• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Krisis Politik Perak: Cerita Harussani
Majalah Milenia Muslim edisi Mei 2009 telah memuatkan temu bual eksklusif bersama MuftiKerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria dengan tajuk ‘Cerita Harussani DiSebalik Peristiwa’. Berikut adalah petikan dari temu bual tersebut.Umum mengetahui bahawa pandangan Mufti Negeri Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria,70, terhadap isu-isu yang menghimpit masyarakat amat di perhatikan oleh umat Islamnegara ini. Ketegasan beliau dalam mengutarakan pendapatnya adalah berpandukanal-Quran dan hadis serta ijmak.Walaupun dikecam, beliau tidak pernah serik menyuarakan pendapat. Itulah Harussanidan itulah tanggungjawab seorang mufti. Satu lagi catatan peristiwa yang Dato’ SeriHarussani beritahu ialah mengenai persetujuan UMNO Perak pada malam 8 Mac 2008untuk bergabung dengan PAS membentuk kerajaan negeri dengan memberi PAS jawatanMenteri Besar dan kesemua jawatan EXCO.UMNO hanya memperoleh 28 kerusi, PAS 6, DAP 18 dan PKR 7 kerusi. Kata Dato’ SeriHarussani, Ketua Perhubungan UMNO negeri, Dato’ Seri Diraja Tajol Rosli Mohd Ghazali,memintanya menyampaikan keputusan itu kepada Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Abdul AzizNik Mat.Kerana ingin melihat cadangan itu yang akan membawa kepada pembentukan sebuahkerajaan negeri yang kesemuanya Melayu dan beragama Islam buat pertama kalinya sejakmerdeka, malam itu juga dalam hujan lebat, Dato’ Seri Harussani membawa amanat itu keKota Bharu. Semalaman berkereta, beliau menemui Dato’ Nik Aziz sebaik sahaja Tok Guruitu mengetahui bahawa Mufti Perak turut bersama menunaikan solat fajar.Dato’ Seri Harussani berkata, Nik Aziz bersetuju dengan cadangan itu tetapi memberitahubahawa kuasa pemutus tiada di tangannya. la di tangan Presiden parti, katanya.Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menelefon Dato’ Seri Harussani pada jam 10 pagi 9 Macmemberitahu persetujuannya kepada cadangan UMNO Perak itu. Namun, kata Hadipemutus bukan di tangannya tetapi terletak di tangan Pesuruhjaya Pas Perak, UstazAhmad Awang.
Page: 1/5
 
Page: 2/5
Sekembalinya ke Ipoh, Dato’ Seri Harussani menemui Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmadberkata beliau tidak akan mahu bekerjasama dengan mereka yang zalim. Bagaimanabeliau boleh menganggap sedemikian walhal mereka yang beliau tuduh zalim itu adalahorang Melayu dan beragama Islam tetapi Ustaz Ahmad lebih bekerjasama dengan orangkafir.Hasil dari keengganan Ustaz Ahmad adalah senario politik di Perak hari ini. Ikuti luahanpandangan beliau, terhadap beberapa peristiwa yang berlaku di Perak hari ini dan isusemasa yang membelenggu umat Islam. Secara terbuka diceritakan beliau dalam temubual dengan Editor Milenia Muslim (MM) Zulkafly Baharuddin, di Jabatan Mufti Negeri,baru-baru ini.
MM: Bagaimana pandangan Dato’ Seri dengan kemelut politik yang berlaku di Perak?
Harussani: Pasal mereka bertelagah ni, kerana mereka tidak mahu ikut cakap sultan. Sayakata kita wajib taat kepada sultan. Hadis Nabi Muhammad s.a.w. pun ada sebut kita wajibtaat pada pemerintah kecuali pemerintah itu zalim.Dalam kemelut di Perak hari ini, kita tidak boleh kata sultan itu zalim. Nak hukum zalimmacam mana? Semuanya dalam pertimbangan sultan.
MM: Siapa yang banyak mengkritik dalam keputusan yang dibuat sultan?
Harussani: Orang Melayulah. Orang Melayu juga yang ramai maki hamun saya.Macam-macam mereka kata. Saya tak pernah jumpa raja pun dalam hal ini. Mereka katamacam-macam pada saya. Nabi s.a.w. dah kata, dari syak kepada yakin, daripadaperpecahan kepada perpaduan, daripada derhaka kepada taat. Jika mengajak kitaberpecah itu bukan seruan nabi. Kerana mereka ini suka menjalankan kerja syaitan.Kenapa kita perlu dengar kepada hal-hal yang dilarang Tuhan? Mereka tidak setujudengan pendapat saya, mereka sanggup kata saya anjing. Mufti sekarang dah jadi anjingkerajaan. Menyokong BN. Bila pula saya masuk BN? Saya tak campur pun. Sultan tidakpernah tanya saya. Waktu itu saya terperangkap. Menteri Penerangan datang, ada pulawartawan tanya saya apa hukumnya menderhaka kepada raja? Itu yang saya kena jawabbila wartawan sudah tanya. Mereka marah.
MM: Adakah Dato’ Seri perjelaskan isu yang berlaku ini kepada masyarakat?
 
Page: 3/5
Harussani: Pakatan Rakyat bukan ada perjanjian antara mereka pun. Sekarang ini merekasudah lebih (dalam dewan undangan). Kita sudah bagi teks khutbah Jumaat, mereka tidakbaca langsung. Malahan sekarang doa untuk sultan pun mereka tidak mahu baca selepasberlaku krisis politik di negeri ini.
MM: Adakah tindakan mereka itu bertepatan dengan syariat?
Harussani: Tidak tepatlah. Walaupun mereka kata bukan pun wajib kena baca doa untuksultan. Betul tidak wajib. Tetapi kita disuruh mendoakan agar Tuhan memberikan petunjukkepada sultan. Apa yang tidak boleh dilakukan untuk sultan, apabila kita puji atas keadilansultan kerana belum tentu sultan itu adil.Jadi dalam kemelut di Perak ini, perlu kita minta kepada Allah s.w.t. memberi taufik danhidayah, selain menanamkan sifat ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. Itu yang kitadoakan untuk sultan. Memang Tuhan suruh pun.
MM: Jadi bagaimana hendak selesaikan masalah ini?
Harussani: PAS dan PKR sudah jumpa saya, jam 11 malam datang ke rumah, sedangkansaya nak tidur kerana sakit gigi waktu itu. Tapi mereka mendesak nak jumpa saya juga.Mereka suruh saya nasihatkan sultan untuk bubarkan kerajaan. Buat Pilihanraya Negeri.Ini bukan kerja saya. Saya tiada kena mengena dengan politik. Kalau saya ketuk pintuistana, walaupun sultan bagi saya masuk, nanti sultan tanya apa hal? Awak masuk partimana? Saya nak kata apa?Sedangkan saya yang mencadangkan nama Nizar pada sultan untuk dilantik MB selepaspakatan pembangkang menang pilihan raya lalu (PRU 12). Yang berhak jadi MB adalahPKR. Anwar Ibrahim pun telefon saya. Tapi sultan tanya saya, siapa yang kita akan pilih jadi MB? Saya kata pilihlah Nizar kerana dia berilmu dan ada agama. Nizar pun selepasdilantik jadi MB ada juga datang ke rumah dengan pengikutnya. Perrnah mereka datang dipejabat penuh sesak sehingga tidak ada kerusi nak duduk. Tapi saya tetap layan beliau.
MM: Apakah yang dibualkan?
Harussani: Tiada apa yang dibualkan pun. Yang dia kata cuma minta saya nasihatkanbeliau. Saya pernah kata itu memang tugas saya. Jadi saya perjelaskan pada beliau,dalam enakmen perundangan negeri bahagian syarak, jawatan mufti adalah tertinggi,
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...