You are on page 1of 19

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER 2012

HBEF 2803

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

NAMA PELAJAR NO. MATRIKULASI

:NOORLI BIN MOHAMAD :730314115367001

NO. KAD PENGENALAN :730314115367 NO. TELEFON E-MAIL :0199314166 :noorlimohamad@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

TERENGGANU LEARNING CENTRE

Pengenalan
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru.Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha.

Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.Antara haiwan yang menjadi aspek penting dalam kalendar Cina adalah seperti tikus,lembu,harimau,arnab,naga,ular,kuda,kambing,monyet,ayam,anjing dan khinzir.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul.Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.

Tarikh perayaan
Sambutan Tahun Baru Cina di Chinatown, London.Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.

Haiwan

Dahan bumi

Tarikh

Tikus Lembu Harimau Arnab Naga Ular

z chu yn mo chn s

19 Februari1996 7 Februari1997 28 Januari1998 16 Februari1999 5 Februari2000 24 Januari2001

7 Februari2008 26 Januari2009 14 Februari2010 3 Februari2011 23 Januari2012 10 Februari2013

Kuda Kambing Monyet Ayam Anjing Khinzir

w wi shn yu x hi

12 Februari2002 1 Februari2003 22 Januari2004 9 Februari2005 29 Januari2006 18 Februari2007

31 Januari2014 19 Februari2015 8 Februari2016 28 Januari2017 16 Februari2018 5 Februari2019

Sejarah Perayaan
Sebelum Dinasti Qin,tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China.

Maharaja pertama China Qi Shi Huanmenukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau keduaduanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Shan menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

Mitos

Puisi Tahun Baru Cina tulisan tangan ditampal pada pintu ke rumah orang, di Lijiang, Yunnan, China.Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nian () ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia.

Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan,bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas.

Sambutan perayaan
Sebelum sambutan bermula,kaum cina mula membeli belah, terutama baju baru, perhiasan rumah, dan hidangan wajib Tahun Baru seperti kuih bulan dan limau mandarin.Menjelang semakin hampir hari Tahun Baru, rumah-rumah akan dihias indah, bertemakan merah dengan tulisan kaligrafi Cina yang mendoakan kemakmuran dan kekayaan di tahun hadapan.

Di malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang mesyarakat harmoni.Hidangan makan malam Tahun Baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran prosperity yang dimakan bersama arak.

PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN

i)

Sebelum Perayaan Pada hari-hari sebelum rumah Tahun Baru, keluarga -keluarga Cina

membersihkan

mereka

secara menyeluruh, kerana mereka

percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu

keluar.Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas dan yang ditulis dalam pepatah bahasa

mengucap

kebahagiaan

kemakmuran

C i n a . A c a r a t e r b e s a r p a d a m a l a m T a h u n B a r u C i n a i a l a h jamuan pertemuan semula. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini.Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas.

ii)

Semasa Perayaan Sempena Tahun Baru Cina,rakyat China juga menggantung tanglong merah yang ditempel tulisan perkataan nasib baik atau gambar dewa kekayaan di de pan pintu untuk menunjukkan hasrat baik orang C i n a . B i a s a n ya p e r k a t a a n N a s i b b a i k m e s t i d i t e m p e l s e c a r a t e r b a l i k . P erkataan terbalik sama dengan perkataan datang dalam bahasa Mandarin, maksudnya ialah nasib baik datang

iii)

Selepas perayaan Selepas perayaan Tahun Baru Cina, keluarga cina akan bersama -sama mengemaskan kembali rumah kediaman mereka sebelum pergi

meninggalkan sanak-saudara mereka.Pada hari kelima belas mereka akan meraikan sebagai Yunxio ji, atau Chap Goh Mei dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine.

Sebelum Tahun Baru


Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar.

Hari pertama
Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

Hari ke-2
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (ki nin) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

Hari ke-3
Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut.Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (ch ku), yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja. 6

Hari ke-5
Di bahagian utara China, ladu ( jiozi) dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" (, p w). Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.

Hari ke-7
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (yan yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung,yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura.

Hari ke-9
Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan (tin gng) di tokong agama Tao.

Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

Hari ke-15
Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yunxio ji atau Chap Goh Meh () dalam bahasa Hokkien.

Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.

Hidangan Tahun Baru

Jamuan pertemuan semula


Jamuan pertemuan semula (tunyun fn) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua.

Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (pinyi: y) sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina nin nin yu y yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun."

Amalan Tahun Baru


Ang pau
Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: hng bo, bahasa Hokkien (POJ): ng-pau; bahasa Hakka: hung bao; , atau , bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.

Jumlah wang dalam ang pau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (, b jn). Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau. 8

Pasar Tahun Baru

Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah.

Bunga api
Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung.

Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletupletup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat.

Larangan mercun
Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun baru, namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun adanya laporan mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau menderita akibat 9

kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka, kerajaan-kerajaan dan pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya atas sebab-sebab keselamatan.

Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namun Beijing menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan undangundangnya tidak selalu dikuatkuasakan. Di kawasan luar bandar pula, mercun masih digemari ramai dan lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai mercun.

Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu, kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan pertunjukan bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun Baru Cina. Pertunjukan seumpamanya juga diadakan di bandaraya-bandaraya dalam dan luar China.

Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura. Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari Thailand untuk memenuhi kehendak diri mereka.

Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika Tahun Baru Cina, terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakkan penduduknya bukan kaum Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara kaum, kecuali di beberapa kawasan metropolitan seperti Jakarta and Medan, di mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup memuaskan.

Pakaian
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.

10

Shou Sui
Shou Sui (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.

Simbol
Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak menyambutnya. Terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yang berputarkan warna merah.

Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara (f), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina (do), atau "terbalik", berbunyi sama dengan (do), atau "tiba". Maka, f do melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan kemakmuran.

Bunga
Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika pasaran tahun baru.

Hiasan Bunga Bunga plum Kumkuat Narcissus Bunga kekwa Buluh Bunga matahari

Maksud melambangkan tuah melambangkan kemakmuran melambangkan kemakmuran melambangkan panjang umur tumbuhan digunakan sepanjang tahun bermaksud tahun yang elok

Ikon dan hiasan


11

Ikon

Makna Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan. Sajian berhias yang memaparkan ikan juga dapat dilihat. Ikan melambangkan

Ilustrasi

Ikan

lebihan atau simpanan tambahan supaya ada lebih untuk hidup pada baki tahun. Ikan berpadu dengan pepatah Cina (ninnin yuy).[10] Yuanbao emas (; jn yunbo) melambangkan wang

Jongkong dan/atau kemewahan. Jongkong berbentuk Yuanbao ini Yuanbao merupakan perantara pertukaran piawaian di China zaman silam. Tanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza daripada tanglung yang digunakan ketika Perayaan Kuih Tanglung Bulan. Tanglung ini berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala terang-terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz dan bentuknya. Hiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun Baru. Perhiasan Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina. Hiasanhiasan lain termasuk gambar Tahun Baru, simpul Cina, keratan kertas dan gurindam. Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi Tarian singa simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina.

12

Cai Shen (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) Cai Shen merupakan dewa kekayaan yang disembah orang agar memperoleh tuah dan berkat pada malam Tahun Baru dalam kepercayaan Cina.

Balik kampung
Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar, apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cina seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak saudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) dan boleh disamakan dengan fenomena "balik kampung" sewaktu masyarakat Melayu menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik kampung, maka timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri.

Rumah terbuka
Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong asing, beraya bersama-sama.

Ucapan
Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah, yang dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: jxing ha).

13

Selamat Tahun Baru


"Selamat Tahun Baru" (Tulisan Cina Tradisional: ; Tulisan Cina Ringkas: ; pinyin: xnnin kuil; Bahasa Kantonis (Yale): snnhn faailohk; bahasa Hokkien (POJ): in-n kh ai-lok) ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat. Namun di bahagian utara China, "gu nin ho" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru.

Gong xi fa cai

Kung Hei Fat Choi di Lee Theatre Plaza, Hong Kong "Gong xi fa cai" (Tulisan Cina Tradisional: ; Tulisan Cina Ringkas: ; pinyin: gngx fci; Bahasa Kantonis (Yale): gnghi faatch ih; bahasa Hokkien (POJ): Kiong-h hoat-chi; bahasa Hakka: Kung hei fat choi), yang diterjemah sebagai "Tahniah dan semoga mendapat rezeki".

Dua aksara pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda, ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat, namun secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk); manakala dua aksara terakhir ditambah sebagai menyentuh idea kapitalisme dan 14

konsumerisme yang makin penting di kalangan masyarakt Cina seluruh dunia. Ucapan ini kerap didengar di kalangan komuniti yang berbahasa Inggeris sewaktu Tahun Baru Cina di beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai komuniti berbahasa Cina yang ketara, termasuk komuniti pendatang Cina yang lama menetap selama beberapa generasi, serta pendatang baru dari tanah besar China, Hong Kong, Macau dan Taiwan, dan pendatang transit.

Ucapan lain
Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru Cina, antaranya boleh dijerit dengan sekuatnya tanpa mengira penerima dalam situasi tertentu. Contohnya, memecah objek ketika tahun baru dianggap tidak bagus, dan jika berlakunya sedemikian " usu png'n" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) diucapkan serta-merta, yang bermakna "semoga keamanan berkekalan tahun demi tahun".

Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanak-kanak, apabila bertukar hadiah, menziarahi tokong, atau ketika melambung ramuan-ramuan yee sang di Malaysia dan Singapura.

Pantang-larang sewaktu perayaan


Tuah baik

Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru. Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.

Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.

Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.

Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.

Nasib Malang ("Tuah buruk")


15

Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".

Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)

Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".

Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)

Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.

Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.

Kesimpulan
16

Kesimpulan yang boleh dibuat dalam perayaan Tahun Baru Cina ialah bergantung kepada kepercayaan mereka yang menganut agama ini. Setiap amalan dan pantang larang mungkin mempunyai maksudnya yang tersendiri. Semestinya setiap perayaan mempunyai maksud serta sejarah yang tersendiri yang menjadi amalan turun temurun sehingga ke masa kini. Amalan tradisional masih lagi diikuti oleh generasi masa kini yang masih mempercayai boleh mendatangkan rezeki serta kekayaan kepada si penganutnya.

RUJUKAN
17

http://akuphobia.blogspot.com/2011/02/selamat-menyambut-tahun-baru-cina-2011.html

http://www.google.com.my/search?num=10&hl=en&site=imghp&tbm=isch&source=hp&bi w=1311&bih=496&q=selamat+tahun+baru+cina&oq=selamat+tahun+baru+cina&gs_l=img. 3..0.3782.11000.0.11719.23.16.0.6.6.0.344.1749.2j7j0j2.11.0.crnk_timediscounta..0.0...1ac.1. eoi9Lj_3dSg

http://malay.cri.cn/621/2009/10/30/123s104801.htm

http://www.scribd.com/doc/57296551/tahun-baru-cina

http://www.scribd.com/doc/53225719/Hasil-Kajian-tahun-baru-cina

http://www.scribd.com/doc/29905525/29589064-PERAYAAN-KAUM-CINA

18

You might also like