. Wanita memakai pakaian istiadat lengkap, bidang, selampai yang disilangkan di dada dan marek empang. Perhiasan diri barangan perak, rawai, ringgit gobeng dan sugu tinggi.

Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul.

Pasangan Melayu Sarawak mengga yakan pakaian tradisional. Lelaki berbaju Melayu Cekak Musang dan bersamping songket. Wanita berbaju Kurung Teluk Belanga, kepala dihiasi selayah diserikan selempang sarung di bahu.

Pasangan Orang Ulu. Lelaki memakai kulit kambing sunong dan cawat satin serta perhiasan kepala daripada bulu kenyalang. Wanita menggayakan ta'ah baldu merah berhiaskan labuci motif aso dan naga.

Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul.

Lelaki orang Ulu menggayakan sunong dan bah berhias manik serta perhiasan kepala daripada bulu binatang dan anyaman manik. Wanita Orang Ulu menggayakan busana dipanggil basung dan ta'ah berhias labuci dan hiasan kepala lavung indu.

Pakaian lelaki Bidayuh. Jaket daripada kulit kayu jipo Boyuh dipadankan dengan cawat berlatarkan warna biru, merah dan hitam. Lazimnya lelaki Bidayuh memakai baju berlengan panjang dan seluar berwarna hitam dan menyarungkan jipo di sebelah luarnya. http://kebudayaan.kpkk.gov.mySarawak

Wanita Orang Ulu menggayakan pakaian tradisi lengkap dengan topi hiasan kepala. Pakaian trad i s i o n a l Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan moden bers a m p i n g broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.

Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalan ya ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak.

Pakaian Bayuh Borih atau bomoh w a n i ta d i g a ya k a n s e m a s a Kumang Gawai. Jipo dan bidang dari kain baldu atau satin dihiasi labuci dan manik. Memakai sipiah sebagai hiasan kepala dan tali pinggang gobeng dari untaian syiling-syiling.

Wanita Melayu S a r a w a k menggayakan Baju Kurung broked, sarung songket bunga tabur, selayah kerengkam dan selempang songket.

Wanita Orang Ulu m e n g g a ya k a n pakaian tradisi lengkap dengan topi hiasan kepala.

Pakaian tradisional lelaki Orang Ulu yang menggayakan jaket sunong dan cawat bah berhias manik dan tali berwarna-warni penyeri tangan dan kaki. Perhiasan kepala lavung kirieng d a ri ma ni k be rh i as b ulu kenyalang.

http://kebudayaan.kpkk.gov.mySarawak

Baju Kurung sutera corak bunga tabur dipadankan dengan kain moden potongan tindih kasih. Hiasan dada tekuk leher bersulam dan p e n u tu p kepala ikan broked

Pakaian wanita Minangkabau dari broked yang diberikan sentuhan baju moden masih menggunakan tekuk leher. Dipakai dengan kain sarung songket bunga penuh ikatan ombak mengalun Baju Sikap baldu hitam berhias renda emas dipadankan dengan samping songket sarat dan destar

Lelaki memakai pakaian adat pembesar Minangkabau atau Aceh. Baju berwarna hitam dihiasi sulaman benang emas di leher dan lengan. Celana berkaki lebar, sisamping kain tenun sutera dan destar atau saluak. Wanita memakai Baju Kurung bersulam benang emas motif buluh rebung, tekuk leher baldu bertekat dan penutup kepala 'tengkuluk'

Pakaian adat berasal dari Sumatera Barat. Lelaki berbaju Kurung Cekak Musang, samping ikat pinggang dan destar. Wanita memakai Baju Kurung bersulam, kain sarung dan tekuk dada serta pakaian kepala 'tengkuluk'

Budaya Minangkabau terserlah indah pada busana tradisional Negeri Sembilan. Sejarah asal usul kaum Minang di Negeri Sembilan yang berhijrah dari Pagar Ruyung pada kurun ke-15 di zaman kesultanan Melayu Melaka memungkinkan adat istiadat dan budaya berpakaian dari Sumatera Barat kekal segar dalam masyarakat Negeri Sembilan sehingga kini. Pakaian lelaki menyerupai Baju Sikap yang dipakai sebagai sut berlima mengandungi baju atau jaket sederhana labuh, baju di dalam, berseluar dipadan dengan samping dihias pula dengan tengkolok. Kaum wanita pula berbaju Kurung Teluk Belanga dan berkebaya labuh dipadan pula dengan kain sarung. Bagi wanita bangsawan berketurunan Minangkabau pula, pakaiannya dari kain baldu bersulam benang emas bertatahkan labuci. Sarungnya pula dari kain songket penuh tenunan dari Pandai Sikek atau dari Batu Bara di Sumatera.

Baju Sikap yang lazim dipakai oleh bangsawan dan pembesar Negeri Sembilan dahulu. Dilengkapi dengan samping, bengkung dan destar corak tapak catur dan samping songket jong sarat Baju Kurung Cekak Musang sutera bunga tabur dipakai selengkapnya bersama kain samping, bengkung dan tengkolok ikatan Dendam Tak Sudah

Pakaian upacara pembesar dari Sumatera Barat. Baju Kurung Teluk Belanga tenunan sutera dan songket sarat ikatan pembesar

Baju Kurung satin bersulam benang emas atau perak. Pakaian asal wanita Minangkabau dan Palembang yang dipadankan dengan kain songket. Tekuk leher dari baldu bertekat benang emas dan penutup kepala Baju Kurung Cekak Musang p aka ian a da t N e ger i Sembilan dari songket jalur berdiri. Pakaian ini diperlengkap dengan samping bunga penuh dan tengkolok ikatan Dendam Tak Sudah

Baju Kurung Moden dipadankan dengan tekuk leher dari songket berhiaskan rerambu benang emas. Penutup kepala dari kain broked diperindah dengan benang emas juga

Pakaian lelaki biasa dari keturunan Minangkabau. Baju leher berbelah tanpa k a n c i n g , samping kain tenun dan celana besar bagi pergerakan ya n g cepat

http://kebudayaan.kpkk.gov.myN. 9

Baju Kebaya Sulam dari kain kasa yang digayakan dengan kain batik sarung. Baju ini lazimnya disulam dengan motif bunga cempaka sulaman tebuk terus dan dipakai dengan kerongsang berantai

Baju Kebaya Sulam tebuk terus yang dipadankan dengan kain dan selendang batik. Sulaman motif bunga -bunga yang indah melambangkan kemahiran wanita Nyonya dalam kerja tangan ini

Lelaki memakai Baju Melayu Cekak Musang dan samping songket jalur berdiri. Wanita berbaju Kebaya Sulam dan kain batik

Kebaya Sulam motif bunga kekwa dipadankan dengan kain batik blok motif bunga kekwa juga. Kebaya jarang yang dulunya dipakai dengan anak baju atau Baju Kecik di sebelah dalam

Lelaki memakai pakaian Kaum Melayu Peranakan dan wanita memakai Baju Panjang dan Baju Kecik pakaian tradisional kaum Nyonya

Pulau Pinang negeri yang kaya dengan warisan sejarah ini mempamerkan percikan pengaruh budaya yang diterima. Sejarah juga menyaksikan orang-orang asing seperti dari China dan India sebagai pedagang dan mencari kehidupan. Sehingga ke hari ini suasana budaya dan adat tradisi masyarakat Pulau Pinang dimiliki oleh tiga kaum terbesar di Pulau Mutiara itu iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu terkenal dengan Baju Kebaya Labuh dan Baju Kurung dan kaum lelaki memilih Baju Melayu Cekak Musang. Kaum India pula dengan jaket dan baju dalam yang dipadankan dengan kain pelikat dan topi dan kaum wanitanya memilih Baju Kebaya Labuh atau Baju Kebaya Pendek Bersulam. Kaum Cina pula dengan Samfoo dan Cheongsam manakala golongan Baba lebih senang memakai Samfoo yang dipadan dengan seluar dan Nyonya Pulau Pinang lebih menggemari Baju Kebaya Pendek berkain batik ataupun berkebaya Labuh Nyonya.

Lelaki memakai pakaian cara barat yang dipadankan dengan kain samping dan tarbus, pakaian yang digemari oleh Melayu Peranakan. Wanitanya memakai Baju Kebaya Sulam dengan kain batik dan selendang, pakaian yang digemari oleh kaum Nyonya dan Chettiar

Pakaian lelaki Melayu Peranakan dari Pulau Pinang, Baju Kot yang dipadankan dengan seluar pantaloon, kain sarung pelikat serta tarbus Arab atau songkok

Baju Kebaya Labuh dari kain satin disulam tebuk motif bunga cempaka dipadankan dengan kain batik sarung

Baju Kebaya Sulaman motif bunga yang dipakai bersama anak baju. Kain sarung motif fantasi bunga-bungaan

Baju Panjang Nyonya dari kain kasa dipakai dengan anak baju atau Baju Kecik. Baju ini dipakai dengan kain tenun Terengganu corak Pahang atau corak tapak catur bunga tabur

Lelaki Cina memakai pakaian bangsawan Cina. Bajunya besar dipadankan dengan seluar yang dibuat dari kain satin hitam atau putih

Pakaian Nyonya muda dari Pulau Pinang, Baju Kebaya Sulam dan kain batik sarung motif pohon bunga matahari dan kakinya bunga menjalar http://kebudayaan.kpkk.gov.myP.Pinang

Kebaya pendek kain baldu dipadankan sarung ketat warnawarni menggunakan teknik ikat celup. Memakai kain kelubung selendang lepas.

Kebaya Labuh bercorak bunga kecil bersulam benang k e e m a s a n dipadankan dengan selendang renda.

Baju Melayu Cekak Musang sutera corak jalur berdiri ikat c e l u p dipadankan dengan kain s a m p i n g songket.

Baju Kebaya Labuh kain kasa berbunga dipadankan dengan batik Terengganu corak berbunga. Baju moden berkolar tinngi dipadankan dengan seluar yang asalnya disebut sebagai seluar pembesar. Pakaian dilengkapi dengan selempang leher yang juga digunakan sebagai ikat pinggang.

Lelaki memakai Baju Melayu berbelah depan dipadankan dengan samping songket dan tengkolok. Wanita memakai Baju Kebaya potongan lama dari broked Cina dan sarung songket Terengganu.

Terengganu sebuah negeri di Panatai Timur, terkenal dengan pembuatan songket selain dari kaya dengan hasil laut juga perusahaan logam seperti tembaga dan perak. Di sinilah berhimpunnya seniman-seniman Melayu dahulu yang mencurahkan kreativiti dan kemahiran dalam menghasilkan kraftangan orang Melayu yang amat membanggakan. Pada masa dahulu lelaki dari Terengganu memakai Baju Melayu Teluk belanga yang lebih pendek dari sutera Cina atau kain tenun yang dilengkapi dengan samping limar songket atau kain tenun Bugis. Wanitanya memakai Baju Kurung berpesak kembang dari kain sutera Cina atau kain tenun Terengganu berjalur benang emas atau bunga tabur. Selain dari itu terdapat juga pemakaian Baju Melayu Cekak Musang bagi lelaki dan Baju Kebaya bagi wanita.

Baju Kurung corak bunga bertabur yang dipadankan dengan kain sarung songket cerah motif teluk berantai ikatan ombak mengalun. Pakaian ini dilengkapi d e n g a n selendang kain renda yang digunakan juga sebagai penutup kepala.

Baju Riau Pahang juga dipakai oleh keluarga diraja Terengganu pada masa dahulu. Wanita ini memakai Baju Riau Pahang leher sejari dari songket Terengganu dipadankan dengan kain satin potongan moden.

Lelaki berbaju Melayu Teluk belanga cara Terengganu, bersamping songket dan berbekung. Wanita berbaju Kurung Teluk Belanga songket bunga tabur serta berselendang.

Baju Melayu yang dipakai oleh lelaki Melayu di Terengganu sejak dahulu dipadankan dengan kain samping pelikat berdagang luar.

Baju Melayu Cekak Musang satin dipadankan dengan ikatan kreatif. Dahulu menjadi pakaian anak-anak raja yang diperlengkap dengan bengkung dan tengkolok

Baju Kurung Teluk Belanga potongan moden diperbuat dari kain sari. Kain sarung dipakai cara tindih kasih.

Potongan Baju Riau Pahang or gan za hi jau serin di t dipadankan kain kembang bercorak tapak catur http://kebudayaan.kpkk.gov.myTerengganu

Lelaki memakai jubah labuh Ming moden dari satin dan wanita memakai Baju Shanghai yang berbelah di depan.

Wanita memakai potongan Baju Shanghai yang lebih moden berkolar tinggi lengan besar dan skirt labuh dari kain satin bersulam.

Lelaki memilih Samfoo putih polos satin dan bertopi. Wanita m e ng g a ya k a n Ch e o ng sam moden dari sutera Cina berwarna hijau yang dikenali juga sebagai baju Hong Kong.

Pakaian tradisi pasangan Cina yang diubah suai

Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan. Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragamhias benang emas dan perak.

W a n i t a m e m a k a i Samfoo dan seluar ya n g dibuat dari kain broked benang sutera. Pakaian yang digemari w a n i t a separuh umur.

Pakaian lelaki Bangsawan, Baju Makua daripada broked Cina.

Sepasang pengantin menggayakan busana tradisional pengantin yang tampak mewah menggunakan fabrik broked Cina dan sutera serta lengkap perhiasan kepala.

Sepasang Samfoo daripada fabrik satin Cina yang ditenun dengan motif-motif melambangkan kesejahteraan.

Pakaian seni persembahan. Lelaki memakai Samfoo dan seluar longgar dari kain satin manakala wanita memakai Baju Shanghai dan skirt kembang juga dari kain satin.

Wanita memakai Cheongsam moden labuh dari kain sutera Cina berwarna merah dan ditenun dengan motif-motif mewah.

http://kebudayaan.kpkk.gov.myBusana China

You might also like