You are on page 1of 16

ANATOMI DAN FISIOLOGI

SISTEM TENAGA

ANAEROBIK ALAKTIK
Juga dikenali sebagai sistem tenaga ATP-PC. Sistem ini TIDAK menghasilkan fosfat kerana fosfat disimpan dengan banyaknya di otot-otot manusia. Di dalam otot manusia terdapat ruangan penyimpanan fosfat yang dikenali sebagai fosfokreatin atau Creatine phosphate (Pcr). Fungsi utama Pcr adalah MENYIMPAN fosfat untuk digunakan dalam kadar segera semasa otot bekerja.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, sistem tenaga ini digunakan oleh tubuh badan dalam kadar yang singkat. Pcr TIDAK menjana fosfat dengan sendiri apabila bekalan fosfat habis. Ini bermaksud, apabila bekalan fosfat habis digunakan, tubuh badan akan beralih kepada sistem tenaga kedua.

Sistem tenaga ini sinonim dengan sukan-sukan yang menggunakan fosfat secara maksimum. Antara jenis-jenis sukan yang menggunakan sistem tenaga ini adalah seperti 100m, angkt berat, lompat kijang, lompat jauh, lompat tinggi, lompat bergalah, lontar peluru, rejam lembing, lempar cekera. Namun demikian, terdapat juga beberapa perlakuan pada sukan-sukan yang sinonim menggunakan sistem tenaga anaerobik laktik dan aerobik tetapi tidaklah mempunyai peratus yang tinggi penggunaan seperti sukan-sukan yang menggunakan sistem tenaga ini.

Antara perlakuan dalam sukan yang menggunakan sistem tenaga ini adalah seperti servis dalam permainan bola tampar, servis dalam sukan takraw, smash dalam sukan badminton, menjaring dalam sukan bola baling, melompat bagi penjaga gol bola sepak, bola baling.

Ciri-ciri
Disimpan dalam fiber otot (Pcr) semasa bekerja/penguncupan. Penggunaannya singkat. Tanpa menggunakan oksigen, karbohidrat atau mana-mana bahan kimia dalam tubuh. Penghasilan tenaga (pi) akan berlaku apabila ikatan tiga fosfat (ATP) meletupkan satu fosfat (ADP).

ANAEROBIK LAKTIK
Sistem ini juga dikenali sebagai glikolisis anaerobik. Merupakan sistem tenaga kedua selepas anaerobik alaktik. Penjanaan fosfat sebagai sumber tenaga merupakan tindak balas otot apabila bekalan fosfat habis digunakan pada sistem tenaga pertama (anaerobik alaktik).

Apabila bekalan fosfat di otot (Pcr) habis digunakan, tubuh badan automatiknya akan menggunakan glikogen yang disimpan didalam otot dan hati (yang akan ditukarkan kepada glukosa) untuk menghasilkan bekalan fosfat. Penggunaan glikogen sebagai sumber utama penghasilan glukosa untuk dijadikan fosfat berlaku berperingkat-peringkat.

Sistem tenaga ini TIDAK memerlukan oksigen dalam penghasilan fosfat. Proses pembakaran glikogen untuk menghasilkan glukosa akan menghasilkan asid piruvik. Asid piruvik inilah yang akan bertukar menjadi asid laktik apabila ada kehadiran oksigen (sistem respirasi).

Antara sukan yang sinonim menggunakan sistem tenaga ini adalah seperti 200m, 400m, 800m. Manakala perlakuan yang menggunakan sistem tenaga ini adalah seperti riley dalam sukan badminton, berlari dalam sukan-sukan berpasukan seperti bola sepak, hoki, bola baling, gimnastik (disiplin alat dan lantai).

Ciri-ciri
TIDAK memerlukan oksigen. Tempoh masa 10 saat hingga 3 minit. Menggunakan pembakaran glikogen untuk menghasilkan glukosa (glukosa diperlukan untuk menghasilkan fosfat). Penggunaan sistem tenaga ini menyebabkan kelesuan.

SISTEM AEROBIK
Sistem ini juga dikenali sebagai sistem oksigen kerana menggunakan sepenuhnya oksigen untuk menghasilkan fosfat. Sistem tenaga ini tidaklah sehebat dengan sistem tenaga anaerobik (alaktik dan laktik) namun penggunaannya boleh bertahan untuk jangka masa yang panjang. Tindak balas otot yang mengalami kelesuan otot akan menggunakan sistem tenaga ini.

Penghasilan fosfat dalam sistem tenaga ini akan mengalami 3 proses iaitu glikolisis aerobik, kitaran krebs dan rangkaian pengangkutan elektron. Melalui ketiga-tiga proses itulah penghasilan fosfat untuk membolehkan penguncupan otot dilakukan walaupun dalam kadar yang perlahan.

Jenis-jenis sukan yang sinonim menggunakan sistem tenaga ini adalah seperti marathon, 1500m, 5000m, jalan kaki, sukan-sukan berpasukan seperti ragbi, bola sepak, hoki, bola baling, renang, berbasikal (lebuhraya).

Ciri-ciri
Penghasilan kerja/penguncupan otot perlahan tetapi berlaku dengan tempoh masa yang panjang. Penggunaan oksigen sepenuhnya. Menjana fosfat yang sedikit tetapi tidak berhenti.

You might also like