You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH

NAMA PELAJAR KURSUS AMBILAN PENGKHUSUSAN NAMA GURU PEMBIMBING NAMA PENSYARAH PEMBIMBING

: NURDIYANAH BINTI JINLI : PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN 4 : JANUARI 2012 : PENDIDIKAN KHAS : PUAN AMAL BINTI MOHAMMAD HASSAN : PUAN NOR ASIAH BINTI NASIR

Catatan Minggu Ke : (1). Tarikh : 31 Mac 2014 hingga 4 April 2014 Masalah/ Isu/Peristiwa yang difokuskan Sekolah Kebangsaan Hashim Awang, Kepala Batas merupakan sekolah yang menjadi tempat praktikum yang pertama bagi saya dan rakan praktikum, Nur Izwani Salfinas Binti Azizan untuk berkhidmat selama sebulan. Sekolah ini terletak di tengah pekan merupakan kawasan yang agak sibuk namun begitu faktor keselamatan masih menjadi perkara yang utama bagi warga sekolah. Sekolah ini agak besar dan mampu menampung sejumlah besar murid dan warga sekolah umumnya. Saya telah terpilih untuk mengajar 3 buah kelas yang berbeza tahapnya iaitu 1 Fikir bagi subjek Pengurusan Diri, 2 Cerdik bagi subjek Matematik dan 3 Bijak bagi subjek Bahasa Melayu. Kelas 1 Fikir terdiri daripada murid yang kebanyakannya tidak mengenal huruf dan hanya berfokus kepada pengurusan diri manakala dua kelas yang selebihnya dapat mengenal huruf dengan baik. Melihat kepada keadaan sebenar murid yang agak aktif dan sukar dikawal sedikit sebanyak menggugat keyakinan saya dalam mengendalikan kelas kelak.

Saya kemudian banyak menjalankan temubual dan pemerhatian ke atas murid-murid tersebut. Berbekalkan tips dan panduan daripada guru pembimbing, saya dapat mengatasi rasa takut yang bersarang dalam hati. Saya juga banyak mencari maklumat di dalam internet tentang cara pengendalian kelas yang lebih baik dan mampu dikawal. Setelah menjalankan ujian diagnostik kepada murid yang akan berada di bawah pengajaran saya, maklumat yang saya peroleh dijadikan panduan dalam menyediakan rancangan pengajaran yang lebih menarik dan sesuai dengan tahap kognitif mereka supaya mereka tidak bosan kerana terlalu sukar atau terlalu mudah. Murid-murid yang kebanyakannya merupakan seorang murid autism dan lewat perkembangan mencabar kebolehan saya sebagai seorang bakal guru dan saya mula merangka kaedah serta teknik yang sesuai untuk digunakan di dalam kelas. Saya mula menyediakan jadual ekonomi token dan beberapa rangka RPH untuk dilihat kesesuaiannya.

ANALISIS MASALAH Berdasarkan pemerhatian dan temu bual yang telah saya jalankan dalam waktu seminggu pertama ini sebenarnya telah memberikan saya pelbagai konsep dan pengetahuan mengenai murid yang perlu saya sediakan dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran selama 3 minggu. Bagi mengatasi masalah ini, saya ada merujuk kepada beberapa buku dan juga teori yang pernah digunakan oleh tokoh terdahulu. Aspek yang pertama saya lihat dari aspek tingkah laku murid di dalam kelas dan juga di luar kelas. Tingkah laku yang sukar dikawal menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan sebaiknya dan sepenuhnya. Analisis yang pertama ini berkaitan dengan punca seseorang murid itu melakukan kesalahan tingkah laku. Menurut Hanry K.Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri. Most behaviour problems in the classroom are caused by teachers failure to teach students how to follow the procedure

Pelbagai teknik, kaedah dan pendekatan yang boleh saya gunakan di dalam kelas dan kreativiti seorang guru itu mampu mengubah tingkah laku seorang murid yang sukar dikawal. Hal ini demikian kerana, muid berada dalam golongan kelainan upaya di mana ada kalanya tingkah laku mereka adalah perkara yang sememangnya sukar dikawal. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mereka bentuk satu pengajaran yang menarik bagi memastikan mereka dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dalam konteks ini, guru perlu bertanggungjawab untuk mengawal kelas dan memastikan disiplin serta memainkan peranan untuk menghadapi masalah pejar yang tidak memberi perhatian semesa proses yang dijalankan. Saya cuba menganalisis masalah-masalah tersebut. Adakah komunikasi guru yang tidak berkesan dalam bilik darjah memberi kesan terhadap disiplin murid-murid dalam bilik darjah. Komunikasi adalah di antara kemahiran penting yang harus ada pada guru. Jurang dalam maksud diantara mesej yang hendak disampaikan dan yang diterima akan menggangu keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. (Rogers, 1962) Masalah kurang keyakinan diri juga menyebabkan jurang keberkesanan penyampaian isi pelajaran dan kawalan tingkah laku murid menjadi amat ketara sekali. Namun, masalah tersebut adalah lumrah yang akan dihadapi oleh seorang guru prlatih yang baharu mula melangkah ke sekolah. Daripada analisis masalah ini dapat dihuraikan bahawa kebiasaan pelatih yang baru menjalani latihan praktikum akan merasakan kurang selesa dan kurang berkeyakinan dengan kebolehan diri. Mereka akan diganggu oleh pelbagai perasaan yang merunsingkan diri mereka. Ini menjadi kebiasaan pada setiap pelatih yang baru ber

CADANGAN PENYELESAIAN Saya telah menyediakan beberapa langkah untuk mengurangkan masalah keraguan dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Langkah-langkah tersebut ialah:

a) Merancang rancangan pengajaran yang mudah dan bersesuaian dengan tahap murid untuk memastikan mereka mampu memahami proses

pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas dengan berkesan. b) Rancangan pengajaran harian (RPH) adalah bertepatan dengan peruntukan masa yang ditetapkan. c) Sentiasa memberikan peneguhan yang positif. d) Menetapkan rutin dan peraturan kelas e) Penggunaan ekonomi token yang menarik

TEMPOH PENYELESAIAN 7 April 2014 14 April 2014

TINDAKAN SUSULAN Saya akan cuba untuk mengatasi masalah ini dengan mengikuti langkahlangkah yang telah saya sediakan. Saya juga akan meminta bantuan guru pembimbing dan juga guru yang mengajar matapelajaran pengurusan diri bagi kelas tersebut untuk bertanyakan pendapat bagaimana untuk mengawal kelas tersebut. KESIMPULAN Tuntasnya, masalah yang berlaku merupakan salah satu proses pengajaran kepada diri saya dan membolehkan saya mengaplikasikan teori yang telah saya pelajari.

PANDANGAN/KOMEN GURU PEMBIMBING Tarikh : Tandatangan : Nama :. PANDANGAN/KOMEN GURU PEMBIMBING Tarikh : Tandatangan : Nama :

You might also like