You are on page 1of 3

Grafik Dalam Pembelajaran

(Oleh: Aminordin bin Che Lah) Dalam bidang pendidikan, penggunaan grafik sebagai media pengajaran telah lama digunakan untuk menyalurkan maklumat (Jamalludin & Zaidatun). Penekanan terhadap penggunaan bahan grafik dalam kaedah pengajaran tradisional bertujuan untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (Yusup). Penggunaan grafik dalam PBK dapat menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang lebih tinggi (Jamalludin, Baharuddin & Zaidatun) sekiranya direka bentuk dengan tepat (Alesandrini). Selain itu, penggunaan grafik sama ada grafik statik atau grafik animasi dalam PBK untuk menjadikan konsep dan idea lebih mudah difahami dan diingat (ChanLin & Chan). Kajian secara intensif penggunaan grafik dalam pembelajaran berlaku antara tahun 1960-an dan 1980-an. Kelebihan maklumat berbentuk imej atau grafik, grafik dan teks berbanding hanya maklumat perkataan apabila dikod dalam memori mengikut Paivio ialah: a. b. Maklumat grafik lebih mudah untuk diingat kembali daripada maklumat perkataan. Kewujudan kedua-dua kod (iaitu grafik dan perkataan) meningkatkan kemungkinan mengingat kembali kerana jika salah satu kod hilang dari memori tetapi satu kod lagi masih ada. Ingatan meningkat apabila grafik dipersembahkan dan digabungkan dengan teks. Maklumat dapat disimpan lebih lama dalam bentuk imej atau grafik daripada maklumat berbentuk perkataan.

c. d.

Penggunaan grafik banyak membantu pemahaman bagi pengajaran berbentuk abstrak yang sukar difahami oleh pelajar (Taylor), konsep yang tidak dapat diterangkan dengan teks (Rozinah), tajuk yang sukar (Gropper) dan memudahkan proses ingat kembali (Alessi & Trollip). Malah Sponder & Hilgenfeld lebih optimis penggunaan grafik dengan berpendapat grafik boleh digunakan untuk menjelaskan hampir sebarang fakta, konsep atau prosedur. Penggunaan grafik membolehkan maklumat disampaikan dengan pantas serta disimpan dalam ingatan untuk tempoh yang lama (Jamalludin & Zaidatun). Kajian turut mendapati grafik lebih baik berbanding teks untuk mengingat konsep konkrit (Rieber). Walaupun penggunaan grafik pada umumnya didapati mampu mempengaruhi pembelajaran, namun penggunaan grafik dalam pengajaran perlu mengambil kira kesesuaian peranan grafik dan objektif yang ingin dicapai. Grafik patut digunakan untuk tujuan pengajaran dan bukan hiasan (Norhashim, Mazenah & Rose Alinda). Grafik akan membantu pembelajaran sekiranya grafik tersebut berkait dan kongruen dengan bahan teks tetapi grafik akan mengganggu pembelajaran dan menjemukan sekiranya tidak berkait dengan teks, terlalu kompleks dan berlebihan, semata-mata perhiasan atau untuk menghasilkan kesan yang menarik (Willowes; Hazen).

Grafik jika dipilih dengan betul dan tepat dapat menambahkan kefahaman dalam pembelajaran berbanding hanya menggunakan teks kerana dalam keadaan tertentu grafik dapat mengurangkan kepayahan membaca teks (Levie & Lentz; Schwier & Misanchuk; Rieber), membantu menumpukan perhatian serta dapat membantu memahami perkaitan antara konsep (Mayer) dan meningkatkan keberkesanan dalam proses pembelajaran (Norhashim, Mazenah & Rose Alinda). Kajian ke atas golongan dewasa mendapati apabila mereka didedahkan dengan grafik yang releven sama ada sebelum atau semasa sesi pembelajaran memudahkan pembelajaran sains terutama bagi pembelajaran konsep yang rumit. Penggunaan grafik juga didapati membentuk sikap yang lebih positif terhadap pelajaran dan merangsang imej mental pelajar bagi bahan pelajaran yang baru (Rigney & Lutz). Pembelajaran akan menjadi lebih bermakna sekiranya maklumat teks digabungkan bersama maklumat grafik berbanding pembelajaran melalui maklumat teks sahaja. Kedua-dua teori ini mencadangkan teks dan perkataan akan mengaktifkan sistem mengekod dengan cara yang berbeza. Apabila maklumat dikodkan dalam dua cara, (sistem verbal dan sistem visual) kemungkinan mengingat kembali adalah tinggi dan kekal lama. Keadaan ini berlaku disebabkan terdapat dua perwakilan mental yang saling melengkapi, maka pelajar lebih mudah membina hubungan rujukan (Mayer & Anderson) dengan mengintegrasikan perwakilan visual dan perwakilan verbal (Mayer). Oleh itu, maklumat grafik (dikodkan dalam dua cara) memudahkan dan mempercepat pencapaian sesuatu tugas pembelajaran. Maklumat teks dan grafik yang dipersembahkan serentak akan meningkatkan kemungkinan pelajar membina hubungan antara perwakilan mental verbal dan visual, manakala persembahan grafik dan teks secara berasingan berkemungkinan menyukarkan pelajar membentuk hubungan rujukan (Mayer & Sim). Oleh itu, pembelajaran menjadi lebih bermakna apabila grafik membekalkan maklumat yang lebih banyak atau melengkapkan maklumat teks yang kurang jelas (Park & Hannafin). Dapatan kajian Arnold dan Dwyer mendapati menggabungkan grafik bagi maklumat teks fisiologi jantung menghasilkan pencapaian yang tinggi bagi pengetahuan dan ujian kefahaman ke atas pelajar sekolah tinggi. Selain itu, pelajar memperoleh pencapaian yang memberangsangkan (Mayer & Anderson; Mayer & Moreno) dan membantu proses ingat kembali (Mayer; Hooper & Hannafin) apabila didedahkan maklumat grafik dan teks secara serentak. Keadaan ini mengikut Mayer, grafik dapat membantu menumpukan perhatian serta memahami perkaitan antara konsep. Selain itu, kajian Mayer & Gallini dan Winn turut menyokong kelebihan menggabungkan grafik dan teks. Pembelajaran bahasa kedua dalam persekitaran pembelajaran multimedia yang menggabungkan maklumat teks dan grafik juga menunjukkan kesan positif terhadap pencapaian dan proses ingat kembali (Mayer, Chun & Plass). Dapatan ini secara umumnya menunjukkan pelajar secara aktif memilih maklumat verbal dan visual, kemudian menyusun maklumat ke dalam perwakilan mental yang koheren, dan mengintegrasikan kedua-dua perwakilan mental tersebut. Satu kajian oleh Norizan bagi topik Sistem Peredaran Darah konsisten dengan dapatan kajian di atas. Pencapaian pelajar lebih tinggi apabila maklumat teks

dipersembahkan secara bersama dengan grafik. Pelajar berupaya memproses maklumat teks dan grafik secara serentak tanpa perlu mencari maklumat tertentu dan padankannya secara mental dengan maklumat lain yang berkaitan. Oleh itu beban kognitif adalah rendah. Walaupun menggabungkan grafik dan teks dalam penyampaian diakui mendatangkan kesan positif ke atas pembelajaran, tetapi keberkesanannya bergantung kepada tahap pengalaman pelajar (Mayer & Sim), tugas pembelajaran (Rieber & Kini) dan kemampuan pelajar membentuk perwakilan mental yang tepat (Bennet & Dwyer). Satu tinjauan penggunaan grafik di dalam perisian pendidikan di Malaysia, Abtar Kaur mendapati hanya tiga daripada lapan perisian yang ditinjau mempunyai grafik yang sesuai dengan kandungan pelajaran manakala yang lain-lainnya menggunakan grafik semata-mata untuk tujuan perhiasan. Tambahnya, walaupun keseluruhan perisian yang ditinjau sangat kreatif dan padat dengan grafik tetapi tidak bernilai dari aspek pengajaran. Kajian Sabrina bagi topik Pecahan mendapati penggunaan bahan grafik telah meningkatkan pencapaian pelajar dan perubahan sikap yang lebih baik. Begitu juga, kajian Toh mendapati grafik memudahkan pelajar memahami pengetahuan prosedural. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan bahan grafik yang sesuai amatlah penting bagi menentukan objektif pelajaran dapat dicapai. Manakala sebarang grafik yang tidak kongruen dengan teks berpotensi mengganggu pembelajaran (Rieber).

You might also like