You are on page 1of 2

KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA Kedai Rakyat 1 Malaysia, adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang

menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah. Inisiatif ini lahir dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak diatas keperihatinan beliau untuk meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar. Ini juga bertepatan dengan slogan Rakyat Didahulukan yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Konsep Kedai Rakyat 1 Malaysia ( KR1M ) adalah untuk menjual barangan keperluan pada harga sehingga 50 peratus lebih rendah berbanding barang sama yang berjenama, namun kualiti tetap diutamakan. Peraturan untuk memohon pembukaan program ini juga adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan sekaligus membuka peluang kepada semua golongan rakyat untuk memohon program ini. Permohonan ini sekaligus akan membantu golongan rakyat untuk membuka peluang perniagaan di samping membuka peluang pekerjaan kepada golongan rakyat yang memerlukan tanpa mengira kaum ataupun bangsa. Dengan pelancaran program ini sekaligus memperlihatkan usaha kerajaan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini untuk samasama melibatkan diri dalam menyokong usaha kerajaan yang terdapat dalam konsep Gagasan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Hal ini dapat dibuktikan dengan pelancaran program ini yang tidak meminggirkan mana-mana pihak, tetapi terbuka kepada semua golongan. Pelaksanaannya juga adalah bertepatan dengan perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukan berdasarkan kepada konsep keadilan kepada semua pihak untuk mendapatkan pembelaan dengan membuat penilaian melalui kajian tahap kemajuan kaum-kaum yang berada dalam tahap yang berbeza. Justeru, kerajaan menggesa kepada semua rakyat untuk menyokong segala usaha yang telah dirancang oleh kerajaan supaya perancangan yang telah diatur akan berjalan selaras dengan konsep 1 Malaysia yang menjadi teras dalam setiap program yang dijalankan. Selain daripada itu, menerusi program ini juga memberi ruang kepada usahawan kecil Bumiputera untuk memasarkan produk keluaran mereka. Daripada bengkel kecil di belakang rumah, kini telah memilik kilang kerana permintaan tinggi daripada Pasaraya Mydin. Daripada bawa motor, kini memeliki kereta dan lori untuk menghantar produk mereka. Jika kita membeli di Mydin, mereka adakan rak khas untuk Industri Kecil Sederhana (IKS).

Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang memahami akan konsep Gagasan 1 Malaysia hendaklah sentiasa berusaha ke arah mewujudkan perpaduan dengan penyertaan daripada semua etnik untuk mengangkat martabat negara ke tahap negara maju dan berpendpatan tinggi. Maka, sekiranya setiap individu sedar akan tanggungjawab yang perlu dilakukan iaitu dengan bergerak secara inklusif iaitu bersatu dalam satu semangat iaitu semangat perpaduan dengan pemahaman terhadap gagasan 1 Malaysia ini. Sebagai kesimpulannya, penulis dapat merumuskan di sini bahawa pelancaran program ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk mengejar cita-cita negara untuk mencapai taraf sebuah negara maju yang standing dengan negara-negara maju yang lain dan mampu bersaing di peringkat global. Perkara ini bersesuaian dengan harapan Perdana Menteri iaitu YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak mengenai tujuan dan matlamat pelancaran program ini iaitu Pelancaran premis itu sebagai langkah kreatif menyempurnakan misi kerajaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Perkara ini juga bersesuaian dengan Bidang Utama Keberhasilan Negara ( NKRA ) yang telah merangkumi tujuh perkara yang ingin dicapai oleh negara.

You might also like