You are on page 1of 10

PENGENALAN LinkedIn

LinkedIn adalah network profesional terbesar di dunia dengan jumlah anggota seramai lebih daripada 53 juta pengguna dan sedang berkembang dengan pesat. Selain itu, LinkedIn juga dapat mempertemukan antara pengguna dengan pengguna lain yang dipercayai untuk samasama saling membantu bertukar idea, pengetahuan, maklumat, nasihat, cadangan, pencarian pekerjaan, pengiklanan kerja dan sebagainya. Untuk mewujudkan akaun di linkedIn, pengguna perlulah berusia di atas 18 tahun dan hanya dibolehakan memiliki satu akaun sahaja. Bukan itu sahaja, LinkedIn adalah jaringan sosial yang berorientasi perniagaan, terutama digunakan untuk jaringan profesional. LinkedIn juga, menghubungkan golongan profesional di seluruh dunia dan ia lebih ke arah pengguna profesional. Dimana pengguna dapat memisahkan antara jaringan sosial peribadi dengan profesional. Antara kelebihan LinkedIn kepada pengguna adalah : Dapat membangunkan jenama (brand) secara professional. Dapat mewujudkan jaringan dengan golongan professional di seluruh Negara. Dapat membantu memasarkan perniagaan dengan baik melalui iklan antara sesama pengguna. FUNGSI LinkedIn 1. Dapat menemukan (invite) seorang pengguna dengan memberikan idea Melalui jaringan LinkedIn ia dapat membantu pengguna menyelesaikan masalah dengan menemukan rakan tersebut dengan rakan yang dapat membantu

menyelesaikan masalah. Di mana pengguna boleh menyelesaikan masalah dengan meminta pendapat, nasihat serta bertukar idea dan berbincang secara online.

2. Penubuhan Kumpulan (Group) Selain pengguna saling berhubung dengan rakan, pengguna juga boleh menubuhkan kumpulan untuk berbincang, berkongsi maklumat, idea di dalam kumpulan perniagaan yang sama atau sebagainya. Penubuhan group ini kebiasaannya mereka akan menyebarkan maklumat, iklan mengenai perniagaan. Bukan itu sahaja linkedIn juga boleh memudahkan pengguna interkasi secara personal atau secara kumpulan kerana di LinkedIn mempunyai aplikasi like, comment, follow dan lain-lain.

3. Dapat menghubungkait dengan jaringan sosial yang lain. Linkedin juga dapat menghubungkait dengan rangkaian facebook dan twitter yang mana maklumat dapat disampaikan melalui rangkaian tersebut. Malahan juga, pengguna boleh membuat akaun LinkedIn di rangkaian facebook.

4. Dapat membangunkan Profil secara Profesional Memberi kemudahan kepada pengguna untuk membuat dan mengawal online profil secara sendiri serta ia juga mampu mengawal maklumat dengan sendiri. Malahan pengguna juga diberi peluang untuk memperkenalkan latar belakang diri seperti lulusan akademik, kemahiran, pengalaman untuk mencari pekerjaan yang sesuai di sesebuah syarikat. Dengan adanya LinkedIn, pengguna didedahkan untuk berhubung secara profesional dengan mudah kerana melalui LinkedIn seseorang pengguna berpeluang untuk mempromosikan siapa diri mereka, kelulusan akademik, kemahiran yang dimiliki dan jenis pekerjaan serta minat pengguna itu sendiri.

5. Dapat berhubung dengan rakan dan keluarga Dunia maklumat yang berlaku dengan pesat mampu diperbaharui melalui LinkedIn. Hal ini kerana dengan LinkedIn , pengguna dapat update maklumat diri, lokasi tempat tinggal, pekerjaan, dan sebagainya. Bukan itu sahaja, pengguna juga tidak akan ketinggalan dalam mengetahui maklumat rakan yang lain dengan cepat.

6. Dapat membantu pengguna mencari pekerjaan Selain itu, LinkedIn juga memudahkan pengguna untuk mencari pekerjaan kerana adanya future jobs yang mengiklankan pelbagai jenis pekerjaan kepada pengguna. Hal ini kerana LinkedIn boleh mencadangkan beberapa perniagaan yang diingini serta mendapatkan maklum balas daripada perniagaan yang telah dicadangkan.

BAGAIMANANA UNTUK MENGGUNAKAN LinkedIn Terdapat beberapa langkah bagaimana untuk menggunakan linkedIn dengan mudah. Antara langkah-langkahnya adalah seperti di berikut : Langkah 1

Melawat ke laman web linkedIn iaitu

Sebelum menyertai linkedIn perlu mempunyai email yang sah untuk mendaftar masuk.

Seterusnya, isi nama mula, nama akhir, email dan kata laluan untuk mendaftar

Langkah 2

Membuat profil linkedIn dengan mengisi beberapa maklumat seperti maklumat diri, pendidikan, pengalaman, kemahiran, ringkasan mengenai perniagaan dan lain-lain.

Langkah 3

Pada langkah ini adalah untuk menambah rangkaian dengan mencari sambungan email dan invite kenalan.

Langkah 4 Mengesahkan akaun email yang digunakan untuk membuat profil pautan yang disediakan.

Langkah 5 Setelah mengemaskini kesemua maklumat profil seterusnya adalah untuk membina jaringan (network) yang terdiri daripada elemen contact, add connection, find alumni. Yang mana ia merupakan elemen yang penting sebagai penghubung antara pengguna dengan pengguna yang lain.

Contact

Add Connection

Find alumni

Langkah 6 Rangkaian JOBS ini membolehkan pengguna mencari kerja dan membuat permohonan jawatan kosong yang ditawarkan oleh syarikat.

Langkah 7 Rangkaian Interest mengandungi komponen companies, group, pulse, education. Kesemua elemen dalam interest sangat bermanfaaat kepada pengguna kerana ia memberi faedah dalam memudahkan pengguna mewujudkan perhubungan secara kumpulan yang dapat digunakan untuk melihat pekerjaan baru yang ditawarkan oleh syarikat, dapat bertukar idea, pengetahuan bersama pengguna dalam kumpulan yang diwujudkan.

Companies

Group

Pulse

Education

Langkah 8 Rangkaian Business Services terdiri daripada komponen Post A Job, Talent Solution, Advertise. Rangkaian ini menyediakan faedah yang boleh digunakan oleh pengguna untuk mengiklankan jawatan kosong, memperagakan bakat dengan memperkenalkan mengenai diri mereka dengan cara mengiklankan profil diri sendiri serta dapat membantu mencari
pelanggan baru untuk perniagaan yang diiklankan.

Post A Job

Talent Solution

Advertise

LinkedIn DAPAT MEMBANTU ORGANISASI (edit untuk ini)~miza dan aween Umumnya sudah mengetahui bahawa definisi LinkedIn ini khususnya merupakan rangkaian laman web sosial yang berorientasikan perniagaan di mana kebanyakan pengguna menggunakan untuk berhubung dengan rakan-rakan perniagaan, pelanggan dan bekas rakanrakan di serata dunia. Tetapi adakah dengan menggunakan LinkedIn ini mampu memberi lebih manfaat yang berguna kepada individu mahupun pihak organisasi. Pada pendapat saya, tidak dinafikan LinkedIn ini mampu memberi beberapa kelebihan penting di mana ia boleh membantu pihak organisasi untuk membentuk rangkaian dengan lebih berkesan . Selain itu, organisasi boleh menggunakan LinkedIn sebagai medium penjagaan trend dan berita dalam sesebuah organisasi. LinkedIn yang merupakan laman rangkaian sosial yang

dilancarkan pada tahun 2003 untuk membantu individu atau organisasi bertaraf profesional khususnya. Selain itu, laman web ini dapat membantu organisasi mencari rakan perniagaan lain, pelanggan, dan rakan-rakan yang sudah dikenali. Individu mahupun organisasi akan membuat penyambungan dengan pihak yang mereka kehendaki melalui laman web ini dan seterusnya menjadi sebahagian daripada rangkaian mereka. Melalui perhubungan yang mudah ini akan membolehkan organisasi membuat akses yang cepat kepada senarai sambungan mereka di mana lebih dikenali sebagai rangkaian lanjutan. Selain itu, LinkedIn dapat membantu organisasi untuk

berkenalan atau merapatkan hubungan silaturahim dengan pihak lain dalam rangkaian lanjutan yang telah diwujudkan sesama mereka. LinkedIn juga telah

menyediakan ciri-ciri lain yang boleh membantu organisasi berkeupayaan untuk menubuhkan dan menyertai kumpulan atau bahagian pekerjaan di mana ahli-ahli boleh mengiklankan jawatan terbuka atau kepada sesiapa yang ingin memohon pekerjaan. Tambahan lagi, pada pendapat saya terdapat lagi beberapa cara yang boleh diaplikasikan oleh pengguna LinkedIn untuk meningkatkan individu mahupun pihak organisasi dalam pelbagai aspek. Antaranya ialah LinkedIn membolehkan anda untuk membuat rangkaian dengan orang ramai dan badan-badan profesional dalam pasaran industri. Ini akan membantu anda sentiasa bersedia dalam situasi trend industri semasa dan berkongsi maklumat dengan orang lain yang terdapat dalam industri tersebut. Selain boleh berhubung dengan mudah dengan pihak lain, menerusi LinkedIn juga pengguna boleh menubuhkan dan menyertai kumpulan tertentu untuk membincangkan idea-idea dan berkongsi berita

tentang isu semasa di dalam industri. rangkaian profesional kepada para pengguna.

Ini adalah cara terbaik untuk mengukuhkan

Selain daripada itu, individu mahupun sesebuah organisasi boleh menggunakan laman sosial LinkedIn sebagai medium untuk bertanya dan menjawab soalan-soalan di mana ia dapat membantu organisasi dalam meningkatkan prestasi dari pelbagai aspek. Dapat

dibuktikan bahawa kebanyakan pengguna yang menggunakan laman web LinkedIn sebagai salah satu laman sosial untuk mendapatkan maklumat khususnya berkaitan pekerjaan. Tambahan lagi, mereka akan mempraktikkan jawapan yang diperoleh melalui LinkedIn ini sebagai sesi pencambahan pemikiran yang terbuka. Ini seterusnya secara tidak langsung seseorang itu atau sesebuah organisasi dapat memperlihatkan kepakaran yang sedia ada kepada para pengguna yang terdapat dalam rangkaian yang sudah terbentuk pada awalnya selain membina kepercayaan para pengguna terhadap reputasi organisasi tersebut. Manakala bagi pihak organisasi pula boleh untuk bertanyakan soalan kepada pengguna yang terdapat dalam rangkaian perhubungan atau berkongsi sesuatu isu mahupun memberi pandangan dengan syarat pihak organisasi menggunakan status profil yang telah dikemaskinikan . Laman sosial LinkedIn ini dapat membantu sesebuah organisasi apabila para penggunanya menggunakan LinkedIn untuk mengetahui lebih lanjut mengenai individu atau organisasi yang akan menjalankan perniagaan dengan mereka. Sebagai contoh, sekiranya pihak pengurusan organisasi ingin membuat temu janji dengan pelanggan yang berpotensi penting, ia boleh dilakukan dengan membuat carian pantas di LinkedIn dan mendapati bahawa individu tersebut juga adalah keluaran universiti yang sama dengan kita. Malahan, kita sebagai pihak organisasi mampu mengetahui beberapa individu yang sama dengan apa yang kita kehendaki. Ini secara tidak langsung mewujudkan permulaan

hubungan yang berharga bersama pelanggan. Organisasi juga boleh menggunakan LinkedIn untuk membantu organisasi berkembang dalam pelbagai aspek di mana salah satunya ialah bagi meningkatkan penglihatan. Melalui LinkedIn, organisasi boleh meningkatkan penglihatan dari segi aspek jenama, produk dan matlamat yang ingin dicapai. Pelanggan tetap mahupun yang berpotensi dan para pembekal juga boleh membuat penyelidikan kecil mengenai sesebuah organisasi untuk melihat jika mereka berminat untuk menjalankan perniagaan dengan kita. Ini sangat berguna jika sesebuah organisasi mempromosikan perkhidmatan atau sesuatu produk kepada perniagaan lain menerusi LinkedIn. Tambahan lagi, organisasi boleh menjalankan

penyelidikan terhadap organisasi lain menerusi laman sosial LinkedIn ini. LinkedIn juga berfungsi melalui cara yang lain di mana organisasi boleh menggunakan laman web ini untuk membuat penyelidikan mengenai persaingan organisasi lain, rakan kongsi yang berpotensi atau pembekal baru yang memasuki pasaran semasa. Seterusnya, organisasi boleh

menggunakan LinkedIn untuk memperkenalkan atau bercerita berkaitan sejarah organisasi. Sekiranya memperkenalkan dengan cara yang betul mengenai sejarah organisasi ini, ia boleh memberikan inspirasi kepada pelanggan atau boleh dikatakan untuk menarik perhatian pelanggan dan pekerja yang berpotensi malahan dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan orang ramai. Aplikasi khas seperti video akan membolehkan sesebuah

organisasi mewujudkan suatu cara dari aspek multimedia sebagai medium komunikasi bersama pengguna lain.

Laman sosial LinkedIn ini juga membantu organisasi dalam aspek pengambilan pekerja di mana ia juga dikenali sebagai job-hunting. Sebagai contoh, jika pihak pengurusan

organisasi sedang mencari ahli kumpulan yang baru atau pekerja baru dengan ketetapan kemahiran dan pengamalan tertentu untuk diambil bekerja dalam organisasi, pihak pengurusan hanya perlu membuka tawaran kerja kosong di LinkedIn atau mencari individu tertentu yang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang dikehendaki. Organisasi perlu memeriksa latar belakang pengguna LinkedIn bagi memastikan mereka berasa senang hati untuk diserap sebagai bakal pekerja dalam jawatan yang ditawarkan. Umumnya, secara tidak langsung sesebuah organisasi akan mendapati bahawa dengan cara begini adalah lebih berkesan daripada kaedah pengambilan tradisional dan juga bergantung pada jawatan yang dikehendaki di dalam industri. Tambahan daripada itu, kebanyakan pengrekrut yang berpotensi boleh menjadikan LinkedIn ini sebagai alat penyelidikan. Sebagai contoh, andaikan seseorang mendapat dua tawaran pekerjaan. Di antara manakah organisasi yang menjadi pilihan utama untuk situasi seperti ini? Dan bagaimanakah sikap majikan dan rakan sekerja yang baru dapat ditonjolkan? Seperti apakah budaya korporat dibentuk dalam organisasi yang telah menjadi pilihan utama individu terbabit? Persoalanpersoalan ini akan membuatkan bakal pekerja berasa ingin tahu berkaitan organisasi yang bakal diceburi pada sesuatu masa tertentu. Laman sosial LinkedIn inilah yang dapat

membantu sesebuah organisasi membentuk prestasi dan imej yang terbaik kepada bakal

pekerja yang menggunakan LinkedIn sebagai medium pencarian pekerjaan dan mengetahui tentang organisasi tersebut.

Untuk bertukar idea, pengetahuan dengan wujudkan group

You might also like